You are on page 1of 3

35900 TANJONG MALIM

PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

Tel : +605 450 6000


Faks : +605 458 2776
Emel : ccd@upsi.edu.my

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI.


No. Ruj : UPSI/FBK/AKAD/6
Tarikh : 20 APRIL 2022

CIK NUSRATINA BINTI ZULKIFELI


SMK Agama Miri, Peti Surat, 1387, Jalan Bakam,
98000, Miri Sarawak.

Tuan / Puan / Cik

JEMPUTAN KE PROGRAM E-SULAM “ FORUM KEPELBAGAIAN TEKNIK


MEMBACA KHUSUSNYA DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU”

Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan/Puan/Cik, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM),


Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris terlibat dengan program
University for Society (SULAM).

3. Sehubungan dengan itu, mahasiswa yang mengambil kursus Keterampilan Membaca


(BMK3033), kumpulan C akan mengadakan “Forum Kepelbagaian Teknik Membaca” khususnya
dalam subjek Bahasa Melayu. Forum ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan di samping
menyediakan platform perkongsian dan pengalaman daripada perspektif seorang pendidik. Butiran
mengenai program adalah seperti berikut :-

Program : Forum Kepelbagaian Teknik Membaca


Tarikh : 15 Mei 2022 (Ahad)
Tempat : Atas Talian (Google Meet)

4. Justeru, kami dengan berbesar hati ingin menjemput Tuan/Puan/Cik sebagai Panel Jemputan
bagi forum ini. Bersama-sama surat ini dilampirkan aturcara majlis yang bakal berlangsung dan
surat kebenaran daripada pihak universiti untuk makluman pihak Tuan. Sebarang maklumat lanjut,
pihak Tuan boleh hubungi urusetia program seperti berikut :

Setiausaha
MASTURINA BINTI ZULKIFELI (+601161756962)

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan dapat memenuhi jemputan kami ke program ini.
Kesudian Tuan memenuhi jemputan program ini amat kami hargai dan harapkan. Segala kerjasama
dan perhatian daripada pihak Tuan adalah dipohon dan didahului dengan ucapan terima kasih.
LAMPIRAN 1

ATURCARA FORUM KEPELBAGAIAN TEKNIK MEMBACA

Masa Perkara

09:30 am – 10:00 am Sesi pendaftaran / ketibaan para hadirin dan tetamu


jemputan.

10:00 am – 10:15 am ● Nyanyian Lagu ‘Negaraku’


● Nyanyian lagu ‘Anak Kandung Suluh Budiman’
● Nyanyian lagu Cemerlang Bersama

10:15 am – 10:20 am Bacaan Doa Pembuka Majlis

10:20 am – 11:20 am Sesi Forum

11:20 am – 11:30 am Sesi soal jawab

11:30 am – 11:35 am Penyampaian e-sijil kepada tetamu jemputan

11:35 am – 11:45 am Sesi Bergambar dan bersurai

*tertakluk kepada perubahan penganjur

You might also like