You are on page 1of 43

KAJIAN UNDANG-UNDANG

Pihak Yang Terlibat di dalam Projek Pembinaan


 Pengenalan
 Majikan
 Pihak Perunding
 Kontraktor
 Pembekal
 Pihak Berkuasa Tempatan
 Buruh
 Timbangtara

PENGENALAN

Di dalam sesuatu projek pembangunan, terdapat pelbagai pihak yang terlibat di dalam
usaha untuk menjayakannya. Pihak-pihak yang terlibat ini seharusnya mempunyai kepentingan
hak dan tanggungjawab yang berbeza. Di dalam bab 1 ini, kami akan menerangkan secara
terperinci mengenai kepentingan hak serta tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat di dalam
melaksanakan sesuatu projek.

Penglibatan pihak-pihak seperti perunding, kontraktor dan pembekal dari peringkat awal
projek sehingga tamat projek banyak membantu pihak majikan di dalam usaha untuk
merealisasikan impiannya. Tanpa penglibatan pihak-pihak tersebut, projek yang diimpikan oleh
majikan tidak mungkin akan terlaksana. Oleh yang demikian, persefahaman yang tinggi adalah
merupakan aset terpenting bagi majikan dan pihak-pihak terlibat dalam proses melaksanakan
projek.

Sepertimana senario yang berlaku dewasa ini, secara keseluruhannya kebanyakan projek
pembangunan banyak bergantung kepada aset majikan dan juga daya usaha perunding dan
kontraktor di dalam menjayakan sesuatu projek. Maka, gandingan usahama pihak-pihak terlibat
bolehlah dikembangkan sepertimana rajah 1 yang dilampirkan kemudian ini.

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK B.O.T

Terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung di dalam projek yang menggunakan
sistem Build-Operate-Transfer sebagai sistem pembinaan. Pihak-pihak tersebut adalah:

1. Pemaju
2. Kerajaan
3. Kontraktor
4. Pelabur
5. Syarikat kewangan
6. Pengendali/ Juruoperasi
1. Pemaju

Pihak pemaju adalah pihak yang terpenting di dalam projek B.O.T, iaitu merupakan pihak
pertama yang membuat cadangan kepada kerajaan untuk menjalankan projek menggunakan
sistem B.O.T. Pihak pemaju biasanya adalah gabungan daripada beberapa golongan profesional
seperti kontraktor, institusi perbankan, pelabur, peguam dan rakan kongsi industri yang
mendorong kepada penubuhan sesebuah syarikat pemaju. Pihak pemaju akan membuat kajian
pasaran, kajian sistem, kesan sosial dan ekonomi, kewangan, permasalahan undang-undang dan
cukai dan lain-lain hal yang berkaitan dengan projek yang menggunakan sistem ini.

2. Kerajaan

Kerajaan adalah pihak yang memiliki hak dan merupakan pengguna terakhir di dalam projek
yang menggunakan sistem ini. Kerajaan akan menyerahkan hak sepenuhnya kepada pihak
pemaju untuk membina dan menjalankan projek, seterusnya mengutip hasil pendapatan
daripada projek tersebut. Apabila tamat tempoh perjanjian, projek tersebut akan diserahkan
kembali kepada pihak Kerajaan yang akan menjadi pemilik mutlak projek tersebut.

3. Kontraktor

Kontraktor boleh menjadi sebahagian daripada pihak pemaju yang menjalankan projek ini
sekiranya diberikan kontrak pembinaan oleh syarikat pemaju tersebut. Biasanya kontraktor akan
terlibat di dalam peringkat merekabentuk dan proses pembinaan di dalam projek tersebut.

4. Pelabur

Pelabur merupakan syarikat awam atau swasta yang berminat terhadap konsep penyerahan
hak ini serta ingin untuk turut serta melabur di dalam syarikat pemaju tersebut. Pelabur juga
boleh terdiri daripada pihak pemaju projek tersebut sendiri, contohnya United Engineers adalah
pemaju dan pelabur bagi projek lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Pulangan yang akan diberikan
kepada pihak pelabur adalah di dalam bentuk dividen atau sejumlah wang penghargaan.

5. Syarikat Kewangan

Oleh kerana projek yang menggunakan sistem B.O.T biasanya memerlukan dana yang
sangat besar, maka ekuiti sahaja tidak dapat menampung projek ini dan biasanya dana daripada
syarikat kewangan komersil dan syarikat peminjaman dana diperlukan. Pulangan yang akan
diperolehi oleh pihak ini adalah berbentuk faedah. Pihak yang memberi pinjaman (syarikat
kewangan) kepada pemaju terbabit akan mengawal sumber kewangan, kestabilan kewangan
projek, menguruskan pinjaman-pinjaman dan mengkaji bagaimanakah cara untuk mencapai
keuntungan dan mengembalikan modal yang telah dilaburkan.

6. Pengendali / Juruoperasi

Tugas pengendali atau juruoperasi ini boleh juga dijalankan oleh pihak pemaju sendiri.
Tanggungjawab pengendali ialah untuk mengumpul dan menguruskan hasil-hasil pendapatan
semasa dalam tempoh pemilikan hak dan akan mendapat pulangan dalam bentuk kontrak untuk
menguruskan hasil/ pendapatan projek tersebut.

MAJIKAN

PENGENALAN

Majikan merupakan satu pihak yang memulakan sesuatu projek pembinaan dan juga
merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membayar segala kerja yang telah disiapkan
dengan sempurna. Kadangkala majikan dikenali juga sebagai pemilik bangunan, kerajaan atau
pemaju.

Majikan mungkin terdiri daripada orang biasa yang tidak tahu menahu tentang bidang
pembinaan. Maka sekumpulan pasukan diperlukan untuk berkhidmat bagi pihak majikan.
Pasukan petugas atau dikenali sebagai kumpulan pereka bentuk ini terdiri daripada Arkitek,
Jurutera, Jurukur Bahan, Penilai, Perancang Bandar dan Wilayah, dan pakar-pakar lain yang
memindahkan kehendak dan hajat majikan ke dalam bentuk kerja pembinaan yang
dicadangkan. Mereka bekerjasama untuk mengilhamkan dan menghasilkan rekabentuk.

Kadang-kadang majikan perlu dirujuk dan berunding bagi memutuskan sesuatu perkara
yang memenuhi dan mencapai matlamatnya. Kumpulan perekabentuk tersebut bukan sahaja
terhad untuk memberi nasihat mengenai proses pembinaan, malah mungkin juga perlu untuk
memutuskan samada untuk meneruskan pembinaan ataupun tidak, atau memberi cadangan
yang dapat membantu dalam perlaksanaan projek.

Majikan boleh dikategorikan sebagai individu, korporat dan kerajaan. Majikan dari pihak
individu terdiri daripada orang perseorangan manakala disektor korporat terdiri daripada
syarikat atau perbadanan korporat dan disektor kerajaan terdiri daripada kerajaan negeri dan
syarikat-syarikat dibawah kerajaan.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Setiap pihak yang berkontrak atau mempunyai hubungan dalam sesebuah kontrak itu pasti
mempunyai tanggungjawab masing-masing. Tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan sebaik
mungkin untuk melancarkan lagi kerja atau apa sahaja yang diamanahkan kepadanya. Terdapat
beberapa tanggungjawab yang perlu dititik beratkan oleh pihak majikan agar matlamatnya
untuk memperolahi bangunan yang diidamkan, dari segi mutu sebenar dan bentuk yang
dikehendakinya akan tercapai :-

1. Memberi kuasa

Pihak majikan perlu memberikan kuasa atau menyerah pemilikan sementara tapak bina
kepada kontraktor untuk membina sebuah bangunan atau projek. Yang dikehendakinya.
Tanggungjawab memberi kuasa ini merupakan satu syarat dalam kontrak binaan. Tanpa
pemberian kuasa pemilikan sementara tapak tersebut, kontraktor tidak akan dapat memasuki
tapak bina secara sah walaupun tujuannya untuk membuat kerja- kerja pembinaan. Sekiranya
kontraktor masuk ketapak tanpa kebenaran yang sah ia boleh dianggap sebagai penceroboh.

Kegagalan memberikan pemilikan sementara tapak bina boleh dianggap sebagai satu
tindakan menamatkankan kontrak oleh majikan. Oleh kerana ianya merupakan satu pecah
syarat, kontraktor boleh memilih untuk menamatkan kontrak dengan memberi notis kepada
majikan tentang niatnya untuk menamatkan kontrak tersebut. Ini dinyatakan dalam kes : TAN
HOCK CHAN v KHO TECK SENG (1980) 1 MLJ 308

2. Mendapatkan kelulusan undang-undang

Sebelum sesuatu projek itu dijalankan majikan perlu mendapatkan kelulusan undang-
undang yang berkaitan dengan projek pembinaan tersebut. Contohnya mendapatkan kelulusan
dari pihak yang berkuasa seperti Majlis Pembandaran tentang perancangan projek yang bakal
dilaksanakan.

3. Memberikan kerjasama

Majikan perlu memberikan kerjasama kepada kontraktor setelah kedua-duanya bersetuju


untuk menjalinkan kontrak. Ini untuk membolehkan kontraktor melaksana dan menyiapkan
kerja dalam masa yang ditentukan dibawah kontrak yang ditandatangani.

Kes : FREEMAN v HENSLER (1900) hbc, 4th. Edition

4. Menyediakan atau membekalkan segala butir-butir berkaitan projek

Pihak majikan perlu menyediakan atau membekalkan kontraktor dengan segala butir-butir,
lukisan-lukisan atau maklumat-maklumat penting dan arahan-arahan yang dirasakan perlu bagi
memudahkan pihak kontraktor memahami kehendak majikan. Selalunya pihak majikan
memindahkan kehendak-kehendaknya dalam bentuk lukisan yang disediakan oleh pihak arkitek
atau jurutera. Pihak-pihak tersebut dilantik oleh majikan sebagai wakil daripadanya.

5. Sebagai Pengurus Projek

Sekiranya majikan tersebut merupakan satu pertubuhan yang besar, biasanya ia akan
melantik seorang wakil untuk menguruskan projek berkenaan. Wakil tersebut terdiri daripada
kalangan eksekutif teknikal yang berpengalaman untuk bertindak sebagai wakil majikan. Segala
urusan pengurusan projek akan dikendalikan oleh pengurus projek tersebut.

6. Tidak menghalang kerja kontraktor

Seorang majikan sepatutnya tidak menghalang sebarang kerja yang sedang dilaksanakan
oleh kontraktor melainkan kerja-kerja tersebut tidak mengikut kontrak atau melanggar kontrak
yang telah ditandatangani. Contohnya majikan tidak boleh memberikan sebarang arahan
perubahan sewenang-wenangnya kepada kontraktor yang dirasakan arahan tersebut tidak
termasuk dalam syarat-syarat kontrak Sekiranya majikan ingin mengeluarkan arahan atau apa-
apa yang dirasakan perlu kontraktor lakukan di tapak, ianya terlebih dahulu berbincang dan
mendapatkan persetujuan dari arkitek kerana segala hal yang berkaitan dengan tapak bina
hendaklah dirujuk dahulu dengan arkitek yang telah dilantik sebagai wakil kepada pihak
majikan.Sekiranya untuk projek kerajaan ianya merujuk kepada Pegawai penguasa yang dilantik
sebagai wakil pihak majikan di tapak bina.

7. Waranti tersirat

Kadang-kala terdapatnya situasi yang menyebabkan majikan perlu menanggung risiko


apabila mendapati projek yang hendak dilaksanakan mengandungi kesilapan yang tidak di duga
dan memerlukan kos yang lebih untuk melaksanakannya. Walaupun fakta atau maklumat
mengenai tender dibekalkan oleh majikan, ini tidak bermakna segala fakta yang diberikan adalah
tepat dan majikan sepatutnya menanggung risiko dan waranti yang disiratkan.

Kes : BACAL CNN (MIDLANDS) LTD v NORTHAMTON DEVELOPMENT CORPORATION (1975) 8 BLR
88

Huraian kes : Kontraktor mengambil tender untuk mereka dan membina 6 blok rumah,
dibawah arahan untuk reka asas dalam hipotesis yang tertentu mengikut keupayaan tanah.
Hipotesis ini yang mana asasnya adalah boreholes data didapati tidak tepat.

Penyelesian : Dalam keadaan ini sepatutnya majikan perlulah mengambil waranti untuk
keadaan tanah yang dilakukan hipotesis itu.

8. Salah nyata

Salah nyata berlaku apabila pihak majikan memberikan maklumat yang salah atau tidak
benar kepada pihak kontraktor. Apabila berlakunya penyembunyian maklumat ini majikan boleh
dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat masalah dalam mengendalikan
kerja tersebut.

Kes : S. PEARSON AND SON LTD v DUBLIN CORPORATION (1907) AC 351

Huraian kes: Jurutera menandakan dalam lukisannya posisi dinding dimana Jurutera
tersebut mengetahui bahawa itu adalah satu kesalahan. Terdapat fasal yang memperuntukkan
kesan kepada kontraktor yang mana tidak semestinya bergantung kepada apa-apa gambaran
yang diberi dalam pelan, tetapi ianya mesti memuaskan dirinya seperti aras, dimensi dan kerja-
kerja perobohan. Kontraktor mendapati bahawa lukisan jurutera adalah merupakan satu
penipuan.

Keputusan : Tuntutan bagi pihak kontraktor tidak boleh melindungi majikan kerana ianya
bersabit dengan kesalahan sikap.

HAK-HAK MAJIKAN

1. Mengambil atau menolak sebarang atau mana-mana kontraktor yang tidak mematuhi
syarat-syarat berkontrak.
Majikan boleh mengambil atau menolak sebarang atau mana-mana kontraktor yang
dirasakan tidak mematuhi syarat-syarat kontrak contohnya seorang kontraktor telah diarahkan
untuk membuka kembali kerja-kerja tertutup untuk pemeriksaan tetapi kontraktor enggan
berbuat demikian. Ini menunjukkan kontraktor telah melanggari syarat-syarat kontrak. Majikan
berhak menamatkan kerjanya dengan mengambil kontraktor lain untuk menyelesaikan kerja
tersebut dengan bayaran yang di tanggung oleh kontraktor terdahulu.

