You are on page 1of 353

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT YANG KEEMPAT BELAS


---------------------------------------------------------
PENGGAL KETIGA
MESYUARAT KEDUA
DEWAN RAKYAT
ATURAN URUSAN MESYUARAT

HARI ISNIN, 13 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 2

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09487
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat sebarang perancangan untuk
melakukan pindaan terhadap akta sedia ada mengenai isu pemandu mabuk
yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
Bagi kes yang menyebabkan kematian pula, apakah hukuman mati akan
diperkenalkan.

2. PR-1432-L09472
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan polisi, strategi dan langkah-langkah yang diambil oleh
Kementerian bagi menangani kemungkinan sekurang-kurangnya 2 juta lagi
rakyat akan kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19 seperti yang
dinyatakan oleh Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

3. PR-1432-L09673
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah
perincian kepada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang
akan dimeterai pada akhir tahun nanti.

4. PR-1432-L08850
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan adakah Kementerian mempertimbangkan
pemberian diskaun ke atas cukai taksiran yang dibayar kepada DBKL bagi
meringankan bebanan rakyat yang terjejas dengan penularan pandemik
COVID-19.
2 AUM DR 13/7/2020

5. PR-1432-L09446
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan kedudukan ekonomi semasa, prestasi pertumbuhan
ekonomi negara dan kadar pengangguran masa kini.

6. PR-1432-L09956
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status
semasa Persidangan APEC 2020 sama ada Persidangan Kemuncak APEC
2020 masih mengikut jadual dan apakah matlamat-matlamat APEC 2020 yang
telah dikenal pasti.

7. PR-1432-L09682
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan penambahbaikan sektor awam dan swasta dalam
sektor kesihatan yang telah dirangka di dalam Dasar Sihat Bersama 2030.

8. PR-1432-L09246
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan :-
(a) jumlah aduan berkaitan peningkatan bil elektrik selepas
menjalankan semula bacaan meter selepas Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP); dan

(b) apakah punca bil elektrik terlalu tinggi dan bagaimana


Kementerian menjelaskan kaedah pengiraan penggunaan
elektrik kepada rakyat.

9. PR-1432-L09402
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERPADUAN
NEGARA menyatakan :-
(a) apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi
mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia; dan

(b) apakah perancangan yang telah dirangka oleh Kementerian


bagi mengenakan tindakan terhadap individu yang melakukan
provokasi perkauman.

10. PR-1432-L09170
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan perkembangan pendaftaran pengundi secara automatik dan
penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun. Apakah kekangan, jika
ada yang dihadapi oleh SPR bagi mempercepat pelaksanaan kedua-dua
perkara tersebut.
AUM DR 13/7/2020 3

11. PR-1432-L09023
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah-
langkah untuk menstabilkan dan menaikkan harga komoditi utama seperti
kelapa sawit, getah, lada hitam, koko, kayu, kenaf dan sago. Apakah cabaran-
cabaran utama yang dihadapi dan senaraikan langkah bantuan kepada
pekebun kecil bagi membantu mengatasi cabaran itu.

12. PR-1432-L10024
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah usaha dan pelan strategik pihak
Kementerian dengan Kementerian-Kementerian lain seperti Kementerian
Pendidikan, kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia dan Sukan
dalam berkolaborasi bersama dalam usaha mengenal pasti remaja atau belia
yang menghadapi penyakit mental.

13. PR-1432-L08977
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan serta perincian terbaharu
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk Sarawak.

14. PR-1432-L09056
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan adakah Kerajaan bercadang menghantar balik ke lautan terbuka
sebanyak 300 orang individu etnik Rohinya yang tiba di perairan Malaysia
melalui bot pada Jun 2020.

15. PR-1432-L09659
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah program yang disediakan
oleh Agensi Nuklear Malaysia dalam usaha meningkatkan kemahiran teknikal
berteraskan sains dan teknologi nuklear kepada rakyat yang terkesan akibat
pandemik COVID-19.
4 AUM DR 13/7/2020

16. PR-1432-L10047
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan Negeri Perak khususnya di Daerah Kinta mempunyai
pelbagai kawasan-kawasan perindustrian yang telah berusia seperti Kawasan
Perindustrian Tasek, Kawasan Perindustrian Bebas Kinta, Kawasan
Perindustrian IGB dan Kawasan Perindustrian Bercham. Infrastruktur asas
sedia ada seperti jalan raya, perparitan dan lampu jalan di kawasan-kawasan
ini berada dalam keadaan daif. Perhatian dari aspek naik taraf dan pembaikan
am adalah perlu bagi mengekalkan daya saing kawasan-kawasan perindustrian
ini. :-
(a) berapakah jumlah peruntukan naik taraf infrastruktur kawasan
perindustrian di Negeri Perak ; dan

(b) adakah Kerajaan akan mempertimbangkan untuk


meningkatkan jumlah peruntukan tersebut.

17. PR-1432-L09203
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan hasrat Kerajaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan untuk
"Decriminalise Attempted Suicide" untuk menangani isu peningkatan jumlah
cubaan membunuh diri di seluruh Malaysia.

18. PR-1432-L09823
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
perkembangan terkini usaha memansuhkan hukuman mati mandatori dan
sama ada kerajaan baru akan meneruskan usaha ini.

19. PR-1432-L08860
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
langkah efektif yang perlu segera diambil untuk mengatasi masalah
kekurangan jurubahasa Cina di mahkamah-mahkamah seluruh negara
memandangkan masalah ini pernah dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini
pada tahun 2001.

20. PR-1432-L09966
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah peluang untuk Kementerian mendapat
peruntukan yang cukup untuk infrastruktur kecil di Labuan yang mana terlalu
banyak permohonan-permohonan dari ketua-ketua kampung di seluruh Labuan
masih tertangguh pelaksanaannya.
AUM DR 13/7/2020 5

21. PR-1432-L09218
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh manakah Kerajaan bersedia untuk mewujudkan Institut
Hal-Ehwal Parlimen (Institute of Parliamentary Affairs) untuk melatih Ahli-ahli
Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara berkenaan pemahaman
Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Persekutuan/Negeri.

22. PR-1432-L09282
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar
semasa Kerajaan mengenai hal pengeluaran permit eksport untuk pelbagai
jenis pasir dan minta disenaraikan jumlah dan nama pemegang permit ini dan
negeri di mana mereka mengumpul pasir ini.

23. PR-1432-L09077
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kesan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) kepada imbangan dagangan (balance of trade)
negara.

24. PR-1432-L09124
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan perancangan Kerajaan dalam usaha penubuhan Suruhanjaya
Perkhidmatan Parlimen dan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

25. PR-1432-L09766
Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapa pendapatan Tabung Haji pada tahun 2019 dan nyatakan
secara terperinci punca pendapatan tersebut seperti daripada penjualan harta,
keuntungan penjualan saham atau dividen dari syarikat-syarikat anak Tabung
Haji dan sebagainya.

26. PR-1432-L09721
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah implikasi kewangan terhadap pengurusan
Tabung Haji serta pelan tindakan yang sedang dan akan diambil ke atas
Pengelola Jemaah Haji (PJH) disebabkan keputusan pihak Kerajaan tidak
menghantar jemaah haji pada tahun 1441H/2020M.

27. PR-1432-L08769
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan berapa jumlah kanak-kanak yang telah menerima vaksin
pneumococcal dan berapa jumlah yang telah dibayar oleh Kerajaan.
6 AUM DR 13/7/2020

28. PR-1432-L09693
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan penglibatan Malaysia dalam usaha sama sektor
perkhidmatan kesihatan yang dibangunkan dengan negara-negara lain ketika
ini bagi mengekang wabak COVID-19.

29. PR-1432-L10036
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah Kerajaan sedar isu kaum dan agama telah digunakan
semaksima dalam mencatur sentimen politik di negara ini. Bagaiman Kerajaan
hendak membendung perkara tersebut dan apakah Kerajaan berhasrat untuk
menggubal satu rang undang-undang yang berhubungkait dengan pelampau
(extreme) kaum dan agama.

30. PR-1432-L09838
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan secara terperinci berapakah dari jumlah RM280 billion pakej
rangsangan COVID-19 yang diumumkan adalah yang dibiayai dengan
meminjam dan bagaimana kesannya terhadap tahap hutang negara sebagi
peratusan daripada GDP negara kita.

31. PR-1432-L08993
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan dasar Kementerian melantik secara kontrak doktor-doktor muda
akan memberi kesan kepada peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat pakar
seterusnya menjejaskan jumlah doktor pakar pada masa akan datang.

32. PR-1432-L09037
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah
baharu yang telah diperkenalkan bagi meningkatkan lagi hasil pengeluaran
kelapa sawit, dan pendapatan pekerja dalam sektor tersebut.

33. PR-1432-L10035
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh mana
pihak Kementerian serius untuk menggantikan industri kelapa sawit dengan
industri buluh.
AUM DR 13/7/2020 7

34. PR-1432-L09512
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapa jumlah sasaran
aplikasi (yang diluluskan) dari sektor pembuatan untuk penilaian Industri
4WRD, Readiness Assessment (RA) untuk tahun 2020. Bilakah permohonan
untuk RA akan dibuka untuk sektor Perkhidmatan Pembuatan (Manufacturing
Services). Berapa jumlah syarikat yang berjaya memohon dana RA Intervensi
(RA Internvention Fund) dan berapa banyak syarikat yang telah bermula
menerima dana daripada RA Intervention Fund.

35. PR-1432-L09630
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan langkah yang lebih efektif bagi
menarik minat golongan muda dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan
matematik (STEM) selari dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)
negara.

36. PR-1432-L09469
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan kedudukan jumlah aset terkini Tabung Haji. Adakah
benar Kerajaan terdahulu telah menjual banyak aset Tabung Haji dan
membiarkan Tabung Haji dikuasai oleh orang bukan Islam.

37. PR-1432-L08830
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha-usaha bagi
membantu para pekebun kecil persendirian komoditi lada, sawit dan getah
kerana harga komoditi-komoditi tersebut terlalu rendah.

38. PR-1432-L09010
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan 10 perancangan utama untuk mengatasi
pengangguran di kalangan belia dan setakat manakah kejayaannya.
Berapakah data terkini mengikut negeri pengangguran belia dan apakah sebab
utama ia berlaku selain isu COVID-19.
8 AUM DR 13/7/2020

39. PR-1432-L09066
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan memberi penjelasan berkenaan masalah masyarakat
Orang Asli di kawasan Perkampungan Orang Asli Pos Betau dan Pos Pantos di
dalam daerah Kuala Lipis serta di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan yang
menghadapi masalah ekonomi iaitu pendapatan bulanan bagi tanaman kelapa
sawit dan getah mereka mempunyai purata berpendapatan yang mana
sebelum ini mereka memperoleh dividen bulanan sebanyak RM500 ke RM600
sebulan dan kini hanya memperoleh sebanyak kurang dari RM200.00 sebulan.
Apakah jalan penyelesaian Kementerian bagi membantu meningkatkan
pendapatan bulanan mereka.

40. PR-1432-L09900
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah Kementerian dalam meningkatkan
pemasaran kelapa sawit ke luar negara terutamanya ke
negara China ; dan

(b) apakah perancangan Kementerian dalam meningkatkan


keyakinan dan kebolehpasaran kelapa sawit ke Kesatuan
Eropah.

41. PR-1432-L09222
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan :-
(a) statistik warganegara Malaysia yang diberhentikan kerja akibat
COVID-19 mengikut perincian umur, jantina, kaum, dan status
perkahwinan; dan

(b) usaha Kementerian untuk memberi peluang kedua kepada


golongan yang diberhentikan kerja akibat COVID-19 terutama
kepada golongan wanita.

42. PR-1432-L09648
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan pendirian Malaysia terhadap cadangan 'two-state solution' serta
plan 'Deal of the Century' yang dianggap sebagai jalan pintas Israel dan
Amerika Syarikat menormalisasi untuk merampas tanah Palestin
keseluruhannya.
AUM DR 13/7/2020 9

43. PR-1432-L09824
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
alasan Kerajaan baru menarik balik pendakwaan Riza Aziz atas 5 tuduhan
undang-undang anti penyeludupan wang haram yang melihatkan wang haram
lebih kurang USD 248 juga atau RM1.064 bilion.

44. PR-1432-L09847
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah kemajuan penyediaan mekanisme untuk pendaftaran
secara automatik kepada semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas untuk
jadi pengundi sebelum PRU15 .

45. PR-1432-L09584
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
sama ada Ahli-Ahli Kabinet sekarang dikehendaki untuk membuat
pengisytiharan harta secara terbuka dan dipaparkan di laman web SPRM.
Senaraikan Ahli-Ahli Dewan yang belum mengisytiharkan harta kepada Yang
Dipertua Dewan Rakyat dan GIACC/SPRM lanjutan daripada usul yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat pada tahun 2019.

46. PR-1432-L09776
Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah perancangan dan
persediaan pihak Kerajaan bagi menghadapi cubaan untuk mewujudkan
halangan dagangan kepada industri minyak sawit negara oleh negara-negara
dalam Kesatuan Eropah, yang telah mula melobi untuk menetapkan tahap
bahan cemar di dalam minyak sawit menepati tahap 3-monochloropropane diol
(3-MCPD).

47. PR-1432-L09763
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan pendirian Kerajaan sekiranya seramai 6 Ahli Parlimen Perikatan
Nasional yang kini dihadapkan kes dakwaan rasuah di mahkamah, didapati
bersalah.

48. PR-1432-L09837
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meminda
Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan mengharamkan kegiatan lompat parti
yang boleh menyebabkan ktidakstabilan politik dan sekiranya tidak, nyatakan
sebab-sebabnya.
10 AUM DR 13/7/2020

49. PR-1432-L09998
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan komitmen untuk membina sebuah hospital dalam
kawasan Kapar yang mempunyai keperluan terlalu tinggi dengan kepadatan
penduduk seramai lebih 200,00 orang penduduk.

50. PR-1432-L10006
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan dasar pengambilan Ahli-ahli Parlimen dilantik menjadi pengerusi
berbagai syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan kewajaran pelantikan mereka
menggantikan profesional yang ahli dalam bidangnya.

51. PR-1432-L09133
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
jumlah saman mengikut negeri-negeri yang telah dikeluarkan kepada individu
yang merokok di kawasan larangan serta jumlah kutipan denda yang telah
diterima.

52. PR-1432-L09963
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan apakah status aset-aset usang bukan kapal milik
TLDM seperti trak/lori 3 tan yang terlibat dengan kemalangan maut di Ranau
baru-baru ini dan helikopter Super Lynx yang sepatutnya sudah ditukar.

53. PR-1432-L09935
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) bilangan banduan akhir setakat ini mengikut pecahan
kewarganegaraan/ etnik bagi warganegara, jenis tuduhan,
jantina, umur dan bilangan tahun sebagai banduan akhir; dan

(b) apakah perancangan Kerajaan untuk memansuhkan hukuman


gantung mandatori bagi kesalahan dibawah hukuman gantung
mandatori dan bagaimanakah kerajaan berhasrat untuk
memperbaiki “criminal justice system” di negara Malaysia.

54. PR-1432-L09307
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan :-
(a) jumlah majikan yang telah diluluskan di bawah Program
Subsidi Upah dan telah menyalurkan subsidi tersebut tanpa
memberhentikan pekerja; dan
AUM DR 13/7/2020 11

(b) jenis industri yang mempunyai tuntutan tertinggi di bawah


Program Subsidi Upah.

55. PR-1432-L09471
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk
mengenal pasti dan membantu dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri
yang dianggarkan seramai 2.7 juta orang pada tahun 2019 yang terjejas akibat
daripada wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

56. PR-1432-L09213
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada Kerajaan akan memulihkan semula autonomi Parlimen
dengan membentangkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen seperti yang
dijanjikan oleh pentadbiran yang lepas.

57. PR-1432-L09884
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah persediaan yang telah Kementerian
tetapkan jika negara berdepan dengan gelombang kedua COVID-19.

58. PR-1432-L09585
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
sama ada Kerajaan berhasrat untuk meminda undang-undang sedia ada
khasnya Houses of Parliament (Privileges and Powers) Act 1952 untuk
membolehkan prosiding Jawatankuasa Parlimen dijalankan secara terbuka.

59. PR-1432-L09593
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan pelan Kementerian menyokong penghasilan ubat-
ubatan versi generik menerusi perlesenan wajib yang telah dilaksanakan pada
tahun 2019 bagi ubat Hepatitis C, Sofosbuvir, dalam usaha mengurangkan
harga pasaran ubatan terbabit agar ianya dapat diakses oleh semua lapisan
masyarakat terutama golongan B40.

60. PR-1432-L09970
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan berapa jumlah lesen perniagaan yang telah
diluluskan dan dikeluarkan kepada penjaja kecil di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
12 AUM DR 13/7/2020

61. PR-1432-L08948
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan perancangan program pembangunan seperti
menambah baik sistem perparitan bagi menyelesaikan masalah banjir kilat di
kawasan kampung di Wangsa Maju.

62. PR-1432-L09093
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
langkah–langkah yang diambil oleh Kementerian sebagai persediaan kepada
pembukaan sektor pengangkutan udara dan industri pelancongan mengikut
SOP dalam fasa pemulihan COVID-19 di Malaysia agar ianya tidak dilihat
merencatkan pemulihan industri pelancongan.

63. PR-1432-L09105
Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan situasi program
Selamatkan Harimau Malaya di mana Harimau merupakan simbol kegagahan
serta kebanggaan negara kita. Hidupan liar negara kita, terutamanya Harimau
Malaya dan tenggiling diancam kepupusan. Apakah langkah-langkah Kerajaan
dalam menangani gejala perdagangan haram hidupan liar di Malaysia,
terutamanya perdagangan atas talian. Bilakah undang-undang yang sedia-ada
akan diperkukuhkan.

64. PR-1432-L09321
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan kadar kemiskinan terkini serta status penyemakan
semula pendapatan garis kemiskinan (PGK) supaya lebih menggambarkan
maslah kemiskinan sebenar masyarakat Malaysia.

65. PR-1432-L09959
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah Kerajaan akan melantik skim-skim profesional
seperti doktor (U), jurutera (J) dan guru (DG) sebagai Ketua Setiausaha
Kementerian (KSU) di Kementerian berkenaan berdasarkan prestasi mereka
yang sangat memberangsangkan seperti yang ditunjukkan oleh Ketua
Pengarah Kesihatan.
AUM DR 13/7/2020 13

66. PR-1432-L09165
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan langkah-langkah bagaimana Kerajaan menangani masalah
pengurangan pendapatan negara daripada hasil petroleum akibat kejatuhan
harga minyak mentah dunia.

****************************
14 AUM DR 13/7/2020

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri Dalam Negeri akan mencadangkan :-

"Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya


selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui
lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh
dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak
pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau-bilau di
jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru-hara di
Bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini, dan
Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada
Ketua Polis Negara yang tersebut itu."

2. Perdana Menteri akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk Tuan Yang di-
Pertua, Yang Berhormat Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof
mengosongkan jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi
jawatan Tuan Yang di-Pertua."

3. Perdana Menteri akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk Timbalan Yang di-
Pertua, Yang Berhormat Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Teluk Intan
mengosongkan jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi
jawatan Timbalan Tuan Yang di-Pertua."

4. Perdana Menteri akan mencadangkan :-

"Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 76, Peraturan-


Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya mohon mencadangkan
supaya Ahli Yang Berhormat berikut :

(1) Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali, Ahli Parlimen
Gombak;

(2) Yang Berhormat Dato' Seri Hamzah bin Zainudin, Ahli Parlimen Larut;

(3) Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Ahli Parlimen
Bagan Datuk;

(4) Yang Berhormat Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof, Ahli Parlimen Petra
Jaya;
AUM DR 13/7/2020 15

(5) Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang, Ahli Parlimen
Marang; dan

(6) Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Port
Dickson.

dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih di bawah Peraturan Mesyuarat


76 untuk tempoh Parlimen Keempat Belas, bagi menggantikan Ahli-Ahli
Yang Berhormat seperti berikut:

(1) Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Ahli
Parlimen Pagoh;

(2) Yang Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli Parlimen Bera;

(3) Yang Berhormat Dato' Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Ahli
Parlimen Pandan;

(4) Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Ahli Parlimen Kota
Raja;

(5) Yang Berhormat Datuk Ignatius Darell Leiking, Ahli Parlimen


Penampang; dan

(6) Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras. "

5. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] akan


mencadangkan:-

"Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, demikian bunyinya:-

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam


Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu
ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan
berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
semasa membuka Penggal Ketiga, Parlimen Yang Keempat Belas. "
16 AUM DR 13/7/2020

6. ( D.R 37/2019 ) Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) Bacaan Kali


2019 Yang Kedua
[ Menteri Kesihatan ]

7. ( D.R 42/2019 ) Rang Undang-Undang Perlembagaan "


(Pindaan) (No. 2) 2019
[ Perdana Menteri ]

8. ( D.R. 25/2019 ) Rang Undang-Undang Suruhanjaya "


Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019
[ Perdana Menteri ]

9. PR-1432-UL064
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] akan
mencadangkan :-

"BAHAWA mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), maka Penyata


Jawatankuasa Pilihan yang dibentangkan di atas meja Mesyuarat di dalam
Dewan ini sebagai Kertas DR.10 Tahun 2019 hendaklah diterima dan
dipersetujukan."

10. PR-1432-U(27)116
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat menggesa usul kewarganegaraan. Menyedari
hakikat bahawa terdapat pelbagai pengakuan melalui sesi-sesi
pendengaran awam oleh pelbagai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
tentang penglibatan mereka dalam pemberian kad-kad pengenalan secara
haram di Sabah dan menerima laporan pelbagai kajian di Sabah yang
mendapati pengakuan responden pernah membayar pegawai-pegawai
Jabatan Pendaftaran sebagai sogokan untuk mengeluarkan kad-kad
pengenalan secara haram dan menerima hakikat bahawa terdapat kadar
pertumbuhan yang sangat luar biasa di negeri Sabah yang dengan
sendirinya membuktikan bahawa adanya pemberian kad-kad pengenalan
secara haram dan rasuah. Dan menerima hakikat bahawa Ketua Audit
Negara Tahun 2018 telah melaporkan bahawa terdapat 100,000
pelancong daripada negara China dan India yang datang ke negara ini
tetapi didapati tidak ada rekod balik ke negara asal. Dan demi untuk
membersihkan daftar penduduk warganegara Malaysia di Sabah maka
Dewan Yang Mulia ini dengan ini membuat keputusan bahawasanya kad-
kad pengenalan yang ada sekarang hendaklah ditukar dengan kad-
pengenalan yang baru di mana setiap penduduk yang mempunyai kad
pengenalan hendaklah memohon untuk mendapatkan kad-pengenalan
yang baru ini dengan menggunakan dokumen-dokumen seperti surat atau
sijil beranak yang sahih."

[ Perdana Menteri ]
AUM DR 13/7/2020 17

11. PR-1432-U(27)114
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-
"Kerajaan supaya mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat
berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar
meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 63
tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling
memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan
ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku
Malaysia Baharu selepas PRU 14."
[ Menteri Perpaduan Negara ]

12. PR-1432-U(27)115
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-
"Kerajaan memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan seluruh negara
supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih
dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan
melakukan pungutan suara antara rakyat."
[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

13. PR-1432-U(27)119
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memberi
penjelasan dari mana diperoleh peruntukan mengurus dan merangsang
ekonomi semasa pandemik COVID-19 hingga sekarang yang berjumlah
lebih dari RM250 bilion itu. Ini adalah kerana peruntukan ini melebihi
kemampuan kewangan negara yang dianggarkan sekitar RM200 bilion
sahaja. Kerajaan Pakatan Harapan dahulu pula menyatakan bahawa
kedudukan kewangan Kerajaan adalah kritikal dengan hutang negara
melebihi RM1 trilion."
[ Menteri Kewangan ]
18 AUM DR 13/7/2020

14. PR-1432-U(27)120
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya merancang
pembinaan jeti Kuala Perlis yang baru kerana pada masa ini jeti tersebut
mengalami mendapan yang tinggi (6 meter setahun) dan telah
mengganggu kelancaran perjalanan feri-feri penumpang, kapal-kapal
kargo dan bot-bot ikan yang mana telah menjejaskan ekonomi negara.
Pembinaan jeti ini dicadang dibina 3km dari muara Kuala Perlis yang juga
boleh berfungsi sebagai halangan kepada kemasukan penyeludup-
penyeludup dan pendatang asing tanpa izin. Jeti ini juga boleh berfungsi
sebagai sempadan di lautan."
[ Menteri Pengangkutan ]

15. PR-1432-U(27)121
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membuka semula
'Free Flow 2KM ' di sempadan Wang Kelian Perlis bagi menjana
perkembangan ekonomi yang sebelum ini amat rancak sebelum ditutup
sepenuhnya pada tahun 2008. Semasa adanya “Free Flow” ini, Wang
Kelian merupakan satu destinasi pelancongan yang amat meriah dan
telah memberi ruang kepada peniaga-peniaga kecil di Perlis dan juga
Selatan Thailand."
[ Menteri Dalam Negeri ]

16. PR-1432-U(27)122
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memberi
penjelasan terhadap kedudukan pelancong-pelancong yang datang ke
Malaysia dan telah luput tarikh visa lawatan mereka, berapa jumlah
mereka yang telah tamat tempah visa lawatan, apakah usaha-usaha untuk
menjejaki mereka dan berapa jumlah mereka yang telah dihantar pulang
ke negara masing-masing serta berapa pula yang masih berada dalam
negara."
[ Menteri Dalam Negeri ]
AUM DR 13/7/2020 19

17. PR-1432-U(27)123
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memberi
penjelasan terhadap Kapal Coast Guard China yang berlabuh di Beting
Patinggi Ali sejak tahun 2013 lagi di mana kawasan tersebut merupakan
kawasan perairan Malaysia yang memberi implikasi bahawa satu
pencerobohan telah berlaku keatas kedaulatan negara di samping
menjejaskan aktiviti-aktiviti cari gali minyak dan juga perikanan rakyat kita.
Ia juga memberi implikasi sebuah negara besar sedang membuli negara
kita."
[ Menteri Pertahanan ]

18. PR-1432-U(27)124
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya Akta
Pengangkutan Jalan (APJ 1987) dipinda bagi membolehkan pesalah-
pesalah pemandu mabuk yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau
dadah dan menyebabkan kematian agar dimasukkan klausa memberi
hukuman setimpal seperti hukuman mati jika telah menyebabkan
kematian."
[ Menteri Pengangkutan ]

19. PR-1432-U(27)126
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya satu peraturan
baru diperkenalkan bagi menangani dan mengawal aktiviti pembalakan di
negeri-negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pembalakan
yang tanpa kawalan telah menyebabkan bencana alam yang sering terjadi
saban tahun seperti hakisan tanah, banjir dan ketidakseimbangan kepada
ekosistem negara."
[ Menteri Alam Sekitar Dan Air ]

20. PR-1432-U(27)127
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya diwujudkan pusat
benih padi khusus di kawasan utara khasnya di Arau, Perlis bagi
membekalkan benih-benih padi yang bermutu tinggi dan mencukupi serta
membolehkan penyelidikan yang agresif dibuat bagi menghasilkan benih
padi baru."

[ Menteri Pertanian Dan Industri Makanan ]


20 AUM DR 13/7/2020

21. PR-1432-U(27)128
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya menyediakan
perancangan, peruntukan dan prasarana kepada pelajar-pelajar universiti,
kolej, STPM dan SPM bagi menghadapi kaedah pembelajaran alaf baru
seperti pembelajaran dalam talian dan menggunakan media elektronik. Ini
bagi memboleh dan mendedahkan mereka ke alam teknologi siber dan e-
pembelajaran yang semakin berkembang yang seterusnya memerlukan
guru-guru yang terlatih dalam pendidikan alaf baru."
[ Menteri Pendidikan ]

22. PR-1432-U(27)125
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan mengisytiharkan kadar
pengangguran semasa yang dijangka akan mencecah sehingga 5% dari
jumlah tenaga kerja dan apakah perancangan-perancangan khusus
Kerajaan bagi menangani kadar pengangguran yang agak tinggi ini.
Dengan kadar pengangguran yang tinggi ini ditambah pula dengan jumlah
golongan B40 yang juga tinggi boleh memberikan implikasi yang tidak
sihat pada ekonomi negara."
[ Perdana Menteri ]

23. PR-1432-U(27)117
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat menggesa agar Kerajaan meneliti serta mengkaji
suatu kaedah baru untuk meningkatkan keselamatan kad pengenalan
serta pasport antarabangsa agar ianya tidak mudah untuk sedikit
melakukan pemalsuan dokumen tersebut. Menurut laporan yang
dikeluarkan Ketua Audit Negara 2018 (Siri 2) bulan Disember 2019
terdapat lebih 100 ribu orang warga asing tiada rekod keluar dari Malaysia
dan masih berada dalam negara. daripada laporan audit tersebut terdapat
seramai 76,258 orang pelancong China dan 39,806 orang pelancong India
tiada rekod keluar dari Malaysia dan masih berada dalam Malaysia.
Dengan kebanjiran warga asing tanpa kawalan dan penjualan dokumen
MyKad serta Sijil Kelahiran, membuatkan keselamatan negara berada
dalam keadaan yang amat merbahaya."

[ Menteri Dalam Negeri ]


AUM DR 13/7/2020 21

24. PR-1432-U(27)118
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan Rakyat menggesa agar Kerajaan menghantar pulang
semua pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing berdokumen
yang telah tamat tempoh ke negara masing-masing bagi menjamin
peluang pekerjaan yang melibatkan rakyat tempatan. Sebelum ini
Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) telah mengeluarkan
kenyataan bahawa majikan-majikan di negara ini bakal mengurangkan
tenaga pekerja sebanyak 50 peratus, justeru keutamaan bagi
mengekalkan tenaga kerja perlu tertumpu ke arah pekerja tempatan.
Berdasarkan Akta Pekerja 1955, jika berlaku sebarang pengurangan
tenaga pekerja oleh pihak majikan, perkhidmatan pekerja asing yang
harus ditamatkan terlebih dahulu dan majikan harus mendahului keperluan
pengekalan tenaga kerja tempatan. Bagi mengisi kekosongan pekerjaan
yang ditinggalkan pekerja asing , Kerajaan perlu mendaftarkan semula
tenaga kerja tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut dengan
pekerja-pekerja tempatan yang telah diberhentikan kerja oleh majikan-
majikan dari negara luar seperti Singapura semasa tempoh COVID-19.
Langkah Kerajaan menghantar pulang PATI dan pekerja asing ke negara
masing-masing adalah tepat kerana tindakan itu bukan sahaja dapat
menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, bahkan dapat
mengawal penularan wabak COVID-19 daripada tidak terkawal."
[ Menteri Sumber Manusia ]

25. PR-1432-U(27)129
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad [ Langkawi ] akan mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi
kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut
Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3),
dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan
resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri
Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak
mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat."
[ Perdana Menteri ]
22 AUM DR 13/7/2020

26. PR-1432-U(27)132
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] akan
mencadangkan :-
"Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Ahli Yang Berhormat bagi
kawasan Pasir Puteh untuk mencadangkan ucapan setinggi-tinggi tahniah
atas perlantikan Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin
Haji Muhammad Yassin, Ahli Parlimen Pagoh, sebagai Perdana Menteri
Malaysia Yang Ke-8 dan menyatakan kepercayaan penuh terhadap
kepimpinan beliau dan berikrar akan memberikan kerjasama dan
sokongan sepenuhnya kepada beliau bagi melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya."
[ Perdana Menteri ]

27. PR-1432-U(27)131
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] akan
mencadangkan :-
"Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan-
peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Dewan ini mengambil
ketetapan-ketetapan berikut :

Bahawasanya Dewan ini, mengalu-alukan dan menyanjung tinggi serta


mengucapkan tahniah atas pelantikan YAB Ahli Parlimen Pagoh sebagai
Perdana Menteri Malaysia Ke-8;

Bahawasanya pelantikan ini akan menyerlah lagi kepemimpinan dan


menonjolkan keupayaan YAB Parlimen Pagoh sebagai pemimpin negara
dengan ciri dan gaya kepimpinan yang dihormati, penyayang serta
perihatin terhadap rakyat;

Bahawasanya YAB Ahli Parlimen Pagoh telah menunjukkan kemampuan


kepimpinan yang gemilang dalam menangani pendemik COVID-19 yang
melanda negara ini serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap
kebajikan rakyat negara ini dengan melaksanakan Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN);

Bahawasanya YAB Ahli Parlimen Pagoh telah mencetuskan idea dan


menggerakkan pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat pendemik
COVIC-19 melalui inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA);

Dengan ini, semua Ahli Dewan Rakyat mengambil ketetapan dan berikrar
serta berjanji memberi komitmen, kesetiaan yang tidak berbelah-bagi dan
kepercayaan penuh terhadap YAB Ahli Parlimen Pagoh selaku Perdana
Menteri Malaysia; dan
AUM DR 13/7/2020 23

Dengan ini, bahawasanya Dewan ini berdiri teguh serta menyokong


sepenuhnya pelantikan dan kepimpinan YAB Ahli Parlimen Pagoh sebagai
Perdana Menteri Malaysia Ke-8."
[ Perdana Menteri ]

28. PR-1432-U(27)130
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] akan mencadangkan :-
"Bahawa mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 27(1) dibaca
bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan-Peraturan Mesyuarat
Dewan Rakyat, Dewan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut :

Bahawanya Dewan ini mengalu-alukan pelantikan YAB Ahli Parlimen


Pagoh sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8 dan mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah;

Bahawasanya YAB Ahli Parlimen Pagoh telah menunjukkan kemampuan


kepimpinan yang amat cemerlang dalam menangani pendemik COVID-19
yang melanda negara ini serta memberikan komitmen yang tinggi
terhadap kebajikan rakyat dengan melaksanakan Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN);

Bahawanya YAB Ahli Parlimen Pagoh telah menggerakkan pemulihan


ekonomi negara yang terkesan akibat pendemik COVID-19 dan
mengambil tindakan yang tepat melalui inisiatif di bawah Pelan Jana
Semula Ekonomi Negara (PENJANA);

Bahawasanya pelantikan ini akan menyerlahkan lagi kepimpinan YAB


Parlimen Pagoh sebagai pemimpin negara dengan ciri dan gaya
kepemimpinan yang penyayang, prihatin dan dihormati rakyat;

Dengan ini, semua Ahli Dewan Rakyat mengambil ketetapan dan berikrar
serta memberikan kesetiaan yang tidak berbelah-bagi dan kepercayaan
sepenuhnya terhadap kepimpinan YAB Ahli Parlimen Pagoh sebagai
Perdana Menteri."
[ Perdana Menteri ]
24

PERTANYAAN-PERTANYAAN BUKAN JAWAB LISAN

1. PR-1432-T03639
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan perkembangan laporan akhir Jawatankuasa Khas
Kajian Hukuman Gantian Mandatori.

2. PR-1432-T03640
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah
pelan strategik bagi meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) untuk aliran
modal jangka panjang.

3. PR-1432-T03641
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan apakah tindakan segera bagi mengesan tekong-
tekong tempatan yang disyaki bersubahat dalam kes penyeludupan PATI
dalam negara.

4. PR-1432-T03642
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah pelan jangka masa panjang
Kementerian dalam meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi negara
setaraf dengan institusi pengajian tinggi peringkat global.

5. PR-1432-T03644
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah hasrat Kementerian
untuk mempertimbangkan Akta Anti Berita Tidak Benar diperkenalkan semula
bagi membendung gejala penyebaran berita palsu khususnya di media sosial.

6. PR-1432-T03661
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan bilakah konsesi tol Bentong dan Gombak akan
berakhir dan berapa jumlah kutipan yang telah dipungut oleh syarikat yang
mendapat konsesi ini semenjak ia dimulakan.
25

7. PR-1432-T03662
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) apakah tindakan terhadap hotel-hotel yang tidak
membenarkan pekerja wanita bertudung serta adakah pihak
Kementerian mengeluarkan garis panduan untuk pihak hotel
terhadap perkara tersebut ; dan

(b) senarai hotel yang patuh syariah dan restoran/ hotel yang
mendapat sijil halal daripada JAKIM.

8. PR-1432-T03663
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan berapa perbezaan jumlah pesakit yang positif HIV
hasil hubungan sejenis dan HIV hasil daripada penzinaan.

9. PR-1432-T03664
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan secara terperinci :-
(a) senarai aset negara yang telah dijual dari Jun 2018 sehingga
Februari 2020; dan

(b) jumlah harga penjualan dan pemilik baharu serta ke manakah


hasil penjualan aset ini di belanjakan.

10. PR-1432-T03665
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan :-
(a) berapa jumlah perbelanjaan untuk kesemua penjara di
Malaysia untuk tahun 2017, 2018 dan 2019; dan

(b) berapa jumlah banduan akhir yang menunggu hukuman mati


serta berapa lamakah tempoh menunggu.

11. PR-1432-T03776
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan komitmen untuk menambah baik infrastruktur
kesemua klinik kesihatan dalam Parlimen Kapar yang semakin hari menerima
jumlah pesakit yang tinggi.

12. PR-1432-T03777
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan apakah terdapat kursus pendek dalam mempersiapkan
lepasan sekolah dalam bidang industri bertaraf separuh mahir dalam bidang
pembuatan dan perkhidmatan.
26

13. PR-1432-T03778
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan langkah Kementerian untuk mengawal syarikat yang
tidak mematuhi syarat gaji minima.

14. PR-1432-T03779
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan langkah Kementerian untuk memberi peluang
pekerjaan kepada pekerja tempatan sebelum diambil pekerja asing.

15. PR-1432-T03780
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan langkah Kementerian mengawal selia syarikat-syarikat
yang tidak mahu mengambil pekerja tempatan dan mengisi jawatan tersebut
dengan pekerja asing.

16. PR-1432-T03347
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan 10 langkah utama yang sudah
dan akan diambil bagi mentransformasikan rakyat di luar bandar kepada
golongan berpendapatan tinggi serta 10 langkah utama untuk menjadikan
sekitar 20 ribu kampung seluruh negara menjadi kawasan yang produktif,
indah, kaya dan lestari untuk didiami sekali gus menjadi pusat-pusat
pertumbuhan baru yang moden namun berakar tradisi.

17. PR-1432-T03349
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan senaraikan semua syarikat di bawah Menteri
Kewangan Diperbadankan (MKD) dan nyatakan prestasi setiap syarikat-
syarikat itu. Berapa yang sudah dijual, diswastakan serta syarikat baru wujud
selepas PRU14 dan adakah penjualan/penswastaan (jika ada) dibuat secara
rundingan terus atau secara terbuka.

18. PR-1432-T03351
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan bilakah jalan dari bandar Pontian ke Pekan Tampok dan
dari Bandar Benut ke Tol Simpang Renggam akan dibesarkan dan
disempurnakan keseluruhannya lorong untuk laluan motosikal. Berapa kos
untuk melaksanakan, bila akan dilaksanakan dan tarikh dijangka ianya
disiapkan.
27

19. PR-1432-T03352
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan agar meluluskan pembesaran Hospital Daerah
Pontian yang kini amat diperlukan serta sudah pun diumumkan kelulusannya
oleh Kerajaan BN sebelum ini tetapi tidak diteruskan oleh Kerajaan PH.
Nyatakan perancangan pembesaran itu, kos yang terlibat dan tahun ianya akan
disiapkan.

20. PR-1432-T03354
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan senarai kes secara terperinci serta tindakan yang sudah
diambil kepada penghinaan terhadap ajaran Islam, Al-Quran, Nabi Muhammad,
tulisan Jawi, masjid/surau sejak selepas PRU14. Apakah 10 langkah utama
yang telah diambil dan nyatakan keberkesanannya.

21. PR-1432-T03647
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan status aset milik Tabung Haji yang masih dipegang dan diuruskan
oleh Urusharta Jemaah Sdn. Bhd (UJSB).

22. PR-1432-T03648
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan status pelaksanaan Akta Profesion Guaman Syarie dan sejauh
manakah pelaksanaannya di peringkat negeri-negeri selain Wilayah
Persekutuan.

23. PR-1432-T03649
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah status dan perancangan berkaitan
penyambungan perkhidmatan pembentungan khususnya di kawasan luar
bandar.

24. PR-1432-T03652
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan pelan strategik pihak Kementerian
dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara mencukupi dan terjamin
semasa dunia menghadapi wabak COVID-19 dan krisis iklim.
28

25. PR-1432-T03653
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
secara terperinci apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada golongan fakir
miskin, OKU dan gelandangan ketika negara berhadapan dengan wabak
COVID-19.

26. PR-1432-T03701
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-
(a) senarai penyumbang dan penderma berjumlah RM20,000 ke
atas setahun kepada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)
dari 2010 hingga 2018; dan

(b) senarai 25 penerima bayaran terbesar (samada bayaran


kontrak, perkhidmatan atau sumbangan) daripada YWP untuk
setiap tahun dari 2010 hingga 2018.

27. PR-1432-T03702
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan yang diperlukan untuk membaik
pulih sepenuhnya bangunan-bangunan sekolah, mengikut kawasan Parlimen.

28. PR-1432-T03704
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan anggaran jumlah
unit rumah yang diperlukan bagi kategori Projek Perumahan Rakyat, rumah kos
rendah serta rumah kos sederhana mengikut negeri.

29. PR-1432-T03706
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan jumlah peruntukan yang diperlukan untuk membaik
pulih sepenuhnya bangunan-bangunan sekolah, mengikut kawasan Parlimen.

30. PR-1432-T03709
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan semua projek dan peruntukan yang telah diluluskan
Kementerian bagi setiap kawasan Parlimen bagi tahun 2018 dan 2019.
29

31. PR-1432-T03721
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh mana
dakwaan mengenai harga hartanah akan mengalami penurunan harga pasca
COVID-19. Dan apakah unjuran keadaan pasaran hartanah separuh tahun
kedua ini serta untuk tahun hadapan.

32. PR-1432-T03722
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan sehingga Julai 2020 berapa jumlah
pengangguran yang telah dicatat dan sektor manakah yang mencatat jumlah
pembuangan kerja tertinggi. Serta sejauh mana Sistem Insurans Pekerjaan
(SIP) telah berjaya memanfaatkan individu yang terjejas.

33. PR-1432-T03723
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI TENAGA
DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha Kementerian dalam
membantu pengusaha zoo di Semenanjung Malaysia yang terjejas teruk dari
segi ekonomi hingga mengakibatkan kebajikan hidupan liar turut terganggu
akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksanakan baru-baru ini.

34. PR-1432-T03724
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan adakah terdapat sebarang garis panduan yang
dikeluarkan pihak Kementerian kepada pengusaha tadika swasta berkaitan
peratusan maksimum yuran bulanan yang boleh dikutip sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan memandangkan majoriti ibu bapa masih perlu
membayar yuran bulanan yang tinggi walaupun tiada sesi persekolahan .

35. PR-1432-T03725
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah pandemik COVID-
19 memberi kesan kepada operasi syarikat 'start-up' yang mendapat
pembiayaan daripada agensi-agensi pembiaya di bawah MOSTI dan apakah
bentuk bantuan yang telah disalurkan.

36. PR-1432-T03400
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 merupakan
Rangka Rancangan Jangka Panjang negara dan adakah ianya akan diteruskan
Kerajaan.
30

37. PR-1432-T03401
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PERPADUAN NEGARA menyatakan dasar Kementerian dalam menangani
masalah perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum berikutan
penggunaan media sosial yang tinggi di negara ini di mana netizen bebas
melontarkan pelbagai pandangan dan pendapat yang belum tentu benar atau
tepat.

38. PR-1432-T03402
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan rancangan Kerajaan bagi menjadikan TVET sebagai
program pilihan pertama dan tidak dijadikan sebagai pilihan kedua para pelajar
serta tahap keberkesanan program ini yang mampu melahirkan generasi
pelajar mentaliti kelas pertama dan kebolehpasaran yang mampu bersaing di
peringkat tempatan dan global.

39. PR-1432-T03403
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah peratus ekuiti terkini mengikut kaum serta langkah-langkah
yang diambil Kerajaan untuk meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera agar
selaras dengan komposisi kaum.

40. PR-1432-T03404
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan adakah Kementerian mempunyai perancangan bagi memperluas
model Sekolah Wawasan berkonsepkan perpaduan ke seluruh negara agar
matlamat penyatuan pelbagai kaum yang bermula di sekolah dapat
direalisasikan.

41. PR-1432-T03629
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan tarikh dan proses penguatkuasaan Akta Profesion Guaman Syarie
(Wilayah Persekutuan) 2019 yang sudahpun diluluskan sejak tahun lepas serta
langkah-langkah holistik penyeragaman akta ini di semua negeri seluruh
Malaysia.

42. PR-1432-T03630
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk memisahkan
dua jawatan iaitu Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan
Ketua Hakim Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia bagi membantu
pembahagian tugas.
31

43. PR-1432-T03631
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan penjelasan mengenai dasar penahanan orang Rohingya atau
pelarian lain serta pemohon suaka yang ditahan di depoh imigresen untuk
tempoh yang tidak ditentukan, memandangkan mereka tidak boleh dihantar
pulang berdasarkan prinsip 'non-refoulemont'.

44. PR-1432-T03632
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan dasar terkini sistem serta proses penempatan guru baharu serta
proses permohonan pemindahan guru lama yang lebih sistematik, cekap dan
bersifat keakraban keluarga di kalangan guru yang bertugas di tempat
berasingan antara suami isteri.

45. PR-1432-T03633
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan usaha Kerajaan dalam melibat urus serta mengadakan hubungan
dengan NGO Islam arus perdana seperti UMMAH, PEMBELA, Persatuan
Pegguna Islam Malaysia dan sebagainya dalam usaha untuk mengangkat
martabat dan kualiti umat Islam dalam pelbagai sudut kehidupan.

46. PR-1432-T03415
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan :-
(a) status laporan siasatan kebakaran yang berlaku di Hospital
Sultanah Aminah pada tahun 2016 ; dan

(b) apakah tindakan lanjut yang telah diambil berdasarkan laporan


tersebut bagi mengelakkan kejadian yang sama daripada
berulang.

47. PR-1432-T03416
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) kedudukan kewangan terkini Perbadanan PR1MA Malaysia
(PRIMA) bagi menyiapkan projek-projek yang sedang berjalan
; dan

(b) rancangan Kerajaan untuk terus menawarkan perumahan


mampu milik terhadap rakyat susulan pembatalan 56 fasa
projek PR1MA yang telah diumumkan sebelum ini.
32

48. PR-1432-T03417
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan senarai tender yang telah diberikan secara
rundingan terus oleh setiap Kementerian sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

49. PR-1432-T03418
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan senarai kontraktor kelas G1 dan G2 yang telah
mendapat tawaran bagi melaksanakan projek-projek kecil serta nilai setiap
projek seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin
dengan anggaran keseluruhan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

50. PR-1432-T03419
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah terdapat keperluan untuk menyemak kembali
bayaran fi sebanyak RM4 (bagi setiap akuan) yang dikenakan untuk
menandatangani surat akuan berkanun oleh Pesuruhjaya Sumpah.

51. PR-1432-T03487
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan jumlah subsidi yang telah disalurkan untuk penerbangan
MASwings sejak ia mula beroperasi di Sarawak dan senaraikan pecahan
subsidi untuk setiap tahun sehingga 2019 dan anggaran untuk tahun 2020
memandangkan sektor penerbangan terjejas susulan impak COVID-19.

52. PR-1432-T03488
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah permohonan taraf kewarganegaraan yang melebihi tempoh
masa 1 tahun dan langkah yang telah/akan diambil untuk mengendali
permohonan tersebut serta tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan
kes-kes permohonan yang belum menerima keputusan.

53. PR-1432-T03489
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan jumlah rumah Program Perumahan Rakyat
Miskin Tegar (PPRT) yang telah dibina atau dibaiki di kawasan Parlimen
Lanang sejak PPRT diperkenalkan sehingga sekarang dan berapa kos yang
terlibat. Berapakah lagi yang dalam perancangan dan apakah kriteria untuk
mendapatkan rumah berkenaan.
33

54. PR-1432-T03490
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan status penggubalan dan penambahbaikan Rang Undang-Undang
Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan
langkah tambahan Kerajaan untuk meningkatkan soal kebajikan dan hak
anggota polis dan keluarga mereka.

55. PR-1432-T03491
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah status siasatan dan langkah-langkah yang telah diambil
berkenaan laporan polis no. MUKAH/000315/20 yang bertarikh 28 Januari 2020
dan kenapa tiada tindakan yang diambil sehingga kini.

56. PR-1432-T03405
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan pecahan anggaran pendapatan negara 2020
(selepas COVID-19 melanda) yang disemak semula (berbanding anggaran
dalam penyediaan Bajet 2020) serta nyatakan butiran yang mempunyai varians
melebihi 10%.

57. PR-1432-T03406
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah penerima dan pecahan nilai MySalam bagi
M40 dan B40 seperti manfaat one-off bagi penyakit kritikal dan manfaat
hospitalisasi.

58. PR-1432-T03407
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan perancangan Khazanah Nasional mengenai masa
depan Malaysia Aviation Group (MAG). Mengapa Khazanah Nasional melantik
juru perunding luar negara bagi melihat perancangan mergers and acquisition
(MAG).

59. PR-1432-T03408
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah keseluruhan bayaran hutang yang perlu
dibayar bagi pihak 1MDB dan SRC International. Berapa banyak yang sudah
dibayar sehingga kini dan jadual bayaran setiap tahun sehingga selesai.
34

60. PR-1432-T03409
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh mana
kejayaan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Perbadanan
PR1MA Malaysia (PR1MA) dalam menyediakan keperluan perumahan mampu
milik kepada rakyat Malaysia khususnya kelompok M40 dan B40. Nyatakan
bilangan rumah yang telah disiapkan dan kategori rumah tersebut (kos
sederhana, kos rendah) serta lokasinya.

61. PR-1432-T03782
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah permohonan daripada
golongan petani, penoreh getah, pekebun kecil dan nelayan yang mendapat
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan berapa
jumlah permohonan yang berjaya serta nyatakan alasan permohonan ditolak.

62. PR-1432-T03785
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan jumlah pemohon daripada golongan pemandu
teksi, pemandu e-hailing, pemandu pelancong dan penarik beca yang
mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Sara Hidup (BSH)
dan berapakah jumlah permohonan yang berjaya. Nyatakan alasan
permohonan ditolak.

63. PR-1432-T03787
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan berikutan berleluasanya kes-kes kemalangan
jalan raya akibat pemandu mabuk :-
(a) apakah statistik terkini kes yang melibatkan kemalangan
pemandu mabuk dan kematian akibatnya; dan

(b) apakah Kerajaan akan mengemukakan rang undang-undang


baru atau meminda rang undang-undang sedia ada bagi
menangani masalah pemandu mabuk.

64. PR-1432-T03790
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan status terkini keluasan tanah-tanah rizab Melayu yang kekal, yang
dibangunkan dan yang terjual mengikut pecahan negeri-negeri dan sejauh
mana Kerajaan bertindak menggantikan tanah yang ditukar status daripada
yang asal.
35

65. PR-1432-T03791
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan anggaran bilangan pekerja tempatan yang hilang pekerjaan di
negara ini akibat penularan COVID-19 dan menyatakan langkah-langkah yang
diambil Kerajaan dalam mengatasi masalah mereka.

66. PR-1432-T03534
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dasar-
dasar pendidikan terutamanya berkenaan pendidikan kanak-kanak yang tidak
mempunyai dokumen peribadi yang lengkap oleh kerana salah seorang ibu
bapa adalah rakyat bukan warganegara.

67. PR-1432-T03535
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan barangan subsidi serta
Standard Operating Procedure (SOP) pengangkutan bahan api serta barang-
barang keperluan lain tahun 2020 untuk kawasan pedalaman Sarawak dan
Sabah dan nyatakan status pelaksanaan program ini setakat ini.

68. PR-1432-T03536
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan apakah rancangan penyelenggaraan pihak Kementerian
berkenaan jalan yang telah siap dibina di bawah Program Naik taraf Jalan di
pedalaman Sarawak yang kini telah rosak. Nyatakan strategi penyelenggaraan
jalan-jalan tersebut yang kini terabai.

69. PR-1432-T03430
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan usaha-usaha yang telah dan akan dilakukan oleh Kementerian
untuk meningkatkan tahap kawalan dan langkah pencegahan bagi
membendung wabak COVID-19 di dua pintu masuk sempadan yang terdapat di
Pengerang iaitu di Tanjung Pengelih dan Tanjung Belungkor, serta saringan
terhadap pekerja asing di Rapid Pengerang.

70. PR-1432-T03431
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-langkah
Kementerian termasuk garis panduan yang digunakan untuk mengatasi
masalah anjing liar yang membahayakan orang awam dan apakah terdapat
rancangan untuk merangka atau menambah baik undang-undang/prosedur
sedia ada supaya anjing-anjing liar ditangkap dengan cara yang betul dan
diuruskan dengan baik.
36

71. PR-1432-T03432
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi menyelesaikan isu
berkenaan hak tanah adat Orang Asli yang masih tidak selesai dan diceroboh
serta apakah kelewatan dalam menyelesaikan isu ini walaupun hak mereka
termaktub dalam Perlembagaan, Kanun Tanah Negara, Akta Peralihan Hak
Atas Tanah dan Akta Orang Asli serta apakah status Pelan Pembangunan
Nasional Orang Asli yang diumumkan sebelum ini.

72. PR-1432-T03433
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang dirangka oleh
Kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di Projek Refinery And
Petrochemical Integrated Development Project (RAPID) Pengerang supaya
tiada kemalangan menyebabkan kematian (fatality) berulang dan dapat
mengurangkan risiko kepada penduduk setempat.

