You are on page 1of 28

PENGETAHUAN KEPIMPINAN, KEMAHIRAN PENGURUSAN, DAN

SIKAP KETUA PANITIA SAINS DI SEKOLAH KEBANGSAAN

SHAFILA BINTI JUMAAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


PSZ 19:16(Pin.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS’


JUDUL: PENGETAHUAN KEPIMPINAN, KEMAHIRAN PENGURUSAN
DAN SIKAP KETUA PANITIA SAINS DI SEKOLAH
KEBANGSAAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya SHAFILA BINTI JUMAAT No. Matriks BP060108

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di


Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti
berikut:

1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( / )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan


SULIT atau kepentingan Melaysia seperti termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan


oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:
14, Lorong Aman, DR HJ MOHD ANUAR BIN HJ ABDUL RAHMAN
Batu 40, Api-Api,
82000 Pontian. Nama Penyelia

Tarikh: 7 NOVEMBER 2008 Tarikh: 7 NOVEMBER 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan meyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
’ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah atau Sarjana secara
penyelidikan, atau
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pendidikan”

Tandatangan : ……………………………………..
Nama Penyelia 1 : DR. HJ. MOHD. ANUAR BIN ABDUL RAHMAN
Tarikh : 7 NOVEMBER 2008
PENGETAHUAN KEPIMPINAN, KEMAHIRAN PENGURUSAN, DAN
SIKAP KETUA PANITIA SAINS DI SEKOLAH KEBANGSAAN

SHAFILA BINTI JUMAAT

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat


penganugerahaan Ijazah Sarjana Muda
(Pengurusan Pendidikan)

Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NOVEMBER 2008
ii

PENGAKUAN

”Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ……………………………………..
Nama Penulis : SHAFILA BINTI JUMAAT
Tarikh : 7 NOVEMBER 2008
iii

DEDIKASI

Istimewa untuk yang tersayang;

Suamiku,
Haji Ishak B. Md. Amin

Anak-anakku,
Aina Nazihah dan Abass Alfan
’Amirah
Muhammad Faiez
Amirul Hanif
Ammar Syahid

Yang sentiasa memahami, mendoakan, memberi dorongan dan inspirasi sepanjang


pengajian ini.

Juga tidak lupa kesyukuran ku panjatkan kepada Allah yang Maha Kuasa yang
sentiasa memberi kekuatan untuk ku mengharungi segala rintangan dalam
menyiapkan projek ini.

’Terima Kasih’
iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini. Selawat dan salam buat junjungan besar
Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat dikasihi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada


penasihat penyelidikan, DR. Hj. Mohd. Anuar bin Abdul Rahman yang tanpa jemu
menghulurkan bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang proses menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui betapa saya amat
menghargainya, dan moga Allah membalas jasa-jasanya .

Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat
Pelajaran Daerah Pontian, rakan-rakan Guru Besar dan guru-guru dari sekolah-sekolah
rendah di Zon Pekan Nanas yang terlibat secara langsung dalam penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas buat suami tercinta, anak-anakku, ayah ibu
tercinta yang telah memberi dorongan, sokongan, perhatian dan mendoakan kejayaan
ini. Tidak lupa kepada para pensyarah, rakan-rakan guru di Sekolah Kebangsaan Sungai
Bunyi, Pontian serta rakan seperjuangan sekelian.

