You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN MEMBINA SEMULA DAN MENAIKTARAF GERAI

P.L.B. KG. SRI KINTA, PERAK

DI KG. SRI KINTA DAERAH KINTA NEGERI PERAK


DUN TEBING TINGGI PARLIMEN IPOH BARAT

MELALUI PERUNTUKAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN


WILAYAH (KKLW) TAHUN 2010
________________________________________________________________

1. TUJUAN

Kertas Cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan Kementerian


Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk mendapatkan
peruntukan sebanyak RM 250,000.00 bagi membiayai pembinaan semula
dan menaiktaraf gerai P.L.B. Kg. Sri Kinta, Perak.

2. LATAR BELAKANG

Kg. Sri Kinta merupakan kawasan penempatan penduduk yang


majoritinya berketurunan Melayu yang mempunyai kepadatan penduduk
yang sederhana dengan kawasan penempatan yang terletak dipinggir
bandaraya Ipoh.

a. Kawasan yang dicadangkan didapati mempunyai akses


jalan yang memuaskan dengan kemudahan infra asas yang
mencukupi.

b. Terdapat 5 buah gerai PLB yang sedia ada di situ dengan


beberapa buah gerai milik persendirian yang menurut
tinjauan tapak mendapati kawasan tersebut sangat
berpotensi untuk dibangunkan.

c. Buat masa ini, terdapat sebuah premis menjual surat


khabar/majalah dan empat buah premis gerai makan yang
bergilir-gilir beroperasi siang dan malam.

d. Menurut Pengerusi JKKK (P) Kg. Sri Kinta, cadangan


menaiktaraf gerai ini sudah lama dikemukakan dan turut
dihantar ke Majlis Bandaraya Ipoh. Pada 27/07/2009, Datuk
Bandar Ipoh sendiri telah turun padang ke kawasan tersebut
dan memberikan komitmen secara lisan untuk memajukan
kawasan tersebut tetapi tiada keputusan bertulis
dikeluarkan.
3. MAKLUMAT PROJEK

3.1 Status Tapak Projek

a. Tapak projek adalah tanah Kerajaan/ Agensi yang diletak di :


i. Jalan Sri Kinta 4, Kg. Sri Kinta, DUN Tebing Tinggi, Parlimen
Ipoh Barat
ii. Keluasan keseluruhan kawasan;
iii. Keluasan tapak untuk pembangunan projek;
iv. Terdapat 5 unit premis sedia ada disitu dan didapati terdapat
sebuah premis haram di sebelah 5 unit gerai tersebut.
v. Gerai dan premis tersebut didapati dibina di atas rizab jalan
yang dikawal selia oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)
vi. Kawasan tersebut juga didapati berada di dalam bidang
kuasa Majlis Bandaraya Ipoh

b. Salinan surat kebenaran Pentadbiran Tanah Daerah (Bagi


tanah Kerajaan) atau Pihak Pengawal Rizab (Bagi tanah rizab)
dan lain-lain pihak yang berkaitan seperti Pihak Berkuasa
Tempatan , Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS) dan lain-lain surat kebenaran yang jelas
menunjukkan lokasi dan pelan kawasan. Tanah milik Agensi
tidak memerlukan surat kebenaran tetapi perlu dinyatakan
dengan jelas. (contoh surat kebenaran Pentadbir Tanah
Daerah) – jika berkaitan.

c. Pelan lokasi dan pelan tapak cadangan.

i. Pelan lokasi : pelan lakaran yang jelas menunjukkan l


andmark / mercu tanda sedia ada yang terletak berhampiran
tapak cadangan.

ii. Pelan tapak : pelan yang mengandungi no. lot tapak.

3.2 Butiran Projek Yang Dicadangkan

a. Jenis dan bilangan unit premis yang dipohon sama ada


gerai perniagaan, bengkel atau kilang; saiz premis.

b. Pelan bangunan mengikut Pelan Seragam KKLW sama


ada gerai perniagaan / bengkel / kilang (berkuatkuasa
bagi pelaksanaan premis mulai tahun 2006).
c. Kos keseluruhan projek dan pecahan kos secara terperinci
mengikut format Borang Semakan Kos yang disediakan.

*(Kos penyediaan bangunan premis dan lain-lain kemudahan asas


di dalam kawasan premis yang dicadangkan sahaja. KKLW tidak
membiayai kos untuk penambakan tanah dan lain-lain kos
berkaitan dengan penyediaan tapak projek)

3.3 Justifikasi Projek

Sebab dan alas an keperluan projek yang dicadangkan.

Contoh :

a. Projek pembinaan kilang yang dicadangkan bertujuan untuk


meningkatkan ekonomi penduduk kampung memandangkan
produk yang dihasilkan oleh perusahaan yang terlibat iaitu
pengeluaran sos adalah berasaskan bekalan bahan mentah
yang ditanam oleh penduduk kampung secara komersil.
Perusahaan ini juga akan membuka peluang pekerjaan yang
lebih besar kepada penduduk sekitar.

b. Projek cadangan terletak di kawasan penempatan baru yang


belum terdapat kemudahan premis perniaagaan.

c. Bilangan premis perniagaan yang sedia ada di sekitar


kawasan cadangan tidak mencukupi untuk menampung
bilangan pengusaha yang ramai (bilangan premis dan
pengusaha tersebut).

d. Projek yang dicadangkan bertujuan untuk penyusunan


semula kawasan memandangkan premis perniagaan sedia
ada di sekitar kawasan cadangan tidak tersusun, usang,
perlu dirobohkan dan terletak di tanah rizab jalan yang
membahayakan keselamatan.

e. Faedah / impak projek berkenaan kepada kumpulan sasar.

3.4 Tempoh Pelaksanaan Projek

a. Tempoh yang diperlukan untuk pelaksanaan.


b. Jadual Pelaksanaan Projek (Gantt Chart)

3.5 Kemudahan Sedia Ada

a. Kemudahan asas yang telah terdapat di kawasan yang


dicadangkan seperti bekalan elektrik, air, talian telefon dan
jalan perhubungan.

b. Lain-lain kemudahan sedia ada seperti pusat kegiatan


sosial; balai raya, dewan orang ramai, klinik dan lain-lain
kemudahan.

c. Pusat kegiatan komersil seperti pusat perniagaan.

d. Kawasan penempatan penduduk di sekitar kawasan yang


dicadangkan.

e. Kemudahan-kemudahan lain yang dijangka membantu daya


maju cadangan projek yang dicadangkan (kesesuaian lokasi
yang dipilih).

3.6 Lain-lain Maklumat

a. Maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan.

4. PENUTUP

You might also like