You are on page 1of 32

ID CKM.BPK.

EE/PK/10/02

TARIKH 03.12.2010

KAJIAN DAN PEMBANGUNAN


UNIT KECEKAPAN TENAGA DAN TENAGA DIPERBAHARUI

KJ/2010

CADANGAN SUSUNATUR DAN


PANDUAN REKABENTUK KECEKAPAN
TENAGA BAGI PUSAT DATA

Bahagian Pembangunan Kepakaran


Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat JKR Malaysia
KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

BAB 1 PENGENALAN 1

BAB 2 KAJIAN ILMIAH


2.1 PENANDA ARAS POWER USAGE EFFECTIVENESS (PUE) DAN 2
DATA CENTER INFRASTRUCTURE EFFICIENCY (DCiE)
2.2 SUSUNAN DALAM PUSAT DATA 3
2.3 FUNGSI UNIT PENYAMAN UDARA UNTUK PUSAT DATA 6

BAB 3 METODOLOGI
3.1 SUHU DAN KELEMBAPAN UDARA 8
3.2 PENGURUSAN ALIRAN UDARA 9
3.2.1 TEKNIK PENYEKATAN LORONG SEJUK / LORONG PANAS 10
i) PENYEJUKAN PLENUM-TO-PLENUM 11
ii) KONFIGURASI SISTEM SALURAN UDARA 12
iii) PEMASANGAN PANEL SILING DAN PINTU PADA 13
LORONG PANAS
3.3 KAEDAH PENYEJUKAN 14
i) ROOM-BASED COOLING 14
ii) CLOSED-COUPLE COOLING 15
3.4 KAEDAH PENYEJUKAN CAMPURAN 20
3.5 PENGURUSAN KABEL 21
3.6 PEMILIHAN RAK 23

BAB 4 ANGGARAN POTENSI PENJIMATAN TENAGA 26


BAB 5 KESIMPULAN 28
RUJUKAN 29
BAB 1 : PENGENALAN

Pusat data adalah suatu kemudahan yang digunakan untuk menempatkan sistem
komputer dan komponen – komponen berkaitan seperti sistem telekomunikasi dan
penyimpanan data. Di bangunan- bangunan kerajaan di Malaysia dapat disimpulkan
bahawa kebanyakan pusat data yang dibina adalah digunakan untuk menyimpan
maklumat berkaitan orang perseorangan, maklumat organisasi dan untuk rangkaian
internet bagi sesebuah jabatan.

Pusat data memerlukan pengoperasian unit penyaman udara selama 24 jam bagi
menjamin keselamatan data yang disimpan. Oleh itu, rekabentuk penyaman udara
yang cekap tenaga perlu diberi perhatian dalam merekabentuk pusat data.

Kajian ini diwujudkan bagi menghasilkan cadangan dan panduan rekabentuk pusat
data cekap tenaga supaya dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan sekaligus
dapat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Panduan rekabentuk ini adalah
berdasarkan kepada garispanduan ASHRAE 2008 Environmental Guideline for
Datacom Equipment.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 1


BAB 2 : KAJIAN ILMIAH

Daripada kajian ilmiah yang dilakukan terdapat beberapa cara yang efektif bagi
mencapai pusat data cekap tenaga antaranya ialah suhu dan kelembapan udara
pusat data, susunatur peralatan dalam pusat data, kaedah penyejukan, jenis rak
yang digunakan, pengurusan kabel dan sebagainya. Berikut ialah antara maklumat
yang diperolehi daripada beberapa kajian ilmiah yang dilakukan.

2.1 Penanda Aras Power Usage Effectiveness (PUE) dan Date Center
Infrastructure Efficiency (DCiE)

Sesebuah pusat data itu dikatakan sangat efisien apabila ia mencapai nilai DCiE
melebihi 80%. Jadual 1 dibawah menunjukkan tahap kecekapan tenaga pusat data
berdasarkan penanda aras PUE dan DCiE.