2. Bahan dan Barang tak pasang

Segala bentuk bahan-bahan dan barang-barang yang tak pasang ditapak bina bagi tujuan
kerja tidak boleh dipindahkan melainkan atas urusan kerja. Jika bahan dan barang tak pasang
tersebut telah termasuk dalam perakuan untuk bayaran kontraktor maka bahan-bahan dan
barang-barang itu adalah menjadi milik majikan. Oleh itu bahan-bahan dan barang-barang
tersebut perlulah dijaga oleh kontraktor dari sebarang kerosakan atau kehilangan di tapak bina
seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak PAM Fasal 14.

Namun begitu jika seorang kontraktor telah membeli bahan atau barang dari pihak
pembekal yang mana bayarannya tidak dijelaskan sepenuhnya. Barang atau bahan tersebut pula
telah digunakan dalam kerja-kerja tapak bina, kontraktor pula mengalami kebankrapan sebelum
bayaran penuh dapat di laksanakan. Bahan atau barang tersebut tetap menjadi hak milik
majikan dan pihak majikan juga terpaksa menjelaskan semua hutang-hutang yang ditingalkan
oleh kontaktor kepada pembekal tersebut. Ini bolehlah dirujuk dalam ‘Retantion of Title’ atau
fasal Romalpa dan dinyatakan dalam

Kes : DAWBER WILLIAMSON ROOFING LTD v HUMBERSIDE COUNTRY COUNCIL (1979)

Fakta kes : Bahan yang dibeli dari pembekal walaupun dibayar secara ansuran merupakan
milik majikan.

Huraian kes : Majikan tidak berpuas hati dengan kualiti bahan yang digunakan dan
menyuruh kontraktor menanggalkan semula kerja tersebut. Kontraktor menyerahkan urusan
pembayaran kepada subkontraktor tetapi tidak menjelaskan sepenuhnya.

Penyelesaian : Walaupun bahan tersebut masih tidak dibayar sepenuhnya ianya masih milik
majikan dan majikan perlu menjelaskan kesemua baki hutang yang tinggal kepada pembekal.

3. Barang-barang antik

Majikan mempunyai hak yang mutlak terhadap segala fosil, duit syiling dan barang berharga
atau barang antik yang dijumpai di dalam tapak bina atau semasa kerja-kerja pengorekan
kawasan tapak bina seperti yang dinyatakan dalam fasal 33 Borang Kontrak PAM.

4. Meletakkan pelatih di tapak bina

Sekiranya terdapat program latihan ditapak bina, majikan berhak meletakkan pelatihnya
bagi dalam jangka masa yang diingini. Ini adalah merujuk didalam Fasal 16 (a) Borang Kontrak
Setara JKR 203A. Kontraktor pula perlulah menerima pelatih tersebut dan melatih mereka
mengikut kehendak dan yang diperuntukkan oleh Kerajaan.
5. Tiada sebarang tuntutan keatas majikan

Semasa penamatan subkontrak, tidak ada apa-apa tuntutan yang boleh dibuat pada
majikan oleh kontraktor atau subkontraktor.

6. Pemilikan separa bangunan yang telah siap

Majikan boleh mengambil bangunan atau bahagian yang telah siap tanpa dirancang dengan
awal seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak PAM Fasal 16. Namun begitu kontraktor
tidak bertanggungjawab (tidak boleh dipaksa) untuk menyiapkan bahagian yang hendak diambil
itu.

Walaubagaimanapun majikan boleh mengambil milikan sesuatu bahagian atau seksyen


sebelum Perakuan Siap Kerja dikeluarkan untuk seluruh kerja yang dibuat dengan syarat
mendapat persetujuan kontraktor. Oleh itu, kontraktor mempunyai budibicara samada untuk
bersetuju atau tidak. Bahagian yang diambil milikan oleh majikan itu dipanggil sebagai "the
relevant part"

7. Penamatan pekerja

Merujuk kepada Borang Kontrak PAM Fasal 25 (2), majikan boleh menamatkan kerja
kontraktor secara automatik sekiranya berlaku perkara-perkara:-

1. Kontraktor Bankrup.
2. Kontraktor menghadapi perintah penggulungan dengan syarikatnya.
3. Menghadapi prestasi kerja yang teruk atau telah lari dari perancangan atau lembab.

Namun begitu, kontraktor boleh diambil bekerja semula sekiranya terdapat perjanjian antara
majikan dengan likuidator.

PIHAK PERUNDING

Didalam sesuatu projek pembangunan penglibatan pihak perunding adakah sangat penting
untuk memastikan objektif pihak klien dapat dipenuhi sepenuhnya. Antara perunding yang
biasanya terlibat didalam sesuatu projek pembinaan adalah seperti pihak Arkitek, Jurutera,
Juruukur Bahan dan Juruukur Tanah. Pihak perunding ini secara amnya mempunyai hak yang
sama tetapi mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Antara hak pihak perunding terhadap
majikan adalah seperti berikut:

HAK-HAK PERUNDING.

1. Mendapatkan bayaran yang daripada pihak majikan.


Oleh kerana pihak perunding ini adalah merupakan golongan profesional maka dengan ini
majikan adalah perlu untuk membayar segala khidmat perunding dengan kadar yang telah
ditetapkan. Bayaran yang ditetapkan oleh pihak perunding ini adalah berbeza-beza antara satu
sama yang lain. Oleh itu pihak perunding dengan ini adalah berhak untuk membuat tuntutan
kepada pihak majikan jika mereka gagal untuk membuat pembayaran.

2. Menjadi wakil kepada pihak majikan.

Selain itu juga pihak perunding juga adalah mempunyai hak untuk mewakili pihak majikan
dalam membuat keputusan bagi pihak majikan. Dengan itu pihak kontraktor dalah dengan ini
perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak perunding ini.

3. Menasihati pihak majikan secara tenikal.

Pihak perunding juga dengan ini adalah berhak untuk memberikan nasihat sacara teknikal
kepada pihak majikan. Ini adalah bertepatan dengan objektif perlantikan pihak perunding iaitu
untuk menjayakan prsjek pembangunan ini dengan sebaiknya. Dengan memberikan khidmat
nasihat kepada pihak majikan maka dengan ini pihak majikan akan dapat gambaran tentang
projek yang akan dijalankan. Contohnya daripada melalui kajian kemungkinan yanng telah
dilakukan maka pihak Juruukur Bahan telah memmberikan nasihatnya bahawa projek itu sangat
sesuai dengan lokasi yang dipilih keran sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu pihak majikan akan
dapat mengetahui sedikit sebanyak gambaran tentang projek yang bakal dibangunkan olehnya
kelak.

TANGGUNGJAWAB PERUNDING.

Berikut adalah pula senarai pihak perunding yang biasanya terlibat didalam proses
pembangunan serta tanggungjawabnya:

Arkitek

Arkitek adalah merupakan profesional yang banyak memainkan peranan terpenting didalam
sesuatu projek pembinaan. Ini adalah disebabkan oleh peranannya iaitu menyediakan
rekabentuk dengan memuaskan kehendak klien. Walaubagaimanapun, tanpa bantuan dari
pihak-pihak seperti Jurutera adalah mustahil proses rekabentuk yang dilakukan oleh pihak
Arkitek ini akan mencapai kejayaan. Oleh itu antara kepentingan dan tanggungjawab Arkitek
didalam proses pembangunan sesuatu projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan rekabentuk.

Pihak Arkitek adalah merupakan prosesional yang bertanggungjawab untuk merekabentuk


bangunan secara keseluruhan dengan dibantu dengan pihak Jurutera. Diperingkat ini pihak
Arkitek akan menyediakan rekabentuk awalan, rekabentuk sekim dan rekabentuk terperinci.
Disperingkat ini pihak Arkitek adalah dengan ini bertanggungjawab untuk merekabentuk
bangunan dengan mengikut kehendak atau memuaskan hati majikan.
2. Pentadbir kontrak

Didalam kebanyakan projek-projek swasta yang menggunakan Borang Kontrak Persatuan


Arkitek Malaysia (PAM) 69 Arkitek adalah merupakan ejen kepada pihak majikan atau pentadbir
kontrak didalam sesebuah projek. Dengan itu Arkitek adalah bertanggungjawab didalam
mengawasi perjalanan projek supaya berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan yang boleh
menyebabkan kelewatan didalam proses penyiapannya. Pihak Arkitek juga adalah
bertanggungjawab untuk membuat apa-apa arahan yang perlu untuk memastikan perjalan
projek adalah teratur.

3. .Mengeluarkan arahan.

Oleh kerana Arkitek berperanan sebagai Pentadbir Kontrak bagi projek maka maka pihak
arkitek adalah berhak untuk mengeluarkan apa arahan yang berkaitan dengan bidang kuasanya
didalam kontak. Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh di dalam fasal 2 (2) PAM 69. Oleh itu
pihak Kontraktor juga mempunyai hak untuk mempertikaikan arahan yang dikeluarkan oleh
pihak Arkitek jika didapati bahawa arahan yang dikeluarkan itu adalah bukan didalam bidang
kuasa Arkitek seperti yang dinyatakan didalam fasal 2(2) PAM 69.

Namun begitu arahan yang diberikan oleh Arkitek ini mestilah dikeluarkan secara bertulis
kepada pihak kontraktor. Selain itu juga arahan yang dikeluarkan itu juga mestilah dinyatakan
dengan jelas. Merujuk kepada kes Holland Hannen & Cubbit (Northen) Ltd. Vs Welsh Health
Technical Services Organitation (1981) 18 BLR 80. Didalam kes ini pihak Arkitek telah membuat
komen tentang mutu kerja, tingkap yang telah dipasang oleh pihak sub-kontraktor. Mahkamah
memutuskan bahawa tiada arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek kepada pihak Kontraktor
kerana pihak Arkitek hanya membuat komen tentang mutu kerja pihak sub-kontraktor tanpa
menyatakan arahannya untuk mengalihkan kerja terbabit dan menggantinya dengan bahan yang
lain.

4. Menyerahkan segala lukisan dan pelan.

Didalam proses pembinaan lukisan dan pelan pembinaan adalah merupakan perkara yang
penting untuk tujuan kerja-kerja untuk melakukan kerja-kerja pembinaan. Oleh itu pihak Arkitek
juga perlulah mengeluarkan lukisan atau pelan pembinaan kepada pihak kontaktor bagi tujuan
pembinaan. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa projek dapat berjalan dengan lancar.
Jika pihak Arkitek gagal memberikan segala pelan ini dalam jangka \masa yang ditetapkan maka
ini berkemungkinan akan menyebabkan kelewatan kerja kerana pihak kontraktor tidak dapat
memulakan kerja kerana kelewatan menerima lukisan dan pelan pembinaan.

5. Memastikan ketepatan kerja pemancangan.

Pihak kontraktor perlu membuat kerja-kerja pemancangan tanda dengan pelan dan lukisan
yang lengkap yang diserahkan oleh pihak Arkitek. Selain itu juga pihak kontraktor juga perlulah
menyatakan kepada kontraktor tentang aras tanah yang dikendaki. Dengan itu adalah menjadi
tanggung jawab Arkitek untuk memastikan kerja-kerja pemancangan yang telah dilakukan oleh
pihak kontrantor adalah dilakukan dengan tepat. Ketepatan yang dimaskudkan ialah bangunan
yang dibina itu adalah seperti yang dinyatakan ddidalam lukisan atau pelan yang diberikan
seperti yang dinyatakan didalam fasal 5 PAM 69.
6. Bahan dan mutu kerja.

Adalah menjadi tanggungjawab Arkitek untuk memastikan segala bahan-bahan binaan dan
mutu kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor adalah mengikut apa yang telah dikemukakan
oleh kontrak. Oleh itu jika pihak kontraktor gagal untuk menepati kehendak-kehendak seperti
yang dinyatakan didalam kontrak maka pihak Arkitek adalah mempunyai hak untuk
mengeluarkan arahan untuk ujian seperti ujian tertutup keatas kerja yang telah dilakkukan
seperti mana yang dinyatakan didalam fasal 6(3) PAM 69. Ujian tertutup adalah merupakan
ujian yang dilakukan keatas kerjayang telah dilakukan oleh pihak kontraktor dimana ianya tidak
dapat dilihat dengan mata kasar. Contohnya adalah pihak Arkitek mengesyaki bahawa pihak
kontraktor telah menggunakan besi tetulang dengan saiz yang lebih kecil, oleh itu pihak Arkitek
boleh membuat ujian tertutup dengan memecahkan bahagian tersebut untuk memeriksa saiz
besi tersebut.

Pihak Arkitek dengan ini juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan untuk
mengalihkan bahan-bahan dan mutu kerja yang telah didapati tidak mengikut piawaian yang
telah dinyatakan oleh kontrak. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam fasal 6(4) PAM 69.

7. Pemecatan pekerja.

Pihak Arkitek juga berhak memecat pekerja yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor di
tapak bina. Sebagai buruh yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor telah melakukan
kesalahan jenayah dadah disekitr tapak bina. Oleh itu pihak Arkitek dengan ini boleh memecat
pekerja tersebut dengan berpandukan kepada fasal 6 (5) PAM 69. Kemudiannya adalah menjadi
tanggungjawab pihak kontraktor untuk menggantikan pekerja itu dengan kadar yang segera
tanpa menjejaskan program kerjanya.