73. PR-1432-T03434
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
apakah status terkini pelaksanaan Pelan Strategi Kebangsaan berkenaan
perkahwinan bawah umur.

74. PR-1432-T03738
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa jumlah penerima Bantuan
Prihatin Nasional yang telah memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

75. PR-1432-T03739
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan jangka
pendek dan jangka panjang Kementerian mengenai persekolahan bagi pelajar
yang bukan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM.

76. PR-1432-T03740
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah terkini kes jenayah
kemalangan pemandu mabuk semasa Perintah Kawalan Pergerakan COVID-
19 dilaksanakan.
37

77. PR-1432-T03741
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) berapakah jumlah bilangan pekerja yang telah kehilangan
pekerjaan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19
mengikut negeri; dan

(b) apakah perancangan Kementerian dalam menangani isu


kehilangan pekerjaan yang semakin meningkat semasa
penularan wabak COVID-19.

78. PR-1432-T03742
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan
apakah tindakan proaktif Kementerian dalam membantu mengurangkan beban
pengusaha-pengusaha aktiviti seperti pertanian, penternakan, perikanan dan
akuakultur yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan ekoran wabak
COVID-19.

79. PR-1432-T03410
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan perkembangan projek pembinaan jalan dari Alor Ganu ke Alor
Madi dan jambatan merentangi Sungai Kedah di Titi Gajah dalam kawasan
Parlimen Kuala Kedah.

80. PR-1432-T03411
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan perkembangan projek tebatan banjir di utara
Kedah, khususnya yang melibatkan sektor Kubang Rotan, Kubang Pangas,
Jalan Alor Setar-Kangar. Bilakah projek ini dijangka siap.

81. PR-1432-T03412
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan bagaimana bahan-bahan plastik pakai buang seperti Pelindung
Anggota Perubatan (PPE) dan lain-lain lagi dilupuskan oleh pihak Kementerian.
Berapa jumlah unit PPE yang telah digunakan oleh Kementerian Kesihatan.

82. PR-1432-T03413
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan perkembangan siasatan kes kematian anggota bomba Muhammad
Adib bin Mohd Kassim dalam rusuhan berkaitan kuil Seafield. Mengapakah
sampai hari ini tiada siapa pun yang dituduh di mahkamah kerana membunuh
beliau.
38

83. PR-1432-T03414
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berikan senarai terperinci ahli-ahli Parlimen dan jawatan-jawatan
yang diberikan di dalam GLC. Apakah kewajaran memberikan sebegitu banyak
jawatan GLC kepada ahli-ahli Parlimen.

84. PR-1432-T03450
Tuan Baru Bian [ Selangau ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan kawasan pedalaman dan luar bandar Sarawak tidak
mempunyai akses rangkaian internet dan telefon. Apakah pelan Kementerian
untuk menyelesaikan masalah ini.

85. PR-1432-T03456
Tuan Baru Bian [ Selangau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
Sarawak mempunyai banyak klinik usang dan tidak dibekalkan dengan doktor
berpengalaman yang cukup. Apakah Kementerian mempunyai pelan untuk
membaiki klinik-klinik usang ini dan menempatkan doktor berpengalaman
secukupnya di kawasan pedalaman.

86. PR-1432-T03458
Tuan Baru Bian [ Selangau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah status baik pulih sekolah-sekolah usang di Sarawak. Berapakah
sekolah-sekolah usang yang telah dibina semula sehingga kini dan berapa lagi
yang masih belum dibina semula.

87. PR-1432-T03492
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah peruntukan mengikut
kategorinya (termasuk geran aktiviti, pembangunan fizikal, program baik pulih
rumah dan skim pinjaman khas penduduk kampung) yang telah diberikan
kepada setiap MPKK di bawah daerah Seremban pada tahun 2018 dan 2019.

88. PR-1432-T03493
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah peruntukan daripada KPKT
kepada setiap PBT di Negeri Sembilan untuk tahun-tahun 2016, 2017, 2018
dan 2019.

89. PR-1432-T03494
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA
menyatakan jumlah peruntukan yang telah diterima oleh setiap KRT di daerah
Seremban untuk tahun-tahun 2017, 2018 dan 2019.
39

90. PR-1432-T03495
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
jumlah penerima Bantuan Awal Persekolahan (RM100) untuk setiap sekolah di
daerah Seremban untuk tahun-tahun 2017, 2018 dan 2019.

91. PR-1432-T03496
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penerima bantuan
bulanan JKM untuk setiap kategori, mengikut daerah di Negeri Sembilan, untuk
tahun-tahun 2016, 2017, 2018 dan 2019.

92. PR-1432-T03749
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan isu Uighur, China jumlah pelarian Uighur yang masuk Malaysia
setiap tahun dari 2010 hingga 2020, jumlah yang dibari status pelarian oleh
UNHCR dan jumlah yang dibagi status pemastautin tetap Malaysia .

93. PR-1432-T03750
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah kapal perang luar negara yang melalui Selat Melaka untuk
tahun 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 hingga Mac 2020 mengikut negara
dengan pecahan berikut :-
(a) kapal pengangkut pesawat, kapal selam, icruiser, kapal
pembinasa, frigat, korvet, rondaan, bantuan, pengintip; dan

(b) kuasa nuklear dan konvensional.

94. PR-1432-T03753
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan status penyertaaan Malaysia dalam CPTPP dan Asia
Infrastructure Investment Bank :-
(a) jumlah pembayaran kepada AIIB dan jumlah pelaburan AIIB di
Malaysia hingga kini; dan

(b) jumlah nilai yang untung selepas penyertaan CPTPP.

95. PR-1432-T03756
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan secara terperinci maklumat-maklumat bagi kesemua 11 pakej
untuk Lebuhraya Pan Borneo di Sabah yang telahpun dianugerahkan sehingga
ke kini dan seharusnya disiapkan sebelum 2023 seperti berikut lokasi (nyatakan
koordinat GPS), berapa jaraknya, kos pembinaan, tarikh mula dan tarikh siap
dan nama kontraktor .
40

96. PR-1432-T03757
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan statistik warga asing yang telah dihalang memasuki Malaysia atas
sebab disyaki membawa virus COVID-19, mengikut kewarganegaraan dan
tempat masuk. Nyatakan statistik warganegara Malaysia yang disahkan
menghidapi virus COVID-19 di luar negara mengikut negara, dan apakah usaha
Kerajaan Malaysia membantu mereka.

97. PR-1432-T03262
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan senarai nama undang-undang dan perjanjian-perjanjian
antarabangsa yang mengandungi perkataan Kepulauan Spratly selain daripada
UNCLOS.

98. PR-1432-T03263
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jenis dan nilai barang yang dikenakan Akta Anti Lambakan dari
negara China, Korea, Jepun, Taiwan, Vietnam dan Amerika Syarikat mengikut
pecahan setiap tahun dari 2010 hingga 2020.

99. PR-1432-T03264
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI
DAN INOVASI menyatakan kerjasama antara Malaysia dan China dalam
program aeroangkasa :-
(a) program angkasawan dan stesen angkasa yang ditawar oleh
China; dan

(b) penyelidikan teknologi angkasa, industri kapal terbang dan


UAV .

100. PR-1432-T03265
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah kes salah guna visa pelajaran mengikut negara asal dan
jenis kesalahan yang terlibat serta cadangan penyelesaian.

101. PR-1432-T03266
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah peminjam serta jumlah pinjaman yang telah diluluskan oleh
setiap bank yang menyertai Skim Rumah Pertamaku (SRP) dan nyatakan bank
yang paling tinggi dalam jumlah kelulusan pinjaman.
41

102. PR-1432-T03440
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan bagaimana 57 kawasan yang dikenal pasti untuk gaji
minima RM1200 ditentukan. Adakah mengikut alamat dan poskod majikan,
tempat kerja, persempadanan daerah atau sempadan Kerajaan Tempatan.

103. PR-1432-T03441
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan status perolehan pesawat tempur ringan dan UAV, termasuk :-
(a) peruntukan siling kedua-dua projek ini dan calon-calon yang
disenaraipendekkan dalam proses RFI; dan

(b) bila tender antarabangsa akan diadakan.

104. PR-1432-T03442
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai jumlah peruntukan di bawah peruntukan kawasan
Parlimen dan projek mesra rakyat (PMR) yang dipohon oleh ahli Parlimen dan
diluluskan mengikut setiap kawasan Parlimen.

105. PR-1432-T03443
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PELANCONGAN,
SENI DAN BUDAYA menyatakan jumlah hotel yang ditutup dalam tahun ini
(2020). Dijangka berapa orang dalam sektor ini menganggur dan apakah
langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menyelamatkan
keadaan.

106. PR-1432-T03444
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah unit rumah kediaman yang
tidak terjual di setiap negeri. Apakah polisi Kementerian untuk mengatasi
masalah lebihan bekalan rumah kediaman (property glut) .

107. PR-1432-T03734
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan bagaimana Kementerian bercadang untuk mendapatkan akses
pendidikan menerusi talian kepada murid-murid yang terdiri daripada golongan
B40 yang tidak mempunyai akses kepada komputer, internet yang stabil serta
berada di kawasan pedalaman atau luar bandar sepanjang tempoh PKP dan
sehingga sesi sekolah kembali seperti biasa.
42

108. PR-1432-T03735
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan bilangan pelajar mengikut kaum yang mendapat tawaran
serta bilangan pelajar yang menerima tawaran bagi mengikuti pengajian tinggi
di universiti tempatan, kolej matrikulasi, politeknik, maktab perguruan dan kolej
komuniti.

109. PR-1432-T03736
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan cadangan Kerajaan untuk memastikan hospital/klinik swasta dan
Kerajaan melaporkan kes barah baru memandangkan proses ini adalah
diwajibkan (mandatory notification of cancer cases). Dan adakah Kementerian
cadang untuk mengenakan denda kepada sesiapa yang tidak mengamalkan
peraturan yang disediakan.

110. PR-1432-T03737
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan berapa banyak pembedahan yang ditangguhkan atau dibatalkan di
hospital KKM dari 18 Mac hingga Jun 2020. Berikan perincian bilangan jenis
pembedahan yang dibatalkan atau ditangguhkan. Berapa banyak operasi yang
berkaitan dengan barah yang dibatalkan atau ditangguhkan.

111. PR-1432-T03743
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan kesediaan Kementerian menghadapi
krisis makanan akibat kemungkinan gelombang kedua di negara-negara
pengeluar makanan. Apakah cadangan Kementerian untuk mengawal harga
termasuk kenaikan kos pengeluaran makanan bagi petani dan peladang.

112. PR-1432-T03620
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan keluasan terkini Hutan Simpan Kekal (HSK)
mengikut jenis hutan di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

113. PR-1432-T03621
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan statistik hidupan marin yang menjadi ancaman
daripada sisa pembuangan plastik di lautan dari tahun 2017 hingga 2019 dan
sejauh mana usaha yang diambil untuk membendung isu ini.
43

114. PR-1432-T03623
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan bilangan terkini yang terlibat dengan
program pertanian bandar dan usaha yang dilakukan bagi menggalakkan lebih
ramai menceburi pertanian bandar terutama golongan B40.

115. PR-1432-T03626
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan jumlah penglibatan sektor swasta dan agensi
Kerajaan dalam Industri Tenaga Boleh Diperbaharui di Malaysia sekaligus
mencapai sasaran 20 peratus dalam penjanaan Renewable Energy (RE)
sebelum tahun 2025.

116. PR-1432-T03628
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan penyelarasan polisi Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT) mengenai pelesenan minuman alkohol.

117. PR-1432-T03744
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan dengan terperinci berkenaan harga kontrak, nama kontrator yang
dilantik, kepanjangan jalan terlibat dan tahap persiapan bagi setiap pakej dalam
projek penaiktarafan Pan Borneo Highway di negeri Sarawak.

118. PR-1432-T03745
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan peratusan pemegangan saham (percentage equity participation)
oleh GLC (Syarikat Milik Kerajaan) di kalangan syarikat-syarikat yang
tersenarai di Bursa Malaysia. Apakah 10 syarikat GLC yang mempunyai equity
participation yang terbesar berdasarkan harga saham semasa yang tersenarai
di Bursa Malaysia dan nilai berkenaan masing-masing.

119. PR-1432-T03746
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan pendapatan iaitu jumlah royalti dan Petroleum Income Tax yang
diperoleh oleh Kerajaan Persekutuan daripada pengeluaran petroleum di
Sarawak untuk tahun 2019 dan juga dalam tempoh Januari ke Jun, 2020.
44

120. PR-1432-T03747
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan kedudukan dan baki terkini Tabung Harapan Malaysia (THM).
Senaraikan butiran tarikh dan nilai pembayaran yang telah dibiayai dengan
dana THM.

121. PR-1432-T03314
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan usaha-usaha yang sedang diambil untuk mengukuhkan kaedah-
kaedah pencegahan rasuah di semua pejabat kastam khususnya aktiviti-aktiviti
penyeludupan.

122. PR-1432-T03316
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan maklumat mengenai hasil Kerajaan Persekutuan peroleh dari
Johor dari 2014 hingga 2018 tidak kira di mana tempat atau punca kegiatan
ekonomi pembayar cukai dijalankan, dengan butiran terperinci seperti berikut;
cukai pendapatan individu, cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan lain-
lain, GST/SST, cukai lain-lain dan hasil lain-lain agensi Kerajaan Persekutuan.

123. PR-1432-T03317
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang
Kementerian akan ambil untuk menangani isu penyelenggaraan rumah PPR
yang semakin teruk atas sebab usang dan kurang dana.

124. PR-1432-T03318
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah yang akan
diambil oleh Kementerian untuk menangani isu-isu seperti semak, penagih
dadah dan kerosakan keindahan alam sekitar yang timbul daripada bangunan-
bangunan khususnya rumah kediaman terbiar.

125. PR-1432-T03319
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan menyatakan pelan tindakan pihak
Kementerian untuk memerlukan setiap Kerajaan negeri beriltizam untuk
menaikkan tarif air memandangkan kos rawatan air melambung tinggi.
45

126. PR-1432-T03330
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian akan
meneruskan Kempen Perumahan (Home Ownership Campaign) pada 2020
bagi membantu sektor perumahan yang lembap. Jika tidak, apakah pendekatan
yang bakal diambil bagi mengatasinya.

127. PR-1432-T03331
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah pendekatan yang diambil bagi
memastikan bekalan rantaian sumber protein dapat dikekalkan dalam tempoh
10 tahun dari sekarang. Perincikan pecahan tangkapan sumber-sumber laut
dalam tempoh 10 tahun sehingga kini mengikut negeri dan perairan negara.

128. PR-1432-T03332
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN
AIR menyatakan kaedah ukuran kualiti air sungai dan air laut yang diguna
pakai kini. Perincikan tempoh masa ia diambil, dianalisis dan penyediaan
laporan bagi perkongsian umum.

129. PR-1432-T03333
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI
DAN BUDAYA menyatakan adakah pihak Kementerian akan mewujudkan
peraturan khas terhadap pengusaha Airbnb yang lazimnya memberi kesan
secara langsung kepada pengusaha hotel seluruh negara. Sekiranya tidak,
apakah pendekatan bagi mewujudkan situasi menang-menang antara dua
pihak.

130. PR-1432-T03334
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah pemilik
kereta berusia kurang daripada lima tahun perlu merujuk kepada bengkel
francais pengeluar sahaja sekiranya terlibat dalam kemalangan membabitkan
pembaikan. Jika ya, adakah ia bercanggah dengan Akta Persaingan 2010
(Competition Act 2010) dan adakah Kementerian akan mengadakan rundingan
dengan Persatuan Tuan-Tuan Empunya Bengkel Kereta Motor bagi mencapai
’situasi menang-menang’ bagi dua pihak berkaitan.
46

131. PR-1432-T03781
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengenal pasti seterusnya menaik
taraf fasiliti-fasiliti kesihatan yang sedia ada atau pun yang telah usang.

132. PR-1432-T03783
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan langkah dan usaha pihak Kementerian dalam
mengekang penjualan dan pemasaran produk kesihatan dan kecantikan yang
telah pun tidak diberi kelulusan daripada Kementerian. Sejauh mana
penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi menghalang produk-produk tadi tidak
dibenarkan untuk dijual.

133. PR-1432-T03784
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian akan menaikkan kadar fi
konsultasi untuk para pengamal perubatan. Sekiranya ya, apakah status terkini
dalam meminda undang-undang yang berkaitan.

134. PR-1432-T03786
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan status Majlis Penasihat Kesihatan Negara
atau Health Advisory Council dan apakah fokus dan matlamat terkini HAC
dalam meningkatkan sistem kesihatan di negara kita.

135. PR-1432-T03789
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan adakah semua perancangan-perancangan dari segi
dasar yang terkandung dalam Sihat Bersama 2030 yang mana merupakan
penterjemahan kepada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 akan
diteruskan. Seterusnya apakah status pelaksanaan untuk mendigitalkan rekod
kesihatan bagi pesakit-pesakit melalui sistem 'EMR' yang mana merupakan
hasrat dan usaha Kerajaan Pakatan harapan sebelum ini.

136. PR-1432-T03275
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah tindakan Kementerian tentang syarikat kewangan yang
tidak memberi moratorium pembayaran balik pinjaman kenderaan seperti
motosikal dan kereta semasa tempoh PKP yang menyebabkan pembeli gagal
membayar balik pinjaman menyebabkan kenderaan mereka ditarik balik.
47

137. PR-1432-T03276
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah perancangan dan tindakan Kementerian
berikutan bertambahnya bilangan golongan miskin bandar semasa dan selepas
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir akibat terkena bahang
pandemik COVID-19.

138. PR-1432-T03277
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan kedudukan kesalahan kerana melanggar Perintah Kawalan
Pergerakan dari segi bilangan yang dicaj, dikompaun, dibawa ke mahkamah,
dipenjara dan diberi amaran.

139. PR-1432-T03278
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan mengapakah Tenaga Nasional Berhad tidak
memberikan diskaun bil TNB yang adil dan selaras untuk pelbagai peringkat
pengguna semasa tempoh PKP kerana setiap pengguna terjejas teruk oleh
pandemik COVID-19 dengan kenaikan 50 peratus bil bulanan TNB.

140. PR-1432-T03279
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan kedudukan kelab malam, karaoke yang
beroperasi di pusat bandar raya Kuala Lumpur hingga larut malam dan
menyebabkan kacau ganggu bunyi bising ke atas penduduk-penduduk.

141. PR-1432-T03524
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan serta menyemak kewajaran untuk memanjangkan
tempoh sah laku pasport Malaysia yang kini sehingga 5 tahun kepada 10 tahun.

142. PR-1432-T03525
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan langkah dan jumlah penjimatan yang dilakukan oleh Kerajaan ke
atas perbelanjaan Jemaah Menteri dan anggota pentadbiran dalam
menghadapi kegawatan ekonomi.
48

143. PR-1432-T03526
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan situasi pekerjaan belia ketika penularan wabak COVID-
19. Apakah inisiatif Kementerian bagi membantu belia yang terjejas akibat
pandemik COVID-19 terutamanya yang dibuang kerja dan berniaga sendiri.

144. PR-1432-T03527
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan statistik mengikut daerah di Negeri
Pahang :-
(a) kutipan hasil pusat agropelancongan dan jumlah pengunjung
agropelancongan pada 2019; dan

(b) sejauh manakah agropelancongan mampu mencipta peluang


pekerjaan dan sumber pendapatan tambahan kepada
golongan petani, penternak dan nelayan.

145. PR-1432-T03528
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
secara terperinci jumlah ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) mengikut
negeri dan kategori umur yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat sehingga 31 Mei 2020 dan daripada jumlah tersebut berapa ramai
yang menerima bantuan PENJANA sebanyak RM300.

146. PR-1432-T03796
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah Kementerian menyedari bahawa perkataan dan perbuatan
yang memperkecil, merendah-rendahkan dan boleh menimbulkan kebencian
sesama warganegara. Apakah Kementerian telah menyediakan garis panduan
dan tindakan yang telah dan akan lakukan bagi membendung masalah isu-isu
perkauman yang boleh merobek nilai perpaduan dan keharmonian kaum di
negara ini.

147. PR-1432-T03797
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan perkara yang berkaitan dengan status kampus cawangan
Universiti Malaya penyelidikan pertanian yang telah dimasukkan dalam pelan
pembangunan daerah Kecil, Gemas. Sejauh mana pembangunannya telah
dilakukan, apakah masalah yang dihadapi oleh Universiti Malaya dalam
membangunkannya dan bilakah ia dapat diselesaikan.
49

148. PR-1432-T03798
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perkara yang berkaitan dengan
harga komoditi sawit dan getah. Apakah ada usaha-usaha yang dilakukan
untuk menstabilkan harga lantai bagi getah dan sawit, kerana harga getah dan
sawit mengalami kejatuhan yang ketara, sehingga menghimpit kehidupan
masyarakat peladang berterusan.

149. PR-1432-T03799
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan perkara yang berkaitan dengan usaha yang dilakukan oleh sebuah
syarikat untuk membangunkan tanah beberapa gugusan FELDA di Daerah
Tampin. Apakah Kerajaan mengetahui tentang perkara ini dan sejauh mana
syarikat tersebut berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan.

150. PR-1432-T03800
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan perkara yang berkaitan dengan pelantikan Menteri dan Timbalan
Menteri. Apakah rasionalnya Perdana Menteri melantik begitu ramai Menteri
dan Timbalan Menteri, berapa jumlah perbelanjaan yang diperlukan dan
apakah jaminan Kerajaan dengan perlantikan tersebut boleh mendatangkan
manfaat kepada negara dan rakyat pada keseluruhannya.

151. PR-1432-T03761
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan hari ini berhasrat untuk menjadikan
dasar Buy Muslim First (BMF) sebagai dasar Kerajaan.

152. PR-1432-T03762
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan jelaskan sama ada Kerajaan akan meneruskan inisiatif
Kerajaan dahulu menjadikan hari Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi.

153. PR-1432-T03764
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan program-program bantuan dan pemulihan kepada
golongan LGBT yang telah dijalankan oleh Kerajaan sekarang.
50

154. PR-1432-T03771
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan pelan cadangan Kerajaan untuk terus memperkasa
institusi seperti Darul Quran agar menjadi bukan hanya tempat menghafaz
Quran tetapi juga tempat memahami Quran serta mencadangkan agar lebih
banyak pusat tahfiz dan pusat memahami Quran atau tafsir Quran ditambah di
seluruh Malaysia.

155. PR-1432-T03773
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah Kementerian ada
menambah insentif/kadar khas kepada pesara dan warga emas untuk
menggalakkan mereka menginap di hotel/homestay dengan kadar yang lebih
murah pasca PKPP.

156. PR-1432-T03238
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan apakah bentuk tindakan undang-undang yang lebih berat diambil
oleh pihak Kementerian terhadap para pemandu yang memandu dalam
keadaan mabuk.

157. PR-1432-T03239
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengenakan tindakan undang-
undang yang lebih keras terhadap individu atau kumpulan yang dengan
sengaja mempersendakan Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam atau
agama lain yang semakin menjadi-jadi sekarang ini supaya terpelihara
keharmonian hidup pelbagai kaum di negara ini.

158. PR-1432-T03240
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan berapa jumlah pelancong luar yang telah dihantar balik sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 dan berapa ramai mereka yang
telah masuk ke Malaysia tetapi masih belum keluar sehingga kini terutamanya
pelancong dari China.

159. PR-1432-T03241
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh mana penggunaan Teknologi
Waste to Energy (WTE) di Malaysia berjaya di dalam pengurusan sampah dan
sisa pepejal.
51

160. PR-1432-T03242
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan apakah strategi yang diguna pakai oleh pihak Kementerian dalam
meningkatkan jumlah peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di kawasan luar
bandar terutama untuk golongan muda.

161. PR-1432-T03260
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI TENAGA
DAN SUMBER ASLI menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan Malaysia dan
Kerajaan Singapura boleh menyelesaikan isu semakan semula harga air di
bawah Perjanjian Air Sungai Johor tahun 1962 antara Malaysia dengan
Singapura.

162. PR-1432-T03261
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan mengapakah Peruntukan Belanjawan Pembangunan Bulanan
Kerajaan diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

163. PR-1432-T03267
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah-
langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah tempat pembuangan
sampah haram di 15 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor
termasuk di Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

164. PR-1432-T03268
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah
langkah-langkah jangka panjang dan sederhana yang telah diambil oleh
Kementerian untuk mengatasi pembelian kelapa sawit yang semakin
berkurangan dari dua negara pembeli utama iaitu India dan China.

165. PR-1432-T03269
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berkenaan keadaan kewangan dan prestasi Syarikat Malaysia
Airlines (MAS).

166. PR-1432-T03355
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah-langkah Kementerian di dalam
membantu menyediakan rumah kediaman kepada kumpulan anak-anak
generasi peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang
masih tidak mempunyai rumah sendiri.
52

167. PR-1432-T03356
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan perincian status terkini lima (5) projek berimpak tinggi di Pantai
Timur khasnya berkaitan cadangan meneruskan pembinaan Lebuh Raya
Pantai Timur 3 (LPT3).

168. PR-1432-T03357
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah langkah-langkah baharu berkaitan strategi
‘industry and academia are one’ bagi tujuan meningkatkan lagi kebolehpasaran
graduan.

169. PR-1432-T03358
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan kemajuan terkini fasa pertama berkaitan projek pembinaan "High
Dependency Ward" di Hospital Besut.

170. PR-1432-T03359
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan adakah 73 orang Ketua Pegawai Eksekutif yang masih
menyumbang khidmat dalam program CEO@Faculty; dan apakah usaha-
usaha terbaharu Kementerian menarik lebih ramai CEO menyertai program ini
pada masa akan datang.

171. PR-1432-T03758
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan rasional cadangan Kerajaan Perikatan Nasional
memberikan dokumen IMM13 yang khas diberikan kepada pelarian perang
kepada warga asing yang memegang Kad Burung – Burung dan Kad Banci
yang bukan pelarian perang dan kenapa tidak diperluaskan perlaksanaan
Program Back for Good (B4G) ke Sabah yang berjaya dilakukan di
Semenanjung untuk warga asing tersebut kembali ke negara asal mereka
secara sukarela.

172. PR-1432-T03759
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan status baki 4 daripada 21 perkara yang masih belum diputuskan
semasa dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Untuk
Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 pada 2018-2019 dan bilakah
17 perkara yang telah dipersetujui itu akan dilaksanakan.
53

173. PR-1432-T03760
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan status tuntutan bayaran 20% setahun daripada hasil pengeluaran
produk minyak dan gas dari Sabah.

174. PR-1432-T03666
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah langkah drastik yang telah diambil oleh pihak Kerajaan
dalam menangani kemunculan semula penyakit polio di Malaysia.

175. PR-1432-T03667
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan selain cadangan untuk meminda hukuman
bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, apakah langkah lain yang
telah diambil oleh pihak Kementerian bagi mengurangkan kes-kes kemalangan
melibatkan pemandu mabuk ini.

176. PR-1432-T03668
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah pelajar yang mendapat
tajaan biasiswa MARA ke luar negara bagi tahun 2017 - 2020 dan adakah
terdapat sebarang perubahan dasar pemberian biasiswa MARA yang akan
dibuat pada masa akan datang.

177. PR-1432-T03669
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah perancangan
pihak Kementerian untuk meningkatkan semula sektor pelancongan di Malaysia
terutamanya apabila pintu sempadan negara dibuka kelak.

178. PR-1432-T03670
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan berapa jumlah pekerja yang diberhentikan pekerjaan
sepanjang tahun 2019 dan sehingga suku kedua 2020, dan berapa pula
peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan.

179. PR-1432-T03360
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan maklumat secara terperinci berkenaan jumlah pelajar yang
mengikuti aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dari
tahun 2016 hingga 2020, supaya keberkesanan inisiatif Kementerian untuk
memperkasakan pendidikan STEM dapat dinilai.
54

180. PR-1432-T03361
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan maklumat secara terperinci senarai projek pembangunan dan
projek infrastruktur berserta status terkini projek-projek yang telah dijalankan di
16 buah kampung Orang Asli di daerah Hulu Selangor untuk tempoh dari tahun
2016 hingga 2020.

181. PR-1432-T03362
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan maklumat secara terperinci apakah kriteria yang perlu
dipatuhi untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan taraf
kewarganegaraan Malaysia di bawah perkara 15A, berapakah jangka masa
bagi proses untuk mendapatkan kelulusan tersebut dan berapa kelulusan yang
diberi dari tempoh 2016 hingga 2020 untuk permohonan di kawasan Hulu
Selangor .

182. PR-1432-T03363
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan maklumat secara
terperinci mengenai Pelan Pemulihan Pelancongan dan Kebudayaan dan
apakah kadar peningkatan ekonomi apabila pelan ini dilaksanakan.

183. PR-1432-T03364
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dengan terperinci mengenai dasar
baharu bagi pengurusan dan pengimportan sisa plastik dan adakah dasar ini
dapat mengatasi kelemahan-kelemahan industri kitar semula plastik di mana
perkembangan industri ini menyebabkan kewujudan banyak kilang
pemprosesan sisa plastik haram dan pencemaran alam sekitar.

184. PR-1432-T03250
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan berapakah nisbah kaum lain terutamanya kaum
India yang berkhidmat dengan angkatan tentera dengan nisbah kaum Melayu.

185. PR-1432-T03252
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan bilangan pengambilan kaum India dalam perkhidmatan
beruniform seperti tentera, polis, kastam, imigresen dan bomba masih berada
di tahap yang sangat rendah.
55

186. PR-1432-T03253
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan wajarnya tol di lebuh raya Kulim-Butterworth perlu
dimansuhkan. Ini kerana majoriti pengguna lebuh raya tersebut terdiri daripada
golongan yang berpendapatan rendah yang menggunakan lebuh raya tersebut
untuk berulang alik dari tempat kerja ke rumah.

187. PR-1432-T03254
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan baru-baru ini negara digemparkan dengan beberapa kes
pemandu mabuk yang mencetuskan amarah di kalangan rakyat. Bagaimana
Kerajaan akan mengatasi isu ini. Perkara ini tidak dapat diselesaikan hanya
dengan pembatalan lesen atau pemberhentian jualan minuman keras.
Wajarnya, Kerajaan perlu mewujudkan undang-undang yang memberi
hukuman yang setimpal kepada sesiapa sahaja yang memandu dalam
pengaruh alkohol dan juga dadah.

188. PR-1432-T03255
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan peruntukan bilangan anggota polis di kawasan Padang
Serai di mana bilangan anggota polis yang ada kini tidak mencukupi dalam
menangani gejala sosial akibat peningkatan bilangan penduduk di kawasan
Padang Serai. Adakah Kementerian mempunyai rancangan untuk
meningkatkan bilangan anggota polis di kawasan tersebut.

189. PR-1432-T03748
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan dengan terperinci :-
(a) bilangan doktor mengikut jantina dari segi kepakaran dan gred
di hospital Kerajaan yang terlibat di dalam usaha menangani
COVID-19 dan bilangan jururawat di hospital Kerajaan; dan

(b) bilangan tempat yang masih kosong serta bilangan


‘houseman’ yang menunggu ‘posting’ mereka.

190. PR-1432-T03751
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) bilangan kes rogol, sumbang mahram, pencabulan, liwat,
gangguan seksual dan keganasan rumah tangga dari 2014
hingga kini mengikut pecahan bulan yang tiada tindakan lanjut
(NFA), pelaku dituduh di mahkamah, pertuduhan ditarik balik,
dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA), disabitkan kesalahan
selepas perbicaraan penuh dan pelaku mengaku salah dan
dihukum ; dan
56

(b) senaraikan semua jenis bantuan dan sokongan dari pihak


Kerajaan bagi mangsa keganasan rumah tangga dan jenayah-
jenayah di atas dan cara-cara untuk mangsa mendapat akses
kepada bantuan tersebut.

191. PR-1432-T03752
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan PATI yang ditahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan
sejak 18 Mac mengikut kewarganegaraan, umur, jantina, tempat tahanan,
status visa dan kesalahan serta bilangan PATI yang telah dihantar pulang ke
negara asal serta apakah persetujuan di antara Kerajaan Malaysia dan
kedutaan untuk proses penghantaran balik PATI yang ditahan dan kos
penerbangan dan sebagainya.

192. PR-1432-T03754
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan pesakit yang mengidap kanser mengikut jantina, jenis,
umur dan negeri sehingga kini dan bagaimanakah pihak Kerajaan membantu
golongan yang kurang bernasib baik atau dari golongan B40 untuk membantu
mereka mendapat rawatan.

193. PR-1432-T03755
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan dengan jelas senarai peruntukan yang diagihkan dan senarai jalan
Persekutuan di Parlimen Batu Kawan untuk tujuan menaik taraf dan
menyelenggarakan semua jalan-jalan ini dan senaraikan tempoh masa atau
timeline peruntukan tersebut akan disalurkan kepada JKR negeri untuk
menjalankan kerja-kerja tersebut memandangkan ada projek yang terbengkalai
sejak RMK-9.

194. PR-1432-T03420
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan jumlah Medical Officer (MO), Pharmacist, Dentist yang ditawarkan
kontrak tetap mengikut negeri dan juga peratusan di setiap negeri.

195. PR-1432-T03421
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan dalam bentuk jadual, statistik pengangguran di
Sarawak terutamanya sejak bulan Januari 2020 dan inisiatif Kementerian yang
wujud bagi menangani masalah pengangguran terutamanya di golongan belia
Sarawak disebabkan kesan COVID-19 ini.
57

196. PR-1432-T03422
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan status perlaksanaan "Stage Bus Services
Transformation" (SBST) di Kuching. Nyatakan jangka masa dan tarikh
perlaksanaan, jumlah keseluruhan kontrak, pelan terkini serta terperinci,
perubahan dalam kontrak tersebut atas permintaan Kerajaan Negeri Sarawak
dan sebab kelewatan perlaksanaan projek tersebut.

197. PR-1432-T03423
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan langkah-langkah untuk menangani perjudian ‘4D’ haram yang
semakin berleluasa di Kuching dan juga seluruh Sarawak yang bukan sahaja
menyebabkan kerugian kepada negara dari aspek cukai pendapatan tetapi juga
meningkatkan masalah sosial terutamanya di kalangan golongan muda.

198. PR-1432-T03424
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan dalam jadual kadar kematian di seluruh Malaysia dari Oktober
2019 - Julai 2020, kategorikan mengikut diagnosis, dan perbandingan kadar
peningkatan sejak tahun 2015 untuk tempoh yang sama dan jika ada
pertambahan, adakah ia disebabkan kes COVID-19 yang mungkin tidak
dikesan sebelum ini.

199. PR-1432-T03474
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan langkah Kementerian bagi membangunkan
infrastruktur sukan di kawasan luar bandar untuk dimanfaatkan oleh
masyarakat setempat. Apakah Kerajaan akan mempertimbangkan permohonan
menaik taraf padang bola Sungai Buloh, Sungai Siput sebagai mini stadium.

200. PR-1432-T03475
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan apakah program-program yang telah dirangka oleh
Menteri Sumber Manusia untuk membantu belia dan beliawanis khususnya di
luar bandar. Adakah program-program khas (RAISE) akan diteruskan untuk
membantu mengurangkan kadar penganggurnya di kalangan belia dan
beliawanis di kawasan luar bandar.
58

201. PR-1432-T03476
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI
PERPADUAN NEGARA menyatakan apakah program-program yang telah
diambil oleh pihak Kementerian Perpaduan dan akan diambil untuk membantu
masyarakat Orang Asli ini supaya mereka mendapat “FAIR VALUE” untuk
hasil-hasil mereka.

202. PR-1432-T03477
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah pemohon dan penerima Geran Khas Prihatin
(GKP) mengikut sektor ekonomi. Bagaimana Kerajaan memastikan mereka
yang menerima GKP meneruskan perniagaannya.

203. PR-1432-T03478
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan status terkini mengenai larangan atau kawalan
penggunaan rokok elektronik atau vape di Malaysia.

204. PR-1432-T03767
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan akan terus membebaskan semua kleptokrat
sambil terus membuat selective prosecution dan lebih parah menahan orang
yang tidak bersalah.

205. PR-1432-T03770
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan fakta sebenar pengiktirafan UEC oleh Kementerian Pendidikan.

206. PR-1432-T03772
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sebarang hasrat dari pihak Kerajaan untuk mengharamkan
pertubuhan seperti Dong Zong dan sebagainya sebagaimana yang diminta dari
Kerajaan terdahulu.

207. PR-1432-T03774
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah kelebihan dan manfaat Kerajaan melantik semua ahli
Parlimen yang menyokong Kerajaan untuk memegang agensi atau syarikat
berkatian Kerajaan (GLC).
59

208. PR-1432-T03775
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan bilakah pembunuhan arwah Adib akan dihadapkan ke
mahkamah.

209. PR-1432-T03467
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan statistik penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk negeri Melaka
mengikut pecahan kawasan DUN, kategori/jenis penerima bagi tahun 2018,
2019, dan 2020 (secara berasingan).

210. PR-1432-T03468
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan :-
(a) statistik (termasuklah jumlah permohonan, jumlah kelulusan,
dan pecahan mengikut negeri) untuk inisiatif-inisiatif PENJANA
iaitu Dana Pinjaman Mudah PKS BNM (termasuk sub program
SRF, ADF, Agrifood, dan sebagainya), Skim Kredit Mikro BSN,
Tekun Nasional, Tourism Penjana, PKS Penjana, Industri
Kreatif, Kontraktor Kecil, PKS Bumiputera; dan

(b) sebab-sebab utama permohonan ditolak untuk setiap inisiatif


tersebut.

211. PR-1432-T03484
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) apakah isu-isu utama yang sedang diberi perhatian oleh
Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET (JKKPTVET)
setakat ini, termasuklah langkah-langkah jangka masa pendek
dan panjang yang telah/akan diambil untuk menguatkan
sistem TVET di Malaysia ; dan

(b) senarai institusi-institusi TVET di negeri Melaka.

212. PR-1432-T03485
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah status dan hasil siasatan kes Teoh Beng Hock yang telah
dibuka semula pada tahun 2019 dan mengapakah pihak berkuasa tidak
menyiasat kes ini dari sudut homicide walaupun mahkamah rayuan telah
mendapati terdapat individu yang bertanggungjawab terhadap kematian Teoh
Beng Hock.
60

213. PR-1432-T03486
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) apakah hasil dan syor Jawatankuasa Khas dan Jawatankuasa
Teknikal Kajian Undang-undang Berkaitan Keselamatan sejak
ditubuhkan pada tahun 2018 ; dan

(b) apakah garis masa (timeline) atau tarikh akhir (deadline)


Kerajaan untuk memansuhkan peruntukan-peruntukan zalim
dalam Akta SOSMA.

214. PR-1432-T03340
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah perkembangan terkini kes pembunuhan Lans
Koperal Valentino Mesa yang ditetak dan ditembak ketika bertugas di Balai
Polis Pinggiran USJ, Shah Alam pada 31 Ogos 2017 dan apakah langkah-
langkah yang diambil untuk menjamin keselamatan anggota polis agar kes
pembunuhan seperti ini tidak berulang kembali.

215. PR-1432-T03341
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan status terkini
pengeksportan komoditi utama negara pada suku pertama dan kedua tahun ini,
terutama sekali lada hitam, ketika dunia berdepan dengan penularan wabak
COVID-19.

216. PR-1432-T03342
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan status terkini pembinaan 3
buah menara komunikasi baharu di kawasan Parlimen Julau di bawah Pelan
Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara dan lokasi 3 menara komunikasi
tersebut.

217. PR-1432-T03343
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan lokasi 24 menara komunikasi
baharu telah siap dibina dan beroperasi dengan liputan 3G/4G serta lokasi 20
menara sedia ada yang telah dinaiktarafkan di kawasan Parlimen Julau.

218. PR-1432-T03344
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan usaha yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan untuk
memperkukuhkan lagi sempadan negara di Sarawak dalam kerangka
menghadapi pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur.
61

219. PR-1432-T03285
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan apakah syarat-syarat operasi Lynas dan sama ada lesen
operasi telah diluluskan.

220. PR-1432-T03286
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bilangan syarikat yang
berdaftar di SSM yang berhenti operasi pada tahun 2020 dan setakat mana
peningkatan berbanding tahun lepas.

221. PR-1432-T03287
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
bilangan anggota KKM yang dijangkiti COVID-19 dan bilangan yang dijangkiti
semasa merawat pesakit COVID-19 .

222. PR-1432-T03288
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan perancangan Kerajaan untuk mempertingkatkan
perkhidmatan jalur-lebar di seluruh negara.

223. PR-1432-T03289
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
bilakah pendaftaran pengundi secara automatik akan dilaksanakan sejajar
dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

224. PR-1432-T03365
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan akan meneruskan usaha penting menubuhkan satu
Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis di Malaysia.

225. PR-1432-T03366
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) adakah Kementerian akan terus melaksanakan Pelan Strategi
Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah
Umur bagi membendung perkahwinan bawah umur di
Malaysia; dan

(b) adakah Kementerian akan teruskan usaha memperkenalkan


rang undang-undang bagi menangani isu gangguan seksual di
Malaysia.
62

226. PR-1432-T03367
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan :-
(a) jumlah tunggakan hutang daripada 1MDB yang masih perlu
dibayar oleh Kerajaan; dan

(b) jumlah wang 1MDB yang telah dipulangkan oleh United States
Department of Justice kepada Kerajaan Malaysia sehingga
hari ini.

227. PR-1432-T03368
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan pelan tindakan jangka masa panjang Kerajaan bagi
membangunkan ekonomi negara yang kian merosot akibat pandemik COVID-
19.

228. PR-1432-T03369
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah tindakan Kerajaan untuk membantu pemohon Pakej
Bantuan PRIHATIN yang tidak layak mendapat bantuan individu disebabkan
mempunyai rekod pemilikan syarikat dalam sistem SSM namun juga tidak layak
mendapat bantuan PRIHATIN bagi kategori syarikat.

229. PR-1432-T03544
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
sama ada RPGT akan dimansuhkan dan GST dikembalikan.

230. PR-1432-T03545
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejak
bila pejabat Tabung Haji Butterworth dibuka dan mengapa ia akan ditutup pada
bulan Julai ini. Bolehkah pejabat Tabung Haji Butterworth dibuka semula demi
memberikan perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya.

231. PR-1432-T03546
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
status kemajuan perundingan Perjanjian Malaysia 1963 dan apakah perbezaan
di antara dulu dan sekarang untuk Sabah dan Sarawak.
63

232. PR-1432-T03547
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan tindakan ke atas kadar tinggi tiket penerbangan Kuala Lumpur-
Sarawak, di mana contohnya, harga bagi sektor Kuala Lumpur-Kuching
meningkat daripada RM500 kepada lebih RM2,000 dan mengapa Kerajaan
tidak berikan subsidi agar kadar ini dikembalikan kepada kadar sebelum krisis
COVID-19 bagi membolehkan rakyat Sabah Sarawak balik kampung.

233. PR-1432-T03548
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
prestasi kerja semua projek yang sedang dilaksanakan di Pulau Pinang,
nyatakan projek yang lewat serta tindakan yang diambil ke atas pihak
kontraktor berkaitan.

234. PR-1432-T03425
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai setiap usul-usul tergempar dan petisyen dibentangkan di
bawah Peraturan Mesyuarat 18 dan 19 di Dewan Rakyat dan Dewan Negara
dalam setiap sidang mesyuarat Parlimen dari tahun 1959 hingga 2020
mengikut tajuk usul, dan sama ada usul ditolak atau diterima.

235. PR-1432-T03426
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan semua tarikh mesyuarat rundingan yang diadakan, jumlah
perbelanjaan setiap mesyuarat dan pangkat pegawai yang mewakili pihak
Malaysia dan China yang terlibat dalam rundingan semula projek ECRL,
Saluran Paip Pelbagai Produk dan Saluran Paip Gas Trans Sabah.

236. PR-1432-T03427
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan statistik import makanan negara untuk
setiap tahun dari Januari 2010 hingga Jun 2020 daripada lima negara teratas
mengikut jenis-jenis makanan, nilai import dan jumlah berat kasar.

237. PR-1432-T03428
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai setiap usul-usul bukan Kerajaan yang dibenarkan
dibentangkan dan digulung di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari tahun
1959 hingga 2020.
64

238. PR-1432-T03429
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan tarikh semua persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
daripada persidangan pertama pada tahun 1959 sehingga Disember 2019,
berserta dengan status sama ada setiap tarikh ini masih mempunyai penyata
rasminya di laman web Parlimen.

239. PR-1432-T03395
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapakah permohonan untuk membina
loji insinerator yang telah diluluskan dan lokasi loji-loji tersebut.

240. PR-1432-T03396
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
dana Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya di Malaysia (MARRIS) yang
disalurkan di Kuala Lumpur mengikut kawasan Parlimen pada tahun ini bagi
tujuan menyelenggara jalan Persekutuan.

241. PR-1432-T03397
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
apakah ada cadangan menaik taraf perumahan polis di Balai Polis Kepong
memandangkan bangunan yang sedia ada sudah daif serta menggantikan paip
air, pam air, tangki air dan sebagainya yang sudah usang dan rosak.

242. PR-1432-T03398
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
menyatakan sama ada Kementerian berhasrat untuk mengecualikan bayaran
sewa dan taksiran untuk semua jenis premis di Kuala Lumpur yang tidak
berpenghuni/ tiada penyewa bagi satu tempoh tertentu dan memberikan
pembiayaan mikro kredit tanpa cagaran dan tanpa faedah kepada
penjaja/peniaga kecil di Kuala Lumpur ketika krisis ekonomi akibat pandemik
COVID-19.

243. PR-1432-T03399
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah ada cadangan bagi menaik taraf bangunan dan menggantikan
perkakasan alat elektrik termasuk pendawaian di sekolah-sekolah seperti
Sekolah Kebangsaan Taman Kepong, Sekolah Menengah Kebangsaan
Jinjang, Sekolah Kebangsaan Kepong Baru, Sekolah Kebangsaan La Salle (1)
Jinjang, Sekolah Kebangsaan La Salle (2) Jinjang dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Kepong Baru .
65

244. PR-1432-T03606
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan statistik penumpang (ridership) pengangkutan awam di bawah
rangkaian perkhidmatan Rapid Rail dan Rapid Bus di Lembah Kelang secara
terperinci dari Jan 2020 hingga Jun 2020 berbanding dengan tahun 2019 dan
2018 termasuk bilangan pengguna yang melanggani pas pengangkutan awam
bulanan.

245. PR-1432-T03608
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan maklumat terperinci berkenaan bilangan nyawa yang terkorban
dalam kemalangan jalan raya di seluruh Malaysia mengikut daerah, jantina,
kumpulan umur dan jenis kenderaan terbabit.

246. PR-1432-T03611
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan bilangan pesakit yang dirawat di hospital Kerajaan atas sebab
kecederaan dalam kemalangan jalan raya dari tahun 2010 hingga 2020
mengikut kumpulan umur dan jantina serta berapa anggaran kos yang
ditampung oleh Kementerian tiap-tiap tahun untuk tujuan rawatan perubatan
semua kes tersebut.

247. PR-1432-T03612
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan maklumat terperinci untuk setiap projek pembangunan rel keretapi
di bawah Kementerian Pengangkutan termasuk butiran nilai kontrak, nama
syarikat kontraktor terlibat, status kemajuan projek, tarikh mula dan tarikh
jangka siap.

248. PR-1432-T03615
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan dalam menangani impak ekonomi COVID-19, berapa jumlah wang
subsidi yang telah dibayar daripada jumlah peruntukan RM5.9 bilion yang telah
diumumkan untuk Program Subsidi Upah dan berapakah syarikat ataupun
majikan dalam sektor logistik dan pengangkutan yang menerima bayaran
subsidi tersebut.

249. PR-1432-T03497
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak Kerajaan bagi
membolehkan sesi mahkamah litar Niah dapat dilakukan sebanyak 2 kali
seminggu berbanding sebulan sekali bagi membolehkan banyak kes tertangguh
dibicarakan.
66

250. PR-1432-T03499
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan status permasalahan sekolah menengah di Parlimen Sibuti seperti
berikut :-
(a) status bina baru blok kelas SMK Luar Bandar Miri bagi
membolehkan sekolah dijalankan 1 sesi dan status cadangan
pembinaan Blok Asrama SMK Bekenu; dan

(b) pengwujudan sekolah menengah baru di lokasi antara Baraya


dan Bakam memandangkan sekolah awam terletak 25km dari
kawasan tersebut.

251. PR-1432-T03503
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan berapa jumlah Base Transveiver Station yang
beroperasi di kawasan Parlimen Sibuti yang terletak di daerah Miri(meliputi
kawasan Lambir, Airport, Taman Tunku, Tukau, Sg. Rait, Bakam dan Beraya)
dan seluruh kawasan daerah Subis.

252. PR-1432-T03506
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan secara terperinci jumlah penerima Bantuan Prihatin Nasional
(BPN), Geran Khas Prihatin dan MySalam bagi tahun 2020 bagi kawasan
Parlimen Sibuti yang beralamat di daerah Subis dan daerah Miri.

253. PR-1432-T03513
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan adakah sekolah-sekolah ini tersenarai bagi projek pembinaan
sekolah daif berasaskan IBS di Parlimen Sibuti bagi tahun 2020/2021 iaitu SK
Rumah Tinggi, Bekenu, SK Kampung Tarikan, SK Tawakal Satap, SK Ulu
Satap, SK Kampung Bungai, SK Sungai Bakas, Sibuti, SK Saeh, SK Undi dan
SK Mentali.

254. PR-1432-T03469
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan langkah dan dasar untuk mengawal pengambilan pekerja asing
agar tidak berlaku diskriminasi terhadap pekerja tempatan terutamanya
berkaitan hak untuk mendapatkan pekerjaan.

255. PR-1432-T03470
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
:-
(a) perkembangan terkini siasatan pihak SPRM terhadap Kuil Sri
Maha Mariamman Devasthanam, Batu Caves yang di mana
telah diserbu oleh pihak SPRM pada bulan Mac 2019; dan
67

(b) hasil siasatan dalaman ‘Bad Apple’ yang telah dilakukan dan
dikenal pasti oleh pihak SPRM terhadap kuil tersebut.

256. PR-1432-T03471
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
berapa kali Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menjalankan audit forensik ke
atas Penyata Kewangan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Batu Caves
dari tahun 1992 hingga tahun 2020. Sekiranya tidak, adakah Jabatan Peguam
Negara (AGC) akan memberikan pertimbangan supaya mengaudit penyata
kewangan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, Batu Caves untuk jangka
masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk mengusir keresahan di kalangan
orang Hindu terhadap kewangan kuil berikutan dengan serbuan pasukan
penyiasat SPRM yang telah merampas berjuta-juta wang tunai, emas dan
barang-barang berharga daripada pengerusi dan pemegang amanah kuil
tersebut.

257. PR-1432-T03472
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
:-
(a) mengapakah Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam tidak
berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 ( Akta 335) atau entiti
undang-undang lain untuk memastikan akauntabiliti dan
transparensi dipatuhi. Kuil ini masih beroperasi mengikut
Perintah Mahkamah sejak tahun 1930; dan

(b) jelaskan perkembangan terkini mengenai tanah Kuil Sri Maha


Mariamman Devasthanam, Batu Caves.

258. PR-1432-T03473
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
:-
(a) langkah-langkah yang bersesuaian untuk merancakkan dan
memacu semula sektor perhotelan dan pelancongan agar
tidak terlalu terjejas; dan

(b) apakah langkah-langkah drastik yang akan diambil oleh


Kerajaan untuk membantu pekerja yang telah menganggur
dalam sektor ini.

259. PR-1432-T03445
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kenapakah Kerajaan tidak dapat menunaikan janji dan tuntutan
untuk memberikan 20% royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak
dan gas.
68

260. PR-1432-T03446
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kenapakah sumbangan industri kepada KDNK Sabah hanya pada
tahap 7.7% berbanding 40% bagi Malaysia, apakah ini disebabkan Kerajaan
selama ini tidak membantu membawa FDI dalam bidang pembuatan selama ini.

261. PR-1432-T03447
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kenapakah pendapatan per kapita Sabah hanya USD5,000 atau
RM25,000 berbanding USD10,741 atau RM44,686 pada tahun 2019. Apakah
ini disebabkan penduduk asing yang tidak layak telah diambil kira.

262. PR-1432-T03448
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI TENAGA
DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah, sedang
dan akan diambil oleh Kerajaan untuk mengurangkan gangguan bekalan
elektrik (SAIDI) di Sabah daripada 200 kepada 50.

263. PR-1432-T03449
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan pengeluaran petroleum negara daripada negeri Sabah, Sarawak
dan Terengganu dari segi minyak mentah, kondenset, LPG dan LNG di antara
tahun 2010 hingga tahun 2020 dan apakah langkah-langkah untuk
merancakkan industri hiliran di Sabah.

264. PR-1432-T03584
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah mekanisme Kerajaan bagi menguruskan
kedudukan defisit negara yang dijangkakan akan meningkat kepada 5.8 hingga
6.0 peratus dan menurunkan nisbah hutang berbanding Keluaran Negara
Kasar (KNK) atau 'Debt-to-GDP' ratio dijangka akan turut meningkat susulan
daripada pandemik Covid-19.