Jadual 1 :Tahap kecekapan pusat data berdasarkan nilai PUE dan DCiE

Bil PUE DCiE Tahap Kecekapan

1. 3.0 33% Sangat kurang cekap

2. 2.5 40% Kurang cekap

3. 2.0 50% Sederhana

4. 1.5 67% Cekap

5. 1.2 83% Sangat cekap

Formula bagi pengiraan DCiE dan PUE diatas bergantung kepada penggunaan beban
kuasa IT dan beban fasiliti pusat data. Rumus pengiraannya adalah seperti berikut :

PUE = Jumlah Kuasa Fasiliti


Kuasa Peralatan IT

DCiE = Kuasa Peralatan IT


Jumlah Kuasa Fasiliti

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 2


Daripada rumus diatas didapati bahawa PUE adalah berkadar songsang dengan
DCiE. Jumlah Kuasa Fasiliti ialah semua kuasa yang dibekalkan hanya untuk pusat
data seperti switchgear, UPS, bateri, unit penyaman udara dan sistem
pencahayaan. Manakala kuasa peralatan IT ialah kuasa yang terhasil daripada
peralatan IT yang terdapat didalam pusat data tersebut seperti rak server dan
peralatan telco.

Penanda aras PUE dan DCiE ini telah diwujudkan oleh The Green Grid
(www.thegreengrid.org) iaitu satu badan yang mempunyai ahli melebihi 100 buah
syarikat dengan produk-produk yang berfokuskan hanya kepada pusat data cekap
tenaga. Dua penanda aras ini telah diterima secara meluas di seluruh dunia. Bagi
pusat data bangunan-bangunan kerajaan di Malaysia, penggunaan penanda aras ini
masih belum diberikan perhatian.

2.2 Susunan Dalam Pusat Data

Dari segi susunatur, kebanyakan pusat data di bangunan kerajaan tidak mengikut
susunatur yang betul. Hal ini menyebabkan penyaman udara yang beroperasi
selama 24 jam didalam pusat data menjadi tidak cekap disebabkan oleh
percampuran udara panas dan sejuk. Selain itu, situasi yang biasa dilihat di pusat
data ialah unit penyaman udara digunakan untuk menyejukan keseluruhan pusat
data. Hal ini sangatlah tidak efektif jika dibandingkan dengan kaedah yang betul
iaitu penumpuan penyejukan hanya untuk rak server dan bukannya menyejukan
keseluruhan bilik pusat data tersebut.

Susunan yang teratur didalam pusat data amat penting bagi memastikan
penggunaan tenaga yang optimum terutama sekali daripada unit penyaman udara
pusat data. Hal ini kerana pengawalan udara sejuk dan panas dapat dikawal
dengan lebih efektif jika susunan yang teratur dapat dihasilkan.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 3


Gambar 1 : lokasi perforated floor dan rak server

Gambar 1 menunjukkan salah satu pusat data di bangunan kerajaan. Dari gambar
tersebut didapati bahawa perforated floor diletakkan pada bahagian depan rak
server tetapi rak server yang digunakan mempunyai cermin kaca yang boleh
menghalang udara sejuk yang dibekalkan ke dalam rak server. Udara sejuk
tersebut sepatutnya perlu melalui bahagian dalam rak server tersebut dan udara
panas yang terhasil akan dikeluarkan pada bahagian belakang rak server tersebut.
Udara panas yang terhasil dari belakang rak server perlu dikawal supaya tidak
bercampur dengan udara sejuk yang dibekalkan pada bahagian hadapan rak server
tersebut.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 4


Gambar 2 : bahagian belakang rak

Gambar 2 menunjukkan keadaan pada bahagian belakang rak. Dari gambar


tersebut didapati bahawa rak yang digunakan tidak mempunyai lubang dibahagian
belakang dan ini menyukarkan pergerakan udara panas untuk keluar dari rak
tersebut. Susunan rak dan pemilihan jenis rak memainkan peranan utama dalam
merekabentuk pusat data cekap tenaga. Rak yang betul perlu dipilih bagi
memastikan udara panas dari rak dapat dibebaskan dan udara sejuk dapat
dibekalkan ke dalam rak. Dari gambar diatas juga dapat dilihat bahawa kabel
diletakkan didalam lantai yang menyalurkan udara sejuk ke pusat data. Kabel-
kabel ini secara tidak langsungnya mengganggu kuantiti udara sejuk yang akan
dibekalkan kerana disebabkan oleh halangan dari kabel tersebut.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 5


2.3 Fungsi Unit Penyaman Udara (CRAC) Untuk Pusat Data

Unit penyaman udara ataupun lebih dikenali sebagai Computer Room Air
Conditioner (CRAC) bagi pusat data selalunya beroperasi selama 24 jam tanpa
henti bagi menjamin keselamatan data-data yang disimpan. Oleh yang demikian,
para perekabentuk pusat data perlu mengetahui apakah fungsi sebenar CRAC
tersebut diletakkan didalam pusat data. Fungsi CRAC yang sebenar ialah
menyejukan rak server yang terdapat didalam pusat data tersebut dan penyejukan
ini sepatutnya hanya perlu difokuskan kepada rak server sahaja tanpa perlu
menyejukan keseluruhan ruang pusat data.

