You are on page 1of 3

PERMAINAN MATEMATIK

Panduan guru.
Arahan permainan. (Aktiviti berkumpulan)
1. Setiap kumpulan dibekalkan sehelai kertas yang mempunyai gambar dua dadu dan
diminta untuk potong dan tampal membentuk dadu.
2. Murid diminta menghasilkan dadu yang diberikan. (potong dan lekat)

Aktiviti permainan
1. Tentukan giliran di dalam kumpulan.
2. Murid diminta melontar dua dadu.
3. Laksanakan operasi mengikut petak-petak yang disediakan.
4. Warnakan hasil operasi pada petak nombor, sekiranya sudah diwarnakan, maka hilang
giliran.
5. Murid yang selesai warna semua nombor, dikira sebagai pemenang.
6. Permainan diteruskan sehingga setiap kumpulan mendapat keputusan tempat
pertama sehingga ketiga.
7. Kumpulan yang berjaya selesaikan semua dikira sebagai pemenang.
PERMAINAN MATEMATIK
Nama : _________________________________________ Tarikh : __________
Tahun : ____________
Panduan murid.
Arahan permainan.
1. Tentukan giliran di dalam kumpulan.
2. Anda diminta melontar dua dadu. Lakukan operasi tambah atau tolak atau darab
bilangan titik pada bongkah dadu.
3. Setiap balingan hanya boleh laksanakan satu operasi sahaja mengikut petak-petak
yang disediakan.
4. Warnakan hasil operasi pada petak nombor, sekiranya sudah diwarnakan, maka hilang
giliran.
5. Murid yang selesai warna semua nombor, dikira sebagai pemenang.
6. Permainan diteruskan sehingga setiap kumpulan mendapat keputusan tempat
pertama sehingga semua ahli kumpulan berjaya.
7. Kumpulan yang berjaya selesaikan semua dikira sebagai pemenang.

OPERASI TAMBAH OPERASI TOLAK

1 2 3
0 1 2
4 5 6
3 4 5
7 8 9
10 11 12
OPERASI DARAB

1 2 3 4 5 6
8 9 10 12 15 16
18 20 24 25 30 36
Hasilkan dadu

You might also like