8. Perubahan kerja (vo).

Kebiasaannya didalam sesuatu projek, kebiasaannya terdapat perubahan kerja samaada


diminta oleh pihak klien ataupun oleh pihak kontraktor atas alasan masing-masing. Contoh
perubahan kerja didalam projek pembinaan ini adalah seperti pihak majikan ingin mengubah
jenis kemasan lantai daripada jenis terazzo kepada jenis marmar. Di peringkat ini juga Arkitek
dan Juruukur Bahan akan menasihati pihak majikan tentang kesan kerja perubahan yang akan
dibuat oleh pihak majikan terhadap jadual kerja ditapak bina dan dari segi kos samaada
meningkat ataupun berkurangan.

Dengan itu pihak Arkitek perlulah mengeluarkan arahan berhubung dengan perubahan
kerja yang akan dilakukan kepada pihak kontraktor seperti yang dinyatakan dalam fasal 1 (1)
PAM 69. Oleh yang demikian pihak Arkitek juga perlulah menyediakan lukisan atau pelan yang
bersangkutan dengan kerja-kerja perubahan yang akan dibuat. Pihak kontraktor pula perlu
mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek ini.

9. Mengendalikan mesyuarat tapak bulanan.

Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang prestasi kerja kontraktor, Arkitek akan
mempengerusikan mesyuarat tapak bulanan yang akan dihadiri oleh perunding-perunding,
kontraktor utama, sub-kontraktor. Antara perkara yang akan dibincang semasa mesyuarat
tersebut adalah seperti jumlah peratusan kerja yang telah dilakukan pada bulan tersebut,
jumlah bayaran yang diterima oleh pihak kontraktor bagi bulan tersebut.

10. Sijil perakuan siap kerja praktikal.

Apabila pada pendapat Arkitek kerja-kerja yang dilakukan oleh telah dianggap siap, maka
pihak Arkitek bertanggungjawab dalam mengeluarkan mengeluarkan sijil perakuan siap kerja
praktikal seperti yang dinyatakan didalam fasal 15 (1) PAM 69. Setelah sijil ini dikeluarkan
kepada kontraktor maka tempoh liabiliti kecacatan kerja pun bermula selama 18 bulan dimana
jika berlaku kerosakan terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor itu maka
pihak kontraktor perlu memperbaiki segala kerosakan yang berlaku. Oleh itu setelah tamat
tempoh liabiliti kecacatan kerja ini pihak Arkitek pula akan bertanggungjawab untuk
mengeluarkan Jadual kecacatan kerja kepada pihak kontraktor supaya pihak kontraktor dapat
memperbaiki segala kecacatan atau kerosakan yang telah disenaraikan oleh piahk Arkitek.

11. Insurans

Sebelum memulakan kerja, selalunya pihak kontraktor akan mengambil insuran untuk
melindungi pihaknya serta pihak kerajaan. Oleh yang demikian adalah tanggungjawab Arkitek
untuk memastikan bahawa pihak kontraktor telah mengambil semua insuran-insuran sebelum
memulakan kerja ditapak bina. Antara nya ialah insuran kerja dan insuran liabiliti awam. ini
adalah bertujuan untuk melindungi pihak kerajaan dan koatraktor apabila berlakunya sesuatu
perkara yang tidak diingini. Selain itu juga pihak Arkitek juga perlulah memastikan bahawa
jangka masa segala polisi insurans yang diambil oleh pihak kontraktor itu meliputi tempoh masa
pembinaan atau yang dikehendaki oleh kontrak. Jika tempoh insuran itu telah luput tarikhnya
maka pihak Arkitek juga dengan ini perlulah memastikan pihak kontraktor memperbaharui polisi
insuran tersebut.

Jurutera.

Secara amnya di dalam sesuatu projek pembangunan jurutera juga mempunyai peranan
yang tersendiri didalam menjayakan sesuatu projek pembinaan tersebut. Antara Jurutera yang
terlibat ialah:
Jurutera Awam.
Jurutera Mekanikal.
Jurutera Elektrik.

Jurutera Awam.

Jurutera Awam juga adalah merupakan profesional yang tidak kurang pentingnya dengan
kemahiran yang dimilikinya. Oleh itu, kepakarannya didalam bidangnya mestilah diambil kira
untuk menjayakan projek pembinaan. Jurutera Awam ini juga boleh dibahagikan kepada 3
bahagian utama iaitu:
Jurutera Awam (struktur)
Jurutera Awam (Bekalan Air)
Jurutera Awam (Jalan)

Oleh kerana kepakaran mereka adalah berbeza antara satu sama lain namun ianya adalah
berhubung kait dengan kerja-kerja yang akan dilakukan didalam sesuatu projek pembinaan.
Antara tugas-tugas dan kepentingan Jurutera Awam ini adalah seperti berikut:

1. Membuat penyiasatan tapak.

Kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu proses rekabentuk Jurutera Awam akan


membuat penyiasatan tapak di tapak bina yang dicadangkan itu. Antara aktiviti yang dijalankan
semasa penyiasatan tapak ialah mengkaji sifat-sifat tanah seperti kelembapan tanah, kekuatan
tanah dan jenis tanah. Dengan adanya proses penyiasatan tapak ini maka kaedah pembinaan
bagi projek ini dapat ditentukan. Selain itu juga dengan adanya maklumat mengenai tapak bina
berkenaan maka ianya akan membantu Jurutera Awam dalam membuat proses rekabentuk.

2. Merekabentuk struktur bangunan.

Jurutera Awam akan membuat rekabentuk struktur bagi bangunan yang akan dibina.
Diperingkat ini Jurutera Awam perlulah memastikan yang rekabentuk yang dibuat adalah benar-
benar selamat kepada pengguna bangunan tersebut. Rekabentuk yang digunakankan juga
hendaklah ekonomi dan mempunyai tahap keselamatan yang baik. Selain itu juga adalah
menjadi tanggungjawab pihak Jurutera Awam untuk memastikan bahawa kerja-kerja yang
dilakukan oleh pihak kontraktor adalah seperti yang telah dinyatakan didalam lukisan kontrak.
Jika Jurutera Awam mendapati pihak kontaktor gagal untuk memlakukan kerja tersebut seperti
yang dinyatakan didalam lukisan kontrak maka pihak Arkitek berhak untuk mengeluarkan
arahan untuk melakukan ujian terhadap kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor.

3. Merekabentuk sistem bekalan air.

Selain melakukan rekabentuk bagi kerja-kerja struktur bangunan, Jurutera Awam juga
berperanan dalam merekabentuk sistem bekalan air yang akan digunakan bagi bangunan yang
akan dibina. Rekabentuk tersebut juga mestilah bersesuaian dengan fungsi serta jumlah
penghuni yang akan mengunakan bangunan itu. Dengan itu juga Jurutera Awam perlulah
merekabentuk sistem bekalan air ini dengan mengutamakan faktor keselesean kepada penguna
bangunan tersebut.

4. Menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja perubahan.

Jika berlakunya kerja-kerja perubahan didalam kerja-kerja yang berkaitan dengan


Jurutera Awam maka pihaknya akan membuat satu rekabentuk yang baru bagi tujuan
perubahan kerja tersebut. Sebagai contoh kebanyakan ujian beban yang dilakukan oleh pihak
kontraktor kepada cerucuk telah didapati gagal. Dengan itu pihak Jurutera Awam telah
mengambil keputusan untuk membesarkan saiz tukup curucuk (pile cap) tersebut. Dengan itu
penukaran saiz punukup cerucuk (Pile cap) tersebut adalah dianggap sebagai perubahan kerja.

5. Mengawasi ujian yang dilakukan oleh kontraktor.


Didalam proses pembangunan projek terdapat pelbagai ujian yang perlu dilakukan oleh pihak
kontraktor tentang bahan binaan dan mutu kerja yang dihasilkan. Oleh itu untuk mengelakkan
daripada ketidak jujuran kontraktor dalam melakukan ujian tersebut pihak Jurutera Awam akan
mengawasi segala ujian yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor dari masa kesemasa. Melalui
cara ini ianya bukan sahaja akan memberikan keadilan kepada kedua-dua belah bahkan akan
memastikan segala keputusan ujian yang dilakukan adalah tepat.

Jurutera Mekanikal.

Didalam proses pembinaan Jurutera Mekanikal adalah adalah bertanggungjawab didalam


kerja-kerja pakar yang dilakukan oleh pihak sub-kontraktor dinamakan. Antara kerja-kerja pakar
yang berada dibawah pengawasan Jurutera Mekanikal adalah seperti berikut:
Pemasangan sistem pendingin hawa.
Pemasangan alat pencegah kebakaran.
Pemasangan lift.
Pemasangan eskelator.
Sistem pengudaraan bangunan.

Oleh itu tanggungjawab Jurutera Mekanikal didalam proses pembangunan projek adalah
seperti berikut:

1. Menyediakan rekabentuk.

Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan mekanikal seperti yang dinyatakan sebelum ini
pihak Jurutera Mekanikal adalah bertanggungjawab dalam menyediakan rekabentuk bagi kerja-
kerja berkenaan. Selain itu juga Jurutera Mekanikal juga perlu memastikan bahawa sistem yang
dipilih adalah bersesuaian dengan fungsi bangunan tersebut. Contohnya bagi sistem penghawa
dingin bagi kegunaan pejabat hendaklah tidak sama dengan sistem bagi sesebuah kompleks
membeli belah. Ianya juga henndaklah sesuai dengan jumlah pengguna yang akan menggunakan
bangunan. tersebut serta memberikan keselesaan yang maksimum.

2. Menyediakan senarai kuantiti.

Setelah selesai kerja-kerja penyediaan rekabentuk maka pihak Jurutera Mekanikal


adalah dengan ini bertanggungjawab untuk menyediakan senarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar
yang akan dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan ini ianya akan dapat memberikan
jumlah sebenar bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan. Selain itu juga pihak Jurutera
Mekanikal juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja
yang bersangkutann dengan mekanikal.

3. Bahan dan mutu kerja.

Pihak Jurutera Mekanikal juga dengan ini juga perlulah memastikan yang bahan dan
mutu kerja bagi kerja-kerja pakar ini adalah adalah menngikut kehendak kontrak seperti yang
dinyatakan didalam fasal 6 PAM 69. Jika Jurutera Mekanikal mendapati pihak sub-kontraktor
gagal untuk berbuat demikian maka hal ini hendaklah dimaklumkan kepada Arkitek untuk
tindakan yang selanjutnnya.
4. Ujian.

Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, maka pihak Jurutera


Mekanikal bertanggungjawab mengawasi ujian keatas kerja yang telah dilakukan oleh pihak sub-
kontraktor. Diperingkat ini pihak Jurutera Mekanikal adalah bertanggungjawab untuk
memastikan segala ujian yang dilakukan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan.

Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat memastikan tahap
keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan. Contohnya dengan adanya kerja ujian ini
maka dapatlah diketahui tahap keselamatan bagi kegunaan lift yang telah dipasang. Ini adalah
berbagi memastikan pengguna dapat menggunakan alatan tersebut dengan selamat.

5. Penilaian kerja

Di Malaysia penilaian kerja keatas kerja-kerja Mekanikal akan dilakukan oleh pihak
Jurutera Mekanikal sendiri. Penilaian kerja ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui
jumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak sub-kontraktor dan untuk mengetahui kemajuan
kerja bagi pihak sub- kontraktor. Setelah itu, jumlah penilaian kerja yang tersebut akan
diserahkan kepada Juruukur Bahan untuk dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh
kontraktor utama untuk mengetahui kemajuan kerja sebenar di tapak.

6. Merekabentuk perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja mekanikal seperti ingin penukaran
sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak Jurutera Mekanikal
adalah dengan ini akan megeluarkan satu rekabenntuk yang baru untuk kerja perubahan
tersebut.

Selain itu juga pihak Jurutera Mekanikal juga perlulah meyerahkan rekabentuk perubahan
kerja itu didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak menjejaskan kerja sub-
kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja.

Jurutera Elektrikal.

Antara tanggungjawab pihak Jurutera Elektrik adalah seperti berikut:

1. Menyediakan rekabentuk.

Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik seperti kerja pemasangan pendawaian
bangunan adalah menjadi tanggujawab pihak Jurutera Elektrik untuk menyediakan rekabentuk
bagi kerja-kerja tersebut. Dengan kepakaran yang ada, Jurutera Elektrik akan menyediakan satu
rekabentuk yang bersesuaian dengan kegunaan bangunan seperti mana yang dilakukan oleh
pihak Jurutera Mekanikal. Contohnya bagi sistem pendawaian elektrik bagi kegunaan pejabat
semestinya berbeza dengan sistem bagi sesebuah kompleks membeli belah serta dapat
memberikan keselesaan yang maksimum kepada penguna bangunan tersebut.
2. Menyediakan senarai kuantiti.

Selain menyediakan rekabentuk, pihak Jurutera Elektrik juga adalah dengan ini adalah
bertanggungjawab bagi penyediaan senarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan
oleh pihak sub-kontraktor. Dengan adanya senarai kuantiti ini jumlah kos kerja-kerja pakar akan
diperolehi. Selain itu juga pihak Jurutera Elektrik juga adalah bertanggungjawab untuk
menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan elektrik.

3. Bahan dan mutu kerja.

Pihak Jurutera Elektrik juga adalah bertanggungjawab didalam memastikan yang bahan
dan mutu kerja bagi kerja-kerja pakar ini adalah adalah mengikut kehendak kontrak seperti yang
dinyatakan didalam fasal 6 PAM 69. Jika didapati pihak sub-kontraktor gagal untuk berbuat
demikian maka Jurutera Elektrik hendaklah memaklumkan kepada Arkitek untuk tindakan yang
selanjutnnya.

4. Ujian.

Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, maka pihak Jurutera Elektrik


dengan ini akan mengawasi segala ujian keatas kerja yang telah dilakukan oleh pihak sub-
kontraktor. Dengan ini Jurutera Elektrik adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala
ujian yang dilakukan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan.

Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat memastikan tahap
keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan. Dengan itu pengguna dapat menggunakan
kemudahan tersubut dengan selamat dan mendapat keselesaan yang maksimum.