Sekian. Wassalam
v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat pengetahuan kepimpinan,


kemahiran pengurusan, dan sikap ketua panitia sains dalam melaksanakan
tugasnya. Seramai 49 orang guru yang terdiri daripada sebelas orang Guru
Penolong Kanan 1 dan 38 orang guru mata pelajaran Sains di sebelas buah
sekolah Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian telah dijadikan
responden kajian. Kajian ini menggunakan soal selidik yang dibina berdasarkan
kepada Hellinger(1987) bagi melihat pengetahuan kepimpinan.; Plunket and
Arthur(1994) bagi melihat kemahiran pengurusan dan Gardner(1985 ) bagi
melihat sikap. Satu kajian rintis telah dilakukan kepada 16 orang guru di
Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar (2), Pontian bagi melihat
kebolehpercayaan item. Nilai alpha bagi pengetahuan kepimpinan(0.9097);
kemahiran merancang(0.6319), kemahiran mengelola(0.6284), kemahiran
memimpin(0.8271), kemahiran mengawal(0.8565) dan sikap(0.8087). Data-data
yang diperoleh diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social
Science(SPSS versi 13.0). Hasil kajian menunjukkan, pengetahuan
kepimpinan Ketua Panitia Sains adalah paling tinggi, diikuti kemahiran
merancang, kemahiran mengelola, kemahiran memimpin dan kemahiran
mengawal. Manakala sikap terhadap tugas berada pada tahap tinggi.
Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan.
vi

ABSTRACT

The descriptive research aims to investigate the leadership knowledge,


skills of management and the attitude of heads of Science panels in the zone of
Pekan Nanas, Pontian. The respondents of this study consist of 49 teachers
including 11 First Senior Assistant and 38 Science teachers from eleven primary
schools in the zone of Pekan Nanas. The study is based on eleven functions in
curriculum and leadership as listed by Hellinger and Murphy(1987); Skills of
management by Plunkett dan Attner (1994); and attitude by Gardner(1985). The
alpha cronbach coeffient reliability for the questionnaires obtained from the pilot
study were; leadership knowledge(0.9097), skills on planning(0.6319), skills on
organising(0.6284), skills on leading (0.8271), skills on controlling(0.8565) and
level of attitude(0.8087). The data was analysed using the Statistical Package
for Social Science(SPSS version 13.0). Researh findings demonstrated that the
level of leadership knowledge of heads of Science Panels is the highest,
followed by skills on planning, skills on organizing, skills on leading, and skills on
controlling. Meanwhile, the level of attitude is high. Based on findings, several
action plans have been suggested.
vii

KANDUNGAN

PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN xi

BAB PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan kajian 6
1.6 Rasional kajian 7
1.7 Kepentingan kajian 7
1.8 Skop dan batasan kajian 8
1.9 Definisi istilah 9
1.10 Penutup 13
viii

2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Penulisan tentang Panitia Mata Pelajaran 14
2.3 Pengetahuan Kepimpinan 20
2.4 Kemahiran Pengurusan 23
2.5 Sikap terhadap Tugas 26
2.6 Penutup 28

3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 29
3.2 Reka bentuk kajian 29
3.3 Tempat, populasi dan persampelan 30
3.4 Instrumen Kajian 31
3.5 Kajian Rintis 33
3.6 Analisis data 34
3.7 Penutup 34

4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 35
4.2 Latar belakang responden 35
4.3 Analisis berdasarkan persoalan kajian 39
4.4 Sikap terhadap tugas 48
4.5 Kesimpulan 50
ix

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN


5.1 Pengenalan 53
5.2 Rumusan 53
5.3 Perbincangan 55
5.4 Cadangan Kajian 65
5.5 Kesimpulan 68

RUJUKAN 69
LAMPIRAN 72
x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pemilihan Responden Kajian 31


3.2 Pembinaan Item Soal Selidik 33
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus 36
Responden Mengikut Jantina
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus 36
Respondan Mengikut Pengalaman
Mengajar
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus 37
Respondan Mengikut Kelayakan
Kelulusan
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus 37
Respondan Mengikut Kategori Guru
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratus 38
Respondan Mengikut Tempoh
Berkhidmat
4.6 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min 39
Respondan Mengikut Aspek
Pengetahuan Kepimpinan
xi

4.10 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min 46


Respondan Mengikut Kemahiran
Memimpin
4.11 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min 47
Respondan Mengikut Kemahiran
Mengawal
4.12 Taburan Kekerapan, Peratus dan Min 48
Respondan Mengikut Sikap
4.13 Tahap Penerimaan Respondan 51
xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada


Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan

B Surat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada


Jabatan Pelajaran Johor.

