You are on page 1of 2

KOLEJ ANTARABANGSA UNIFIELD [No Perakuan IPTS : DK020(M)]

No. Tel : 06-7582589

No Fax : 06-7582586

Rujukan Kami:
Tarikh: 4 FEB
2020

Lot 25, Jalan Kaunselor 2

College Height Garden Resort


71700 Pajam, Mantin
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan/Puan,

PERMOHONAN TAJAAN / SUMBANGAN BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN PROGRAM “SANTUNI ORANG


ASLI "

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar – pelajar Diploma Pengurusan Harta Tanah Semester 4, 2019/2020
Kolej Antarabangsa Unifield (UIC) akan mengadakan Program “SANTUNI ORANG ASAL” mengikut ketetapan
seperti berikut:

Tarikh : 29/2/2020

Masa : 10.30am-6.30pm

Tempat : PERKAMPUNGAN ORANG ASLI GUA MUSANG, KELANTAN

3. Untuk makluman pihak Y. Bhg. Dato’ / Toh Puan / Datin / tuan / puan, antara objektif utama pengajaran ini
adalah bagi memberi peluang kepada para murid untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman sepanjang
berlangsungnya program yang akan dijalankan. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan kepada Mahasiswa
tentang kaedah komunikasi yang baik seiring dengan keperluan kursus Communication Skills (ULAB 2222) pada
semester ini. Tambahan pula, penganjuran program ini dapat menggilap kemahiran insaniah pelajar di luar kelas dan
berkhidmat kepada komuniti secara aktif.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon sumbangan atau tajaan daripada pihak Y. Bhg. Dato’ /
Toh Puan / Datin / tuan / puan bagi merealisasikan program ini.
5. Pihak kami amat menghargai sumbangan atau tajaan, sokongan dan jasa baik pihak Y. Bhg. Dato’ / Toh Puan
/ Datin / tuan / puan. Jika ada sebarang pernyataan , sila hubungi Encik Muhammad Zulfadhli Bin Saifuddin selaku
pensyarah dan penasihat program di talian 016-6664347. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

….………………………………………..

(CHE AKMAL IFRAN BIN CHE ABDULLAH)

Pengerusi Program

Program “Santuni Orang Asal”

Diploma Pengurusan Harta Tanah

Kolej Antarabangsa Unifield (UIC)

014-2977989

You might also like