265. PR-1432-T03585
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI LUAR
NEGERI menyatakan apakah peranan Malaysia di dalam Pertubuhan
Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi
membantu mengatasi krisis kemanusiaan di Yaman terutamanya dari aspek
keperluan makanan dan ubat-ubatan kesan daripada peperangan yang berlaku
ditambah pula dengan wabak pandemik COVID-19.
69

266. PR-1432-T03586
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk
mengembalikan semula peruntukan geran MyBrain bagi tujuan melanjutkan
pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran bertujuan untuk
meningkatkan budaya keintelektualan akademik dalam kalangan rakyat yang
sebelum ini telah ditangguhkan oleh Kerajaan terdahulu atas alasan hutang
negara.

267. PR-1432-T03589
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan adakah pihak
Kementerian bercadang untuk mengkaji dan melaksanakan konsep 'travel
bubble' atau gelembung pelancongan dengan negara-negara yang berjaya
membendung COVID-19 serta berada di dalam 'zon hijau' bagi merangsang
semula aktiviti ekonomi berasaskan pelancongan.

268. PR-1432-T03592
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan apakah respon Kementerian terhadap tindakan
kapal peninjau China yang memasuki perairan negara di Zon Ekonomi
Eksklusif (ZEE) dan mengganggu aktiviti penggalian minyak dan gas oleh kapal
Eksplorasi dan Penggalian West Capella yang disewa oleh Petronas.

269. PR-1432-T03696
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan berapa jumlah hutang Kerajaan dalam dan luar
Malaysia pada Disember 2019 dan pada Jun 2020 dan berapa hutang
tambahan yang telah dan akan dibuat oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

270. PR-1432-T03697
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan pendapatan dan perbelanjaan Education
Global Services Malaysia (EMGS) antara tahun 2015 sehingga 2020 dan
sejauh manakah kawalan Kementerian ke atas entiti tersebut.

271. PR-1432-T03698
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah kertas siasatan yang dibuka oleh pihak polis di
bawah Akta Hasutan 1948 dari tahun 2015 sehingga 2020 dan apakah status
kajian yang dibuat terhadap pemansuhan atau pindaan kepada Akta Hasutan
ini.
70

272. PR-1432-T03699
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai nama ahli-ahli politik yang dilantik sebagai Pengerusi dan
ahli lembaga pengarah GLC dan agensi-agensi Kerajaan termasuk anak-anak
syarikat sejak tarikh 1 Mei 2020 dan nyatakan dari parti mana dan jawatan
dalam parti jika ada.

273. PR-1432-T03700
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) jumlah pelaburan dan pemilikan PNB di dalam Syarikat Jakel
Land Sdn. Bhd. yang memiliki tanah seluas 19 ekar
berhampiran Istana Negara; dan

(b) status projek pembangunan hartanah komersial yang


dirancang di atas tanah tersebut.

274. PR-1432-T03290
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan menyenaraikan secara terperinci setakat manakah
penyusutan nilai aset Lembaga Tabung Haji berlaku sewaktu pentadbiran YB
Abdul Azeez Abdul Rahim selaku pengerusi dan langkah yang sedang diambil
Kerajaan untuk memulihkan nilai aset berkenaan.

275. PR-1432-T03291
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan menyatakan jumlah deposit dalam Tabung Haji bagi
tahun 2018 dan 2019 serta menyatakan peratusan dan nombor pemegang
akaun Tabung Haji mengikut pecahan braket saiz simpanan didepositkan
dalam Tabung Haji.

276. PR-1432-T03292
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan menyatakan prestasi tabungan rakyat dalam
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dari tahun 2010 -
Julai 2020 dan peratusan peminjam yang gagal membayar hutang yang terbaru
mengikut pecahan pendapatan mereka.

277. PR-1432-T03293
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan senarai semua lantikan Kerajaan dalam badan
berkanun dan syarikat berkaitan Kerajaan serta gaji dan/atau elaun yang
diterima setiapnya dari bulan Februari 2020.
71

278. PR-1432-T03294
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan menyatakan jumlah penerima skim PeKa B40 pada
tahun 2019 mengikut pecahan manfaat-manfaat di bawah skim dan implikasi
kewangan terhadap Kerajaan bagi setiap manfaat tersebut.

279. PR-1432-T03579
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan status usaha meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta 1996 yang telah dimulakan sebelum ini agar dapat mengangkat
keupayaan IPTS di dalam negara, selari dengan usaha pengantarabangsaan
pendidikan tinggi di Malaysia.

280. PR-1432-T03580
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah dana yang
diperuntukkan dan senarai projek pembangunan luar bandar yang telah
diluluskan di kawasan Simpang Renggam bagi tahun 2020.

281. PR-1432-T03581
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan progres pembinaan aplikasi oleh PADU untuk saringan
pendengaran murid-murid seawal prasekolah.

282. PR-1432-T03582
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan adakah perkhidmatan Menara 1Bestarinet akan terus berada di
bawah Kementerian Pendidikan mengikut Pelan Gentian Optik dan
Kesalinghubungan Negara atau National Fiberization and Connectivity Plan
(NFCP) walaupun ianya telah menyebabkan Kerajaan kerugian ratusan juta
setiap tahun yang ditanggung oleh Kementerian Pendidikan.

283. PR-1432-T03583
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan adakah YTL dalam projek 1Bestarinet telah memenuhi KPI untuk
menyediakan internet dengan had laju 6Mbps-30Mbps untuk 8,271 sekolah dan
2Mbps untuk 1,997 sekolah pada setiap bulan sewaktu kontrak Fasa 2 antara
KPM dengan YTL.
72

284. PR-1432-T03310
Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
apakah tindakan yang diambil oleh Bank Negara terhadap bank asing seperti
UOB dan DBS (Singapura) mengenai peranan mereka dalam pengubahan
wang haram dalam 1MDB di mana berbilion-bilion ringgit dicuri daripada
Kerajaan Malaysia.

285. PR-1432-T03311
Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap bank-bank yang menipu
masyarakat Malaysia dengan menjual produk haram seperti ‘junk bonds’ tanpa
kelulusan daripada Bank Negara.

286. PR-1432-T03312
Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) telah menyebabkan
kenaikan kadar pengangguran terutamanya dalam sektor perkhidmatan.
Penutupan perniagaan, kebankrapan, dan kehilangan pendapatan pekerja
menjejaskan ekonomi. Apakah solusi kos efektif yang diambil oleh Kerajaan
untuk menyelesaikan masalah pengangguran.

287. PR-1432-T03313
Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
berapa banyak perbelanjaan oleh Kerajaan untuk menangani wabak COVID-19
di Malaysia. Nyatakan secara terperinci maklumat sehingga bulan Mei 2020.

288. PR-1432-T03315
Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
apa status terkini pembinaan hospital baru di Lawas dan Miri. Selain daripada
itu, apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk menyiapkan
projek Hospital Petra Jaya.

289. PR-1432-T03654
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan berapakah jumlah sekolah daif yang telah dikenal pasti di seluruh
negeri Sabah terutamanya di Parlimen Kimanis dan sejauh manakah usaha-
usaha Kementerian dalam menyelesaikan isu sekolah-sekolah daif ini di Sabah.
73

290. PR-1432-T03655
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah bentuk program yang akan
diperkenalkan oleh Kementerian untuk pembangunan Perusahaan Kecil
Sederhana (PKS) di Sabah.

291. PR-1432-T03233
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan graduan TVET Malaysia
(Malaysia Technical Vocational Education and Training) bagi tempoh 2017
hingga 2019 dan nyatakan bidang-bidangnya serta setakat manakah
pencapaian pendidikan TVET Malaysia dalam menyediakan tenaga kerja bagi
industri 4.0 dan industri digital negara khususnya pelajar dari luar bandar serta
setakat manakan TVET Malaysia telah diperkenalkan kepada pelajar sekolah
tahfiz di negara ini.

292. PR-1432-T03234
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan doktor perubatan termasuk
doktor pakar dan bidangnya yang terdapat di negara ini dan nyatakan sama
ada ianya telah mencapai piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
serta nyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan Malaysia mempunyai
bilangan doktor yang mencukupi sekiranya berlaku krisis atau wabak penyakit
seperti COVID-19.

293. PR-1432-T03235
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar rakyat negara ini
yang sedang mengikuti pengajian perubatan di IPTA dan IPTS di dalam negara
dan nyatakan bilangan IPTA dan IPTS di dalam negara ini yang menyediakan
program pengajian perubatan serta kapasiti pelajar dalam sesuatu tempoh
pengajian serta langkah Kerajaan bagi memastikan mutu pengajian perubatan
di IPTA dan IPTS setanding dengan standard antarabangsa.

294. PR-1432-T03236
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah
langkah Kementerian bagi memastikan setiap rakyat negara ini mampu
memiliki rumah sendiri khususnya golongan muda dan rakyat berpendapatan
rendah B40.
74

295. PR-1432-T03237
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan setakat manakah ancaman dari
individu dan kumpulan tertentu yang cuba menghidupkan semula fahaman dan
ideologi komunisme di negara ini dan apakah tindakan Kerajaan termasuk
tindakan undang-undang yang telah diambil Kerajaan untuk menyekat dan
membanteras kegiatan mereka bagi memastikan keselamatan dan keamanan
negara terjamin dan bebas dari fahaman komunis.

296. PR-1432-T03801
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jumlah industri
ekonomi gig yang berjaya dilahirkan dalam negara. Seterusnya apakah langkah
proaktif Kementerian dalam melahirkan lebih ramai pemain dalam industri
ekonomi gig ini. Berapa yang telah pun mendapat manfaat.

297. PR-1432-T03802
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan mengenai
perancangan Kementerian untuk pulihkan industri PKS pasca COVID-19.

298. PR-1432-T03803
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan peranan agensi
PROTEGE dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan khususnya kepada
para graduan pasca COVID-19.

299. PR-1432-T03804
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan berapa jumlah
industri PKS yang telah pun berjaya dan menembusi pasaran global. Jika ada,
apakah langkah Kementerian dalam membawa lebih ramai industri akan
diangkat di peringkat global.

300. PR-1432-T03805
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan statistik jumlah kes kemalangan jalan raya
berpunca daripada pemandu mabuk di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan
Nasional (PN).
75

301. PR-1432-T03462
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan perkembangan terkini berhubung pembinaan rumah Generasi
Baharu FELDA di kawasan Jempol iaitu di Palong 8, 14, 15 dan 16 yang masih
terbengkalai meskipun peruntukannya telah diluluskan sebelum ini.

302. PR-1432-T03463
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan sebarang mekanisme baharu bagi menangani isu pendatang asing
tanpa izin (PATI) yang sudah berlanjutan sejak sekian lama agar tindakan
penguatkuasaan dapat dilakukan secara lebih menyeluruh dan berkesan.

303. PR-1432-T03464
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan implikasi trend peningkatan jumlah pelajar tempatan di sekolah
antarabangsa sehingga melangkaui jumlah pelajar bukan warganegara yang
dikhuatiri akan memberi kesan kepada perkembangan jati diri kerana terpisah
daripada kurikulum pendidikan kebangsaan.

304. PR-1432-T03465
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan pelan jangka panjang bagi mencipta lebih banyak
peluang pekerjaan kepada warganegara pasca pandemik COVID-19,
khususnya untuk anak muda yang bergraduasi pada setiap tahun agar kadar
pengangguran dapat dikawal.

305. PR-1432-T03466
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan status semasa pembinaan dan menaik taraf jalan
luar bandar di kawasan perkampungan Orang Asli Jempol, khususnya di
Kampung Orang Asli Sungai Klebang serta Kampung Orang Asli Panchor.

306. PR-1432-T03788
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan adakah Kerajaaan memberi sebarang insentif kepada
kontraktor apabila mereka dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan oleh
Kerajaan. Pematuhan ini sudah pasti melibatkan perbelanjaan tambahan serta
pengurangan produktiviti kerana amalan penjarakkan sosial, hal sedemikian
adalah tidak sediakan malah dijangka akan berlaku semasa menender dahulu.
76

307. PR-1432-T03792
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan pengaruh 'kartel' dalam sistem perolehan telah dapat
diatasi agar agihan rangsangan ini boleh dinikmati oleh kontraktor-kontraktor
yang benar-benar memerlukan pembelaan dan bantuan. Ini berikutan Pelan
Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang mengumumkan bahawa
Kerajaan akan memberi insentif aliran tunai melalui SME Bank untuk kontraktor
kelas G2 dan G3 serta peruntukan sebanyak RM2 bilion untuk program
meningkatkan tenaga kerja.

308. PR-1432-T03793
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan tentang keperluan pengaktifan Jawatankuasa Penswastaan
Lebuh Raya untuk mengkaji semula arah tuju projek inisiatif swasta dan bilakah
Kementerian akan melaporkan hasil kajiannya.

309. PR-1432-T03794
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan apakah cabaran yang dihadapi dalam menyuntik
kesedaraan tentang penggunaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) di sektor
pembinaan tempatan dan sejauh mana kesedaraan ini mendapat sambutan
daripada orang ramai dan syarikat pembinaan itu sendiri.

310. PR-1432-T03795
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan berapa ramai pelatih Akedemi Binaan Malaysia yang telah
menceburkan diri dalam bidang pembinaan. Sejauh mana akademi ini telah
berupaya untuk menyediakan tenaga kerja mahir tempatan dalam usaha
Kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja warga asing dalam
pembinaan.

311. PR-1432-T03345
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan bilangan pembangunan infrastruktur PDRM
(pembangunan semula/naik taraf/pembaikan yang akan dilaksanakan pada
tahun ini.

312. PR-1432-T03346
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan perincian pembangunan-
pembangunan infrastruktur rangkaian jalan raya yang dirancang untuk
dilaksanakan di Sabah pada tahun 2021.
77

313. PR-1432-T03348
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan pecahan
peruntukan di bawah Projek BP1 Kementerian mengikut negeri yang telah
diturunkan bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.

314. PR-1432-T03350
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan projek-projek yang ada dalam rekod Kementerian
tetapi diturunkan keutamaan bagi tujuan pembangunan di TLDM Sepanggar
sehingga ke hari ini.

315. PR-1432-T03353
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan strategi yang akan
dilakukan bagi memulihkan kembali industri poelancongan di negeri Sabah
pada pasca Perintah Kawalan Pergerakan ini.

316. PR-1432-T03514
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) apakah Kerajaan bersedia untuk menggubal rang undang-
undang anti-lompat parti bagi mengekalkan integriti dan moral
wakil rakyat yang dipilih; dan

(b) apakah halangan terbesar yang dihadapi oleh Kerajaan bagi


merealisasikan akta ini.

317. PR-1432-T03516
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan :-
(a) apakah usaha pihak Kementerian bagi mengatasi masalah
pelarian Rohingya yang lari daripada kem pelarian dan
menceroboh masuk ke perairan negara; dan

(b) apakah bentuk kerjasama negara serantau yang telah


dijalinkan bagi menangani masalah pelarian Rohingya ini .

318. PR-1432-T03518
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) sehingga kini apakah status terkini kes kematian Allahyarham
Muhammad Adib Mohd Kassim; dan
78

(b) apakah komitmen Kerajaan dalam memastikan kes kematian


Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan mendapat
pembelaan yang sewajarnya.

319. PR-1432-T03521
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan :-
(a) berapakah jumlah aduan yang telah diterima oleh Kementerian
terhadap majikan yang didapati tidak menyalurkan subsidi
upah kepada pekerja tempatan menerusi Pakej Rangsangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN); dan

(b) apakah tindakan susulan yang telah dikenakan kepada


majikan ini.

320. PR-1432-T03523
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) adakah Kementerian telah memperhalusi cadangan untuk
membenarkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan
di Depoh Tahan Imigresen untuk bekerja; dan

(b) apakah Kementerian melihat majikan masih memerlukan


pekerja asing terutamanya dalam frasa pengekangan
penularan wabak COVID-19.

321. PR-1432-T03594
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan bagaimanakah cara untuk menangani
masalah pengangguran yang tinggi disebabkan pandemik COVID-19 serta
langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan kadar pengangguran di
Malaysia dalam keadaan terkawal.

322. PR-1432-T03595
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan jumlah keseluruhan sumbangan Tabung COVID-19 dan
bagaimana sumbangan itu disalurkan serta pihak yang menerima bantuan
tabung berkenaan.
79

323. PR-1432-T03597
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik jumlah
penerima yang telah mendapat manfaat dari Skim Perumahan Belia (SPB
2020) dan berapa jumlah wang Kerajaan yang telah diperuntukan dalam skim
ini.

324. PR-1432-T03600
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan rancangan Kementerian memulakan pendidikan
percuma di pusat pengajian tinggi awam untuk orang kurang upaya (OKU) dan
golongan asnaf seperti yang dijanji dalam jawapan parlimen bertarikh 3 Julai.
Bagaimana Kementerian boleh memperluas pendidikan percuma di pusat
pengajian tinggi kepada golongan B40 dan kemudiannya semua rakyat
Malaysia.

325. PR-1432-T03603
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan jumlah pemandu e-hailing yang mendapat insentif
secara ‘one-off’ sebanyak RM500 berdasarkan syarikat operasi e-hailing
setakat ini. Bagaimana kerajaan membantu pemandu e-hailing,/i> atau
pemandu teksi menangani kesan krisis COVID-19.

326. PR-1432-T03549
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada program Asnafpreneur yang telah disiapkan
oleh Kerajaan PH yang lalu akan diteruskan oleh Kerajaan sekarang khususnya
bagi anak muda yang sudah mula ingin memulakan kerjaya menjadi usahawan.

327. PR-1432-T03550
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan pandangan Kerajaan mengenai imej Islam yang
sepatutnya menjadi salah satu Maqasid Syariah yang perlu dipelihara menurut
Sheikh Ben Bayyah namun dilihat semakin buruk apabila golongan agamawan
sanggup bekerjasama dengan golongan kleptokrat.

328. PR-1432-T03551
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan bagaimana nasib guru KAFA di bawah Kerajaan baharu
dan mencadangkan agar insentif tambahan diberi selain mempercepat proses
menyerap mereka secara sepenuh masa.
80

329. PR-1432-T03552
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada Konvensyen Pondok Moden Model Malaysia
yang sudah dibuat oleh Kerajaan terdahulu diteruskan atau tidak.

330. PR-1432-T03553
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada usaha Kerajaan sebelum ini melalui RUU
Guaman Syarie serta penubuhan Mahkamah Khas Nafkah, Perkahwinan dan
Hadhanah akan diteruskan atau tidak.

331. PR-1432-T03508
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan usaha
membantu Kedah kekal sebagai ‘Food Security’ kepada negara.

332. PR-1432-T03509
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan mengenai jumlah
tenaga boleh diperbaharui yang telah dihasilkan di seluruh negara serta
inisiatif-inisiatif lain bagi menggalakkan penglibatan swasta dan GLC dalam
penghasilan tenaga boleh diperbaharui.

333. PR-1432-T03510
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kaedah
untuk mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan awam serta kaedah
untuk mengelakkan masalah-masalah lain seperti pembakaran terbuka yang
menjejaskan isu alam sekitar yang lain.

334. PR-1432-T03511
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan mengenai perkara-
perkara berikut :-
(a) jumlah rumah skim PPRT di Kedah dan jumlah penerima
bantuan untuk membina rumah PPRT di atas tanah milikan
sendiri; dan

(b) kaedah-kaedah lain membantu golongan asnaf memiliki rumah


sendiri.
81

335. PR-1432-T03512
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan pendirian Kerajaan
Persekutuan dengan rancangan Kerajaan negeri, khususnya Kerajaan Negeri
Kedah untuk membenarkan semula aktiviti pembalakan, khususnya di pinggiran
kawasan hutan simpan dan zon tadahan air.

336. PR-1432-T03270
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan bagaimana seorang bukan Islam atau seorang yang pernah
menjadi seorang Islam tetapi sekarang bukan seorang Islam lagi boleh
membatalkan perkataan ‘Islam’ daripada kad pengenalannya.

337. PR-1432-T03271
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
firma-firma peguam yang sudi memberikan khidmat kepada mereka yang ingin
memohon kepada Mahkamah Syariah untuk keluar daripada Islam.

338. PR-1432-T03272
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
:-
(a) kedudukan terkini projek menaik taraf Jalan Damar Laut-
Changkat Jering (FT060) dan bila dijangka siap; dan

(b) sama ada Jalan FT060 boleh terus dinaiktarafkan kepada jalan
4 lorong (2 lorong sehala) seperti rancangan asal.

339. PR-1432-T03273
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
berapa jumlah peruntukan yang disalurkan kepada negeri Perak untuk
penyelenggaraan jalan dan lampu jalan Persekutuan bagi tahun 2016, 2017,
2018, 2019 dan 2020.

340. PR-1432-T03274
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
bila bangunan baru Hospital Seri Manjung, Perak yang telah diluluskan di
bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (2010 – 2015) akan mula dibina. Berapa
anggaran kos projek tersebut.

341. PR-1432-T03656
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan perkembangan 5 projek pembangunan kepada
Kelantan menerusi Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11.
82

342. PR-1432-T03657
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan statistik kemalangan jalan raya yang
diakibatkan oleh pemandu mabuk.

343. PR-1432-T03658
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan keseriusan pihak Kementerian
dalam membanteras jenayah siber atas talian yang melakukan penipuan
sekaligus mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

344. PR-1432-T03659
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan statistik penjenayah yang datang ke negara ini
atas tiket pelancong tetapi terlibat melakukan jenayah sindiket penipuan atas
talian.

345. PR-1432-T03660
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan senarai Bandar Selamat di bawah PDRM ketika
ini.

346. PR-1432-T03671
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan berapakah dana Kementerian dibelanjakan bagi
mempromosikan program Skills Malaysia 2.0 berdasarkan sasaran penglibatan
TVET bagi tahun 2019-2020.

347. PR-1432-T03672
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan statistik pengangguran mengikut bidang dan apakah
inisiatif di bawah PENJANA yang menjamin penurunan kadar pengangguran
secara langsung kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

348. PR-1432-T03673
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan maklumbalas berkaitan statistik penawaran
geran penyelidikan khas COVID-19 dan sejauh mana dapatan hasil kajian
dapat dimanfaatkan pihak Kementerian dalam membantu rakyat.
83

349. PR-1432-T03674
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah
pencapaian/peningkatan yang diperolehi ke atas eksport PKS setelah suntikan
RM2 bliion kemudahan pinjaman dan perlindungan takaful ditawarkan melalui
Exim Bank.

350. PR-1432-T03675
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan statistik guna tenaga mahir mengikut
bidang/kluster pekerjaan berbanding bilangan siswazah lepasan ijazah sarjana
dan ijazah sarjana muda bergraduat setiap tahun.

351. PR-1432-T03537
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan :-
(a) apakah tindakan lanjut yang akan diambil berdasarkan
siasatan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir
Urus, Perolehan, dan Kewangan Kerajaan. Dimaklumkan,
beberapa projek yang disiasat telah pun dilaporkan kepada
SPRM ; dan

(b) adakah Kementerian akan menyemak semula sistem


perolehan untuk memastikan kesalahan anggota pentadbir
tidak diulangi .

352. PR-1432-T03538
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan mengenai status penyakit mental di Malaysia :-
(a) berapakah jumlah doktor pakar psikiatri dan pakar psikologi
dalam sektor awam dan sektor swasta antara 2009-2019 ; dan

(b) berapakah jumlah rakyat Malaysia yang mendapat rawatan


sakit mental di institusi kesihatan awam dan swasta negara
antara 2009-2019 .

353. PR-1432-T03539
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan Insurans Pekerjaan :-
(a) berapa jumlah pekerja yang berdaftar di bawah Sistem
Insurans Pekerjaan pada 2018 dan 2019 ; dan

(b) berapa jumlah wang yang dibayar dan bilangan pekerja yang
mendapat manfaat.
84

354. PR-1432-T03540
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan jumlah bilangan guru-guru di sekolah menengah
dan sekolah rendah Kerajaan dan swasta yang berdaftar di negara antara
tahun 2009-2019.

355. PR-1432-T03541
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan tentang status kemajuan proses pendaftaran automatik pengundi
dan penurunan had mengundi ke 18 tahun ke atas yang telah diluluskan
menerusi pindaan Perlembagaan pada tahun 2019.

356. PR-1432-T03587
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah kewajaran
dan perkembangan cadangan Kementerian untuk memanjangkan tempoh
perkhidmatan Ahli Majlis di dalam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar ianya
selari dengan tempoh perkhidmatan ADUN dan ahli Parlimen.

357. PR-1432-T03588
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan statistik jumlah pekerja asing dalam negara mengikut
warganegara.

358. PR-1432-T03590
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah punca pertumbuhan ekonomi KDNK negara 3.6% untuk
suku ke-4 2019 menjadi paling lemah dalam sejarah 10 tahun yang lepas.

359. PR-1432-T03591
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah perangkaan kematian rakyat Malaysia di bawah
umur 12 tahun mengikut kaum.

360. PR-1432-T03593
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan nisbah hutang negara berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) dari tahun 2016 sehingga kini dan analisis hutang negara berbanding
negara lain, khususnya di rantau ASEAN serta beberapa negara maju.
85

361. PR-1432-T03375
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senaraikan pelantikan baru pengerusi dan ahli lembaga pengarah
bagi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan dan badan-badan berkanun.

362. PR-1432-T03376
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan nyatakan apakah langkah-
langkah yang telah dan boleh diambil bagi memastikan pematuhan syarikat
pelabur luar dan dalam negeri terhadap jaminan hak asasi manusia di
Malaysia.

363. PR-1432-T03377
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan nyatakan jumlah pekerja yang kehilangan pekerjaan pada suku
keempat 2019 dan suku pertama 2020. Berapa ramai daripada mereka yang
kehilangan kerja pada suku keempat 2019 mendapat semula pekerjaan dalam
tempoh suku pertama 2020.

364. PR-1432-T03378
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi memastikan
pelaksanaan gaji minima seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan
dalam Belanjawan 2020 dilaksanakan.

365. PR-1432-T03379
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan berapa jumlah doktor baru yang berhenti daripada perkhidmatan
kurang daripada 10 tahun selepas berkhidmat. Mengapa.

366. PR-1432-T03380
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
status permohonan pembaikan Klinik Kesihatan Kemabong Tenom, adakah
ianya sudah diluluskan.

367. PR-1432-T03381
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status permohonan balai bomba
di pekan dearah kecil Kemabong Tenom.
86

368. PR-1432-T03382
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah status permohonan balai polis di daerah kecil Kemabong
Tenom untuk membantu menjamin keselamatan penduduk di kawasan ini.

369. PR-1432-T03383
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak Kementerian
dalam menjaga kebajikan pesara polis di negara ini.

370. PR-1432-T03384
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan apakah status terkini projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo
di Sabah. Berapa peratus penyiapan projek setakat ini dan adakah benar
Kerajaan Persekutuan akan menarik balik kos pembinaan projek ini.

371. PR-1432-T03613
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan dalam usaha memerangi dadah habis-habisan apakah Kerajaan
berhasrat untuk mewujudkan makmal di setiap institusi AADK agar usaha-
usaha mengenal pasti jenis dadah Orang Kena Tangkap (OKT) dapat
disegerakan.

372. PR-1432-T03614
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan alternatif yang akan digunakan untuk mengganti Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun
2020.

373. PR-1432-T03616
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah warga asing yang terkini di tahan di 14 depot Jabatan
Imigresen di seluruh negara serta jumlah perbelanjaan Kerajaan dalam
saringan COVID-19 kepada warga asing tersebut.

374. PR-1432-T03617
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan mengenai cadangan
penubuhan bank khusus untuk memudahkan proses pinjaman perumahan
mampu milik dan kos rendah.
87

375. PR-1432-T03618
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada
Kementerian menyediakan bantuan atau insentif khas kepada pengusaha
Taman Didikan (TADIKA) swasta yang turut terkesan akibatt pendemik COVID-
19 di mana mereka tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).

376. PR-1432-T03604
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan :-
(a) perancangan Kementerian mentransformasi institusi petani
termasuk koperasi dan pertubuhan peladang supaya
berautonomi dan ditadbir petani untuk petani, sebagaimana
model Taiwan 1970-an; dan

(b) usaha pemerkasaan petani dari segi latihan dan pendidikan,


pengembangan teknikal dan perniagaan, dan pembangunan
koperasi dan keusahawanan.

377. PR-1432-T03605
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
pelan holistik Kementerian dari segi kemudahan dan kepakaran bagi
menghadapi status negara tua serta memperkasa sistem jaringan keselamatan
sosial bagi isu kemiskinan dalam golongan ini apabila 14.5% rakyat bakal
berusia 65 tahun ke atas menjelang 2040 menurut DOSM.

378. PR-1432-T03607
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan :-
(a) tindakan Kementerian dalam memperkemas pengurusan Skim
Subsidi dan Insentif sejajar dengan penemuan laporan
Jabatan Audit Negara (JAN); dan

(b) status pelaksanaan dasar penyatuan tanah sawah padi dan


kesannya pada penjanaan pendapatan pesawah muda.

379. PR-1432-T03609
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :-
(a) butiran terperinci mandat dan skop Jawatankuasa Pilihan Khas
Jawatan-jawatan Utama Perkhidmatan Awam; dan
88

(b) status terkini pemerkasaan jawatankuasa ini untuk


membincangkan isu-isu penting yang memerlukan sokongan
melangkaui parti seperti pelantikan Ketua SPRM dan Peguam
Negara.

380. PR-1432-T03610
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan usaha pengurangan kemudaratan kementerian dalam
merawat dan melindungi kebajikan mereka yang menderita penyakit ketagihan,
mengambil kira impak wabak COVID-19 dan juga PKP terhadap golongan ini
terutamanya berikutan penangguhan operasi oleh AADK contohnya di klinik
rawatan Cure and Care Kerinchi.

381. PR-1432-T03564
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah syarikat dan
sektor operasi (hotel, runcit, pembuatan, pembinaan, lain-lain) yang telah
diisytiharkan muflis pada bulan Februari, Mac, April, Mei dan Jun 2020.

382. PR-1432-T03565
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bilangan individu dan
negeri tempat tinggal yang telah mengisytiharkan muflis pada bulan Februari,
Mac, April, Mei dan Jun 2020.

383. PR-1432-T03566
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan nama syarikat kertas dan
pulpa asing yang telah memohon dan memperolehi Lesen Pembuatan
(Manufacturing License) untuk beroperasi.

384. PR-1432-T03567
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan nama klinik dan tempat perubatan yang telah diluluskan untuk
menjalankan ujian COVID-19 untuk pekerja di bawah Program Saringan
Prihatin (PSP) PERKESO.

385. PR-1432-T03568
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
jumlah syarikat dan jumlah pinjaman yang mereka terima di bawah setiap
program Bank Negara Malaysia (BNM) - Kemudahan Bantuan Khas (Special
Relief Facility), kemudahan automasi & digitalisasi, Kemudahan Sektor Semua
Ekonomi (All Economic Sector Facility) dan kemudahan agrofood.
89

386. PR-1432-T03243
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan berapa jumlah kawasan di Sibu khususnya di luar
bandar yang tiada perkhidmatan atau sukar mendapatkan signal telefon atau
internet. Apakah Kementerian bercadang untuk menambah baik sistem
perkhidmatan telefon dan internet di Sibu khususnya di luar bandar.

387. PR-1432-T03244
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI
DAN BUDAYA menyatakan langkah memaparkan sektor pelancongan
Sarawak. Apakah langkah pencegahan yang telah dilaksanakan atau yang
sedang dicadangkan dalam sektor pelancongan.

388. PR-1432-T03245
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan senarai jumlah penerima kewangan BPN dikeluarkan dengan
mengikuti negeri masing. Selain itu juga, senaraikan penerima BPN dengan
kategori bujang, B40 dan M40 .

389. PR-1432-T03246
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan senarai jumlah penerima Geran Khas Prihatin dengan kategori
negeri-negeri. Selain itu, senaraikan jumlah permohonan GKP Sarawak dan
jumlah yang telah menerima GKP di Sarawak .

390. PR-1432-T03280
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
situasi kes buli dan gengsterisme di sekolah semakin meningkat dan
merisaukan banyak pihak walaupun banyak pendekatan yang sudah diambil.
Apakah langkah yang lebih berkesan dan efektif telah dan akan diambil untuk
menangani masalah atau gejala buli dan gengsterisme di sekolah.

391. PR-1432-T03281
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
bilakah Kementerian akan melaksanakan projek rintis bagi sistem Rekod
Perubatan Elektronik di hospital dan klinik awam secara sepenuhnya.
90

392. PR-1432-T03282
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) anggaran jumlah nilai industri ceti haram/ 'Ah long' setahun
dan jumlah ahli sindiket ceti haram atau 'Ah Long' telah
ditangkap dari 1 Januari 2010 sehingga 31 Mei 2020 dan
jumlah pinjamannya; dan

(b) jumlah 'bos' atau ketua sindiket ceti haram telah ditangkap
dalam tempoh masa yang sama dan jumlah nilai harta 'bos'
atau ketua ceti haram yang telah disita atau rampas .

393. PR-1432-T03283
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
jumlah wang dalam akaun amanah Wang Tak Dituntut setakat 31 Mei 2019.

394. PR-1432-T03284
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan persepsi masyarakat terhadap pihak Ketua Polis di peringkat
daerah (OCPD) adalah mereka masih mengamalkan gejala rasuah. Adakah
Kementerian bercadang untuk mewajibkan semua Ketua Polis Daerah
mengisytiharkan harta mereka dan keluarganya secara terbuka untuk
menangkis persepsi negatif masyarakat itu dan membendung gejala rasuah.

395. PR-1432-T03729
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan pasca COVID-19, apakah langkah yang telah
dimuktamadkan oleh Kementerian berhubung soal keselamatan pelajar, para
pendidik dan seluruh tenaga kerja di setiap institusi pendidikan sama ada
prasekolah, sekolah, kolej dan universiti.

396. PR-1432-T03730
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk menaik taraf
barang kelengkapan kerja pihak PDRM seperti komputer, perisian komputer,
penghawa dingin, kerusi dan meja termasuk keperluan lain.

397. PR-1432-T03731
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
berapa jumlah peruntukan yang akan dikeluarkan oleh Kementerian untuk
membantu membangunkan ekonomi ibu-ibu tunggal dan keluarga asnaf yang
terkesan di seluruh Malaysia pasca COVID-19.
91

398. PR-1432-T03732
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
semenjak tahun 2000 kes kanak-kanak hilang semakin meningkat, berapakah
nilai statistik dan peratusan hilang dan jumpa sehingga hari ini dan apakah
sebab utama kehilangan kanak-kanak ini. Apakah pendekatan dan inisiatif
Kementerian bagi mengatasi masalah ini.

399. PR-1432-T03733
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI
PERPADUAN NEGARA menyatakan melalui peruntukan Belanjawan 2019,
berapa peruntukan yang dikeluarkan untuk pembangunan masyarakat Orang
Asal. Berapa jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk pembangunan
infrastruktur dan apakah jenis bantuan yang disalurkan kepada masyarakat
Orang Asal pasca COVID-19.

400. PR-1432-T03370
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan senarai pembangunan
ekonomi, infrastruktur dan sosial yang telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA) bagi tahun 2019 di seluruh Semenanjung Malaysia.

401. PR-1432-T03371
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah dasar Pengambilan
SPA bagi pengambilan perkhidmatan di dalam Perkhidmatan Awam yang
diamalkan sekarang dan adakah ia selaras dengan Peruntukan Akta 8(5)(C)
Perlembagaan Persekutuan.

402. PR-1432-T03372
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan pencerahan JABATAN PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah terkini Masyarakat Orang Asli yang berkhidmat di dalam
Perkhidmatan Awam bagi kategori Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan
Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.

403. PR-1432-T03373
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan untuk menyenaraikan jumlah
tanah Perkampungan Masyarakat Orang Asli yang telah diwartakan sebagai
Tanah Rizab Orang Asli mengikut daerah dan negeri.
92

404. PR-1432-T03374
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan senarai pembangunan
ekonomi, infrastruktur dan sosial yang telah dijalankan oleh Jabatan Kemajuan
Orang Asli (JAKOA) bagi tahun 2019 di dalam kawasan Parlimen Cameron
Highlands.

405. PR-1432-T03763
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan bilakah IPD Labuan serta kuarters anggota polis dan rumah-rumah
pegawai polis yang sudah lama uzur itu akan diganti baharu. Bolehkah ianya
diperbaharui dalam tahun-tahun awal RMK-12 ini.

406. PR-1432-T03765
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan adakah Kementerian bersetuju untuk menggabungkan RFP
pembinaan pelabuhan baru bersepadu Labuan dengan pembinaan Jambatan
Labuan – Menumbok dan pengwujudan pusat industri bertaraf FTZ di kawasan
Menumbok, Kuala Penyu. Penggabungan 3 perkara tersebut adalah sangat
penting untuk menjadikan projek itu viable.

407. PR-1432-T03766
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah justifikasi
penutupan Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga Dan masyarakat, Labuan.
Labuan sebagai Wilayah Persekutuan di Borneo sepatutnya diberikan
keistimewaan di mana diadakan sebanyaknya jabatan-jabatan dan agensi-
agensi Kerajaan Persekutuan dan bukan dikurangkan.

408. PR-1432-T03768
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan apakah dalam perancangan 'fiberisation' nasional
yang akan dilaksanakan di Labuan tahun 2020 - 2022.

409. PR-1432-T03769
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
menyatakan apakah Kementerian sedar bahawa Labuan sering mengalami
gangguan bekalan air yang disebabkan oleh paip pecah. Apakah perancangan
Kementerian untuk menangani perkara ini memandangkan Labuan sedang
berusaha untuk menarik pelaburan dalam pelbagai industri.
93

410. PR-1432-T03542
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan status terkini pembinaan SMK Sri Samarahan dan
Projek Gantian Penuh SMK Muara Tuang di Kota Samarahan.

411. PR-1432-T03543
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan status terkini bagi pembinaan baru Ibu Pejabat Polis
Daerah di Asajaya.

412. PR-1432-T03335
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kadar kemiskinan serta status penyemakan semula pendapatan
garis kemiskinan (PGK) supaya lebih menggambarkan masalah kemiskinan
sebenar masyarakat Malaysia.

413. PR-1432-T03336
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan statistik kutipan hasil pusat
agropelancongan dan jumlah pengunjung agropelancongan pada 2019. Sejauh
manakah agropelancongan mampu mencipta peluang pekerjaan dan sumber
pendapatan tambahan kepada golongan petani, penternak dan nelayan.

414. PR-1432-T03337
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan status kawalan keselamatan pantai terutamanya di Melaka,
adakah empat bot ronda zon selatan dalam keadaan baik dan dapat digunakan
dalam mengawal keselamatan pantai untuk mengelakkan kes kecurian bot
nelayan berulang.

415. PR-1432-T03338
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan pelan holistik untuk memerangi masalah kebanjiran pendatang
asing tanpa izin ke negara ini. Apakah faktor utama yang membolehkan
pendatang tanpa izin boleh masuk dan bertapak di negara ini.

416. PR-1432-T03339
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk memindahkan Politeknik
Kota Melaka ke dalam kawasan Parlimen Tangga Batu memandangkan tiada
sebarang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) di dalam
kawasan ini.
94

417. PR-1432-T03619
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara
terperinci agihan perbelanjaan peruntukan RM21 juta kepada sekolah-sekolah
tahfiz, pondok dan institusi pendidikan Islam semasa tempoh PKP.

418. PR-1432-T03622
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan jumlah pelajar MARA yang berada di luar negara
semasa COVID-19 dan adakah pihak MARA akan memanggil pulang pelajar
berkenaan untuk meneruskan pengajian mereka di dalam negara.

419. PR-1432-T03624
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah perancangan untuk para pelajar sekolah rendah dan menengah yang
masih belum dapat meneruskan pembelajaran akibat penutupan sekolah
berbulan-bulan lamanya.

420. PR-1432-T03625
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan secara terperinci usaha serta program yang
dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat dalam membantu pihak
Kerajaan menyediakan alat perlindungan diri (PPE) bagi menangani wabak
COVID-19 yang melanda negara.

421. PR-1432-T03627
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
menyatakan perancangan KASA dalam memastikan penguatkuasaan undang-
undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (1974) benar-benar berkesan dan
mampu mengurangkan kes-kes pencemaran.

422. PR-1432-T03435
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian benar-benar serius dengan
cadangan untuk meneruskan dengan penanaman 'hemp' yang merupakan
sejenis dadah yang boleh mengakibatkan banyak gejala sosial.

423. PR-1432-T03436
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang
telah diambil oleh Kementerian bagi membendung dan mencegah kemalangan
jalan raya yang diakibatkan oleh pemandu mabuk.
95

424. PR-1432-T03437
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah Kementerian berhasrat untuk memberikan
apa-apa penghargaan kepada kesemua petugas barisan hadapan termasuk
Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah bertungkus
lumus dan berjaya melawan wabak COVID-19.

425. PR-1432-T03438
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan apakah perkembangan siasatan kes audio klip
perbualan telefon di antara Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah
Mansor dengan beberapa individu yang didedahkan oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini.

426. PR-1432-T03439
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah yang
diambil untuk mencegah dan menghalang penyebaran maklumat dan berita
palsu di media sosial .

427. PR-1432-T03385
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan apakah langkah yang diambil bagi menyediakan
lebih banyak peluang pekerjaan terutama kepada golongan belia selain
mengatasi isu lambakan graduan yang berlaku kini.

428. PR-1432-T03386
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk
menghapus kira atau melupuskan hutang kepada peserta-peserta namun
masih belum dapat membayar balik kos biarpun telah tamat tempoh bayaran
balik seperti yang dilaksanakan kepada peneroka FELDA sebelum ini.

429. PR-1432-T03387
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PERPADUAN NEGARA menyatakan sejauh mana pelaksanaan pelan
tindakan perpaduan negara berjaya mengekang isu polarisasi kaum serta
tindakan provokasi yang mampu memecahbelahkan keharmonian negara.
96

430. PR-1432-T03388
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan sejauh mana keberkesanan program ‘Food Bank’ (Bank Makanan)
yang dilaksanakan terutama di institusi pengajian tinggi membantu golongan
yang terjejas dan adakah ia diperluaskan kepada golongan lain selain B40.

431. PR-1432-T03389
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan statistik bilangan mereka yang
telah diambil tindakan kerana menyebarkan berita palsu terutama berkaitan
COVID-19 dan sejauh mana Portal Sebenarnya.My menjadi rujukan rakyat
untuk mendapatkan berita sahih.

432. PR-1432-T03643
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan jumlah premis i-Keep (Kedai Ekonomi Pengguna) yang terdapat di
seluruh Malaysia sehingga Jun 2020.

433. PR-1432-T03645
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan sisa
buangan Personal Protective Equipment (PPE) diurus dengan baik.

434. PR-1432-T03646
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kementerian
bercadang untuk membuka semula lesen bot nelayan yang telah ditutup
sebelum ini dan adakah langkah yang diambil oleh Kementerian bagi
membolehkan nelayan memperolehi pendapatan lain semasa musim
tengkujuh.

435. PR-1432-T03650
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
pelan tindakan yang diambil bagi menangani isu kanak-kanak terbantut
terutama di kalangan anak-anak miskin tegar.
97

436. PR-1432-T03651
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan hasil kajian yang telah dijalankan oleh jawatankuasa
pakar berkenaan bentuk kawalan yang akan diambil dalam menangani isu
penggunaan rokok elektronik.

437. PR-1432-T03559
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah mekanisme yang boleh diguna pakai dalam
menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selain pelaksanaan Ops
Benteng bagi menyekat penularan wabak COVID-19.

438. PR-1432-T03560
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan berapa jumlah dana yang disalurkan bagi membanteras
serta menanggung kos tahanan PATI di depoh-depoh tahanan Imigresen
sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

439. PR-1432-T03561
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah pendekatan serta kaedah yang bersesuaian untuk
membantu rakyat yang masih belum menerima Bantuan Prihatin Nasional
(BPN). Walaupun proses rayuan telah dikemukakan tetapi ada kemungkinan
terdapat golongan yang benar-benar layak telah tercicir dari menerima bantuan
tersebut.

440. PR-1432-T03562
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah galakan dan
usaha yang dapat diberikan oleh Kementerian kepada agensi serta pengusaha
pelancongan bagi mengelakkan industri pelancongan ini tidak gulung tikar dan
mengakibatkan hampir sejuta pekerja akan kehilangan pekerjaan disebabkan
pendemik COVID-19.

441. PR-1432-T03563
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh
Kementerian untuk mengatasi masalah mendapan muara sungai Kuala Perlis
yang semakin teruk dan telah mengganggu kelancaran perjalanan feri-feri
penumpang, kapal-kapal kargo dan bot-bot ikan di Kuala Perlis.
98

442. PR-1432-T03715
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai lantikan ahli-ahli Parlimen ke
dalam agensi-agensi, syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan dan syarikat-syarikat
pelaburan Kerajaan dan jumlah bayaran serta elaun yang diterima oleh mereka
secara bulanan.

443. PR-1432-T03717
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL
PENGGUNA menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk mengawal
harga minyak petrol dan diesel selepas Kementerian membatalkan Perintah
Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi
Petrol dan Diesel) (No 8) 2020 [PU (A) 64/2020] menyebabkan tiada lagi harga
siling minyak petrol dan diesel.

444. PR-1432-T03718
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan langkah-langkah yang
diambil Kementerian untuk membantu negeri-negeri mengatasi masalah
kekurangan bekalan air ketika musim kemarau seperti yang dialami oleh rakyat
Melaka baru-baru ini.

445. PR-1432-T03719
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan langkah-
langkah yang telah diambil untuk membantu industri pelancongan dan
melindungi pekerjaan di dalam sektor tersebut yang terjejas akibat wabak
COVID-19 dan apakah ada insentif yang komprehensif untuk membantu firma
perhotelan bersaiz kecil dan sederhana.

446. PR-1432-T03720
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan memberi penjelasan rasional projek-
projek kecil infrastruktur yang telah dipohon oleh ahli Parlimen dan diluluskan di
bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat dibatalkan apabila berlaku pertukaran
Kerajaan.
99

447. PR-1432-T03515
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan statistik kemalangan jalan raya, termasuk jumlah nahas, faktor
penyebab (contohnya, pemandu mabuk) mengikut pecahan bulan, negeri, jenis
kenderaan, kaum, jantina setiap tahun dari 2000 sehingga angka terkini pada
2020.

448. PR-1432-T03517
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan peruntukan yang diluluskan untuk kerja-kerja projek
tebatan banjir, peluasan dan pembersihan sungai di Pulau Pinang.

449. PR-1432-T03519
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kes yang difailkan, dalam perbicaraan, dan tamat perbicaraan di
mahkamah semua peringkat pada tahun 2019 dan Jan-Jun 2020. Nyatakan
langkah-langkah menyelesaikan kes ‘backlog’ selepas perbicaraan terhenti
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

450. PR-1432-T03520
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan status 269 warga Rohingya yang telah ditahan sebab memasuki
negara tanpa kebenaran. Kerajaan Bangladesh juga enggan menerima pulang
tahanan tersebut ke negara itu. Apakah pendirian Kerajaan dalam isu ini.

451. PR-1432-T03522
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan statistik kematian akibat komplikasi kerosakan hati di Malaysia
mengikut kaum, jantina, umur dan negeri di Malaysia.

452. PR-1432-T03479
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan jumlah peruntukan mengurus dan pembangunan yang
diperuntukkan kepada sekolah-sekolah di daerah Barat Daya Pulau Pinang dari
tahun 2015 hingga 2019, mengikut tahun dan sekolah.

453. PR-1432-T03480
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah permohonan MyGAP (mengikut
tahun) di seluruh negara dari 2015 hingga 2020. Berapakah kes yang
tertunggak dari 2015 - 2020. Bagaimanakah Kementerian menggalakkan
permohonan MyGAP dan bagaimana menangani masalah proses lambat dan
tertunggak.
100

454. PR-1432-T03481
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah penerima
bantuan kebajikan daripada Jabatan Kebajikan mengikut kategori di daerah
barat daya Pulau Pinang dari 2015 hingga 2019 mengikut tahun dan pecahan
kaum.

455. PR-1432-T03482
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah buah-buahan tempatan yang
dieksport pada tahun 2019. Nyatakan mengikut jenis, tan dan nilai.

456. PR-1432-T03483
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan syarat-syarat permohonan pekerja asing
mengikut semua sektor (pertanian, perikanan dan penternakan), subsektor dan
jenis tanaman, jenis vesel dan jenis ternakan sebagainya. Berikan syarat-syarat
secara terperinci demi membantu petani yang menghadapi masalah memohon
pekerja asing.

457. PR-1432-T03500
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan prosedur penangkapan warga asing yang tidak memiliki
dokumen yang sah. Kenapakah warganegara Malaysia yang berada di premis
yang sama turut ditangkap oleh pihak imigresen walaupun terbukti status
mereka sebagai warganegara Malaysia.

458. PR-1432-T03501
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk
memastikan perniagaan pajak gadai tidak menindas atau mendiskriminasikan
pelanggannya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Benarkah
perniagaan pajak gadai telah meningkat kebelakangan ini.

459. PR-1432-T03502
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan strategi Kementerian untuk menangani masalah
sekolah kurang murid di kawasan luar bandar. Berapakah sekolah yang telah
ditempatkan semula ke lokasi yang lebih sesuai dan mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
101

460. PR-1432-T03504
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan sama ada Bank Negara Malaysia akan mengkaji
semula sistem perbankan negara kita. Bagaimanakah Kerajaan menentukan
bahawa bank-bank tidak menggunakan kaedah yang kasar dalam usaha
memungut semula bayaran pinjaman tertunggak oleh pelanggan mereka.

461. PR-1432-T03505
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tentang jenis-jenis perjudian
dalam talian online yang digemari oleh rakyat Malaysia. Apakah tindakan-
tindakan yang diambil untuk membendung perjudian dalam talian yang menjadi
semakin popular di kalangan anak-anak muda.

462. PR-1432-T03703
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
untuk tahun-tahun 2014 ke 2019, apakah jumlah dana yang diperuntukkan
kepada agensi-agensi SEDIC dan MITRA, berapa dibelanja oleh agensi-agensi
masing-masing, dan kalau tidak dibelanja sepenuhnya, berapa jumlah yang
dikembalikan kepada Jabatan Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan.

463. PR-1432-T03705
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan untuk setiap tahun 2015 ke 2019, apakah jumlah majikan yang
disiasat, ditangkap, direman, dan didakwa di mahkamah atas alasan
menggajikan pekerja asing yang merupakan pendatang tanpa izin (PATI).
Nyatakan jumlah untuk setiap kategori tindakan.

464. PR-1432-T03707
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan untuk setiap lima tahun 2015 ke 2019, apakah jumlah permohonan
untuk kewarganegaraan oleh kanak-kanak yang merupakan anak angkat.
Berapa permohonan ditolak dan berapa dilulus.

465. PR-1432-T03708
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan jumlah bangunan KEMAS di bawah kategori keadaan
baik, sederhana, dan uzur dan rancangan Kementerian untuk baikpulih kepada
tahap yang memuaskan. Nyatakan status tanah yang diduduki iaitu tanah
Kerajaan atau wakaf atau persendirian atau lain-lain.
102

466. PR-1432-T03710
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan jumlah pekerja asing yang berdokumentasi dan anggaran yang
tidak berdokumentasi yang ada di negara kita setakat ini berdasarkan sektor
yang mereka berada dan kewarganegaraan. Apakah pengubahsuaian akan
dibuat dalam dasar pengambilan pekerja asing berikutan kesan pandemik
COVID-19.

467. PR-1432-T03320
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
secara terperinci jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Kerajaan Negeri
Perak untuk penyelenggaraan jalan negeri di bawah Kumpulan Amanah
Penyelenggaraan Jalanraya Negeri Perak (MARRIS) bagi tahun 2018 sehingga
2020.

468. PR-1432-T03321
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah mekanisme pemantauan dan penyemakan terhadap


piawaian pangkalan data dan algoritma yang digunakan dalam
pelaksanaan aplikasi teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi
kes jenayah di dalam penghakiman mahkamah ; dan

(b) apakah cara memastikan pangkalan data yang digunakan


tidak mempunyai unsur bias dari segi umur, ras, geografi, latar
belakang tertuduh dan sebagainya untuk mengelakkan
prasangka dan kecenderungan prejudis yang boleh
menjejaskan keadilan dan kesaksamaan .

469. PR-1432-T03322
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI
DAN INOVASI menyatakan kejayaan, perkembangan terkini dan hala tuju di
dalam melaksanakan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah 'Sifar Plastik Sekali
Guna'. Apakah perkembangan inisiatif dalam memperkenalkan caj pencemaran
minima untuk kegunaan plastik di kaunter premis perniagaan dan potensi
pembentukan 'Persepakatan Plastik Malaysia' dengan keahlian daripada
syarikat perniagaan, agensi-agensi Kerajaan dan masyarakat sivil.

470. PR-1432-T03323
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan keberkesanan tindakan atau langkah-langkah yang diambil untuk
memastikan bahawa Pendatang Tanpa Izin (PATI) ini tidak bermasyarakat
menjadi peniaga-peniaga haram, terutamanya di pasar-pasar, kedai-kedai dan
gerai makanan yang mendatangkan gejala dan masalah sosioekonomi
terhadap warga tempatan.
103

471. PR-1432-T03324
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
secara terperinci jumlah individu rakyat Malaysia yang telah berdaftar dan di
lindungi dalam Skim Perlindungan Masyarakat (MySalam). Selanjutnya,
nyatakan secara terperinci jumlah pembayaran perlindungan kepada individu
sejak skim ini dilancarkan dan jumlah penolakan tuntutan pemohon.

472. PR-1432-T03390
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) kumpulan data dan statistik sistem penyampaian bantuan
bakul makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) seluruh Malaysia; dan

(b) isu agihan bantuan barangan tidak diedarkan atas sebab


campur tangan birokrasi dan unsur politik yang berlaku pada
beberapa kawasan Parlimen.

