You are on page 1of 7

Penghargaan

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kehadrat illahi kerana tanpa izin dan restu yang maha esa
tidak dapat saya sempurnakan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Subjek bagi tugasan
ini ialah Asas Perniagaan dan Keusahawanan dan telah diberikan oleh pensyarah saya yang
bernama Datin Norfilzah Hayati binti Ahmad. Pengalaman yang telah saya peroleh ini
merupakan suatu memori yang tidak dapat saya lupakan kerana saya telah berjaya melakukan
sesuatu yang baharu dalam hidup saya. Saya dikehendaki untuk menghasilkan sebuah
perancangan perniagaan bagi sebuah produk yang akan saya jualkan.

Dengan kesempatan yang ada ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah saya iaitu Datin Norfilzah Hayati binti Ahmad yang telah banyak mengajar
saya mengenai ilmu ini. Kali pertama saya datang ke IPG ini, saya tidak mempunyai ilmu yang
banyak mengenai ilmu perniagaan ini namun berkat usaha yang telah ditunjukkan oleh
pensyarah saya, saya telah berjaya memperoleh banyak ilmu mengenai ilmu ini sehinggakan
saya berjaya untuk menyiapkan sebuah sebuah perancangan perniagaan bagi sebuah produk
yang akan saya jualkan.

Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat andai
saya yang telah terlibat untuk membantu saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa bantuan mereka
pastinya tugasan ini akan menjadi lebih sukar untuk saya siapkan. Ilmu yang telah dikongsikan
kepada saya telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, ucapan penghargaan ini juga saya ingin tujukan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan tugasan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Segala bantuan yang
telah diberikan amatlah saya hargai dan tidak dapat saya balas melainkan dengan ucapan
terima kasih sahaja yang mampu saya ucapkan di bibir saya sentiasa.
Ringkasan Eksekutif

Syarikat SL Tech merupakan sebuah perniagaan persendirian yang diusahakan oleh


Muhammad Syafiq bin Roslan yang merupakan usahawan kepada syarikat tersebut. Syarikat
tersebut mengkhusus terhadap industri pembuatan dan antara barangan yang ingin
diperkenalkan merupakan sebuah cawan yang mempunyai pelbagai tarikan. Sasaran
pelanggan yang dituju merupakan golongan muda dan orang yang berumur dari 30 hingga 50
kerana tarikan yang dimiliki oleh cawan ini disukai oleh golongan tersebut. Tarikan yang dimiliki
oleh cawan ini ialah ianya dapat menukarkan air panas yang dituang kedalam cawan ini kepada
tenaga elektrik seterusnya dapat dijadikan sebagai “powerbank” bagi mengecas telefon bimbit
dan tarikan lain yang terdapat pada cawan ini ialah ianya akan berubah gambar yang ada pada
cawan tersebut apabila dituang air panas dan gambar tersebut boleh di ‘design’ mengikut cita
rasa sendiri. Kawasan perniagaan ini terletak di kawasan perumahan yang sedang membangun
di Jalan Sungai Burung, Selangor dan kawasan ini boleh dikirakan strategik kerana terletak
berdekatan dengan kawasan perumahan yang berdekatan dengan golongan yang dituju.

Perniagaan SL Tech telah mendapatkan pinjaman bank daripada Bank Islam kerana
bank ini menawarkan pinjaman yang mempunyai bunga yang rendah. Strategi pemasaran yang
akan digunakan oleh saya bagi mempromosikan perniagaan ini ialah saya akan menggunakan
media sosial sebagai medium bagi mempromosikan barangan saya. Media sosial merupakan
medium yang tepat bagi mempromosikan barangan saya kerana kebanyakan golongan yang
ditumpukan oleh perniagaan saya banyak menggunakan media sosial. Selain itu, saya juga
akan menggunakan perkhidmatan orang yang berpengaruh untuk mempromosikan barangan
saya kerana kajian menunjukkan kaedah ini membuahkan hasil yang baik. Selain itu, kami juga
akan memberikan diskaun kepada mereka yang membeli cawan ini secara pukal. Disamping
itu, saya juga telah menggunakan kaedah jualan terus dalam memperkenalkan barangan saya
kerana saya dapat berinteraksi secara terus dengan orang ramai dan dapat menunjukkan
tarikan yang ada pada cawan saya ini kepada mereka.

Kos yang diperlukan untuk menghasilkan sebuah cawan ‘magic’ ini ialah sebanyak RM
65 kerana barangan teknologi yang digunakan untuk menghasilkannya berkualiti tinggi.
Barangan ini telah pun mendapat kelulusan daripada SIRIM dan selamat untuk dgunakan. Saya
mempunyai 2 orang pekerja yang mahir dalam mempromosikan barang kerana mereka
mempunyai ‘soft skill’ yang baik dan dapat menerangkan tarikan barangan cawan ‘magic ini
dengan baik.
Persekitaran

Persekitaran dapat dibahagikan kepada dua iaitu persekitaran umum serta persekitaran tugas

Persekitaran Umum

Persekitaran umum mempunyai cabang yang lain iaitu ekonomi, persaingan, sosiobudaya,
teknologi, dan fizikal.