Jika konsep penyejukan keseluruhan ruang bilik di laksanakan ia boleh


menyebabkan penggunaan tenaga yang tinggi disebabkan suhu bilik yang terlalu
rendah bagi memastikan kesemua rak server didalamnya mendapat udara sejuk
yang cukup.

Gambar 3 : CRAC pusat data

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 6


Gambar 3 menunjukan CRAC yang selalu didapati di pusat data yang menggunakan
jenis precision. Dari gambar 3 dapat dilihat bahawa udara sejuk yang dibekalkan
adalah daripada bahagian atas CRAC tersebut. Pusat data ini tidak menggunakan
plenum bawah lantai bagi menyalurkan udara sejuk tersebut. Konsep yang
digunakan ialah konsep menyejukan keseluruhan bilik pusat data dan bukannya rak
server. Hal ini akan mengakibatkan rak server yang terdapat didalamnya tidak
mendapat udara sejuk yang cukup dan sekaligus menganggu sistem maklumat yang
disimpan.

Gambar 4 : Penyejukan yang tidak sempurna

Gambar 4 menunjukkan penyejukan yang tidak sempurna hasil daripada bekalan


udara sejuk yang tidak cukup kepada rak server. Hal ini biasanya disebabkan oleh
susunan yang tidak teratur dan kaedah agihan udara sejuk yang tidak sempurna.
Oleh itu, dalam kajian ini akan dinyatakan panduan-panduan bagi menghasilkan
pusat data cekap tenaga yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga di pusat
data.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 7


BAB 3 : METODOLOGI

Berikut ialah cadangan bagi kaedah-kaedah yang perlu dilakukan bagi mewujudkan
pusat data yang cekap tenaga. Kaedah-kaedah ini dicadangkan hanya digunakan
bagi projek pusat data yang baru tanpa melibatkan sebarang projek
pengubahsuaian terhadap pusat data sedia ada.

3.1 Suhu dan Kelembapan Udara

ASHRAE 2008 telah menyatakan berkenaan had operasi yang dibenarkan bagi
sesebuah pusat data berdasarkan Kelas 1 iaitu kemudahan pusat data dengan
kawalan parameter persekitaran yang melibatkan operasi penyimpanan data. Had
operasi yang telah dipersetujui ini adalah dikira pada bekalan udara masuk ke
dalam rak server di pusat data. Had operasi tersebut adalah seperti berikut :

Jadual 2 : Had operasi Kelas 1 yang dibenarkan ASHRAE 2008

Allowable Recommended
Low End Temperature 15°C (59°F) 18°C (64.4°F)
High End Temperature 32°C (89.6°F) 27°C (80.6°F)
Low End Moisture 20% 5.5°C DP (41.9°F)
High End Moisture 80% 60% RH & 15°C DP (59°F)

Jadual 2 diatas menunjukkan had operasi bagi Kelas 1 yang dibenarkan ASHRAE
2008. Sebarang suhu atau kelembapan masukan ke peralatan IT yang berada diluar
had diatas perlulah dibetulkan dan disiasat. Walaupun 18°C ialah suhu yang
terendah bagi suhu yang dicadangkan, perekabentuk pusat data dinasihatkan
supaya tidak menggunakan suhu yang terendah ini sebagai alasan bagi menurunkan
suhu operasi. Hal ini boleh menyebabkan peningkatan penggunaan tenaga jika suhu
terlalu rendah digunakan. Para perekabentuk juga tidak dibenarkan menggunakan
julat suhu yang dicadangkan sebagai suhu bilik bagi pusat data. Julat suhu ini
hanya untuk suhu masukan kedalam rak server.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 8


