You are on page 1of 1

Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Labok,


18500 Machang,
Kelantan Darul Naim.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Labok,
18500 Machang,
Kelantan Darul Naim. 21 JULAI 2016

Tuan,

Meminta Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu bercadang


mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku.

2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli persatuan


membeli buku-buku sebagai rujukan dan latihan bagi meningkatkan prestasi
dalam pelajaran.

3. Butiran lawatan adalah seperti berikut:


Tarikh : 31 Ogos 2016
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Majlis Daerah Kota Bharu

4. Saya berharap agar permohonan ini dapat pertimbangan daripada pihak


tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Aisyah
(SITI AISYAH BINTI JOHARI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Labok.

You might also like