473. PR-1432-T03391
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci hasil dapatan daripada kajian
soal selidik dalam talian mengenai 'Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan
Undang-Undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahaan Memandu Dalam
Keadaan Mabuk' yang dilaksanakan pada 21 Mei hingga 4 Jun 2020.

474. PR-1432-T03392
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan secara terperinci berkenaan jumlah kerugian negara sepanjang
tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat
(PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

475. PR-1432-T03393
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
data dan kes berkaitan impak nyata terhadap mental dan psikologi kepada
orang ramai yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).

476. PR-1432-T03394
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan jumlah kerugian sektor e-hailing dan perincian
bantuan yang diberikan kepada golongan pemandu e-hailing.
104

477. PR-1432-T03679
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan komitmen dan rancangan untuk menyahjenayah
penagihan dadah.

478. PR-1432-T03680
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan komitmen berkenaan Projek Penambakan Pemecah Ombak dan
Kawalan Hakisan Pantai Pangkalan Seri Menanti Laut Muar untuk dimasukkan
dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

479. PR-1432-T03682
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan membentangkan rancangan bagi mengetatkan
undang-undang berkaitan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan inisiatif
mengurangkan kadar kemalangan disebabkan pengaruh alkohol.

480. PR-1432-T03684
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan membentangkan
perancangan dalam memelihara khazanah warisan kebudayaan dalam
kalangan anak muda melalui program kesenian dan kebudayaan di peringkat
akar umbi.

481. PR-1432-T03685
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan memberikan
komitmen terhadap Projek Pasar Baharu Parit Jawa yang telah pun diluluskan
peruntukannya sejak 18 Mac 2019.

482. PR-1432-T03295
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan langkah dan usaha dilakukan oleh Kementerian
dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di wad-wad hospital Kerajaan di
Sarawak yang ketika ini dianggap kritikal.

483. PR-1432-T03296
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status semasa pelaksanaan
Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Parlimen Lubok Antu untuk
kesejahteraan rakyat.
105

484. PR-1432-T03297
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah langkah Kementerian untuk meningkatkan
penyampaian perkhidmatan kesihatan ke kawasan pedalaman dan
perkampungan di Parlimen Lubok Antu selaras dengan program 'Primary
Health Care (EnPHC)' yang telah dijalankan oleh Kementerian.

485. PR-1432-T03298
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah projek-projek
infrastruktur luar bandar yang telah diluluskan untuk Parlimen Lubok Antu pada
tahun 2020 dan berapa jumlahnya.

486. PR-1432-T03299
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah pelan atau
langkah-langkah yang diambil untuk kempen dan promosi produk
ekopelancongan di kawasan Parlimen Lubok Antu.

487. PR-1432-T03451
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
menyatakan :-
(a) senarai penyumbang dan penderma jumlah sebanyak
RM20,000 ke atas setahun kepada Yayasan Wilayah
Persekutuan untuk setiap tahun dari tahun 2013 hingga 2019;
dan
(b) senarai 25 penerima bayaran terbesar (sama ada bayaran
kontrak, perkhidmatan atau sumbangan) daripada Yayasan
WP untuk setiap tahun dari tahun 2013 hingga 2019.

488. PR-1432-T03452
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
pencapaian Arkib Negara mengikut peruntukan Seksyen 37(1 ) Akta Arkib
Negara 2003 :-
(a) jumlah arkib awam yang telah dibuka; dan

(b) jumlah arkib awam yang belum dibuka dan kriteria


merahsiakannya walaupun ia sudah mencapai 25 tahun serta
status pendigitalan arkib awam.
106

489. PR-1432-T03325
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan kedudukan terkini berkenaan prestasi pungutan
semula PTPTN, strategi dan inisiatif bagi memperkasa pengurusan dana dan
tabung pendidikan tinggi memandangkan persekitaran ekonomi yang tidak
menentu ketika ini.

490. PR-1432-T03326
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan statistik jenayah indeks dan jenayah bukan indeks :-
(a) mengikut negeri; dan

(b) kawasan Parlimen.

491. PR-1432-T03327
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan status terkini pelaksanaan kawalan
penggunaan plastik di kalangan pengguna dan sektor industri.

492. PR-1432-T03328
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan :-
(a) langkah yang dilakukan Kementerian di dalam membantu
lambakan bakal usahawan baru yang dijangka meningkat
akibat pengangguran yang berpunca daripada pandemik
COVID-19; dan

(b) berapakah jumlah penerima skim bantuan usahawan


melibatkan penjaja dan peniaga mikro yang telah diluluskan
serta sudah menerima wang peruntukan.

493. PR-1432-T03329
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan tindakan Kementerian bagi mengekang
fenomena sewa atas sewa kerana terdapat pemberian lesen penjaja kepada
mereka yang bukan penjaja. Masalah ini telah menyebabkan penyewa yang
betul-betul berniaga tidak mendapat sebarang bantuan Kerajaan kerana tiada
lesen.

494. PR-1432-T03529
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan jumlah kolej ADTEC di setiap negeri dan jumlah lepasan ADTEC
setiap tahun di setiap negeri untuk 5 tahun yang lalu.
107

495. PR-1432-T03530
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan rancangan Kementerian dalam usaha menambah baik
perkhidmatan kargo di Pelabuhan Lumut, Perak.

496. PR-1432-T03531
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan perbandingan kos perkhidmatan ETS di negara kita berbanding
Singapura, Indonesia dan China.

497. PR-1432-T03532
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
menyatakan senarai Sekolah Kurang Murid (SKM) di negeri Perak, serta
bilangan murid dan kos operasi tahunan setiap SKM dan rancangan untuk
membantu sekolah tersebut terus beroperasi.

498. PR-1432-T03533
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan jumlah kekosongan dalam pasaran buruh yang belum dipenuhi
dan rancangan untuk mengatasi masalah tersebut.

499. PR-1432-T03691
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
status rancangan pembinaan SMK Kota Kemuning 2, Selangor.

500. PR-1432-T03692
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
sama ada Kementerian merancang untuk membina klinik kesihatan yang baru
di kawasan Parlimen Kulai.

501. PR-1432-T03693
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
sama ada Kementerian merancang untuk membina bangunan baru untuk
Pejabat Kesihatan Daerah Kulai memandangkan PKD Kulai masih berkongsi
pejabat dengan klinik kesihatan.

502. PR-1432-T03694
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
status Pembukaan Institusi Baharu (PIB) bagi SMJK Heng Ee 2, Pulau Pinang
yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
108

503. PR-1432-T03695
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
sekiranya terdapat rancangan untuk memanjangkan Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP) kepada pegawai kontrak supaya golongan tersebut dapat
menjalani latihan kepakaran melalui program Sarjana Perubatan yang
ditawarkan universiti tempatan.

504. PR-1432-T03726
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kesemua lantikan politik dan
latar belakang mereka di semua lembaga dan majlis di Kementerian
Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

505. PR-1432-T03727
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan jumlah kutipan denda daripada syarikat dan
individu yang melanggari PKP daripada bulan Mac hingga akhir bulan Jun
2020. Berapa syarikat dan individu telah didakwa ke mahkamah atas kesalahan
pelanggaran PKP.

506. PR-1432-T03728
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan pecahan bantuan COVID-19 yang telah disalurkan kepada warga
dan syarikat Malaysia sejak bulan Mac hingga Jun 2020. Apakah penyaluran
bantuan ini telah meningkatkan hutang negara.

507. PR-1432-T03686
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan termasuk
komitmen jaminan yang perlu ditanggung dan dibiayai Kerajaan, hutang
syarikat berkaitan 1MDB dan bayaran pajakan kewangan (PPP) setakat 30 Jun
2020.

508. PR-1432-T03687
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan anggaran bayaran pampasan Kerajaan kepada setiap syarikat
konsesi tol swasta untuk membekukan kenaikan kadar tol pada tahun 2020.
Adakah Kerajaan berhasrat dan merancang untuk mengurangkan perbelanjaan
tersebut.
109

509. PR-1432-T03688
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan kedudukan kewangan St. Regis Hotel Langkawi, termasuk nilai
pelaburan, hasil, untung/rugi dan jumlah hutang/pinjaman dan nilai tertunggak :-

(a) apakah peranan syarikat Rajawali dan jumlah pelaburan


daripada syarikat tersebut; dan

(b) apakah pelan Kementerian untuk pelaburan ini.

510. PR-1432-T03689
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan kedudukan aktiviti dan kewangan Bioeconomy Corp. dari aspek
hasil, untung/rugi, nilai aset bersih dan baki tunai. Adakah aset dan baki tunai
syarikat dapat diperuntukkan semula kepada perbelanjaan Kerajaan yang lebih
berkesan dan prihatin kepada rakyat.

511. PR-1432-T03690
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sama ada Kerajaan tetap komited untuk :-
(a) melaksanakan sistem perakaunan akrual pada tahun 2021;
dan

(b) mengekalkan nisbah hutang langsung kepada KDNK pada


tahap 55%.

512. PR-1432-T03711
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Nasional, apakah tanggapan
Kerajaan kita terhadap pernyataan Kerajaan Indonesia yang menyalahkan
koordinasi agensi keselamatan kita yang tidak efektif dalam mengamankan
sempadan kita sebagai punca utama penculikan 5 nelayan Indonesia di
perairan Sabah pada Januari 2020.

513. PR-1432-T03712
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah statistik terkini mengenai kes polio di Sabah dan
mengapakah polio kembali ke negara kita selepas 27 tahun.
110

514. PR-1432-T03713
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status secara terperinci mengenai
pembangunan projek-projek perumahan Kementerian seperti Vista Leila
Idaman dan PR1MA@Sandakan City Centre yang terbiar dan adakah
pembangunan terbiar tersebut dalam rancangan Kementerian untuk
memulihkannya demi kebaikan rakyat .

515. PR-1432-T03714
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan tarikh yang dijadualkan untuk permulaan dan penamatan kesemua
Pakej Kerja Pan Borneo Sabah yang sedang berjalan dan juga untuk Work
Packages yang akan dilaksanakan.

516. PR-1432-T03716
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) bilakah Skim Sewa Beli untuk kesemua PPR akan
dilaksanakan di seluruh Sabah ; dan

(b) apakah mekanisme untuk menukar Skim Sewa yang sedia ada
kepada Skim Sewa Beli.

517. PR-1432-T03554
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan rasional Kerajaan memperkenalkan rangsangan
ekonomi berkaitan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi kenderaan
penumpang CKD dan 50% bagi kenderaan penumpang CBU, dan mengapa
tidak pengecualian hanya diberikan bagi kenderaan penumpang CKD berharga
di bawah RM100,000 sahaja.

518. PR-1432-T03555
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan rasional Kerajaan memperkenalkan rangsangan
ekonomi berkaitan pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) yang
diberikan untuk tiga rumah kediaman bagi setiap individu, dan mengapa tidak ia
hanya diberikan hanya untuk satu rumah kediaman sahaja bagi setiap individu.
111

519. PR-1432-T03556
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat setakat ini, dan daripada itu, berapakah
daripada mereka yang telah menerima bantuan secara 'one-off' sebanyak
RM300 untuk pakej rangsangan COVID-19.

520. PR-1432-T03557
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
apakah langkah-langkah Kerajaan bagi membendung masalah keganasan
berasaskan gender.

521. PR-1432-T03558
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
bilangan panggilan yang diterima oleh Talian Kasih (15999) dan Whatsapp
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengikut kategori pertanyaan, dan berapakah
yang diterima berkaitan keganasan rumah tangga dan penderaan, dan apakah
tindakan-tindakan yang diambil.

522. PR-1432-T03634
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
status pelaksanaan i-Suri dan manfaat yang telah diperoleh oleh isteri
pencarum sejak ianya dilaksanakan.

523. PR-1432-T03635
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
jumlah Pusat Asuhan Penjagaan Kanak-Kanak yang telah ada dan akan dibuka
di Jabatan Kerajaan serta apakah piawaian dan SOP yang telah ditetapkan.

524. PR-1432-T03636
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan statistik kemalangan melibatkan pemandu
mabuk dan apakah langkah – langkah Kementerian dalam membantu mangsa
dan keluarga mangsa dalam menghadapi masalah kehidupan akibat dari
kemalangan tersebut.
112

525. PR-1432-T03637
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
mentarifkan wabak COVID-19 ini sebagai penyakit di bawah khidmat pekerjaan
dan Kementerian menerusi PERKESO akan menanggung segala kos rawatan
serta perubatan penyakit ini serta hilang punca pendapatan pekerjaan akibat
penyakit ini.

526. PR-1432-T03638
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan perkembangan
industri ‘Affiliate’ dalam negara dan apakah rangsangan industri ini dalam
memajukan ekonomi negara.

527. PR-1432-T03305
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan secara terperinci hala tuju dasar jangka panjang ekonomi negara
dan langkah-langkah Kerajaan bagi menstruktur semula ekonomi negara yang
sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.

528. PR-1432-T03306
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah peruntukan PLB untuk
Sg. Siput U bagi tahun 2019 dan senarai projek-projek yang dilaksanakan di
bawah skim ini di kawasan Sg. Siput U.

529. PR-1432-T03307
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan :-
(a) langkah Kementerian untuk meningkatkan pendapatan
pesawah supaya mereka boleh keluar daripada golongan
pendapatan rendah (B40) ; dan

(b) mekanisme membawa teknologi baru untuk memodenkan


sektor pertanian ini.

530. PR-1432-T03308
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi mengurangkan kes penipuan
perniagaan dalam talian dan bagaimana Kementerian mewujudkan
persekitaran perniagaan dalam talian yang lebih selamat.
113

531. PR-1432-T03309
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan jumlah terkini individu yang telah menjalani saringan kesihatan di
bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40. Apakah langkah
Kementerian bagi memudahkan lagi saringan kesihatan supaya lebih ramai
orang boleh menikmati manfaat skim ini.

532. PR-1432-T03676
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
prosedur operasi standard yang digunakan oleh Kerajaan dalam menangani
pekerja migran tanpa dokumen.

533. PR-1432-T03677
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
:-
(a) kos penghantaran balik pekerja migran tanpa dokumen; dan

(b) sama ada negara penerima akan membiayai kosnya.

534. PR-1432-T03678
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
adakah Kerajaan akan memberi komitmen untuk menubuhkan pusat
ombudsman khususnya untuk menerima aduan dan melindungi hak-hak semua
pekerja migran, termasuk pekerja tanpa dokumen.

535. PR-1432-T03681
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) tahap fluorida dalam bekalan air minuman kita; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan


keselamatan awam.

536. PR-1432-T03683
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan akan mendukung pembentukan jawatankuasa pilihan khas
Kementerian/ministerial penuh dan memastikan semua ahli Parlimen bukan
eksekutif berkhidmat dalam sekurang-kurangnya satu jawatankuasa.

537. PR-1432-T03228
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai nama-nama ahli Parlimen yang dilantik menjadi pengerusi
badan berkanun, GLC dan duta khas sejak 1 Mac 2020 serta nyatakan elaun,
gaji, emolumen yang diterima sebulan.
114

538. PR-1432-T03229
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan apakah statistik operator serta kegunaan e-hailing motosikal di
Malaysia setelah dilancarkan dan adakah operator perlu mengambil Lesen
Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) pada masa yang akan datang.

539. PR-1432-T03230
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai nama Pengerusi Badan Berkanun dan GLC yang telah
meninggalkan jawatan atau digantikan dari 1 Mac 2020 hingga 30 Jun 2020
dan nyatakan sebab-sebab penggantian/pemecatan mereka.

540. PR-1432-T03231
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan apakah status terkini Rancangan Tebatan Banjir Sungai
Pinang di negeri Pulau Pinang dan jadual pelaksanaan projek berkenaan.

541. PR-1432-T03232
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah statistik untuk kes wabak Denggi dan Chikungunya di
seluruh Malaysia mengikut negeri bagi tahun 2019 dan 2020 dan apakah pelan
tindakan untuk lawan nyamuk Aedes serta apakah jenis racun serangga yang
digunakan serta sama ada bekalan mencukupi.

542. PR-1432-T03596
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
secara terperinci sumber peruntukan (mengikut kategori dan setiap satu GLC)
untuk membiayai program Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan
sebanyak RM250 bilion.

543. PR-1432-T03598
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada JKR Daerah
Kinta sejak 1 Mac 2020 serta senaraikan projek-projek yang mana
penyelenggaraan telah dilaksanakan secara spesifik.

544. PR-1432-T03599
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan jumlah pengambilan pelajar Matrikulasi pada sesi tahun 2018,
2019 dan 2020 mengikut kadar pecahan kaum .
115

545. PR-1432-T03601
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah perkembangan usaha pengiktirafan Sijil UEC yang telah
dijalankan sejak 1 Mac 2020.

546. PR-1432-T03602
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status penerimaan atau
penolakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 oleh
Kerajaan Negeri Perak memandangkan Kerajaan Negeri Perak baru-baru ini
telah memberikan konsesi kepada syarikat usahasama Maju Perak Holdings
Bhd. untuk mengendalikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di
seluruh negeri Perak.

547. PR-1432-T03453
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah dan nama taman
industri di setiap negeri di Malaysia. Adakah taman industri yang dibina di
setiap negeri perlu mengikuti satu Prosedur Operasi Standard untuk
memastikan infrastruktur berkualiti untuk pelabur.

548. PR-1432-T03454
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
jumlah permohonan dan kadar kelulusan permohonan MySalam bagi golongan
M40 serta jumlah kos yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

549. PR-1432-T03455
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
jumlah sekolah, kelas, murid dan guru yang terlibat dalam Dual Language
Programme (DLP) sekarang, prestasi program DLP mengikut tahun semenjak
dilaksanakan sehingga terkini serta hala tuju program ini pada masa yang
terdekat.

550. PR-1432-T03457
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
statistik berkenaan Pas Penggajian (jenis i, ii, dan iii), Pas Lawatan Kerja
Sementara serta Pas Lawatan Ikhtisas seperti berikut :-
(a) jumlah permohonan setiap tahun sejak tahun 2013 hingga
2019 dan jumlah permohonan yang diluluskan setiap tahun
sejak tahun 2013 hingga 2019; dan

(b) rancangan Kerajaan Persekutuan untuk menilai semula kuota


yang ditetapkan bagi setiap jenis pas tersebut.
116

551. PR-1432-T03459
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan kos Malaysia Future Leaders School, bilangan peserta setiap
peringkat dan pecahan peserta mengikut kaum, negeri, jantina dan umur.

552. PR-1432-T03574
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan kuantiti terkini sisa toksik radioaktif 'Water Leach
Purification' yang masih terkumpul di tapak kilang Lynas.

553. PR-1432-T03575
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan apakah jaminan PDF untuk sisa radioaktif Lynas tidak
akan retak atau rosak. Sekiranya keretakan/kerosakan berlaku, bagaimana ia
akan dibaiki.

554. PR-1432-T03576
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan latar belakang pendidikan, kepakaran serta pengalaman
profesional ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas
khususnya dalam proses pengendalian bahan radioaktif dan sistem
pengurusan sisa radioaktif.

555. PR-1432-T03577
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan secara terperinci pengalaman, kepakaran serta ‘track
record’ syarikat Gading Senggara Sdn. Bhd. dalam pembinaan, pengurusan
serta pemantauan PDF khususnya untuk sisa radioaktif.

556. PR-1432-T03578
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan mengapa AELB tidak mematuhi saranan IAEA untuk
memuat naik ke dalam domain awam semua dokumen (termasuk semua versi
RWMP, RIA, safety case) dalam proses perlesenan Lynas dari mula sampai
sekarang seperti yang dipraktiskan di negara maju.

557. PR-1432-T03256
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah syarikat multinasional
yang memilih Malaysia sebagai pangkalan operasi Asia dan apakah faktor-
faktor yang menarik mereka ke negara kita.
117

558. PR-1432-T03257
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan jumlah sekolah daif di Sabah dan Sarawak yang dinaik taraf
setakat ini dan berapa jumlah peruntukan dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

559. PR-1432-T03258
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) dan bilangan yang dihantar pulang mengikut
kewarganegaraan.

560. PR-1432-T03259
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan menjayakan berapa banyak
pelaburan langsung asing (FDI) telah dibawa sehingga penghujung tahun lalu
dan daripada jumlah tersebut berapa jumlah yang masuk ke Sabah khususnya
kawasan Parlimen Sipitang.

561. PR-1432-T03569
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI
menyatakan perincian penggunaan elektrik semasa tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan. Nyatakan jumlah bil elektrik yang perlu dibayar oleh semua
pengguna domestik ke TNB mengikut kategori tarif dan apakah purata kos
pembekalan per kW atau cost of delivery kepada pengguna domestik.

562. PR-1432-T03570
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI
menyatakan status terkini Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) serta
perincian mengikut sumbangan dan perbelanjaan dari Januari – Jun 2020 dan
anggaran untuk Julai - Disember 2020.

563. PR-1432-T03571
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan status penggabungan Agensi Remote Sensing Malaysia
(ARSM) dan Agensi Angkasa Negara Malaysia (ANGKASA) ke Agensi
Angkasa Malaysia atau Malaysia Space Agency (MySA). Apakah status terkini
perancangan MySA berkenaan program pembangunan satellit di Malaysia.
118

564. PR-1432-T03572
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan senarai semua agensi-agensi yang telah diletakkan di
bawah Kementerian. Apakah usaha untuk mengoptimumkan sumber bagi
agensi-agensi bertindihan fungsi dan bagaimanakah Kementerian merancang
untuk membina sinergi bagi agensi-agensi yang berkaitan.

565. PR-1432-T03573
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
menyatakan perincian status penghantaran balik kontena plastik haram ke
negara asal termasuk jumlah yang telah dihantar, tarikh penghantaran dan
yang masih dalam proses penghantaran, berdasarkan negara asal serta
pelabuhan yang terlibat. Apakah kesulitan atau kekangan yang dihadapi.

566. PR-1432-T03300
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan berapa jumlah kos yang dibelanjakan oleh
Kementerian dan semua butiran berkaitan bagi melaksanakan 'Kempen
Cahayakan Biru' semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

567. PR-1432-T03301
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan perancangan untuk pembinaan satu Klinik Kesihatan Segambut
memandangkan klinik kesihatan yang berdekatan tidak mampu menampung
kapasiti pesakit dan jumlah penduduk Segambut yang semakin bertambah.

568. PR-1432-T03302
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan berapa jumlah kematian warga asing di dalam pusat
tahanan imigresen (termasuk mereka yang tidak mempunyai sebarang rekod
kewarganegaraan) yang telah direkodkan sejak 2015 dan berikan semua
butiran berkaitan seperti kematian, jantina dan umur.

569. PR-1432-T03303
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan senarai peguam yang telah dilantik oleh Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur sejak tahun 2015 dan yuran guaman yang dikenakan
untuk mewakili DBKL dalam kes-kes mahkamah.
119

570. PR-1432-T03304
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan butiran perbelanjaan Jemaah Menteri dan para Timbalan Menteri
yang baru dilantik tahun ini bagi tujuan mengubah suai pejabat dan kediaman
rasmi mereka, pembelian kelengkapan pejabat dan senarai pegawai yang
dilantik oleh mereka beserta gaji dan elaun bulanan pegawai mereka.

571. PR-1432-T03247
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah dana yang telah dikutip oleh Tabung COVID-
19 Majlis Keselamatan Negara, MKN dan pecahan peratusan yang telah
disalurkan mengikut kumpulan tersasar.

572. PR-1432-T03248
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan statistik kes pecah masuk semenjak
pelaksanaan PKP, mengikut kategori rumah/kedai, daerah dan negeri.

****************************
120

HARI SELASA, 14 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 3

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09566
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan apakah faktor penghalang pelaksanaan Program Subsidi Petrol
(PSP) yang sepatutnya dijadualkan dilaksanakan pada Januari lalu dan apakah
jaminan Kementerian bahawa kenaikan harga barang tidak akan berlaku
sekiranya program ini dilaksanakan kelak.

2. PR-1432-L09280
Tuan Baru Bian [ Selangau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
apakah status pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak
yang terkini. Adakah Kerajaan akan meneruskan kaedah pembinaan seperti
yang dipersetujui oleh Kerajaan PH dan adakah syarikat Lebuh Raya Borneo
Utara masih terlibat dengan projek ini.

3. PR-1432-L09679
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah langkah
Kementerian untuk mewujudkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) bagi menghasilkan impak positif dalam membasmi kemiskinan tegar di
luar bandar.

4. PR-1432-L09749
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan jaminan berkenaan program Malaysia Future
Leaders School (MFLS) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019 akan
diteruskan semula terutamanya selepas wabak pandemik COVID-19 reda dan
berakhir.

5. PR-1432-L09366
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan adakah terdapat kajian dan analisis dibuat bagi masalah
ketagihan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dan adakah berlaku
peningkatan pengedaran dadah di pasaran meningkat selepas tempoh PKP.
AUM DR 14/7/2020 121

6. PR-1432-L09435
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk
memelihara khazanah hutan negara.

7. PR-1432-L09508
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan tindakan dalam menangani
kegusaran rakyat di kawasan luar bandar mengenai isu kesempitan hidup
lebih-lebih lagi dengan peningkatan harga barang keperluan harian di samping
ketidaktentuan harga komoditi getah dan kelapa sawit.

8. PR-1432-L09274
Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kekerapan kebakaran berlaku di luar
bandar yang melibatkan bangunan tinggi, apakah langkah yang dilaksanakan
oleh pihak Kementerian untuk menambah baik mutu perkhidmatan Jabatan
Bomba dan Penyelamat di seluruh negara.

9. PR-1432-L08798
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan mengenai status pembinaan jalan raya menuju Sipitang-Long
Pasia yang merupakan satu destinasi baharu kunjungan pelancongan dengan
anggaran purata 5,000 pelancong setahun melawat kawasan tanah tinggi itu.

10. PR-1432-L08816
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan apa perkembangan terkini mengenai keputusan memberi hak
bekerja secara sah kepada orang pelarian dan apakah kandungan polisi yang
dicadangkan.

11. PR-1432-L09042
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah
terdapat usaha Kementerian dalam menyediakan laluan khas kepada golongan
tertentu untuk mendaftarkan perniagaan mereka, khasnya di kalangan
peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
122 AUM DR 14/7/2020

12. PR-1432-L08791
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan penjelasan mengenai sistem penjara Malaysia. Negara-
negara lain mencuba pendekatan baru seperti pemulihan (rehabilitation)
daripada hukuman (punishment) bagi jenayah-jenayah yang bukan serius.
Pendekatan ini mungkin lebih efektif dalam memastikan penjenayah dapat
diterima semula dalam masyarakat, sekali gus mengurangkan kos Kerajaan.
Apakah rancangan Kementerian dalam hal ini.

13. PR-1432-L09915
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-
(a) apakah inisiatif Kementerian dalam meningkatkan dan
mengekalkan prestasi atlet-atlet negara sentiasa dalam
keadaan baik ; dan

(b) apakah perancangan Kementerian seterusnya dalam hal.

14. PR-1432-L09854
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan impak
COVID-19 terhadap usahawan desa dan inisiatif Kementerian untuk membantu
usahawan desa meneruskan perniagaan mereka melalui platform dalam talian.

15. PR-1432-L09677
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah keputusan Kementerian untuk
menyemak semula Dasar Alam Sekitar Negara 2002, Dasar Perubahan Iklim
Negara 2009 dan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) agar selari
dengan perkembangan isu alam sekitar hari ini.

16. PR-1432-L09681
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan kadar pengangguran pekerja yang terkini dan apakah
langkah Kementerian untuk membantu mereka yang kehilangan sumber
pendapatan.

17. PR-1432-L09549
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan status permohonan menaik taraf Balai Polis Simpang
Renggam kepada IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) susulan berlaku
pertambahan penduduk ketara sejak beberapa tahun ini.
AUM DR 14/7/2020 123

18. PR-1432-L09297
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-
(a) kaedah pemantauan yang dibuat terhadap peniaga atas talian
di medium media sosial yang gagal mempamerkan harga
barangan serta perkhidmatan; dan

(b) statistik terkini peniaga atas talian yang telah diambil tindakan
akibat kesalahan tersebut mengikut pecahan medium media
sosial.

19. PR-1432-L08963
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN
AIR menyatakan bilakah syarat-syarat pengambilan Empangan Mengkuang
akan disempurnakan sebelum penyerahannya kepada Kerajaan Negeri Pulau
Pinang dan apakah status pembaikan kecacatan yang dilaporkan sebelum ini .

20. PR-1432-L09875
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan adakah Kementerian berhasrat untuk memperkenalkan
dasar baharu terhadap pengambilan pekerja asing dalam usaha
menghapuskan Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan berapa jumlah PATI yang
berada di dalam negara yang telah dikesan oleh pihak berkuasa setakat Jun
2020.

21. PR-1432-L09480
Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah terkini Kementerian untuk
mengatasi masalah pengangguran yang ketika ini mengikut statistik berada
pada tahap 5 peratus dan dijangka akan meningkat sehingga 12 peratus pada
hujung tahun 2020 ini.

22. PR-1432-L09676
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan dalam penjualan kerusi
keselamatan kanak-kanak (CRS) sama ada di premis atau dalam talian.

23. PR-1432-L09223
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan :-
(a) jumlah pelajar/ graduan mengikut kelulusan (lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia, lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia,
lepasan Diploma, dan lepasan Ijazah Sarjana Muda IPTA, dan
Ijazah Sarjana Muda IPTS); dan
124 AUM DR 14/7/2020

(b) langkah-langkah Kementerian untuk meningkatkan


kebolehpasaran graduan tersebut supaya dapat disuai padan
dengan norma baharu alam pekerjaan pasca COVID-19.

24. PR-1432-L09285
Tuan Baru Bian [ Selangau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
adakah Kerajaan akan meneruskan projek Lebuh RayaTrans-Borneo seperti
yang diluluskan oleh Kerajaan PH.

25. PR-1432-L09345
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan :-
(a) status terkini pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak
dan sama ada Kerajaan akan menandatangani semula
Perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) yang telah
ditamatkan pada Februari 2020; dan

(b) apakah langkah tambahan yang telah dan akan diambil oleh
Kementerian untuk memastikan projek Lebuh Raya Pan
Borneo Sarawak dijalankan dengan lancar dan selamat
digunakan.

26. PR-1432-L09002
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah
Kementerian bercadang untuk membina 108 balai bomba kategori E di negeri
Sarawak seperti yang dinyatakan oleh Kajian Risiko Kebakaran yang telah
dijalankan oleh pihak Kementerian.

27. PR-1432-L08940
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan rancangan, inisiatif, langkah-langkah dan banci yang telah
dijalankan untuk mengenal-pasti keperluan untuk menaik-taraf Jalan Utama
Persekutuan daripada Gopeng ke Kampar dan Kampar ke Tapah kepada
laluan dua lorong sehala “dual carriageway” demi keselamatan dan kemudahan
penduduk-penduduk tempatan. Jikalau tiada, kenapa.

28. PR-1432-L09611
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan landskap
terkini perniagaan dalam talian ketika situasi pandemik COVID-19. Apakah
langkah Kementerian bagi membantu peniaga beralih dari model perniagaan
fizikal ke platform digital untuk meneruskan kelangsungan operasi.
AUM DR 14/7/2020 125

29. PR-1432-L09154
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan bilakah Projek Tebatan Banjir Sg Bata (dalam
daerah Kubang Pasu) dapat dijalankan bagi mengurangkan kerosakan kepada
harta benda dan tanaman padi apabila banjir yang berlaku saban tahun.

30. PR-1432-L09088
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah perancangan yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi
masalah PATI di Sabah, setelah pembatalan PSS.

31. PR-1432-L08969
Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan mengenai berapa ramai yang terjejas dan hilang pekerjaan akibat
penamatan perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) Pan Borneo Sarawak.
Apakah jaminan dan usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang hilang
pekerjaan ini.

32. PR-1432-L09449
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan pelan tindakan
daripada pihak Kementerian menyediakan ruang serta peluang khusus kepada
graduan-graduan universiti yang baharu menamatkan pengajian mereka
supaya dapat menyertai bidang keusahawanan.

33. PR-1432-L09427
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan status pelaksanaan Projek Bekalan Air kawasan Lubok
Nibong Marudi setakat ini. Bilakah projek ini akan siap dilaksanakan.

34. PR-1432-L09069
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan perancangan ekonomi,
infrastruktur dan sosial dalam Parlimen Cameron Highlands bagi masyarakat
Orang Asli untuk tahun 2020.

35. PR-1432-L10031
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah
peranan koperasi dalam membantu pemulihan ekonomi pasca COVID-19.
126 AUM DR 14/7/2020

36. PR-1432-L09724
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian di bawah
Pelan Rangsangan Ekonomi (PRE) untuk membantu para majikan dan
golongan pekerja yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan apakah
kejayaan setakat ini serta usaha-usaha lanjut Kerajaan menerusi PENJANA.

37. PR-1432-L09983
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan apakah perancangan Kementerian untuk membantu
Labuan dalam pelaksanaan projek-projek infrastruktur kecil di Labuan yang
mana terlalu banyak permohonan-permohonan dari ketua-ketua kampung di
seluruh Labuan masih tertangguh pelaksanaannya.

38. PR-1432-L10065
Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan :-
(a) berapa lagi pakej kerja-kerja pembinaan keseluruhan Pan
Borneo yang belum dilaksanakan sewaktu peralihan Kerajaan
sejak 1 Mac 2020; dan

(b) berapa pakej-pakej yang telah ditenderkan selepas peralihan


kuasa dan berapa banyak syarikat dari Sabah yang telah
diberikan kerja pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo setekat ini
.

39. PR-1432-L08781
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan status terkini proses naik taraf Jalan Dandulit dan apakah
status permohonan penurapan sambungan ke Kampung Kuala Gum-Gum.

40. PR-1432-L08896
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada
Kementerian merancang untuk melaksanakan program rumah murah/mampu
milik dalam Parlimen Lubok Antu di daerah Engkilili dan Lubok Antu.

41. PR-1432-L08921
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk
melindungi sungai-sungai kita daripada pencemaran akibat pembuangan
haram sampah sarap serta sisa pepejal dan juga air kumbahan yang tidak
dirawat.
AUM DR 14/7/2020 127

42. PR-1432-L09953
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan status dan kemajuan pembinaan Flood
Mitigation Development Skim 2 dan 4 yang melibatkan peruntukan sejumlah
RM250 juta di Daerah Penampang yang sering kali menghadapi masalah
banjir.

43. PR-1432-L09496
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah tindakan dan strategi yang akan diambil oleh Kerajaan
untuk menyelesaikan masalah permohonan kewarganegaraan yang berterusan
khususnya yang melibatkan kanak-kanak. Nyatakan jumlah permohonan
keseluruhan yang masih tertunggak setakat sekarang.

44. PR-1432-L08865
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan berapa banyak permasalahan berkaitan dengan sijil kelahiran dan
kad pengenalan Malaysia yang telah diselesaikan semenjak dua tahun yang
lalu.

45. PR-1432-L09893
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan mekanisme bantuan yang dihulurkan kepada
masyarakat orang asli yang hilang punca pendapatan sepanjang dan selepas
Perintah Kawalan Berkawal (PKB). Bagaimana Kementerian membantu murid-
murid Orang Asli yang tidak mempunyai akses internet dan komputer untuk
mengikuti pembelajaran dalam talian.

46. PR-1432-L09483
Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk
meningkatkan prestasi semasa kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia
terutamanya kepada petugas-petugas Jabatan Imigresen Malaysia yang
bertugas di Kaunter Pemeriksaan Imigresen di Lapangan Terbang. Adakah
kursus-kursus peningkatan prestasi ataupun induksi dilakukan khusus untuk
meningkat mutu kerja Jabatan Imigresen Malaysia.

47. PR-1432-L09938
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah rancangan jangka masa pendek, jangka masa sederhana,
dan jangka masa panjang Kerajaan bagi menangani gejala kanak-kanak
Palauh minta sedekah yang berleluasa di sekitar bandar-bandar utama di
Sabah, terutamanya di Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.
128 AUM DR 14/7/2020

48. PR-1432-L09548
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan adakah Kementerian melalui Jabatan Alam
Sekitar telah melakukan pemantauan berkala terhadap kilang pelupusan sisa
elektronik yang dipercayai telah menyumbang kepada pencemaran udara di
kawasan Simpang Renggam.

49. PR-1432-L09785
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah dan peratusan kelulusan yang diberikan untuk
kemasukan pekerja asing mengikut kategori kelulusan biasa, kelulusan khas
menteri dan kelulusan gantian daripada tahun 2016 sehingga Jun 2020.

50. PR-1432-L09599
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan :-
(a) bagaimana penjarakan sosial akan dilaksanakan di depot
tahanan mengambil kira lonjakan kes COVID-19 dalam
kalangan pendatang asing; dan

(b) apakah status penaiktarafan kesemua depot tahanan di


Malaysia yang telah dicadangkan sebagai sebahagian
daripada Rancangan Malaysia ke-12.

51. PR-1432-L09617
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan pelan holistik untuk memerangi masalah kebanjiran pendatang
asing tanpa izin dan apakah faktor utama yang membolehkan pendatang tanpa
izin boleh masuk dan bertapak di negara ini.

52. PR-1432-L09950
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan kenapa warga Sabah berbangsa Kadazan yang
dilahirkan di Brunei, Raphael Sinumbong (MyPR No. 600404-71-5985) tidak
diberikan kewarganegaraan Malaysia walaupun mendiang bapa beliau dan
Raphael telah sekian lama membuat permohonan, menjalani ujian Bahasa
Malaysia dan berulang kali ke Jabatan Pendaftaran Negara (sebelum bapa
beliau meninggal dunia dan selepas itu disambung oleh Raphael) untuk
memberi penjelasan berkenaan permohonan kewarganegaraan tersebut.

53. PR-1432-L08979
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan strategi bagi menangani masalah
peningkatan kadar pengangguran berikutan impak penularan pandemik
COVID-19 di negara ini.
AUM DR 14/7/2020 129

54. PR-1432-L08958
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN
AIR menyatakan apakah pendirian Kementerian kini berhubung pemuliharaan
Sungai Muda sebagai “sungai strategik”. Apakah inisiatif yang diambil bagi
melindungi Sungai Muda daripada pencemaran dan tindakan terhadap mereka
yang dikenal pasti.

55. PR-1432-L09933
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada
Kementerian akan meneruskan polisi membenarkan pengimportan gula oleh
pengusaha-pengusaha food and beverage di Sarawak dan Sabah
memandangkan ia adalah lebih murah berbanding dengan harga gula yang
dijual oleh pengilang-pengilang di Semenanjung Malaysia.

56. PR-1432-L08945
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan dengan secara terperinci jumlah pelajar-pelajar ILP yang sedang
mengikuti kursus-kursus di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh
Malaysia yang dijalankan oleh Jabatan Tenaga Manusia. Berapa jumlah dana
sebenar yang disediakan oleh Kerajaan untuk kursus-kursus ILP setiap tahun
dan sama ada Kerajaan berhasrat untuk menambah bidang kursus ILP untuk
melahirkan graduan yang memiliki kemahiran, kebolehan dan nilai
kemanusiaan yang diperlukan oleh Revolusi Industri 4.0.

57. PR-1432-L09395
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan perkara-perkara berikut yang
berkaitan dengan pandemik COVID-19 :-
(a) jumlah pekerja yang diberhentikan kerja dan hilang punca
pendapatan dan unjuran kadar pengangguran; dan

(b) langkah membantu mereka yang hilang pekerjaan, rancangan


memperkasakan ekonomi keluarga golongan berkenaan.

58. PR-1432-L09175
Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan status terkini pembinaan empangan air Gudang Empat
Tawau yang sangat diperlukan oleh seluruh penduduk Tawau dan Kalabakan
yang selalu menghadapi krisis bekalan air di musim kemarau dan banjir besar
di beberapa kawasan penempatan besar seperti Kg. Pasir Putih, Kg. Tanjung
Batu dan sekitarnya apabila berlaku hujan lebat berpanjangan.
130 AUM DR 14/7/2020

59. PR-1432-L10008
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan bilakah projek menaik taraf Jambatan Sultan Haji Ahmad
Shah di daerah Temerloh akan bermula kerana ianya telah ditender pada bulan
November 2019. Hal ini penting kerana di Temerloh sedang berlaku
penambahan kenderaan dan status jalan dan jambatan yang masih tidak dinaik
taraf, menyebabkan kesesakan sering berlaku.

60. PR-1432-L09429
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan sama ada Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar dan
Projek Bekalan Air Luar Bandar yang telah dibatalkan/ditangguhkan
pelaksanaan di Sarawak oleh Kerajaan sebelum ini akan dilaksanakan oleh
pihak Kementerian di bawah Kerajaan sekarang. Nyatakan projek BELB dan
BALB berkenaan yang dibatalkan/ditangguhkan di kawasan Baram yang akan
diberi peruntukan oleh Kerajaan sekarang.

61. PR-1432-L09895
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan bilangan pekerja yang menikmati subsidi Program
Pengekalan Pekerja (ERP) serta bilangan aduan dan tindakan dikenakan
terhadap majikan yang mengingkari terma dan syarat ERP untuk tidak
membuat potongan gaji. Apakah cadangan Kementerian untuk membantu
pekerja-pekerja di sektor informal.

62. PR-1432-L09841
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah perancangan KBS
dalam memperkukuhkan platform pelaksanaan program Felo Perdana sebagai
program ‘executive internship’yang memberikan jaminan peluang pekerjaan
selaras dengan #MalaysiaKerja khususnya dalam tempoh pasca pandemik
COVID-19 yang menyaksikan kehilangan pekerjaan dalam kalangan belia dan
anak muda.

63. PR-1432-L09993
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan komitmen untuk membina bangunan Ibu Pejabat Polis
Klang Utara yang baru dan penambahbaikan balai polis sedia ada supaya
dapat memudahkan pentadbiran yang menjamin keselamatan dan
kesejahteraan penduduk serta memberikan ruang yang selesa bagi anggota
polis bertugas di kawasan tersebut.
AUM DR 14/7/2020 131

64. PR-1432-L08926
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan jumlah pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan krisis COVID-19 sejak
bulan Mac 2020. Adakah Kementerian menyediakan apa-apa bantuan untuk
mereka yang tiada pekerjaan atau dipotong gaji.

65. PR-1432-L09848
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah langkah-langkah konkrit yang telah diambil oleh Kerajaan
untuk membanteras isu penyalahgunaan dan memperdagangkan dadah
sintetik yang semakin berleluasa di negara kita, terutamanya di Sabah .

66. PR-1432-L09185
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan pencapaian Program Subsidi Upah seperti berikut :-
(a) jumlah permohonan syarikat dan pekerja yang menerima
manfaat; dan

(b) berapa peratus peruntukan untuk program ini telah


dibelanjakan.

**********************
132

HARI RABU, 15 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 4

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09516
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan langkah dan pendekatan baharu untuk memastikan
belia dan mahasiswa di negara ini memperoleh pendidikan politik yang lebih
baik berselaras dengan pindaan undi 18 tahun yang diluluskan.

2. PR-1432-L09454
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
sama ada Kerajaan dapat menampung perbelanjaan pengurusan, jumlah
defisit fiskal yang akan meningkat, imbangan perdagangan serta perkhidmatan
dan adakah Kerajaan akan mengalami defisit akaun semasa buat kali pertama.
Berikutan semua ini, adakah status penarafan kredit antarabangsa akan
terjejas.

3. PR-1432-L09719
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah perancangan
pihak Kementerian untuk kembali meletakkan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan selepas ianya terjejas teruk akibat wabak COVID-19 dan apakah
kesannya terhadap Tahun Melawat Malaysia 2020 .

4. PR-1432-L08932
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah kesan positif yang dilihat
daripada perancangan pihak Kerajaan dalam penstrukturan semula ‘National
Feedlot Corporation’ (NFC) bagi memastikan bekalan daging lembu yang
mencukupi agar negara tidak lagi bergantung kepada bekalan daging import.

5. PR-1432-L09393
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan mengenai agihan bantuan menerusi Tabung Prihatin YJK-JKM
yang dilancarkan Februari lalu selepas bermulanya Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
(PKPP).
AUM DR 15/7/2020 133

6. PR-1432-L09324
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah pengeksportan durian frozen whole
fruit ke negara China sejak bulan Mei 2019 hingga bulan Jun 2020. Nyatakan
mengikut bulan, tan dan nilai harga.

7. PR-1432-L09335
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah impak secara
langsung kepada Kempen Melawat Malaysia 2020 dan industri pelancongan
negara akibat penularan virus COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP). Apakah langkah-langkah untuk memulihkan industri pelancongan dan
menggalakkan pelancong untuk datang ke Malaysia, khususnya ke Sarawak.

8. PR-1432-L09529
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI
menyatakan status pelaksanaan program Large Scale Solar (LSS) pakej ketiga
serta langkah yang diambil bagi memastikan kos penjanaan bagi program
LSS@MEnTARI yang baru diumumkan kekal kompetitif dan rendah.

9. PR-1432-L09819
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tahap capaian internet jalur
lebar mengikut negeri, serta cabaran-cabaran yang dihadapi untuk
membolehkan lebih ramai penduduk menikmati internet jalur lebar.

10. PR-1432-L10034
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan akan melakukan pindaan
hukuman terhadap kanun jenayah atas kesalahan memandu dalam keadaan
mabuk sehingga menyebabkan kematian.

11. PR-1432-L09651
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian dalam menangani isu
gelandangan dan peleser semasa tempoh Pelaksanaan Kawalan Pergerakan.
134 AUM DR 15/7/2020

12. PR-1432-L09857
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimana status
pembelajaran bagi mahasiswa di IPTA dan IPTS. Tiadakah perancangan oleh
KPT dalam mengembalikan semula sesi PnP Mahasiswa agar kembali di
Universiti masing masing dengan pengamalan normal baharu memandangkan
mahasiswa berhadapan dengan pergelutan capaian internet yang ketara
sebagaimana isu yang dialami oleh rakan-rakan mahasiswa di kawasan
pendalaman Sabah dan Sarawak.

13. PR-1432-L08761
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam
membantu petani dan pekebun kecil bagi merancakkan kembali hasil tanaman
serta pendapatan mereka yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

14. PR-1432-L09267
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah yang
telah, sedang dan akan diambil untuk memastikan capaian internet dengan
kelajuan tinggi di Sabah akan tersebar luas terutama dengan penggunaan fibre
optic dan bilakah Sabah akan mendapat lebih banyak spektrum supaya lebih
banyak saluran radio boleh diwujudkan.

15. PR-1432-L08727
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan status projek pembangunan semula sekolah daif di
Sarawak terutama sekolah-sekolah yang terletak di kawasan Hulu Rajang.

16. PR-1432-L09732
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sejauh manakah Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan
Kerajaan dalam mendepani pandemik COVID-19 memberi kesan kepada
kewangan negara.

17. PR-1432-L09030
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan pemohon Bantuan Prihatin
Nasional (BPN) yang diluluskan dan nyatakan pecahan mengikut negeri dan
kaum.
AUM DR 15/7/2020 135

18. PR-1432-L09770
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan kedudukan terkini perjanjian jual beli saham Bandar Malaysia Sdn.
Bhd :-
(a) apakah bayaran yang telah diterima, syarat-syarat yang telah
dan belum dicapai; dan

(b) apakah bayaran seterusnya yang akan diterima dan bila serta
apakah perbelanjaan penajaan Bandar Malaysia Open 2020.

19. PR-1432-L09405
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :-
(a) apakah usaha pihak Kementerian bagi membantu pengusaha
inap desa yang terpaksa membayar kos penyelenggaraan
tinggi dalam keadaan inap desa tidak dikunjungi pelanggan
akibat pandemik COVID-19; dan

(b) bagai manakah Kementerian akan memastikan industri inap


desa mampu bertahan.

20. PR-1432-L09795
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
keberkesanan "Home-based Learning" dan kesan PKP terhadap P&P para
murid dan pelajar.

21. PR-1432-L09597
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan :-
(a) status ‘soft landing’ pengharaman pukat tunda ; dan

(b) status pemutihan lesen nelayan.

22. PR-1432-L09503
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan apakah rancangan Kerajaan untuk mengatasi masalah pemandu
dan kemalangan di mana pemandu di bawah pengaruh alkohol.

23. PR-1432-L09603
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan bilakah perjanjian Projek Sistem Transit Rapid (RTS) antara Bukit
Chagar, Johor Bahru dan Singapura dapat ditandatangani, tarikh jangka mula
dan jangka siap pembinaan, kos pembangunan keseluruhan dan cara
pembiayaan projek tersebut secara terperinci.
136 AUM DR 15/7/2020

24. PR-1432-L09112
Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan kesan daripada operasi
pengeluaran pasir dasar laut di kawasan Pelantar Benua Malaysia susulan
kelulusan lesen pasir dasar laut terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian.
Apakah terdapat aktiviti mengorek pasir secara haram.

25. PR-1432-L08902
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
butiran berkaitan pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan
Negara dan Pengerusi LPPKN termasuk sebab pertukaran, perbandingan
proses pelantikan baru ini dengan yang dibuat oleh mantan Menteri, gaji, elaun
dan kelayakan mereka yang baru dilantik ini.

26. PR-1432-L09499
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan sama ada Kementerian akan menyiasat tuduhan perkauman yang
serius terhadap pelajar dan kakitangan dari Afrika di Universiti Lim Kok Wing
yang telah dilaporkan secara meluas dalam media sosial dan apakah tindakan
yang akan diambil oleh Kementerian untuk melindungi ‘reputasi’ sektor
pendidikan tinggi di Malaysia.

27. PR-1432-L09653
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan senarai aset–aset negara yang telah dijual dari Mei
2018 hingga Februari 2020 serta jelaskan pembeli–pembeli tersebut dan sebab
sebenar tindakan perjualan tersebut dilakukan.

28. PR-1432-L08903
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah mekanisma penyediaan dan pembekalan
bahan pencuci tangan (handwash) di semua sekolah bagi memastikan bekalan
yang mencukupi dan berpanjangan bagi melawan COVID-19 serta berapa
jumlah peruntukan yang disediakan untuk tujuan tersebut.

29. PR-1432-L09355
Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah usaha dan hala tuju Kementerian
bagi meningkatkan pengeluaran ternakan ruminan seperti lembu dan kambing
di Malaysia. Nyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada negeri
Sarawak bagi meningkatkan pengeluaran ternakan ruminan pada RMK-11
yang berakhir pada tahun ini.
AUM DR 15/7/2020 137

30. PR-1432-L08839
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
kenapa peruntukan untuk Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
menurun daripada RM1.577 bilion pada tahun 2015 kepada hanya RM506.46
juta untuk tahun 2019 dan RM670.12 juta untuk tahun 2020 hinggakan
Kementerian tidak dapat lagi memberikan geran tanam semula kelapa sawit
dan terpaksa menaikkan cukai ses minyak sawit daripada RM13.00 satu tan
metrik ke RM14.00 satu metrik tan.

31. PR-1432-L09971
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah status menggalakkan lebih ramai pelajar
memasuki Kelas Aliran Agama (KAA) sehingga peringkat SPM terutamanya di
Lembah Klang.

32. PR-1432-L08729
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sekiranya Kementerian
bercadang untuk membekalkan menara telekomunikasi di Rh. Melintang, Sg
Gaat, Rh Mengga Sepulau Gaat/ Sk. Nanga Balang Sg. Gaat, Punan Biau/
Punan Sama Belaga, Nanga Merirai Baleh Kapit dan Sk Nanga Kain Baleh
Kapit.

33. PR-1432-L09338
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan :-
(a) jumlah terkini penerima Skim mySalam khususnya di negeri
Sarawak jika dibandingkan dengan jumlah penerima pada
tahun 2019; dan

(b) jumlah tuntutan yang telah dibuat pada tahun 2019 dan 2020
(jika ada) dan bilangan tuntutan berkaitan COVID-19.

34. PR-1432-L09250
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan :-
(a) sama ada pemohon yang mempunyai Sijil Pendaftaran
Syarikat (SSM) namun tidak menjalankan sebarang
perniagaan masih menerima Bantuan Prihatin Nasional; dan

(b) sekiranya tidak, apakah langkah Kementerian dalam


membantu golongan mereka ini.
138 AUM DR 15/7/2020

35. PR-1432-L09542
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan status terkini usaha pembaikpulihan sekolah daif di seluruh
negara, terutamanya di Sabah dan Sarawak dan apakah unjuran kejayaan
pelaksanaan untuk tahun 2020.

36. PR-1432-L09513
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan untuk
menjelaskan peletakan jawatan Jalil Rasheed, mantan CEO PNB dan apakah
tanda yang akan diberikan ini kepada anak muda Malaysia yang bekerja di luar
negara yang ingin kembali berkhidmat untuk negara.

37. PR-1432-L09901
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan :-
(a) berapa jumlah kos dan skop kerja untuk kerja-kerja
penyelenggaraan dan penambahbaikan Lapangan Terbang
Bintulu; dan

(b) bila kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan


Lapangan Terbang Bintulu akan dilaksanakan dan disiapkan.

38. PR-1432-L08995
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk
memastikan pembelajaran para pelajar, terutama sekali di kawasan luar bandar
dan pedalaman tidak terjejas dan keciciran akibat penularan wabak COVID-19.

39. PR-1432-L09414
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan pendirian terhadap tiga muka surat pengenalan Jawi dalam
sukatan buku teks Bahasa Melayu darjah 4 SJKC dan SJKT.