5. Penilaian kerja.

Di Malaysia penilaian kerja keatas kerja-kerja Elektrikal juga akan dilakukan oleh pihak
Jurutera Elektrikal sendiri. Tujuan penilaian kerja ini dilakukan adalah untuk mengetahui jumlah
wang yang perlu dibayar kepada pihak sub-kontraktor dan untuk mengetahui kemajuan kerja
bagi pihak sub- kontraktor. Setelah itu, jumlah penilaian kerja yang tersebut akan diserahkan
kepada Juruukur Bahan untuk dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh kontraktor utama
untuk mengetahui kemajuan kerja sebenar di tapak.

6. Merekabentuk perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja elektrik seperti ingin penukaran sistem
yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak Jurutera Elektrik juga adalah
dengan ini akan mengeluarkan satu rekabenntuk yang baru bagi kerja perubahan tersebut.

Selain itu penyerahan rekabentuk perubahan kerja itu hendaklah dilakukan didalam
jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak menjejaskan kerja sub-kontraktor serta
mengelakkan kelewatan kerja.jika berlaku kelewatan maka iannya akan meningkatkan kos
kerana
Juruukur Bahan.

Didalam memastikan kos projek tidak melebihi budget yang ditetapkan oleh pihak majikan,
Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan hal ini.
Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dari awal hinggalah keperingkat akaun muktamad. Oleh itu
maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastukan kos yang
dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan
oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan
dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki. Oleh itu hak
dan tanggungjawab pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah
seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan lokasinya maka
dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian
kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak
majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek
yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk
membina sebuah kompleks membeli belah di Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan
menyediakan kajian kemungkinan ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan
dipersembahkan kepada pihak majikan.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender
akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat
ini adalah seperti menyediakan senarai kuanntiti dimana ketepatan dalam melakukan senarai
kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan
bermula kelak. Diperingkat ini juga pihak Juruukur Bahan bertanggungjawab untuk menjualkan
dokumen kontrak serta menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangkawaktu yang
telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan hendaklah
memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala
dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, piahk Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi
projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang
benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai
sumber kewanag mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja
yang banyak.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan dan Arkitek akan
mengesyorkan kepada majikkan kontraktor yang diaggap benar-benar berkelayakan untuk
melakukan kerja tersebut. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak
majikan. Diperingkat ini Juruukur Bahan dan Arkitek hanya bberhak untuk mengesyorkkan
kepada majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender
tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor
memulakan kerjanya. Doke\umen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor.
Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap
dengan segala dokumen, borang kontrak spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja piihak konttraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan
seperti yang dinyatakan didalam fasal 19 dan 20 PAM 69. Oleh itu Juruukur Bahan adalah
bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuuran yang taelah diambil oleh pihak
kontraktor tersebut adalah sah. Dengan itu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak
syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil oleh piahk
kontraktor adalah dari syarikat yang diibenarkan oleh pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juja
perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah meliputi jangkawaktu yang telah ditetapkan.
Juruukur Bahan perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika
berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak
insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance co [1925AC619 dimana
pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil insuran atas namanya dan bukan
atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah
membuat tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan
bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah
atas namanya dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada
syarikatnya.

6. Penilaian kerja.

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang
dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan
bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja
penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil
kontraktor.

Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran tentang kemajuan kerja
yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada bulan yang terbabit. Juruukur Bahan juga
adalah dengan ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka
waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Ini seperti yang dinyatakan didalam fasal 30
PAM 69.
7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan
adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira
perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja
terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah
seperti yang dinyatakan didalam fasal 11 PAM 69.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada
pematuhannya kepada arahan Arkitek seperti yang dinyatakan dalam fasal 24 PAM 69, maka
adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah
benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak
kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini
pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran
yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada
pematuhan arahan Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa
segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana
yang dinyatakan didalam fasal 23 PAM 69. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak
kntraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya
kepada pihak Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk
lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor
membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini
bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan
untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya
mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi
peruntukan tersebut.

Juruukur Tanah.

Kebiasaannya peranan Juruukur Tanah didalam sesuatu projek pembangunan ini hanyalah
pada awalan projek sahaja. Walaubagaimana pun peranan Juruukur Tanah ini juga tidak kurang
pentingnya dengan perunding yang lain. Antara tanggungjawab pihak Juruukur Tanah adalah
seperti berikut:

1. Membuat penandaan sempadan.


Adalah menjadi tugas Juruukur Tanah untuk membuat penandaan sempadan, mengukur
aras tanah ditapak dan membuat kerja "setting out" untuk menentukan kedudukan bangunan
ditapak. Ini adalah penting bagi menentukan bahawa sempadan yang dibuat dan bangunan yang
akan dibina adalah didalam kawasan pihak majikan.

Jika pihak Juruukur gagal untuk membuat demikian maka ianya akan menimbulkan masalah
kepada majikan dan juga kontraktor apabila projek sedang berlangsung kelak.

2. Menyediakan lukisan yang berkaitan.

Di samping itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menyediakan lukisan dan pelan yang
berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain itu
juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menghantar pelan dan lukisan yang terbabit kepada
Juruukur Bahan untuk menetukan kos anggaran yang akan digunakan bagi kerja-kerja tanah
yang akan dilakukan.

KONTRAKTOR

PENGENALAN

DEFINISI

Kontraktor dapat didefinisikan sebagai satu badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk
merealitikan gambar atau lukisan yang disediakan oleh perekabentuk kepada bentuk dan saiz
sebenar yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Kontraktaor juga merupakan agen atau pihak
utama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang diterjemahkan dalam bentuk
lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar sesuatu binaan.

Segala kerja pembinaan yang dijalankan adalah menjadi tanggungjawab kontraktor dan
kontraktor akan mendapat balasan atau keuntungan yang berbentuk bayaran daripada pihak
majikan atau gunawan. Bayaran yang dikenakan ini adalah sebagai balasan terhadap
perkhidmatan kontraktor dan ia telah ditentukan dengan persetujuan kedua-dua pihak yang
terlibat iaitu pihak kontraktor dan pihak gunawan.

Perjanjian akan wujud dengan syarat-syarat tertentu antara pihak kontraktor dan gunawan
serta beberapa pihak lain yang terlibat yang mana kemudiannya perjanjian ini akan membentuk
satu dokumen kontrak. Sepanjang proses pembinaan ini dijalankan dokumen kontrak ini
merupakan asas yang menjadi rujukan kepada sebarang masalah yang timbul baik dipihak
kontraktor ataupun pihak-pihak lain yang terlibat.

JENIS-JENIS KONTRAKTOR

Secara umumnya kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu :
Kontraktor utama (main contractor)
Domestik subkontraktor (domestic subcontractor)
Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

Kontraktor-kontraktor ini akan bekerjasama bagi melaksanakan projek pembinaan supaya


berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa sebagaimana yang telah diperuntukan
dalam dokumen kontrak untuk pambinaan tersebut. Setiap jenis kontraktor tersebut telah
diperuntukan syarat-syarat tertentu dalam perlaksanaan kerja serta kontrak yang telah
ditandatangani. Segala peruntukan syarat-syarat ini telah jelas dinyatakan dalam sesuatu
dokumen kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor dan pihak gunawan.

1. Kontraktor Utama (main contractor)

Kontraktor utama merupakan seseorang yang pakar dan berpengetahuan dalam bidang
pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam ataupun kedua-duanya sekali. Kontraktor utama
ini akan menandatangani kontrak antara pihak kontraktor dan pihak gunawan atau majikan.
Kontraktor utama ini akan melaksanakan projek pembinaan sehingga selesai sebagaimana yang
terkandung dalam dokumen kontrak. Kontraktor utama akan melaksanakan proses pembinaan
ini samada dengan menggunakan tenaga kerja yang dimilikinya sendiri ataupun mengambil
subkantraktor ataupun kedua-duanya sekali.

2. Domestik kontraktor (domestic contractor)

Domestik kontraktor adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor yang melakukan
kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan keupayaan masing-masing. Domestik
kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu :

i) Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan membekalkan
semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja subkontrak.

ii) Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk tempoh


pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak majikan dan ianya dikenali sebagai
pembekal dinamakan.

iii) Subkontraktor buruh dimana kontraktor ynag membekalkan buruh untuk melaksanakan
kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh mahir, separa mahir dan kurang mahir.

3. Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

Subkontraktor dinamakan adalah merupakan subkontraktor yang dilantik oleh pihak


gunawan. Kontraktor ini menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut kepakaran masing-
masing. Subkontraktor dinamakan ini biasanya melakukan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal
serta perkhidmatan bangunan seperti :

Sistem bekalan air


Sistem hawa dingin
Lif dan Eskulator
Sistem pencegah kebakaran
Sistem pemasangan elektrik
HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA DAN SUBKONTRAKTOR

Secara umumnya hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak ini akan berlandaskan kepada
kontrak yang telah dipersetujui antara kedua dua pihak. Syarat-syarat kontrak yang terlibat ialah
kontrak kerja subkontrak yang dibuat diantara kontraktor utama dan subkontraktor disamping
kontrak utama.yang terbentuk antara kontraktor utama dan majikan.Syarat- syarat kontrak yang
terbentuk antara pihak kontraktor utama dan subkontraktor ialah seperti subkontraktor akan
melaksanakan semua kerja berdasarkan lukisan dan spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat
semua bayaran yang berkaitan dengan insuran dan wang tahanan, mengemukakanl mengambil
pekerja yang komprehensif dan syarat-syarat tambahan yang lain jika terdapat peruntukan
tersebut antara pihak kontraktor utama dan sub kontraktor.

Selain dari peruntukan syarat-syarat kontrak tersebut kedua- dua pihak juga perlu
mematuhi common low dan statut (peruntukan oleh kerajaan persekutuan, negeri,
tempatan).Peruntukan dibawah commmon low ialah seperti undang-undang tort contohnya
kacau ganggu, manakala statut pula ialah peruntukan atau akta-akta tertentu untuk sesuatu
perkara contohnya akta keselamatan sosial pekerja 1969.Dalam industri binaan jika sesuatu
projek berkenaan adalah kepunyaan kerajaan maka ianya tertakluk kepada peruntukan common
law dan statut manakala jika projek tersebut dibawah hak milik pihak persendirian maka ianya
hanya tertakluk kepada statut sahaja. Ini telah dinyatakan dalam Borang kontrak PAM Fasal
18(1).

Hak dan tanggungjawab yang telah diperuntukan dan sepatutnya dilaksanakan adalah
tertakluk kepada syarat- syarat yang ditandatangani atau dipersetujui oleh semua pihak.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR TERHADAP KONTRAKTOR UTAMA

Dalam borang PAM Fasal yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab subkontraktor
ialah Fasal 27(a-g). Dalam Fasal 27(a)(i-xi) ini telah memperuntukan hak-hak dan tangungjawab
bagi pihak subkontraktor.

HAK SUBKONTRAKTOR

Subkontraktor mempunyai hak tertentu apabila ia menandatangani kontrak dengan


kontraktor utama di bawah peruntukan yang dinyatakan sebelum ini. Diantara hak yang biasa
wujud didalam sesuatu kontrak ialah:

1. Mendapat kemudahan dalam melaksanakan kerja subkontrak

Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapat kemudahan melaksanakan kerja


subkontrak dari kontraktor utama. Kemudahan ini termasuklah kemudahan peralatan dan
pengurusan. Kemudahan peralatan ialah kemudahan menggunakan kelengkapan kontraktor
utama untuk melaksanakan kerja subkontrak, manakala kemudahan pengurusan pula ialah
berbentuk kemudahan untuk mendapatkan lukisan- lukisan kerja subkontrak, khidmat
penyeliaan tapak, pejabat tapak dan sebagainya. Jika subkontrak kerja keseluruhan digunakan
maka hak untuk mendapatkan kemudahan hanya terhad kepada penggunaan akses jalan,
peranca dan bekalan elektrik serta air. Manakala mempunyai hak yang lebih luas. Hak mendapat
bahan dan peralatan yang sesuai serta kemudahan pengurusan perlu diberi oleh kontraktor
utama.

Subkontraktor mempunyai hak yang sama dikalngan mereka. Jika berlaku ketidakadilan
sehingga mengganggu perjlanan kerja subkontrak mereka boleh mengadu kepada kontraktor
utama untuk kemudahan yang lebuh baik. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak dapat
mengambil tindakan dari segi kontrak kerana tiada peruntukan yang khusus. Ia hanya
berlandaskan kepada perikemanusiaan dan amalan yang biasa di jalankan oleh ahli ikhtisas.

2. Mendapatkan bayaran

Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran bagi kerja subkontrak yang
telah dilaksanakan. Bayaran tersebut adalah merangkumi :

1. Bayaran interim
2. Bayaran tambahan didalam perubahan kerja subkontrak
3. Bayaran kerugian yang disebabkan oleh tindakan kontraktor utama

Kelulusan pembayaran ini akan tertakluk kepada kerja subkontrak yang dilaksanakan. Jika
tidak memenuhi syarat kontrak maka subkontrak tidak layak menerima bayaran. Hak yang
terlibat berkenaan dengan bayaran ini ialah:

1. Jumlah yang sewajarnya


2. Tempoh sesuatu pembayaran
3. Kaedah bayaran oleh kontraktor utama

Faktor-faktor ini perlu diambil dan dipertimbangkan oleh kontraktor dengan adil.
Mengikut amalan biasa bayaran akan dibuat apabila subkontraktor menghantar satu tuntutan
balik.

Hak subkontraktor untuk mendapatkan bayaran ini telah dinyatakan dengan jelas dalam
Borang PAM Fasal 27(a)(vii), (b), (c).

