You are on page 1of 1

Ungu Art Studio

Lot 15444,
Kampung Telaga Limau, Jalan Pasir Hor,
15150 Kota Bharu,
Kelantan.

Tarikh : 01 November 2023


Pengarah,
Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia Cawangan Kelantan,
KM 10 Jalan Kuala Krai,
16010 Kota Bharu,
Kelantan

Tuan,

MOHON UNTUK LAWATAN KE KOMPLEKS PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA


CAWANGAN KELANTAN

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Untuk Makluman tuan, Ungu Art Studio berhasrat untuk mengadakan lawatan rasmi ke premis
pihak tuan.

3. Tujuan Lawatan ini adalah untuk menemuramah Puan Nariman bt Yusoff Pengarah
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia cawangan Kelantan bagi program “Kembara Seni
Fatimah Kemboja” bersama salah seorang artis batik Ungu Art iaitu Fatimah Aisyah Bt Ahmad Syafik
(9 Tahun). Selain itu lawatan ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada Fatimah mengenai
peranan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia terhadap industri Batik di Malaysia. Cadangan
tarikh untuk lawatan adalah seperti berikut :

Tarikh : 17 Disember 2023 (Ahad)


Bil Ahli : 2 orang

4. Maklum balas pihak tuan amat kami harapkan dan kerjasama pihak tuan kami dahulukan
dengan ucapan ribuan terima kasih. Sebarang makluman boleh dibuat dengan menghubungi Ahmad
Syafik B Che Yaacob (0169255808).

Sekian, terima kasih.

“ MALAYSIA MADANI ”

Yang Benar

( AHMAD SYAFIK BIN CHE YAACOB )


Pengurus,
Ungu Art Studio
Kota Bharu.

You might also like