3.2 Pengurusan Aliran Udara

Suhu yang telah dicadangkan diatas perlulah dilaksanakan bersama dengan teknik
pengurusan aliran udara yang betul didalam pusat data. Berdasarkan had operasi
yang dicadangkan oleh ASHRAE 2008, penumpuan penyejukan hanya perlu pada
masukan ke dalam rak server dan bukan keseluruhan ruang bilik pusat data. Oleh
itu, pengurusan udara yang betul perlu dilaksanakan bagi mendapatkan had operasi
yang telah dicadangkan. Pengurusan aliran udara boleh dilaksanakan dengan
teknik penyekatan lorong sejuk/lorong panas. Teknik ini perlu dilaksanakan dengan
membuat pemisahan antara udara sejuk yang dibekalkan ke dalam rak server dan
udara panas yang dibebaskan dari belakang rak sever bagi meningkatkan
kecekapan tenaga CRAC yang beroperasi selama 24 jam.

Rajah 1 : Percampuran udara sejuk dan panas

Rajah 1 menunjukkan percampuran udara sejuk yang berlaku disebabkan oleh


perlaksanaan susunatur yang kurang sempurna tanpa sebarang teknik pemisahan.
Percampuran udara panas dan sejuk ini boleh menyebabkan berlakunya hot spot
pada rak dan menyebabkan CRAC bekerja keras untuk menyejukkannya.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 9


3.2.1 Teknik Penyekatan Lorong Sejuk/Lorong Panas

Pusat data konvensional kebanyakannya mengamalkan teknik lorong panas dan


sejuk tanpa mengambil kira sebarang teknik pemisahan udara sejuk dan panas. Hal
ini mengakibatkan percampuran udara panas dan sejuk yang keterlaluan hingga
menyebabkan CRAC berfungsi dalam keadaan kurang cekap. Antara ciri-ciri asas
bagi melaksanakan teknik ini ialah :

a) Bahagian hadapan rak server mengadap bahagian hadapan rak server yang
lain (mewujudkan lorong sejuk). Bahagian belakang rak server mengadap
bahagian belakang rak server yang lain (mewujudkan lorong panas).
b) Penyekatan dilakukan pada bahagian lorong sejuk atau lorong panas bagi
mengelak percampuran udara sejuk yang dibekalkan ke dalam rak dan udara
panas yang dibebaskan dari belakang rak.

Kaedah pemisahan udara sejuk dan panas ini perlu dilakukan bagi membolehkan
CRAC berfungsi dengan lebih cekap. Hal ini kerana, haba yang dibebaskan dari
belakang rak dapat dikumpulkan kembali oleh CRAC tanpa sebarang percampuran
dengan udara sejuk sekaligus meningkatkan kecekapan tenaga CRAC tersebut.
Teknik pemisahan ini adalah kaedah mudah bagi mengurangkan penggunaan tenaga
dalam pusat data. Kaedah – kaedah bagi melakukan pemisahan ini adalah seperti
berikut :

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 10


i) Penyejukan plenum-to-plenum

Rajah 2 : Penyejukan plenum-to-plenum (www.42u.com)

Rajah 2 menunjukkan pemisahan jenis penyejukan plenum-to-plenum bagi teknik


penyekatan lorong sejuk dengan menggunakan langsir plastik, strip doors (pintu
jalur plastik seperti di bahagian sejuk beku pusat membeli-belah), dan air chase.
Antara ciri-ciri kaedah ini ialah:

a) Udara sejuk dibekalkan melalui plenum bawah lantai dan disalurkan ke


bahagian lorong sejuk (lorong yang sudah disekat dengan jalur plastik) di
mana bahagian hadapan rak server saling berhadapan antara satu sama
lain pada lorong ini.
b) Udara sejuk yang dibekalkan ini disekat oleh dua bahan pemisah iaitu
door strips pada setiap hujung lorong sejuk dan langsir plastik pada
bahagian atas rak dipasang hingga ke siling.
c) Udara panas yang dibebaskan dari bahagian belakang rak akan melalui
plenum atas melalui siling berlubang yang disediakan.
d) Udara panas tersebut akan terus bergerak masuk kembali kedalam CRAC
yang terdapat didalam pusat data. Pengumpulan udara panas dapat
dilakukan dengan baik jika CRAC dipasang dengan air chase.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 11


ii) Konfigurasi Sistem Saluran Udara

Rajah 3 : Konfigurasi sistem saluran (www.42u.com)