Kes-kes yang menjadi rujukan berkenaan dengan fasal 27 (c) ialah:

1. Gilbert- Ash (Northern) Ltd V Modern Engineering (Bristol) Ltd [1973] 3 All ER 195
2. Morttam Consultant Ltd V Bernard Sunley & Sons Ltd [1975]
3. LIR 197

3. Menagguhkan perlaksanaan kerja subkontrak

Subkontraktor juga mempunyai hak untuk menagguhkan kerja subkontrak yang tidak
mengikut kontrak asal. Diantara sebab-sebabnya ialah kegagalan kontraktor utama membayar
kerja subkontrak bagi subkontraktor yang terlibat.Walaupun dalam PAM Fasal 27 (c) telah
dinyatakan bahawa jika kontraktor utama gagal membuat pembayaran terus kepada
subkontraktor, arkitak akan membuat pembayaran terus, tetapi ini mungkin akan
mendatangkan masalah kepada subkontraktor seperti masalah kewangan.

Oleh sebab itu subkontraktor yang terlibat berhak untuk menangguhkan kerja buat
sementara waktu sehingga selesai masalah yang dihadapi, mengikut persetujuan pihak yang
majikan serta pihak-pihak lain yang bertanggungjawab keatas projek pembinaan yang
dijalankan.

4. Mendapatkan Lanjutan Masa

Lanjutan masa juga boleh diperolehi oleh subkontraktor jika ia berpunca dari sebab-
sebab yang munasabah contohnya kejadian bencana alam seperti banjir atau hujan yang tidak
berhenti yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan tidak boleh dijalankan. Selain dari itu
lanjutan masa juga boleh diberi kepada subkontraktor yang mana kesilapan atau masalah yang
menyebabkan kelewatan itu berpunca daripada kontraktor utama contohnya tiada bekalan
bahan binaan yang mencukupi dari pembekal bahan binaan yang telah diberi tugas untuk
membekalkan bahan-bahan binaan tempatan. Pada kebiasaannya lanjutan masa ini diperolehi
jika berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti yang terdapat dalam peruntukan kontrak
utama sebagaimana yang telah dinyatakan diatas.

Dalam Borang PAM peruntukan berkenaan dengan lanjutan masa yang menjadi hak kepada
subkontraktor telah dinyatakan dengan jelas dalam Fasal 27 (a)(v dan vi) dan (d)(i) manakala
fasal 27 (d)(ii) pula memperuntukan apabila timbulnya masalah dari pihak subkontraktor setelah
mendapatkan lanjutan masa.

Kes yang berkaitan dengan lanjutan masa ini ialah kes Percy Bilton Ltd V Greater London
Council (1982) 20 BLR 1

TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR

Subkontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak yang telah diberi


sepertimana yang telah dijanjikan dalam peruntukan syarat-syarat kontrak antara pihak
kontraktor utama dan pihak subkontraktor. Dalam PAM Fasal (1) telah diperuntukan
tanggungjawab kontraktor dimana kontraktor itu perlu menyiapkan kerja dengan sempurna
sehingga memuaskan hati pihak majikan. Tetapi bagi pihak subkontraktor pula mereka harus
menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga memuaskan hati pihak kontraktor utama
sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Fasal 27 (a)(iii) yang mana pihak kontraktor utama
harus dipertanggungjawabkan jika kerja yang dilakukan oleh subkontraktor tidak memuaskan
hati pihak majikan. Oleh sebab itu tanggungjawab subkontraktor adalah besar dalam menjaga
kepentingan kontraktor utama. Antara beberapa tanggungjawab subkontraktor yang biasa
wujud dalam subkontrak ialah :

1. Pematuhan kepada nilai kuantiti


Kuantiti kerja subkontrak dan bahan yang digunakan perlu mengikut penentuan yang
telah ditetapkan dalam dokumen kontrak yang telah ditanda tangani oleh subkontraktor. Ini
kerana untuk menjamin kualiti binaan yang dibuat adalah terjamin dan selamat digunakan
dengan baik dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan.Dalam PAM Fasal 6 (1), (2), dan
(3) telah diperuntukan dengan jelas bahawa pematuhan kepada mutu kerja dan nilai adalah
amat penting Oleh yang demikian menjadi satu kewajipan kepada subkontraktor mendapat
bahan dan melaksanakan kerja subkontrak dengan baik.

2. Menjaga kepentinan awam

Subkontraktor perlu sentiasa memastikan kepentingan awam tidak terjejas akibat dari
kerja subkontrak yang dilaksanakannya dan ini secara tak langsung ia akan menjaga kepentingan
kontraktor utama. Kepentingan ini merangkumi kerosakan harta benda, keselamatan,
keselesaan dan seumpamanya. Dalam hal ini subkontraktor perlu menginsurankan kerja yang
akan dibuat kemudian pula perlu mengemukakan polisi insuran terhadap kontraktor utama
sebagai syarat terdahulu sebelum memulakan kerja. Ini telah dinyatakan dengan jelas dalam
PAMFasal (18) dan (19) serta Fasal 27 (a)(iv), yang mana menyatakan bahawa kontraktor perlu
mengambil insuran sebelum memulakan sesuatu kerja pembinaan. Dalam PAM Fasal 20 juga
telah memperuntukan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran kerja sebelum memulakan
kerja pembinaan. Peruntukan dan syarat undang-undang yang berkaitan kepentingan awam
perlu dipatuhi untuk menjamin keselamatan serta kepentingan pihak awam.

3. Menjaga Kebersihan Tapak Bina

Bahan buangan atau lebihan dari sesuatu kerja subkontrak yang dijalankan perlu
dibersihkan semula oleh subkontraktor. Subkontraktor perlu memastikan hal ini dilakukan
diakhir kerja subkontrak tanpa menjejaskan harta pihak lain ditapak bina.

Jika tidak dilaksanakan kontraktor utama layak mengambil orang lain untuk melakukan
obligasi itu dan potongan pembayaran akan dibuat mengikut perbelanjaan yang ditanggung.
Walau bagaimanapun subkontraktor tidak boleh dibebankan oleh pembersihan tapak akibat dari
kerja pihak lain, contohnya subkontraktor lain.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA TERHADAP SUBKONTRAKTOR

HAK KONTRAKTOR UTAMA

1. Memeriksa kerja subkontrak

Kontraktor utama mempunyai hak untuk memeriksa kerja subkontrak yang telah
dilaksanakan oleh subkontraktor. Pemeriksaan boleh dibuat pada bila-bila masa diperlukan
samada diminta oleh gunawan atau tidak. Walau bagaimanapun hak ini adalah tertakluk kepada
kerja subkontrak yang telah dilaksanakan sahaja. Pemeriksaan ini tidak boleh dibuat keatas
kelengkapan yang digunakan. Walaupun demikian kontraktor utama boleh menasihati bagi
penggunaan peralatan yang sesuai demi kepentingan kerja subkonrak berkenaan.Sekiranya
pihak subkontraktor gagal melaksanakan kerja dengan baik maka pihak kontraktor utama perlu
bertanggungjawab jika pihak majikan tidak puas hati. Ini juga telah dinyatakan dengan jelas
dalam PAM Fasal 27(a)(iii). Oleh sebab itu kontraktor utama berhak sepenuhnya untuk
memeriksa kerja yang dilakukan oleh pihak subkontraktor dibawah pengawasannya.untuk
memuaskan hati pihak majikan.

2. Menolak kerja subkontrak

Kerja subkontrak yang tidak memenuhi mutu yang telah ditetapkan dari segi bahan yang
digunakan, penyempurnaan terhadap penyiapannya boleh ditolak oleh kontraktor utama.
Kontraktor utama berhak membuat penolakan kerana kontraktor utama yang akan
bertanggunjawab keatas kerja yang dilakukan oleh subkontraktor. Penolakan ini boleh didalam
bentuk keseluruhan atau sebahagian daripada kerja subkontrak yang berkenaan. Penolakan oleh
kontraktor utama ini akan menyebabkan samada subkontraktor akan membuat semula kerja
yang tidak memuaskan hati kontraktor tersebut atau subkontraktor akan dikategorikan tidak
dapat menyiapkan kerja dengan sempurna dan PAM fasal 27 (a)(vi) akan berkuatkuasa.

3. .Menolak bayaran

Menolak bayaran ini bermaksud menolak mana-mana wang subkontraktor yang perlu
dibayar oleh pihak majikan kepadanya. Penolakan ini dibuat adalah dengan beberapa sebab
seperti subkontraktor enggan memperbaharui insuran atau enggan menjelaskan apa-apa
bayaran yang dikenakan keatasnya yang mana ianya berkaitan dengan kontraktor utama atau
pihak majikan.Pada kebiasaannya hak menolak bayaran sebahagian daripada bayaran kemajuan
yang berupa wang tahanan boleh dilakukan. Kaedah penolakan ini sebenarnya dikenali sebagai
set-off. Ini telah dinyatakan didalam PAM Fasal (20) serta Fasal (19) dan(20) yang mana ianya
menyentuh tentang pembaharuan insurans yang mana kaedah set-off digunakan. Walaupun
demikian penolakan wang tahanan tidak boleh melebihi nilai peratusan yang diperuntukan
dalam kontrak utama. Kontraktor utama juga berhak menolak sesuatu bayaran jika
subkontraktor gagal memenuhi obligasinya, samada dilakukan sendiri atau oleh kotraktor utama
atau pihak lain yangg diambil oleh kontraktor utama.

4. Mengambil subkontraktor lain

Hak mengambil subkontraktor lain untuk menyelesaikan kerja yang tertanggung oleh
sesuatu subkontraktor boleh digunakan oleh kontraktor utama. Segala bayaran yang berkaitan
boleh dipotong dari bayaran yang sepatutnya dibayar kepada subkontraktor yang pertama.
Walaupun demikian ia perlulah menyatakan bahawa subkontraktor telah berlaku cuai sehingga
menjejaskan kepentingan kontraktor utama dari pandangan gunawan serta pihak berkuasa yang
lain.

Selain dari itu, pihak kontraktor tama juga boleh mengambil subkontraktor lain jika
subkontraktor yang ada tidak mempunyai kepakaran didalam sesuatu projek yang terdapat
pelbagi jenis elemen yang memerlukan kepakaran yang khusus.

5. Menamatkan kontrak
Penamatan kontrak boleh dibuat oleh kontraktor utama jika kontraktor gagal
menjalankan obligasi yang sepatutnya. Penamatan ini tertakluk kepada oblogasi yang besar
mengikut syarat subkontrak sahaja tetapi tidak meliputi yang kecil contohnya tidak mengikut
arahan dari segi kualiti bahan dan mengikut masa yang ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA

1. Menyelaras Subkontraktor

Kontraktor utama mempunyai tanggungjawab untuk menyelaras semua subkontraktor


dibawahnya. Langkah ini perlu dilakukan untuk memastikan perjalanan kerja subkontrak
memenuhi kehendak kontrak utama dan subkontrak.

2. Menyediakan kelengkapan kerja

Kelengkapan kerja perlu disediakan oleh kontraktor utama kepada subkontraktor


terutamanya subkontraktor kerja. Kelengkapan yang disediakan mestilah mencukupi dan sesuai
dengan kerja dan produktif. Selain dari itu kontraktor utama juga perlu menghubungkan
subkontraktor dibawahnya dengan pihak perunding. Hal ini perlu dilakukan untuk memudahkan
pemeriksaan dan pengiktirafan kerja subkontrak yang talah dilaksanakan.

3. Menyelesaikan Masalah subkontraktor

Kontraktor utama perlu menyelesaikan sebarang kerimitan yang timbul dikalangan


subkontraktor. Kontraktor utama perlu menasihati dan menyelesaikan masalah yang dihadapi
jika ianya berpunca daripada tindakannya.ianya akan menjamin kelancaran kerja dan tingkat
kualiti akhir.

4. Mengawasi Kerja subkontrak

Kontraktor utama juga perlu dari masa kesemasa mengawasi kerja subkontrak yang
dilaksanakan oleh subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontraktor. Sehubungan dengan itu
kontraktor utama perlu menyediakan wakil ditapak untuk memudahkan subkonraktor
mendapatkan maklumat yang sepatutnya.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP PIHAK LAIN

1. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap pekerjanya.

Hak-hak kontraktor terhadap pekerjanya adalah kontraktor berhak untuk mengambil


pekerja yang komprehensif dan dapat melakukan kerja dengan baik. Jika terdapat pekerja yang
tidak memuaskan hati kontraktor atau yang menimbulkan masalah maka kontraktor berhak
untuk memecat pekerja tersebut tetapi mengikut persetujuan pihak majikan terlebih dahilu.
Dalam PAM fasal (19) dan (20) telah dinyatakan mengenai peruntukan-peruntukan mengenai
perkara ini.

Kontraktor juga mesti bertanggungjawab sepenuhnya keatas kebajikan pekerjanya yang


mana kontraktor perlu menginsurankan pekerjanya serta membayar caruman wang PERKESO.
Selain dari itu kontraktor juga perlu memastikan bahawa pekerja yang diambil bekerja adalah
dapat melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan supaya kerja yang dilaksanakan dapat
memuaskan hati pihak majikan.

Hak-hak dan tanggungjawab ini amat penting kerana untuk menjamin kedua-dua pihak
dapat bekerjasama dan mendapat keuntungan atau balasan masing-masing yang setimpal
deangan apa yang diberikan. Apabila kedua-dua pihak berpuas hati maka segala kerja dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

2. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap majikan

Dalam melaksanakan sesuatu kontrak hak dan tanggungjawab pihak-pihak utama sering
dipertikaikan dan masalah inilah yang seringkali timbul. Walau bagiamanapun kedua-dua pihak
yang telibat ini mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama rata. Dalam memperkatakan hak
dan tanggungjawab kontraktor dan majikan ini kedua-dua pihak mempunyai peranan dan hak
yang sama pentingnya.

