You are on page 1of 5

Dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, kita memerlukan paradigma dalampengajaran dan

pembelajaran. Potensi diri pelajar perlulah dieksploitasi secara maksimumdan optimum agar
pembelajaran dan pengajaran bukan sahaja menjadi lebih menarik danberkesan malah menjadi
pemangkin ke arah kecemerlangan dalam pencapaian diri pelajar-pelajar. Peranan guru terpaksa
ditransformasikan daripada penyampai ilmu pengetahuankepada pemudah cara atau fasilitator;
membimbing pelajar meneguhkan strategipembelajaran dan pemprosesan maklumat agar mereka
berupaya menentukan hala tujupemikiran mereka serta merangka strategi pencapaian.(BPG
2002)Oleh itu, transformasi bukan sahaja dari sudut medium penyampaian ilmu pengetahuaniaitu
guru tetapi juga peranan pelajar itu sendiri. Pelajar perlu berupaya menjanapemahaman dan
pengetahuan mereka secara maksimum dengan mengeksploitasi pelbagaisumber ilmu pengetahuan
yang ada kini,(KPM 1999). Untuk mencapai matlamat tersebut,pelajar perlu melibatkan diri secara
aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran yangdirangka. Suasana pembelajaran yang
kondusif akan dapat melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran iaitu melalui kepelbagaian
aktiviti seperti penyelesaian masalah,pembelajaran secara pengalaman, dan pengaplikasian
teknologi secara inovatif.

Pernyataan Masalah

Penulisan karangan merupakan satu kemahiran menulis bagi menguji kemampuan pelajar dalam
berbahasa serta dapat menyampaikan isi dengan huraian yang lengkap. Dalampengajaran bahasa,
strategi pengajaran yang disarankan ialah pengajaran danpembelajaran berpusatkan pelajar(PPK
2001). Kaedah pengajaran dan pembelajaran guruantara yang disarankan dalam sukatan pelajaran
sekolah bestari ialah pembelajaran secarakoperatif (KPM 1999), justeru pada tahun 2010 semua
sekolah di Malaysia akan dijadikansekolah bestari. Namun, penggunaan strategi pembelajaran
tradisional masih meluas dalamkalangan guru iaitu pendekatan berpusatkan guru kerana guru masih
kurang kemahirandan kepakaran dalam menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran (Salbiah
2000).Oleh itu, pengkaji berpendapat amatlah perlu untuk mengkaji penggunaan strategipengajaran
dan pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran menulis dalam kalanganpelajar.

Kerangka Konseptual Kajian

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN(

One- group Pretest-Posttest Design


)Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap MarkatPencapaian
Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-
eksperimen

one group pretest- posttest design

(Wiersma 2000, Jackson 2003). Satu kumpulan rawatan akan dipilih secara

intact

dandiberikan ujian pra dalam penulisan karangan berpandu bagi menguji pencapaian
mereka.Rawatan akan dijalankan selama 4 minggu menggunakan strategi pembelajaran koperatif

think-pair-share.

Selepas itu ujian pasca akan diberikan untuk melihat pencapaian pelajar dalam penulisan karangan
berpandu.Objektif Kajian:

Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pra penulisan karangan berpanduBahasa Melayu
menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

Think-Pair-Share

Mengenal pasti pencapaian pelajar dalam ujian pasca penulisan karangan berpanduBahasa Melayu
menggunakan strategi pembelajaran koperatif model
Think-Pair-Share

Mengenal pasti perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dan ujian pasca dalampenulisan
karangan berpandu Bahasa Melayu menggunakan strategi pembelajarankoperatif model

Think-Pair-Share

Soalan Kajian

Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian prapenulisan karangan berpanduBahasa Melayu
menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

Think-Pair-Share

3KumpulanRawatanUJIAN PRA(Pencapaian)Rawatan(4 minggu)PembelajaranKoperatif (Think- Pair-


Share)UJIANPASCA(Pencapaian)

Sejauh mana pencapaian pelajar dalam ujian pascapenulisan karangan berpanduBahasa Melayu
menggunakan strategi pembelajaran koperatif model

Think-Pair-Share

3
Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar antara ujian pra dengan ujian pascadalam penulisan
karangan berpandu Bahasa Melayu dengan menggunakan strategipembelajaran koperatif model

Think-Pair-Share

Hipotesis KajianHo1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar antara
ujian pra dengan ujian pasca dalam penulisan karangan berpanduBahasa Melayu menggunakan
strategi pembelajaran koperatif model

Think-Pair-Share

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri,Pejabat
Pelajaran Daerah dan pihak sekolah dalam merangka program bagi meningkatkanprestasi
kecemerlangan dalam penulisan Bahasa Melayu pelajar-pelajar serta mengatur program dalam
meningkatkan strategi pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru.Selain itu, kepentingan
kajian ini kepada pihak Institut Pendidikan Guru Malaysiaadalah untuk merangka kursus yang lebih
rinci berkaitan pelbagai teknik dalam strategipengajaran kooperatif.

Batasan Kajian

Kajian kuasi-eksperimen ini terbatas kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 di SekolahMenengah Bandar


Maharani, Muar, Johor. Responden dipilih seramai 30 orang yang diajar menggunakan kaedah
pembelajaran koperatif

think- pair- share

selama 4 minggu. Penilaianadalah berdasarkan pencapaian mereka dalam aspek bahasa dan isi
dengan menggunakanstrategi pembelajaran tersebut.
Definisi OperasionalPencapaian

Dalam kajian ini pencapaian dinilai berdasarkan markat yang dicapai melalui penulisankarangan yang
diberi. Pencapaian pelajar adalah berdasarkan penskoran yang ditetapkanoleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia (2005). Dalam kajian ini pencapaian bermaksud.

You might also like