You are on page 1of 1

Saya cukup kagum dengan team "spoke person" KKM ini. Setiap ptg jam 5.

00 tanpa gagal mereka keluarkan


statement.

Dibantu 3 org di kiri dan kanan, iaitu Datuk Dr. Rohaizat Hj Yon, Dr Hishamsham dan Dr Norhayati, beliau sangat
tenang membacakan 'skrip' media release yang disediakan. Penulisan yang jelas, direct to point dan penuh dengan data-data
yg tepat.

Saya melihat beliau (Datuk Dr Noor Hisham Abdullah) mempunyai ciri ciri spokes person yang sangat meyakinkan;

1. Komited dan tahu setiap data yg dibentangkan


2. Sgt fasih berbahasa melayu dan english
3. Fasih menjawab semua soalan rakan media tanpa skrip. (Immediate respond). Ini paling bagus. 👍👍
4. Tenang dan sesekali memberikan senyuman
5. Sentiasa mengucapkan terima kasih kepada semua yg membantu KKM (appreciation).
6. Yg pasti beliau mempunyai team yg bagus. Tadi kelihatan ada soalan media mengenai lab-test dan korean antigen test kit
dan Dr Norhayati secara spontan terus menghulurkan data tersebut.

Data data yang ditunjukkan amat bagus bagi meyakinkan rakyat Malaysia.

Ia sgt membantu meredakan kegusaran warga Malaysia.

Saya kagum dengan mereka. Selepas ini, saya rasa Dr Noor Hisham boleh melatih semua Menteri, Chairman, MD, CEO
ataupun spokes person syarikat-syarikat, satu latihan mengendali media secara cemerlang dan tidak memberikan jawapan yg
tidak bijak. 😂🤣
Kami rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada KKM dan semoga kalian semua dilindungi Allah. 🤲

You might also like