Hak kontraktor ke atas majikan adalah mendapatkan bayaran atau balasan daripada
kerja majikan yang telah dilaksanakan. Selain dari itu kontraktor juga berhak untuk
mendapatkan insuran kontraktor boleh mendapatkan insuran kerja dari pihak majikan sekiranya
mengikut PAM Fasal (20)(b)dan (c) yang mana memperuntukan bahawa kontraktor berhak
mendapatkan insuran kerja yang diperuntukan kepadanya sekiranya pihak majikan
menggunakan Fasal (20)(b) dan (c).

Tanggungjawab kontraktor terhadap majikan pula ialah melaksanakan kerja yang


diberikan dengan baik sehinga memuaskan hati majikan Ini tertakluk kepada PAM Fasal (1)(i)
dan (ii). Selain dari itu pihak kontraktor juga perlu menginsurankan segala kerja majikan yang
akan dilaksanakan. Ini tertakluk kepada Fasal (20)(a) yang mana pihak majikan tidak mengambil
sebarang insuran kerja. Oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk
mengambil insuran tersebut.

Selain dari itu pihak kontraktor juga mempunyai tanggungjawab dan hak untuk
menyiasat dan meneliti segala maklumat yang diberikan sebelum memasuki tender yang
ditawarkan oleh majikan. Ini adalah untuk tidak menimbulkan segala masalah yang tidak dapat
dielakkan keatas tanggungjawab masing-masing setelah perlaksanaan pembinaan ini dijalankan.

3. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap kumpulan perekabentuk.

Kumpulan perekabentuk adalah terdiri daripada Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan dan
beberapa ahli profesional yang lain. Mereka adalah pihak yang bertanggungjawab yang mana
menterjemahkan idea yang disampaikan oleh pihak majikan atau gunawan kedalam bentuk
lukisan kerja. Kemudian melalui lukisan-lukisan ini maka kontraktor akan membina dan
menyiapkan kerja tersebut manjadi sebuah bangunan atau binaan lain. Pihak kumpulan
perekabentuk ini juga akan berurusan dengan kumpulan pereka bentuk secara tidak angsun dan
ini menyebabkan mereka juga tidak lepas daripada hak dan tanggungjawab masing-masing.

Kontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan lukisan-lukisan yang jelas dan baik
daripada pihak pereka bentuk ini. Selain dari itu pihak pereka bentuk juga perlu memastikan
lukisan kontrak adalah tidak bercanggah dengan dokumen kontrak. Walaupun percanggahan
antara dokumen kontrak dengan lukisan ini ,jika berlaku tidak menyebabkan mana-mana pihak
dipersalahkan kecuali majikan tetapi menjadi tangunggjawab bersama untuk memastikan agar
ianya tidak berlaku.

Dalam PAM Fasal (1)(2) menyatakan dengan jelas bahawa menjaditanggungjawab


kontraktro untuk memberitahu jiak terjumpa, tetapi bukan menjadi tanggungjawab kontraktor
untuk menyemak kesilapan tersebut. Masalah ini boleh dirujuk kepada kes London Borough of
Merton V Stanley Huge Leach Ltd (1985) 32 BLR 51.

Hak dan tanggungjawab ini amat penting supaya tiada kerumitan yang akan berlaku dan
wujudnya kerjasama antara kedua-dua pihak ini.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN

Hak kontraktor keatas institusi kewangan adalah sangat penting yang mana ianya
merupakan satu hak yang diperolehi oleh kontraktor tetapi dibuat dalam konsep serah hak.
Konsep serah hak adalah satu konsep dimana hak pihak tertentu diserahkan kepada satu pihak
lain untuk menguruskannya. Jadi bagi pihak kontraktor hak atau balasan yang diperolehi
daripada majikan telah diserah hakkan kepada pihak institusi kewangan berupa modal duluan
untuk melaksanakan kerja majikan. Dalam PAM Fasal (17)(1) dan (2) telah diperuntukan
berkenaan sub sewa atau serah hak ini.

Setelah mendapat hak tersebut maka kontraktor perlu bertanggungjawab untuk


menjalankan kerja dengan baik dan memuaskan hati pihak kontraktor. Kontraktor juga perlu
berurusan dengan pihak institusi kewangan secara baik dan perlu mendapatkan satu jaminan
bank atau insurans. Jika seseorang kontraktor tidak banyak menimbulkan masalah dengan pihak
bank maka ini akan menyenangkan lagi pihak bank dan juga pihak kontraktor turutamanya
untuk berurusan degannya seterusnya kerana pihak institusi kewangan telah memberi
kepercayaan kepada pihak kontraktor.

PEMBEKAL

Pembekal (supplier) merupakan salah satu pihak yang terpenting di dalam industri binaan.
Pembekal berperanan untuk membekalkan bahan-bahan binaan dan juga peralatan untuk bagi
pembinaan di tapak bina. Secara amnya, pembekal boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
iaitu:

1. Pembekal (Domestic Supplier)


Pembekal jenis ini merupakan pembekal biasa yang membekalkan bahan binaan ke tapak
bina. Di peringkat ini, kontraktor utama bebas memilih pembekal mereka bagi membekalkan
bahan binaan seperti simen, blok bata, kayu dan sebagainya. Ini bergantung kepada kelebihan-
kelebihan yang ada pada pembekal tersebut. Contohnya pembekal tersebut dapat memberikan
jumlah kredit yang besar kepada kontraktor utama ataupun dapat menawarkan pilihan bahan
binaan dan peralatan yang pelbagai untuk kegunaan kontraktor utama.

2. Pembekal Dinamakan (Nominated Supplier)

Pembekal dinamakan ini merupakan pembekal yang telah dicalonkan untuk dipilih oleh
kontraktor utama. Pembekal dinamakan ialah individu atau perniagaan perkongsian, firma atau
syarikat yang tendernya hanyalah untuk membekal dan menyerahhantar bahan-bahan atau
peralatan yang telah disetujuterima semasa berurusan dengan pihak kontraktor.

3. Pengilang

Pengilang merupakan pengeluar untuk sesuatu bahan binaan. Selalunya bahan-bahan


tersebut dikeluarkan atau dihasilkan dalam jumlah yang banyak. Dalam sesetengah kes, ada
pengilang yang memasarkan sendiri hasil pengeluaran mereka tetapi ada juga yang terpaksa
melalui pengedar.

4. Pengimport

Pengimport pula merupakan pengimport bahan-bahan binaan dan peralatan dari luar
negara yang tiada di dalam pasaran tempatan.

5. Pengedar

Pengedar pula merupakan orang atau pihak yang bertanggungjawab untuk mengedar
bahan-bahan dan peralatan binaan. Pengedar merupakan orang tengah di antara pengilang atau
pengimport dengan pembeli.

KEPENTINGAN HAK PEMBEKAL

Hak ini merupakan perkara yang seharusnya diperolehi oleh pihak pembekal. Antara hak-
hak serta kepentingan tersebut adalah seperti mana berikut:

1. Mendapatkan Kontrak Membekal

Pembekal dinamakan berhak untuk mendapatkan kerja atau kontrak membekal setelah
pihak klien telah menamakan pembekal tersebut. Kerja membekal ini adalah seperti mana yang
telah diperuntukan dalam Wang Kos Prima atau Wang Peruntukan Sementara. Dengan kata lain
kontraktor utama terpaksa membuat subkontrak dengan pembekal dinamakan yang telah dipilih
oleh pihak klien.
Walau bagaimanapun ini terpulang sekiranya kontraktor utama ada bantahan terhadap
pemilihan pembekal yang telah dibuat oleh pihak klien atau pihak pembekal sendiri enggan
mengikat kontrak dengan kontraktor utama tersebut atas sebab-sebab tertentu.

2. Membuat Bantahan Terhadap Penamaan

Pembekal berhak untuk membuat sebarang bantahan terhadap pihak klien semasa
penamaan atau pemilihannya bagi kontrak membekal bahan-bahan binaan. Pembekal boleh
menolak kontrak tersebut sekiranya pihak beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara
seperti yang telah disenaraikan dalam borang kontrak setara PAM/ ISM dibawah fasal 28 (b).

3. Mendapatkan Bayaran

Hak Pembekal yang seterusnya adalah berhak mendapat bayaran daripada kontraktor
utama ke atas barangan yang telah diserah hantar ke tapak bina. Kontraktor perlu membayar
kepada pembekal dalam tempoh masa 30 hari setelah barang-barang dihantar ke tapak bina
seperti yang dijelaskan di bawah fasal 28 (c) borang kontrak setara PAM/ ISM.

4. Pertikaian Bayaran

Pembekal mempunyai hak untuk mempertikaikan sebarang keputusan sekiranya tidak


berpuas hati dengan bayaran yang telah diperakui oleh pihak Arkitek. Contohnya pertikaian
boleh dibuat oleh pembekal seandainya pihak kontraktor tidak menjelaskan bayaran kepadanya
dalam masa yang telah ditetapkan.

5. Bon Perlaksanaan

Pembekal berhak untuk mendapatkan kembali baki bon perlaksanaan iaitu setelah ditolak
dengan semua potongan. Ini adalah kerana kontraktor tidak berhak ke atas bon tersebut dan
seharusnya diserahkan kepada pihak pembekal.

TANGGUNGJAWAB PEMBEKAL

Tanggungjawab pembekal sama ada kepada pihak klien atau atau pihak kontraktor adalah
amat penting. Ini adalah untuk memastikan supaya semua kerja yang dirancang berjalan dengan
lancar dan tidak terganggu oleh sebarang kegagalan. Antara lain tanggungjawab pembekal
adalah:

1. Pelaksanaan Subkontrak

Pembekal hendaklah melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja pembekalan dan serah


hantar bahan atau peralatan kepada pihak kontraktor. Ini bagi membolehkan pihak kontraktor
melaksanakan obligasi-obligasinya di bawah kontrak utama. Sebarang kegagalan pihak
pembekal untuk menjalankan tugasnya boleh menyebabkan pihak Arkitek melantik pembekal
lain bagi meneruskan kerja-kerja subkontrak tersebut. Kes rujukan adalah:
TA Bickerton & Son Ltd v North-West Metropolitan Regional Hospital Board

Dalam kes ini, TA Birckerton merupakan pembekal (pertama) untuk subkontrak membekal
bahan-bahan binaan. Tetapi plantif telah gagal untuk melaksanakan tugasnya dalam
pembekalan tersebut sebelum kerja pembekalan tersebut siap. Oleh sebab itu, pihak Akitek
telah melantik Pembekal yang baru untuk kerja pembekalan tersebut.

2. Pastikan Keselamatan Barang

Menjadi tanggungjawab pembekal untuk memastikan barang-barang dan bahan yang


diserah hantar ke tapak bina berada dalam keadaan selamat dan tidak rosak. Sebarang
kerosakan yang berlaku dalam proses penghantaran bahan-bahan tersebut ke tapak bina adalah
di bawah tanggungan pihak pembekal.

3. Bon Perlaksanaan

Sebelum memulakan kerja-kerja membekal, Pembekal hendaklah memberi deposit kepada


pihak kontraktor berbentuk bon perlaksanaan. Ini adalah sebagai jaminan dari pihak pembekal
untuk melaksanakan kontraknya dan jika berlaku sebarang kemungkiran, pihak kontraktor boleh
mencairkan bon tersebut.

4. Penggantian atau Pembaikan

Menjadi tanggungjawab Pembekal untuk mengganti dan membaiki apa-apa bahan dan
peralatan yang telah dibekalkannya setelah diberitahu secara bertulis oleh pihak kontraktor.
Kerosakan tersebut termasuklah samada rosak, cacat atau rendah mutunya. Semua
perbelanjaan untuk menggantikan barang-barang tersebut hendaklah ditanggung
keseluruhannya oleh pihak pembekal. Perkara ini boleh dirujuk di bawah fasal 28 (b)(ii) PAM/
ISM.

5. Serahhak

Pembekal tidak boleh menyerahhak dan memindah milik subkontrak ini atau
kepentingannya kepada orang lain melainkan sudah mendapat persetujuan bertulis dari pihak
kontraktor dan Arkitek.

PEMBEKAL BAHAN-BAHAN BINAAN DAN LOJI.

(Materials and equipment supplier.)

Pembekal bahan-bahan binaan dan/atau loji adalah pihak yang membekalkan bahan-bahan
binaan dan/atau loji kepada pihak kontraktor bagi membolehkan kontraktor menjalankan Kerja
dan seterusnya menyiapkan Kerja.

Terdapat beberapa bahagian pembekal bahan-bahan binaan dan/atau loji:


Pembekal dinamakan (Nominated suppliers)
Pengilang bahan-bahan binaan (Manufacturers of construction materials)
Pengilang loji (Manufacturers of construction equipment)
Pengimport bahan-bahan binaan (Importers of construction materials)
Pengimport loji (Importers of construction equipment)
Pengedar bahan-bahan binaan (Distributors of construction materials)
Pengedar loji (Distributors of construction equipment)

1. Pembekal dinamakan (Nominated suppliers).

Pembekal dinamakan adalah pembekal bahan-bahan binaan dan/atau loji bagi sesuatu
projek yang dicadangkan atau dinamakan oleh majikan atau akitek (menurut Borang Kontrak
Setara PAM/ISM 69), tetapi hubungan kontrak adalah diantara kontraktor dan pembekal
dinamakan sahaja dan tidak secara langsung dengan majikan.

Pembayaran pembekal dinamakan diperuntukkan didalam Wang Kos Prima (Prime Cost
Sum) atau wang diperuntukkan melalui Wang Peruntukan Sementara (Provisional Sum)

2. Pengilang bahan-bahan binaan (Manufacturers of construction materials)

Pengilang bahan-bahan binaan adalah pihak yang membuat bahan-bahan binaan dan
mempunyai kilang untuk membuat bahan-bahan binaan. Ada pengilang yang memasarkan
bahan-bahan binaan keluarannya sendiri dan ada yang memasarkannya melalui pengedar
bahan-bahan binaan.

