You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB BIL 2/2020


SK ABANG AMIN, BINTANGOR, SARAWAK
BIL.2/2020

Tarikh : 03 Mac 2020


Masa : 1400 HINGGA 1600
Tempat : Rumah hijau

Kehadiran : 6/6
1. Ustaz Ab Karim Bin Abdul Rahman (Ketua Panitia Pendidikan Islam)
2. Ustaz Roshazlin Bin Abdullah (Ketua Panitia Bahasa Arab)
3. Ustazah Nurhanani Binti Amsin
4. Us Mohd Faiz Bin Abd Ramlan
5. Us Mohd Raffie Bin Abdullah
6. Us Hamzah Bin Mumin (Guru KAFA)

AGENDA MESYUARAT

1. Kata Aluan Ketua Panitia


2. MQSS Peringkat Daerah dan Bahagian
3. Laporan Program Minggu Panitia PAI & BA
4. Ujian Diagnostik Jawi Tahun 2
5. Ujian Pertengahan Penggal Pertama (AR1)
6. Program Back To Basic
7. Program Israk Mikraj
8. Penentuan Perbelanjaan PCG
9. Kelas KAFA
10. Ujian PAFA dan PLC
11. Hal-hal lain.
12. Ucapan Penangguhan.

1. Ucapan aluan Pengerusi


1.1. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah
1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli
Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam dalam mesyuarat kali ini.
1.3. Mengucapkan selamat datang bertugas kepada Ustazah Fatihah yang berpindah
masuk ke sekolah ini dari Bahagian Sibu.
1.4. Sekalung penghargaan tahniah keran berjaya menjalankan minggu Panitia Pendidikan
Islam dan Bahasa Arab baru-baru ini.

2. MQSS Peringkat Daerah dan Bahagian

2.1 MQSS Daerah Meradong.

Tarikh : 11 hingga 13 Mac 2020. Rabu – Jumaat

Tempat : Dewan Sk Bandar Bintangor

Masa : 2.00 hingga 5 petang.

Tema : Akidah Mampan Insan Cemerlang

2.2 MQSS Bahagian pada 24 hingga 26 Mac 2020 dan MQSS Negeria pada awal April di Kuching.

2.3 SK Abang Amin ditugaskan untuk Pentas tilawah al-Quran di pentas Utama.

Makluman semua ahli


3. Laporan Program Minggu Panitia PAI & BA
3.1 Berjaya dengan baik dengan mendapat banyak sambutan dari murid.
3.2 Diteruskan pada tahun hadapan kerana ianya menjadi program rutin setiap tahun.
3.3 Tahniah kepada semua termasuk guru kafa
3.4 Laporan penuh boleh rujuk hasil laporan yang telah dilapor oleh setiausaha program.

Makluman semua ahli


4. Ujian Diagnostik Jawi Tahun 2
4.1 Akan diadakan pada 09 Mac Bersama dengan Tarikh ujian pertengahan Penggal Tahap 2.
4.2 Guru Pendidikan Islam Tahun 2 hendaklah sediakan soalan dan menyemak serta
merumuskan dan nama murid yang layak untuk dimasukkan dalam Kem Cemerlang Jawi
hendajklah diserahkan kepada Panitia untuk tujuan rekod.

Tindakan : GPI Tahun 2

5. Ujian Pertengahan Penggal Pertama (AR1)


5.1 Akan diadakan pada 09 – 13 Mac 2020.
5.2 Guru Mata pelajaran Tahap 2 hendaklah menyediakan soalan untuk disemak oleh Ketua
Panitia dan Disahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran sebelum diperbanyakkan.
5.3 Salinan soft copy diserahkan kepada panitia untuk simpanan rekod.
5.4 Guru hendaklah mengisi markah murid dalam SAPS sebelum Tarikh tutup.
5.5 Markah ujian tersebut juga diserahkan kepada Panitia untuk simpanan rekod dan membuat
analisis.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran


6. Program Back To Basic
6.1 Merupakan Program anjuran PIBG untuk murid tahap 2.
6.2 Akan dilaksanakan pada Bulan Mac setelah mendapat Persetujuan Guru Besar dalam
Mesyuarat Exco PIBG nanti.
6.3 Menggalakkan murid untuk kembali menghayati perkara yang basic iaitu melakukan solat 5
kali sehari di rumah dan di sekolah.
6.4 Buku rekod pelaksanaannya akan disediakan oleh PIBG.
Makluman semua ahli

