You are on page 1of 1

PEJABAT JURUTERA DAERAH,

JABATAN KERJA RAYA,


JALAN OTHMAN, Tel: 606-9521611 / 1612 / 1613
84000 MUAR, Faks: 606-9519611 / 9538820
JOHOR DARUL TA’ZIM. Portal Rasmi: muar.jkr @1govuc.gov.my
E-mel: muar.jkr @1govuc.gov.my

Sila nyatakan rujukan kami apabila menjawab Ruj Kami: Bil ( ) dlm.JKRJ.MR.060/100/B1809/1 Jld.3
Tarikh: hb Mac 2020

Selengara Maju Trading


No.32, Jalan Flora 1/7,
Taman Pulai Flora,
81300 Johor Bahru, Johor

Tuan,

PROJEK : CADANGAN PENGUBAHSUAIAN DAN MENAIKTARAF ISTANA


TANJONG, MUAR, JOHOR UNTUK DIJADIKAN BILIK GERAKAN
PEJABAT DAERAH MUAR, JOHOR
PERKARA : PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sebagaimana yang pihak tuan maklum, pada 16 Mac 2020 Kerajaan Malaysia telah
memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31
Mac 2020 di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

3. Oleh yang demikian, pihak tuan dikehendaki supaya memberhentikan semua aktiviti-
aktiviti pembinaan di tapak projek dan hanya menyambung semula kerja-kerja selepas tempoh
seperti dinyatakan di atas tamat atau selepas tarikh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir
menurut perintah Kerajaan dari semasa ke semasa.

4. Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diingatkan bahawa tahap keselamatan dan
kesihatan di tapak bina adalah di bawah tanggungjawab pihak kontraktor selaras dengan Syarat-
syarat Kontrak.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(Ir. RAHMAT BIN RASHIB)


Jurutera Daerah
JKR (D) Muar

“PELANGGAN DIUTAMAKAN. JANJI DIKOTAKAN ”

You might also like