40. PR-1432-L08910
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan alasan untuk memperkenalkan semula PPSMI (Pengajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dan apakah penambahbaikan yang
akan dbuat untuk mengatasi kelemahan-kelemahan PPSMI terdahulu.
AUM DR 15/7/2020 139

41. PR-1432-L09114
Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan kesan-kesan virus
COVID-19 dari hidupan liar seperti spesies kelawar dan tenggiling di mana
spesies-spesies ini juga terdapat di Malaysia. Mengikut maklumat dari Negara
China, punca awal wabak ini adalah berasal daripada hidupan liar seperti
spesies kelawar dan tenggiling. Adakah virus ini boleh didapati pada hidupan
liar di negara kita dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak
Kementerian dalam memantau virus dalam populasi hidupan liar di negara kita.

42. PR-1432-L09284
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
bentuk insentif dan pengecualian cukai yang ditawarkan untuk menarik
pelaburan domestik dan antarabangsa, terutamanya dalam kalangan industri
yang mempunyai nilai, teknologi dan impak yang tinggi.

43. PR-1432-L09587
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah Kementerian bercadang
untuk membuka pasaran (Open Market) Benih Padi Sah.

44. PR-1432-L08999
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan kedudukan terkini ekonomi dan fiskal negara serta
apakah kesan penularan wabak COVID-19 terhadap perbelanjaan mengurus
dan perbelanjaan pembangunan negara.

45. PR-1432-L09428
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang langkah yang diambil atas
permintaan para pelajar untuk menurunkan yuran pembelajaran. Hal ini kerana
pelajar tidak menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti
dan pembelajaran atas talian tidak efektif berbanding dengan kelas secara
fizikal. Dengan keadaan ekonomi yang semakin merosot, sesetengah pelajar
tidak mampu membayar yuran yang tinggi itu.

46. PR-1432-L08949
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan impak kewangan kepada Malaysia melalui rantaian
bekalan global, aktiviti pelaburan dan saluran kewangan terutamanya dalam
bidang perdagangan luar memandangkan prestasi ekonomi bagi kebanyakan
rakan dagang kita telah terjejas akibat COVID-19.

**********************
140

HARI KHAMIS, 16 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 5

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09540
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh manakah tahap kesiapsiagaan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) bagi menghadapi kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU)
dan apakah perkembangan cadangan untuk mengaplikasikan kaedah
pengundian secara elektronik (e-undi) dalam pilihan raya sebagai alternatif
kepada kaedah konvensional dalam tempoh pasca COVID-19.

2. PR-1432-L09943
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan jumlah Persons Under Investigation (PUI) dan Persons Under
Surveliance (PUS) COVID-19 yang dikenakan kuarantin mandatori sehingga
kini, mengikut negeri-negeri. Nyatakan butir-butir kos, termasuk bil penginapan
hotel, yang ditanggung sehingga kini oleh Kementerian, mengikut negeri-
negeri.

3. PR-1432-L09740
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan sehingga suku kedua 2020 ini, sejauh manakah
perkembangan pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan yang telah dibentangkan
di Dewan Rakyat pada 2 Disember 2019 yang lalu.

4. PR-1432-L09957
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah
serta perincian kemasukan Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct
Investement) ke dalam Malaysia dan Pelaburan Langsung Domestik (Domestic
Direct Investment) yang telah diluluskan pada tahun 2019 mengikut negeri dan
apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meneruskan kejayaan
tersebut.
AUM DR 16/7/2020 141

5. PR-1432-L09702
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan langkah menangani gejala tekanan melampau
khususnya dalam kalangan pekerja di sektor awam seperti doktor dalam
tempoh kritikal tempoh hari.

6. PR-1432-L09862
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perbandingan pendapatan
eksport minyak sawit Januari - Jun 2020 berbanding dengan Januari - Jun
2019. Apakah jangkaan jumlah pendapatan eksport minyak sawit bagi tahun
2020.

7. PR-1432-L09812
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah jaminan bahawa Kerajaan akan mengenakan
hukuman yang berat terhadap pengkhianat yang bersubahat dalam
penyeludupan masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) dan apakah langkah-
langkah penambahbaikan yang akan diambil bagi mengekang perkara seperti
ini dari berulang.

8. PR-1432-L09762
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan rancangan dan insentif untuk
membangun serta mengukuhkan industri start-up negara pasca wabak
pandemik COVID-19 terutamanya kepada belia yang menceburi bidang
ekonomi ini.

9. PR-1432-L09412
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan bersedia untuk menubuhkan Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes penyeludupan warga
asing yang turut didalangi oleh anggota keselamatan negara;
dan

(b) apakah langkah strategik yang akan dilaksanakan bagi


membanteras aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa
izin ini.

10. PR-1432-L09436
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan mengenai Perumahan Awam dan Projek
Perumahan Rakyat di Kuala Lumpur :-
(a) apakah perancangan penaiktarafan PA/PPR sedia ada agar
menjadi lebih selesa dan mesra penduduk ; dan
142 AUM DR 16/7/2020

(b) adakah wujud rancangan membangunkan PA kepadatan


rendah kepada PA/PPR kepadatan tinggi yang baru dengan
kemudahan lebih baik untuk jangka masa panjang.

11. PR-1432-L09106
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan statistik kapal pengintip, armada serta kapal
nelayan yang ditahan kerana menceroboh perairan negara terutama di Laut
China Selatan serta apakah langkah yang telah diambil bagi mengekang isu ini
berterusan.

12. PR-1432-L09329
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan terkini tentang
e-WTP atau electronic World Trade Platform. Apakah masalah yang dihadapi
oleh projek ini dan bagaimana mengatasinya.

13. PR-1432-L09470
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah alternatif yang Kerajaan sediakan untuk
melindungi kanak-kanak yang ditahan di Depot Tahanan Imigresen (DTI)
memandangkan operasi memburu pendatang tanpa izin serta penularan wabak
COVID-19 di DTI membahayakan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak
yang ditahan.

14. PR-1432-L08862
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
apakah polisi Kementerian bagi pembekalan ubat di farmasi hospital Kerajaan
untuk diagihkan kepada pesakit. Apakah tempoh masa bagi pengagihan ubat
dan siapakah yang layak bagi perkhidmatan penghantaran secara pos.

15. PR-1432-L09636
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan pelan strategik untuk
meningkatkan industri buluh yang berpotensi membangunkan ekonomi negara
tanpa menjejaskan biodiversiti.

16. PR-1432-L09576
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
jumlah kos yang terlibat dalam pembangunan aplikasi Gerak Malaysia dan
MySejahtera dan jumlah muat turun setakat ini.
AUM DR 16/7/2020 143

17. PR-1432-L08766
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah persiapan Malaysia dalam usaha menjadi persidangan APEC 2020
pada November nanti. Apakah persidangan APEC boleh dijadikan tarikan
kepada ahli APEC untuk melabur di Malaysia.

18. PR-1432-L09695
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan perkembangan rancangan membuka kedutaan
Malaysia untuk Palestin di Amman, Jordan.

19. PR-1432-L09646
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan kemampuan program Insentif
Pengeluaran Getah (IPG) untuk meningkatkan pendapatan penoreh getah
sejak ia dilaksanakan dan keberkesanan sistem tuntutan IPG dalam taliane-
rubber dimanfaatkan oleh penoreh getah.

20. PR-1432-L09164
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan komitmen Kerajaan Persekutuan baru untuk menyelesaikan isu
masalah bekalan air di negeri Kedah. Nyatakan jumlah peruntukan dari
Kerajaan Persekutuan yang telah disalurkan ke negeri Kedah bagi
meningkatkan bekalan air sejak 2018.

21. PR-1432-L09024
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan langkah SPR secara terperinci untuk mengadakan
pendaftaran secara automatik kepada lebih 4.5 juta rakyat yang berumur 21
tahun ke atas namun belum mendaftar sebagai pengundi. Apakah halangan
(jika ada) untuk memastikan pendaftaran automatik itu termasuk yang berumur
18 tahun ke atas boleh dimulakan tahun 2020 ini dan sudahkah halangan itu
diatasi dan jika belum, mengapa.

22. PR-1432-L08723
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan sekiranya pihak Kementerian bercadang untuk
membina ICQ di Kem Tapak Megah, Bahagian Kapit dan di Long Singgut,
Bahagian Kapit.
144 AUM DR 16/7/2020

23. PR-1432-L09032
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan adakah Lembaga Tabung Haji akan
mengekalkan subsidi kos mengerjakan haji.

24. PR-1432-L09725
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan setakat suku kedua 2020 ini, sejauh manakah perkembangan
pelaksanaan Kertas Putih FELDA.

25. PR-1432-L09759
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah pembayaran dibuat pada atau sekitar bulan


September 2016 oleh China Communications Construction
Company Limited melalui anak syarikatnya True Dragon
Properties kepada syarikat bernama Comoros Gulf For
General Trading and Contracting; dan

(b) sekiranya demikian, bilakah sebenarnya pembayaran dibuat,


berapa jumlah dan apa tujuannya.

26. PR-1432-L08972
Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang pihak
FELCRA BHD di kawasan Parlimen P.207 Igan untuk membantu meningkatkan
pendapatan para peserta kelapa sawit. Berapakah keluasan keseluruhan
tanaman kelapa sawit yang diselenggarakan oleh pihak FELCRA BHD di
Kawasan Parlimen P.207 Igan dan jumlah peserta yang terlibat.

27. PR-1432-L09033
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan keseluruhan di bawah
kategori bantuan sosial yang diagihkan oleh pelbagai Kementerian setakat
suku kedua tahun 2020.

28. PR-1432-L09768
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan pendirian Peguam Negara terhadap mantan Perdana Menteri
(Pekan) yang terbabit dalam skandal RM50 bilion 1MDB dan SRC
International.
AUM DR 16/7/2020 145

29. PR-1432-L09210
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah
Transparency International akan bertambah baik tahun hadapan berserta
dengan usaha-usaha Kerajaan ke arah ini.

30. PR-1432-L09829
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
status terkini penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen dan sama ada
Kerajaan baru bercadang untuk meneruskan usaha mewujudkan semula Akta
Perkhidmatan Parlimen.

31. PR-1432-L09278
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
jabatan dan agensi Kerajaan yang tidak mencapai kadar prestasi yang
memuaskan dan apakah tindakan yang diambil terhadap mereka dan langkah-
langkah untuk memperbetulkan keadaan ini.

32. PR-1432-L09932
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) bilakah kerajaan akan meminda Kanun Keseksaan dan Kanun
Prosedur Jenayah untuk melindungi mangsa hendap
(stalking), dan menggubal Rang Undang-undang Akta
Gangguan Seksual (Sexual Harassment Act); dan

(b) penggubalan undang-undang yang khusus untuk menangani


jenayah siber seperti buli siber, gangguan seksual dan “hate
speech” di alam maya/ media sosial.

33. PR-1432-L10037
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah tugas utama Duta Khas Malaysia ke Timur
Tengah dan perkembangan terkini hubungan Malaysia dengan negara Timur
Tengah tersebut.

34. PR-1432-L09049
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
sama ada Kerajaan akan membentangkan semula pindaan perlembagaan
kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status
Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi bersama dalam Persekutuan
Malaysia.
146 AUM DR 16/7/2020

35. PR-1432-L09130
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan berhasrat untuk menggubal akta baru bagi memastikan wakil
rakyat yang keluar parti mengosongkan kerusi yang dimenangi demi menyekat
masalah melompat parti.

36. PR-1432-L08842
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) sama ada terdapat kajian atau tindakan yang diambil oleh
sesetengah pihak terhadap individu-individu tersasar tanpa
persetujuan mereka berkenaan dengan kesan pancaran
radiasi, elektronik, magnetik atau lain-lain ‘No-touch torture
projects’ ke atas minda seseorang di Malaysia; dan

(b) adakah kajian atau tindakan ini diluluskan oleh Kerajaan. Jika
tidak, apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan.

37. PR-1432-L09301
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan hasil dan syor-syor dalam laporan interim oleh Electoral Reform
Committee (ERC) yang telah dikemukakan kepada Perdana Menteri pada
Januari 2020 dan adakah Kerajaan akan membuka laporan interim tersebut
kepada orang awam supaya maklum balas boleh diperolehi.

38. PR-1432-L09466
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan formula yang digariskan Kerajaan dalam menangani
gejala ethnocentric dalam politik dan ekonomi Malaysia.

39. PR-1432-L08944
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
status terkini hasrat Kerajaan untuk meminda undang-undang yang dianggap
zalim dan menindas seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah
Khas) 2012; Akta Hasutan dan lain-lain undang-undang drakonian.

40. PR-1432-L09161
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sebarang perubahan di dalam
strategi pemasaran minyak sawit Malaysia selepas pandemik COVID-19
khususnya di sektor Eropah.
AUM DR 16/7/2020 147

41. PR-1432-L09386
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh MITRA pada
tahun 2019 bagi tujuan pembangunan sosio ekonomi kaum India. Senarai
semua pertubuhan yang mendapat peruntukan melebihi RM350,000 daripada
MITRA pada tahun 2019. Berapakah peruntukan 2020 yang telah disalurkan,
namakan pertubuhan yang menerimanya.

42. PR-1432-L09241
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) sama ada semua anggota Kabinet telah mengisytiharkan harta
mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dalam tempoh sebulan yang dijanjikan sebelum ini;
dan

(b) adakah maklumat pengisytiharan harta boleh diakses orang


awam.

43. PR-1432-L09849
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bagaimanakah Kerajaan berniat untuk mengatasi masalah
kekurangan pendapatan yang diharapkan dan defisit dalam anggaran nasional
kita dengan harga minyak global yang rendah.

44. PR-1432-L09995
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah pelaburan yang dimiliki oleh Tabung Haji yang kini
menjadi beban hutang (liabiliti) dan apakah tindakan di peringkat Kementerian.

45. PR-1432-L09945
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kerajaan bersetuju
dengan laporan “Malaysia Economic Monitor” (Jun 2020) oleh Bank Dunia
baru-baru ini yang mengubah unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia untuk
tahun 2020 dari 4.5% kepada 0.1%? Apakah langkah susulan Kementerian
untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan IKS.

46. PR-1432-L09381
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan inisiatif dan strategi memulihkan aktiviti
perdagangan dan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Nyatakan langkah-langkah segera dan pelan jangka sederhana untuk
mencergaskan semula sektor perindustrian, khususnya menarik aliran
pelaburan asing ke dalam pelbagai sektor di Malaysia.
148 AUM DR 16/7/2020

47. PR-1432-L10055
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah semua Ahli Dewan Rakyat @ BBC Kerajaan telah
mematuhi arahan yang dibuat oleh Kementerian untuk mengisytiharkan harta
kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kalau belum apakah
tindakan yang akan diambil bagi mereka yang ingkar dengan arahan tersebut.

48. PR-1432-L09260
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah
langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan pelabuhan POIC Lahad Datu
yang baru mendapat kelulusan sebagai 'legal landing place' akan terus
berkembang dan maju sehingga menjadikan realiti potensinya menjadi ‘the
Rotterdam of the East’.

49. PR-1432-L09973
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
bilakah masjid-masjid dan surau yang sudah begitu lama dan usang seperti
Masjid Ar-Rahman, Kampung Sungai Lada, Masjid Al-Falah, Kampung Bukit
Kalam, Masjid Abu Bakar, Kampung Bebuloh, Surau Nur Hidayah, Kampung
Batu Arang, Surau Al-Munawarah, Kampung Patau-Patau 1, Surau
Darussalam, Kampung Patau-Patau 2, Masjid Nur Imam, Kampung
Ganggarak, Masjid Adam, Kampung Lajau, Masjid Kampung Rancha-Rancha,
Surau Kampung Bukit Kuda, Surau Kampung Nagalang dan Surau Kampung
Kilan akan dapat dibuat.

50. PR-1432-L08803
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan usaha dilaksanakan bagi memperkukuhkan lagi jaringan
kerjasama pertahanan dengan negara-negara jiran yang bersempadan dengan
perairan Sabah seperti Filipina dan Indonesia, bagi menangani isu jenayah
rentas sempadan, penculikan dan memperdagangkan manusia.

51. PR-1432-L08809
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi mencapai matlamat Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030.
AUM DR 16/7/2020 149

52. PR-1432-L09507
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bila Kertas Putih Besi dan
Keluli (Iron and Steel White Paper) akan dimuktamadkan dan adakah laporan
ini akan diberi akses umum. Adakah Kerajaan akan membenarkan pembuat
besi dan keluli asing berskala besar yang baru untuk memasuki pasaran
domestik dan mengambil pasaran dari pengeluar Malaysia.

53. PR-1432-L09889
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah keputusan dari siasatan SPRM berkaitan isu GATCO
Negeri Sembilan di mana kes telah disiasat pada September 2017 tetapi
sehingga hari ini masih tiada tindakan mahkamah.

54. PR-1432-L10000
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan status kes denggi mengikut negeri yang melanda
negara kita dan apakah punca berlaku kenaikan mendadak akhir-akhir ini.
Seterusnya apakah tindakan pihak Kementerian dalam membasmi penyakit
denggi daripada terus meningkat. Adakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang dilancarkan tempoh hari merupakan antara penyumbang kepada
peningkatan kes denggi di beberapa lokaliti di negara kita.

55. PR-1432-L09621
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang
komitmen penarafan guru-guru KAFA sebagai guru tetap dan berpencen dan
jika dalam kajian apakah ada penetapan unjuran dari segi tempoh masa ke
arah penarafan tersebut.

**********************
150

HARI ISNIN, 20 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 6

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09666
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan apakah inisiatif Kementerian untuk membantu rakyat
supaya kekal dalam pekerjaan dan mampu meningkatkan kemahiran mereka
dalam menghadapi cabaran kehidupan yang terkesan dengan wabak COVID-
19.

2. PR-1432-L08846
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebelum, semasa dan selepas
tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3. PR-1432-L09141
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan mekanisme
serta inisiatif yang diambil oleh Kementerian bagi membantu perkembangan
koperasi di Malaysia terutama koperasi yang baru ditubuhkan atau yang
bergelut dengan masalah aliran tunai.

4. PR-1432-L09982
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengkaji semula
denda yang tidak relevan kini dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti : :-
(a) Bahagian 8, Seksyen 70 mengenai pencemaran anak sungai
yang cuma didenda tidak lebih lima ribu ringgit ; dan

(b) Bahagian 9, Seksyen 78 apabila sesebuah rumah diduduki


dengan sesak hanya didenda tidak lebih RM2000 sahaja.

5. PR-1432-L09440
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah usaha yang diambil
Kementerian untuk mengurangkan beban petani dan pekebun getah akibat
penularan pandemik COVID-19.
AUM DR 20/7/2020 151

6. PR-1432-L10054
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan apakah Kementerian mempunyai kajian menyeluruh
tentang pembalakan haram di negara ini dan apakah tindakan yang telah
diambil oleh pihak Kementerian bagi mereka-mereka yang melakukan
pembalakan haram tersebut.

7. PR-1432-L08826
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan apakah status terkini Projek Pembinaan ILP Serian.

8. PR-1432-L09407
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan status pusat atlet di Bukit Jalil, berapa atlet yang telah
mendapat manfaat daripada perkhidmatan pusat atlet, dan rancangan kukuh
dalam jangka masa pendek dan panjang untuk memberi sokongan kepada atlet
dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.

9. PR-1432-L09452
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan usaha terkini pihak Kementerian dalam memastikan kenaikan
harga barangan sentiasa terkawal terutama sekali dalam tempoh selepas
Perintah Kawalan Pergerakan.

10. PR-1432-L10021
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan status terkini penggunaan bahan getah dan plastik sebagai
bahan tambahan untuk turapan jalan.

11. PR-1432-L09737
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan adakah pihak
Kementerian mempunyai perancangan untuk memperkenalkan program
Pengekalan PKS dalam memastikan PKS dapat melindungi pendapatan dan
mampu bertahan sebagai antara pemain utama ekonomi pasca COVID-19.

12. PR-1432-L09579
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan impak COVID-19 terhadap
usahawan desa terutamanya di kawasan Parlimen Balik Pulau dan bagaimana
Kerajaan membantu usahawan desa meneruskan perniagaan mereka melalui
platform dalam talian.
152 AUM DR 20/7/2020

13. PR-1432-L09295
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sebarang inisiatif baharu atau
langkah khusus bagi menangani isu pemilikan rumah dalam kalangan generasi
muda dan sejauh manakah kerjasama yang dijalankan bersama pemaju untuk
mencapai matlamat tersebut.

14. PR-1432-L09878
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah kutipan denda oleh PDRM daripada syarikat dan individu
yang melanggari PKP daripada bulan Mac hingga akhir bulan Jun 2020.
Berapa syarikat dan individu telah didakwa ke mahkamah atas kesalahan
pelanggaran PKP.

15. PR-1432-L09867
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah yang diambil oleh
Kementerian dalam memastikan keberkesanan Program Subsidi Upah yang
telah diumumkan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
bagi mengekang pemberhentian pekerja di negara ini, khususnya pekerja
tempatan.

16. PR-1432-L08881
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan untuk menyatakan sama ada Kerajaan mempertimbangkan
pengenalan klausa dalam Akta Syarikat 2016 bagi mewajibkan syarikat-
syarikat melaporkan gaji purata mengikut gender, pecahan gender mengikut
gred gaji dan peratusan penerima bonus mengikut pecahan gender dalam
laporan tahunan.

17. PR-1432-L09256
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan kaedah Kementerian untuk
membantu penyewa rumah kediaman yang telah hilang punca pendapatan
akibat kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.
AUM DR 20/7/2020 153

18. PR-1432-L10049
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI
ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan pemanasan global mendorong
perubahan iklim luar biasa, nyata menjejaskan ekosistem di bumi. Kesan
perubahan iklim juga dapat dirasai di Malaysia dengan berlakunya musim
kemarau dan hujan yang lebih panjang serta tidak menentu. Ketidakstabilan
cuaca ini menyebabkan krisis bekalan air ketika musim kemarau dan kejadian
banjir yang buruk ketika musim hujan di beberapa negeri. Saban tahun,
masyarakat yang mendiami kawasan mudah terjejas banjir diingatkan agar
bersedia menghadapi bencana ini. Kesedaran peri pentingnya pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar memerlukan masa dalam membentuk anjakan
budaya khususnya dari kalangan kanak-kanak dan anak-anak muda. Soalan
saya :-
(a) apakah usaha Kerajaan dalam memupuk generasi baru yang
peka kepada perubahan iklim ; dan

(b) apakah bentuk insentif yang disediakan oleh Kerajaan


Persekutuan bagi melibatkan pihak swasta dan NGO ke arah
usaha tersebut.

19. PR-1432-L08822
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan bilakah CIQS Tebedu akan dinaik-taraf.

20. PR-1432-L09315
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan kesan kadar pengangguran yang tinggi
terhadap ekonomi negara dan apakah rancangan strategi Kementerian bagi
menangani situasi pengangguran yang teruk.

21. PR-1432-L08837
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan sama ada Kerajaan telah mula mengeluarkan kewarganegaraan
secara lumrah kepada isteri warga asing rakyat Malaysia yang telah
bermastautin di Malaysia selama 2 tahun kepada mereka yang memohon
mengikut Perkara 15 Perlembagaan Malaysia. Nyatakan jumlah
kewarganegaraan yang telah diberikan sejak 2018 kepada isteri sedemikian
secara lumrah tanpa memerlukan isteri warga asing itu memegang pas lawatan
tahunan untuk beberapa tahun terlebih dahulu.
154 AUM DR 20/7/2020

22. PR-1432-L08936
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan secara terperinci jumlah pemohon Malaysia yang telah diberikan
kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Malaysia dari tarikh 9
Mei 2018 sehingga Disember 2019. Nyatakan langkah-langkah penambah-
baikan prosedur permohonan dan pelaksanaan pemberian kewarganegaraan
kepada anak-anak yang dilahirkan di Malaysia kepada sekurang-kurangnya
seorang ibu atau bapa yang merupakan warganegara Malaysia.

23. PR-1432-L09511
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan
terkini pembinaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri
Kedah dan berapa jumlah projek perumahan terbengkalai yang dikawal selia
Kementerian belum lagi terlaksana sehingga kini.

24. PR-1432-L08756
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan berapa jumlah kes pemalsuan kad pengenalan dan pasport yang
telah dapat dikesan dan apakah langkah-langkah pihak Kerajaan membanteras
kegiatan pemalsuan tersebut.

25. PR-1432-L09868
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah usaha yang
dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memastikan usahawan-
usawahan MARA yang terjejas dengan pandemik COVID-19 tidak gulung tikar
atau menghentikan perniagaan .

26. PR-1432-L09184
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apa keputusan atau hasil kajian untuk
melaksanakan pilihan raya tempatan.

27. PR-1432-L09563
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan pendirian Kementerian terhadap cadangan
pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara berkeluasan 930.93 hektar
bagi tujuan pembangunan bercampur oleh Kerajaan Negeri Selangor.
AUM DR 20/7/2020 155

28. PR-1432-L09299
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan program dan latihan khusus yang
disediakan bagi golongan usahawan di kawasan luar bandar untuk berdepan
dengan cabaran ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19 serta
Revolusi Industri (IR 4.0) agar terus berdaya saing dalam bidang
keusahawanan.

29. PR-1432-L09510
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status terkini pelaksanaan
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) setelah perubahan Kerajaan di
peringkat Persekutuan.

30. PR-1432-L08836
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan siapakah yang dirujuk oleh Kerajaan dalam mukadimah Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bahawa
tindakan telah diambil dan tindakan lanjut diancam oleh sekumpulan besar
orang di dalam dan di luar Malaysia untuk menyebabkan keganasan terancang.

31. PR-1432-L09647
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan penjelasan mengenai Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya
Malaysia (MARRIS) serta dana pengagihan untuk pembinaan baru atau
membaiki jalan raya serta jambatan khususnya di daerah Sik dan negeri Kedah
serta kaedah pengagihan dana di semua negeri.

32. PR-1432-L08908
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah militan "Islamic State" rakyat Malaysia yang telah
pulang, apakah tindakan yang diambil terhadap mereka dan langkah-langkah
yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan mereka tidak
melaksanakan aktiviti-aktiviti pengganas atau militan di Malaysia.

33. PR-1432-L09924
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
menyatakan apakah inisiatif Kementerian dalam membantu usahawan PKS
yang terjejas akibat penularan wabak pandemik COVID-19.
156 AUM DR 20/7/2020

34. PR-1432-L09833
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan sama ada Kementerian mempunyai satu "database"
yang lengkap untuk Sabah dan Sarawak untuk semua kampung-kampung di
bawah Kementerian berkenaan status bekalan api dan bekalan air dan status
jalan dan akses kepada kemudahan jalur lebar. Apakah rancangan
Kementerian berkenaan perkara ini.

35. PR-1432-L09399
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah laporan penyalahgunaan lesen perniagaan
seperti menjual serta menyewa lesen perniagaan kepada
warga asing yang telah diterima oleh Kementerian sepanjang
tahun 2019; dan

(b) apakah strategi lain yang akan dilaksanakan bagi memastikan


penyalahgunaan lesen ini tidak berulang pada masa akan
datang.

36. PR-1432-L09425
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan status pelaksanaan projek Menaikkan Taraf Jalan Balak
(Fasa 4) yang diluluskan Kerajaan BN dahulu di kawasan pendalaman seperti
kawasan P220 Baram seperti simpang jalan ke simpang Long Tungan Baram,
Long Lellang Baram dan Tanjong Tepalit/ Long Selatong Baram.

37. PR-1432-L10003
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan unjuran kadar pengangguran negara dan anggaran
jumlah penduduk yang menganggur sehingga akhir tahun ini serta menyatakan
langkah-langkah yang diambil Kementerian dalam mengatasi lonjakan
kenaikan kadar pengangguran terkini.

38. PR-1432-L08755
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan berapa jumlah terkini rakyat yang menganggur dan apakah
langkah-langkah pihak Kerajaan bagi menangani masalah ini.
AUM DR 20/7/2020 157

39. PR-1432-L09306
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan :-
(a) sebab Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF)
melonggarkan permohonan penyedia latihan sebelum
pelancaran inisiatif walaupun terdapat ribuan pelabur serta
kepada sesiapa yang telah mengekalkan lesen selama
bertahun-tahun dan apakah kriteria yang telah ditetapkan
untuk mengeluarkan lesen baru; dan

(b) jumlah lesen yang dikeluarkan sebelum dan selepas Mac


2020.

40. PR-1432-L08731
Dato' Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
sama ada Kementerian ada statistik kes tangkapan penyeludupan seperti
dadah atau PATI sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dari bulan Mac
sehingga kini di sempadan Sri Aman/ Kalimantan Barat.

41. PR-1432-L08925
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan jumlah pekerja asing yang ada di negara kita setakat
ini berdasarkan sektor yang mereka berada dan kewarganegaraan. Apakah
pengubahsuaian akan dibuat dalam dasar pengambilan pekerja asing berikutan
kesan pandemik COVID-19.

42. PR-1432-L08939
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah kes kematian bagi kanak-kanak bawah 18 tahun
dalam tahanan imigresen sejak tahun 2015 sehingga Januari 2020.

43. PR-1432-L08974
Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan berapa unit rumah yang telah dibina di bawah
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan Parlimen P.207
Igan sejak tahun 2015-2020 serta berapa jumlah permohonan yang diterima
berbanding jumlah yang diluluskan. Apakah pihak Kementerian bercadang
untuk menambah kuantiti rumah PPRT pada masa akan datang memandang
ramai yang memohon.

44. PR-1432-L09190
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) status operasi membanteras golongan pendatang asing tanpa
izin (PATI) dengan menghantar mereka pulang ke negara asal
ketika krisis COVID-19 ; dan
158 AUM DR 20/7/2020

(b) berapa jumlah bilangan PATI yang masih ada di negara ini.

45. PR-1432-L09310
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan anggaran pekerja yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-
19 dan strategi yang diguna pakai oleh pihak Kementerian untuk menangani
pengangguran tersebut.

46. PR-1432-L09989
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan statistik terkini jumlah kutipan Skim Insuran Pekerja
(SIP) dan berapa jumlah yang telah diagihkan kepada yang layak menerima.

47. PR-1432-L09992
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan langkah yang
diambil untuk membanteras kilang-kilang haram yang merugikan pendapatan
negara.

48. PR-1432-L09903
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) apakah tindakan penguatkuasaan Kementerian terhadap salah
laku agensi pekerja asing yang begitu serius; dan

(b) apakah jaminan kepada majikan pembantu rumah asing yang


sering diketepikan.

49. PR-1432-L09890
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan bilangan tahanan di lokap polis mengikut perincian kaum dan
kewarganegaraan bagi setiap tahun dari 2000 hingga 2019.

50. PR-1432-L09304
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan :-
(a) apakah kesan wabak COVID-19 terhadap pekerjaan di
Malaysia, termasuk statistik-statistik terkini dan sektor yang
paling terjejas ; dan

(b) apakah langkah-langkah akan datang Kementerian untuk


membantu rakyat yang telah hilang pekerjaan dan tidak dapat
mencari pekerjaan baharu.
AUM DR 20/7/2020 159

51. PR-1432-L09266
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan berapa bilangan depoh ataupun 'Rumah Merah' di
Sabah, jumlah tahanan terkini di setiap depoh dan berapakah perbelanjaan
setahun untuk mengurus tahanan tersebut.

52. PR-1432-L09921
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan :-
(a) bilangan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara
15A, Perkara 16 dan Perkara 19 yang di dalam proses, yang
telah diluluskan, yang telah ditolak sehingga kini dan sebab
ditolak ; dan

(b) bilangan pemain-pemain bola sepak asing, selebriti atau yang


berstatus VIP yang telah dianugerahkan kewarganegaraan
sehingga kini dan apakah akta dan peruntukan dalam
Perlembagaan Persekutuan yang telah digunakan dalam
penganugerahan kerakyatan kepada golongan ini termasuk
Liridon Krasniqi.

53. PR-1432-L09482
Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah terdapat peruntukan untuk
kerja-kerja membaik pulih struktur bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
Kampung Serigei Putatan kerana di kawasan Parlimen P.173 Putatan terdapat
rekahan dan kerosakan kritikal di Projek Perumahan Rakyat Kg Serigei,
Putatan yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengundang kepada
kemalangan jiwa. Limpahan air hujan boleh memenuhi tingkat 1 dan 2
bangunan ini.

54. PR-1432-L08892
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan langkah Kerajaan dalam mengatasi isu status
"stateless children" yang terdapat begitu ramai di Sarawak.

**********************
160

HARI SELASA, 21 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 7

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09012
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan adakah dana/derma politik serta pendapatan dari
luar negara dikenakan cukai oleh LHDN. Jika dikenakan cukai kepada 2
kategori itu, nyatakan jumlah cukai yang telah dibayar oleh setiap parti politik
dan pemimpin politik di negara ini sejak dulu hingga sekarang. Jika tidak
dikenakan cukai, mengapa ada pemimpin parti politik yang dihadapkan ke
mahkamah mengenainya.

2. PR-1432-L09539
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah status Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara
(JKD), bilakah KPM akan menerbitkan laporan tersebut untuk dikongsi
bersama rakyat serta apakah pendirian KPM terhadap dapatan jawatankuasa
tersebut.

3. PR-1432-L09488
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah langkah-langkah
strategik Kementerian bagi memastikan industri pelancongan negara dapat
dibangunkan semula setelah beberapa perubahan trend berlaku khususnya
pasca PKPP (COVID-19).

4. PR-1432-L09608
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian bagi
membantu petani, penternak, nelayan, dan peladang memasarkan produk dan
hasil pertanian mereka menerusi platform digital.
AUM DR 21/7/2020 161

5. PR-1432-L10053
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan Technical and Vocational Education
Training (TVET) merupakan antara salah satu fokus utama Kerajaan di mana
dijangka akan memenuhi lebih daripada 60% daripada tenaga kerja di Malaysia
menjelang tahun 2020 :-
(a) apakah usaha-usaha Kerajaan untuk melibatkan industri
swasta dalam memperkasakan TVET selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK); dan

(b) bagi mengarusperdanakan TVET selari dengan aliran


pendidikan perdana, apakah usaha Kerajaan dalam memberi
pengiktirafan kepada pelatih-pelatih TVET di bawah Malaysian
Qualification Agency (MQA).

6. PR-1432-L09474
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
bilakah Kementerian akan membentang Rang Undang-Undang berkaitan
Gangguan Seksual bagi melindungi hak mangsa yang terlibat, dan apakah
perkembangan tindakan bagi memastikan kes mangsa dicabuli kehormatan
atau gangguan seksual ditangani secara berkesan sebelum RUU ini
dibentangkan.

7. PR-1432-L09365
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah Kementerian mengenai harga
tiket penerbangan antara wilayah Sabah dan Sarawak ke Semenanjung
Malaysia yang terlalu tinggi dan adakah satu garis masa telah ditetapkan untuk
mengembalikan harga tiket kepada tahap yang mampu milik seperti sebelum
krisis pandemik COVID-19 bermula.

8. PR-1432-L09375
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER
ASLI menyatakan secara terperinci Skim Diskaun Prihatin dan Skim Bantuan
Prihatin Elektrik (BPE) yang dilaksanakan baru-baru ini dan kenapakah
terdapat rungutan daripada ramai pengguna bahawa berlaku kenaikan bil
elektrik sepanjang tempoh tersebut.
162 AUM DR 21/7/2020

9. PR-1432-L09692
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) sejauh manakah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan
Negara (NFCP) pameran teknologi generasi kelima, atau 5G
Malaysia telah dilaksanakan dan berapa jumlah kawasan yang
masih lagi di bawah pengunaan internet 2G (2nd Generation
wireless telephone technology) dan 3G (3rd Generation) di
Sabah terutamanya di Parlimen Kimanis; dan

(b) apakah plan strategik kerajaan bagi membangunkan e-


Ekonomi digital di kawasan pedalaman Sabah dan tindakan
yang telah diambil sehingga kini bagi menyelesaikan masalah
liputan telekomunikasi di Sabah.

10. PR-1432-L09616
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan pendirian Kerajaan terhadap larangan penjualan minuman alkohol
akibat kes mabuk langgar yang berleluasa dan apakah dapatan hasil soal
selidik dalam talian yang telah dilakukan oleh Kementerian berkenaan
“Pengambilan Alkohol dan Penguatkuasaan Undang-undang Yang Lebih
Tegas Terhadap Kesalahan Memandu Dalam Keadaan Mabuk”.

11. PR-1432-L09743
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah status terkini hutang negara dan adakah
dakwaan Kerajaan terdahulu bahawa kewangan Malaysia adalah teruk dan
Malaysia boleh bankrap itu adalah benar.

12. PR-1432-L10015
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah langkah yang
diambil untuk mempertingkatkan Port Dickson menjadi pusat pelancongan
wilayah tengah Semenanjung Malaysia.

13. PR-1432-L09650
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
apakah langkah–langkah yang diambil oleh Kementerian dalam membantu
golongan sasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
dilaksanakan.
AUM DR 21/7/2020 163

14. PR-1432-L09525
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI
menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan usaha Kerajaan Pakatan
Harapan untuk menuntut semula tunggakan Akaun Amanah Industri Bekalan
Elektrik (AAIBE) dari penjana-penjana kuasa bebas (IPP). Berapa jumlah yang
telah dituntut sejak Mac 2020.

15. PR-1432-L09292
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan perancangan dan usaha-usaha yang dilakukan bagi memastikan
pelajaran murid-murid di kawasan luar bandar atau pedalaman tidak tercicir
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac
lepas akibat permasalahan ‘jurang digital’.

16. PR-1432-L08880
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan untuk menyatakan jumlah perniagaan yang telah
menerima Geran PKS Mikro RM3,000 setakat ini dan apakah tahap
keberkesanan geran ini dalam menjamin keberlangsungan PKS.

17. PR-1432-L08847
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan bagaimana Kerajaan menggembleng dana untuk membiayai Pakej
Prihatin dan Prihatin Tambahan yang menelan kos RM260 bilion dan Pakej
Penjana Rangsangan Ekonomi yang menelan belanja RM35 bilion.

18. PR-1432-L08774
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan status terkini bayaran balik GST tertangguh
sepanjang tempoh PKP dan PKPB yang dibuat mulai 22 Jun 2020.

19. PR-1432-L09359
Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan status pelaksanaan projek pembinaan gantian penuh enam (6)
bilik darjah dan enam (6) rumah guru berserta kemudahan lain-lain bagi
Sekolah Kebangsaan Sebemban, Bahagian Betong Sarawak dalam RMK-11,
yang dijanjikan akan ditender pada bulan Disember 2018 dan sehingga kini
projek itu masih belum dilaksanakan.
164 AUM DR 21/7/2020

20. PR-1432-L09035
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah strategi Kementerian dalam mengembangkan lagi
Projek Tenusu Kambing di bawah Dana Penyelidikan KPT, setelah
pembentangan laporan akhir diadakan pada penghujung tahun 2019.

21. PR-1432-L09571
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI TENAGA
DAN SUMBER ASLI menyatakan benarkah dakwaan bahawa kabinet telah
bersetuju untuk melanjutkan tempoh lesen operasi loji pemprosesan nadir bumi
Lynas sehingga tahun 2023 dan apakah syarat yang telah ditetapkan oleh
Kementerian serta apakah jaminan Kementerian bahawa ianya selamat
daripada kesan radiasi.

22. PR-1432-L09144
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan jumlah kerugian
pendapatan yang ditanggung industri pelancongan akibat dari impak wabak
COVID-19.

23. PR-1432-L09713
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan adakah Kementerian bercadang mengembalikan
kemudahan diskaun untuk pembayaran balik pinjaman PTPTN.

24. PR-1432-L08745
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah Kementerian untuk
menyediakan falsafah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bagi abad ke 21
yang lebih komprehensif dan inklusif bagi semua kaum di negara ini sebagai
asas untuk membina perpaduan semua kaum di negara ini mengikut
Perlembagaan Persekutuan dan dalam masa yang sama menyediakan tenaga
kerja bagi keperluan industri 4.0 dan industri digital negara.

25. PR-1432-L09067
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan memberi penjelasan mengapa isu kelewatan
bayaran kepada kontraktor/pengusaha bas sekolah masih berlanjutan sehingga
kini walaupun sudah dibangkitkan pada sesi sebelum ini. Kes terkini di mana
seorang Pengerusi Pengusaha Bas sekolah di Pos Terisu, Cameron Highlands,
Puan Noridah menyatakan kekecewaannya kerana tidak mendapat bayaran
yang tertunggak selama 7 bulan dan terpaksa memberhentikan perkhidmatan
van sekolahnya yang menyebabkan ramai anak-anak masyarakat Orang Asli
tidak dapat ke sekolah.
AUM DR 21/7/2020 165

26. PR-1432-L09777
Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan nilai aset strategik negara yang telah dijual oleh Kerajaan bermula
dari tempoh 18 Mei 2018 sehingga 22 Februari 2020.

27. PR-1432-L09526
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI
menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan inisiatif Malaysia
Electricity Supply Industry 2.0 (MESI 2.0) yang merangkumi langkah-langkah
untuk meningkatkan persaingan dalam rangkaian pembekalan elektrik dari
pembelian bahan api ke penjualan runcit supaya industri ini tidak terus
dimonopoli.

28. PR-1432-L08950
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan jumlah kerugian yang
bakal dialami oleh industri pelancongan dan perhotelan negara kita disebabkan
oleh penularan novel koronavirus (COVID-2019) dan apakah langkah
Kementerian bagi mengatasi permasalahan yang dialami oleh agensi
pelancongan dan pengusaha hotel ini.

29. PR-1432-L09497
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan kenapa arahan Menteri bertarikh 15 Mei 2020
berkenaan Spektrum 700MHz telah pun ditandatangani dan bukan melalui
tender terbuka seperti yang dilancangkan oleh MCMC pada awal tahun 2020
dan apakah status dan strategi pengagihan spektrum tersebut sekarang.
Nyatakan apakah status pelaksanaan teknologi 5G di Malaysia.

30. PR-1432-L08913
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan alasan untuk dua sistem untuk kemasukan universiti, matrikulasi
dan STPM dan sama ada terdapat satu kajian dan perubahan mengenai kuota
perkauman untuk tempat matrikulasi bagi tahun 2020.

31. PR-1432-L09810
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) kesediaan Kementerian untuk bergerak ke arah penggunaan
kenderaan elektrik (EV) tanpa pelepasan pencemaran (zero-
emission) ; dan

(b) perancangan untuk memberi insentif kepada pengguna


kenderaan elektrik (EV) di bawah Dasar Pengangkutan
Negara 2019-2030 .
166 AUM DR 21/7/2020

32. PR-1432-L09231
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan menghulurkan bantuan
kewangan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan
infrastruktur di Pulau Pinang seperti pembinaan sistem LRT dan ERT yang
telah dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

33. PR-1432-L08889
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah Kementerian bertindak dalam
membantu sekolah-sekolah terutamanya di Parlimen Lubok Antu yang
memerlukan sejumlah peruntukan untuk membaiki sekolah-sekolah yang daif
keutamaan seperti SMK Engkelili.

34. PR-1432-L08943
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan menyenaraikan statistik indeks kematian (Indexs of Accidental
Death in Malaysia) akibat kemalangan jalan raya semenjak ianya dilaksanakan
pada tahun 2011 sehingga 2019. Apakah faktor atau punca utama kejadian
kemalangan maut tersebut .

35. PR-1432-L09189
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini rundingan antara
Malaysia dan Singapura berkaitan pembangunan Projek Sistem Rapid Transit
(RTS) antara Johor Bahru dan Singapura.

36. PR-1432-L09145
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan sama ada Jawatankuasa Khas Kewangan Islam di
bawah Kementerian Kewangan akan dikekalkan serta penyediaan blueprint
Ekonomi Islam akan diteruskan.

37. PR-1432-L09209
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sama ada ekonomi negara kita akan pulih daripada kerosakan
yang disebabkan oleh wabak COVID-19 dan nyatakan tindakan jangka pendek,
sederhana dan jangka panjang yang sedang dan bakal diambil untuk mencapai
sasaran pemulihan ini.
AUM DR 21/7/2020 167

38. PR-1432-L09853
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian akan merancang untuk
memberi subsidi yang serupa dengan skim My30 di Lembah Klang kepada
pengangkutan awam seperti Bas Berhenti-henti di Sabah, terutamanya
Sandakan.

39. PR-1432-L09054
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan perkembangan pelaksanaan
pemberian bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk
menggalakkan pengeluaran domestik di bawah pakej rangsangan ekonomi.

40. PR-1432-L09110
Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan Status Dasar
Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016-2025 dan rancangan-rancangan yang
akan dilaksanakan oleh Kementerian pada masa yang akan datang.

41. PR-1432-L09591
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan status pelan penyatuan tanah sawah.

42. PR-1432-L09340
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan impak terhadap penambahan laluan penerbangan dan
penerbangan kadar tetap bagi Kuala Lumpur-Sibu dan Johor-Sibu pada musim
perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2020 jika dibandingkan dengan tahun
2019 dan apakah rancangan Kerajaan untuk memastikan harga tiket
penerbangan domestik Maswings/AirAsia juga lebih rendah/mampu dibeli oleh
mereka yang ingin balik ke kampung pada musim perayaan.

43. PR-1432-L09871
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PELANCONGAN,
SENI DAN BUDAYA menyatakan perancangan Kementerian untuk
merancakkan semula industri pelancongan domestik dan antarabangsa
selepas wabak COVID-19. Bagaimanakah Kementerian akan memastikan
keselamatan warga Malaysia dan pengusaha industri pelancongan bebas
daripada jangkitan COVID-19 dalam usaha ini.
168 AUM DR 21/7/2020

44. PR-1432-L09013
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah Kerajaan dalam memulihkan
kembali industri penerbangan negara yang terjejas teruk disebabkan oleh
COVID-19.

45. PR-1432-L08886
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah bayaran kepada pesakit Malaysia di bawah
skim MySalam dalam tahun 2019. Adakah bayaran RM400 juta untuk
perlindungan MySalam untuk tahun 2020 diperlakukan.

46. PR-1432-L09078
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah antara langkah-langkah yang dipertimbang Kerajaan bagi
mencapai defisit fiskal di bawah 4 peratus dalam tempoh RMK-12. Adakah
Kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).

47. PR-1432-L09367
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan kenapa JKM gagal
menyerahkan bakul makanan di bawah 'Garis Panduan Pengurusan Bantuan
Khas Kepada Keluarga B40 Yang Terkesan Di Bawah PKP' kepada semua Ahli
Parlimen untuk diagihkan kepada para penerima. Garis panduan ini
dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan melalui surat KK/BPB(26.00) 202/2/2-
3 JD.6(3).

48. PR-1432-L09157
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang dirancang oleh
Kementerian untuk memastikan yang Malaysia tidak lagi menjadi pusat transit
atau terlibat dalam memperdagangkan haiwan liar selepas pandemik COVID-
19 ini.

49. PR-1432-L09147
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan strategi pihak Kerajaan untuk mengembalikan defisit
fiskal ke paras 3% dalam masa 2 ke 3 tahun setelah mencapai 6.9% selepas
memperkenalkan beberapa pakej rangsangan semasa pandemik COVID-19.

**********************
169

HARI RABU, 22 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 8

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L08750
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah impak dari segi ekonomi
kepada rakyat dan negara akibat dari pandemik COVID-19 khususnya kesan
daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan nyatakan langkah
Kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara ini pasca COVID-19.

2. PR-1432-L09050
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
penjelasan perundangan Peguam Negara dalam menggugurkan sebanyak 46
tuduhan rasuah terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan
sama ada Jabatan Peguam Negara akan merayu terhadap pembebasan
sepenuhnya (full discharge) yang diberikan kepada beliau oleh Mahkamah.

3. PR-1432-L09731
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah
negara yang menjadi pengimport terbesar minyak sawit dan produk sawit
negara bagi tahun 2019 dan apakah langkah yang diambil oleh pihak
Kementerian untuk memperluaskan import minyak sawit negara.

4. PR-1432-L09173
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan pendirian Kerajaan kini tentang penyertaan Malaysia dalam Open
Government Partnership yang kini telah dianggotai oleh 76 negara di seluruh
dunia.

5. PR-1432-L09356
Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sama ada Kementerian masih
meneruskan program tanaman baru getah berkelompok di Sarawak dan
berapa peruntukan yang disediakan pada tahun 2020.
170 AUM DR 22/7/2020

6. PR-1432-L09999
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kewajaran Kerajaan untuk tidak membentang dan membahaskan
dalam Dewan Rakyat terlebih dahulu berkenaan dengan pakej Ransangan
Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), pakej Pelan Jana Ekonomi Negara
(PENJANA) dan mengapakah Kerajaan bertindak mengenepikan fungsi Dewan
Rakyat.

7. PR-1432-L09273
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Pasukan Khas
bagi mengkaji dan meneliti semula aset-aset Kerajaan yang telah dijual untuk
dibeli balik.

8. PR-1432-L09964
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah usaha yang telah dan yang akan diambil
untuk mewartakan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 dan Pelan Tempatan
Kuala Lumpur 2040.

9. PR-1432-L09652
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah usaha-usaha yang dibuat oleh Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam menyelesaikan isu-isu agama
berkaitan pelaksanaan ibadah yang timbul sepanjang penularan wabak
COVID-19.

10. PR-1432-L09506
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang anggaran Total
Industry Volume (TIV) untuk sektor automotif pada tahun 2020 dan apa
langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk memberikan
bantuan dan insentif yang bersasar kepada industri ini.

11. PR-1432-L08973
Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan mengapakah isu tiada dividen dan dividen yang sedikit berbanding
keluasan tanaman yang luas sering menjadi isu dan rungutan oleh para
peserta kelapa sawit FELCRA BHD di kawasan Parlimen P.207 Igan.
AUM DR 22/7/2020 171

12. PR-1432-L09479
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah polisi, strategi dan langkah-
langkah Kementerian untuk menangani masalah buli siber yang semakin
berleluasa yang boleh memberikan kesan yang tragis ke atas mangsa, seperti
kes seorang remaja wanita di Pulau Pinang pada bulan Mei 2020.

13. PR-1432-L09778
Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan nilai eksport dan nilai import
negara mengikut bulan, bagi bulan Oktober 2019 sehingga Mac 2020.

14. PR-1432-L09233
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh
Kerajaan untuk memastikan kawalan sempadan tanah air kita dipertingkatkan
supaya negara kita tidak lagi menghadapi masalah pendatang tanpa izin (PATI)
yang makin meruncing.

15. PR-1432-L09221
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah pendirian Kerajaan terhadap usaha Kerajaan sebelum ini
yang mahu memansuhkan hukuman mati mandatori sahaja dan adakah
laporan akhir yang disediakan oleh Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji
Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori boleh dijadikan
dokumen awam.

16. PR-1432-L09861
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan rasional penggantungan pemberian lesen
penjualan arak di Kuala Lumpur, apakah Kementerian telah menjalankan kajian
yang menyeluruh berkenaan dengan dasar baru yang akan menjejaskan usaha
Kementerian untuk menarik lebih pelancong asing dan juga perniagaan industri
perhotelan dan tempat hiburan.

17. PR-1432-L09187
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan butiran berkenaan Geran
Automasi Pintar sejumlah RM100 juta di bawah PENJANA seperti berikut :-
(a) sama ada geran ini sama dengan geran automasi pintar yang
telah diumumkan dalam Belanjawan 2020; dan

(b) sekiranya dua geran adalah projek yang sama, jelaskan


kenapa peruntukan dikurangkan untuk projek tersebut.
172 AUM DR 22/7/2020

18. PR-1432-L09562
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah justifikasi penjualan aset iaitu ladang oleh TH Plantations
Bhd (THP). Berapakah keluasan ladang serta berapa banyak ladang yang telah
dijual dan kepada syarikat mana dijual.

19. PR-1432-L09200
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan senarai Ahli Parlimen yang telah dilantik memegang
jawatan GLC, agensi Suruhanjaya, Yayasan atau Lembaga secara terperinci.
Ini termasuk dengan implikasi kewangan, emolumen serta kemudahan yang
diterima oleh setiap seorang.

20. PR-1432-L09015
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan senarai semua aset alih dan tidak alih yang telah dijual
kepada entiti asing atau tempatan merentasi semua Kementerian dan agensi
serta nilai penjualannya, sama ada dibuat secara runding terus atau terbuka
oleh Kerajaan PH. Nyatakan pula jumlah aset terkini Kerajaan ini dan pecahkan
nilainya kepada bangunan, tanah, ekuiti, bon, sukuk dan lain-lain bentuk aset
merentas semua Kementerian dan negeri-negeri yang ada.

21. PR-1432-L08804
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh mana Kerajaan telah memastikan Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67 (National Language Act 1963/67) yang menetapkan
bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi
Kerajaan telah dipatuhi oleh Mahkamah-Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan
dan Mahkamah Persekutuan.

22. PR-1432-L09899
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan langkah-langkah Kerajaan bagi membantu sektor-sektor yang
masih tidak dapat beroperasi dengan kapasiti penuh. Adakah Kerajaan
bercadang untuk melanjutkan tempoh moratorium, memberi bantuan kepada
peniaga yang hilang mata pencarian dan mekanisma bagi menampung sewa
premis.
AUM DR 22/7/2020 173

23. PR-1432-L09197
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan pelan Kementerian untuk mengatasi masalah kontrak di kalangan
pekerja perubatan dan jika ada pertimbangan khas untuk penempatan tetap
untuk diberikan kepada mereka yang sanggup bekerja di pedalaman atau
mendapat kelulusan dalam mana-mana kertas “specialist parallel pathways”
yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

24. PR-1432-L08771
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
senarai setiap satu nama projek, tarikh dan jumlah wang terlibat kerjasama
antara :-
(a) Malaysia dan China di bawah inisiatif Belt and Road dari 2013-
2020; dan

(b) Malaysia dan Amerika Syarikat di bawah strategi Indo Pasifik.

25. PR-1432-L09493
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada Akta Hasutan akan dimansuhkan dan status tindakan
untuk tujuan tersebut.