7. Program Israk Mikraj


7.1 Akan dilaksanakan selepas cuti pertengahan penggal
7.2 Ustazah Nur Fatihah hendaklah merancang program tersebut sebelum dilaksanakan nanti
7.3 Antara cadangan Aktiviti ialah ceramah untuk tahun 6 semasa PDP, kuiz israk mikraj untuk
tahap 2 dan mewarna untuk tahap 1.
Makluman dan tindakan Ustazah Nur Fatihah

8. Penentuan Perbelanjaan PCG


8.1 Peruntukan akan digunakan untuk membeli peralatan membina Alat bantu Mengajar seperti
kertas A4, alatan tulis (Marker), Plastik Liminet kertas mahjong dan perkara yang dipikirkan
perlu lagi
8.2 Akan cuba untuk digunakan untuk menanmpung hadiah program yang telah dijalankan jika
boleh digunakan untukl tujuan itu.
8.3 Setakat ini peruntukan PCG belum ada dan Jumlahnya belum diketahui.

Makluman semua ahli


9. Kelas KAFA
9.1 Berjalan baik setakat ini
9.2 Sebanyak 13 kelas semuanya.
9.3 Pdp kelas KAFA hendaklah menyeronokkan murid dan memberi impak yang baik untuk
mereka.
9.4 Kaedah menyalin teks Quran dan iqra kalau boleh dikurangkan dan mengurus masa
pengajaran untuk tujuan menerangkan dan menghurai mengenai tajuk dan menggalakkan
murid memberi idea sama serta banyakkan kerja berkumpulan bagi menarik minat murid.
9.5 Kehadiran guru dan murid adalah wajib, dan jika tidak dapat hadir hendaklah dimaklumkan
awal kepada penyelaras Kafa untuk penggantian kelas berkenaan.
9.6 Ketidak hadiran guru kerana sakit hendaklah bersurat dan mengemukakan bukti seperti surat
sakit.
Makluman Penyelaras KAFA

10. Ujian PAFA dan PLC


10.1 PLC akan dijalankan seperti jadual dan mungkin berubah mengiklut keadaan semasa
10.2 Penambahan juga untuk Ustazah Nur Fatihah akan dilibatkan sama.
10.3 Penilaian PAFA hendaklah dilakukan oleh guru Pendidikan kelas dan direkod dan
disemak oleh penyelaras PAFA ( Us Mohd Faiz).
10.4 Penyelaras menyediakan rekod untuk semua guru bagi tujuan penyelarasan.

Tindakan : Semua GPI

11. Hal-hal lain


11.1 Program bacaan Yaasin pada hari Jumaat diteruskan, kecuali terdapat
perubahan dari pihak sekolah.
11.2 Penangguhan penggunaan Surau sekolah akibat aktiviti membina bangunan
baharu.
11.3 Guru hendaklah merekod PBD dalam rekod Transit masing-masing untuk
memudahkan dan sebagai eviden nanti.
11.4 Program perkataan minggu ini di sudut Panitia akan diselenggara oleh guru Interim
dan merupakan satu projek mereka. Jadual akan disediakan.
11.5 Untuk pencatat minit mesyuarat Panitia PI dan BA akan digilir dengan
Setiausaha Panitia PI dan BA.

12. Ucapan Penangguhan

- Pengerusi mengucapakn terima kasih kepada semua dan Majlis disudahi dengan
Tasbih Kaffarah dan Surah Al- Asr

Mesyuarat tamat pada Jam 1605


Disediakan Oleh Disemak Oleh

……………………………… ………………………………
( MOHD FAIZ BIN ABD RAMLAN) ( ROSHAZLIN BIN ABDULLAH)
SETIAUSAHA KETUA PANITIA
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BAHASA ARAB
SK ABANG AMIN SK ABANG AMIN

Disahkan oleh

………………………………
(ABANG SAINI BIN ABANG HARON)
GURU BESAR
SK ABANG AMIN

You might also like