Rajah 3 diatas menunjukkan pemisahan jenis konfigurasi sistem saluran


udara bagi teknik penyekatan lorong sejuk dengan menggunakan saluran udara,
panel siling dan pintu jalur plastik.

a) Tidak memerlukan plenum bawah lantai atau raised floor.


b) Udara sejuk ke lorong sejuk dibekalkan dengan menggunakan sistem
sesalur (ducting).
c) Pintu jalur plastik dipasang pada setiap hujung rak.
d) Udara panas yang terhasil dari belakang rak dikembalikan ke CRAC
melalui air chase/return air grill

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 12


iii) Pemasangan Panel Siling dan Pintu pada Lorong Panas

Rajah 4 : Pemasangan Panel Siling dan pintu pada lorong panas (www.42u.com)

Rajah 4 diatas menunjukkan pemasangan panel siling dan pintu dari jenis
plexiglass pada lorong panas sebagai pemisah antara udara sejuk dan panas.
Antara ciri-ciri kaedah ini ialah :

a) Bahagian lorong panas disekat dengan siling dan pintu dari jenis
plexiglass sebagai pemisah.
b) Raised floor sebagai plenum bagi menghantar udara sejuk ke dalam rak
c) Bahagian panas yang telah disekat perlu diletakkan salur return air grill
supaya udara panas tersebut dapat kembali ke CRAC.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 13


3.3 Kaedah Penyejukan

Selain daripada pengurusan aliran udara yang sempurna, kaedah penyejukan bagi
sesebuah rak juga dapat meningkatkan kecekapan tenaga pusat data. Terdapat
tiga (3) jenis kaedah penyejukan yang boleh dilaksanakan di pusat data. Berikut
ialah tiga jenis kaedah penyejukan tersebut :

i) Room-Based Cooling

Rajah 5 : Room-Based Cooling (sumber daripada APC-Schneider Group)

Rajah 6 : Kaedah room-based cooling yang betul (sumber dari IBM)

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 14


Rajah 5 menunjukkan gerakan udara panas dan sejuk semasa kaedah konvensional
digunakan iaitu room-based cooling, kaedah ini masih boleh digunakan tanpa
melibatkan sebarang penggunaan peralatan baru jika perlaksanaan yang betul
digunapakai. Rajah 6 menunjukkan kaedah penyejukan room-based cooling dengan
susunan yang betul. Antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian jika kaedah ini
masih ingin digunakan ialah :

a) raised floor perlu diwujudkan dan pastikan kabel disusun secara teratur
di bawah raised floor bagi mengelakkan sebarang sekatan yang
menyebabkan udara sejuk tidak boleh sampai ke rak.
b) Lorong panas/sejuk mesti diwujudkan.
c) CRAC perlu diletakkan bersetentang dengan lorong panas (rujuk rajah 6).
d) Lorong sejuk/panas perlu disekat dengan menggunakan langsir plastik
ataupun pemasangan siling panel seperti yang telah dijelaskan pada
bahagian sebelum ini.

Walaubagaimanapun, menurut kepada kajian simulasi yang dilakukan oleh APC


(2006), kaedah ini hanya sesuai bagi pusat data berkepadatan rendah dengan
penggunaan kuasa rak di antara 1 – 3kW/rak (323-861 W/m2) sahaja dan tidak
praktikal pada pusat data berkepadatan tinggi dengan penggunaan kuasa melebihi
had tersebut.

ii) Close-Coupled Cooling

Close-Coupled Cooling dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu In-Row Cooling
dan In-Rack Cooling. Close-Coupled Cooling ialah satu kaedah penyejukan
secara hampir kepada rak. Dengan kaedah ini, CRAC berada berdekatan
dengan rak dan CRAC berfungsi membekalkan udara sejuk pada bahagian
yang memerlukan penyejukan sahaja. Close-coupled cooling ini masih
menggunakan teknik pengurusan aliran udara lorong sejuk dan panas cuma
perbezaannya ialah CRAC diletakkan berhampiran dengan rak. Berikut ialah
ciri-ciri bagi dua (2) kaedah penyejukan secara close-coupled cooling :

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 15


a) In-Row Cooling

Rajah 7 : In-Row Cooling (sumber daripada APC-Schneider Group)


