You are on page 1of 5

Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

i. Definisi

Seringkali soalan-soalan ujian dibuat secara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak
mempunyai rancangan yang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan keutuhan yang
tinggi. Cara yang baik untuk merancangkan sesuatu ujian adalah dengan menyediakan
Jadual Penentuan Ujian (JSU) yang merupakan rancangan persediaan item / soalan. JSU
dikenali juga sebagai “Test Blue Print” dan “Test Specification”. JSU merupakan matrik yang
terdiri daripada dua paksi: paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “Aras Kemahiran”
(melintang).

ii. Maklumat Dalam JSU

JSU mempunyai maklumat seperti berikut:

 Kandungan Ujian yang berupa topik-topik pelajaran.


 Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
 Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
 Bentuk Ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-
lain.
 Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
 Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%

Sekarang, mari kita bincangkan butiran-butiran di atas. Kita dapat simpulkan bahawa
pengetahuan dan kemahiran yang disenaraikan dalam JSU haruslah berupa pengetahuan
dan kemahiran yang terkandung dalam sukatan pelajaran serta yang telah diajar di dalam bilik
darjah. Bilangan item ujian bagi setiap topik dan kemahiran itu pula ditentukan oleh jumlah
masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya. Contohnya, jika topik 1 memerlukan dua
minggu untuk diajar dan topik 2 cuma memakan masa seminggu, maka bilangan soalan bagi
topik 1 seharusnya lebih banyak daripada soalan topik 2. JSU juga menetapkan bilangan
soalan yang dikatakan senang, sederhana dan susah dari segi aras kesukarannya. Aras
kesukaran soalan lebih kurang memadai aras kemahiran yang diuji, mengikut taksonomi yang
digunakan. Ini bererti, soalan aras pengetahuan biasanya adalah lebih mudah berbanding
dengan soalan aras kefahaman, aplikasi dan analisis yang merupakan soalan sederhana.
Manakala soalan yang menguji kemahiran sintesis dan penilaian pula adalah merupakan
soalan yang susah. Namun begitu, aras kesukaran soalan ini merupakan satu perkara yang
relatif. Yakni, satu soalan yang didapati senang bagi sekumpulan pelajar mungkin susah
untuk sekumpulan pelajar lain. Jadi, dalam ujian buatan guru, guru harus membina soalan
mengikut kebolehan pelajarnya.

Perbincangan di atas menyentuh tentang jenis maklumat yang terkandung dalam JSU. Ini
menegaskan betapa pentingnya JSU dalam penggubalan item ujian. Ringkasnya,
kepentingan JSU adalah seperti berikut.
iii. Pentingnya Jadual Penentuan Ujian

 Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.


 Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
 Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
 Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
 Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
 Memberi panduan untuk membentuk soalan.
 Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
 Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
 Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

iv. Contoh JSU

Bil Bentuk Soalan Objektif


Kemahiran Kognitif

Jumlah
Bidang/Topik/Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Item
1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu 5 4
 Asal usul BM, BM sebelum dan
selepas merdeka 2 2

1.2 Linguistik BM 15 12
 Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah, Linguistik
Diskriptif 1 5 4 1 1

1.3 Fonologi 20 16
 Definisi, alat artikulasi, cara
penghasilan 3 2 1 1
 Fonem segmental 2 2 1 1 1
 Fonem suprasegmental 1 1

jumlah 40 32
Jadual 1: Contoh JSU

Maklumat daripada contoh di atas memberi gambaran kasar tentang perkara yang hendak diuji
yang seterusnya memenuhi empat syarat JSU iaitu:

 ujian tidak dibina sembarangan,


 menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang diuji,
 memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan
 memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran.
Langkah-langkah Membina JSU

Langkah I:

Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

Bil Tajuk-tajuk Pengajaran dan Pembelajaran Masa


Belajar
1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5
 Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka
1.2 Linguistik BM 15
 Pengenalan linguistik
Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif
1.3 Fonologi 20
 Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan
 Fonem segmental
 Fonem suprasegmental
Jumlah 40
Jadual 2: Senarai Tajuk dan Masa Belajar

Langkah II

Tentukan soalan yang akan dibina itu.


a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item.
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira:
= Jumlah masa X Jumlah soalan
Jum. Masa keseluruhan

Langkah III

Tentukan model aras kesukaran item.


Biasanya JSU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom

3 Domain - kognitif
- afektif
- psikomotor

Domain Kognitif

6. Penilaian Sukar

5. Sentisis

4. Analisis

3. Penggunaan

2. Kefahaman

1. Pengetahuan Mudah
Langkah IV

Apakah jenis ujian yang akan diuji?

 Ujian objektif
 Ujian struktur
 Ujian esei
 Dan lain-lain.

Contoh Pengiraan Bilangan Soalan Mengikut Topik

Bil. Anggaran Jumlah Item


Bidang/Topik/Topik Kecil Masa Jumlah
Belajar Item
1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu 5 5 x 32 4
 Asal usul BM, BM sebelum ____
dan selepas merdeka 40

1.2 Linguistik BM 12
 Pengenalan linguistik 15 15 x 32
____
Definisi, Sejarah, Linguistik
40
Diskriptif
1.3 Fonologi
 Definisi, alat artikulasi, cara 20 20 x 32 16
penghasilan ____
40
 Fonem segmental
 Fonem suprasegmental

jumlah 40 32

Jadual 3: Bilangan Soalan Mengikut Topik

Langkah V:

 Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll).
 Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar).
 Pemarkahan.

Langkah VI:

 Menyatakan mata pelajaran.


 Tingkatan.
 Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
Rumusan

Dalam penilaian, JSU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan dengan ujian seperti
calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti kata sebenarnya menolak sesuatu
ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, data-data yang tercetus daripada ujian yang
sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuan pemilihan, pengkelasan atau bimbingan. Oleh
itu, penekanan yang wajar terhadap objektif pembelajaran, dan prosedur penilaian perlu
diambil perhatian.

You might also like