26. PR-1432-L09418
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
cabaran dan rintangan yang dihadapi dalam usaha membasmi wabak denggi
dan rancangan untuk terus memeranginya.

27. PR-1432-L08986
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi menaik
taraf Klinik Kesihatan Sungai Udang Melaka lantaran penambahan penduduk
setempat dan lambakan permintaan perkhidmatan kesihatan oleh pihak
angkatan tentera, penduduk setempat dan rakyat di sempadan Masjid Tanah.

28. PR-1432-L09744
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan akan memperkenalkan kembali Akta Perkhidmatan Parlimen
untuk mengekang kuasa eksekutif dan memberikan kebebasan kewangan dan
pentadbiran kepada Parlimen.
174 AUM DR 22/7/2020

29. PR-1432-L09122
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan berkenaan perancangan Kementerian dalam kesediaan negara
menghadapi penularan wabak pada masa akan datang termasuk sekiranya
wabak COVID-19 kembali memuncak.

30. PR-1432-L09178
Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah status terkini pembinaan Klinik Kesihatan (Jenis 6) di
Pulau Sebatik, Tawau yang telah beberapa tahun lalu diluluskan dan bila akan
disiapkan memandangkan keperluannya sangat mendesak untuk 12000
penduduk yang tinggal di 17 kampung di Pulau Sebatik.

31. PR-1432-L09128
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
langkah dan inisiatif Kerajaan bagi membantu pembelian perumahan dalam
pasaran baru dan pasaran sekunder (secondary market) termasuk pembeli
warga asing ketika krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19.

32. PR-1432-L09160
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan kesan pandemik COVID-19 ke atas fokus dan perancangan
Kementerian dalam menangani masalah-masalah kesihatan awam yang lain
bagi tahun 2020. Apakah Kementerian akan mengurangkan penekanan di
dalam mengatasi penyakit berjangkit lain seperti TB.

33. PR-1432-L10052
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah Kerajaan berhasrat membentangkan RUU 355 tersebut
untuk kali kedua, jika ya bila dan bagaimana ia hendak dilaksanakan. Jika tifak
mengapa.

34. PR-1432-L09206
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan status siasatan yang telah dijalankan di Hospital Umum Sarawak
(HUS) berkenaan aduan dari pekerja hospital tersebut mengenai polisi
digunakan yang dikatakan mengakibatkan penularan infeksi COVID-19 di
antara pekerja hospital. Apakah hasil siasatan tersebut dan adakah laporan
tersebut akan dibentangkan secara terbuka atau di Parlimen.
AUM DR 22/7/2020 175

35. PR-1432-L08854
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama dan baru-baru ini ramai pihak yang tidak bertanggungjawab cuba
mencetuskan huru-hara antara kaum dengan sengaja membangkit dan
mengapi-apikan isu perkauman dan agama. Bilakah suatu Akta Keharmonian
Kaum akan digubal bagi memelihara dan menjamin keharmonian dan
perpaduan antara kaum dan agama dalam negara ini.

36. PR-1432-L09320
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan melaksanakan cadangan
Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Adat Orang Asli yang
disediakan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada tahun
2013 terutamanya berkaitan dengan isu pengiktirafan hak Orang Asli terhadap
tanah.

37. PR-1432-L09538
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan mengapa tiada tindakan dikenakan atas Lynas kerana
gagal mamatuhi syarat yang ditetapkan AELB pada Februari 2012 iaitu
mengenal pasti lokasi PDF dalam tempoh 10 bulan dari tarikh pengeluaran
TOL, tetapi syarat yang sama dikenakan apabila lesen Lynas diperbaharui
pada 2 September 2019.

38. PR-1432-L09664
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan penebusan Ganti Cuti Rehat (GCR) kepada wang tunai selama 75
hari bagi penjawat awam yang telah berkhidmat selama 15 tahun akan
dilaksanakan pada tahun ini atau tidak.

39. PR-1432-L09594
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang melaksanakan
pendapatan asas sejagat menerusi projek rintis seperti yang dijalankan Finland
yang terbukti mampu mengurangkan kadar pengangguran dalam usaha
memperkukuh sistem jaringan keselamatan sosial memandangkan
pengangguran Malaysia dianggarkan melonjak setinggi 15% tahun ini menurut
Presiden MEF.
176 AUM DR 22/7/2020

40. PR-1432-L09127
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
langkah segera untuk mengatasi isu kekurangan pekerja asing bagi banyak
sektor industri yang berada pada tahap kritikal. Berapakah bilangan pekerja
asing tanpa izin telah hantar pulang ke negara asal mereka sejak bermulanya
penularan wabak COVID-19 serta kos yang ditanggung oleh Kerajaan.

41. PR-1432-L09082
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan berapa ramai mereka yang didapati positif COVID-19 layak
menerima bantuan insurans MySalam.

42. PR-1432-L09277
Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil terhadap hospital swasta
yang sengaja mengambil kesempatan dengan menaikan harga topeng muka,
alat-alat pelindung diri (PPE) COVID-10 dengan tidak munasabah.

43. PR-1432-L08980
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan perancangan Majlis Penasihat Perpaduan
Negara (MPPN) peringkat kebangsaan yang baharu ditubuhkan dalam
menangani isu dan cabaran perpaduan di Malaysia.

44. PR-1432-L09975
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan kedudukan terkini Projek River of Life (ROL) dan
bilakah projek ini akan siap sepenuhnya serta jumlah kos keseluruhan.

45. PR-1432-L09379
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang
memperkenalkan akta yang melindungi syarikat atau individu yang gagal
memenuhi terma-terma perjanjian atau kontrak kerana perniagaan terjejas
akibat pandemik COVID-19.

46. PR-1432-L09192
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan :-
(a) adakah terdapat garis panduan berkaitan kualiti perkhidmatan
pelanggan yang telah ditetapkan di klinik-klinik kesihatan ; dan
AUM DR 22/7/2020 177

(b) adakah terdapat perancangan untuk menaik taraf kemudahan


dan fasiliti klinik-kinik kesihatan untuk keselesaan para
pengguna dan petugas kesihatan.

47. PR-1432-L09941
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menghentikan pembayaran
wang pajakan RM5,300 kepada Kesultanan Sulu melalui Kerajaan Filipina
sebagai langkah menamatkan terus campur tangan luar terhadap kedaulatan
Malaysia, dan juga menggunakan wang tersebut bagi menyelesaikan masalah
pendatang asing tanpa izin daripada Filipina ke Sabah.

48. PR-1432-L09314
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah kerugian negara sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Bagaimana Kerajaan mengendalikan kerugian tersebut dan strategi Kerajaan
bagi memulihkan ekonomi negara Pasca COVID–19.

49. PR-1432-L09952
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan status dan jangkaan permulaan pembinaan Klinik Kesihatan Kelas
3 di daerah Penampang yang telah melalui dua majlis pecah tanah pada
zaman Kerajaan Barisan Nasional. Segala dokumentasi yang melibatkan
kelulusan Majlis Daerah Penampang telah diperoleh pada Februari 2020
semasa Kerajaan PH + Warisan.

50. PR-1432-L08738
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah kemajuan dari segi logistik dan penggubalan undang-
undang untuk melaksanakan usaha penurunan umur pengundi kepada 18
tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik yang telah diluluskan oleh
Parlimen.

51. PR-1432-L09251
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI LUAR
NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan
agar Kerajaan Filipina menggugurkan sama sekali tuntutan mereka terhadap
Sabah.

**********************
178

HARI KHAMIS, 23 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 9

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09627
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan langkah-langkah strategik yang diambil oleh pihak
Kementerian bagi mengelakkan projek tambak laut (Penang South
Reclamation) di Pulau Pinang yang memberi impak besar terhadap alam
sekitar tidak diteruskan.

2. PR-1432-L09016
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan apakah Kementerian akan melihat semula penjualan arak di
kedai-kedai runcit kerana arak ini mempunyai lebih banyak kesan negatif
daripada positif terhadap masyarakat.

3. PR-1432-L09018
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan 10 langkah
utama yang telah dibuat untuk membina “bangsa usahawan” serta nyatakan
data bagi menunjukkan hasil kejayaan. Adakah Kementerian bercadang untuk
bersama Kementerian Pendidikan bagi memulakan subjek keusahawanan
bermula di tingkatan 1 hingga 6 agar ratusan ribu keluaran SPM/STPM setiap
tahun boleh menjadi usahawan jika tidak berpeluang ke institusi pengajian
tinggi.

4. PR-1432-L09063
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan situasi pekerjaan belia ketika penularan wabak COVID-
19. Apakah inisiatif Kerajaan bagi membantu belia yang terjejas akibat
pandemik COVID-19 terutamanya isu pekerjaan.

5. PR-1432-L09670
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan rancangan Kementerian untuk memastikan insiatif
penggajian penganggur dalam PENJANA dapat mencapai sasaran yang
diharapkan.
AUM DR 23/7/2020 179

6. PR-1432-L09846
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan keadaan
pembelajaran dan pengajaran pelajar-pelajar Orang Asli dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bagaimana Kementerian memastikan
anak-anak Orang Asli meneruskan pembelajaran ke sekolah selepas membuka
semula sekolah.

7. PR-1432-L09490
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan mengapakah terdapat ramai pelancong yang masuk ke
dalam negara tetapi tidak ramai pula yang keluar setelah tamat tempoh visa
lawatan. Berapa jumlah pelancong yang tidak keluar dari negara ini sejak 2008
hingga Februari 2020 setelah luput tempoh lawatan.

8. PR-1432-L10027
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan mengamalkan tender terhad
(rundingan terus) dalam perlaksanaan projek pembangunan untuk memenuhi
kehendak kejayaan rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana
Menteri.

9. PR-1432-L09565
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha
pihak Kementerian bagi mengatasi masalah kekurangan rumah mampu milik
bagi memenuhi keperluan rakyat terutamanya golongan belia memandangkan
harga rumah pada ketika ini kenaikan harga rumah tidak sepadan dengan
pendapatan isi rumah dan sejauh manakah pandemik COVID-19
mempengaruhi harga pasaran pada masa ini.

10. PR-1432-L08866
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan berapa banyak sekolah sukan yang terdapat di negara ini. Apa
peranan Kementerian Belia dan Sukan terhadap sekolah sukan tersebut.

11. PR-1432-L09736
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan statistik
penglibatan dan impak pasca COVID-19 ke atas usahawan dalam bidang
perkhidmatan secara sentuhan fizikal seperti pusat rehabilitasi, spa,
perkhidmatan latihan kecergasan peribadi dan perkhidmatan dandanan.
180 AUM DR 23/7/2020

12. PR-1432-L08844
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan syarikat-syarikat yang
dibenarkan untuk mengimport beras dan adakah Kementerian berhasrat
membenarkan beras diimport secara bebas supaya harga beras di Malaysia
lebih mencerminkan harga pasaran dunia.

13. PR-1432-L09339
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan adakah perancangan untuk membina sebuah kompleks
sukan di daerah Tanjong Manis. Kompleks tersebut sangat diperlukan untuk
memberi kemudahan kepada belia-belia bergiat dalam aktiviti sukan sekali gus
dapat menghindar mereka dari kegiatan melibatkan jenayah dan
penyalahgunaan najis dadah.

14. PR-1432-L08960
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN
AIR menyatakan perincian pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai
Perak (SPRWTS) dan bilakah dapat dimulakan memandangkan ia perlu
disiapkan menjelang tahun 2025 bagi memenuhi keperluan sumber air
mencukupi kepada rakyat dan industri di Pulau Pinang.

15. PR-1432-L09714
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan :-
(a) berapa peruntukan untuk membangunkan infrastruktur jalan
raya di luar bandar bagi tahun 2020 serta berapa sasaran
jumlah kilometer akan dibina atau dinaiktaraf untuk jalan raya
luar bandar dan jalan-jalan kampung; dan

(b) berapa jumlah peruntukan untuk infrastruktur dan jalan-jalan di


Kuala Krai.

16. PR-1432-L09655
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan tindakan yang diambil terhadap penglibatan rakyat
Malaysia dalam aktiviti kumpulan LTTE dan tindakan selanjutnya dalam
menangani masalah ini yang melibatkan keselamatan negara.

17. PR-1432-L08797
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan bilakah projek naik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang bagi
semua fasa dapat disiapkan.
AUM DR 23/7/2020 181

18. PR-1432-L09876
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk mengehadkan
kelulusan lesen kepada individu atau syarikat yang menjual gas LPG
bersubsidi atau LPG Industri sahaja dan bukan kedua-duanya sekali sebagai
langkah membendung sindiket penyelewengan subsidi LPG.

19. PR-1432-L10026
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan tarikh dijangka siap keseluruhan projek Lebuh Raya Pantai
Barat (WCE) dan boleh digunakan oleh rakyat.

20. PR-1432-L09517
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan kaedah penyelesaian bagi mengatasi isu
gangguan bekalan air bersih di kawasan-kawasan kampung di negeri Kedah
semakin kritikal sejak kebelakangan ini.

21. PR-1432-L09389
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan tentang
penyaluran dana pinjaman melalui TEKUN mengikut kaum pada tahun 2019
dan setakat bulan Jun 2020. Bagaimanakah penglibatan kaum India dalam
peruntukan khas yang disediakan melalui TEKUN untuk melahirkan lebih ramai
usahawan yang berjaya.

22. PR-1432-L09661
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan prestasi kualiti udara dan air sungai
sepanjang tempoh PKP dan apakah langkah Kementerian untuk mengekalkan
keadaan kualiti yang baik ini.

23. PR-1432-L09623
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan langkah-langkah drastik dalam tempoh wabak COVID-19 untuk
meningkatkan prestasi sukan bola sepak negara daripada kedudukan 154
kepada kedudukan seratus terbaik dunia.
182 AUM DR 23/7/2020

24. PR-1432-L09495
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah tindakan yang telah pun dan akan diambil untuk
menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin dan nyatakan bilangan mereka
di Malaysia dan senaraikan negara asal mereka dan sama ada Kerajaan
sedang berbincang dengan negara-negara tersebut dalam usaha penyelesaian
masalah ini dan sekiranya ada, apakah cadangan dan tindakan seterusnya.

25. PR-1432-L09547
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan tindakan yang telah dan bakal diambil oleh
pihak Kementerian dalam menangani aktiviti pencemaran yang dilakukan oleh
pihak industri sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Simpang Renggam
ditutup.

26. PR-1432-L09920
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL
PENGGUNA menyatakan adakah Kementerian akan meneruskan Program
Food Bank Siswa yang merupakan inisiatif Kementerian untuk menyalurkan
bantuan lebihan makanan kepada penuntut IPT yang memerlukan sebelum ini.

27. PR-1432-L09387
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan status Malaysia Karate Federation (MAKAF) yang
menghadapi pertikaian dalaman yang serius. Kenapakah pihak Pesuruhjaya
Sukan Malaysia tidak mahu mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa
MAKAF untuk menyelesaikan pertikaian ini demi kemajuan dan pembangunan
sukan tersebut.

28. PR-1432-L08746
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pelancong warganegara
China yang melawat negara ini bagi tempoh 2003 hingga 2019 dan nyatakan
jumlah pelancong warganegara China yang dikenal pasti tidak meninggalkan
negara ini setelah tamat tempoh lawatan bagi tempoh berkenaan dan nyatakan
apakah tindakan dan langkah Kerajaan bagi memastikan semua pelancong
meninggalkan negara ini terutama pelancong dari China ini bagi memastikan
keselamatan negara.
AUM DR 23/7/2020 183

29. PR-1432-L09994
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan apakah terdapat perancangan pembangunan semula
atau penjenamaan semula terhadap kompleks sukan atau dewan belia yang
menjadi projek gajah putih.

30. PR-1432-L09615
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan kesan penularan COVID-19
bagaimanakah usaha Kementerian dalam membantu usahawan mikro yang
terjejas dalam memastikan perniagaan mereka kembali pulih dan apakah
fasilitasi yang diperlukan oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana dalam
mencapai objektif tersebut.

31. PR-1432-L09803
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah usaha yang akan
dibuat bagi memastikan keperluan asas seperti jaringan jalan raya, bekalan air
bersih dan bekalan elektrik dapat disediakan kepada masyarakat kampung
yang berada di kawasan pedalaman dan terpencil terutamanya di kawasan
Parlimen yang luas seperti Parlimen Kinabatangan.

32. PR-1432-L08725
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) status balai bomba di Pekan Belaga; dan

(b) sekiranya pihak Kementerian bercadang untuk membina


sebuah balai bomba di penempatan semula Sg. Asap, Belaga.

33. PR-1432-L08878
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan untuk menjelaskan impak kewangan pakej stimulus
terhadap PERKESO memandangkan pakej stimulus terbaru akan
menggunakan sejumlah RM5 bilion dana PERKESO untuk membayar subsidi
gaji RM600 sebulan dan apakah langkah susulan Kerajaan dalam memastikan
kemampanan PERKESO pada masa hadapan.

34. PR-1432-L09055
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan usaha yang akan diambil oleh Kementerian
untuk menangani peningkatan penggunaan plastik untuk pembungkusan
makanan serta barangan semasa pandemik COVID-19.
184 AUM DR 23/7/2020

35. PR-1432-L09138
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan bilangan warganegara asing mengikut kerakyatan
masing-masing yang terus tinggal di negara ini secara haram dan usaha yang
telah diambil untuk mengusir mereka pulang ke negara masing-masing.

36. PR-1432-L09162
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang hilang pekerjaan akibat dari
pandemik COVID-19. Mohon diberikan pecahan mengikut sektor pekerjaan dan
apakah langkah segera Kementerian untuk membantu rakyat-rakyat yang
hilang pekerjaan ini.

37. PR-1432-L09275
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan menyatakan rancangan Kementerian untuk mengatasi masalah
kekurangan tenaga kerja yang berbakat dan berkemahiran tinggi untuk industri
berkemahiran tinggi dan pada masa yang sama juga menghadapi masalah
kekurangan buruh untuk industri intensif buruh. Apakah rancangan
transformasi ekonomi jangka pendek dan panjang untuk mempersediakan
negara dalam menghadapi cabaran dan objektif Revolusi Industri 4.0 dan
ekonomi digital pascapandemik COVID-19.

38. PR-1432-L09708
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan kesediaan aset-aset Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (APMM) ketika ini bagi menangani isu pencerobohan bot
nelayan asing Vietnam di sempadan perairan negara.

39. PR-1432-L09832
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan berniat untuk meneruskan
dengan cadangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk menubuhkan Suruhanjaya
Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan sekiranya tidak, nyatakan
sebab-sebabnya.

40. PR-1432-L09897
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan kesudian Kerajaan untuk memperkenalkan rang undang-undang
IPCMC untuk dibahaskan dalam sesi Parlimen ini.
AUM DR 23/7/2020 185

41. PR-1432-L09415
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan menyatakan strategi Kerajaan Persekutuan untuk
menyelesaikan masalah banjir tahunan di negeri-negeri pantai timur
terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

42. PR-1432-L08730
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan sekiranya Kerajaan becadang untuk membina
Balai Polis di Sg. Asap dan menaik taraf Balai Polis Daerah Belaga dan
Pejabat Polis Daerah Kapit.

43. PR-1432-L08953
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah
Kementerian melakukan proses pemutihan atau tindakan tegas terhadap
penyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang dikesan memberi sewa
kediaman mereka kepada orang lain.

44. PR-1432-L09905
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) peratusan kelulusan bagi permohonan daripada kawasan
Bintulu untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan di bawah
Perkara 15A Dalam Keadaan Khas, 15 (2) dan di bawah
Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan yang telah dipohon
sekian lama dan sehingga kini masih terdapat permohonan
yang tidak mempunyai ulasan daripada pihak Kementerian
dan ; dan

(b) strategi dan usaha yang diambil oleh pihak kementerian bagi
menyelesaikan isu berkaitan Daftar Lewat Kelahiran, Daftar
Lewat Kad Pengenalan dan Pengesahan Taraf
Kewarganegaraan yang menjadi salah satu isu di Negeri
Sarawak secara amnya dan Bintulu khususnya
memandangkan penduduk yang tinggal di kawasan
pedalaman masih tidak peka terhadap kepentingan
kewarganegaraan.

45. PR-1432-L10016
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan inisiatif Kerajaan untuk menggalakkan penglibatan pekerja
tempatan dalam industri pembinaan. Apabila Kerajaan telah mengumumkan
pembekuaan pengambilan baharu pekerja asing.

**********************
186

HARI ISNIN, 27 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 10

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09686
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah perancangan Kementerian
bagi tujuan menarik minat belia dalam sektor pertanian dan industri pembuatan
makanan.

2. PR-1432-L08901
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
butiran geran penubuhan TASKA di tempat kerja sektor awam sebanyak RM30
juta menerusi Belanjawan 2020 termasuk status pelaksanaan terperinci, jumlah
permohonan diterima, diluluskan dan ditolak serta apakah usaha yang telah
diambil untuk mengutamakan golongan barisan hadapan seperti di hospital.

3. PR-1432-L09215
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) adakah undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk
mengekang kebanjiran berita palsu yang semakin berleluasa
terutama sepanjang musim COVID-19 atau undang-undang
baharu/pindaan akan dibuat; dan

(b) apakah perancangan Kementerian untuk membendung


kebanjiran berita palsu di platform media sosial seperti "twitter,
instagram" dan "facebook".

4. PR-1432-L08879
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan untuk menjelaskan langkah pemantauan Kerajaan
dalam memastikan subsidi gaji RM600 benar-benar diterima oleh pekerja dan
apakah langkah Kerajaan dalam memastikan majikan yang menerima subsidi
ini tidak memecat pekerja.

5. PR-1432-L08793
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PELANCONGAN,
SENI DAN BUDAYA menyatakan sambutan pengusaha pelancongan dan
rakyat terhadap galakan Kerajaan mempromosi kempen melancong dalam
negeri (domestik) pasca COVID-19.
AUM DR 27/7/2020 187

6. PR-1432-L09612
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan jumlah hasil cukai dan hasil bukan cukai yang dipungut oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada tahun 2018 dan 2019, daripada
jumlah hasil tersebut berapakah yang dipungut melalui kaunter fizikal JPJ,
saluran online MySikap JPJ dan saluran online syarikat swasta.

7. PR-1432-L09718
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah sistem berasaskan masa (time-
based system) akan dilaksanakan di semua IPTA bagi kenaikan pangkat
daripada gred 45 hingga gred 54 supaya penjawatan pensyarah universiti
berdaya saing atau sekurang-kurangnya setaraf penjawatan guru.

8. PR-1432-L09601
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) status terkini Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan
Negara 1 selari dengan rancangan menjamin kelajuan internet
sekurang-kurangnya 30 Mbps kepada 98% rakyat Malaysia;
dan

(b) perancangan Kementerian membuka akses 'Coverage


Mapping' buat capaian umum dalam usaha meningkatkan
ketelusan data capaian internet.

9. PR-1432-L09045
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan status terkini projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan
senaraikan Rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang
terlibat dalam projek ECRL ini.

10. PR-1432-L10038
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan usaha MOTAC untuk
merancakkan industri pelancongan khususnya Pulau Pangkor pasca COVID-
19.

11. PR-1432-L09633
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
MAKANAN menyatakan dasar dan hala tuju negara dalam menangani isu
berkaitan keselamatan makanan sebagai langkah persediaan Malaysia ketika
mana berhadapan dengan wabak seperti COVID-19.
188 AUM DR 27/7/2020

12. PR-1432-L08739
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan statistik spesies haiwan yang terancam di
Malaysia dan adakah pihak Kementerian akan meluaskan kuasa Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk
melindungi spesies terancam dan apakah dasar dan langkah yang telah
dilaksanakan untuk menambah baik usaha tersebut.

13. PR-1432-L08775
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) statistik kes keganasan rumah tangga dan seksual semenjak
pelaksanaan PKP, mengikut jantina, umur dan negeri; dan

(b) tindakan yang telah diambil oleh Kementerian terhadap suspek


keganasan dan jenis bantuan yang dihulurkan kepada mangsa
dan keluarga.

14. PR-1432-L09330
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan status projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa
Pulau Pinang sama ada ia akan terus dilaksanakan akibat COVID-19.

15. PR-1432-L10019
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan bagaimana Kementerian menangani isu
kemasukan pelajar-pelajar sekolah ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) setelah
proses pembelajaran terjejas akibat COVID-19 dan apakah Kementerian
bercadang menyemak semula kriteria kelayakan kemasukan ke IPT bagi
pelajar yang terjejas pencapaian mereka kerana COVID-19.

16. PR-1432-L09764
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan kedudukan dasar 'Malaysians@Work' yang bertumpu kepada
graduan, wanita dan pekerja tempatan dengan perbelanjaan sebanyak RM6.5
bilion selama 5 tahun yang telah dirancang untuk dilaksanakan mulai Jun tahun
ini.

17. PR-1432-L09643
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik terkini
penerima bantuan JKM di Malaysia di negeri Kedah umumnya dan daerah Sik
khususnya serta langkah semakan untuk kenaikan sumbangan bantuan setiap
kategori.
AUM DR 27/7/2020 189

18. PR-1432-L09065
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dilaksanakan, Kerajaan telah memberikan kemudahan moratorium kepada
para peminjam bank. Walau bagaimanapun, didapati para penyewa yang
menyewa dengan peminjam bank tersebut tidak mendapat kemudahan yang
sama di mana mereka dikehendaki untuk membayar sewa premis kepada tuan
premis seperti biasa. Apakah langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk
menyelesaikan isu tersebut dan dicadangkan kepada pihak Kerajaan untuk
memberi kemudahan yang sama kepada para penyewa yang menyewa kedai.

19. PR-1432-L09843
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sekiranya Kementerian akan bekerjasama
dengan syarikat penerbangan tempatan sekali lagi untuk memperkenalkan
penerbangan tambahan dengan harga tetap antara Kuala Lumpur - Sandakan
pada musim perayaan Hari Raya Haji yang akan datang untuk membolehkan
lebih ramai orang Sabah pulang untuk meraikannya bersama keluarga .

20. PR-1432-L09294
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan perancangan bagi meningkatkan kualiti
perkhidmatan internet luar bandar atau pedalaman, khususnya di kawasan
Jempol yang masih tidak stabil dan menjejaskan pengguna.

21. PR-1432-L09781
Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan berapakah jumlah hutang langsung Kerajaan, jumlah jaminan
hutang Kerajaan dan nisbah hutang kepada KDNK.

22. PR-1432-L09444
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
sama ada moratorium kewangan oleh bank-bank akan dilanjutkan 6 bulan lagi.
Sekiranya tidak, apakah bantuan yang diberikan kepada peniaga dan individu
untuk pinjaman perumahan, kad kredit dan kenderaan. Mengapa faedah masih
dikenakan sungguhpun dimaklumkan akan dikecualikan sebelum ini.
190 AUM DR 27/7/2020

23. PR-1432-L08747
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan setakat
manakah Kementerian telah mengenal pasti bidang kegiatan pertanian di
seluruh negara dan nyatakan perancangan dan langkah Kementerian untuk
memaju dan membangunkan sektor pertanian dan industri makanan bagi
memenuhi keperluan negara dan turut meningkatkan lagi pendapatan golongan
petani, nelayan dan pekebun kecil mengikut lokaliti dan aktiviti khususnya di
kawasan pertanian seperti di Parlimen Sabak Bernam.

24. PR-1432-L09870
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan berapa jumlah hutang negara dan bon baharu yang
diterbitkan sepanjang tempoh Jun 2018 sehingga Februari 2020 dan berapa
jumlah hutang yang telah dibayar bagi tempoh yang sama.

25. PR-1432-L09916
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan secara terperinci syarat-syarat program e-Penjana. Siapakah
pengendali program dan apakah pihak e-wallet yang diterima pakai.

26. PR-1432-L09913
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah kementerian akan
meneruskan Program Sarapan Makanan ke sekolah pada sesi 2020
terutamanya pelajar yang kurang berkemampuan.

27. PR-1432-L09357
Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah hasil kutipan cukai SST pada tahun 2019 dan perincikan
kesan positif seperti penurunan kos sara hidup rakyat luar bandar dan
penurunan kos barang keperluan harian rakyat.

28. PR-1432-L10063
Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan bilakah Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah akan diberi
autonomi sepenuhnya mengendalikan hal ehwal pembangunan pelajaran di
negeri Sabah.
AUM DR 27/7/2020 191

29. PR-1432-L09303
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI PELANCONGAN,
SENI DAN BUDAYA menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah jangka masa pendek, sederhana, dan
panjang Kementerian untuk memulihkan sektor pelancongan
negara dalam situasi COVID-19, khasnya dalam isu
kehilangan pekerjaan di sektor tersebut; dan

(b) maklumat dan statistik mengenai Skim Pembiayaan


Pelancongan Penjana.

30. PR-1432-L09545
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah status terkini usaha pihak Kementerian dalam
memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti dan menggantikannya
dengan satu akta yang lebih baik dan komprehensif.

31. PR-1432-L09574
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah pinjaman yang telah diproses dan diluluskan di bawah skim
Special Relief Facility (SRF) untuk Perniagaan Kecil Sederhana (PKS).
Nyatakan juga jumlah PKS yang telah mendapat manfaat berbanding dengan
jumlah PKS yang ada di seluruh negara.

32. PR-1432-L09780
Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan berapa jumlah majikan yang telah mengambil bahagian dalam
insentif pengecualian cukai bagi majikan yang membantu pembayaran hutang
PTPTN pekerja dan apakah langkah pihak Kementerian untuk menggalakkan
lebih banyak lagi majikan yang mengambil bahagian di dalam insentif ini.

33. PR-1432-L09378
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan status sekolah-sekolah Tamil yang masih dalam
pembinaan. Bilakah sekolah-sekolah ini dijangka siap keseluruhannya.

34. PR-1432-L08762
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan berapa jumlah pembekal perkhidmatan asing yang telah
mendaftar bagi mengenakan cukai perkhidmatan digital. Berapa jumlah
sasaran kutipan cukai perkhidmatan digital pada tahun 2020.
192 AUM DR 27/7/2020

35. PR-1432-L09632
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan keseriusan pihak Kementerian dalam memerangi
aktiviti yang melibatkan pembalakan haram sepanjang pandemik COVID-19
menular.

36. PR-1432-L09107
Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang
dilakukan oleh Kementerian untuk memajukan industri sumber mineral negara
dalam kes perlombongan pasir silika, tanah liat dan lain-lain mineral serta
tindakan-tindakan yang diambil untuk menubuhkan Lembaga Sumber Asli
Negara (Formation of the Mineral Board).

37. PR-1432-L08820
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah peladang bukan Melayu layak
menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan adakah pemilikan
hartanah rizab Melayu oleh sesuatu PPK boleh dijadikan alasan untuk menolak
kemasukan ahli bukan Melayu.

38. PR-1432-L08829
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah menaik taraf liputan
dan akses talipon dan internet di kawasan luar bandar dan pendalaman.

39. PR-1432-L09376
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk menambah akses tunai kepada
penduduk di luar bandar mendapatkan perkhidmatan seperti mesin ATM di
lokasi strategik bagi membolehkan masyarakat luar bandar mempunyai wang
tunai dalam tangan untuk berbelanja.

40. PR-1432-L10067
Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan berapa banyak peruntukan yang sudah diturunkan kepada Sabah
untuk tujuan pembaikan/pembinaan baru sekolah-sekolah daif yang banyak di
Sabah setakat ini.

41. PR-1432-L09707
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian yang telah
diambil untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan elektrik di Sabah.
AUM DR 27/7/2020 193

42. PR-1432-L09595
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan Impak COVID-19 terhadap industri
pertanian :-
(a) nilai impak (dalam RM) bagi setiap sektor ; dan

(b) berapakah bilangan pengusaha tani skala kecil/sederhana


yang terkesan daripada pandemik ini dan apakah pelan
Kementerian bagi membantu mereka menghadapi kemelut
ekonomi ini.

43. PR-1432-L09558
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan pendirian Kerajaan terhadap larangan
penjualan minuman alkohol akibat kes mabuk langgar berleluasa. Apakah
dapatan hasil soal selidik mengenai “Pengambilan Alkohol dan
Penguatkuasaan Undang-undang Yang Lebih Tegas Terhadap Kesalahan
Memandu Dalam Keadaan Mabuk”.

44. PR-1432-L09836
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan akan memberi peruntukan yang
sama seperti yang diberi kepada Ahli-ahli parlimen Kerajaan kepda Ahli-Ahli
Parlimen pembangkang dan sekiranya tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

45. PR-1432-L09087
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI
DAN BUDAYA menyatakan sejauh mana kesan akibat COVID-19 kepada
sektor pelancongan dan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh
Kementerian untuk membantu pengusaha-pengusaha dalam sektor
pelancongan, terutamanya sektor pelancongan di daerah pedalaman Sabah.

46. PR-1432-L09883
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan kos perbelanjaan pelan komunikasi di media
tempatan terhadap wabak COVID-19 dalam tempoh Mac sehingga Jun 2020.
Senaraikan pecahan perbelanjaan komunikasi di setiap media.

47. PR-1432-L09080
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PELANCONGAN,
SENI DAN BUDAYA menyatakan senaraikan jumlah hotel mengikut bintang
yang ditutup dan tidak lagi dapat beroperasi kerana COVID-19.
194 AUM DR 27/7/2020

48. PR-1432-L09240
Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan status cadangan RUU Perhilitan dan RUU
Perhutanan yang terkini dan bila boleh bawa ke Dewan untuk dibahaskan.

49. PR-1432-L08955
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
sejauh manakah kejayaan di dalam pelaksanaan Implementasikan Pelan
Strategi Kebangsaan bagi menangani perkahwinan bawah umur.

50. PR-1432-L09193
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan impak kepada ekonomi negara disebabkan virus COVID-19 dan
pelan berterusan Kementerian selain stimulus yang telah diumumkan. Apakah
jangkaan pertumbuhan KDNK untuk suku pertama dan kedua tahun ini dan
apakah perancangan yang ada untuk merangsang pertumbuhan tersebut.

51. PR-1432-L09806
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah tahap hutang Kerajaan berbanding KDNK
setakat 30 Jun 2020 dan adakah Kerajaan berhasrat menaikkan kadar hutang
maksima 55% berbanding KDNK dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang
dilihat bakal menguncup.

52. PR-1432-L09844
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah pengecualian cukai jualan
kenderaan yang diumumkan Kerajaan bertujuan membantu rakyat terbanyak
yang terjejas akibat wabak COVID-19 atau golongan kaya yang membeli
kenderaan mewah, kerana pengecualian ini hanya memberi penjimatan
sebanyak beberapa ratus ringgit kepada pembeli Proton Saga dan tiada
penjimatan untuk trak pikap; tetapi penjimatan sehingga lima puluh ribu ringgit
kepada pembeli kereta mewah. Berapa anggaran jumlah kehilangan perolehan
cukai Kerajaan akibat daripada pengecualian cukai jualan kenderaan ini.

53. PR-1432-L09419
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan usaha Kerajaan dalam pengawalan caj
perkhidmatan Telco dan tahap perkhidmatan yang dibekalkan khasnya di
kawasan luar bandar.
AUM DR 27/7/2020 195

54. PR-1432-L09582
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan jumlah peruntukan Kerajaan yang telah disalurkan kepada
sekolah-sekolah SMK, SMJK, SK, SJK(C), SJK(T), SUWA, SAR dari 1 Mac
2020 sehingga sekarang.

55. PR-1432-L09181
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan jumlah dan nama taman industri di setiap negeri di
Malaysia. Adakah taman industri yang dibina di setiap negeri perlu mengikuti
satu Prosedur Operasi Standard untuk memastikan infrastruktur berkualiti
untuk pelabur.

56. PR-1432-L09116
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan data dan statistik berkaitan kes isu jenayah
penipuan siber sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

57. PR-1432-L08811
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah pendirian sebenar Kementerian tentang
pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI).

58. PR-1432-L09113
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah yang diambil Kementerian bagi
membangunkan liputan dan kesalinghubungan yang lebih efektif, meluas dan
menyentuh semua golongan masyarakat.

59. PR-1432-L08868
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan adakah pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo mengikut yang telah
dijadualkan. Adakah Jabatan Kerja Raya Sarawak mengendalikan keseluruhan
projek ini.

60. PR-1432-L09258
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah cukai yang telah dikutip daripada pengusaha dan pekerja
ekonomi gig, serta kaedah Kementerian dalam menentukan paras pendapatan
pekerja ekonomi gig.
196 AUM DR 27/7/2020

61. PR-1432-L09974
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kementerian akan menambah dana
penyelidikan di IPTA untuk pembangunan kajian perikanan yang menjadi salah
satu sumber utama makanan rakyat.

62. PR-1432-L09212
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan rancangan siber Kerajaan terutamanya dalam
menangani masalah berita palsu yang terus-menerus memburukkan hubungan
di antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita berserta dengan
langkah-langkah yang diambil untuk mengatasinya.

63. PR-1432-L10050
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan apakah ada dasar yang konkrit dalam menangani masalah
penjualan minuman keras di dalam penerbangan Malaysia, apakah Kerajaan
berhasrat untuk menguatkuasakan larangan hidangan atau penjualan minuman
keras dalam sistem penerbangan Malaysia. Jika ya, bila ia akan
dikuatkuasakan.

64. PR-1432-L09368
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
status terkini kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Khas
Pengumpulan Maklum Balas Pengiktirafan UEC. Sama ada pihak Kementerian
Pendidikan atau Jemaah Menteri telah mempertimbangkan hasil kajian
tersebut dan bilakah pengiktirafan UEC akan diumumkan.

**********************
197

HARI SELASA, 28 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 11

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09070
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan
dalam menangani isu sindiket warga asing yang mengambil kesempatan
meneroka tanah-tanah di pelbagai kawasan yang belum dibangunkan Kerajaan
dan pemiliknya dan apakah tindakan yang dikenakan terhadap individu
warganegara Malaysia yang menjadi dalang dalam sindiket ini.

2. PR-1432-L09159
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan protokol rawatan bagi pesakit COVID-19 yang di tahap serius dan
tenat yang diikuti oleh Kementerian Kesihatan. Berapa peratus kejayaan bagi
protokol itu dan berapa anggaran kos bagi seorang pesakit.

3. PR-1432-L09413
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-
(a) apakah peranan dimainkan oleh Kementerian dalam
membantu usaha pembangunan vaksin COVID-19 di peringkat
antarabangsa memandangkan Malaysia tidak mempunyai
fasiliti pembuatan vaksin; dan

(b) sejauh manakah tenaga pakar di Malaysia mencukupi dan


mampu untuk memberi sumbangan kepada usaha ini.

4. PR-1432-L09281
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bidang industri yang dikira
sebagai mempunyai nilai, teknologi dan impak yang tinggi, dan juga bidang
industri yang dikategorikan sebagai berteknologi rendah, intensif buruh dan
bernilai rendah yang tidak digalakkan oleh Kerajaan.
198 AUM DR 28/7/2020

5. PR-1432-L09153
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kejayaan
Kerajaan Malaysia menarik pelabur-pelabur dari China dan Jepun yang
membuat keputusan untuk memindahkan (relocate) operasi mereka keluar dari
negara China akibat perang dagangan antara Amerika-China serta pandemik
COVID-19. Berapakah bilangan pelabur ini, di negeri mana mereka
ditempatkan, jumlah pelaburan yang terlibat dan berapa peluang pekerjaan
yang diwujudkan.

6. PR-1432-L09296
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan :-
(a) bilangan sarung tangan, gown, face shield, goggles, pelitup
mulut (face mask) dan peralatan PPE lain yang dibeli
Kementerian untuk menangani wabak COVID-19 (dinyatakan
secara berasingan) ; dan

(b) berapa jumlah yang telah dibelanjakan untuk setiap peralatan


tersebut (dinyatakan secara berasingan).

7. PR-1432-L09698
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan langkah strategik bagi mengesan lorong-lorong
tikus aktiviti penyeludupan PATI ke dalam negara.

8. PR-1432-L08736
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan kapasiti dan keupayaan Pangkalan Tentera Udara Malaysia di
Butterworth, Pulau Pinang pada masa kini dan adakah pihak Kementerian akan
meluaskan kapasiti dan keupayaan pangkalan tersebut untuk melindungi ruang
udara Malaysia.

9. PR-1432-L09557
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI
PERPADUAN NEGARA menyatakan sejauh manakah Majlis Penasihat
Perpaduan Negara (MPPN) bertujuan bagi memperkukuh perpaduan dan
integrasi nasional dalam kalangan rakyat dan apakah langkah Kementerian
bagi mengekang unsur-unsur ekstrimis politik, agama dan kaum yang
menggunakan platform media sosial untuk menyuburkan anasir kebencian.
AUM DR 28/7/2020 199

10. PR-1432-L09986
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah langkah-langkah serius yang akan diambil oleh Kerajaan untuk
membantu banyak keluarga yang terkesan teruk apabila ramai kehilangan
pekerjaan akibat krisis ekonomi disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini.

11. PR-1432-L08763
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha pihak
Kementerian dalam meningkatkan harga dan pasaran eksport minyak sawit.

12. PR-1432-L08780
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan isu ‘lompat parti’ di mana amarah rakyat telah tercetus sehingga
Yang Berhormat digelar ‘katak’. Sebagai sebuah negara yang mengamalkan
demokrasi berparlimen yang berlandaskan perlembagaan dan kedaulatan
undang-undang, rakyat yang mengundi berhak sepenuhnya dalam membentuk
dan memilih Kerajaan. Apakah tindakan Kerajaan kini dalam menghindari isu
ini.

13. PR-1432-L09696
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah pelan strategik Kerajaan untuk memastikan Kelas Fardhu
Ain dan Fardhu Kifayah (KAFA) agar terus relevan dan menjadi instrumen
penting dalam memastikan anak-anak mendapat didikan agama yang
mencukupi.

14. PR-1432-L09121
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan secara terperinci langkah yang akan
diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan sebanyak mungkin PKS
yang terlibat dengan inisiatif pendigitalan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi
Negara (PENJANA).

15. PR-1432-L09298
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan strategi serta langkah jangka
masa panjang untuk memastikan harga komoditi sawit dan getah sentiasa
berada di paras yang dapat menjamin pendapatan para pekebun kecil.
200 AUM DR 28/7/2020

16. PR-1432-L09504
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang kemungkinan
perjanjian Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) akan
ditandatangani oleh semua negara perunding dan apakah pendirian Kerajaan
ini mengenai Comprehensive and Progressive Agreement for Trans Pacific
Partnership (CPTPP).

17. PR-1432-L09207
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan kesediaan dan pelan Kementerian untuk mengendali kenaikan kes
dan juga kematian (mortality) disebabkan penyakit bukan COVID-19,
terutamanya mereka yang terlepas rawatan atau “check up” disebabkan
COVID-19. Berapakah jangkaan pertambahan kadar kematian disebabkan kes
bukan COVID-19 dan apakah pelan Kementerian terhadap isu ini.

18. PR-1432-L09167
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) apakah rasional melantik Ahli-ahli Parlimen Kerajaan untuk
mengepalai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ; dan

(b) senaraikan nama-nama mereka yang dilantik, di mana dan


berapa elaun bulanan yang mereka terima.

19. PR-1432-L08951
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah laporan rasuah yang diterima terhadap ahli politik dan
pegawai Kerajaan di antara tahun 2018 hingga kini, berapa jumlah siasatan
yang telah dibuka dan jumlah yang telah disabitkan di Mahkamah.

20. PR-1432-L09143
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan :-
(a) berapa jumlah kos yang ditanggung Kementerian bagi
membendung penularan dan merawat pesakit wabak COVID-
19; dan

(b) perancangan Malaysia bagi membangunkan sistem tersendiri


seperti Amaran Kedudukan Sistem Tindak Balas Perebakan
Penyakit (DORSCON) seperti Singapura.
AUM DR 28/7/2020 201

21. PR-1432-L09052
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan prosedur-prosedur yang terlibat dalam sesuatu proses perolehan
yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ketika pandemik
COVID-19 ini.

22. PR-1432-L09489
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah pihak Kerajaan berhasrat untuk membuka kembali
pendaftaran Geran Khas Prihatin (GKP) bagi memberi peluang kedua kepada
peniaga yang tercicir dari menerima bantuan ini.

23. PR-1432-L09263
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk memastikan agar
kesemua 17 perkara daripada 21 perkara yang telah dipersetujui oleh
Jawatankuasa Kajian Semula Perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 atau
MA63 dapat dilaksanakan sepenuhnya dan supaya kesemua perakuan MA63
ditunaikan.

24. PR-1432-L08952
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan tindakan Kementerian bagi mengatasi masalah
kekurangan rumah kos rendah di mana ramai pekerja berpendapatan rendah di
Kuala Lumpur terpaksa menyewa bilik ‘partition’ kecil yang dibina di atas kedai.
Sehingga ada yang terpaksa berkongsi bilik kecil seramai 5 ke 10 orang.

25. PR-1432-L08734
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah usaha dan tuntutan Kerajaan dalam mempertahankan
pendudukan Malaysia di Laut Cina Selatan dari segi pertahanan, diplomatik
dan undang-undang laut antarabangsa.

26. PR-1432-L09460
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
jumlah yang dibayar oleh Petronas kepada setiap negeri sama ada secara
langsung atau tidak langsung menerusi Kerajaan Persekutuan sejak 2008 dan
berikan pecahan mengikut tahun. Adakah peletakan jawatan Presiden/CEO
Petronas ada kaitan dengan bayaran ini.
202 AUM DR 28/7/2020

27. PR-1432-L09270
Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan projek-projek infrastruktur Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11)
dan tahap kemajuan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

28. PR-1432-L09996
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan status terkini pelaksanaan sistem Rekod Kesihatan
Elektronik atau Electronic Medical Records (EMR) dalam menyimpan maklumat
pesakit dan rekod sejarah perubatan di hospital-hospital Kerajaan seluruh
negara. Seterusnya apakah pelan Kerajaan hari ini dalam melaksanakan
sistem digital ini keseluruhan hospital dan klinik kesihatan dan tidak tertumpu
kepada beberapa buah hospital sahaja.

29. PR-1432-L09944
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bagi Kabinet yang diumumkan pada 9 Mac 2020, terdapat 70
orang keseluruhannya yang merangkumi seorang perdana menteri, 31 Menteri
dan 38 Timbalan Menteri, Apakah penambahan kos emolumen, elaun dan lain-
lain untuk kabinet PN berbanding dengan kabinet PH sebelum ini.

30. PR-1432-L09217
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai GLC dan GLIC di mana lantikan politik telah dibuat sejak 2
Mac 2020 dan bagaimana lantikan ini akan membantu keberkesanan dan
profesionalisme badan-badan ini.

31. PR-1432-L09502
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah tindakan dan rancangan Kerajaan untuk membantu
perniagaan kecil dan sederhana untuk menggunakan teknologi digital untuk
menjayakan perniagaan mereka. Senaraikan bantuan kewangan atau
sampingan yang telah pun disediakan oleh Kerajaan untuk menjayakan
inisiatif-inisiatif ini.

32. PR-1432-L09773
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan syarat-syarat utama pembelian saham PT Eagle High oleh FELDA
yang bernilai US$505 juta. Apakah kedudukan tindakan FELDA untuk
menuntut kembali pelaburan US$505 juta ke atas PT Eagle High melalui ‘put
option’ yang dimaktubkan dalam perjanjian.
AUM DR 28/7/2020 203

33. PR-1432-L09343
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan bilakah klinik kesihatan akan dibina di sebelah
selatan Pulau Bruit (Kampung Semop) kerana tiada kemudahan kesihatan
yang berdekatan.

34. PR-1432-L09887
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah inisiatif Kementerian bagi membantu
usahawan kecil dan sederhana termasuk penjaja warganegara yang terjejas
akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

35. PR-1432-L08788
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan memberi perhatian terhadap isu di mana segelintir masyarakat
Malaysia tidak mengguna atau mempamerkan Jalur Gemilang dan lambang-
lambang rasmi yang lain dengan betul. Apakah usaha Kementerian dalam
mengatasi isu tersebut.

36. PR-1432-L09092
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan bercadang untuk menggubal undang–undang Anti Lompat
Parti bagi mengekang perbuatan lompat parti oleh ahli-ahli yang berhormat
yang telah dipilih rakyat dalam pilihan raya.

37. PR-1432-L09236
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jenis bantuan Kerajaan kepada institusi dan maahad tahfiz yang
terkesan akibat penutupan institusi susulan penularan COVID-19.

38. PR-1432-L09434
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan apakah tindakan lanjut yang diambil berkenaan
kesalahan yang telah dilakukan oleh anggota pentadbiran berkenaan Ops
Yaman 2 yang tidak dibincangkan di Kabinet mahupun di Parlimen.

39. PR-1432-L09967
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan ada perancangan mewujudkan unit udaranya sendiri
/ambulans udara seperti mana negara maju lain memandangkan bebanan
penggunaan helikopter oleh lain-lain agensi telah mencapai tahap maksimum
terutamanya di kawasan pedalaman.
204 AUM DR 28/7/2020

40. PR-1432-L09242
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh mana Kerajaan bersetuju untuk menggantikan sistem
Pemenang Undi Terbanyak (First-Past-The-Post)FPTP dengan sistem
Perwakilan Berkadar (PR) yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas
Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) atau sistem
Perwakilan Bercampuran yang dicadangkan oleh Bersih 2.0.

41. PR-1432-L09757
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) berapa banyak dan kepada siapa wang dibayar di bawah


projek ECRL sebelum penangguhannya selepas PRU14 ; dan

(b) berapa banyak dan kepada siapa wang dibayar setelah ECRL
disemak dan dilancarkan semula.

42. PR-1432-L08838
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
bagaimana Kerajaan menyelesaikan kes-kes nelayan yang ditangkap oleh
Jabatan Perikanan dan kes-kes yang ditangkap oleh Agensi Penguat Kuasa
Maritim Malaysia supaya nelayan-nelayan tersebut mendapat layanan yang
sama di bawah undang-undang sungguhpun mereka ditangkap oleh agensi
Kerajaan yang berlainan.

43. PR-1432-L09253
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah rasional untuk mewujudkan Menteri Tugas-tugas Khas di
bawah Jabatan Perdana Menteri. Apakah tanggungjawab yang pernah
ditugaskan kepada Kementerian ini.

44. PR-1432-L09125
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
jumlah saman mengikut negeri-negeri yang telah dikeluarkan kepada individu
yang melanggar peraturan- peraturan tentang wabak COVID-19, jumlah
kutipan denda yang telah diterima dan bilangan pesalah dihukum penjara atas
kesalahan ini.

45. PR-1432-L08920
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI LUAR
NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan baru tentang Statut Rom dan
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk
Diskriminasi Kaum (ICERD).
AUM DR 28/7/2020 205

46. PR-1432-L09374
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah status terkini cadangan pembinaan klinik kesihatan di
tapak tanah hak milik Kementerian Kesihatan di Sepupok Niah dan adakah
Kementerian akan menyenaraikan bina semula Klinik Kesihatan Bekenu yang
terletak di pusat pentadbiran daerah Subis dalam rancangan Malaysia ke-12.

47. PR-1432-L08753
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan jumlah aduan yang diterima Kerajaan
khususnya JAKIM terhadap individu, kumpulan dan NGO (Islam dan bukan
Islam) yang menghina Nabi Muhammad SAW dan mencemarkan kesucian
agama Islam dan apakah tindakan yang diambil Kerajaan terhadap individu,
kumpulan dan NGO berkenaan serta nyatakan langkah Kerajaan bagi
menyekat dan membendung individu dan kumpulan berkenaan (sama ada
Islam dan bukan Islam) dari terus menghasut dan merendah-rendahkan ajaran
Islam dari segi aqidah, ibadah dan syariah Islam (perundangan Islam).

48. PR-1432-L09930
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan laporan polis dan bilangan laporan kepada Suruhanjaya
Multimedia dan Komunikasi yang telah dibuat setakat ini mengikut pecahan
berita palsu, berita fitnah, gambar/perkongsian yang berbaur lucah/ seksual/
rasis, “hate speech” / “cyber bullying” dan apakah status laporan tersebut dari
segi dakwaan, sabitan bersalah dan tidak bersalah .

49. PR-1432-L09827
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
perkembangan pendaftaran pengundi secara automatik dan penguatkuasaan
usia kelayakan mengundi 18 tahun. Apakah kekangan yang dihadapi oleh
Kerajaan bagi mempercepatkan pelaksanaan kedua-dua perkara itu.

50. PR-1432-L09406
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan memberikan pecahan perbelanjaan RM500 juta yang
diperuntukkan kepada Kementerian bagi melawan COVID-19. Mengapa
berlaku kekurangan PPE seperti yang dimaklumkan oleh KP Kesihatan pada
13 April 2020.

51. PR-1432-L09583
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah status penggubalan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen
(Parliament Services Bill) sebagai sebahagian daripada usaha pembaharuan
Parlimen datam sistem demokrasi negara ini.
206 AUM DR 28/7/2020

52. PR-1432-L09264
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah, sedang dan
akan diambil untuk memastikan agar keselamatan rakyat Malaysia di Sabah
terjamin daripada ancaman-ancaman luar dan apakah cadangan supaya Kem
Tentera Lok Kawi dipindahkan ke Pantai Timur akan dilaksanakan.

**********************
207

HARI RABU, 29 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 12

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09809
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah usaha Kementerian dalam
meningkatkan pemantauan ke atas aktiviti-aktiviti perladangan bagi
memastikan alam sekitar dapat terpelihara dari pencemaran. Apakah statistik
tindakan yang telah diambil terhadap syarikat-syarikat yang mencemarkan
alam sekitar.

