You are on page 1of 2

Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh masyarakat.

Dengan kata lain, sekolah merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat.
Maka, perhubungan sekolah dengan komuniti boleh diibaratkan bagai isi dengan
kuku, mereka saling berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Oleh sebab komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil, jadi sekolah juga
diertikan sebagai masyarakat kecil kerana sekolah merupakan sebahagian daripada
masyarakat di mana semua anggota hidup bersama dalam kawasan sekolah,
mengikut peraturan-pertauran dan cara-cara yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Bukan itu sahaja, sekolah juga berkonsepkan sebagai suatu sistem sosial iaitu salah
satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-
anggota masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan
dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan masyarakatnya. 

Hari ini, sekolah dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan dan


menghasilkan perubahan positif ke atas pelajar. Oleh itu, sekolah merupakan
pengaruh yang utama sebagai satu aspek alam sekeliling yang mendatangkan
kesan di dalam pembentukan sahsiah pelajarnya. Seperti yang sedia maklum,
kebudayaan masyarakat sentiasa mengalami perubahan. Justeru itu, pendidikan
sekolah tidak memadai lagi dengan penyampaian pengetahuan dan cara hidup
tradisi sahaja malah ia perlu menyediakan ahli-ahli masyarakat untuk menghadapi
dan menerima proses pembaharuan. Oleh itu, sekolah juga memainkan peranan
sebagai agen memodenisasikan masyarakat dalam semua bidang perkembangan
dan kemajuan selari dengan keperluan-keperluan yang telah dinyatakan dalam
Matlamat Pendidikan Negara.

Selain itu, kerjasama di antara sekolah-sekolah adalah lebih diutamakan untuk


memupuk kesefahaman dan perpaduan di antara anggota-anggota yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Maka, di samping meningkatkan kerjasama dalam bidang
aktiviti kurikulum dan kokurikulum di antara sekolah-sekolah daerah, negeri dan
negara, konsep sekolah wawasan pula diperkenalkan oleh Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, pada bulan
Disember 1995 bertujuan memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai
kaum untuk belajar dan berinteraksi bersama dalam sesuatu kawasan yang sama
demi memupuk dengan lebih awal lagi perpaduan dalam kalangan anggota
masyarakat berbilang kaum. 

Sekolah melahirkan pelajar-pelajar atau generasi yang berilmu pengetahuan dan


berakhlak mulia. Generasi-generasi yang berilmu pengetahuan seterusnya dapat
memberi sumbangan yang amat bernilai untuk perkembangan dan kemajuan
masyarakat dan negara. Kerjasama di antara sekolah dan masyarakat adalah
penting untuk membawa sekolah dan masyarakat bersama-sama menuju ke arah
kejayaan dan kegemilangan. Jika kedua-dua aset ini tidak saling berinteraksi sudah
pasti remaja yang berilmu pengetahuan tidak akan terhasil. Oleh sebab itu, dalam
pelaksanaan “Satu Malaysia” remaja dijadikan sebagai aset negara yang utama.
Merekalah yang akan menentukan masa hadapan negara.

Untuk itu, mereka perlu berketerampilan, mempunyai daya saing, kreatif dan inovatif.
Remaja yang berilmu dan bijaksana juga merupakan golongan intelektual yang
mampu berfikir dan menyumbang kepada pembangunan, kemajuan dan juga
ketamadunan bangsa dan negara. Dalam merealisasikan “ Satu Malaysia” remaja
seharusnya menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara
kaum.

Justeru itu, untuk menjayakan semua ini segalanya harus bermula di sekolah dan
kerjasama sekolah itu sendiri dengan komuniti amat penting kerana hubungan
kedua-duanya boleh diibaratkan bagai aur dengan tebing

You might also like