3. Pengilang loji (Manufacturers of construction equipment).

Pengilang loji adalah pihak yang membuat loji-loji untuk kegunaan industri pembinaan.
Walau bagaimanapun, banyak loji-loji yang digunakan untuk pembinaan di negara kita diimport
daripada negara luar seperti Jepun, Taiwan dan negara Barat seperti Jerman dan Amerika.

4. Pengimpot bahan-bahan binaan (Importers of construction materials).

Pengimpot bahan-bahan binaan adalah pihak yang mengimport bahan-bahan binaan dari
luar negara, samada bahan-bahan binaan itu ada dipasaran tempatan ataupun tidak.
Kadangkala, ada majikan yang mahu menggunakan bahan-bahan binaan daripada luar negara
walaupun ada bahan-bahan binaan penggantu buatan tempatan. Ada juga majikan yang
menggunakan bahan-bahan binaan luar yang diimport kerana memang bahan-bahan binaan itu
tiada dipasaran tempatan atau tidak dibuat didalam negara.

5. Pengimpot loji (Importers of construction equipment).

Pengimpot loji adalah pihak yang mengimport loji untuk kegunaan pembinaan daripada luar
nagara. Kebanyakan loji-loji yang diimport tiada dipasaran tempatan manakala loji-loji yang
diimport biasanya adalah model tterkini sertacanggih yang hanya didapati dari pasaran luar.

6. Pengedar bahan-bahan binaan (Distributors of construction materials)


Pengedar bahan-bahan binaan adalah pihak yang mengedarkan bahan-bahan binaan.
Biasanya, pengedar akan membekalkan, samada bahan-bahan binaan tempatan ataupun dari
luar negara, dan mengedarkannya kepada kontraktor. Kontraktor mempunyai pilihan yang luas
jika berurusan dengan pengedar tetapi harga bahan-bahan binaan yang ditawarkan adalah lebih
tinggi sedikit kerana pengedar mengambil keuntungan daripada harga asal yang ditawarkan oleh
pengilang bahan-bahan binaan.

7. Pengedar loji (Distributors of construction equipment)

Pengedar loji adalah sama dengan pengedar bahan-bahan binaan cuma pengedar loji
mengedarkan loji-loji kepada kontraktor disamping menawarkan pilihan yang perbagai kepada
kontraktor.

8. Tanggungjawab Pembekal Dan Peranannya

Adalah menjadi tanggungjawab yang besar bagi pembekal untuk menghantar bahan-bahan
binaan dan/atau loji ke tapak bina pada masa yang telah dipersetujui antara pihak pembekal
dan kontraktor. Kelewatan menghantar bahan-bahan binaan dan/atau loji akan menjejaskan
kelancaran Kerja secara langsung.

Pembekal juga mestilah jujur dalam menjalankan tugasnya dan penipuan tidak sepatutnya
berlaku, seperti bahan-bahan yang tidak elok dari segi mutu dan piawaiannya.

Pembekal mestilah menuntukkan pengesahan-pengesahan yang perlu bagi bahan-bahan


binaan yang tertentu, seperti pengesahan SIRIM bagi pintu rintangan api, sampel-sampel yang
telah disahkan dan diuji seperti ujian kiub yang disahkan oleh jurutera yang bertauliah bagi
penghantaran simen siap bancuh ke tapak.

Pembekal mestilah bertanggungjawab keatas kerosakan bahan-bahan binaan dan/atau loji


yang dibekalkan kepada kontraktor jika kerosakan yang berlaku adalah disebabkan oleh
kecuaian yang dilakukan oleh pembekal sendiri atau wakil-wakil pembekal.

KEPENTINGAN PEMBEKAL

Pembekal mempunyai peranan yang penting didalam industri binaan. Adalah penting bagi
pihak pembekal untuk menghantar semua bahan-bahan binaan dan/atau loji ke tapak bina
mengikut masa yang ditetapkan. Kelewatan pembekal berbuat demikian akan menyebabkan
kerja tergendala secara langsung.

Pembekal juga biasanya menyediakan kemudahan pengangkutan/penghantaran bahan-


bahan binaan dan/atau loji ke tapak bina. Adalah sangat penting bagi kontraktor untuk
membuat penyusunan tapak dengan cara yang paling efisyen dan teratur bagi mengelakkan
kesulitan yang bakal timbul, hasil daripada kaedah penyusunan tapak yang lemah, iaitu
menyukarkan pembekal untuk membawa masuk bahan-bahan binaan dan logi yang kadangkala
mempunyai saiz yang sangat besar.
'Retention Of Title Clause', Satu Tinjauan.

Didalam Borang Kontrak Setara PAM/ISM 69 fasal 14 menyatakan bahawa apabila bahan-
bahan dan barang tak pasang (bahan-bahan binaan) telah dibayar didalam 'Interim Certificate',
bahan dan barang tak pasang itu akan menjadi milik majikan.

Fasal diatas bertentangan dengan fasal-fasal didalam Sales of Goods Act, Malay States
Ordinance

Fasal 25 (1) Sales of Goods Act, Malay States Ordinance menyatakan mengenai
'Preservation of Right' yang bererti milikan barangan yang dihantar kepada pembeli (dalam
konteks pembinaan kontraktor) oleh pembekal tidak berpindah milik sehinggalah segala syarat-
syarat yang dipersetujui didalam kontrak antara pembeli (kontraktor) dan pembekal dipenuhi.

Apabila kontraktor membeli bahan-bahan binaan daripada pembekal, pembekal biasanya


meletakkan 'Retention Of Title Clause'.untuk melindungi haknya. Fasal 19 (1) Sales of Goods Act,
Malay States Ordinance pula menyatakan bahawa milikan barangan berpindah pada
masa/ketika pihak yang berkontrak mahu ia berpindah. Contoh 'Retention Of Title Clause' ialah
'milikan barang yang dihantar tidak berpindah kepada pembeli sehinggalah pembeli
menjelaskan semua bayaran.

Kes yang berkenaan adalah kes Dawber Williamson Roofing Ltd. V Humberside Country
Council (1979) 14 BLR 70. Dawber Williamson Roofing Ltd.membekalkan 'roofing slates' kepada
kontraktor utama yang kemudiannya menjadi muflis. Majikan menyatakan bahawa 'roofing
slates' itu adalah miliknya kerana sudah menjelaskan pembayarannya didalam bayaran 'Interim
Certificate' kepada kontraktor, tetapi kontraktor tidak membayar kepada pembekal, iaitu
Dawber Williamson Roofing Ltd.

Mahkamah menyatakan bahawa 'roofing slates' itu adalah milik Dawber Williamson Roofing
Ltd kerana 'Retention Of Title Clause' yang dinyatakan didalam kontrak antara kontraktor dan
Dawber Williamson Roofing Ltd dan milikan barangan berpindah hanya jika kontraktor
mempunyai milikan yang penuh diatas barangan tersebut.

Langkah keselamatan yang perlu diambil ialah dengan memastikan segala syarat-syarat
kontrak antara pembekal dan kontraktor dipenuhi jika kontrak antara pembekal dan kontraktor
mempunyai 'Retention Of Title Clause' dan kontraktor membeli bahan-bahan itu secara kredit.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Bagi sesebuah projek yang hendak dilaksanakan, adalah perlu untuk melibatkan pihak-pihak
tertentu di dalam menjayakannya. Pihak-pihak tersebut seharusnya berganding nahu untuk
memastikan bahawa projek tersebut berjalan mengikut apa yang telah dirancangkan sejak pelan
kasar dahulu.
Di dalam konteks peranan pihak berkuasa untuk sesebuah projek, ia terbahagi kepada
beberapa sektor atau jabatan di mana kebiasaannya pihak berkuasa tempatan akan memegang
dan memainkan peranan yang terpenting di dalam memastikan piawaian projek mengikut apa
yang sepatutnya.

Tujuan sebenarnya adalah untuk memastikan bahawa projek adalah mengikut peraturan
yang telah ditetapkan dan selamat sama ada semasa projek berjalan serta untuk didiami. Secara
kasarnya, tugas pihak-pihak berkuasa adalah lebih kepada;

a ) meluluskan permohonan untuk mendirikan bangunan

b ) meluluskan pelan bangunan terbabit

c ) mengeluarkan Perakuan Kelayakan Menduduki ( CFO )

Kebiasaannya, pihak-pihak yang terlibat (selain pihak berkuasa tempatan) untuk meluluskan
dan menyokong perakuan berkenaan adalah sepertimana berikut;

1. Jabatan Bomba

· memastikan adanya perkakas yang perlu ada seperti pili bomba, sistem semburan
automatik dan laluan kecemasan.

2. Jabatan Bekalan Air

· memastikan sistem bekalan air, tangki air dan rezab laluan paip air adalah mengikut
piawaian.

3. Jabatan Kerja Raya

· binaan struktur hendaklah mengikut syarat kelulusan.

· pelan susunatur projek adalah bersesuaian

· memastikan rezab tangki air, penyediaan parit yang cukup besar berfungsi dengan baik.

4. Jabatan Parit dan Saliran

· memastikan sistem paip dan saliran adalah mengikut pelan yang telah diluluskan.

5. Tenaga Nasional Berhad

· memeriksa kesempurnaan sistem bekalan tenaga ke bangunan.

6. Jabatan Kesihatan

· sistem kawalan kesihatan memenuhi keperluan Jabatan Kesihatan sebelum perakuan yang
berkenaan dikeluarkan.
Mengikut apa yang acapkali dipraktikkan di dalam industri binaan, peranan pihak berkuasa
tempatan dan Jabatan Bomba adalah amat diberatkan walau pun jabatan-jabatan yang lain juga
mempunyai agendanya yang tersendiri bagi memastikan keperluan projek adalah mengikut
piawaian. Oleh yang demikian, untuk bahagian peranan pihak-pihak berkuasa, peranan pihak
berkuasa tempatan dan pihak bomba akan ditikberatkan dan diberikan penumpuan.

PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Di dalam konteks ini, kebiasaannya pihak yang berkaitan adalah merupakan salah satu nadi
kerajaan di dalam melancarkan urusan tidak kira samada ia melibatkan hal-hal hartanah,
pembinaan dan sebagainya. Walau bagaimana pun, untuk kesesuaian topik perbincangan,
perbincangan mengenai peranan di dalam konteks pembinaan akan dibincangkan dengan lebih
mendalam.

Terdapat pelbagai bidang tugas yang menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan di
dalam memastikan prosedur kontrak adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Di antara
bidang tugas tersebut adalah :

1. Meluluskan pelan

· pelan-pelan yang sudah disiapkan oleh pihak arkitek hendaklah didepositkan di pejabat
pihak berkuasa dengan yuran tertentu.

· tujuan bangunan itu didirikan hendaklah dinyatakan sekali.

· pelan-pelan tersebut hendaklah mengandungi ;

a ) pelan tapak ( tapak lot, jalan masuk ke tapak, skel, aras tanah dsbg. )

b ) pelan lantai ( dimensi berangka, garisan saliran )

c ) muka keratan ( aras tanah, aras jalan, tinggi tingkat, saiz )

d ) tampak hadapan, belakang dan sisi

2. Kuasa Untuk Menolak Pelan Struktur

· pihak berkuasa tempatan boleh memeriksa mana-mana pelan struktur dan boleh menolak
mana-mana pelan yang tidak mengikut piawaian yang tercatat di dalam Undang-undang Kecil
Bangunan Seragam.

· pihak berkuasa tempatan juga boleh mengarahkan pihak yang berkenaan untuk
mengemukakan pelan yang baru berkenaan dengan bahagian yang ditolak tadi.
3. Mengeluarkan permit sementara

· tempoh yang terhad diberikan oleh pihak berkuasa tempatan untuk mendirikan bangunan
sementara seperti;

a ) bangsal pertunjukan

b ) tempat sembahyang

c ) mendirikan peranca, pelantar kerja

d ) mendirikan papan dinding

· pihak yang hendak melaksanakan projek perlu mengemukakan pelan-pelan untuk


mendapatkan permit sementara ini.

4. Perakuan Kelayakan Menduduki (CF)

· kontraktor akan mengawasi proses pembinaan dan perlu memastikan bahawa projek tersebut
adalah mengikut syarat-syarat dan spesifikasi yang telah ditetapkan.

· semua perkhidmatan yang perlu hendaklah disiapkan terlebih dahulu seperti;

a ) jalan masuk

b ) tempat letak kereta

c ) parit dan saliran

d ) air dan elektrik

e ) lif bomba

f ) pili bomba

g ) sistem pembentungan

h ) pembuangan sampah

· pihak berkuasa tempatan boleh memeriksa kerja-kerja bangunan pada mana-mana peringkat
dan boleh mengarahkan kontraktor untuk membetulkan mana-mana bahagian kerja yang tidak
mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

5. Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara (CF)

· perakuan ini diberikan dengan syarat bahawa;


a ) semua perkhidmatan yang perlu telah disediakan atau disiapkan

b ) bangunan tersebut tidak akan mendatangkan kemudaratan dari segi kesihatan dan
keselamatan.

6. Kuasa Melanjutkan Tempoh

· apabila pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa adalah wajar untuknya melanjutkan
tempoh apabila mendapati bangunan dikelaskan sebagai berbahaya serta mempunyai risiko
khas.

· pihak kontraktor boleh merayu secara bertulis kepada Menteri atau pihak berkuasa negeri di
dalam tempoh 30 hari.

JABATAN BOMBA

Jabatan Bomba adalah merupakan salah satu dari pihak-pihak berkuasa yang mempunyai
kuasa di dalam menentukan bahagian atau kerja-kerja bangunan adalah mengikut piawaian. Di
antara bidang tugas Jabatan Bomba adalah sepertimana berikut ;

1. Memberikan Kelulusan

· pemasangan dan perkakas tentang kebakaran hendaklah terlebih dahulu diuji dan
kemudiannya diluluskan jika menepati syarat yang ditetapkan.