2. PR-1432-L09437
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan tentang pekerja ekonomi gig :-
(a) apakah kerangka perundangan sedia ada untuk melindungi
pekerja-pekerja ini ; dan

(b) apakah rancangan penambahbaikan perundangan sedia ada


memandangkan wujud perkembangan terkini dengan adanya
ekonomi gig .

3. PR-1432-L09410
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah- langkah
yang boleh diambil untuk mempertingkatkan jumlah dividen yang boleh diberi
kepada para peserta Tanam Semula Berkelompok (TSK) yang dikelolakan oleh
FELCRA.

4. PR-1432-L10002
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan perincian kejayaan dasar Zero Potholes yang diumumkan
Menteri bersempena 100 hari memegang jawatan Menteri Kanan Kerja Raya.

5. PR-1432-L09216
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bersedia untuk meminda Perkara 14
Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan ibu warganegara Malaysia
menikmati hak yang sama dalam mendapatkan status kewarganegaraan bagi
anak-anak mereka yang lahir di luar negara.
208 AUM DR 29/7/2020

6. PR-1432-L08893
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji undang-
undang buruh dan memperbaharui pasaran buruh, berikutan hasil kajian yang
mencadangkan tenaga kerja di Malaysia tidak menerima bayaran gaji setimpal
untuk kerja yang dilakukan.

7. PR-1432-L09567
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status
perkembangan penelitian cadangan Kementerian untuk memperkenalkan skim
baucar subsidi sewa kediaman untuk orang muda bagi membantu meringankan
beban kos sara hidup mereka dan bagaimanakah ianya akan dilaksanakan
kelak.

8. PR-1432-L08840
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan kedudukan pendatang asing tanpa izin yang berjaya dikesan
semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik
COVID-19, dari segi bilangan yang telah dan sedang di usaha untuk dihantar
balik ke negara asal, bilangan yang masih berada dalam depoh tahanan
imigresen atas pelbagai sebab serta bilangan yang masih bebas.

9. PR-1432-L09680
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan tarikh baharu pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) setelah
ia ditangguhkan oleh Kabinet.

10. PR-1432-L09521
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan usaha kerajaan Pakatan
Harapan untuk menghantar balik kontena plastik haram ke negara asal.
Berapakah kontena yang telah dihantar balik dari Mac hingga Jun 2020 dan
nyatakan negara yang terlibat.

11. PR-1432-L09135
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan bentuk bantuan yang
diberikan oleh pihak Kementerian bagi memperluaskan pemilikan rumah bagi
rakyat miskin dan miskin tegar di luar bandar.
AUM DR 29/7/2020 209

12. PR-1432-L08990
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berkenaan masalah penduduk-
penduduk rumah pangsa yang menghadapi banyak masalah penyelenggaraan
atas kepelbagaian faktor serta agensi manakah yang bertanggungjawab
tentang masalah tersebut.

13. PR-1432-L09518
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan jumlah terkini kakitangan Kementerian yang
berstatus kontrak dan sambilan dan apakah jaminan Kementerian terhadap
status kakitangan ini selepas pandemik COVID-19 ini berakhir.

14. PR-1432-L08843
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan syarikat-syarikat yang
dibenarkan untuk mengimport gula dan adakah Kementerian berhasrat
membenarkan gula diimport secara bebas supaya harga gula di Malaysia lebih
mencerminkan harga pasaran dunia.

15. PR-1432-L08752
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah inisiatif dan
perancangan Kementerian untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan
masyarakat luar bandar khususnya di kawasan Parlimen Sabak Bernam.

16. PR-1432-L08873
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan bilangan pengangguran terkini serta tindakan-tindakan yang
diambil untuk mengatasinya.

17. PR-1432-L09908
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan :-
(a) apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk
memperuntukkan dana kepada Jabatan Pengairan dan Saliran
Bintulu bagi menjalankan kerja pendalaman Sungai Kemena
memandangkan sungai tersebut semakin cetek akibat
mendapan yang semakin serius; dan

(b) apakah jumlah peruntukan yang diperuntukkan kepada negeri


Sarawak terutamanya Bintulu bagi pembersihan sungai-sungai
dari semasa ke semasa memandangkan Sarawak mempunyai
banyak sungai yang masih diguna pakai rakyat tempatan
dalam kehidupan harian.
210 AUM DR 29/7/2020

18. PR-1432-L09072
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan berapa statistik kes sindiket penjualan kad
pengenalan palsu sehingga Disember 2019 berbanding dengan tahun
sebelumnya dan adakah Kerajaan bercadang untuk meminda Akta
Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2010
supaya kes penjualan kad pengenalan palsu ini dapat dihapuskan.

19. PR-1432-L10057
Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN
AIR menyatakan :-
(a) apa langkah-langkah yang telah di ambil oleh Kementerian
untuk kawasan Kawang, Papar, Sabah yang selalu mengalami
banjir kilat dan bilakah kelulusan peruntukan untuk projek parit
di kampung Kawang ini dapat diluluskan; dan

(b) bilakah Kementerian akan dapat membina penghalang


sebagai langkah menghalang tebing-tebing sungai daripada
runtuh.

20. PR-1432-L09131
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
status siasatan semula kes kematian mendiang Teoh Beng Hock dan tindakan
lanjutnya.

21. PR-1432-L09640
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang
yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah Air Tidak
Berhasil (Non Revenue Water), NRW yang dialami oleh perkhidmatan air di
setiap negeri di Malaysia.

22. PR-1432-L09226
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan
projek pembinaan kuarters baru untuk anggota-anggota Balai Polis Jelutong di
Jelutong, Pulau Pinang dan menaik taraf semua kuarters anggota polis di
seluruh negara.
AUM DR 29/7/2020 211

23. PR-1432-L09336
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapa jumlah tunggakan
kepada kontraktor-kontraktor Kelas F yang telah menyiapkan rumah di bawah
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Parlimen Tanjong Manis.
Bilakah tunggakan-tunggakan ini akan diselesaikan memandangkan kerja
mereka telah lama siap.

24. PR-1432-L09039
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan jumlah peruntukan untuk membangunkan
infrastruktur melalui Program Jalan Luar Bandar (JALB), Program Bekalan Air
Luar Bandar (BALB), Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Jalan
Perhubungan Desa (JPD) khasnya di kawasan-kawasan rancangan Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

25. PR-1432-L09801
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil
dalam membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam
negara. Apakah kaedah yang akan dilaksanakan agar PATI yang telah dihantar
pulang ke negara asal tidak menyeludup masuk semula.

26. PR-1432-L09985
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status masalah kerosakan struktur
rumah (defect) yang dihadapi pemilik/penduduk PPA1M Melinjau, Presint 11,
Putrajaya.

27. PR-1432-L09586
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status projek pembinaan
semula Pasar Pasir Pinji dan sumber peruntukan yang terbabit.

28. PR-1432-L08922
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan pelan holistik untuk memerangi masalah kebanjiran
pendatang asing tanpa izin di negara ini. Apakah faktor utama yang
membolehkan pendatang tanpa izin boleh masuk dan bertapak di negara ini.
212 AUM DR 29/7/2020

29. PR-1432-L09442
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status terkini :-
(a) pembinaan Balai Bomba baru bagi daerah Asajaya, Bahagian
Samarahan ; dan

(b) pelaksanaan Program Perumahan Rakyat dan Perumahan


Penjawat Awam Malaysia (PPAM) di Sarawak khususnya di
Kota Samarahan.

30. PR-1432-L08726
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan sekiranya pihak Kementerian bercadang untuk membina dua buah
stesen minyak di Pekan Kapit dan sekiranya ada, bila pembinaan stesen-
stesen minyak tersebut akan dilaksanakan. Mohon Kementerian juga sertakan
senarai syarikat yang membekal barang ke luar bandar bagi kawasan Hulu
Rajang.

31. PR-1432-L09000
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status terkini perlaksanaan
program pembangunan sosioekonomi untuk daerah Pakan yang telah dikenal
pasti Kementerian sebagai daerah termiskin di Malaysia.

32. PR-1432-L09100
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik projek
perumahan oleh swasta yang terbengkalai antara tahun 2015 hingga 2020 dan
apakah perancangan yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah
itu.

33. PR-1432-L09353
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan bilangan permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A
yang telah diluluskan sejak 2018-2020 dan berapa daripada bilangan tersebut
dari Sarawak serta apakah langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk
menyelesaikan isu taraf kewarganegaraan yang telah berlaku pada waktu PKP
dan isu-isu yang lama tertunggak selama ini.

34. PR-1432-L08823
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan cadangan tindakan menurap semula Jalan Serian-Tebedu.
AUM DR 29/7/2020 213

35. PR-1432-L08857
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) apakah langkah berkesan telah diambil untuk menghalang
Malaysia dijadikan sebagai pusat transit pengedaran dadah
antarabangsa; dan

(b) perincikan jumlah tahanan warganegara tempatan dan asing


telah dibuat dan jumlah nilai dadah yang telah dirampas
setakat 31 Mei 2020 .

36. PR-1432-L09990
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing yang sah dalam negara tetapi
masih bekerja di dalam negara setelah permit mereka tamat tempoh.
Bagaimanakah pemantauan dapat dilakukan terutama dari aspek keselamatan
dan kesihatan.

37. PR-1432-L08835
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) apakah asas mereka ini ditahan di bawah Akta Kesalahan
Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) iaitu G.
Saminathan, Ahli Majlis Kerajaan Negeri Melaka, P.
Gunasekaran, ADUN Kawasan Seremban Jaya, Negeri
Sembilam, Suresh Kumar, Ahli Majlis Bandaraya Melaka dan
lain-lain yang dikatakan ada kaitan dengan Liberation Tigers of
Tamil Eelam (LTTE); dan

(b) kenapa mereka dianggap sebagai pengganas (terrorist).

38. PR-1432-L09746
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan komitmen dan usaha dalam Dasar Belia 30 yang
dirancang Kementerian untuk memperkasakan golongan belia 18 tahun hingga
30 tahun selaras dengan usaha merendahkan had umur belia kepada 30
tahun.

39. PR-1432-L09011
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilangan projek-
projek perumahan yang terbengkalai (mula terbengkalai dari tahun bila)
sehingga hari ini dan apakah penyelesaian yang dilakukan oleh Kementerian
dalam memastikan projek-projek perumahan tersebut dapat diselesaikan.
214 AUM DR 29/7/2020

40. PR-1432-L09287
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah perniagaan
yang telah menggulung perniagaan mereka di dalam bulan April, Mei, Jun dan
Julai 2020, serta jumlah perniagaan baharu yang didaftarkan di dalam tempoh
yang sama.

41. PR-1432-L09831
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan sama ada Kementerian mempunyai satu "database"
yang lengkap untuk semua jalan luar perhubungan kampung dan jalan luar
bandar yang masig dalam keadaan jalan tanah atau jalan gravel. Apakah
rancangan kerajaan berkenaan perkara ini.

42. PR-1432-L09891
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan langkah-langkah disiplin yang diambil terhadap anggota dan
pegawai polis selepas kematian tahanan Benedict Thanilas pada 10 Julai 2017.

43. PR-1432-L08941
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik pembeli rumah dari tahun
2018 dan 2019 dan adakah angka ini memperlihatkan bahawa harga pasaran
rumah di Malaysia pada kadar harga mampu milik.

44. PR-1432-L09317
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan langkah Kementerian bagi golongan bekerja
sendiri atau (Freelancers) yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan
akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan COVID-19 di mana
mereka tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

45. PR-1432-L09968
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan berapakah angka pengangguran terkini warga
Malaysia dan apakah perancangan yang diambil bagi menangani masalah ini.

46. PR-1432-L09431
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan status pelaksanaan MPKKP di Sarawak yang telah
dirancang Kerajaan sebelum ini. Nyatakan jumlah MPKKP serta jumlah
peruntukan yang terlibat pada tahun 2020.
AUM DR 29/7/2020 215

47. PR-1432-L08946
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada pengeluar
silinder LPG komersial dan domestik wajib untuk mempunyai SOP dan talian
khusus kecemasan untuk pelanggan-pelanggan yang menghadapi masalah
dengan silinder LPG serta bilangan kemalangan berpunca daripada silinder
LPG mengikut pengeluar dari tahun 2010.

48. PR-1432-L09463
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI
ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan setakat mana penambahbaikan di
negeri Kelantan mematuhi piawaian dan undang-undang alam sekitar.

49. PR-1432-L10025
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan tarikh siap dan kos sebenar bagi menyiapkan projek Lebuh
Raya Tun Razak (FT12) dari Gambang ke Segamat dan bilakah fasa II projek
naik taraf Laluan FT 12 Kuantan - Segamat yang melibatkan 100 km dari Paloh
Hinai ke Segamat akan dimulakan. Projek ini telah bermula pada tahun 2015
dengan kos asal sebanyak RM300 juta, kerja-kerja pembinaannya telah
melampaui beberapa tahun tanpa siap sepenuhnya.

**********************
216

HARI ISNIN, 3 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 14

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09625
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah untuk mengatasi masalah status
liputan internet di kawasan luar bandar yang masih lemah sedangkan talian
komunikasi tersebut amat diperlukan ketika negara berhadapan dengan wabak
COVID-19.

2. PR-1432-L08923
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan strategi-strategi awal bagi
merancakkan semula atau ‘rebound’ industri pelancongan negara.

3. PR-1432-L09441
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
situasi semasa serta tindakan konklusif Kementerian dalam menangani kes
kematian kanak-kanak akibat tertinggal di dalam kereta oleh ibu bapa mahupun
penjaga.

4. PR-1432-L09384
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan senarai
insentif, rangsangan dan bantuan khas untuk petani, penternak dan nelayan
dalam fasa pemulihan COVID-19.

5. PR-1432-L10048
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI
TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan Kerajaan telah memperkenalkan
Pelan Tindakan Mobiliti Elektrik Negara yang bertujuan menjadikan Malaysia
sebagai pasaran utama mobiliti elektrik di rantau ini merangkumi kerangka
komprehensif pembangunan kenderaan elektrik dan ekosistem sokongan. Di
bawah pelan ini, Kerajaan mensasarkan pewujudan 100,000 unit kereta
elektrik, 100,000 unit skuter elektrik, 2,000 unit bas elektrik dan 125,000 unit
stesen pengecas menjelang tahun 2020. Sejauh manakah kemajuan sasaran
tersebut sehingga tahun 2020 .
AUM DR 3/8/2020 217

6. PR-1432-L09514
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI
menyatakan sama ada Kerajaan PN akan merancang untuk memperkenalkan
pembayaran berdasarkan pendapatan (income contingent repayments) untuk
pinjaman PTPTN setelah berakhirnya moratorium pembayaran pinjaman pada
bulan September 2020. Apakah kos kewangan kepada Kerajaan akibat
moratorium pembayaran pinjaman PTPTN selama 6 bulan ini.

7. PR-1432-L09074
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan tentang isu penangguhan bayaran hutang oleh
Institusi bukan bank seperti Aeon Kredit dan lain lagi di mana pada dasarnya
pihak Kerajaan telah menyatakan penangguhan boleh dibuat dalam tempoh 6
bulan. Walau bagaimanapun situasi semasa melihatkan pihak institusi
kewangan menuntut agar hutang-hutang tersebut dibayar dan kelewatan
membayar hutang tersebut akan menyebabkan kenaikan kadar faedah.

8. PR-1432-L10058
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan berhubungkait dengan, bilakah Kementerian hendak
membentangkan rang undang-undang berhubungkait dengan kes pemandu
memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian, apakah
Kerajaan akan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah-
pesalah tersebut dan bagaimana Kerajaan hendak memastikan pemandu tidak
memandu dalam keadaan mabuk.

9. PR-1432-L09649
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan kanak-kanak
pemohon suaka dan pelarian Rohingya serta dari negara lain turut mendapat
akses kepada sistem pendidikan yang berkualiti dan konsisten.

10. PR-1432-L09268
Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah lesen pengeksport durian sejuk
beku khususnya jenama "Musang King" dan adakah cadangan meluluskan
lebih banyak bilangan lesen pengeksport untuk mengelakkan sesetengah pihak
bermonopoli pasaran ini.

11. PR-1432-L09928
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :-
(a) apakah perancangan Kementerian bagi merancakkan semula
pelancongan di Malaysia kembali pulih ekoran Perintah
Kawalan Pergerakan wabak COVID-19; dan
218 AUM DR 3/8/2020

(b) adakah Kementerian bercadang untuk meneruskan program


Tahun Melawat Malaysia pada tahun akan datang.

12. PR-1432-L09980
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah keseluruhan pakej-pakej ransangan ekonomi yang
diumumkan ketika menghadapi pendemik COVID-19 dan status terkini pakej-
pakej ransangan tersebut.

13. PR-1432-L09697
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
menguatkuasakan hukuman mati dan denda terhadap pemandu mabuk yang
menyebabkan kematian serta pesalah juga hendaklah membayar ‘bayaran
khas’ kepada keluarga mangsa.

14. PR-1432-L09606
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) perancangan Kementerian membuka semula sekolah secara
berselang seminggu sebagaimana di Singapura,
memandangkan kecenderungan kanak-kanak menyebarkan
COVID-19 adalah kurang berbanding dewasa; dan

(b) perancangan memperkemas sistem pengajaran dalam talian


apabila menurut laporan Kementerian seramai 40% pelajar
Malaysia tidak memiliki alat elektronik.

15. PR-1432-L09715
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sejauh mana usaha yang telah
diambil bagi mengekang sebarang aktiviti laman sosial yang mempromosikan
kelakuan songsang LGBT dan budaya pornografi.

16. PR-1432-L09103
Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apa rancangan
Kementerian untuk melindungi dan mengurus Kompleks Hutan Ulu Muda.
Dalam usaha melindungi kepelbagaian biologi dan khazanah hutan Malaysia,
pihak berkuasa persekutuan dan negeri mesti bekerjasama serta berganding
bahu. Mengapa pihak berkuasa persekutuan melengah-lengahkan usaha
Pemindahan Fiskal Ekologi (Ecological Fiscal Transfer) kepada pihak berkuasa
negeri yang sedang giat melakukan program memulihara dan memelihara
sumber alam semula jadinya.
AUM DR 3/8/2020 219

17. PR-1432-L09729
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah terdapat sebarang perubahan yang
akan berlaku terhadap jajaran baru ECRL seperti yang telah diumumkan oleh
Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu.

18. PR-1432-L08883
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
untuk menjelaskan prinsip-prinsip asas yang diperjuangkan oleh Kementerian
dalam merangka perundangan menentang diskriminasi gender dan
bagaimanakah kerangka perundangan baru ini boleh menjadi lebih berkesan
berbanding dengan proses mahkamah.

19. PR-1432-L08959
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI
DAN BUDAYA menyatakan selain Skim Pembiayaan Pelancongan Jana
Semula Ekonomi Negara (Penjana), apakah perancangan dan peruntukan
tambahan yang bakal disalurkan kepada sektor pelancongan yang banyak
terjejas dalam menghadapi pasca COVID-19. Apakah pecahan pengagihan
serta mekanisme pelaksanaannya.

20. PR-1432-L09760
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
untuk memberi penjelasan berkenaan pelantikan anggota Parlimen Parit, Mohd
Nizar Zakaria sebagai pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (LPPKN) yang baru.

21. PR-1432-L09079
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan senarai semua bon Kerajaan yang diterbitkan dan jumlah aset
Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan yang telah dijual sejak 1 Mac 2020
hingga kini.

22. PR-1432-L09775
Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan satu kajian telah dibuat secara terperinci bahawa tidak sesuai dan
efektif untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Adakah pihak Kementerian akan sekali lagi membuat kajian yang sama bila
ura-ura untuk melaksanakan semula pengajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris.
220 AUM DR 3/8/2020

23. PR-1432-L09531
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah langkah strategik
pihak Kementerian dalam memastikan kelangsungan industri pelancongan
negara dan sejauh manakah bantuan khusus kepada pengusaha dan
pemegang taruh sektor ini dapat disalurkan kesan pandemik COVID-19.

24. PR-1432-L09369
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah status terkini pelaksanaan Program Sarapan Percuma untuk murid-
murid sekolah termasuk jumlah murid dan sekolah yang mendapat faedah
daripada program ini dan bilakah program ini akan diperluaskan secara
menyeluruh.

25. PR-1432-L09473
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan ringkasan Belanjawan 2020 yang diunjur semula
merangkumi Pendapatan, Belanja Operasi, Belanja Pembangunan,
Lebihan/Defisit Keseluruhan, KDNK (nominal), dan Peratusan Defisit
Keseluruhan, berikutan wabak COVID-19 dan pakej rangsangan serta
perbandingannya dengan Belanjawan 2020 asal yang telah diluluskan.

26. PR-1432-L09027
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan kesan pakej pemulihan dan rangsangan
ekonomi akibat COVID-19 terhadap imbangan dagangan, eksport negara,
defisit fiskal, inflasi dan kehilangan pekerjaan.

27. PR-1432-L08813
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan mengapa konsesi syarikat penghasilan
benih padi subsidi dipanjangkan sedangkan tender baru telah dibuka dan
adakah syarikat baru dibenarkan masuk tender ataupun semestinya kuota
tertentu wajib diberi kepada GLC.

28. PR-1432-L08759
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi
menyesuaikan jadual persekolahan supaya sesi persekolahan murid boleh
berjalan lancar dan apakah usaha yang dilaksanakan bagi menangani masalah
keciciran waktu belajar akibat wabak COVID-19.
AUM DR 3/8/2020 221

29. PR-1432-L09101
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan statistik bilangan hotel
yang terpaksa ditutup akibat COVID-19 dan apakah perancangan bagi
mengelakkan lebih ramai pengusaha hotel atau pusat pelancongan gulung
tikar.

30. PR-1432-L08976
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan
perancangan pembangunan pertanian khasnya untuk estet atau jelapang padi
di Batang Lupar secara moden, komersial dan skala besar.

31. PR-1432-L08760
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kementerian ingin membantu
golongan graduan untuk terlibat dalam pertanian moden seperti tanaman
fertigasi, nanoteknologi dan kaedah moden yang lain seperti hidroponik.
Dengan cara ini, sekali gus membantu golongan pelajar mendapatkan
pendapatan dan membekalkan bekalan makanan kepada masyarakat
setempat.

32. PR-1432-L09394
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang cadangan penubuhan
cawangan sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam berteraskan pertanian,
penternakan dan perikanan di Parlimen Jerlun.

33. PR-1432-L09500
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan apakah strategi Kementerian untuk menggalakkan
perniagaan dan pelajaran digital untuk seluruh negara khususnya selepas
wabak COVID-19 di kawasan dalam dan luar bandar.

34. PR-1432-L08876
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan usaha dan dasar Kerajaan untuk menjamin
keselamatan makanan sepanjang pandemik COVID-19.
222 AUM DR 3/8/2020

35. PR-1432-L09034
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan langkah
Kementerian menjelang tamatnya monopoli import beras yang kini dikuasai
BERNAS.

36. PR-1432-L09302
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) apakah justifikasi, kriteria dan faktor dalam pengahihan
spektrum 5G kepada 5 syarikat sepertimana yang diarahkan
oleh Menteri pada 15 Mei 2020; dan

(b) mengapakah arahan itu ditarik balik dan dibatalkan pada 3 Jun
2020.

37. PR-1432-L08904
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
butiran bantuan bakul makanan JKM semasa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) termasuk mekanisme pelantikan pembekal, amaun kontrak, senarai
barangan dan sebab bakul makanan yang dijanjikan tidak sampai kepada Ahli
Parlimen kawasan pembangkang serta senarai penyelaras yang telah
mengedarkan bakul makanan.

38. PR-1432-L09793
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
jumlah murid berkeperluan khas, jumlah guru pendidikan khas dan rancangan
untuk menambah bilangan guru pendidikan khas.

39. PR-1432-L09081
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan sama ada pelajar di luar negara tajaan Kerajaan atau syarikat
berkaitan Kerajaan akan diminta menyambung pengajian di dalam negara
terutama pelajar di negara yang masih terjejas dengan perintah kawalan
berkurung atau pergerakan kerana COVID-19 serta mereka yang pernah
dikesan positif COVID-19.
AUM DR 3/8/2020 223

40. PR-1432-L09577
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan status bagi program Sarapan Percuma (PSP) 2020
untuk Sekolah Rendah bagi sesi 2020 ini memandangkan sepanjang Tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKPB dan PKPP tiada sesi persekolahan
dijalankan. Nyatakan langkah pihak Kementerian yang telah diambil dalam
membantu pelajar-pelajar di luar bandar sepanjang tempoh PKP kerana
dimaklumkan bahawa tugasan sekolah anak-anak ini diberi melalui digital
(whatsapp, telegram) dan perlu menggunakan internet. Bagaimana dengan
nasib anak- anak yang tiada kemudahan peranti mudah alih serta kemudahan
internet sehingga menyebabkan mereka keciciran berbanding rakan-rakan
mereka di bandar.

41. PR-1432-L09109
Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan kos keseluruhan LRT3 serta status
pembinaan kini, masa projek dijangka siap dan anggaran pelanggan yang akan
menggunakan perkhidmatan ini.

42. PR-1432-L09123
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah dan inisiatif Kementerian dalam
memastikan rakyat berhak mendapat maklumat dan berita yang tidak berat
sebelah dengan kebebasan media.

43. PR-1432-L09151
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan sama ada pembayaran balik GST (refund) yang
tertangguh telah selesai. Sekiranya tidak, apakah kekangan yang wujud
melambatkan proses ini.

44. PR-1432-L08825
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah status terkini pelaksanaan projek bina baru bangunan
sekolah dan penempatan semula pelajar-pelajar SK St. Theresa, Serian.

45. PR-1432-L09377
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan tentang cadangan membina eskalator di
stesen KTM Batu Gajah. Apakah cadangan untuk menaik taraf dan menambah
baik kemudahan-kemudahan lain termasuk sistem parkir yang menimbulkan
rasa tidak senang hati di kalangan pelanggan stesen tersebut.
224 AUM DR 3/8/2020

46. PR-1432-L08833
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PELANCONGAN,
SENI DAN BUDAYA menyatakan berikutan pandemik COVID-19 menular
seluruh negara dan global tatkala negara sedang melaksanakan program
Tahun Melawat Malaysia 2020, apakah usaha yang dibuat oleh Kementerian
untuk menghidupkan semula program TMM 2020 terutama untuk membantu
pengusaha-pengusaha hotel dan agensi pelancongan.

47. PR-1432-L09885
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI TENAGA
DAN SUMBER ASLI menyatakan mengapa berlaku peningkatan drastik
terhadap cas penggunaan elektrik sepanjang tempoh PKP dan mengapa tidak
dibuka satu ruangan untuk dimuat naik imej bacaan meter elektrik melalui
aplikasi myTNB bagi mengatasi masalah “tiada pekerja dibenarkan bekerja di
lapangan” sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP.

48. PR-1432-L09573
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah rancangan
kerajaan untuk memulihkan sektor pelancongan secara terperinci dan berikan
bagaimanakah pakej penjana RM1billion dapat membantu sektor pelancongan
termasuk pengusaha inap depa “homestay” dan para artisan (seperti
pengusaha kraf). Serta nyatakan juga apakah strategi Kementerian dalam
membangunkan semula pelancongan domestik tanpa bergantung harap
kepada kepada pelancong dari negara luar.

49. PR-1432-L09961
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah Kementerian
mempunyai kriteria khusus kelulusan pendidikan dalam menentukan pemilihan
juruhebah radio swasta memandangkan mutu penyampaian segelintir mereka
yang tidak membawa kepada pembinaan minda yang positif dan terpelajar.

50. PR-1432-L09817
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan perancangan dari sudut
sumber manusia, sumber teknologi dan automasi (automation) bagi Dasar
Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) dan Dasar Agromakanan Negara (2011-
2020) memandangkan pengeluaran makanan harus dipertingkatkan bagi
memastikan jaminan keselamatan makanan menjelang tahun 2050 tercapai.
AUM DR 3/8/2020 225

51. PR-1432-L09383
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan tentang status bebas cukai Pulau Pangkor. Apakah
rancangan masa hadapan. Adakah status bebas cukai Pulau Pangkor
diselaraskan dengan Pulau Langkawi dari segi harga dan jenis barangan yang
disenaraikan.

52. PR-1432-L08817
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha untuk
memperbanyakkan pakar isyarat yang boleh berkhidmat untuk golongan OKU
pekak .

53. PR-1432-L08871
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan adakah kakitangan Lebuh Raya Borneo Utara akan diambil alih
oleh Jabatan Kerja Raya.

54. PR-1432-L09476
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
pendirian Kementerian berhubung program i-Suri yang dilancarkan pada Ogos
2019, dan bilakah fasa kedua – sumbangan Kerajaan RM10 sebulan melalui
caruman PERKESO kepada yang layak – dan fasa ketiga – sumbangan
sukarela suami sebanyak 2% gaji ke akaun KWSP isteri – akan dilancarkan.

55. PR-1432-L08887
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) jumlah pemohon dari kaum Dayak yang berjaya memasuki
Institut Pendidikan Guru (IPG) di Sarawak pada tahun ini ; dan

(b) bagaimanakah merit justifikasi yang didasarkan dalam


pemilihan guru pelatih.

56. PR-1432-L09787
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apakah status bantuan bayaran utiliti tambahan yang juga merangkumi
pembentungan sebanyak RM12 juta kepada sekolah bantuan Kerajaan.
226 AUM DR 3/8/2020

57. PR-1432-L09433
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan tentang status permohonan perkhidmatan talian
telefon untuk kampung/rumah panjang seperti Kampong Long Apu, Long
Spigen, Long Palai dan lain-lain di kawasan Parlimen Baram.

58. PR-1432-L09546
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan status terkini pencapaian Jawatankuasa Kabinet
Pemerkasaan TVET dan adakah Kementerian ini akan diberi kepercayaan
menerajui usaha bersepadu rentas Kementerian.

59. PR-1432-L09535
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah langkah-langkah dan usaha yang pihak Kementerian
Pendidikan telah dan bakal laksanakan dalam menjayakan agenda
pemerkasaan ekonomi Bumiputera dalam sektor pendidikan khususnya dalam
konteks Wawasan Kemakmuran Bersama yang diperkenalkan oleh Kerajaan
sebelum ini.

60. PR-1432-L08810
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan menjelaskan apakah langkah-langkah pelaburan
strategik yang telah diambil oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
untuk memastikan setiap tahun KWSP boleh memberi dividen yang tinggi
melebihi 6% kepada para pencarum yang terdiri daripada kaum pekerja.

61. PR-1432-L09607
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan bilangan pekerja sepenuh masa yang berkerja sebagai
penghantar kurier atau makanan dengan motosikal persendirian melalui
platform digital (Grab, Food Panda dan sebagainya) dan apakah dasar
Kerajaan mengawal selia industri baru ini agar keselamatan dan hak golongan
pekerja tersebut dilindung dengan baik..

**********************
227

HARI SELASA, 4 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 15

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09641
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan usaha-usaha yang dilakukan Kerajaan bagi merealisasikan syor
Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam yang pernah dibentuk oleh Majlis
Raja-Raja selepas Mei 2018.

2. PR-1432-L09404
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan semua pusat kuarantin, kontraktor swasta yang terlibat dalam
penyediaan makanan dan perkhidmatan lain (nyatakan setiap satu), tempoh
dan kos kontrak setiap satunya.

3. PR-1432-L09486
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah usaha yang
dilakukan oleh Kementerian sebagai peneraju bidang teknologi dan inovasi
negara dalam mempercepat proses digitalisasi (digitalization) perkhidmatan
Kerajaan.

4. PR-1432-L08828
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan status pembinaan Projek Klinik Kesihatan Kelas 3 di Bahagian
Serian, Sarawak.

5. PR-1432-L09735
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah
langkah tambahan yang diambil oleh pihak Kementerian bagi memastikan
harga komoditi sawit dan getah berada pada tahap yang baik untuk rakyat dan
adakah terdapat sebarang perancangan untuk menetapkan harga lantai bagi
komoditi utama ini.
228 AUM DR 4/8/2020

6. PR-1432-L08989
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan bilakah agaknya pembayaran ‘one off payment’ yang telah
dijanjikan akan dilaksanakan kepada anggota tentera yang telah menerima
Pingat Jasa Malaysia (PJM).

7. PR-1432-L09665
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah cadangan pindaan hukuman terhadap
pemandu mabuk mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan
pelan secara komprehensif dalam mengawal penjualan arak secara terbuka.

8. PR-1432-L09536
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan tapak yang telah diluluskan untuk membina PDF Lynas.
Adakah DEIA telah dilakukan, berapa keluasan tanah yang akan digadaikan,
'buffer zone' dan bilakah kawasan ini boleh digunakan semula untuk aktiviti
pembangunan.

9. PR-1432-L09704
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat mempercepat proses
pendakwaan terhadap pesalah kes Allahyarham Adib.

10. PR-1432-L10017
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan bilangan doktor yang bekerja bersama dengan
Kementerian Kesiahatan Malaysia dan berapa nisbah doktor dan penduduk
Malaysia. Adakah Malaysia merancang untuk menambah bilangan doktor
sesuai dengan saranan nisbah Pertubuhan Kesihatan Anatarabangsa atau
World Health Organization (WHO) yang menyarankan 1 doktor setiap 500
penduduk. Sekiranya ya, apakah perancangan Kementerian agar nisbah 1:500
ini dapat dicapai. Seterusnya, maklumat yang sama diberikan bagi doktor
pergigian dan ahli farmasi dari segi nisbah dan langkah yang akan diambil.

11. PR-1432-L09219
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah pembaharuan-pembaharuan yang akan dilakukan
Kerajaan ke arah Reformasi Parlimen dan bilakah Akta Perkhidmatan Parlimen
akan diperkenalkan semula bagi menjadikan institusi Parlimen bebas membuat
lantikan, menentukan skim gaji dan mempunyai bajet sendiri supaya dapat
merangka keperluan.
AUM DR 4/8/2020 229

12. PR-1432-L09279
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan
sama ada Kerajaan akan menyemak atau mengekal kerangka Dasar Luar
Negeri 2019, hubungan dengan China, Jepun dan Amerika Syarikat.

13. PR-1432-L09397
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) apakah komitmen Kerajaan terhadap penggubalan Rang
Undang-undang Pembiayaan Dana Politik untuk mengawal
selia sumbangan politik bagi mengelakkan berlakunya rasuah;
dan

(b) apakah maklum balas serta cadangan yang telah diterima oleh
Kerajaan berkenaan penggubalan rang undang-undang ini.

14. PR-1432-L08947
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan sebab Kerajaan untuk meneruskan projek
pembinaan laluan monorel yang sebelum ini ditangguhkan selama 25 tahun
dan adakah Kerajaan sudah menjalankan penilaian dan kajian analisis biaya
dan manfaat bagi projek ini.

15. PR-1432-L09550
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan pendapatan tahunan, elaun mesyuarat dan kemudahan
yang diterima termasuklah kepada semua duta-duta bertaraf Menteri bagi
setiap perjawatan yang dilantik di bawah kuasa Perdana Menteri. Mohon
PERDANA MENTERI nyatakan adakah Kerajaan Pakatan Nasional akan
melaksanakan Pengisytiharan Harta di kalangan Jemaah Menteri kerajaan
sekarang.

16. PR-1432-L08776
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan memberi penjelasan terhadap tindakan Muhammad Zamri Vinoth
Kalimuthu yang acap kali mengkritik agama lain terutamanya agama Hindu.
Seseorang yang telah memeluk agama Islam yang suci sepenuh hati tidak
akan menghina agama lain. Ini mencerminkan keperibadian beliau yang belum
mendalami Islam sepenuhnya. Mengapakah Kerajaan masih teragak-agak
untuk mengambil tindakan ke atas orang yang kurang siuman seperti ini.
230 AUM DR 4/8/2020

17. PR-1432-L09385
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan tentang usaha-usaha Kerajaan untuk memupuk
perpaduan di kalangan anak-anak muda. Apakah tindakan yang diambil oleh
Kerajaan terhadap mereka yang sengaja mengangkat isu-isu perkauman dan
agama yang sensitif melalui media sosial dengan tujuan memecahbelahkan
rakyat.

18. PR-1432-L09688
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah peranan dan usaha yang
dilaksanakan oleh MOSTI ketika negara berhadapan dengan ancaman wabak
COVID-19.

19. PR-1432-L09720
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan penjelasan setakat mana sumbangan wang zakat dan
baitulmal digunakan untuk membantu golongan terkesan sepanjang Perintah
Kawalan Pergerakan.

20. PR-1432-L09979
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah perancangan Kerajaan dalam membangunkan kawasan-kawasan di
Menumbok hingga ke Pekan Kuala Penyu. Tidakkah Menteri merasakan
kawasan ini patut dibangunkan sebagai kawasan perindustrian berasaskan
eksport dan menggunakan pelabuhan Labuan untuk penghantaran ke pasaran
di luar negara.

21. PR-1432-L10039
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah sumbangan yang telah dilakukan oleh institusi zakat
dalam menangani COVID-19 dan apakah Kerajaan berhasrat untuk
menubuhkan satu perbadanan zakat negara dalam memastikan kutipan dan
agihan zakat lebih seragam.

22. PR-1432-L09678
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk membuka semula siasatan kes
rasuah melibatkan bekas Menteri Kewangan di dalam urusan jual beli banglo
yang telah ditarik balik pendakwaan ketika pentadbiran Kerajaan Pakatan
Harapan.
AUM DR 4/8/2020 231

23. PR-1432-L09917
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan kematian dalam lokap, penjara serta ketika dalam
tahanan imigresen dan SPRM mengikut pecahan kewarganegaraan, etnik,
jantina, umur dan negeri yang terkini. Apakah langkah-langkah pencegahan
yang akan dan sedang diambil untuk memastikan tiada lagi kematian dalam
lokap, penjara dan tahanan imigresen dan SPRM serta apakah status
pemasangan litar CCTV dalam lokap, lokap mahkamah dan pintu masuk
Imigresen dalam Belanjawan 2020 yang berjumlah RM73 juta serta status
penggunaan kamera badan atau “body camera” untuk anggota penguat kuasa.

24. PR-1432-L09022
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan 10 perancangan utama secara terperinci untuk
meningkatkan pendapatan Bumiputera serta menambahkan bilangan
masyarakat kelas menengah merentasi pelbagai kaum. Apakah contoh-contoh
perancangan RMKe-12 yang akan mengukuhkan ekonomi Bumiputera.

25. PR-1432-L09918
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-
(a) apakah kunci utama kejayaan Kementerian dalam menangani
isu wabak COVID-19 yang semakin berkurangan sehingga
Malaysia dijadikan contoh terbaik di seluruh dunia; dan

(b) apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh kementerian dalam


menemui vaksin untuk merawat pesakit wabak COVID-19.

26. PR-1432-L09779
Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan perkembangan pelaksanaan Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan
Penyatupaduan Malaysia di bawah Majlis Konsultasi Perpaduan Negara
(MKPN) yang dilancarkan pada Oktober 2018 lalu.

27. PR-1432-L09025
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan sudahkah semua anggota jemaah menteri
dan ahli-ahli "backbenchers" mengistiharkan harta. Jika belum bila akan
dilakukan.
232 AUM DR 4/8/2020

28. PR-1432-L09494
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan alasan-alasan atas mana Riza Shahriz Abdul Aziz dilepas tanpa
dibebaskan daripada pertuduhan pengubahan wang haram dan sekiranya ada,
apakah persetujuan berkenaan wang-wang terlibat dalam kes tersebut dan
status pelaksanaan persetujuan itu setakat sekarang.

29. PR-1432-L09804
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan jumlah Ahli Parlimen yang telah
mengisytihar harta setakat hari ini dan adakah Kerajaan bercadang memuat
naik perisytiharan harta ke dalam laman sesawang Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia seperti yang diamalkan dahulu.

30. PR-1432-L09403
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan kos, vendor/pemaju, agensi yang bertanggungjawab dan
perbezaan fungsi aplikasi MyTrace, MySejahtera, dan Gerak Malaysia.
Nyatakan keperluan untuk mewujudkan 3 aplikasi berbeza.

31. PR-1432-L09201
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berkenaan pelan Kerajaan dan SPR untuk membolehkan
pengundi Sarawak yang tinggal/bekerja di Semenanjung Malaysia mengundi
sebagai “postal voter” dalam pilihan raya yang akan datang.

32. PR-1432-L09462
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapa keuntungan Tabung Haji bagi tahun 2018, 2019
dan unjuran keuntungan bagi tahun 2020. Adakah Kerajaan mempunyai hasrat
untuk menubuhkan sebarang Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat
urusniaga-urusniaga yang telah dijalankan oleh Kerajaan Malaysia.

33. PR-1432-L09845
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah status terkini untuk membina satu makmal ujian yang baru
di Sandakan seperti yang diumumkan pada 14 April 2020 oleh Kementerian
sebagai salah satu daripada usaha untuk meningkatkan kemampuan
melakukan ujian COVID-19.
AUM DR 4/8/2020 233

34. PR-1432-L08855
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
untuk menghalang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat daripada melompat parti
dan untuk memelihara integriti, moral dan kesetiaannya, bilakah Kerajaan akan
menggubal undang-undang anti-lompat parti bagi memastikan wakil rakyat
yang keluar parti perlu mengosongkan kerusi yang dimenanginya secara
automatik.

35. PR-1432-L09312
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang memperkenalkan Rang
Undang-Undang Anti Lompat Parti untuk mencegah gejala lompat parti.
Sekiranya tidak, apakah pertimbangan Kerajaan dan bagaimana
menyelesaikan isu lompat parti.

36. PR-1432-L10001
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sebab-sebab pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK)
ditangguhkan dari bulan Ogos sehingga ke tahun depan dan sejauh manakah
permasalahan fiskal menjadi punca kepada penangguhan tersebut selain
daripada penularan wabak COVID-19 dan penyusunan semula Kementerian.

37. PR-1432-L09880
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah Pejabat Peguam Negara akan mengadakan garis
panduan kepada anggota kehakiman untuk menyelaraskan hukuman terhadap
kes-kes jenayah, supaya kes berat tidak dijatuhkan hukuman terlalu ringan
manakala kes kecil dijatuhkan hukuman berat dan menjejaskan imej
kehakiman Malaysia.

38. PR-1432-L09977
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
bilakah Surau Nurul Islam di Bandar Labuan akan dinaik taraf dan dibesarkan
kapasitinya memandangkan ia selalu penuh dan sesak terutamanya pada hari
Jumaat dan selalu digunakan oleh penumpang-penumpang dari Terminal Feri
dan bot antarabangsa Labuan.

39. PR-1432-L08966
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
sebab dan jumlah kos yang terlibat ekoran kelewatan pelaksanaan projek multi
blok Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Perincikan perkembangan projek
berkaitan sehingga kini dan nyatakan juga projek-projek naik taraf hospital-
hospital di Pulau Pinang sehingga tahun 2023. Perincikan tempoh
pelaksanaannya.
234 AUM DR 4/8/2020

40. PR-1432-L09937
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah justifikasi pelantikan ahli pengarah badan berkanun dan
GLC yang bersifat politik secara meleluasa di bawah pemerintahan PN.
Senaraikan nama-nama lantikan daripada ahli-ahli parti politik dan skim gaji
mereka.

41. PR-1432-L08994
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah kayu ukur yang diguna pakai kepada Ahli–ahli Parlimen
penyokong Kerajaan yang dipilih mengetuai syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)
berbanding bekas pengerusi-pengerusi GLC yang dipilih pada masa Kerajaan
Pakatan Harapan.

42. PR-1432-L09789
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk membatalkan proses
penstrukturan semula dan pemulihan Tabung Haji (TH) yang melibatkan
pemindahan aset-aset TH yang tidak berdaya saing (non-performing asset)
bernilai RM19. 9 bilion ke syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Urus
Harta Jamaah Sdn Bhd (UHJB).

43. PR-1432-L09541
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan secara terperinci syarat-syarat yang telah ditetapkan
untuk pelanjutan lesen operasi Lynas selama tiga tahun bermula Mac 2020.

44. PR-1432-L08905
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan usaha-usaha yang telah dilakukan sejak Mei 2018 untuk
memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kelemahan
perundangan dan infrastruktur sedia ada, bilangan laporan yang diterima
berbanding kes yang telah diambil tindakan dan sebab-sebab kes yang gagal
disiasat atau diambil tindakan.

45. PR-1432-L09276
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
bagaimanakah polisi tender terbuka terpakai di setiap Kementerian dan
bagaimanakah polisi ini dilaksanakan. Adakah polisi rundingan terus masih
dilaksanakan di mana-mana Kementerian dan jika ya, mengapa.
AUM DR 4/8/2020 235

46. PR-1432-L09754
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan akan memberi komitmen untuk meningkatkan peruntukan
Parlimen dengan sekurang-kurangnya 20% daripada peruntukan semasa untuk
membolehkan kesemua jawatankuasa pilihan khas mempunyai sumber daya
yang mencukupi untuk meningkatkan keberkesanannya.

47. PR-1432-L08851
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan cadangan menjadikan kawasan China Town
Pusat Bandaraya Kuala Lumpur sebagai kota warisan dan terpelihara dari
kemasukan warga asing baik untuk kediaman dan perniagaan mereka.

48. PR-1432-L09235
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan cadangan untuk
menyerapkan guru-guru KAFA kepada jawatan tetap seperti yang telah diusul
dan diusahakan sebelum ini.

49. PR-1432-L09799
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan :-
(a) apakah status penghantaran helikopter MD530G dan apakah
status pembayaran kepada pihak kontraktor; dan

(b) status pembinaan Kapal Littoral Combat Ship dan berapakah


kos tambahan yang bakal dibayar Kerajaan berbanding
dengan kos asal yang terkandung di dalam kontrak.

50. PR-1432-L09029
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan senarai terkini nama-nama Ahli Parlimen
yang dilantik sebagai pengerusi GLC dan jumlah elaun atau terimaan dan
kemudahan-kemudahan yang setiap mereka peroleh.

51. PR-1432-L09007
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah perancangan strategik dalam menggerakkan kembali
ekonomi negara pada Pasca COVID-19.
236 AUM DR 4/8/2020

52. PR-1432-L09346
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan status terkini penyakit tibi (tuberculosis) di Sarawak dan di seluruh
Malaysia dan berapa jumlah kematian yang disebabkan oleh "tuberculosis"
serta apakah langkah yang lebih drastik diambil oleh Kementerian untuk
mengatasi penyakit tibi.

53. PR-1432-L09248
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah cadangan ‘electoral reform’ yang sudah pun melalui
beberapa proses perbincangan akan dilaksanakan sebelum PRU15 dan
apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memperkasakan lagi Dewan
Negara yang kini dilihat hanya sebagai 'rubber stamp'.

54. PR-1432-L08906
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah fungsi, bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Tugas-Tugas Khas) ini, agensi Kerajaan yang ditempatkan di bawah
penyeliaan dan pemantauan beliau dan pencapaian 100 hari beliau dilantik.

55. PR-1432-L08867
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan akan melupuskan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) atau
penyusunan semula pemilikan.

56. PR-1432-L09172
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan Kerajaan telah berbincang dengan Suruhanjaya Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tentang penempatan pelarian
Rohingya ke negara lain. Adakah isu Rohingya ini akan menjejaskan hubungan
Malaysia dengan Myanmar dan Bangladesh.

57. PR-1432-L09043
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
status terkini kes timbang tara (arbitration) ad hoc berkenaan tuntutan wilayah
ke atas negeri Sabah yang difailkan oleh waris Sultan Sulu terhadap Malaysia
di Sepanyol.

58. PR-1432-L09859
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
menyatakan di dalam ikhtiar untuk membantu pekebun-pekebun kecil komoditi,
adakah Kementerian berhasrat untuk melaksanakan subsidi berasaskan
‘output’ iaitu ganjaran mengikut prestasi berbanding subsidi ‘input’.
AUM DR 4/8/2020 237

59. PR-1432-L09894
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan pelan Kerajaan bagi membantu golongan B40 yang hilang punca
pendapatan dan tidak mampu membayar sewa rumah atau sewa pejabat
disebabkan oleh PKP. Apakah langkah-langkah akan diambil oleh Kerajaan
supaya penghuni rumah sewa dan pejabat tidak dihalau dengan serta merta.

60. PR-1432-L09459
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
status projek Masjid Pagoh dalam Kawasan Parlimen Pagoh selepas suntikan
tambahan sebanyak RM3 juta yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan
pada tahun lepas.

61. PR-1432-L09129
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
langkah-langkah Kerajaan untuk membantu remaja yang baru menamatkan
pengajian dan mereka yang kehilangan pekerjaan akibat dari wabak COVID-
19.

62. PR-1432-L09229
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan apakah status penyiasatan kes pembunuhan
anggota bomba bernama Muhammad Adib Mohd Kassim dan kenapa tiada
sebarang pertuduhan dibuat terhadap mana-mana suspek yang terlibat
walaupun Kerajaan Perikatan Nasional telah mentadbir Kerajaan selama
beberapa bulan ini.

63. PR-1432-L09745
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan akan meminda Akta Pembangunan Petroleum agar Petronas
bertanggungjawab sepenuhnya kepada Parlimen dan untuk mengekang kuasa
Perdana Menteri yang berlebihan.

64. PR-1432-L08808
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilakah Kerajaan akan membentangkan di Parlimen Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk
dipinda atau dimansuhkan memandangkan terdapat dua (2) Kes Mahkamah
Tinggi yang hakim-hakim membuat dua (2) keputusan berbeza dalam soal
kebenaran tertuduh untuk diikat jamin.

**********************
238

HARI RABU, 5 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 16

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L08767
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan adakah pihak Kementerian telah berpuas hati bahawa pihak
majikan telah mematuhi sepenuhnya segala arahan yang dikeluarkan oleh
Kerajaan sewaktu penularan wabak COVID-19 agar tiada pekerja
diberhentikan atau diminta untuk bercuti tanpa gaji.

2. PR-1432-L10030
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan perkembangan
terkini pembangunan industri kereta terbang dan adakah ianya masih
diteruskan di bawah MEDAC.

3. PR-1432-L09332
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan apakah perancangan untuk membantu lebih dari 500 orang
bekas pekerja Lebuh Raya Borneo Utara (LBU) yang telah kehilangan
pekerjaan selepas Kementerian mengambil alih Projek Pan Borneo di Sarawak
pada 20hb Februari 2020.

4. PR-1432-L08821
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan penyelesaian atau pampasan kepada majikan yang telah
membuat segala bayaran levi dan fee bagi program ‘re-hiring’ melalui MYEG
tetapi telah di batal disebabkan hentian kontrak oleh Kerajaan dan adakah kes
yang masih dalam proses ketika itu boleh diberi kelonggaran untuk
sambungkan pas lawatan kerja berkenaan.

5. PR-1432-L09142
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan adakah Kementerian ada melaksanakan pemantauan dan
penguatkuasaan terhadap peniaga atas talian yang menjual barangan cetak
rompak melalui platform jualan atas talian dan juga di media sosial.
AUM DR 5/8/2020 239

6. PR-1432-L08924
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan situasi pekerjaan belia ketika penularan wabak COVID-
19. Apakah inisiatif Kerajaan bagi membantu belia yang terjejas akibat
pandemik COVID-19 terutamanya isu pekerjaan.

7. PR-1432-L09358
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan adakah Kerajaan telah mengkaji sepenuhnya undang-
undang berkaitan muflis dan pihak Kerajaan akan meminda undang-undang
tersebut bagi memudahkan mereka yang diisytihar muflis dapat menyelesaikan
hutang mereka lebih mudah agar status kebankrapan tidak berkekalan
sepanjang hayat.

8. PR-1432-L09422
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
status terkini dan jangkaan tarikh siap Lebuh Raya Pinggiran Pantai Barat yang
sedang berjalan lancar untuk pakej di antara Teluk Intan dan Taiping.

9. PR-1432-L09807
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian
dalam membantu pekerja yang telah diberhentikan kerja ekoran kemerosotan
perniagaan semenjak pandemik COVID-19.

10. PR-1432-L09191
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah sumbangan
dan pemberi sumbangan kepada program dan aktiviti Dasar Komuniti Negara
(DKN), senarai rakan-rakan strategik atau NGO yang menerima sumbangan
tersebut serta jumlah dana yang telah diterima dan dibelanjakan oleh
Penggerak Komuniti Negara.

11. PR-1432-L09709
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah rasionalnya diwujudkan Kementerian
khusus yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar dan air dan apakah
objektif dan fokus utama Kementerian ini.
240 AUM DR 5/8/2020

12. PR-1432-L09158
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN
AIR menyatakan strategi Kementerian untuk memastikan bahawa peningkatan
penggunaan bahan-bahan plastik pakai buang akibat dari pandemik COVID-19
ini tidak akan memudaratkan alam sekitar.

13. PR-1432-L08802
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah dan usaha telah diambil untuk
membaik pulih bangunan KEMAS daerah Sipitang yang berkeadaan amat daif
pada masa ini.

14. PR-1432-L09084
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan senarai barang
makanan import yang terjejas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dan apakah kesan dari segi jumlah bekalan dan harga jualannya.

15. PR-1432-L09654
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan penjelasan kepada isu pemilikan kad pengenalan palsu
dan jumlah yang telah dikesan dari operasi besar-besaran yang dijalankan dan
apakah langkah-langkah keselamatan untuk masa akan datang.

16. PR-1432-L10029
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan peranan agensi
PROTEGE dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan khususnya kepada
para graduan pasca COVID-19.

17. PR-1432-L09564
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan sejauh manakah tahap keberkesanan mekanisma Ops
Benteng yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah sindiket penyeludupan
pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pemerdagangan manusia dan adakah
terdapat tangkapan yang telah dibuat terhadap pegawai dan anggota
penguatkuasa yang terlibat dengan aktiviti ini.
AUM DR 5/8/2020 241

18. PR-1432-L08874
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan sama ada Kerajaan bersedia untuk mengurangkan bilangan
pekerja asing memandangkan kadar pengangguran telah meningkat akibat
pandemik COVID-19.

