You are on page 1of 5

Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

BAHAGIAN A

[Masa yang dicadangkan : 20 minit ]

[ 10 markah]

1. Tuliskan lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah.

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 4)


1
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahagian B

[Masa yang dicadangkan: 40 minit]

[30 markah]

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis suatu karangan yang panjangnya hendaklah
tidak kurang daripada 80 patah kata.

1 Anda telah menyertai suatu lawatan ke sebuah negeri anjuran persatuan penduduk di
tempat tinggal anda.

Perihalkan pengalaman anda semasa melawat negeri tersebut.

ATAU

2 Kamu telah terpilih menyertai pertandingan syarahan di peringkat daerah. Tajuk syarahan
itu ialah “Kepentingan Menyertai Kegiatan Kokurikulum”.
Tulis syarahan kamu itu selengkapnya.

ATAU

3. Kamu telah menyertai Kem Kecemerlangan UPSR selama 3 hari 2 malam, anjuran
Pejabat Pelajaran Daerah tempat kamu.

Tuliskan catatan perjalanan sepanjang aktiviti itu berlangsung.

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 4)


2
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

Bahagian C

[Masa yang dicadangkan: 20 minit]

[20 markah]

Tulis beberapa nilai murni yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya
jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah kata. Tulis jawapan anda dalam satu
perenggan.

Hidayah bekerja sebagai kerani di pejabat kerajaan. Dia amat disenangi oleh ketuanya dan rakan-
rakan sepejabat kerana sikapnya yang peramah. Hidayah juga melakukan kerja dengan tekun.
Setiap pekerjaan yang diberi akan disiapkan dengan sempurna.
Hidayah ialah anak yatim piatu. Ibu bapanya terkorban dalam suatu nahas jalan raya. Sejak
itu Hidayah dan adik-adiknya tinggal bersama dengan nenek mereka yang lumpuh. Sebagai anak
sulung, Hidayah bekerja keras untuk mencari wang untuk menyekolahkan kedua-dua adiknya.
Dia juga membuka kelas tuisyen pada waktu malam untuk mencari wang tambahan. Hidayah
mahu memastikan adik-adiknya mempunyai masa depan yang lebih baik kelak.
Walaupun nenek Hidayah lumpuh, namun Hidayah tetap mendapatkan pandangan daripada
neneknya setiap kali membuat keputusan. Setiap nasihat dan teguran neneknya diterima dengan
hati yang terbuka.

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 4)


3
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

SKEMA JAWAPAN BM 012 – SET 4

BAHAGIAN A

1 telur – makanan, kek, telur goreng, telur rebus

2. najis – baja tanaman

3. daging – lauk, makanan

4. bulu ayam – pen, penyapu bulu ayam

5. cengkerang – barang perhiasan

BAHAGIAN B

SOALAN 1
Pendahuluan
Menyertai lawatan ke Selangor – anjuran persatuan penduduk – jauh berjalan luas pemandangan

Isi-isi Penting
(a) Selangor negeri yang indah – melawat Bandar Raya Shah Alam – gelaran Bandar
dalam taman – membeli belah di pasar raya
(b) melawat Masjid Shah Alam – sungguh besar – terbesar di Asia Tenggara –
mengambil gambar – yang muslim menunaikan solat
(c) melawat Taman Pertanian Bukit Cahaya – memasuki Rumah Empat Musim –
sungguh sejuk – berjalan di atas jambatan gantung
(d) mengunjungi Zoo Negara – terdapat banyak haiwan – tempatan dan luar negara –
bertuah kerana dapat melihat beruang panda dari China – mengambil gambar

Penutup
berasa gembira – banyak tempat yang tidak sempat dilawati – akan ke Selangor jika berpeluang lagi

SOALAN 2

 Cadangan Isi Karangan


 Format : ucap selamat ikut kesesuaian – beri salam dalam majlis – menyatakan tajuk syarahan
 definasi tajuk syarahan – penjelasan tentang kokurikulum – kelab, persatuan, dan unit beruniform
 aktiviti dapat membentuk insan – ada sifat kepimpinan, berdikari – lebih rasa bertanggungjawab
 aktiviti, mampu mengasah bakat – lebih yakin diri, jati diri – lebih bersedia menghadapi cabaran
 pergaulan dan komunikasi yang sihat – terhindar dari gejala sosial – mempunyai daya fikir kreatif
 penekanan kepada tajuk – mengukuhkan pendapat/idea – penutup, luahan ucapan terima kasih

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 4)


4
Majlis Guru Cemerlang Daerah Pasir Gudang

SOALAN 3

Format : Catatan

Pendahuluan

- nyatakan tarikh, masa, tempat dan cara pergi ke tempat perkhemahan

Isi Cadangan

- apabila tiba nyatakan apa yang dilakukan – pasang khemah dan dibahagi kepada
kumpulan
- lakukan aktiviti pada hari pertama – suaikenal
- lanjutkan aktiviti hari kedua – aktiviti lasak dan jati diri
- hari ketiga – majlis penutup dan penyampaian hadiah / sijil

Penutup

- berangkat pulang – tiba di sekolah

BAHAGIAN C

Isi Cadangan

- Bijak memilih kawan


- Berdikari
- Bertanggungjawab
- Mengambil berat dan prihatin
- Baik hati

Bahasa Melayu 012 (Penulisan – Set 4)


5

You might also like