· pelan lukisan dan kiraan bagi pemasangan tetap hendaklah dikemukakan kepada pihak
Jabatan Bomba sebelum kontraktor memulakan kerja.

· tiap-tiap pelan bagi pemasangan semburan automatik hendaklah dikemukakan


sebagaimana Jadual Kesepuluh mengenai kehendak-kehendak sistem pemadaman api, penggera
kebakaran dan pencahayaan kecemasan.

2. Perakuan Apabila Siap

· perakuan ini akan diberikan apabila pemasangan tetap telah disiapkan dan ujian terakhir telah
dilakukan merujuk kepada Borang B.

3. Sistem Kuasa kecemasan

· kontraktor hendaklah menyediakan sistem berkenaan untuk pembekalan cahaya dan kuasa
secara automatik apabila keroasakan atau kecelakaan kepada sistem berlaku.

· sistem ini hendaklah merangkumi ;

a ) sistem kawalan asap


b ) pencahayaan

c ) sistem penggera kebakaran

d ) pam bomba

e ) sistem siaraya

f ) lif bomba

BURUH

PENGENALAN

Buruh juga merupakan salah satu sumber terpenting yang terlibat dalam sesuatu proses
pembinaan. Ini kerana tenaga buruh diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja di tapak bina
seperti yang diarahkan oleh pihak kontraktor berdasarkan kontrak yang telah dipersetujui.

Kontraktor bertanggungjawab penuh ke atas semua buruh yang di ambil bekerja di


bawahnya. Perkara pertama yang perlu dipatuhinya sebelum memulakan kerja-kerja di tapak
bina adalah mendaftarkan pengambilan pekerja termasuklah butir-butir mengenai buruh-buruh
dibawah tanggungannya kepada Jabatan Buruh Negeri.

Selain itu juga, kontraktor bertanggungjawab memastikan buruh-buruh upahannya supaya


mematuhi semua syarat-syarat atau undang-undang yang telah ditetapkan seperti yang
terdapat di dalam Ordinan Kerja 1955, Akta Kerja (Sekatan) 1968, Ordinan Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja 1951, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan sebagainya yang bersangkutan
dengannya. Sebarang keingkaran akan menyebabkan pekerja tersebut boleh di buang kerja.
Pegawai penguasa atau pihak arkitek adalah berhak dan mempunyai kuasa untuk mengarahkan
pihak kontraktor agar memecat mana-mana pekerja yang diambil oleh pihak kontraktor atas
alasan yang munasabah.

Pekerja-pekerja atau buruh di bawah kontraktor adalah berhak diberi cuti mengikut hari-
hari yang telah ditetapkan, contohnya hari rehat mingguan, hari cuti am dan sebagainya. Buruh-
buruh tersebut juga berhak untuk tidak bekerja pada waktu malam iaitu di antara pukul enam
petang sehingga pukul enam pagi esoknya kecuali mendapat arahan daripada pihak yang
berkuasa untuk mengeluarkan arahan tersebut. Selain itu, ia berhak menerima bayaran pada
masa-masa tertentu dari pihak kontraktor berdasarkan kepada kerja-kerja yang telah
dilaksanakannya.

Terdapat banyak peruntukan yang berkaitan di dalam Borang Kontrak Setara PAM/ ISM
yang membicarakan tentang kepentingan hak dan tanggungjawab pekerja atau buruh yang
diambil bekerja olek pihak kontraktor. Walaubagaimana pun, ia tidaklah menerangkannya
secara terperinci, cuma melalui hak dan tanggungjawab kontraktor yang mengambil pekerja
atau buruh tersebut.

Secara amnya, buruh boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu:
1. buruh mahir
2. buruh separa mahir
3. buruh tidak mahir

1. Buruh mahir

Merupakan buruh yang mempunyai kemahiran dan kepakaran tertentu dalam sesuatu
kerja, contohnya kerja kayu, kerja besi, kerja konkrit dan sebagainya. Selalunya, upah yang
diterima adalah lebih mahal berbanding dengan upah yang diterima oleh buruh-buruh yang lain.

2. Buruh separa mahir

Adalah buruh yang juga mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu kerja
tertentu, tetapi kepakarannya tidak melebihi atau tidak dapat menandingi kepakaran yang
dimiliki oleh buruh mahir. Dengan kata lain, kedudukan buruh separa mahir terletak di antara
buruh mahir dan buruh tidak mahir.

3. Buruh Tidak Mahir.

Peringkat kemahiran atau kepakaran terendah berbanding dengan buruh-buruh di


peringkat lain. Selalunya, buruh di peringkat ini adalah dari kalangan mereka yang baru mula
bekerja dan yang masih kurang pengalaman bekerja di tapak bina. Kerja-kerja yang biasa
dilakukan adalah yang tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, contohnya kerja mengikat bata,
kerja-kerja penggalian dan sebagainya. Upah yang diterima juga adalah lebih murah berbanding
dengan buruh-buruh di peringkat lain.

Sebagai buruh yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja
binaan di tapak bina, mereka mempunyai kepentingan hak tertentu dan tanggungjawab
tersendiri yang patut mereka tunaikan.

KEPENTINGAN HAK BURUH

1. Mendapatkan Kerja Daripada Kontraktor.

Pekerja atau buruh yang berkelayakan berhak mendapat kerja daripada kontraktor
berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor.

2. Di daftarkan ke Jabatan Buruh.

Buruh-buruh yang telah di ambil bekerja oleh pihak kontraktor hendaklah di daftarkan
terlebih dahulu oleh pihak kontraktor sebelum memulakan sebarang kerja di tapak bina.

3. Dibuat Caruman Daripada Potongan Gaji.


Setiap pekerja atau buruh warganegara Malaysia yang di ambil bekerja secara tetap layak
dibuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja oleh pihak kontraktor. Setiap kali
pembayaran dibuat kepada pihak buruh, sejumlah wang akan dipotong berdasarkan peratus
yang telah ditetapkan daripada jumlah gaji keseluruhan buruh tersebut.

4. Mendapat Bayaran Upah.

Berdasarkan progres kerja yang telah dijalankan oleh buruh-buruh di tapak bina, mereka
berhak mendapat bayaran upah daripada pihak kontraktor berdasarkan kerja-kerja yang telah
dilakukan di tapak bina. Selalunya, pihak kontraktor akan membuat bayaran kepada buruh-
buruh upahannya sebulan sekali selepas pihak klien membuat bayaran interim kepada pihak
kontraktor.

5. Mendapat Cuti Kerja.

Pekerja-pekerja atau buruh di bawah kontraktor adalah berhak diberi cuti mengikut hari-
hari yang telah ditetapkan, contohnya hari rehat mingguan, hari cuti am dan sebagainya. Buruh-
buruh tersebut juga berhak untuk tidak bekerja pada waktu malam iaitu di antara pukul enam
petang sehingga pukul enam pagi esoknya kecuali mendapat arahan daripada pihak yang
berkuasa dalam mengeluarkan arahan tersebut.

6. Mendapat Pampasan.

Sekiranya berlaku kematian atau sebarang kecelakaan ke atas diri buruh tersebut dalam
masa beliau sedang bekerja di tapak bina, beliau atau ahli keluarganya berhak mendapat
pampasan daripada pihak Skim Keselamatan Sosial (PERKESO).

TANGGUNGJAWAB BURUH

1. Mematuhi Arahan Kontraktor.

Buruh-buruh yang telah berjaya diambil bekerja hendaklah mematuhi segala arahan-arahan
yang diberikan oleh pihak kontraktor. Sekiranya mereka engkar atau tidak patuh kepada arahan
tersebut, boleh menyebabkan mereka kehilangan kerja di tapak bina tersebut.

2. Mematuhi Undang-Undang Dan Syarat.

Selain itu, buruh-buruh tersebut bertanggungjawab untuk mematuhi semua syarat-syarat atau
undang-undang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam Ordinan Kerja 1955, Akta
Kerja (Sekatan) 1968, Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951, Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 dan sebagainya yang bersangkutan dengannya

3. Menyiapkan Kerja.
Buruh-buruh tersebut juga bertanggungjawab untuk menyiapkan apa-apa kerja sekalipun yang
telah diarahkan oleh pihak kontraktor untuk disiapkannya, selagi kontraknya dengan pihak
kontraktor masih ada.

4. Menjaga Keselamatan Diri.

Dalam masa menjalankan kerja-kerja ditapak bina, pekerja atau buruh hendaklah
memastikan bahawa keselamatan diri diutamakan. Ini memandangkan keadaan ditapak bina
yang agak merbahaya dan ada sesetengah kerja-kerja yang dilakukan oleh buruh mempunyai
risiko yang tinggi.

TIMBANGTARA

Sekiranya berlaku sebarang pertikaian antara dua pihak iaitu pihak kontraktor dan pihak
Arkitek yang mewakili klien, perkara tersebut haruslah di rujuk kepada pihak ketiga, iaitu
timbangtara. Timbangtara merupakan satu pihak yang dilantik oleh badan khas dalam industri
binaan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul akibat daripada pertelingkahan atau
perselisihan daripada pihak kontraktor dan Arkitek.

Timbangtara membuat keputusan berdasarkan kepada fakta-fakta kes tersebut dan


keadaan semasa. Semua keputusan yang dibuat oleh timbangtara adalah muktamad dan tidak
boleh dipertikaikan lagi. Ini kerana untuk menjadi seorang timbangtara, seseorang itu perlu
mengambil ujian khas bagi melayakkannya dilantik sebagai seorang timbangtara. Timbangtara
adalah lebih arif dalam selok-belok industri binaan berbanding dengan hakim-hakim biasa yang
mengendalikan kes-kes di mahkamah. Selalunya, sesi perbicaraan dijalankan secara tertutup
dan hanya dihadiri oleh pihak-pihak yang terlibat sahaja. Keadaan ini akan lebih memberikan
keselesaan kepada pihak-pihak terbabit kerana bebas daripada gangguan pihak-pihak luar.

Sekiranya kedua-dua pihak yang bertelingkah telah melantik timbangtara bagi pihak
masing-masing, maka akan wujud wasit iaitu orang yang bertanggungjawab untuk membuat
keputusan di antara dua orang timbangtara tersebut.

Seorang timbangtara mempunyai kepentingan hak dan tanggungjawab yang tersendiri


dalam menjalankan tugasnya. Di antara kepentingan hak dan tanggungjawab yang harus
dipatuhinya adalah seperti berikut:

KEPENTINGAN HAK

1. Mengetahui Masalah Dengan Terperinci

Setiap timbangtara yang dilantik adalah bertujuan untuk mengeluarkan atau membuat
sesuatu keputusan bagi satu-satu pertelingkahan yang berlaku. Untuk membuat sesuatu
keputusan, timbangtara perlulah meneliti terlebih dahulu fakta kes berkenaan dengan
terperinci. Ini adalah bagi mengelakkan keputusan yang dibuat oleh timbangtara bukan hanya
dibuat secara sesuka hati atau sambil lewa sahaja. Oleh itu kedua-dua pihak harus memberikan
keterangan yang benar dan tepat sehingga menyebabkan pertelingkahan tersebut berlaku bagi
memudahkan timbangtara membuat keputusan. Timbangtara juga berhak untuk mengkaji dan
menyemak mana-mana perakuan, pendapat, keputusan, permintaan atau notis yang berkaitan.
Kes rujukan bagi penyataan ini adalah Northen Regional Heath Authority v Derek Crouch
Construction Ltd. (1986) 26 BLR 1 dan Central Provident Fund Board v Ho Bock Kee (1981) 17
BLR 21.

2. Membuat Keputusan Yang Adil

Setelah meneliti fakta kes dan mengambil kira keadaan-keadaan tertentu, timbangtara
tersebut berhak untuk memutuskan apa-apa keputusan sekalipun yang dianggap baginya patut
atau adil bagi menyelesaikan pertelingkahan atau perselisihan tersebut. Keputusan yang dibuat
adalah bergantung kepada budibicara timbangtara tersebut tanpa dipengaruhi oleh mana-mana
pihak.

3. Mendapatkan Bayaran (Award)

Sebagai balasan di atas segala khidmat yang diberikan oleh timbangtara kepada pihak-pihak
yang bertelingkah, beliau berhak mendapat bayaran atau award yang setimpal di atas
perkidmatan yang telah beliau berikan.

4. Menetapkan Harga

Timbangtara mempunyai hak untuk menetapkan harga yang dikenakan kepada pihak yang
melantiknya bagi menyelesaikan masalah tersebut. Selalunya caj yang dikenakan mengambil
kira faktor masa, tenaga dan kos yang telah dihabiskan dalam masa membuat perbicaraan
terhadap kes tersebut. Sebarang jumlah harga yang telah ditetapkan oleh timbangtara adalah
muktamad dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

TANGGUNGJAWAB TIMBANGTARA

1. Berlaku Adil

Sebelum membuat sebarang keputusan bagi menyelesaikan sesuatu masalah, timbangtara


perlulah mengkaji dan menyemak segala perkara yang berkaitan agar mendapat gambaran
sebenar perkara yang berlaku sehingga membawa kepada pertelingkahan atau perselisihan. Ini
penting bagi membantu timbangtara membuat keputusan dengan adil dan saksama.

2. Membuat Keputusan

Timbangtara adalah bertanggungjawab untuk membuat atau mengeluarkan sebarang


keputusan berdasarkan pengalaman atau mengikut budibicaranya bagi menyelesaikan sesuatu
kes yang membawa kepada pertelingkahan atau perselisihan di antara dua pihak iaitu pihak
kontraktor dan Arkitek. Disebabkan timbangtara mempunyai kuasa untuk menetapkan atau
membuat sebarang keputusan, maka pihak-pihak yang bertelingkah tersebut perlulah akur dan
patuh di atas segala keputusan muktamad yang dibuat dan dikeluarkan oleh timbangtara.

You might also like