You are on page 1of 1

2 Oktober 2023

Syarikat Kadokawa Gempak Starz,


1848 A&B, Jalan KPB 8,
Kawasan Perindustrian Balakong,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
No telefon: 0126170045
Emel: marketing@gempakstarz.com

Tuan/Puan Pengarah atau Pihak Berwajib,

JEMPUTAN SEBAGAI VENDOR JUALAN BUKU UNTUK KARNIVAL PENUTUP BULAN BAHASA
KEBANGSAAN 2023 SEKOLAH SRI UCSI, KUALA LUMPUR (SSUKL)

Saya mengambil kesempatan ini untuk menghantar jemputan kepada Syarikat Kadokawa Gempak Starz untuk
turut serta sebagai vendor jualan buku dalam Karnival Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan 2023 SSUKL.
Butiran program seperti berikut:

Tarikh: 27 Oktober 2023 (Jumaat).


Masa: Dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Alamat: Sekolah Sri UCSI, Lot 12734, Jalan Choo Lip Kung, Taman Taynton View, 56000 Cheras,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Karnival ini merupakan acara berprestij yang bertujuan untuk mempromosikan budaya membaca dalam kalangan
pelajar dan masyarakat setempat. Kami percaya bahawa produk dan karya seni unik yang dihasilkan oleh
Kadokawa Gempak Starz akan menjadi satu penambahan yang berharga dalam acara ini.

Sebagai vendor jualan buku, Kadokawa Gempak Starz akan diberi peluang untuk menampilkan dan
menjual produk buku, hasil seni dan komik di karnival ini. Kami berharap agar Kadokawa Gempak Starz dapat
mengambil bahagian dalam Karnival Penutup Bulan Bahasa Kebangsaan 2023 SSUKL dan membantu kami
menjayakan usaha memupuk minat membaca dalam masyarakat.

Untuk penempahan ruang dan butiran lanjut mengenai penyediaan tempat, sila hubungi kami melalui telefon di
01170779695 (Pn. Farahanim binti Mohd Esa) atau emel di FARAHANIM@sriucsi.edu.my sebelum 14 Oktober
2023.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

FARAHANIM BINTI MOHD ESA HARSHANA A/P RAJAGOPAL


Ahli Jawatankuasa Bulan Bahasa Kebangsaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

You might also like