You are on page 1of 5

SERVIS ASAS SISTEM PENYAMANAN UDARA

KENDERAAN

PRELIMINARY CHECK ( PEMERIKSAAN AWAL )

LANGKAH 1 – Blower Fan Speed

Pusingkan tombol (atau tekan butang) kepada setiap kelajuan (1, 2, 3, 4 atau Lo - Med - Hi) sambil
perhatikan perbezaan angin setiap kelajuan. Ini untuk memastikan samada Blower Resistor OK atau
tidak.
LANGKAH 2 – Flap Function
Pusingkan tombol (atau tekan butang) flap untuk angin ke muka, kaki, muka-kaki cermin hadapan
LANGKAH 3 – Flap Circulation & Ventilation
Circulation (show logo) - angin luar tidak masuk ke dalam kabin.
Ventilation (show logo) - angin luar boleh masuk ke dalam kabin.
LANGKAH 4 – ON Butang A/C
Setkan suhu kepada paling sejuk (max cool atau Lo). Biarkan sistem aircond stabil sekitar 3 ke 5
minit. Periksa adakah berlaku Compressor cut-off atau tiada.

Foto 3 - Ubah Setting Suhu Untuk Uji Compressor Cut-In & Cut-Off

Ubah setting suhu kepada separuh sejuk dan Suku sejuk. Perhatikan Compressor Cut-off & Cut-in
semula ada atau tiada. Kita boleh dengar bunyi compressor cutoff & Cut-in. Meter RPM juga akan
naik sedikit bila compressor cut-off manakala turun sedikit apabila compressor cut-in.
DIAGNOSIS TANPA ALAT
Liquid Tube (Condenser - Cooling coil)
Pada liquid tube ini, terdapat refrigerant dalam bentuk cecair. Ianya telah disejukkan oleh condenser.
Di laluan ini, refrigerant berbentuk cecair bertekanan tinggi.Jadi, suhu paip ini dalam keadaan SUAM.
Kita boleh sentuh paip ini. Dalam kiraan 5 detik (atau lebih) menyentuh, baru akan terasa sedikit
panasnya.

Jika kita sentuh sahaja sudah terasa panasnya, bermakna sistem bermasalah. Condenser tidak dapat
menyejukkan refrigerant. Refrigerant tidak bertukar menjadi cecair sepenuhnya. Ini akan
membuatkan tekanan meningkat lebih tinggi daripada normal.

Discharge Hose (Compressor - Condenser)


Pada bahagian ini, refrigerant adalah dalam bentuk gas bertekanan tinggi. Suhu juga tinggi - PANAS.
Pada bahagian ini, refrigerant adalah dalam bentuk gas bertekanan tinggi. Suhu juga tinggi - PANAS.

Terlalu Panas - hinggakan tidak dapat disentuh langsung. Bermakna tekanan & suhu terlalu tinggi di
paip ini. Biasanya diakibatkan condenser atau filter drier yang tersumbat. Jika di pasangkan pula
meter tekanan di HP port (yang biasanya terletak selepas filter drier), tekanan Hp rendah daripada
normal
Kurang Panas - boleh disentuh dalam kiraan 2-3 detik. Ini menandakan tekanan yang dijana oleh
compressor adalah rendah daripada normal. Apabila tekanan rendah, suhu paip ini juga rendah. Ini
menandakan compressor sudah rosak atau lemah (loss compression
Suction Hose (Cooling coil - Compressor)
Ini adalah paip yang menghubungkan cooling coil dengan compressor. Refrigerant dalam bentuk gas
bertekanan rendah disini.

Secara fizikalnya, pada sistem yang normal - paip ini akan berpeluh-peluh. Apabila disentuh, rasanya
seperti kita menggenggam ais batu. Ini menunjukkan sistem berfungsi tiptop.
Jika paip ini tidak berpeluh atau peluh sedikit sahaja, ini menandakan system tidak bekerja dengan
sempurna. Ada masalah yang perlu diselesaikan. Jadi, dengan kaedah mudah sebegini,
kita sudah boleh membuat agakan samada sistem aircond kereta ini berfungsi sempurna ataupun tidak.
Latihan deria rasa seperti ini harus kerap dipraktikkan untuk mendapat “feel”
semasa proses diagnosis dilakukan. Kemahiran ini perlu dipertajamkan sentiasa sehingga kita dapat
melakukan agakan yang tepat kepada setiap kereta.

Pemeriksaan drain hose

DIAGNOSIS COMPRESSOR
Prosedur
1. Hidupkan enjin. Selepas 5 minit, ON butang AC untuk hidupkan compressor.
2. Setkan suhu Paling Sejuk (Max cool atau Lo).
3. Blower pada kelajuan 2 atau pertengahan sudah memadai.
4. Biarkan sistem stabil dalam 3 – 5 minit. Biarkan enjin dalam keadaan idling speed sahaja. Tak
perlu tinggikan RPM.
5. Perhatikan HP & LP side ketika ini
Bacaan Tekanan Normal

LP side = 2 ~ 2.5 bar (sekitar 30 psi).


HP side = 13 ~ 15 bar (sekitar 220 psi)

Bacaan Tekanan Normal apabila AC OFF

Normal (Compressor OK) - tekanan LP side naik sedikit (1 bar atau kurang) & tekanan HP side turun
sedikit (1.5 bar atau kurang). Tekanan ini akan bertahan lama (1 minit ke atas). Ini menandakan
compressor masih mempunyai perbezaan HP & LP side yang tinggi. Bermaksud compressor masih
kuat. Masih kedap tekanan.

Bacaan Tekanan Tidak Normal


LP side = 3.5 bar (tinggi)
HP side = 13 bar (normal)

Ini bermakna compressor sudah hilang upaya suction. Tekanan ini kita lihat semasa enjin idle (dalam
1000 rpm). Jika RPM enjin ditinggikan (contohnya 2500 rpm), tekanan LP side turun ke 2 bar. Pada
ketika ini, aircond jadi sejuk semula. Apabila minyak dilepaskan, rpm turun ke
idle kembali, tekanan LP naik semula. Aircond jadi kurang sejuk semula. Ini disebabkan compressor
perlu berpusingdengan lebih laju untuk mendapat tekanan suction yang lebih rendah. Ini yang berlaku
pada kes “Bila jalan sejuk, bila berhenti jadi panas. Tak kira
siang atau malam”. Jadi kesimpulannya, compressor sudah loss suction pressure. Kita sudah boleh
menasihatkan pelanggan untuk tukar compressor yang baru.

You might also like