You are on page 1of 2

Tanda Baca

- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tanda baca ditakrifkan sebagai tanda-tanda dalam

penulisan. Tanda baca juga merupakan simbol yang digunakan untuk memberi isyarat

kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.

1. Kesalahan penggunaan tanda baca noktah (.)

- Tanda baca noktah ialah simbol yang menunjukkan penghentian sebenar ketika

membaca.

a) Kesalahan penggunaan noktah di hujung ayat (Perenggan 5, Baris 3)

i. Kesalahan: Kita tahu ada ahli politik di negara ini yang mahu dilihat wira

memperjuangkan kaum mereka, tetapi janganlah membangkitkan kemarahan kaum lain

sehingga ia akhirnya mencetuskan permusuhan

ii. Pembetulan: Kita tahu ada ahli politik di negara ini yang mahu dilihat wira

memperjuangkan kaum mereka, tetapi janganlah membangkitkan kemarahan kaum lain

sehingga ia akhirnya mencetuskan permusuhan.

iii. Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan penggunaan tanda baca noktah iaitu tidak

meletakkan di hujung ayat. Noktah digunakan untuk mengakhiri ayat penyata.

2. Kesalahan penggunaan tanda baca sempang (-)

- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tanda sempang bermaksud garis pendek

melintang untuk menceraikan suku kata atau tanda hubung.

a) Kesalahan tiada penggunaan tanda sempang (Perenggan 7, Baris 1)

i. Kesalahan: anti Islam

ii. Pembetulan: anti-Islam

iii. Huraian: Bagi merangkaikan penggunaan imbuhan awalan “anti-“ dan kata nama khas

“Islam”, tanda sempang perlu digunakan. Perkataan ‘anti-Islam’ adalah lebih tepat.

3. Kesalahan penggunaan tanda baca koma (,)

- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, koma bermaksud tanda baca untuk

menandakan tempat berhenti sebentar ketika membaca.

a) Kesalahan penggunaan tanda baca koma (Perenggan 6, Baris 3)


i. Kesalahan: Malah

ii. Pembetulan: Malah,

iii. Huraian: Koma mestilah diletakkan selepas kata hubung yang berada di awal ayat.

Oleh itu, perkataan yang lebih tepat ialah “malah,”.

b) Kesalahan penggunaan tanda baca koma (Perenggan 11, Baris1)

i. Kesalahan: Kesimpulannya

ii. Pembetulan: Kesimpulannya,

iii. Huraian: Penulis telah melakukan kesalahan tanda baca iaitu tiada penggunaan koma

selepas perkataan “kesimpulannya”. Perkataan yang lebih tepat ialah

“kesimpulannya,”.

You might also like