You are on page 1of 2

Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom,

Jalan Bakar Arang,

08000 Sungai Petani,

Kedah Darul Aman.

Ketua Pengarah,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,

50200 Kuala Lumpur. 8 MEI 2017.

Tuan,

Memohon Kebenaran untuk Mengadakan Lawatan

Merujuk perkara di atas, saya, Siti Aisyah Binti Buhari, selaku setiausaha Persatuan Bahasa
Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom, ingin memohon kebenaran daripada pihak
tuan untuk kami mengadakan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
sempena sambutan Program Penghayatan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK).

2. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-
pelajar tentang fungsi sebenar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Selain itu, lawatan ini juga
bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk meninjau disekitar kawasan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) sekali gus melihat sendiri proses penerbitan sesebuah buku dan
majalah yang berkonsepkan bahasa kebangsaan. Secara tidak langsung, lawatan seperti ini
dapat memupuk minat para pelajar untuk mencintai bahasa kebangsaan negara.

3. Berikut adalah butiran-butiran perancangan mengenai lawatan sambil belajar yang


akan diadakan:
Tarikh : 8 Ogos 2017

Hari : Selasa

Masa : 10.30 Pagi

Bilangan Pelajar : 25 Orang

Bilangan Guru Pengiring : 3 Orang

4. Semoga permohonan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada


pihak tuan. Kami berjanji akan mematuhi segala peraturan dan arahan yang dikenakan oleh
pihak tuan demi kebaikan bersama. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan, saya
dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

_______Siti Aisyah__________

(SITI AISYAH BINTI BUHARI)

Setiausaha,

Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom.

You might also like