You are on page 1of 1

Datuk Bandar

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur 4 Ogos 2017

Y. Bhg. Datuk

MEMOHON SUMBANGAN BENDERA MALAYSIA, BANTING, BENDERA WILAYAH


PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR SEMPENA SAMBUTAN BULAN PATRIOTIK 2017

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Victoria Institution akan melancarkan sambutan Bulan Patriotik
2017 pada 16 Ogos 2017. Sehubungan itu, dengan rasa rendah hati saya ingin memohon jasa baik tuan agar
dapat menyumbangkan bahan daripada jabatan tuan bagi memeriahkan majlis sambutan Bulan Patriotik
2017 di sekolah ini. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

1. 30 buah bendera Malaysia


2. 20 buah banting Malaysia
3. 20 buah bendera W.P. Kuala Lumpur
4. 20 buah banting W.P. Kuala Lumpur

3. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk, Victoria Institution mempunyai seramai 750 orang pelajar dan 120
guru.

4. Sekian untuk makluman tuan. Diharapkan permohonan ini mendapat keperihatian dan
pertimbangan tuan sepenuhnya, kerjasama dan jasa baik tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang menjalankan tugas,

………………………………….
( )

You might also like