Rajah 7 menunjukkan salah satu kaedah secara close-coupled cooling iaitu In-Row
Cooling. Antara ciri-ciri kaedah ini ialah :
a) Tidak memerlukan raised floor.
b) CRAC diletakkan sama ada diantara rak, pada hujung setiap barisan, atau
bahagian atas rak (rujuk rajah 7(a), 7(b) dan 7(c) untuk gambaran lanjut)
c) CRAC pada setiap barisan rak akan beroperasi mengikut keperluan
barisan tersebut. Contohnya jika satu barisan rak menghasilkan beban
haba yang tinggi jadi CRAC pada barisan tersebut akan menggunakan
keseluruhan kapasitinya untuk menyejukan barisan itu sahaja. Jika rak-
rak pada barisan yang lain hanya menghasilkan beban haba yang rendah
jadi CRAC pada barisan tersebut akan memberi penyejukan dengan
mengikut keperluan haba pada barisan itu sahaja.
d) Susunan rak mesti mengikut susunan secara lorong panas dan sejuk
walaupun kaedah yang digunakan ialah In-row cooling (rujuk rajah 7d (i),
(ii) dan (iii))
e) Jarak aliran udara lebih pendek berbanding room-based cooling. Ini
bermaksud kecekapan tenaga CRAC dapat ditingkatkan dengan
pengurangan kuasa kipas yang diperlukan untuk menghantar penyejukan
di bahagian yang diperlukan.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 16


f) Kaedah ini sesuai untuk pusat data yang berkepadatan tinggi dengan
penggunaan kuasa rak melebihi 3 kW/rak

Lorong panas

Penyaman
udara In-row

Rajah 7a : Liebert CRV In-Row Cooling – hujung setiap baris (sumber daripada
www.42u.com)

Rajah 7b : APC In-Row Cooling – bahagian atas (sumber daripada APC-Schneider


Group)

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 17


Lorong panas

Penyaman udara
In-row antara rak

Rajah 7c : In-Row Cooling – antara rak (sumber daripada APC-Schneider Group)

(i) Berhadapan dinding (ii) hadapan rak mengadap (iii) dengan penahan
hadapan rak (containment) atau
panel atas dan sisi

Rajah 7d : In-Row Cooling dengan susunan lorong panas/sejuk

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 18


b) In-Rack Cooling

Rajah 8 : In-Rack Cooling (sumber daripada APC-Schneider Group)

Rajah 8 menunjukkan salah satu kaedah penyejukan secara In-Rack Cooling. Antara
ciri-ciri bagi melaksanakan kaedah ini ialah:

a) Kaedah ini tidak memerlukan raised floor sama seperti In-Row Cooling.
b) CRAC berada pada setiap rak dan selalunya didatangkan didalam satu
pakej (rujuk rajah 8a).
c) CRAC hanya beroperasi pada rak yang memerlukan penyejukan.
d) Udara sejuk akan bergerak melepasi rak server dan udara panas bergerak
melepasi heat exchanger di bahagian belakang rak.
e) Jarak aliran udara sejuk ke rak untuk kaedah ini adalah lebih pendek
berbanding dengan kaedah room-based cooling dan In-Row Cooling
sekaligus mengurangkan kuasa kipas yang diperlukan dan meningkatkan
kecekapan tenaga CRAC.
f) Kaedah ini boleh diaplikasikan bagi pusat data yang berkepadatan tinggi
dengan penggunaan kuasa rak sehingga 50 kW/rak

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 19


Rajah 8a : In-Rack Cooling – dilengkapi dengan sistem penyejukan pada rak
(sumber dari APC-Schneider Group dan www.42u.com)

3.4 Kaedah Penyejukan Campuran

Dalam situasi ini ketiga-tiga kaedah penyejukan di atas boleh digabungkan


mengikut keperluan penggunaan kuasa pada rak. ketiga-tiga jenis kaedah ini boleh
dilakukan secara serentak didalam satu bilik pusat data. Rajah 9 menunjukkan
antara kaedah percampuran ketiga-tiga jenis penyejukan di dalam satu pusat data.
Kaedah ini di pertimbangkan mengikut keperluan rak tersebut seperti berikut:
 Room – untuk server antara 1-3 kW per rak (323-861 W/m2)
 In-row – untuk sever melebihi 3 kW per rak
 In-rack – untuk server melebihi 3 kW dan sehingga 50 kW per rak
Ketiga-tiga kaedah ini boleh digabungkan didalam satu bilik pusat data mengikut
keperluan setiap rak seperti yang dinyatakan di atas.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 20


