You are on page 1of 2

Telefon : 07-231 0000

Pengarah : 07-231 0198


Timbalan : 07-231 0191
Faks : 07-234 7132
Laman Web : www.jpnjohor.moe.gov.my
E-mel : jpn.johor@moe.gov.my

Ruj.Kami : JPNJ.PBM.600-3/5/20 ( )
Tarikh : 12 April 2020

Pengetua / Guru Besar


Sekolah-sekolah Menengah dan Rendah Negeri Johor

Melalui dan Salinan:


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

Tuan,

PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN, ARTIKEL DAN MEWARNA BAGI PELAJAR-


PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH SELURUH MALAYSIA PADA 13 APRIL
HINGGA 31 MEI 2020 SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sempena perintah kawalan pergerakan (PKP) pihak


Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Tourism Johor akan mengadakan
pertandingan menulis karangan, artikel dan mewarna bagi pelajar-pelajar sekolah rendah dan
menengah sebagai salah satu pengisian masa lapang mereka ketika berada di rumah.

3. Sehubungan dengan itu, semua pelajar sekolah rendah di Johor yang berumur 7 hingga
9 tahun dijemput untuk menyertai Pertandingan Mewarna Visit Johor, manakala pelajar yang
berumur 10 hingga 12 tahun dijemput untuk menyertai pertandingan menulis karangan yang
bertajuk Pengalaman Melancong di Johor. Semua pelajar sekolah menengah pula dijemput
untuk menyertai Pertandingan Menulis Artikel Visit Johor (Sekolah Menengah) yang bertajuk
Johor Sebagai Destinasi Pelancongan Pilihan. Pertandingan ini bermula 13 April hingga 31
Mei 2020.

4. Maklumat berkaitan pertandingan-pertandingan tersebut boleh didapati dalam laman


Facebook Tourism Johor di URL https://www.facebook.com/tourismjohor/ atau Facebook Jabtan
Pendidikan Negeri Johor di URL https://www.facebook.com/JPNJohor/ Pelajar-pelajar boleh
mendapatkan borang dan syarat-syarat pertandingan dalam laman tersebut.
Telefon : 07-231 0000
Pengarah : 07-231 0198
Timbalan : 07-231 0191
Faks : 07-234 7132
Laman Web : www.jpnjohor.moe.gov.my
E-mel : jpn.johor@moe.gov.my

5. Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Puan Afzan binti Hj Azhari, Timbalan
Pengarah Tourism Johor di talian 017-6712001 atau Cik Nor Wahidah binti Md Kassim, Penolong
Pengarah Pembangunan Bakat Murid (Pembangunan Murid) di talian 0197813628 / 07-2311484
di JPN Johor. Kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI AZMAN BIN ADNAN )


Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

sk : 1. PPD Negeri Johor

You might also like