You are on page 1of 1

Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Labok,


18500 Machang,
Kelantan Darul Naim.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Labok,
18500 Machang,
Kelantan Darul Naim. 21 MAC 2023

Tuan,

Meminta Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pameran Buku

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu


bercadang mengadakan lawatan sambil belajar ke pameran buku.

2. Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli persatuan


membeli buku-buku sebagai rujukan dan latihan bagi meningkatkan prestasi
dalam pelajaran.

3. Butiran lawatan adalah seperti berikut:


Tarikh : 31 Ogos 2023
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Majlis Daerah Kota Bharu
4. Saya berharap agar permohonan ini dapat pertimbangan daripada pihak
tuan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Aisyah
(SITI AISYAH BINTI JOHARI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Labok.

You might also like