You are on page 1of 1

SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS SPM

SMK. BENONI PAPAR TAHUN 2019

1. Mengendalikan taklimat kepada calon semasa perhimpunan pagi.

2. Mengenal pasti pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk mengikuti


peperiksaan yang diduduki bagi setiap sesi.
3. Menghubungi pihak pentadbir berkaitan ketidakhadiran pelajar untuk
tindakan lanjut.
4. Membawa kunci dan membuka bilik pengetua untuk membantu
petugas peperiksaan menyimpan Bahan Sulit Peperiksaan.
5. Mengiringi petugas peperiksaan menyimpan dan mengambil Bahan
Sulit Peperiksaan (Soalan Sidang Tiga) ke bilik pengetua dalam almari
besi berkunci.
6. Mempastikan calon bergerak ke bilik peperiksaan 15 minit sebelum
bermulanya satu-satu sesi peperiksaan.
7. Menjadi saksi dan penanda tangan terhadap keakuran pengendalian
Bahan Sulit Peperiksaan oleh petugas peperiksaan.
8. Membantu guru bertugas mingguan mengendalikan pembahagian
makanan kepada calon bagi tujuh subjek teras (Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral)
9. Melengkapkan laporan dalam Buku Rekod Guru Bertugas.

10. Merekodkan pergerakan kunci bilik pengetua setiap kali digunakan


untuk menyimpan dan mengambil Bahan Sulit Peperiksaan.

You might also like