You are on page 1of 9

NOTA: BAB 4 STANDARD PEMBELAJARAN: PEMBIAKAN TUMBUHAN

STRUKTUR DAN FUNGSI BAHAGIAN BUNGA

1. Bunga merupakan organ pembiakan tumbuhan.


2. Bunga menghasilkan gamet jantan dan betina bagi pembiakan seks. Ia juga menghasilkan biji
benih yang tumbuh menjadi pokok baharu.
3. Bunga dibahagikan kepada dua jenis iaitu biseks dan uniseks.

BUNGA BISEKS BUNGA UNISEKS


Mempunyai kedua-dua bahagian
Hanya mengandungi stamen atau pistil
pembiakan jantan (stamen) dan betina
sahaja dalam satu bunga.
(pistil) dalam bunga yang sama.
Terdapat pada kebanyakan tumbuhan
Pokok betik, pokok jagung.
berbunga.

4. Rajah di bawah menunjukkan bahagian bunga.

stamen

pistil

(Debunga mempunyai pelbagai bentuk)

1 Halaman

5. Stamen ialah bahagian pembiakan jantan bunga dan terdiri daripada filament dan anter.
6. Rajah di bawah menunjukkan struktur debunga.

Disediakan oleh Puan Zuliza


NOTA: BAB 4 STANDARD PEMBELAJARAN: PEMBIAKAN TUMBUHAN

Sitoplasma tiub

Nukleus tiub
Dinding luar
Dinding dalam

Nukleus penjana

Liang

Struktur debunga
7. Pistil ialah organ pembiakan betina bagi bunga yang terdiri daripada stigma, still, ovari dan
ovul.
ovul

stigma

still

Dinding ovari
ovari

Pistil bunga

Proses Pendebungaan

1. Pembiakan seks tumbuhan melibatkan pendebungaan dan persenyawaan.


2. Pendebungaan ialah proses pemindahan debunga matang dari anter ke permukaan stigma
yang melekit.
3. Apabila anter bunga telah matang, ia akan pecah dan mendedahkan debunganya.
4. Tumbuhan memerlukan agen untuk membantu memindahkan debunganya.
5. Agen pendebungaan ialah medium (air dan angin) atau organisma (serangga dan haiwan).

Perbezaan ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh haiwan dan angin

Ciri bunga yang didebungakan oleh serangga Ciri bunga yang didebungakan oleh angin
atau haiwan
 Butir debunga melekat pada paruh burung,  Butir debunga ditiup angin.
badan atau kaki haiwan.  Bunga adalah kecil, tidak berwarna cerah,
 Bunga adalah besar, berwarna dan berbau tidak berbau dan mempunyai tangkai yang
harum dengan tangkai pendek. panjang.
2
Halaman

Disediakan oleh Puan Zuliza


NOTA: BAB 4 STANDARD PEMBELAJARAN: PEMBIAKAN TUMBUHAN

Menghasilkan nektar(madu). Tidak menghasilkan nektar(madu).


Anter dan stigma terlindung dalam bunga. Anter dan stigma tergantung di luar bunga.
Mempunyai filamen yang panjang dan anter
Mempunyai filamen yang pendek dan anter
yang besar tergantung diluar bunga dan
yang kecil.
terdedah kepada angina.
Mempunyai stil yang panjang dan stigma
Mempunyai stil yang pendek dan stigma yang
berbulu untuk memerangkap debunga yang
melekit.
ditiup oleh angin.
Menghasilkan debunga yang besar, melekit dan
Menghasilkan kuantiti debunga yang banyak,
mempunyai permukaan kasar dalam kuantiti
bersaiz kecil, ringan dan licin.
yang kecil.

Jenis Pendebungaan

1. Terdapat dua jenis pendebungaan iaitu pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk.
2. Pendebungaan sendiri berlaku apabila debunga dari stamen jatuh ke atas stigma sekuntum
bunga atau stigma bunga lain pada pokok yang sama.