C Analisis Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

D Contoh Instrumen Kajian(soal selidik)


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Panitia sains di sekolah rendah dianggap sebagai sebuah panitia yang penting dan
selalu menjadi perhatian khas pihak pentadbir. Selain daripada menjadi satu mata
pelajaran teras, ia juga sering dianggap sebagai mata pelajaran kritikal sama ada oleh
pihak ibu bapa mahu pun guru. Satu daripada sebabnya ialah, bukan semua guru yang
boleh mengajar mata pelajaran ini. Guru yang mengajar perlulah guru yang terlatih
dalam bidang ini kerana kemahiran yang khusus dan istimewa diperlukan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Wildy dan Wallace (1995) berpendapat guru sains yang
berkesan, akan mengajar bagi menghasilkan kefahaman yang mantap dan mendalam.
Mereka menggunakan pendapat dan idea pelajar, menyediakan pengalaman
pembelajaran, bagi membolehkan pelajar menguji dan mencabar idea-idea awal bagi
menghasilkan kefahaman yang lebih mendalam.

Dalam hal ini, ramai ibu bapa yang mengakui tidak pandai membimbing anak
mereka dalam mata pelajaran sains, walau pun mereka mempunyai kelulusan yang
tinggi. Dengan itu, mereka menaruh harapan yang amat tinggi agar pengurusan mata
pelajaran ini dapat dilaksana dengan sebaik mungkin. Dengan ini, ketua panitia sains
nampaknya mempunyai tanggung jawab yang berat untuk mengurus panitianya dengan
berkesan; selain menjadi guru yang dapat mengajar mata pelajaran sains dengan baik,
2

beliau juga diharap dapat mengurus panitia dengan baik. Handy dan Aitken (1986)
menyatakan, anggapan yang dibuat dalam struktur peningkatan sekolah adalah guru
terbaik dapat menjadi pengurus terbaik. Menurut C.Wilkinson dan E.Cave (1987) pula,
walaupun mengajar dan mengurus tidak dapat dipisahkan, tetapi ia tidak pula semestinya
tidak boleh dibezakan kegiatannya. Kegiatan mengajar yang baik, disokong oleh
pengurusan yang baik akan menghasilkan pembelajaran murid yang berkesan.

Sebagai pemimpin, Ketua Panitia Mata Pelajaran perlu memahami matlamat


kepimpinan itu sendiri, di mana mereka dapat mengenali, memahami dan melaksanakan
tanggungjawab mereka sebagai pengurus dan pemimpin kurikulum di sekolah dengan
lebih berkesan. Mereka juga perlu memahami bahawa kepimpinan merupakan satu
proses mempengaruhi tingkah laku seseorang untuk menggalakkan mereka bekerja ke
arah pencapaian matlamat organisasi ditetapkan. (Pusat Perkembangan Kurikulum,
KPM. 2001).

Pengetahuan kepimpinan dan kemahiran mengurus amat penting dan perlu


dimiliki oleh seorang ketua panitia bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggung
jawabnya mengikut skop bidang tugasnya dengan berkesan. Kejayaannya sebagai
seorang pemimpin dalam panitia bergantung kepada bagaimana dia menggunakan
pengetahuan kepimpinan dan kemahiran mengurus dengan sebaik-baiknya. J.P. Kotter
(1990), dalam bukunya”bA Force for Change: How Leadership Differs from
Management”, (m.s:7-8) telah merumuskan bahawa seorang pemimpin organisasi
hendaklah secara seimbang menjadikan dirinya seorang pengurus dan pemimpin. Kotter
selanjutnya merumuskan bahawa untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi
hendaklah memiliki kemahiran mengurus dan juga memimpin.