In-Row
In-Rack

Room

Rajah 9 : susunan yang menggunakan orientasi room, In-row dan In-rack


secara serentak

3.5 Pengurusan Kabel

Pengurusan kabel di dalam pusat data juga sangat penting bagi mencapai pusat
data cekap tenaga. Seperti sedia maklum pusat data konvensional ataupun room-
based cooling menggunakan konsep raised floor, selalunya kabel di letakkan di
bawah raised floor tersebut. Kabel-kabel yang tidak tersusun di bawah raised floor
selalunya akan menyekat bekalan udara sejuk untuk sampai ke rak server. Oleh
itu, terdapat beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan bagi pengurusan kabel bagi
mengelak sebarang sekatan udara sejuk dari sampai ke dalam rak iaitu :

 Kabel tray disediakan dan di letakan didalam raised floor pada bahagian
bawah lorong panas seperti di tunjukkan didalam rajah 10.

 Kabel trunking dipasang pada bahagian atas rak seperti rajah 11. Dengan
kaedah ini secara tidak langsungnya raised floor hanya digunakan untuk
mengalirkan udara sejuk sahaja tanpa melibatkan sebarang penyekatan dari
kabel didalam raised floor.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 21


 Kabel didalam rak di susun secara sempurna seperti yang ditunjukkan pada
rajah 12 supaya tidak menghalang udara sejuk yang melalui rak ke bahagian
belakang rak untuk dibebaskan

Rajah 10 : Susunan kabel di dalam raised floor

Rajah 11 : Kabel trunking di pasang pada bahagian atas rak

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 22


Rajah 12 : kabel disusun dengan sempurna didalam rak

3.6 Pemilihan Rak

Jika kaedah konvensional iaitu Room-based cooling dipilih, pemilihan rak


memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan aliran udara sejuk dapat
memasuki rak dengan sempurna dan aliran udara panas dapat dibebaskan dari rak
dengan baik tanpa sebarang percampuran ataupun peredaran balik udara panas
memasuki rak. Aliran pengurusan udara yang baik tetapi tanpa menggunakan jenis
rak yang betul akan menyebabkan kecekapan tenaga didalam pusat data kurang
berkesan. Hal ini kerana rak dan pengurusan aliran udara sangat berkait rapat
antara satu sama lain bagi mencapai pusat data yang cekap tenaga. Antara dua (2)

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 23


kaedah yang sering menjadi perhatian dalam pemilihan rak untuk pusat data cekap
tenaga ialah :

a) Pengunaan Perforated Door sebagai pintu hadapan rak

(b)
(a)

Rajah 13 : (a) pintu plexiglass dan (b) perforated door (pintu berlubang)

Rajah 13(a) menunjukkan jenis pintu hadapan rak iaitu pintu plexiglass. Pintu jenis
ini secara tidak langsungnya akan menyebabkan udara sejuk yang dibekalkan pada
bahagian hadapan rak sukar untuk memasuki rak. Manakala rajah 13(b)
menunjukkan perforated door ataupun pintu berlubang yang digunakan sebagai
pintu hadapan rak. Pintu jenis ini memudahkan aliran udara sejuk memasuki rak
tanpa sebarang halangan. Oleh itu, pemilihan rak yang mempunyai pintu berlubang
(perforated door) amat penting bagi melancarkan aliran udara sejuk ke dalam rak.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 24


b) Pemasangan Blanking Panel pada rak

Rajah 14 : Rak dengan dan tanpa blanking panel (sumber daripada APC-Schneider
Group)

Rajah 14 menunjukkan perbezaan aliran udara pada rak yang mempunyai blanking
panel dan tidak mempunyai blanking panel. Blanking panel ialah sekeping plat
yang dimasukkan pada bahagian yang kosong diantara rak. Blanking panel ini
bertujuan mengelakkan peredaran balik udara panas yang terhasil dari belakang
rak memasuki kembali kedalam rak. Jika blanking panel ini tidak diletakkan pada
rak, peredaran balik udara panas ke dalam rak akan berlaku dan sekaligus
menyebabkan berlakunya hot spot pada rak tersebut. Hal ini menyebabkan, CRAC
perlu bekerja keras bagi menyejukkan kawasan hot spot tersebut. Perkara ini
boleh menyebabkan berlakunya ketidakcekapan tenaga pada CRAC tersebut.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 25


