You are on page 1of 9

NOMBOR DAN OPERASI : NOMBOR BULAT

1.
1 3 5 7 9

Rajah di atas menunjukkan satu urutan nombor.

i) Terangkan pola bagi urutan nombor itu.

(1 markah)

ii) Jika urutan nombor itu dilanjutkan cari nombor yang ke 12. Terangkan strategi yang
digunakan untuk mendapatkan jawapan.

(2 markah)

2. Encik Hamdan menaiki lif A ke tingkat 31 di sebuah hotel. Dia mendapati nombor bilik
pertama di sebelah kanan lif ialah 3150 dan nombor bilik pertama di sebelah kiri lif ialah
3151. Dia juga mendapati nombor bilik yang kedua dan ketiga di sebelah kanan lif ialah 3152
dan 3154. Jika nombor bilik En Hamdan 3258, terangkan kedudukan bilik En Hamdan
berdasarkan nombor biliknya. Diberi nombor bilik hotel setiap tingkat mengikut pola yang
sama.

(3markah)

SKTMI (1) PONTIAN


NOMBOR DAN OPERASI : NOMBOR BULAT

3. Rajah di bawah menunjukkan enam keping kad nombor.

2 4 8 6 5 0
i) Bentuk satu nombor 6 digit terbesar.

(1markah)

ii) Bundarkan jawapan di soalan (i) kepada ratus ribu yang terdekat.

(1markah)

iii) Satu nombor 6 digit dibentuk daripada kad-kad itu. Apabila nombor-nombor itu
dibundarkan kepada ribu yang terdekat, jawapannya ialah 504 000. Apakah nombor yang
mungkin?

(1markah)

4. Nombor – nombor dalam bentuk berikut telah disusun mengikut suatu urutan tertentu.

9 3
27

Apakah nombor dalam bulatan?

(2markah)

SKTMI (1) PONTIAN


NOMBOR DAN OPERASI : NOMBOR BULAT

5. Nombor di dalam segitiga sama sisi di darab dengan nombor di dalam segi empat sama dan
hasil darabnya ditolak daripada nombor di dalam segiempat tepat.

310 562 8
4838

Apakah jawapannya?

(3markah)

6. Dalam rajah di bawah, nombor di dalam heksagon ditambah dengan nombor di dalam
segiempat tepat. Kemudian , hasil tambah itu dibahagi dengan nombor di dalam bulatan.

5475 5 15 985

Hitung jawapannya.

(3markah)

7. Rajah di bawah menunjukkan susunan 3 kad nombor.

7 ? 17
Beza antara nombor tengah dan nombor di sebelah kiri ialah 4 dan beza antara nombor
tengah dan nombor di sebelah kanan ialah 6. Apakah nombor yang berada di tengah susunan
itu.

(1markah)

SKTMI (1) PONTIAN


NOMBOR DAN OPERASI : NOMBOR BULAT

8. Rajah di bawah menunjukkan bilangan buku rujukan yang dijual oleh empat orang
pengedar dalam masa setahun. Jumlah jualan bagi pengedar D tidak ditunjukkan.

Pengedar B Pengedar C
Pengedar A
1 3 kali jualan berbanding
1.5 juta buah juta kurang daripada Pengedar A
5 Pengedar B

Pengedar D

2
Jumlah bilangan buku rujukan oleh keempat-empat pengedar itu ialah 9 juta buah.
5

i) Hitung jumlah bilangan buku yang dijual oleh Pengedar B dan C.

(3markah)

ii) Hitung jualan Pengedar D. Beri jawapan dalam perpuluhan juta.

(2markah)

SKTMI (1) PONTIAN


NOMBOR DAN OPERASI : NOMBOR BULAT

9. Maisarah membuat tiga biji kek coklat pada hari Isnin. Pada hari Selasa dia membuat dua
biji kek blueberry. Pada hari Rabu pula dia membuat 6 biji kek coklat dan pada hari Khamis
dia telah membuat empat biji kek blueberry. Jika pola yang sama berlaku setiap hari, hitung
bilangan kek yang dibuat olehnya pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

(3markah)

10. Sebuah komuter mengambil 576 orang penumpang. Apabila ia berhenti di Hentian
Seremban. 504 orang penumpang turun sementara separuh daripada penumpang yang turun
naik komuter itu. Di stesen terakhir, hanya 63 orang penumpang yang tinggal. Berapakah
penumpang yang turun selepas Seremban.

