You are on page 1of 2

3.

4 Ejaan

- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan ditakrifkan sebagai kaedah atau cara

menulis perkataan dengan huruf.

a) Kesalahaan ejaan “puteh” (Perenggan 1, Baris 1)

i. Kesalahan: puteh

ii. Pembetulan: putih

iii. Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan ejaan antara huruf ‘e’ dan ‘i’. Perkataan

yang lebih tepat ialah “putih” yang bermaksud warna yang paling cerah iaitu

menggambarkan orang barat yang berkulit cerah.

b) Kesalahan ejaan “mahu pun” (Perenggan 1, Baris 8)

i. Kesalahan: mahu pun

ii. Pembetulan: mahupun

iii. Huraian: Secara umumnya, cara penulisan partikel “pun” dieja secara terpisah daripada

kata sebelumnya. Partikel “pun” ditulis serangkai dengan kata dasar yang berfungsi

sebagai kata tugas. Oleh itu, perkataan yang lebih tepat ialah “mahupun”.

c) Kesalahan ejaan “Imigresen” (Perenggan 2, Baris 6)

i. Kesalahan: Imigresen

ii. Pembetulan: imigresen

iii. Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan ejaan “Imigresen”. “Imigresen” merupakan

kata nama am. Perkataan “imigresen” harus ditulis bermula dengan huruf kecil kecuali ia

berada di hadapan ayat.

d) Kesalahan ejaan “Malaysiapun” (Perenggan 3, Baris 1)

i. Kesalahan: Malaysiapun

ii. Pembetulan: Malaysia pun

iii. Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan ejaan ‘Malaysiapun’. Malaysia merupakan

kata nama khas, maka partikel ‘pun’ haruslah dieja secara terpisah daripada kata

sebelumnya. Ejaan ‘Malaysia pun’ adalah lebih signifikan untuk artikel ini.

e) Kesalahan ejaan ‘Pas’ (Perenggan 6, Baris 2)


i. Kesalahan: Pas

i. Pembetulan: PAS

ii. Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan ejaan “Pas”. “PAS” merupakan singkatan

bagi kata nama khas. Oleh itu, ia mestilah dieja menggunakan huruf besar.

You might also like