You are on page 1of 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEKOSONGAN JAWATAN
PENOLONG PENGARAH
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG44/ DG48
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Permohonan adalah dipelawa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang


berkelayakan untuk mengisi dua (2) kekosongan jawatan di Unit Pengurusan
Pendidikan Model Khas dan Orang Asli, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

SYARAT KELAYAKAN UMUM

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG44/ DG48 yang sedang berkhidmat di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

(b) Berketurunan Orang Asli mengikut Akta 134 (Akta Orang Asli 1954, Pindaan
1974)
(c) Telah disahkan dalam perkhidmatan

(d) Bebas dari tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah

(e) Mempunyai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang baik untuk tiga
(3) tahun terakhir

(f) Mahir menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint)

(g) Boleh bekerja di luar kawasan


SYARAT KELAYAKAN KHUSUS

3. Jawatan Penolong Pengarah


a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya;

b) Sijil Perguruan / Diploma Pendidikan; ATAU

c) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia


daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.

d) Berpengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dalam bidang


pengurusan pentadbiran pendidikan sama ada peringkat sekolah
/PPD/JPN/ Bahagian; dan

e) Mampu melaksanakan tugas secara berkesan dengan pengawasan yang


minimum.

PERMOHONAN

4. (a) Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang yang disertakan

(b) Permohonan mestilah melalui Guru Besar/ Pengetua / Ketua Jabatan masing-
masing mengikut Perintah Am Bab “A” Perkara 21.

(c) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan Salinan Buku Rekod


Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti yang telah disahkan.

(d) Salinan sijil-sijil, markah prestasi 3 tahun terkini dan lain-lain dokumen berkaitan
hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.

(e) Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan diterima.

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Jun 2020 (Isnin).


(g) Semua permohonan hendaklah dihantar kepada :

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 3 & 4, BLOK E2,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA

E-mel : zariana@moe.gov.my/ salwana.s@moe.gov.my


No. Tel. :03-88830672/03-88849415

CATATAN:
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon
yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Segala perbelanjaan
berkaitan temuduga iaitu kos penginapan, pengangkutan, makan dan minum adalah di bawah
tanggungan sendiri.

You might also like