Ketua panitia sebagai pengurus pertengahan terlibat dalam setiap peringkat tugas
iaitu sebagai guru, pemimpin pasukan dan ahli pasukan. Pengurusan pendidikan adalah
melaksanakan suatu perkara mengikut hala tuju bagi setiap institusi itu. (Duignan dan
MacPherson, 1992)
3

1.2 Latar belakang Masalah

Pendidikan Sains di sekolah rendah dan menengah merupakan asas bagi


menyediakan sumber tenaga manusia ke arah merealisasikan wawasan 2020. Pelbagai
program diusahakan sebagai pengisian dalam pelaksanaan pendidikan sains, demi
menyedari kepentingan dan peranan pendidikan Sains dalam kemajuan negara.

Oleh itu, diharapkan guru dapat menyampaikan isi kandungan pelajaran sains
dan pelajar dapat menerimanya serta mengemukakan semula sebagai fakta atau
maklumat dalam jawapan ujian yang diberi. Proses pengajaran dan pembelajaran ini
belum dapat menjamin pelajar berkenaan menguasai kemahiran sains yang boleh
diperkembangkan dan diaplikasikan dalam suasana menyelesaikan sesuatu masalah yang
berkaitan.

Namun begitu, dalam mesyuarat di peringkat Jabatan Pelajaran Johor, para Guru
Besar diperingatkan supaya sering membuat pemantauan proses pengajaran dan
pembelajaran bagi Mata Pelajaran Sains. Ini kerana, hasil pemantauan pihak Jabatan
Pelajaran Johor ke sekolah-sekolah mendapati, proses pengajaran dan pembelajaran
sains di sekolah tidak memuaskan. Panitia Sains tidak menitik beratkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya diajar kepada murid. Penggunaan
makmal dalam melaksanakan proses ujikaji juga sering diabaikan. Guru Besar sebagai
pemimpin sekolah yang bertanggung jawab penuh di atas kejayaan mahupun kegagalan
sekolah, dikehendakki memantau ketua panitia sains sebagai pengurus dan pemimpin
agar pelaksanaan mata pelajaran sains di sekolah berjalan seperti yang sepatutnya. Ini
sebagaimana yang dinyatakan oleh Galtner(1981) Sweeney(1982), “Sekolah berkesan
ada kaitannya dengan pengetua sekolah sebagai ahli falsafah, model pendidikan,
penyokong pendidikan, dan memupuk budaya inovasi di sekolah.

Tambahan pula, usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan mata pelajaran


Sains di kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah adalah wajar memandangkan
mereka telah mendapat peruntukan yang mencukupi untuk meningkatkan keberkesanan
4

proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan kemahiran saintifik dan isi kandungan
pelajaran Sains dihubungkait dengan pelbagai faktor seperti faktor pelajar, guru dan
persekitaran. Salah satu objektif utama pembelajaran sains adalah penguasaan
kemahiran proses sains. Kegagalan para guru sains memahami konsep kemahiran
proses sains akan mengakibatkan kegagalan penerapannya dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sains. Ini seterusnya akan mengecewakan pencapaian objektif dan
kehendak kurikulum sains KBSR.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila kerajaan melancarkan Program


Pengajaran Sains dan Matematiks dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) mulai tahun 1993.
Selain faktor kelemahan pengurusan panitia sedia ada, ia ditambah pula dengan
persoalan bahasa. Keadaan ini benar-benar memerlukan kepimpinan Ketua Panitia Sains
yang berupaya merancang, melaksana, memimpin dan mengawal organisasi panitianya
dengan baik dan berkesan. Cabaran yang begitu besar bagi seorang ketua panitia Sains
diperingkat sekolah perlu ditangani dengan bijaksana dan kekuatan secara kolaboratif di
sekolah masing-masing. Apabila Sains diajar dalam bahasa kedua, terdapat hubungan
erat antara peranan bahasa dan fungsi kognitif. Bahasa yang bergantung kepada kognitif
dikenalpasti memberi kesukaran pada pengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,
Cummins, 1980. Selain daripada kurang kebiasaan menggunakan Bahasa Inggeris,
pelajar yang belajar sains dalam Bahasa Inggeris menghadapi kesukaran kerana struktur,
gaya bahasa dan corak persembahan bahasa saintifik adalah berbeza dengan bahasa
Inggeris yang dipelajari (Zurida Ismail et al.2007).

