You are on page 1of 2

Ruj. Kami :IPGKTIJB. 100/1/55.

Jld2( )
Tarikh : Februari 2020

Yang Berusaha
Encik Ibrahim bin Ismail
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Kompleks Kraf Johor
Lot.PTB 20002,
Jalan Chenderasari Off Jalan Datin Halimah,
Larkin,
80350 Johor Bahru,
Johor

Tuan,

LAWATAN KE KOMPLEKS KRAF JOHOR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Jabatan Sains Sosial (JSS) Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim (IPGKTI), ingin mengadakan lawatan ke Kompleks Kraf Johor yang
bertujuan meningkatkan pengetahuan tentang seni kraf tradisional di Malaysia. Berikut
adalah maklumat lawatan:
Tarikh Lawatan : 11 Februari 2020 (Selasa)
Masa Lawatan : 9.00am hingga 12.00pm
Peserta : 14 orang guru pelatih (Ospyen Major Pendidikan Seni Visual)
Pensyarah Pengiring :Pn. Kamsiah Binti Omar (Pensyarah Pendidikan Seni Visual)
:En. Kamarudin Bin Yusof (Pensyarah Pendidikan Seni Visual)

3. Sehubungan itu, kami ingin memohon kebenaran mengadakan lawatan tersebut dan
ingin menyertai bengkel penghasilan Mini Basket Weaving yang disediakan oleh pihak tuan.
Bengkel ini pengisian berkualiti diperoleh semasa lawatan diadakan di tempat Kompleks
Kraf Johor. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini pihak tuan boleh hubungi
Pn Kamsiah Omar di talian 019-6052450.

7. Semoga usaha murni ini akan diberkati dan kerjasama daripada pihak tuan kami
dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


(MOHD ZAIN BIN BADUI)
Pengarah,
IPG Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor

You might also like