You are on page 1of 3

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU

BENDAHARA AZMAN(1), PANDAMARAN, PELABUHAN KLANG.

Tarikh : 13 MAC 2020 (JUMAAT)


Masa : 3.30PM-6.30PM
Tempat : Sekitar kawasan sekolah
Jumlah Kehadiran : Semua guru dan murid

1.0 Penyediaan persekitaran sekolah yang kondusif, selesa dan selamat merupakan amalan yang perlu
dititik beratkan oleh sesebuah institusi pendidikan.Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa
menggalakkan semua sekolah di Malaysia mengadakan program keselamatan, kebersihan dan keceriaan
sekolah melalui program 3K.

2.0 Sehubungan itu, pihak sekolah telah mengadakan Program Gotong-royong Perdana SK TBA(1)
yang bertujuan untuk mempertingkatkan kebersihan dan keindahan persekitaran sekolah supaya ia lebih
kondusif dan selesa bagi murid-murid menjalankan pelbagai aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum. Antara
objektif-objektif program ini ialah :

1. Mewujudkan persekitaran sekolah yang harmonis, ceria, kondusif dan selamat.

2. Meningkatkan kerjasama yang padu di antara murid dan para guru.

3. Merapatkan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah di samping memperluaskan penglibatan ibu
bapa dalam aktiviti sarana sekolah.

4. Meningkatkan kesedaran murid terhadap kebersihan dan keceriaan sekolah seterusnya meningkatkan
motivasi mereka dalam memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan ceria.

3.0 Program ini telah diadakan pada 13 Mac 2020 bersamaan hari Jumaat bertempat di sekitar kawasan
sekolah. Program ini dihadiri oleh semua guru dan murid . Pendaftaran dimulakan pada jam 3.30 petang
diikuti dengan aktiviti gotong-royong di persekitaran sekolah terutamanya di tapak perhimpunan, padang
sekolah, Taman Sains, Taman Herba, kawasan kantin dan tandas bagi tahap 2. Manakala tahap 1 pula
melibatkan diri dalam aktiviti mewarna poster.

4.0 Kesimpulannya, program ini telah mencapai objektif-objektif yang ditetapkan. Pihak sekolah dan
PIBG perlu merancang program-program lain yang dapat merapatkan kerjasama dan hubungan di antara
para murid dan guru memandangkan aspek ini masih perlu diberi perhatian terutamanya hubungan di
antara guru-guru perempuan dengan kaum ibu kerana masih terdapat jurang dalam pergaulan mereka.
Akhir kata, diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa hadapan bagi menjadikan
sekolah sebagai sebuah institusi yang selamat, ceria dan harmoni.

Disediakan oleh Disahkan oleh,


_______________________ ________________________
( Dashwini a/p Selvam) ( Norliza binti Idris)
Ketua Program Gotong Royong Guru Besar SK Tengku
Bendahara Perdana, SK TBA(1). Azman
(1).

Lampiran.

You might also like