1.3 Pernyataan masalah

Dalam usaha menjalankan tugas pentadbiran sebagai pemimpin sesuatu


organisasi, seorang ketua panitia mata pelajaran perlulah memahami bidang tugasan
serta memiliki kemahiran tertentu, terutama sekali yang berkaitan dengan kemahiran
memimpin dan mengurus. Ini akan menjayakan pelaksanaan setiap tugasnya, Ahmad ,
5

(1989). Oleh yang demikian, adalah menjadi amat wajar bagi Ketua Panitia yang
menjadi pemimpin kurikulum dan pengajaran, mempunyai kepakaran serta pengetahuan
yang mendalam, dalam setiap aspek tugas yang ditentukan dan yang perlu dilaksanakan
berdasarkan Panduan Senarai Tugas yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia yang diperincikan kepada tujuh aspek tugas utama(Salmiyah,1995). Dalam
mesyuarat Kurikulum Peringkat Zon Pekan Nanas, Pontian, pencapaian murid dalam
Mata Pelajaran Sains sering menjadi perbincangan. Guru-guru besar jelas menunjukkan
kebimbangan terhadap pencapaian murid yang amat sederhana. Tambahan lagi, tidak
ada Guru Cemerlang Mata Pelajaran Sains sama ada peringkat Zon mahu pun di
Peringkat Daerah untuk dijadikan rujukan.

Pada tahun ini pula, Daerah Pontian telah mengalami kekurangan Guru Sains
seramai lima orang kerana perpindahan keluar Daerah. Rungutan daripada beberapa
orang guru besar bahawa Ketua Panitia Sains di sekolah masing-masing tidak
mempunyai pengalaman memimpin kerana masih muda dan baru berkhidmat.

Oleh itu, keupayaan yang dimiliki oleh seorang ketua panitia sains yang
ditempatkan di sesebuah sekolah, dari segi pengetahuan kepimpinan dan kemahiran
mengurus masih menjadi persoalan. Peranan mereka amat penting kerana bidang
tersebutlah yang akan menentukan kualiti dan pencapaian sistem pendidikan secara
menyeluruh. Sikap ketua panitia sains terhadap tugasnya juga akan menentukan bentuk
tindakannya sama ada berbentuk positif atau negatif.

Berdasarkan pernyataan masalah di atas, kajian ini bertujuan mengenal pasti


tahap pengetahuan kepimpinan, kemahiran mengurus dan sikap ketua panitia Sains Zon
Pekan Nanas dalam menjalankan tugas dan tanggung jawabnya.
6

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk:

i) Mengenalpasti tahap pengetahuan kepimpinan Ketua Panitia Sains sekolah-sekolah


Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian, dalam melaksanakan tugas dan peranan
mereka sebagai pemimpin kurikulum.

ii) mengenalpasti tahap kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh Ketua Panitia Sains
Sekolah-sekolah Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian dalam pengurusan
panitianya..

iii) mengenalpasti sikap Ketua Panitia Sains dalam menjalankan tugas dan tanggung
jawabnya .

