You are on page 1of 4

JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

SOALAN LAZIM (FAQ’S) MENGENAI URUSAN PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ DI


NEGERI PERAK SELARAS DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Apakah saya boleh memohon Kebenaran Berkahwin secara online melalui


Soalan 1
laman sesawang www.sppim.gov.my?

Jawapan 1 Pemohonan baru hendaklah DITANGGUHKAN sehingga selesai tempoh PKP.

Saya telah memohon Kebenaran Berkahwin secara online tetapi belum


Soalan 2 mendapat Kebenaran Berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah.
Apakah yang perlu saya lakukan?

Pemohon dinasihatkan untuk KEMASKINI permohonan tersebut melalui


laman sesawang berikut

http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline.
Jawapan 2

Sekiranya pemohon tidak KEMASKINI dalam tempoh tiga (3) bulan dari
tarikh permohonan secara online, permohonan tersebut terbatal dan
pemohon hendaklah memohon semula secara online.

Saya telah memohon Kebenaran Berkahwin secara online dan telah


Soalan 3 mendapat kebenaran daripada Pejabat Agama Islam Daerah .

Apakah tindakan saya?

Majlis Akad Nikah dan Walimah Urus hendaklah DITANGGUHKAN sehingga


selesai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pemohon tidak perlu mengisi
Jawapan 3 permohonan baru. Kebenaran yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Agama
Islam Daerah boleh digunapakai bagi tujuan Akad Nikah selepas berakhirnya
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Page 1 of 4
Berapa lama tempoh tamat permohonan Kebenaran Berkahwin secara online
Soalan 4
yang belum mendapat kebenaran dari Pejabat Agama Islam Daerah?

Tempoh permohonan Kebenaran Berkahwin secara online adalah TIGA (3)


Jawapan 4
BULAN.

Apakah status permohonan online Kebenaran Berkahwin jika telah melebihi


Soalan 5
tempoh tiga (3) bulan?

Pemohon perlu mengisi semula secara online permohonan tersebut. Jika


sekiranya pemohon tidak ingin mengisi semula permohonan Kebenaran
Berkahwin secara online, pemohon hendaklah mengemaskini dalam tempoh
TIGA (3) BULAN dari tarikh permohonan tersebut.
Jawapan 5
Contoh : Tempoh tiga (3) bulan

• Tarikh permohonan online pada 15 Mac 2020.

• Tempoh akhir kemaskini permohonan online pada 15 Jun 2020.

Bagaimana cara untuk saya kemaskini permohonan saya dalam tempoh tiga
Soalan 6
(3) bulan?

Pemohon perlu KEMASKINI permohonan tersebut dengan memasukkan No


Jawapan 6 Pengenalan @ E-mail dan No Rujukan Permohonan (Nombor BNO) di pautan

http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan nombor rujukan permohonan


Soalan 7
(nombor Benar Nikah Online-BNO) saya?

BNO ialah nombor rujukan yang dipaparkan di skrin komputer setelah selesai
Jawapan 7 permohonan dihantar secara online melalui SPPIM untuk tindakan Pejabat
Agama Islam Daerah.

Soalan 8 Saya ingin mengikuti Kursus Pra Perkahwinan Islam dalam tempoh PKP?

Kursus Pra Perkahwinan Islam DITANGGUHKAN sehingga tamat tempoh


Jawapan 8
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Page 2 of 4
Saya telah mendapat Kebenaran Berkahwin daripada Pejabat Agama Islam
Soalan 9 Daerah, Adakah Majlis Akad Nikah dan Walimatul Urus boleh dilaksanakan
dalam tempoh PKP?

Jawapan 9 Majlis Akad Nikah dan Walimatul Urus DITANGGUHKAN dalam tempoh PKP.

Adakah terdapat alternatif untuk melaksanakan Majlis Akad Nikah jika


Soalan 10 sekiranya temph Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan kepada
suatu tempoh yang lebih lama?

Jabatan Agama Islam Perak belum mengeluarkan apa-apa arahan berhubung


dengan Majlis Akad Nikah sekiranya tempoh PKP dilanjutkan ke suatu
tempoh masa yang lebih lama. Jabatan Agama Islam Perak akan membuat
Jawapan 10 kenyataan dan hebahan rasmi melalui laman Facebook Jabatan Agama Islam
Perak

(https://www.facebook.com/jabatanagamaislamperak/).

Soalan 11 Saya ingin memohon pengesahan perceraian saya dalam tempoh PKP.

Jawapan 11 Pemohon dinasihatkan merujuk ke Mahkamah Syariah Negeri Perak.

Saya ingin mendaftarkan perintah perceraian saya yang dikeluarkan oleh


Soalan 12
Mahkamah Syariah Negeri Perak.

Urusan pendaftaran perintah perceraian DITANGGUHKAN dalam tempoh


Jawapan 12
PKP.

Soalan 13
Saya ingin mendapatkan salinan Sijil Perakuan Nikah, Sijil Perakuan Ruju’,
Sijil Perakuan Cerai dan Kad Nikah (NKAD) dalam tempoh PKP.

Jawapan 13 Urusan salinan Sijil Perakuan Nikah, Sijil Perakuan Ruju’, Sijil Perakuan Cerai
dan Kad Nikah (NKAD) DITANGGUHKAN dalam tempoh PKP.

Page 3 of 4
Saya dan Isteri bersetuju untuk Ruju’ dan hidup semula sebagai Suami Isteri,
Soalan 14
apa yang perlu saya lakukan?

Suami boleh meruju’ kembali dengan mengikuti panduan berikut :-

• Bagi Isteri yang masih dalam tempoh Iddah (Talak Raji’e), Suami
hendaklah melafazkan lafaz Ruju’ seperti berikut :-

• “Adalah saya (nama Suami)...mengaku meruju’ Isteri saya (nama


Isteri)…yang telah mendapat persetujuan darinya melalui nikah saya
yang dahulu (tarikh nikah)…”

• Contoh Lafaz Ruju’ :-


Jawapan 14
“Adalah saya Ahmad bin Abu Bakar mengaku meruju’ Isteri saya
Fatimah Binti Abd Hamid yang telah mendapat persetujuan darinya
melalui nikah saya yang dahulu 16 Mac 2006”

• Sebaik-baiknya dilakukan lafaz Ruju’ dihadapan dua (2) orang saksi


lelaki.

• Pihak Suami dan Isteri hendaklah hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah
masing-masing bagi tujuan pendaftaran Ruju’ tersebut setelah tamat
tempoh PKP.

Bagaimana jika sekiranya Isteri saya tidak bersetuju untuk Ruju’ dan hidup
Soalan 15
semula sebagai Suami Isteri?

Jawapan 15
Suami atau Isteri dinasihatkan hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah selepas
tamat tempoh PKP untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Facebook: Telefon/Faks: Email:


Bahagian Pembangunan Keluarga, 05-208 4853 (T) bpkjaipk@yahoo.com
JAIPk 05-208 4846 (T) ncrjaipk@gmail.com
05-243 9008 (F)

Dikeluarkan Oleh :-

PENGARAH
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK.

Disediakan Oleh :-

PEJABAT KETUA PENDAFTAR NIKAH,


CERAI & RUJU’ (NCR) ,
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA,
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK.

Tarikh Kemaskini : 3 April 2020

Page 4 of 4

You might also like