1. Ekonomi

Pada masa kini, ekonomi negara tidak begitu memberangsangkan dan ianya menjejaskan
perniagaan saya secara tidak langsung kerana apabila ekonomi sesebuah negara itu turun
maka nilai duit juga akan jatuh. Perniagaan saya banyak melakukan aktiviti mengimport
barangan siap mahupun separa siap daripada negara luar seperti negara China dan apabila
duit negara kita jatuh harga barangan di negara sana menjadi mahal. Kebanyakan produk yang
dijual di kedai saya banyak dimport dari negara China dan banyak barang mentah yang saya
import dari luar negara.

2. Persaingan

Perniagaan saya mempunyai sebuah kedai yang sentiasa menjadi pesaing kepada kedai saya.
Walaupun kami bersaing namun ianya merupakan sebuah persaingan yang sihat dan
persaingan ini baik untuk pengguna kerana dapat menikmati penambahbaikan yang dilakukan
oleh kedai kami. Saya sentiasa memastikan harga yang dijual di kedai saya sentiasa berada di
dalam lingkungan harga mampu milik dan saya juga kerap melakukan soal selidik mengenai
harga di kedai saya terhadap penduduk di sekitar kedai saya.

3. Sosiobudaya

Sememangnya negara Malaysia terkenal dengan masyarakat yang pelbagai kaum dan
kebanyakan penduduk di kawasan saya merupakan kaum yang berbilang bangsa. Produk
terbaharu saya iaitu cawan ‘magic’ merupakan sesuatu produk yang harus dimiliki oleh semua
orang tidak kira kaum mahupun bangsa kerana dapat membantu kita dalam kehidupan seharian
kerana saya ini tidak sama dengan produk yang ada dijual di pasaran luar. Selain itu, saya
percayai bahawa produk saya ini tidak melanggar sebarang kepercayaan mahupun adat resam
kerana tidak labmang mahupun simbol yang bersifat sensitif.
Perundangan

Bagi produk yang baharu saya perkenalkan ini iatu cawan ‘magic’ terdapat satu aspek
perundangan yang harus dipatuhi oleh perniagaan saya kerana cawan saya ini menggunakan
cip serta teknologi yang dapat menukarkan air panas kepada tenaga elektrik. Aspek
perundangan tersebut merupakan keselamatan pelanggan yang akan membeli produk saya ini
sama ada air yang dituang kedalam cawan ini selamat untuk diminum ataupun tidak. Saya
telahpun mendapat kelulusan daripada SIRIM untuk memasarkan produk saya ini kepada orang
ramai dan produk saya ini selamat untuk digunakan.

Teknologi

Dari segi teknologi pula, produk saya yang terbaharu iaitu cawan ‘magic’ menggunakan
teknologi yang berkualiti dan saya telahpun bekerjasama dengan sebuah syarikat yang pakar
dalam menghasilkan teknologi yang diperlukan oleh produk saya yang terbaru ini iaitu syarikat
Biotech. Syarikat ini mempunyai kemahiran yang tinggi kerana mempunyai tenaga pekerja
mahir dari luar negara. Teknologi yang terdapat dalam produk saya ini juga telah diuji dan ianya
selamat digunakan oleh orang ramai.

Fizikal

Perniagaan saya banyak menggunakan bahan daripada sumber alam dalam menghasilkan
sesuatu barang. Contohnya, plastik dan kayu. Sememangnya perniagaan saya mengalami
kekurangan sumber alam namun saya telah mengambil alternatif lain dalam menghasilkan
produk yang dijual di kedai saya. Contoh barang alternatif yang digunakan oleh perniagaan
saya ialah seperti plastik kitar semula dan kayu-kayu buangan.
Persekitaran Tugas

Persekitaran mempunyai beberapa cabang seperti pelanggan, pembekal, pesaing dan pekerja.

Pelanggan

Kepuasan hati pelaggan merupakan tumpuan utama perniagaan saya dan kebanyakan produk
yang dijual di kedai saya ini dapat mengikut cita rasa yang diinginkan oleh pelanggan saya.
Contohnya, produk perniagaan saya yang terbaru iaitu cawan ‘magic’ boleh di ‘custom’ design
pada cawan mengikut cita rasa pelanggan supaya mereka berasa puas hati dengan barangan
yang dibeli. Contohnya, pelanggan boleh meletakkan gambar mereka pada cawan tersebut dan
macam-macam lagi corak mengikut cita rasa pelanggan.