1.5 Persoalan Kajian

i) Apakah tahap pengetahuan kepimpinan Ketua Panitia Sains sekolah-sekolah


Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian, dalam melaksanakan tugas dan peranan
mereka sebagai pemimpin kurikulum?

ii) Apakah tahap kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh Ketua Panitia Sains sekolah-
sekolah Kebangsaan Zon Pekan Nanas, Daerah Pontian dalam pengurusan panitianya?

iii) Apakah sikap Ketua Panitia Sains dalam menjalankan tugasnya dan tanggung
jawabnya sebagai pemimpin kurikulum?
7

1.6 Rasional Kajian

Kajian ini dijalankan kerana tidak banyak kajian terdahulu yang dijalankan
khusus tentang keberkesanan Ketua Panitia Sains Peringkat Sekolah Rendah,
terutamanya di Daerah Pontian.

Oleh kerana mata pelajaran sains sudah menjadi semakin penting dalam zaman
globalisasi ini, ilmu dan kemahiran yang diperoleh diperingkat sekolah rendah menjadi
asas utama untuk mereka menyambung pembelajaran mereka di sekolah menengah.
Olehsebab itu, pendidikan sekolah rendah perlu membina asas yang kuat agar pelajar
bersedia untuk menghadapi cabaran mata pelajaran ini yang lebih besar lagi apabila
berada di sekolah. menengah. Peranan Ketua panitia amat penting bagi memastikan
matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia tercapai.

Keperluan untuk melihat tahap pengetahuan kepimpinan, kemahiran mengurus


dan sikap ketua panitia sains amat penting untuk memberi maklum balas kepada
pengurusan panitia peringkat zon, Daerah Pontian dan negeri Johor agar dapat dibuat
tindakan yang sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan panitia sains secara
menyeluruh.

Kajian ini diharapkan dapat membantu usaha penyediaan dan perancangan


program-program peningkatan yang berkaitan untuk masa akan datang.

1.7 Kepentingan Kajian


Kajian ini penting kepada sebahagian besar organisasi pendidikan, yang bermula
daripada peringkat tertinggi, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia hingga ke peringkat
sekolah.
8

Dapatan kajian ini dapat membantu pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat
pelajaran Daerah yang ingin merancang kursus-kursus pendek yang sesuai untuk guru-
guru sains sekolah rendah. Bagi pihak Kementerian Pendidikan pula khususnya Pusat
Perkembangan Kurikulum, pelbagai latihan dan modul boleh dirancang untuk membantu
guru-guru sains memperolehi pengetahuan kemahiran proses sains yang lebih mantap
dan matang. Diharapkan, guru-guru ini nanti dapat menjadi pemimpin dalam
pengurusan panitia di sekolah masing-masing.

Dapatan kajian akan membantu semua Guru Besar Zon Pekan Nanas untuk
menyemak kembali kaedah perlantikan yang digunakan bagi melantik Ketua Panitia di
sekolah masing-masing supaya guru yang terbaik dari segi pengetahuan kepimpinan,
kemahiran mengurus dan sikap yang positif akan memimpin panitia masing-masing.

Selain itu pihak pentadbir sekolah dapat memberi latihan dan program
pembangunan profesional yang sesuai untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan
membentuk sikap yang betul sebagai pemimpin kurikulum.

Dapatan kajian juga akan membantu semua Guru Besar Zon Pekan Nanas untuk
mengenalpasti tahap Ketua Panitia yang sedia ada di sekolah masing-masing dari segi
pengetahuan kepimpinan, kemahiran mengurus dan sikap serta membuat rancangan
tindakan yang sesuai untuk menambahbaik pengurusan panitia masing-masing.