BAB 4 : ANGGARAN POTENSI PENJIMATAN TENAGA

Berikut ialah anggaran potensi penjimatan tenaga pusat data jika salah satu
kaedah diatas dilaksanakan di pusat data. Potensi penjimatan ini berdasarkan
kajian yang telah dilakukan oleh American Power Conversion-Schneider Group bagi
mewujudkan pusat data cekap tenaga :

Jadual 3 : Potensi Penjimatan Tenaga


Bil Kaedah Penjimatan Panduan
(%)
1 In-Rack Cooling dan In-Row 7-15 - Penggunaan
Cooling penyejukan secara
closed couple
cooling
2 Susun atur lantai yang lebih 4-15 - Penyusunan
cekap melibatkan lorong
sejuk/panas dengan
teknik penyekatan
yang cekap dan
lokasi penyaman
udara yang betul.
4 Lokasi perforated floor yang 1-6 - Bilangan dan lokasi
betul perforated floor
perlu betul.
5 Memasukkan blanking panel 1-2 - Kaedah ini dapat
pada rak mengurangkan suhu
masukan ke server

Penjimatan tenaga dalam jadual 3 adalah penjimatan yang melibatkan penggunaan


tenaga untuk pusat data sahaja. Bagi bangunan yang telah mengasingkan
pengukuran tenaga (sub-meter) pusat data adalah mudah bagi menentukan
penggunaan tenaga pusat data tersebut secara terus. Bagi pusat data yang tidak

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 26


mempunyai pengukuran berasingan (sub-meter), agak sukar menentukan bacaan
penggunaan tenaga tersebut melainkan lukisan skematik menunjukkan secara
terperinci bahagian yang boleh di pasangkan peralatan untuk mengambil bacaan
penggunaan tenaga.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 27


BAB 5 : KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa pusat data cekap tenaga dapat
diwujudkan jika teknik dan kaedah yang betul digunakan terutama dalam hal
berhubung pengurusan aliran udara dan kaedah penyejukan pusat data.

Para perekabentuk boleh membuat pilihan dan merekabentuk berdasarkan


panduan-panduan yang telah diberikan. Room-based cooling boleh dilaksanakan
jika melibatkan pusat data berkepadatan rendah dengan penggunaan kuasa rak
kurang daripada 3 kW per rak dan mengamalkan teknik pemisahan udara panas dan
sejuk dengan berkesan. Manakala close-coupled cooling boleh dipilih jika
melibatkan pusat data berkepadatan tinggi dengan penggunaan kuasa rak melebihi
3 kW per rak.

Para perekabentuk juga diingatkan supaya bekerjasama dengan pembekal-


pembekal peralatan pusat data dan juga pembekal ICT bagi mengetahui beban
penggunaan (kW) bagi setiap rak. Hal ini bagi memudahkan perekabentuk
menentukan kapasiti CRAC yang bakal dimasukkan lebih-lebih lagi jika kaedah
room-based cooling dipilih. Hal ini kerana, kapasiti penyejukan CRAC adalah
bergantung kepada kapasiti rak yang akan dimasukkan. Perekabentuk perlu
mengelak berlakunya oversize pada CRAC dengan sentiasa bekerjasama dengan
pihak pembekal peralatan IT.

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 28


RUJUKAN

1) ASHRAE Environmental Guidelines for Datacom Equipment, 2008

2) David Chernicoff, 2009. The Shortcut Guide to Data Center Energy


Efficiency, USA.

3) Kevin Dunlap dan Neil Rasmussen, 2006. The Advantages of Row and Rack-
Oriented Cooling Architectures for Data Centers, USA.

4) John Neiman, 2008. Hot Aisle Vs. Cold Aisle Containment, USA

5) www.42u.com

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 29


Disediakan Oleh:

........................
Nur Azura Binti Zeol
Jurutera Mekanikal
Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat JKR Malaysia

Disemak Oleh:

………………………………………..........
En.Wan Mohamad Bin Wan Salleh
Jurutera Mekanikal Kanan
Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat JKR Malaysia

Diluluskan Oleh :

………………………………………………...
Ir. Hjh. Aziah Binti Wan Abdullah
Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan
Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat JKR Malaysia

Unit Kecekapan Tenaga Dan Tenaga Diperbaharui, CKM | 30

You might also like