(3markah)

SKTMI (1) PONTIAN


NOMBOR DAN OPERASI : NOMBOR BULAT

11. Berikut adalah perbualan antara Syani dengan rakan-rakannya.

Syani : James telah memberikan 65 keping setem miliknya kepada saya. Oleh itu,
jumlah setem yang saya ada sekarang ialah 207 keping.

Nurul : Saya ada separuh daripada bilangan setem asal yang Syani ada.

Kamila: Bilangan setem saya ialah tiga kali ganda bilangan setem Nabila.

Berdasarkan perbualan di atas,

i) hitung bilangan setem yang dimiliki oleh Nurul

(2 markah)

ii) hitung jumlah setem yang dimiliki oleh mereka.

(2 markah)

12. Sebuah bekas mengandungi 8 batang pen marker bewarna hitam, sebilangan lain

1
berwarna biru dan merah. Pen marker hitam merupakan daripada keseluruhan jumlah pen.
4

i) hitung jumlah bilangan marker dalam kotak itu.

(2 markah)

ii) Bilangan pen marker merah adalah 2 batang kurang daripada marker biru. Berapakah
bilangan marker hitam yang perlu dimasukkan ke dalam kotak supaya marker hitam dan
marker biru adalah sama.

(3markah)

SKTMI (1) PONTIAN


NOMBOR DAN OPERASI : NOMBOR BULAT

13. Hakim ada 52 biji buah epal. Semua buah epal itu dimasukkan ke dalam 2 buah bekas.
Setiap bekas mempunyai bilangan epal yang berbeza dan merupakan nombor perdana.

i) hitung bilangan epal yang mungkin di dalam 2 bekas itu jika bilangan epal di dalam setiap
bekas itu adalah antara 30 hingga 40 biji.

(2 markah)

ii) hitung bilangan epal yang mungkin di dalam 2 bekas itu jika beza di antara bilangan epal
dalam bekas itu ialah 30.

(2 markah)

14. Berikut adalah perbualan antara Suhaimi dan tiga orang rakannya.

Rahimi : Saya mempunyai 250 biji guli.

Farhan : Jumlah guli saya adalah 2 kali lebih banyak daripada guli Hakimi.

Hakimi : Ye betul tu.

Shahrul : Oh kalau begitu jumlah guli kamu semua ialah 490 biji.

i) Berapakah bilangan guli Farhan dan Hakimi?

(2 markah)

ii) Berapakah bilangan guli Farhan?

(2 markah)

SKTMI (1) PONTIAN


NOMBOR DAN OPERASI : NOMBOR BULAT

15. Jumlah murid di dalam kelas 6 Anggerik ialah 40 orang. Terdapat 3 orang murid lelaki
bagi setiap 2 orang murid perempuan.

i) berapakah murid lelaki di dalam kelas itu?

(2 markah)

ii) berapakah beza murid lelaki dan murid perempuan dalam kelas itu?

(2 markah)

16. Rajah di bawah menunjukkan bilangan tin susu pekat yang terdapat di dalam 4 buah
kotak.

 Kotak D – Kotak A = Kotak B


 Kotak A + Kotak A = Kotak C
 Kotak C + Kotak A = Kotak B

Diberi bilangan tin susu pekat dalam Kotak C ialah 80 buah tin.

i) Berapakah bilangan tin susu pekat dalam Kotak D?

(2 markah)

ii) Berapakah beza tin susu antara kotak yang terbanyak dan kotak yang paling sedikit
bilangannya?

(2 markah)

SKTMI (1) PONTIAN


NOMBOR DAN OPERASI : NOMBOR BULAT

17. Jadual di bawah menunjukkan jadual yang tidak lengkap bilangan murid dalam 3 buah
kelas.

Kelas Lelaki Perempuan


Anggerik 20 16
Mawar 15
Dahlia 18

Bilangan murid perempuan dalam kelas Mawar adalah 5 orang lebih daripada bilangan murid
perempuan dalam kelas Dahlia. Jumlah murid dalam ketiga-tiga buah kelas itu ialah 104
orang.

i) Berapakah jumlah murid perempuan kelas Mawar dan Dahlia?

(2 markah)

ii) Hitung jumlah murid dalam kelas Dahlia.

(3markah)

SKTMI (1) PONTIAN

You might also like