1.8 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini hanya melibatkan ketua panitia Sains di 11 buah sekolah di Zon
Pekan Nanas, Daerah Pontian, iaitu 6 buah sekolah gred A, 2 buah sekolah gred B, dan
3 buah sekolah Kurang Murid(SKM). Disebabkan hanya sebelas buah sekolah sahaja
yang terlibat, maka hasil kajian ini tidak boleh memberi gambaran keseluruhan populasi
Ketua Panitia Sains seluruh negeri Johor.
9

Sebagai pemimpin pertengahan, Ketua Panitia Sains bertanggungjawab kepada


Guru-guru Penolong Kanan, Guru Besar dan pihak pengurusan atasan, serta guru-guru
mata pelajaran Sains di sekolahnya. Oleh kerana Guru Penolong Kanan 1 adalah pihak
pentadbir yang paling hampir dan banyak berusan dengannya, maka soal-selidik hanya
melibatkan guru-guru mata pelajaran Sains dan Guru Penolong Kanan 1 sahaja sebagai
responden.

Oleh sebab kajian ini ditumpukan kepada Ketua Panitia Sains sahaja, maka
dapatan-dapatan kajian ini hanya boleh dianggap benar untuk kumpulan ketua panitia
sains di Zon Pekan Nanas sahaja.

Kesahan dapatan kajian ini bergantung kepada tahap pemahaman serta


keikhlasan Guru Penolong Kanan 1 dan guru-guru mata pelajaran Sains yang dilibatkan
sama semasa menjawab soal selidik.

1.9 Definisi Kajian

1.9.1 Ketua Panitia Mata Pelajaran

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 menyatakan, “Panitia mata pelajaran


adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar
mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. Sekolah-sekolah kecil yang
bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuh pelbagai panitia
mata pelajaran.

Dalam kajian ini, Ketua Panitia dilihat sebagai orang tengah di antara
pihak pentadbir dan guru-guru mata pelajaran Sains. Kedudukan mereka sebagai
pemimpin pertengahan dianggap penting bagi memastikan pengurusan
kurikulum bagi mata pelajaran ini diurus dengan begitu baik serta menepati
10

landasan yang betul sebagaimana yang telah di tetapkan oleh Ketua Panitia Sains
Zon Pekan Nanas, Pontian.

1.9.2 Pemimpin Kurikulum

Pemimpin kurikulum yang dimaksudkan dalam kajian ini bermaksud


sesaorang Ketua Panitia yang dilantik oleh pihak sekolah dan dapat menguasai
kemahiran mengurus dan memimpin bidang tugas yang terlibat yang akan
membantu pembangunan pendidikan serta kemajuan murid dalam mata pelajaran
Sains. Dalam konteks pendidikan, kurikulum dijelmakan sebagai laluan dari satu
peringkat ke satu peringkat. Klibard (1982) menyatakan kurikulum sebagai
jurusan pengajian yang diikuti di sekolah. Terdapat berbagai-bagai tafsiran
kurikulum. Mohamad Daud Hamzah (1993) mengklasifikasikan pengertian
kurikulum berdasarkan perkara-perkara usaha, rancangan, objektif, isi mata
pelajaran, pembinaan insan dan unsur-unsur kebudayaan.

1.9.3 Pengajaran Sains

Pengajaran pembelajaran sains meliputi kaedah-kaedah pengajaran sains


seperti eksperimen, demonstrasi, inkuiri-penemuan, kajian lapangan,
perbincangan, simulasi dan percambahan fikiran. Pengajaran pembelajaran
sains dalam kajian ini melibatkan pelbagai aktiviti amali yang dijalankan dalam
makmal supaya pelajar-pelajar dapat memahami prinsip dan konsep sains dengan
lebih jelas dan mudah.(Zurida et.al,2007)

Dalam konteks kajian ini, pengajaran sains ditumpukan kepada


pengajaran sains yang berlangsung di sekolah rendah. Mulai tahun 2003, mata
11

pelajaran Sains telah diajar di Sekolah Rendah meliputi murid Tahun Satu hingga
Tahun Enam dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

1.9.4 Sekolah Kebangsaan

Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah yang menggunakan Bahasa


Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, bagi tujuan kajian ini, sekolah
kebangasaan merujuk kepada sekolah-sekolah kebangsaan yang berada dalam
Zon Pekan Nanas, Pontian, Johor.