Pembekal

Perniagaan saya iaitu SL Tech mempunyai 2 pembekal untuk menghantar komponen-


komponen yang diperlukan untuk menghasilhan suatu barang ataupun barang yang siap. 1
pembekal saya merupakan pembekal tempatan manakala 1 lagi pembekal saya dari luar
negara iaitu China. Saya memmilih pembekal saya dari negara China kerana barangan disana
dijual dengan harga yang murah serta mempunyai corak yang pelbagai. Pembekal tempatan
saya pula banyak membekalkan barangan yang berunsurkan alam seperti plastik serta
barangan separa siap.

Pesaing

Pesaing kepada kedai saya merupakan kedai Vivy collab yang mempunyai skop penjualan
barang yang lebih kurang sama dengan kedai saya. Kedai kami selalu berusaha dalam menarik
minat pelanggan ke kedai kami. Persaingan diantara dua buah kedai kami ini merupakan
persaingan yang sihat dan ini akan memberikan kebaikan kepada pelanggan kami. Sebaliknya,
jika saya tidak mempunyai pesaing saya tidak akan melakukan penambahbaikan terhadap
kedai saya kerana beranggapan sudah berada pada kawasan yang selesa.

Pekerja

Perniagaan saya mempunyai dua orang pekerja iaitu encik Afham dan juga encik Aizat. Mereka
berdua merupakan pekerja saya yang mempunyai kelayakan dalam bidang pembuatan ini dan
encik Afham juga banyak membantu untuk mempromosikan barangan kedai saya kerana beliau
mempunyai kemahiran memujuk pelanggan yang baik. Encik Afham dibayar gaji sebanyak RM
3500 sebulan manakal encik Aizat dibayar gaji sebanyak RM 3000 sebulan. Selain itu, mereka
juga diberikan elaun ataupun faedah sekiranya syarikat mempunyai untung yang lebih.

Analisa Pasaran

Pemetakan Pasaran

Proses membahagikan pasaran yang besar kepada pasaran-pasaran yang kecil berdasarkan
keperluan yang sama dan tawaran-tawaran yang terdapat dalam sesuatu campuran
pemasaran.

Faktor Geografi

Faktor demografi dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu jenis pekerjaan dan juga
jantina. Bagi produk baharu yang akan saya perkenalkan ini jantina tidak menjadi masalah
kerana lelaku dan perempuan juga mempunyai kecenderungan yang hamper sama terhadap
kelebihan yang ada pada cawan ‘magic’ ini. Ini kerana golongan muda banyak menghabiskan
masa dengan gadget mereka dalam sehari dan produk saya dapat membantu mereka
menjalani kehidupan seharian. Terdapat segelintir golongan muda yang berasa resah apabila
melihat peratusan bateri yang ada pada gadget mereka kurang dan cawan ‘magic’ ini dapat
membantu mereka. Selain itu, golongan elit yang mempunyai pekerjaan yang bagus lebih
cenderung mempunyai sesuatu perkara ataupun produk yang lain daripada yang lain dan
mempunyai cita rasa yang tersendiri. Cawan saya dapat mengikut cita rasa mereka kerana
cawan saya boleh diubah gambar yang akan terhasil pada cawan tersebut mengikut cita rasa
pelanggan. Cawan ini juga boleh diberikan kepada seseorang yang mempunyai pekerjaan yang
baik kerana produk ini boleh dikatakan premium.

Faktor Geografi

Dari segi geografi pula, produk saya ini sesuai untuk dipasarkan di kawasan bandar berbanding
perkampungan kerana teknologi yang hadir pada produk terbaru saya ini lebih banyak
digunakan oleh orang bandar berbanding orang kampong. Tidak dinafikan sememangnya ada
orang kampung yang meggunakan teknologi ini namun peratusannya lebih memihak kepada
kawasan bandar. Selain itu, harga yang ditawarkan pada produk saya ini boleh dikatakan
premium tetapi berpatutan namun orang kampung akan merasakan harga yang ditawarkan ini
mahal. Setelah saya melakukan soal selidik pada orang dikawasan bandar serta kawasan
perkampungan, orang lebih bandar cenderung untuk menggunakan produk yang akan saya
perkenalkan ini.
Sasaran Pemasaran

Sasaran pemasaran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis bahagian dan antaranya ialah:

Pengguna

Golongan pengguna yang disasarkan oleh saya bagi produk baru saya ini adalah golongan
muda serta individu yang berumur antara 30-40 kerana seseorang yang berada pada usia ini
masih tertarik terhadap sesuatu perkara yang premium dan menarik serta mempunyai fungsi.
Hanya segelintir orang berumur yang masih menyukai perkara-perkara tersebut dan
kebanyakannya mengganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang leceh. Fungsi yang
terdapat pada cawan ‘magic’ ini iaitu ‘powerbank’ berupaya untuk menarik minat golongan
muda kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama dengan gadget mereka. Selain itu,
corak yang ada pada cawan ini juga berupaya menarik minat golongan muda kerana golongan
ini mempunyai banyak perkara yang dimini=ati oleh mereka seperti ‘anime’, kartun, serta
permainan video game.

Pasaran

You might also like