You are on page 1of 6

LAPORAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018

LAPORAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


PERINGKAT SEKOLAH

SK ST PAUL (M) BANTING

2018

PADA: 30 Ogos 2018

ANJURAN :

Unit Kokurikulum & Panitia Sejarah

1
LAPORAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018
Laporan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Sk St Paul(M) Banting 2018

SK St Paul (M) Banting telah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah pada
30 Ogos 2018 iaitu hari Khamis Sambutan ini diadakan adalah untuk meraikan ulang tahun
kemerdekaan Negara Malaysia yang ke-61 tahun di bawah anjuran Unit Kokurikulum bersama
Panitia Sejarah.

Sebelum sambutan tersebut diadakan, pelbagai aktiviti telah diadakan seperti


pertandingan teka silang kata, menggantung bendera di seluruh kawasan sekolah, membuat
topeng kemerdekaan dan tayangan filem patriotik (Prebet Lapok). Sambutan hari kemerdekaan
ini telah dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan semua warga
sekolah berkumpul di padang sekolah. Setiap murid dibekalkan dengan bendera Jalur
Gemilang dan bendera negeri Sarawak. Encik Wan Marzuki telah mengetuai laungan
kemerdekaan sebanyak tujuh kali. Acara diteruskan dengan menjemput Guru Besar iaitu En.
Dennis Jugah untuk berucap. Beliau menasihati murid-murid sekolah ini agar menyemai dan
menanam rasa cinta dan sayang akan tanah air kita, Malaysia.

Untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan, semua warga sekolah telah


menyanyikan tiga buah lagu iaitu Tanggal 31 Ogos, Lagu Tema Kita Punya Malaysia dan
Keranamu Malaysia. Murid-murid mengibarkan bendera dengan penuh semangat patriotik.
Sambutan hari kemerdekaan ini telah berakhir pada jam 9.30 pagi dan diakhiri dengan sesi
bergambar semua warga sekolah bersama dengan murid-murid.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

……………………………… …………………………….
(ROSITA AMA ANAK MUNAN) (DENNIS JUGAH ANAK JALAK)
Ketua Panitia Sejarah, Guru Besar,
Sk St Paul(M) Banting. Sk St Paul(M)Banting.

2
LAPORAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018

LAMPIRAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018

3
LAPORAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018
Gambar 1.0 Pertandingan Teka Silang Kata Merdeka

4
LAPORAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018
Gambar 2.0 Membuat topeng kemerdekaan

Gambar 3.0 Membuat Kolaj Bendera Malaysia

Gambar 4.0 Tayangan Filem Kemerdekaan


“Prebet Lapok”

Gambar 5.0 Murid-murid berlatih lagu patriotik

5
LAPORAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 2018

Gambar 6.0 Ucapan merdeka daripada Guru Besar

Gambar 7.0 Laungan kemerdekaan

Gambar 8.0 Nyanyian lagu patriotik

You might also like