1.9.5 Pengetahuan Kepimpinan


Pengetahuan Kepimpinan ialah ilmu yang diperlukan untuk menjadi
Ketua Panitia Sains. Dalam kajian ini ia merujuk kepada pengetahuan sesaorang
ketua panitia sains dalam fungsi kepimpinan sebagaimana yang dirumuskan oleh
Hallinger dan Murphy(1987) iaitu :penentuan matlamat sekolah, penyebaran
matlamat-matlamat sekolah, pencerapan dan penilaian pengajaran, penyelarasan
kurikulum, pengawasan kemajuan pelajar, penjagaan masa pengajaran guru,
sokongan dalam aktiviti-aktiviti pengajaran, pengukuhan usaha guru,
penggalakan perkembangan professional, penguatkuasaan dasar akademik
pelajar dan, pemberian insentif untuk pembelajaran.

1.9.6 Kemahiran Mengurus

Kotter (1988) mendefinisikan pengurusan sebagai pelaksanaan tugas-


tugas yang berhubung dengan kawalan dan peraturan seperti perancangan,
pengawalan, dan pentadbiran. Kemahiran mengurus dalam kajian ini merujuk
kepada kemampuan ketua panitia sains dalam proses perancangan, pengelolaan,
12

pemimpinan dan kawalan, seperti yang dinyatakan oleh Plunkett dan Attner
(1994).

1.9.7 Sikap

Sikap didefinisikan sebagai penilaian positif atau negatif terhadap sesuatu


objek. Objek termasuk manusia, benda, kejadian, dan isu. Apabila sesaorang
menggunakan perkataan seperti suka, tidak suka, sayang, benci, baik dan buruk,
mereka sebenarnya menterjemahkan sikap mereka terhadap sesuatu. (Stephan L.
Franzoi, 2006)

Sikap merupakan faktor untuk mewujudkan gerakbalas seseorang


terhadap sesuatu objek. Sikap juga didorong oleh minat seseorang individu itu
terhadap objek atau pendapat. Jika darjah minat itu tinggi ia dikategorikan sikap
atau minat positif begitu jugalah sebaliknya. Dalam kajian ini sikap secara
spesifiknya merujuk kepada sikap ketua Panitia Sains dalam menjalankan tugas
dan tanggung jawabnya .

Berdasarkan senarai tugas seorang ketua panitia, mereka bertanggung


jawab kepada Guru Besar dan stake–holder, kepada panitia sekolahnya, kepada
rakan sejawatnya dan kepada profesion keguruannya. Sikap ketua panitia
terhadap tugasnya yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah: Sikap terhadap
Guru Besar dan stake-holders, sikap terhadap panitia, sikap terhadap rakan
sejawat, dan sikap terhadap profesion keguruan.
13

1.10 Penutup

Sebagai pemimpin dalam sesebuah organisasi pendidikan, ketua panitia


bertanggung jawab membawa kemajuan pembelajaran di kalangan murid-
muridnya. Keberkesanan mereka melaksanakan tugas penting ini akan memberi
impak secara langsung kepada kemajuan murid-murid. Selain melaksakan tugas
sebagai guru mata pelajaran, ketua panitia juga merupakan wakil kepada guru
besar untuk menjalankan peranan sebagai pemimpin kurikulum yang akan
menentukan kemajuan pendidikan sesebuah sekolah. Sebagai orang tengah,
mereka perlu menjadi penghubung yang berkesan di antara pihak pentadbiran
dan guru-guru mata pelajaran. Peranan mereka dilihat sebagai orang yang perlu
bijak menggunakan komunikasi kepada kedua-dua pihak tersebut. Melalui
kajian ini, akan dapat mengenal pasti tahap pengetahuan kepimpinan, kemahiran
mengurus dan sikap ketua panitia sains melaksanakan tugas, tanggung jawab dan
peranan mereka.

You might also like