3. Pendebungaan kacuk melibatkan dua bunga pada pokok lain tetapi daripada spesies yang
sama.

3
Halaman

Disediakan oleh Puan Zuliza


NOTA: BAB 4 STANDARD PEMBELAJARAN: PEMBIAKAN TUMBUHAN

4. Perbandingan antara pendebungaan sendiri dan pendebungaan kacuk.

 Pemindahan debunga ke
stigma
 Memerlukan agen
Pendebungaan pendebungaan Pendebungaan
sendiri  kacuk
persamaan

perbezaan

Melibatkan dua pokok yang berlainan tetapi


Melibatkan satu pokok sahaja
sama species.
Melibatkan satu atau dua kuntum bunga Melibatkan dua kumtum bunga daripada
daripada pokok yang sama. pokok yang berlainan.
Stamen dan stigma mesti matang pada masa Stamen dan stigma boleh matang pada masa
yang sama jika satu bunga terlibat. yang berlainan.

Apakah kelebihan pendebungaan kacuk?

1. Pendebungaan kacuk membolehkan gabungan bahan genetik dalam dua pokok berlainan
tetapi spesies yang sama.
2. Sekiranya kedua-dua pokok induk mempunyai ciri yang baik, pokok baharu yang terhasil juga
mewarisi ciri-ciri daripada kedua-dua induk tersebut.
3. Pendebungaan kacuk menghasilkan:
a) Tanaman yang mempunyai variety baharu.
b) Tanaman yang mempunyai daya tahan terhadap jangkitan penyakit dan serangga
perosak.
c) Tanaman yang mampu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang sentiasa
berubah.
d) Lebih banyak buah yang berkualiti baik.
e) Biji benih yang berkualiti tinggi.
4. Pekebun menjalankan pendebungaan berbantu sekiranya kekurangan agen pendebungaan
di kawasan kebun. Debunga dipindahkan ke stigma pokok lain menggunakan berus dan
forsep.
4
Halaman

Pendebungan berbantu

Disediakan oleh Puan Zuliza


NOTA: BAB 4 STANDARD PEMBELAJARAN: PEMBIAKAN TUMBUHAN

Aplikasi pendebungaan kacuk dalam pertanian

1. Di Malaysia, Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia dan Lembaga Minyak Kelapa
Sawit Malaysia (MPOB) bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan pendebungaan
kacuk untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian.
2. Hasil beberapa pendebungaan kacuk dalam pertanian adalah seperti berikut:
a) Kacukan dua spesies kelapa sawit, Dura dan Pisifera, menghasilkan spesies baharu Tenera
yang menghasilkan minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi.

Dura Pisifera
Kandungan minyak Kandungan minyak
rendah. Buah tidak tinggi. Buah
mudah gugur mudah gugur
sebelum matang. sebelum matang.

Tenera
Kandungan minyak
tinggi. Buah tidak
mudah gugur
sebelum matang.

b) Varieti baharu padi seperti MR103 dan MR106 menhasilkan beras berkualiti tinggi.
c) Varieti baharu jagung dipanggil masmadu menghasilkan jagung yang lebih besar dan manis.
d) Variety baharu betik disebut eksotika menghasilkan buah yang lebih manis, berbau harum
dan berwarna merah oren.

Betik (Eksotika)

Proses Persenyawaan Dalam Tumbuhan

1. Selepas pendebungaan, persenyawaan berlaku.


5

2. Apabila satu debunga jatuh pada permukaan melekit stigma, rembesan bergula merangsang
Halaman

percambahan debunga.

Disediakan oleh Puan Zuliza


NOTA: BAB 4 STANDARD PEMBELAJARAN: PEMBIAKAN TUMBUHAN

Nukleus penjana

Nukleus penjana
Tiub debunga
Nukleus tiub membahagi secara
Tiub
mitosis
debunga Dua nukleus jantan
Nukleus tiub
Nukleus tiub

Pertumbuhan tiub debunga semasa percambahan butir


debunga di stigma

Persenyawaan Dalam tumbuhan

Pembentukan biji benih dan buah pada tumbuhan.

