You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN NG KLASSEN

D/A Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman,


Tingkat 1-3 Wisma Persekutuan,
Jalan Abang Aing,
95007 Sri Aman Tel : 083-308121

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.3/2020


SK NG KLASSEN, SRI AMAN

TARIKH : 8 DISEMBER 2020


HARI : SELASA
MASA : 2:00 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SK NANGA KLASSEN

Kehadiran :
1. Mohamad Nurmisuari Qazreen bin Shamsuddin Penolong Kanan Pentadbiran
2. Nurr Azreen binti Abdul Karim
3. Kartini binti Hj Morshidi
4. Audyrella anak Henry
5. Lawie anak Juki
6. Norhidayah binti Mohamad @ Sarkawi
7. Rosita Ama anak Munan

Agenda Mesyuarat :

1. Kata alu-aluan Ketua Panitia


2. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.2/2020
4. Perkara Berbangkit
5. Pelan Intervensi PBD
6. Pelaporan PBD 2020
7. Pelaporan PdPr
8. PLC Panitia Matematik
9. Penutup

1
1. Kata Alu-aluan Ketua Panitia

1.0 Ketua Panitia merakamkan terima kasih atas kehadiran seluruh ahli ke Mesyuarat
Panitia Matematik Bil.3/2020.

1.1 Ketua Panitia mengharapkan perbincangan dalam mesyuarat ini akan memberikan
impak yang lebih baik dalam mempertingkatkan kualiti pencapaian mata pelajaran
Matematik.

2. Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran

2.1 Encik Mohd Nurmisuari Qazreen merakamkan penghargaan kepada seluruh ahli
panitia Matematik kerana telah menunjukkan peningkatan pencapaian murid-murid
dalam mata pelajaran Matematik.

2.2 Beliau juga mengharapkan seluruh ahli panitia mempelbagaikan lagi aktivti dalam
menarik minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.

3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil.2/2020

3.1 Puan Kartini membentangkan Minit Mesyuarat Panitia Matematik Bil.2/2020.

3.2 Puan Norhidayah mencadangan Minit Mesyuarat Panitia Bil.2/2020 disahkan dan telah
disokong oleh semua guru.

4. Perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit

5. Pelan Intervensi PBD

5.1 Ketua Panitia membentangkan Pelan Intervensi PBD bagi membantu murid-murid
yang masih belum menguasai Tahap Penguasaan (TP) yang minimum dalam mata
pelajaran Matematik.

5.2 Antara isu yang timbul adalah:

5.2.1 Kemahiran asas Matematik yang masih lemah (Operasi darab dan bahagi)

5.2.2 Tahap penguasaan bahasa Inggeris murid belum mencapai tahap


memuaskan (DLP Tahun 1)

2
5.2.3 Murid masih kurang menguasai konsep penukaran unit dan soalan berbentuk
penyelesaian masalah.

5.3 Antara intervensi yang dicadangkan adalah :

5.3.1 Program Smart MATHS

5.3.1.1 Latih tubi soalan Matematik

5.3.1.2 Jadual JSPG dan Buku Bijak Sifir

5.3.1.3 Program Kira Cepat (soalan berfokus 4 operasi asas)

5.3.1.4 Penggunaan Teknik Polya (soalan berbentuk penyelesaian masalah)

5.3.1.5 Nota ringkas Matematik

5.3.1.6 My Maths Vocab (DLP Tahun 1)

Tindakan : Semua Guru Matematik

6. Pelaporan PBD 2020

6.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas kerjasama guru dalam menyiapkan
pulangan data PBD Matematik bagi tahun 2020.

6.2 Ketua Panitia membentangkan pulangan data PBD bagi mata pelajaran Matematik
bagi tahun 2020.

6.3 Ketua Panitia mengharapkan guru-guru akan terus berusaha mempertingkatkan


peratus dan bilangan murid yang berjaya mencapai TP minimum yang ditetapkan.

BILANGAN MURID MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN (TP)


KELAS PENGGAL JUMLAH
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6

TAHUN 1 1 4 3 4 0 0 0 11
(DLP) 2 2 3 6 0 0 0 11

BILANGAN MURID MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN (TP)


KELAS PENGGAL JUMLAH
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6

1 0 3 11 2 2 0 18
TAHUN 2
2 0 3 11 2 2 0 18

3
BILANGAN MURID MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN (TP)
KELAS PENGGAL JUMLAH
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6

1 1 3 11 2 0 0 17
TAHUN 3
2 0 2 11 4 0 0 17

BILANGAN MURID MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN (TP)


KELAS PENGGAL JUMLAH
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6

1 5 4 1 0 0 0 10
TAHUN 4
2 0 4 2 2 3 0 11

BILANGAN MURID MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN (TP)


KELAS PENGGAL JUMLAH
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6

1 3 3 8 4 0 0 18
TAHUN 5
2 3 3 7 5 0 0 18

BILANGAN MURID MENCAPAI TAHAP PENGUASAAN (TP)


KELAS PENGGAL JUMLAH
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6

1 0 4 9 0 0 0 13
TAHUN 6
2 0 3 6 4 0 0 13

Tindakan : Semua Guru Matematik

7. Pelaporan PdPr

7.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas komitmen guru-guru dalam
menyediakan lembaran kerja sepanjang tempoh PdPr.

4
7.2 Pelaporan daripada guru-guru adalah sebanyak 80% murid memberikan maklum balas
terhadap tugasan yang diberikan.

Makluman

8. PLC Matematik

8.1 Ketua Panitia membentangkan pelaporan PLC yang telah dijalankan pada 12
November 2020 yang lepas yang membincangkan berkaitan pelaksanaan PdPr
Matematik.

8.2 Ketua Panitia mengharapkan lebih banyak PLC dapat diadakan pada tahun hadapan
bagi membincangkan tentang isu-isu berkaitan pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Matematik untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pencapaian
murid.

Makluman

9. Penutup

9.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bimbingan pihak
pentadbir dan semua guru Matematik sepanjang tahun 2020 walaupun berhadapan
dengan cabaran pengajaran dan pembelajaran sewaktu musim Covid-19.
9.2 Ketua Panitia mengharapkan kerjasama yang lebih padu dalam menjadikan Panitia
Matematik lebih cemerlang pada tahun 2021.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3:00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

……………………………... …………………………………………….. ………………………………………………………………


(KARTINI HJ. MORSHIDI) (NURR AZREEN BINTI ABDUL KARIM) (MOHD NURMISUARI QAZREEN BIN SHAMSUDDIN)
Setiausaha Ketua Panitia Penolong Kanan Pentadbiran
Panitia Matematik Panitia Matematik SK Ng Klassen, Sri Aman
SK Ng Klassen, Sri Aman SK Ng Klassen, Sri Aman

You might also like