1. Zigot menjalankan pembahagian sel dan berkembang menjadi embrio.


2. Embrio terdiri daripada plumul, radikal dan kotiledon.
3. Biji benih melindungi embrio manakala buah melindungi biji benih.
4. Biji benih bencambah menjadi pokok baharu pada keadaan yang sesuai.
6
Halaman

Disediakan oleh Puan Zuliza


NOTA: BAB 4 STANDARD PEMBELAJARAN: PEMBIAKAN TUMBUHAN

Proses pembentukan buah dan biji benih


Struktur bunga Struktur buah
Ovul Biji benih
Ovari Buah
Dinding ovul Selepas Testa
Dinding ovari persenyawaan Dinding buah
Stigma, stil, sepal, ranggi,
Menjadi kering, layu dan gugur
stamen
Perubahan bahagian bunga selepas persenyawaan
Proses persenyawaan biji benih

1. Selepas persenyawaan, ovul menjadi biji benih.


2. Biji benih mengandungi bekalan makanan tersimpan di dalamnya. Ia adalah bahagian
tumbuhan yang tidak aktif.
3. Apabila biji benih jatuh ke atas tanah yang sesuai , ia akan bercambah data tumbuh menjadi
pokok baharu.

Struktur dan fungsi bahagian biji benih

1. Rajah di bawah menunjukkan struktur luar dan dalam kacang hijau(dikotiledon) dan biji
jagung(monokotiledon).
7
Halaman

Disediakan oleh Puan Zuliza


NOTA: BAB 4 STANDARD PEMBELAJARAN: PEMBIAKAN TUMBUHAN

2. Jadual di bawah menunjukkan struktur biji benih dan fungsinya.

BAHAGIAN STRUKTUR FUNGSI


Testa Melindungi biji benih dan embrio di dalamnya.
Kulit biji Hilum Tempat biji benih melekat pada buah.
benih Lubang kecil yang membenarkan air dan udara
Mikropil
memasuki biji benih.
Bahagian embrio yang berkembang menjadi pucuk
Plumul
pokok.
Radikal Bahagian embrio yang berkembang menjadi akar.
Menyimpan makanan seperti karbohidrat(kanji) untuk
Embrio Kotiledon membekalkan makanan kepada anak benih semasa
percambahan biji benih kotiledon.
Mengandungi makanan simpanan untuk dibekalkan
Endosperma kepada embrio semasa percambahan biji benih
monokotiledon.

Bagaimanakah biji benih bercambah?

Terdapat 2 jenis percambahan:

a) Percambahan epigeal – kotiledon tumbuh keluar dari tanah semasa percambahan.


b) Percambahan hipogeal – kotiledon berada dalam tanah sepanjang tempoh percambahan.

Daun hijau pertama

Kotiledon

Kotiledon

Kulit biji

Biji Benih Radikal

Akar

Percambahan Epigeal
8
Halaman

Disediakan oleh Puan Zuliza


NOTA: BAB 4 STANDARD PEMBELAJARAN: PEMBIAKAN TUMBUHAN

Daun hijau pertama

Daun hijau pertama

Biji Benih

Kotiledon

Radikal
Akar

Percambahan Hipogeal

Perubahan fizikal pada anak benih semasa percambahan

1. Percambahan ialah peringkat pertumbuhan biji benih, spora atau debunga.


2. Semasa percambahan biji benih,
a) Biji benih menyerap air dan udara melalui mikropil. Testa menjadi lembut,kotiledon
berkembang dan testa pecah.
b) Radikel tumbuh ke arah bawah dan ke dalam tanah untuk membentuk akar.
c) Plumul tumbuh ke atas melalui tanah untuk membentuk pucuk.
d) Kotiledon membekalkan makanan yang diperlukan untuk pertumbuhan radikel dan
plumul.
e) Kotiledon menjadi kecil apabila makanan yang disimpan digunakan dan akhirnya
gugur.
f) Biji benih mula menghasilkan makanan melalui fotosintesis apabila daun hijau
pertama tumbuh.

Apakah keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih?

1. Percambahan biji benih memerlukan:


a) Air – melembutkan testa, membenarkan resapan gas dan bertindak sebagai medium
untuk tindak balas enzim.
b) Udara – mengandungi oksigen untuk respirasi sel. Respirasi sel menghasilkan tenaga
untuk percambahan dan pertumbuhan biji benih.
c) Suhu yang sesuai lazimnya 30 oC hingga 35oC – memastikan keadaan yang sesuai
untuk tindakan enzim.
9
Halaman

Disediakan oleh Puan Zuliza

You might also like