19. PR-1432-L09694
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan :-
(a) apakah perancangan Kerajaan bagi menaiktaraf dan
menambahkan lagi fasiliti sukan di Parlimen Kimanis; dan

(b) apakah usaha-usaha untuk membangunkan ”e-sport” bagi


generasi muda untuk negara.

20. PR-1432-L09243
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan :-
(a) kos membina serta proses yang dilalui untuk mewujudkan
tapak pelupusan kekal bagi sisa WLP kilang Lynas (PDF) serta
garis masa yang ditetapkan oleh pihak Kementerian; dan

(b) pohon diberikan juga koordinat lokasi tapak PDF tersebut.

21. PR-1432-L09528
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan :-
(a) apakah inisiatif Kerajaan dalam usaha mengurangkan kadar
guna tenaga asing yang mendominasi sektor pembuatan dan
pembinaan negara; dan

(b) sejauh manakah usaha Kerajaan berjaya mengurangkan kadar


pengangguran warga tempatan yang kehilangan pekerjaan
akibat COVID-19. .

22. PR-1432-L09348
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan statistik kes-kes Macau scam, love scam, phone scam, face mask
scam, dan online scam yang lain di Sibu sejak tahun 2010 hingga 2020 dan
apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian untuk menangani kes-
kes tersebut serta berapakah jumlah kes yang telah berjaya dibawa dan
dijatuhkan hukuman di mahkamah.
242 AUM DR 5/8/2020

23. PR-1432-L09071
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan pencerahan berkenaan
dengan isu mayat kanak-kanak yang ditinggalkan bersama bapanya di tepi
jalan yang berlaku di Gua Musang. Menurut kenyataan Pengarah JAKOA pada
tarikh 27 Disember 2019, “siasatan terperinci kejadian lelaki itu yang dilaporkan
ditinggalkan oleh pemandu kontraktor di simpang Pos Blau, dijangka selesai
dalam tempoh dua minggu”. Apakah perkembangan terbaru berkenaan kes
tersebut dan apakah hasil siasatan yang dikeluarkan oleh pihak JAKOA.

24. PR-1432-L09308
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan :-
(a) menjelaskan sektor-sektor ekonomi yang akan dimanfaatkan
dengan menempatkan dan melatih calon-calon berhubung
dengan inisiatif ‘Place and Train’ yang diperkenalkan oleh
KWPSM / HRDF. Apakah kriteria yang diambil kira dalam
menentukan kelayakan sektor-sektor ekonomi berkenaan; dan

(b) jumlah peruntukan kos latihan untuk setiap sektor yang telah
dikenal pasti. Apakah kaedah latihan yang akan dijalankan.

25. PR-1432-L09667
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan mekanisme yang digunakan untuk mengelakkan
majikan terus mengambil pekerja asing secara tidak sah pasca COVID-19 ini.

26. PR-1432-L09318
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan Mengikut jangkaan Malaysian Employers
Federation (MEF) , kadar pengangguran di Malaysia akan meningkat secara
mendadak pada akhir tahun 2020 dan angka “retrenchment” dijangka
meningkat dua kali ganda. Apakah langkah-langkah pencegahan yang akan
dilaksanakan oleh Kementerian untuk membantu pekerja-pekerja yang
diberhentikan oleh majikan-majikan.

27. PR-1432-L09293
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan statistik terkini bilangan aduan golongan pekerja
terhadap syarikat atau majikan mereka yang mengambil kesempatan dan gagal
mematuhi garis panduan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) bermula 18 Mac lalu mengikut jenis kesalahan.
AUM DR 5/8/2020 243

28. PR-1432-L09456
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
tindakan ke atas pemimpin UMNO yang menyebarkan berita palsu bahawa
anak saya ditahan di Lapangan Antarabangsa Singapura dengan wang tunai
RM2 juta dan saya sendiri terbang ke Singapura untuk menyelamatkan anak
saya pada bulan Februari yang lalu.

29. PR-1432-L09726
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan berapa jumlah terkini warga asing yang berada di depoh
tahanan sementara dan apakah kekangan yang dihadapi oleh pihak
Kementerian dalam urusan penghantaran pulang warga asing ini.

30. PR-1432-L09051
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan langkah- langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi
menyelesaikan isu pendatang asing tanpa izin (undocumented migrants) di
negeri Sabah.

31. PR-1432-L09555
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan statistik terkini individu yang kehilangan pekerjaan
dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan statistik
laporan pekerja terhadap majikan yang gagal mematuhi syarat penerima dana
program Pengekalan Pekerja (ERP) serta apakah tindakan yang diambil oleh
Kementerian bagi mengatasi masalah ini.

32. PR-1432-L08858
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan punca tangga pasport Malaysia paling berkuasa di dunia jatuh ke
tangga 13 pada tahun 2020.

33. PR-1432-L09062
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan usaha Kementerian bagi membantu dan membimbing
usahawan muda yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan golongan
muda yang ingin memulakan perniagaan ketika penularan wabak COVID-19.
244 AUM DR 5/8/2020

34. PR-1432-L09085
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan apakah status terkini Projek Jalan Ulu Tomani Tenom,
Sabah, adakah masih diteruskan. Jika ya adakah masih diteruskan oleh
kontraktor yang dipilih secara tender terbuka semasa Kerajaan PH. Jika tidak,
mengapa.

35. PR-1432-L09249
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan landskap terkini perniagaan dalam talian ketika situasi pandemik
COVID-19 dan apakah langkah Kementerian bagi membantu peniaga beralih
dari model perniagaan fizikal ke platform digital untuk meneruskan
kelangsungan perniagaan mereka.

36. PR-1432-L09373
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa jumlah peruntukan daripada
Kerajaan Persekutuan kepada Kampung Baru di seluruh negara dan apakah
mekanisme kategori pengagihan peruntukan ini.

37. PR-1432-L09239
Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan status progress, Milstone dan Time frame projek Lebuh Raya
Spine Rod di Parlimen Raub.

38. PR-1432-L08984
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL
PENGGUNA menyatakan bagaimanakah pihak Kementerian dapat
memastikan tiada kenaikan harga barangan keperluan asas berlaku di
peringkat rantaian pengeluar, pengilang, pemborong atau peruncit yang
seterusnya membebankan pengguna terutamanya dalam situasi negara dan
dunia berdepan dengan pandemik covid 19.

39. PR-1432-L09596
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan :-
(a) rancangan Kementerian memberi status Taman Negeri
kepada Ulu Muda demi memelihara sumber air 4.09 juta
penduduk Zon Utara daripada impak pembalakan tidak
terkawal; dan

(b) inisiatif Kementerian membantu implikasi yang terpaksa


dihadapi oleh Kerajaan negeri seperti bayaran ganti rugi.
AUM DR 5/8/2020 245

40. PR-1432-L09001
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan sebab Lebuh Raya Pan Borneo dibina menurut piawaian
JKR R3 berbanding piawaian JKR R5 seperti lebuh raya di Semenanjung
Malaysia dan sejauh manakah penularan wabak COVID-19 memberi kesan
terhadap pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

41. PR-1432-L08942
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status pembeli-pembeli rumah terawal
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang telah mengalami kerugian
kewangan akibat pelancaran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang
dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 2019. Selanjutnya, adakah Kementerian
berhasrat mempertimbangkan memberi pampasan kepada pembeli-pembeli
rumah terawal PR1MA ini .

42. PR-1432-L09134
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
status penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC)
dan sama ada anggota polis yang bertugas diwajibkan untuk memasang
kamera video jenis “bodycam”.

43. PR-1432-L08845
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada tempat pelupusan sampah di
Teluk Mengkudu, daerah Manjung, Perak telah menepati semua piawaian dan
kalau tidak, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk ia ditambah baik
bagi mematuhi semua piawaian yang berkenaan.

44. PR-1432-L09840
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan kenapa Kerajaan tidak melaksanakan cadangan seperti yang
disajikan dalam Report of The Commission of Enquiry On Immigrants InSabah
untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin dan anak-anak tanpa
kewarganegaraan di Sabah tetapi sebaliknya merancang untuk mengeluarkan
lebih banyak IMM13 .

45. PR-1432-L09820
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang sedang dan akan diambil
Kerajaan untuk memastikan kebajikan anggota Polis Diraja Malaysia bukan
sahaja terjamin malah bertambah baik.
246 AUM DR 5/8/2020

46. PR-1432-L08938
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah golongan pelarian dan pemohon suaka atau
pelarian yang berdaftar dengan UNHCR dalam tahanan imigresen.

47. PR-1432-L08964
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian memberi
insentif kepada Kerajaan Negeri yang melaksanakan pengurusan sisa kepada
tenaga, jika tidak mengapa. Adakah Pusat sedia membenarkan Kerajaan
Negeri yang ingin terima pakai Akta 372 berkenaan pengurusan sisa, bagi
melantik kontraktor mereka masing-masing.

48. PR-1432-L10013
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan akan mengaktifkan kuasa
Force Majeure untuk memberi 'Lanjutan Tempoh Kontrak'kepada projek-
projek Kerajaan Persekutuan yang terhenti akibat PKP sepertimana baru-baru
ini Kerajan Negeri Johor telah mengumumkan pemberian 56 hari tempoh
Lanjutan Kontrak kerana projek-projek telah terhenti akibat COVID-19 dan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

49. PR-1432-L09349
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah status
pelaksanaan Projek Rumah Mesra Rakyat dibawah SPNB bagi tahun 2019 dan
2020 bagi Parlimen Sibuti.

50. PR-1432-L09618
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah Pihak Berkuasa
Tempatan menguruskan sisa pepejal mengunakan kaedah yang lebih mesra
alam dan ‘Green Technology’ mengikut kesesuaian setiap negeri
memandangkan sistem pelupusan sampah yang tidak teratur boleh
memberikan impak yang besar kepada rakyat setempat.

51. PR-1432-L08728
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sekiranya
Kementerian bercadang untuk menetapkan kemudahan bank seperti BSN dan
Bank Rakyat di Sg. Asap dan Belaga.

**********************
247

HARI KHAMIS, 6 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 17

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09813
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah usaha-usaha
yang sedang dan akan dibuat oleh Kementerian dalam membantu
meningkatkan pendapatan golongan nelayan, petani dan penternak.

2. PR-1432-L09609
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan dari manakah sumber dana untuk memberikan
subsidi dengan memberikan diskaun penggunaan elektrik yang diumumkan
dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) mengikut
kategori penggunaan bulanan dan apakah kesan kepada Tenaga Nasional
Berhad (TNB) apabila penggunaan elektrik dalam segmen domestik, segmen
komersial dan indstri sepanjang tempoh PKP dan PKPB.

3. PR-1432-L09739
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan perancangan dan pelan tindakan terperinci bagi
menghadapi kemungkinan berlaku peningkatan kelompok tercicir dalam
menguasai pendidikan pasca COVID-19.

4. PR-1432-L09152
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk
melaksanakan pemantauan terhadap kenderaan lebih muatan yang
merosakkan jalan dan berbahaya kepada pengguna jalan yang lain seperti
konsep “weigh-in-motion” di jalan-jalan yang telah dikenalpasti.

5. PR-1432-L09044
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan status pelaksanaan inisiatif Pelan Gantian Optik
dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) untuk menambah baik kelajuan
perkhidmatan jalur lebar sedia ada, termasuk menyediakan sistem asas bagi
rangkaian baharu 5G.
248 AUM DR 6/8/2020

6. PR-1432-L09835
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan sama ada moratorium bayaran balik pinjaman
institusi kewangan akan dilanjutkan selepas Oktober, 2020 dan sekiranya tidak,
apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu
pengguna mengharungi tempoh pasca moratorium tersebut.

7. PR-1432-L09620
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN
BUDAYA menyatakan jumlah projek untuk menaik taraf di kaki Gunung Jerai
sebagai salah satu pusat pelancongan yang menjadi tumpuan negara.

8. PR-1432-L08919
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
jumlah Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal yang berdaftar dengan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat ini. Daripada itu, berapakah
mereka yang layak menerima bantuan secara ‘one-of ’ sebanyak RM300.

9. PR-1432-L09869
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah perancangan pihak PTPTN dalam
membantu peminjam menstrukturkan bayaran balik pasca pandemik COVID-19
dalam langkah membantu meringankan beban kewangan mereka.

10. PR-1432-L09006
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan perincian perbelanjaan yang digunakan untuk Pakej-Pakej
Bantuan Prihatin Nasional semasa menangani COVID-19.

11. PR-1432-L09926
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah
Kementerian bercadang untuk meningkatkan taraf liputan internet bagi
kawasan-kawasan luar bandar khususnya di Sabah.

12. PR-1432-L09769
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sama ada dalam perjanjian penyelesaian antara 1MDB dan IPIC
pada tahun 2017, segala obligasi pembayaran pokok dan faedah pinjaman bon
sebanyak US$3.5 bilion akan ditanggung oleh Kerajaan Malaysia. Adakah
tuntutan untuk membatalkan perjanjian tersebut di mahkamah London akan
diteruskan.
AUM DR 6/8/2020 249

13. PR-1432-L09551
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah mekanisme
dan langkah konstruktif yang dirangka bagi meningkatkan sekuriti makanan
dalam negara agar sentiasa bersedia bagi menghadapi kejutan krisis seperti
wabak pandemik, peperangan dan kemarau disamping mengurangkan
kebergantungan terhadap import makanan agar negara berupaya mencapat
tahap kemandirian bekalan makanan.

14. PR-1432-L09856
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang
diambil oleh pihak Kementerian untuk menangani lambakan graduan
menganggur akibat sektor pekerjaan yang terjejas oleh wabak pandemik
COVID-19.

15. PR-1432-L08967
Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan secara terperinci mengenai perkembangan projek sekolah daif di
Sarawak. Berapa jumlah sekolah daif sudah di baik pulih atau dibina
menggunakan bajet kontra RM1 bilion yang dipersetujui Kerajaan Negeri
Sarawak dan Kerajaan Pusat setakat ini. Nyatakan secara terperinci sekolah
terbabit dan kos yang terlibat bagi setiap sekolah berkenaan.

16. PR-1432-L09590
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kementerian bercadang
untuk memberi kebebasan kepada pesawah memilih input penanaman padi
mereka.

17. PR-1432-L09656
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan penjelasan rungutan rakyat
terhadap isu bil TNB daripada Mac 2020 sehingga Mei 2020 dan apakah
langkah membantu rakyat terhadap isu ini.

18. PR-1432-L08875
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
bilangan pekerja yang penerima wang tunai serta jumlah wang yang disalurkan
untuk mengatasi impak ekonomi pandemik COVID-19.
250 AUM DR 6/8/2020

19. PR-1432-L09701
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
jumlah perceraian melalui perkahwinan bawah umur dan peratus mengikut
negeri.

20. PR-1432-L09934
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah kaedah yang akan diambil oleh Kementerian untuk
membantu murid-murid yang tidak ada internet accessibility di rumah mereka
menjalankan e-learning.

21. PR-1432-L09717
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan status rancangan pembinaan Kolej Komuniti
Bachok yang telah dirasmikan pada tahun 2018.

22. PR-1432-L08998
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bertindak menstrukturkan semula
dana yang telah diperuntukkan kepada Kementerian-kementerian pada tahun
ini berikutan penularan wabak COVID-19. Jika ya, nyatakan jumlah dana yang
distrukturkan semula untuk setiap Kementerian-kementerian yang terlibat.

23. PR-1432-L09797
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
sama ada KPM telah menerima laporan Pasukan Petugas Dasar Sijil
Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) berhubung peperiksaan itu. Sekiranya
tidak, bila Menteri Pendidikan akan berjumpa dengan PPDUEC.

24. PR-1432-L09323
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah peruntukan pinjaman faedah
rendah Agrofood dalam pakej rangsangan 1 (27 Februari 2020), pakej
rangsangan 2 (27 Mac 2020) dan pakej rangsangan 3 (5 Jun 2020). Apakah
syarat-syarat meminjam dan nyatakan sebab-sebab sesetengah pengusaha
mengadu tabung sudah kehabisan.
AUM DR 6/8/2020 251

25. PR-1432-L09313
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI TENAGA
DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah aduan berkaitan peningkatan bil
elektrik selepas menjalankan semula bacaan meter selepas Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Apakah punca bil elektrik terlalu tinggi dan bagaimana
Kementerian menjelaskan kaedah pengiraan penggunaan elektrik kepada
rakyat.

26. PR-1432-L09464
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian bersedia meneruskan
inisiatif untuk meminda undang-undang berkaitan pemandu mabuk
sebagaimana yang telah diluluskan oleh Kabinet pada akhir tahun 2019.

27. PR-1432-L09099
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah langkah yang
diambil bagi meningkatkan penanaman, pengeluaran serta penggunaan herba
sama ada untuk kegunaan dalam negara atau untuk eksport.

28. PR-1432-L08853
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) jumlah nilai wang kertas bank atau nota bank (bank notes)
telah dikeluarkan dan diedarkan oleh Bank Negara atau dalam
rekod Bank Negara setakat akhir tahun 2019; dan

(b) jumlah nilai wang kertas atau nota bank dalam pasaran atau
terapung di pasaran dan dalam simpanan di negara ini .

29. PR-1432-L09581
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
sama ada Kementerian menyalurkan bantuan kepada golongan Orang Kurang
Upaya (OKU) yang banyak menyertai dalam perkhidmatan urutan dan
refleksologi di mana mereka kehilangan sumber pendapatan kerana tidak
dibenarkan beroperasi sepanjang pandemik COVID-19 ini.

30. PR-1432-L09600
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan apakah perkembangan terbaru Projek Rel Pantai Timur (ECRL)
Seksyen C dari Temerloh ke Pelabuhan Kelang, sama ada skim keretapi
Seksyen C tersebut telah mendapat kelulusan muktamad daripada
Kementerian di bawah peruntukan Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam
Darat dan apakah jajaran ECRL Seksyen C akan berubah.
252 AUM DR 6/8/2020

31. PR-1432-L09753
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan menerangkan sekiranya kontrak 1Bestarinet akan
disambung walaupun ianya telah menyebabkan kerugian beratusan juta Ringgit
Malaysia ke atas Kementerian Pendidikan.

32. PR-1432-L08864
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
apabila Kerajaan melaksanakan Batalion 10 PGA di tapak seluas 321 ekar di
Sg. Paoh, Sarikei yang akan meningkatkan jumlah pelajar yang sangat besar di
SK Sg. Paoh dan SMK Sg. Paoh, adakah Kementerian akan mengambil
pertimbangan terhadap pembangunan sekolah-sekolah tersebut.

33. PR-1432-L09426
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan tentang impak pembelajaran atas talian untuk para
pelajar :-
(a) apakah maklum balas pelajar dan cikgu dalam pelaksanaan
kelas atas talian. Adakah kelas dijalankan dengan efektif dan
adakah cikgu-cikgu dapat mengawasi prestasi pelajar ; dan

(b) apakah langkah yang boleh diambil oleh Kementerian untuk


membantu golongan pelajar yang tidak mampu menghadiri
kelas atas talian .

34. PR-1432-L08743
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan statistik permohonan serta kelulusan / kegagalan permohonan
untuk Bantuan Prihatin Nasional yang dijanjikan kepada mereka yang layak
memandangkan terdapat rungutan rakyat kerana gagal mendapat bantuan
tersebut.

35. PR-1432-L08814
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sehingga tahun 2019, sebanyak 7.6 juta pendaftaran perniagaan
dan 22 ribu pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad, berapa individu di antara
mereka tidak berdaftar dengan LHDN dan berapa yang telah berdaftar serta
jumlah cukai yang telah dikutip.

36. PR-1432-L09438
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan tentang gaji kehidupan wajar (living wage) :-
(a) apakah data kajian Bank Negara atau agensi Kerajaan lain
kadar gaji kehidupan wajar mengikut geografi di Malaysia; dan
AUM DR 6/8/2020 253

(b) adakah Kerajaan bersedia menimbang bayaran berbentuk


elaun bagi memastikan penjawat awam menerima pendapatan
setara dengan gaji kehidupan wajar di Lembah Klang.

37. PR-1432-L09182
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan sama ada Majlis Media Malaysia (MMM)
mempunyai kuasa untuk ambil tindakan terhadap media yang tidak mematuhi
kod etika atau prinsip kewartawanan seperti menerbitkan berita palsu.

38. PR-1432-L09772
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan dasar terkini Kerajaan terhadap bayaran balik pinjaman
PTPTN, termasuk had pengecualian pembayaran balik pinjaman dan status
terkini kutipan PTPTN.

39. PR-1432-L09111
Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah-langkah yang
diambil oleh Kementerian dalam proses konservasi biodiversiti pokok-pokok
hutan asli daripada ancaman kepupusan serta nyatakan jumlah liputan hutan
simpan kekal di seluruh negara.

40. PR-1432-L09344
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan adakah rancangan untuk membina baru sekolah SK
Sebayang yang terletak di kawasan Sebayang, Tanjong Manis dan telah
diluluskan peruntukan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu.

41. PR-1432-L09877
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah inisiatif Kementerian bagi memberdaya skil
penggunaan komputer dari peringkat sekolah rendah, menengah sedangkan
kebanyakan kelas komputer di sekolah tidak berfungsi dengan baik dan sistem
operasi dan perisian komputer terlalu lama.

42. PR-1432-L10040
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah usaha-usaha
Kerajaan menangani isu kemerosotan pelancong kesan daripada COVID-19.
254 AUM DR 6/8/2020

43. PR-1432-L08782
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan perancangan untuk Kementerian membina
bangunan asrama di SMK Libaran demi kesejahteraan pelajar di sekolah itu.

44. PR-1432-L09421
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN
BUDAYA menyatakan jumlah peruntukan yang telah diperuntukkan dalam
usaha mempromosikan pelancongan tempatan pada tahun ini.

45. PR-1432-L09424
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan jumlah penumpang ETS dari Taiping ke Kuala Lumpur dan
rancangan untuk meningkat tahap perkhidmatan perjalanan ETS dari Taiping
ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.

46. PR-1432-L09907
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) apakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi
masalah rangkaian dalam talian jalur lebar dan telefon di
kawasan luar bandar; dan

(b) apakah pendekatan Kementerian dalam menangani isu


penggunaan telefon pintar dan internet di kalangan remaja
yang selalu menimbulkan isu-isu viral seperti penyebaran
berita palsu di media sosial.

**********************
255

HARI ISNIN, 10 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 18

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09898
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan kos keseluruhan dalam menangani saringan COVID-19 daripada
Februari hingga masa kini dan berapa peruntukan yang disediakan untuk
menghadapi "second wave infections", kes-kes pesakit yang "asymptomatic"
dan mutasi Coronavirus.

2. PR-1432-L09552
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah
langkah proaktif yang dirangka oleh Kementerian bagi memastikan tahap
keyakinan pelabur asing dan domestik kekal tinggi untuk terus menjadikan
Malaysia sebagai destinasi pelaburan pasca COVID-19.

3. PR-1432-L08975
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan adakah usaha untuk mewujudkan
jawatankuasa khas bagi meneruskan perbincangan untuk mendapatkan
penyelesaian komersial dalam tuntutan hak minyak dan gas Sarawak.

4. PR-1432-L09149
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan status penyemakan dan penyusunan semula
Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta adakah RMK-12 masih
disejajarkan dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030)
dengan mengambil kira kesan pandemik COVID-19.

5. PR-1432-L09699
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah usaha
yang komprehensif untuk meluaskan lagi penggunaan getah sebagai elemen
utama dalam pembinaan jalan raya dan adakah penggunaan getah ini dapat
meningkatkan harga getah yang terlalu lesu sekarang.
256 AUM DR 10/8/2020

6. PR-1432-L09598
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan perancangan Kementerian menjaga kebajikan para
doktor di Malaysia setelah wabak COVID-19 berjaya dibendung,
memandangkan setakat ini lebih 3,000 doktor bakal dikecualikan daripada
kontrak tetap bersama Kementerian, dan doktor yang diserap masuk pula bakal
mendapat gaji yang lebih rendah.

7. PR-1432-L09712
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
LUAR NEGERI menyatakan rancangan menggesa badan-badan dunia
khususnya OIC bagi menghalang rancangan pengilhakan (annexation) Israel
ke atas Tebing Barat.

8. PR-1432-L09613
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sejauh manakah keberkesanan
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) ini membantu dalam
menjadikan teknologi asas pemulihan ekonomi pasca COVID-19 bagi golongan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

9. PR-1432-L09443
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan pelan tindakan terkini Kementerian memastikan
Wabak COVID-19 sentiasa dalam keadaan yang terkawal dan persediaan
Kementerian menghadapi gelombang kedua COVID-19 sekiranya berlaku.

10. PR-1432-L10014
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berikutan
dengan tanda-tanda pemulihan perdagangan terjejas sebelum ini akibat
COVID-19, apakah langkah-langkah yang diambil bagi menangani penurunan
import minyak sawit oleh India dari Malaysia; dan tindakan yang diambil bagi
memulihkan eksport kelapa sawit ke India; serta untuk meyakinkan India
mengimport minyak sawit Malaysia seperti sedia kala.

11. PR-1432-L09685
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah jenis sumbangan daripada agensi di bawah Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk program Musaadah COVID-19
serta golongan-golongan sasar yang terlibat.
AUM DR 10/8/2020 257

12. PR-1432-L09814
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan semua projek Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur yang diluluskan secara rundingan langsung (direct negotiation)
dan bukan secara tender terbuka, termasuk nilai, kawasan Parlimen dan nama-
nama syarikat yang mendapat projek-projek tersebut, bermula 1 Mac 2020.

13. PR-1432-L09675
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh mana
perancangan Kementerian untuk memajukan industri hiliran bagi meningkatkan
sosio-ekonomi rakyat dan sumber perolehan negara.

14. PR-1432-L09096
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sejauh mana kejayaan Projek Koridor Wilayah yang
diperkenalkan sebelum ini serta apakah impaknya secara khusus kepada
ekonomi negara serta pembangunan masyarakat.

15. PR-1432-L09634
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status
Pusat Kanser Wilayah Utara yang terkini adakah masih dikekalkan tapaknya di
Sungai Petani.

16. PR-1432-L09265
Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan langkah-langkah yang berkesan menangani kemerosotan ekonomi
negara akibat daripada serangan wabak COVID-19 sejak bulan Mac 2020 yang
lalu.

17. PR-1432-L09220
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk mewujudkan Jawatankuasa
Pilihan Bersama Bagi Pembaharuan Perundangan dengan Ahli-ahli Parlimen
dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan meletakkan Suruhanjaya
Pembaharuan Perundangan (Law Reform Commission) yang bakal
diperkenalkan di bawah seliaan Jawatankuasa tersebut.

18. PR-1432-L09060
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan feasibility untuk menyediakan pemeriksaan ‘pap smear’ kepada
kaum wanita yang layak PeKa B40.
258 AUM DR 10/8/2020

19. PR-1432-L09674
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan perkembangan siasatan kes kematian Allahyarham Muhammad
Adib Mohd Kassim, seorang anggota bomba yang terkorban ketika
menjalankan tugas pada tahun 2018.

20. PR-1432-L09755
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status
penyiasatan SPRM terhadap tuduhan yang dibuat pada bulan Mac 2020,
mengenai penyalahgunaan kuasa dalam Projek Laluan Rel Pantai Timur
(ECRL) yang dilancarkan semula.

21. PR-1432-L09533
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) bagi menyiasat isu penjualan aset Tabung Haji kepada Urusharta
Jemaah Sdn. Bhd. (UJSB) iaitu empat buah hotel Tabung Haji (TH) di Kota
Kinabalu, Bayan Lepas, Alor Setar dan Kuala Terengganu pada harga RM9.63
bilion.

22. PR-1432-L09028
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan status terkini tuntutan bayaran cukai jualan
(sales tax) Kerajaan Sarawak ke atas Petronas.

23. PR-1432-L09902
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk
menaik taraf Hospital Bintulu. Jika ya, bilakah perlaksanaan
dimulakan; dan

(b) apakah status permohonan dan perancangan Kementerian


untuk menambah tempat letak kereta di Hospital Bintulu
memandangkan Hospital Bintulu menerima ramai pesakit
termasuk Tatau dan Belaga.

24. PR-1432-L09800
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk memastikan kebajikan pekerja
dalam sektor ekonomi gig tidak ditindas oleh majikan atau syarikat pengendali
aplikasi.
AUM DR 10/8/2020 259

25. PR-1432-L09146
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal kewangan
Lembaga Tabung Haji.

26. PR-1432-L08997
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan jumlah permohonan keseluruhan dan jumlah individu
yang berjaya menerima Bantuan Prihatin Nasional dan jumlah Perusahaan
Kecil Sederhana (PKS) yang menerima Geran Khas Prihatin di negeri
Sarawak.

27. PR-1432-L08894
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk
menubuhkan kerangka perundangan atau pentadbiran bagi menangani isu
kebanjiran pekerja warga asing yang masuk ke dalam negara.

28. PR-1432-L09053
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh mana sektor ekonomi terkesan akibat penularan wabak
COVID-19 dan langkah yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menangani
masalah yang wujud dalam sektor-sektor tersebut.

29. PR-1432-L10051
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI
SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan dasar Net Energy Metering
(NEM) telah dikaji semula oleh Menteri MESSTEC pada 1 Januari 2019 di
mana penggunaan teknologi ini dapat mengurangkan harga jual-beli elektrik
pengguna dengan cara menjana dan menggunakan elektrik melalui solar
panel. Namun, penggunaan dasar NEM ini dibahagikan mengikut kuota iaitu
penggunaan domestik dan bukan domestik. Sehubungan itu, apakah hala tuju
Kementerian dalam memastikan kepentingan Kerajaan Negeri terpelihara
dalam pemberian kuota Large Scale Solar melalui kuota Negeri.

30. PR-1432-L09822
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada rakaman audio yang mirip Perdana Menteri
di mana Perdana Menteri dikatakan menggalakkan kegiatan lompat parti yang
telahpun menjadi tular baru-baru ini sememangnya adalah Perdana Menteri.
260 AUM DR 10/8/2020

31. PR-1432-L09155
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan strategi untuk memulihkan ekonomi negara selepas pandemik
COVID-19. Berapakah anggaran kesan kerugian negara berpunca dari
pandemik ini.

32. PR-1432-L10020
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan berapa jumlah doktor pelatih yang telah tidak
disambung kontrak mereka setelah kontrak perkhidmatan mereka tamat.
Seterusnya, diminta pihak Kementerian untuk memperincikan kaedah penilaian
kepada doktor-doktor pelatih sebelum diserap secara tetap ke dalam
Kementerian.

33. PR-1432-L08819
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah perkembangan terkini atas pindaan direktif 23 Majlis Keselamatan
Negara berkenaan hak orang pelarian dan pemohon suaka di Malaysia serta isi
kandungan yang dicadangkan.

34. PR-1432-L09076
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan menyatakan bilakah pendaftaran pengundi secara automatik dan
penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun. Apakah langkah Kerajaan
untuk segera melaksanakannya.

35. PR-1432-L09342
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) jumlah hutang negara dan liabiliti sebenar Kerajaan terkini dan
jumlah anggaran hasil pendapatan negara pada tahun 2020;
dan

(b) langkah-langkah untuk memulihkan ekonomi serta


meningkatkan hasil pendapatan negara susulan impak wabak
COVID-19.

36. PR-1432-L09530
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan :-
(a) sama ada tapak pelupusan sisa radioaktif (PDF) Asian Rare
Earth di Banjaran Kledang telah retak; dan
AUM DR 10/8/2020 261

(b) wang rakyat digunakan untuk membayar kos pemantauan dan


penyelenggaraan. Nyatakan jumlah yang telah dibelanjakan
setakat ini dan berapa tahun lagi PDF ini akan dipantau.

37. PR-1432-L08764
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
sejauh manakah tindakan yang telah diambil bagi membincangkan isu tuntutan
Perjanjian Malaysia antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan
Sarawak dan bilakah perbincangan ini dijangka tamat.

38. PR-1432-L08933
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bagaimanakah pihak Kerajaan dapat membantu pekebun-
pekebun kecil bagi membentuk kumpulan ekonomi yang memberi impak besar
kepada pembangunan negara.

39. PR-1432-L09767
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan langkah untuk memastikan
pihak bertanggungjawab ke atas penyelewengan 1MDB dan SRC International
diambil tindakan. Adakah segala wang dan aset yang berpunca daripada
skandal tersebut akan dirampas dan dikembalikan kepada Kerajaan.

40. PR-1432-L09940
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah wanita mengikut etnik, umur dan negeri yang telah
berdaftar perniagaan dengan SSM, jenis perniagaan, bilangan yang mendapat
pinjaman mikro-kredit dan sumber pinjaman, perniagaan yang dorman dan aktif
serta senaraikan semua bantuan kewangan, geran dan sokongan bagi
golongan wanita dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan mereka selepas
COVID-19. Adakah Kerajaan akan menerapkan polisi “gender inclusiveness”
yang digunakan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang dan “gender responsive
budgeting” dalam perangkaan polisi dan belanjawan bagi golongan wanita.

41. PR-1432-L09969
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI
LUAR NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan mengenai dasar luar Malaysia
terhadap isu kemanusiaan di Kashmir yang semakin kusut sejak COVID-19
melanda.
262 AUM DR 10/8/2020

42. PR-1432-L10012
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan status pelaksanaan program "Peka B40" yang
dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini sama ada diteruskan
atau tidak. Jika ya, apakah tahap keberkesanan skim ini dan jumlah orang yang
merupakan golongan berpendapatan rendah yang telah layak di seluruh
Malaysia telah mendapat manfaat daripada skim ini.

43. PR-1432-L08795
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah Kerajaan mempunyai cadangan untuk membina
mahkamah di Sipitang atau menempatkan Penasihat Undang-undang atau
Timbalan Pendakwa Raya bagi mengendalikan banyak kes-kes jenayah dari
daerah Sipitang, Beaufort dan Labuan bagi menggantikan Mahkamah Litar
yang beroperasi secara berkala pada masa ini.

44. PR-1432-L09132
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan berhasrat untuk menggubal akta khusus bagi menangani isu
kebencian agama dan kaum serta diskriminasi bagi menyekat polemik
kebencian yang semakin meruncing.

45. PR-1432-L09075
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah sebenar kehilangan pendapatan petroleum sepanjang
tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga sebelum
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

46. PR-1432-L09467
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan langkah-langkah meningkatkan ekonomi Bumiputera
khususnya yang semakin ramai menganggur dan hilang tanpa menyalahkan
bangsa lain.

47. PR-1432-L09826
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
sama ada Kerajaan baru akan meneruskan pembentangan Rang Undang-
Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) serta
memansuh atau meminda Akta Hasutan 1948.
AUM DR 10/8/2020 263

48. PR-1432-L09936
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan mengiktiraf keputusan Mahkamah
Tinggi bahawa Sabah dan Sarawak boleh membuat undang-undang bagi
mengenakan cukai jualan bagi hasil petroleum di bawah Perkara 95B(3)
Perlembagaan Persekutuan? Apakah kesan pengiktirafan tersebut kepada
Petronas sehingga CEO pun letak jawatan.

49. PR-1432-L09171
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah sebab bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Wan
Zulkiflee Wan Ariffin meletak jawatan. Adakah ianya ada kaitan dengan
rancangan untuk meminda Akta Pembangunan Petroleum.

50. PR-1432-L09461
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapa peruntukan kepada sekolah agama, tahfiz dan
pondok secara perbandingan pada tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020.

51. PR-1432-L09834
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan status siasatan terhadap dakwaan seorang Hakim
Mahkamah Rayuan bahawa telahpun berlakunya campur tangan kehakiman di
dalam kes rayuan bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor mendiang Karpal Singh
dan sama ada pertuduhan akan dibuat ke atas mana-mana pihak berdasarkan
dakwaan tersebut.

52. PR-1432-L09316
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan perkembangan pendaftaran pengundi secara automatik
dan penguatkuasaan usia kelayakan mengundi 18 tahun. Apakah kekangan
yang dihadapi oleh Kerajaan bagi mempercepatkan pelaksanaan kedua-dua
perkara ini.

53. PR-1432-L09919
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun didalam pusat
tahanan ‘Henry Gurney’ dan tahanan imigresen secara
terperinci mengikut lokasi pusat tahanan dan tahanan
imigresen serta pecahan kewarnegaraan mereka ; dan
264 AUM DR 10/8/2020

(b) apakah langkah-langkah yang sedang diambil oleh


Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan
Wanita Keluarga dan Masyarakat untuk menangani isu kanak-
kanak dalam tahanan imigresen, termasuk status
implementasi projek Alternatif to Detention (ATD) yang telah
dipersetujui oleh Menteri KPWKM dan Menteri KDN.

54. PR-1432-L09904
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan :-
(a) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk
menambah mesin hemodialysis khas untuk Pesakit Hepatitis B
di Hospital Bintulu kerana terdapat pesakit Bintulu diminta
untuk menerima rawatan hemodialysis di luar Bahagian Bintulu
atas sebab kekurangan mesin hemodialysis; dan

(b) apakah perancangan Kementerian untuk meningkatkan mutu


perkhidmatan Poliklinik Bintulu kerana didapati prosedur dan
masa menunggu untuk menerima rawatan agak panjang
termasuk berurusan dengan farmasi untuk mengambil ubat.

**********************
265

HARI SELASA, 11 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 19

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09626
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan tindakan yang diambil secara tidak langsung impak
negatif COVID-19 terhadap alam sekitar terutama peningkatan penggunaan
plastik domestik.

2. PR-1432-L09852
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan masalah
yang dihadapi oleh penduduk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat
COVID-19 dan apakah bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan.

3. PR-1432-L08757
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah langkah-langkah alternatif
oleh pihak Kementerian bagi golongan peniaga yang gagal meneruskan
perniagaan akibat COVID-19 dan apakah program mitigasi untuk mengelakkan
mereka daripada terputus pendapatan akibat menganggur.

4. PR-1432-L09960
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan mengapa kempen-kempen antidadah dilihat
begitu lesu berbanding usaha Kerajaan pada tahun 1980an yang agresif di
media-media mahupun di sekolah-sekolah.
266 AUM DR 11/8/2020

5. PR-1432-L08748
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pekerja terutamanya
pekerja tempatan yang diberhentikan atau ‘retrenched’ oleh sektor swasta
khususnya pekerja industri bagi tempoh 2018, 2019 dan terkini 2020 termasuk
semasa pandemik COVID-19 dan nyatakan setakat manakah Sistem Insurans
Pekerjaan (EIS) dapat membantu golongan ini untuk mendapat pekerjaan serta
apakah langkah Kerajaan bagi membantu golongan pekerja rakyat negara ini
yang terpaksa diberhentikan dan kehilangan pekerjaan ini untuk terus menyara
kehidupan mereka dan keluarga.

6. PR-1432-L09396
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan langkah-langkah mencergaskan
semula aktiviti sukan dan rekreasi :-
(a) Malaysia sedang membuat persiapan atlit ke Sukan Olimpik.
Bagaimana dengan latihan bakat muda atlit negara; dan

(b) kesan pandemik COVID-19 ke atas sukan-sukan bertaraf


antarabangsa. Adakah sukan ternama, khususnya Iron Man
Langkawi, Langkawi Regatta, Triathlon dan Duathlon akan
diteruskan pasca COVID-19.

7. PR-1432-L09095
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah perancangan yang
telah dibuat berkaitan Skim Perumahan Generasi Kedua melibatkan anak-anak
peserta dan peneroka serta sejauh mana kejayaan yang telah dicapai sehingga
kini.

8. PR-1432-L09610
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan projek yang telah dilaksanakan serta perbelanjaan yang
diperuntukkan di bawah RMK-11 (2016 -2020) untuk tujuan meningkatkan
keselamatan jalan raya dan untuk RMK-12 yang akan datang sejauh manakah
Kerajaan bersedia untuk membina laluan khas motosikal untuk lokasi yang
terpilih serta membina pembahagi median jalan (road median divider) demi
mengurangkan risiko kemalangan jalan raya khasnya untuk kumpulan
penunggang motosikal.

9. PR-1432-L09703
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan yang sedang dan akan diambil
bagi meningkatkan tahap keselamatan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai
Timur Sabah (ESSCOM).
AUM DR 11/8/2020 267

10. PR-1432-L09522
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
menyatakan sama ada suspek-suspek pencemaran Sg. Kim Kim telah didakwa
di mahkamah dan apakah status pendakwaan terkini serta status kalibrasi real-
time alert system untuk memberi amaran pencemaran awal di Pasir Gudang.

11. PR-1432-L09136
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah peruntukan geran
kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) bagi tahun ini masih dilaksanakan
atau sebaliknya.

12. PR-1432-L08962
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perincikan lokasi termasuk kos
pembekalan 14 Projek Perumahan Rakyat (PPR) baharu yang akan
dilaksanakan mulai tahun 2020. Apakah perkembangan proses penjenamaan
semula dan model kewangan yang bakal dipraktikkan.

13. PR-1432-L09622
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan statistik bilangan pekerja yang diberhentikan kerja dalam tempoh
Januari hingga Jun 2020 mengikut pecahan negeri serta usaha-usaha yang
telah dilakukan untuk membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan
dan punca pendapatan akibat wabak COVID-19.

14. PR-1432-L09580
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan sama ada
berhasrat untuk meneruskan pengekalan harga siling petrol RON 95 dan
apakah rancangan untuk mengurangkan beban hidup rakyat sekiranya harga
mínyak mentah meningkat.

15. PR-1432-L09485
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan adakah pihak Kerajaan bercadang untuk membuka
semula Zon Aliran Bebas (Free Flow) sejauh 2 kilometer di sempadan Malaysia
- Thailand di Wang Kelian selepas PKPP (COVID-19) bagi merancakkan
semula perkembangan perdagangan di kawasan tersebut.
268 AUM DR 11/8/2020

16. PR-1432-L08891
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah program dan
perancangan khusus Kementerian untuk membantu penjanaan pendapatan
dan membantu golongan miskin dan miskin tegar memandangkan Lubok Antu
adalah satu daripada 10 daerah termiskin di Malaysia.

17. PR-1432-L09949
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apa langkah-langkah yang akan diambil untuk menutup
"Menumbok Loophole" bagi mencegah warga bukan Sabah daripada masuk ke
negeri Sabah tanpa pemeriksaan/pemantauan pihak Jabatan Imigresen di
bawah Kerajaan Persekutuan dan sama ada akan diwujudkan Kaunter
Imigresen di Menumbok dan “Entry Visa” akan diperkenalkan untuk warga
bukan Sabah yang memasuki Sabah melalui Labuan.

18. PR-1432-L09283
Tuan Baru Bian [ Selangau ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
adakah Kerajaan akan meneruskan projek pembinaan Sarawak Sabah Link
Road (SSLR) dan apakah status terkini projek tersebut.

19. PR-1432-L10032
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan mengenai kedudukan siasatan berhubung
kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim pada tahun 2018.

20. PR-1432-L08740
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan apakah status permohonan Perbadanan Bukit Bendera
untuk penyenaraian sebagai UNESCO Biosphere Reserve dan apakah
langkah-langkah tambahan yang perlu dibuat.

21. PR-1432-L09954
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan apakah perancangan segera dan jangka masa panjang
Kementerian mengenai Majlis Sukan Labuan yang pada masa ini tidak dapat
berfungsi disebabkan tidak ada perjawatan dan peruntukan diberikan. Untuk
pengetahuan ia masih mempunyai harta seperti kenderaan van yang belum
diambil alih oleh mana-mana agensi Kerajaan.
AUM DR 11/8/2020 269

22. PR-1432-L09638
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan adakah Kerajaan berhasrat membina sebuah Pusat Rehabilitasi
PERKESO di negeri Kedah untuk kemudahan pekerja di kawasan utara
Semenanjung mendapatkan rawatan pemulihan supaya dapat kembali ke alam
pekerjaan.

23. PR-1432-L09728
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pihak Kementerian mempunyai
perancangan untuk mewujudkan satu program elaun bulanan yang
memberikan manfaat kepada pencari kerja baharu khususnya dalam kalangan
belia sebagaimana dilaksanakan di Australia.

24. PR-1432-L08917
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan selepas pengumuman pada tahu
lepas perancangan untuk menaik taraf beberapa pusat pelupusan sampah
kepada Waste-To-Energy (WTE), berapa tempat sedang dalam proses menaik
taraf kepada WTE.

25. PR-1432-L09629
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan status terkini tapak pelupusan kekal (PDF) sisa
pemprosesan nadir bumi yang dibina di Bukit Ketam iaitu berhampiran
sempadan negeri Terengganu.

26. PR-1432-L09642
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk
menggalakkan pekebun kecil menjalankan aktiviti keusahawanan bagi menjana
pendapatan selain hasil getah.

27. PR-1432-L08778
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan permohonan kewarganegaraan dan sijil kelahiran
mengikut kaum yang diterima bagi tahun 2019 dan berapa permohonan yang
telah diluluskan sehingga kini.
270 AUM DR 11/8/2020

28. PR-1432-L09863
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan :-
(a) bilakah projek Jambatan Kg. Joh Belimbing, Machang ke
Tanah Merah yang merentasi Sungai Kelantan akan
dilaksanakan ; dan

(b) bilakah jalan daripada Kampung Sat ke Kampung Maka akan


dilaksanakan.

29. PR-1432-L09939
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai rancangan untuk menggunakan
dokumen IMM13 sebagai satu-satunya dokumen untuk penyelerasan
dokumen-dokumen pendatang asing tanpa izin di Sabah dan membatalkan
semua dokumen yang lain. Apakah perbezaannya dengan Pas Sementara
Sabah (PSS) yang dicadangkan sebelum ini.

30. PR-1432-L09669
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan perancangan Kementerian untuk menaik taraf mini
Stadium Pasir Mas sebagai satu lokasi alternatif untuk persediaan pengajuran
SUKMA 2024 bertempat di negeri Kelantan.

31. PR-1432-L09866
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan berapa ramai individu serta perniagaan
terutamanya Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang telah diisytiharkan
muflis dan gulung tikar sepanjang tempoh pandemik COVID-19 .

32. PR-1432-L09337
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah menambahkan aset untuk
Stesen Daerah Maritim di Tanjong Manis supaya kerja-kerja pemantauan dan
penguatkuasaan dari pencerobohan oleh nelayan asing dapat dijalankan
dengan lebih berkesan lagi.

33. PR-1432-L08824
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan cadangan tindakan melebarkan ataupun membina 'Sky Bridge' di
Bukit Paren Binong, Jalan Serian-Tebedu.
AUM DR 11/8/2020 271

34. PR-1432-L09408
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan :-
(a) berapa jumlah kes sindiket penjualan kad pengenalan palsu
yang telah berjaya dibanteras sepanjang tahun 2019 ; dan

(b) adakah Kementerian bercadang untuk menukar kad


pengenalan baru dengan ciri keselamatan khas bagi
membanteras sindiket penjualan kad pengenalan .

35. PR-1432-L09036
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan status projek pembinaan dan membaik pulih benteng
pemecah ombak di Kuala Besut melalui perlaksanaan projek Gerbang
Pelancongan Antarabangsa Besut.

36. PR-1432-L09057
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan usaha Kementerian untuk membudayakan
gaya hidup hijau (green lifestyle) dalam kebiasaan baharu pasca pandemik.

37. PR-1432-L09227
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan
projek pembinaan dan pembaikan kompleks mahkamah tinggi yang lama di
Georgetown, Pulau Pinang yang telah menjadi lama, usang dan tidak
digunakan sejak beberapa tahun yang lalu.

38. PR-1432-L09519
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
menyatakan sama ada Kementerian akan meneruskan usaha Kerajaan
Pakatan Harapan untuk merunding semula perjanjian konsesi dengan Pakar
Scieno TW untuk Environmental Quality Monitoring Program (EQMP) yang
bernilai RM846 juta dan sekiranya ya, nyatakan penambahbaikan tersebut.

39. PR-1432-L09350
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan :-
(a) sebab pelaksanaan semula Program Belajar Sambil Bekerja
(Train and Place Programme) oleh Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (HRDF) sedangkan program tersebut telah
terbukti gagal dari tahun 2016 hingga 2018; dan
272 AUM DR 11/8/2020

(b) langkah-langkah efektif untuk memastikan kesilapan serupa


tidak akan berulang lagi serta langkah-langkah khusus untuk
memastikan latihannya relevan dan memberi kesan besar
kepada industri berkenaan.

40. PR-1432-L08956
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan sebab pihak polis gagal untuk mematuhi perintah
Mahkamah Persekutuan untuk menahan bekas suami M. Indira Gandhi,
Muhammad Riduan Abdullah yang telah melarikan diri bersama anak
perempuan, Prasana Diksa pada tahun 2009.

41. PR-1432-L09794
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan status kes penyiasatan kematian anggota bomba
Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

42. PR-1432-L09362
Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian bercadang
untuk menambahkan kemudahan logistik seperti enjin bot, bot fiber glass serta
kenderaan pacuan empat roda (pick-up truck) bagi kegunaan anggota di Balai
Bomba Betong untuk memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan
memandangkan kawasan di bawah jagaan balai ini begitu luas sehingga ke
daerah Lubuk Antu dan daerah Pusa.

43. PR-1432-L09815
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan apakah kesan wabak COVID-19 dan tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan terhadap pasaran kerja terutama dari segi
pengangguran serta apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk
menangani masalah pengangguran.

44. PR-1432-L09931
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah
rasional Kementerian meningkatkan harga maksima topeng muka 3 lapis
daripada 80 sen sekeping ke RM1.50 sekeping.
AUM DR 11/8/2020 273

45. PR-1432-L08722
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan sekiranya pihak Kementerian
ada perancangan untuk membina jalan-jalan di Jalan Tegulang, Belaga, Jalan
Metalun, Belaga, Jalan Rumah Juntan dan Jalan Ng. Gaat ke Rumah Tunku,
Sg. Gaat.

46. PR-1432-L08935
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan mengapakah ibu yang berwarganegara Malaysia
menghadapi cabaran dan diskriminasi terhadap permohonan kewarganegaraan
anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

47. PR-1432-L09238
Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan dengan detail status projek pembinaan Loji Bilut dan Loji
Sementan daripada peruntukan pinjaman Kerajaan Pusat RM18 juta kepada
negeri Pahang (Progress, Milestone, Critical Part dan Time Frame).

48. PR-1432-L08991
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan adakah Kementerian mengiktiraf pelajar-pelajar
lepasan TVET kerana mereka menghadapi masalah mendapatkan jawatan di
dalam GLC atau sektor awam.

49. PR-1432-L09484
Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah langkah Kementerian untuk mengatasi masalah
kekurangan anggota Polis ketika ini yang mana nisbah antarabangsa
memerlukan seorang anggota Polis bersamaan 350 ke 450 orang.

50. PR-1432-L09204
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan usaha untuk mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan bagi menangani masalah pengangguran dalam kalangan
anak muda yang terus meningkat, berdasarkan data kadar pengangguran yang
telah melonjak kepada 5 peratus pada April lalu ekoran krisis COVID-19.
274 AUM DR 11/8/2020

51. PR-1432-L08899
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah perancangan untuk memberikan
kewarganegaraan kepada anak-anak yang dilahirkan diluar negara oleh wanita
warganegara Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warganegara asing dan
berapa jumlah permohonan sebegini yang telah diterima, diluluskan dan ditolak
sejak tahun 2015.

52. PR-1432-L09309
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan kaedah-kaedah yang berbeza dan yang telah dikenal pasti untuk
memastikan bahawa inisiatif ‘Place and Train ini membuahkan kejayaan
sedangkan KWPSM telah melancarkan inisiatif yang serupa seperti 'Place and
Train' sebelum PRU14 yang dikenali sebagai 'Train and Place', tetapi terbukti
tidak berjaya setelah berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan oleh Kerajaan.

53. PR-1432-L09005
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan perancangan dan tindakan Kerajaan dalam
menyelesaikan isu PATI di Sabah.

54. PR-1432-L10046
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berdasarkan
statistik yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC),
sebanyak 31,092 unit rumah tidak terjual pada suku tahun ketiga 2019 dan
16.5% atau 5,126 unit adalah dari negeri Perak. Merujuk kepada statistik
tersebut, diminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengulas
sekiranya Kementerian ada usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah
perumahan yang tidak terjual di Negeri Perak.

55. PR-1432-L08971
Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk
membina Ibu Pejabat Polis Daerah Daro (IPD) yang baru memandangkan IPD
yang ada sekarang ini sudah terlalu lama dan daif serta tidak mencukupi untuk
menempatkan pegawai sedia ada.

56. PR-1432-L08918
Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan berapa unit rumah mampu milik
telah dilancarkan selepas penandatanganan MOU dengan 6 buah syarikat
untuk berusaha sama dalam projek merealisasikan 1 juta rumah dalam 10
tahun.
AUM DR 11/8/2020 275

57. PR-1432-L09259
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengenal pasti
dan membantu pemohon suaka (asylum seekers) dalam pusat tahanan
imigresen, termasuk kumpulan Rohingya.

58. PR-1432-L08907
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan bagaiman Liberation Tigers of Tamil Ealam yang tidak
wujud lagi sejak tahun 2009 adalah satu ancaman keselamatan negara dan
mengapa ia tidak dikeluarkan dari senarai organisasi pengganas di bawah Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan
dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

**********************
276

HARI RABU, 12 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 20

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09140
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan keupayaan dan perancangan
Kementerian menangani masalah pengeluaran makanan asas akibat daripada
masalah wabak COVID-19 dan pemanasan global.

2. PR-1432-L09761
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan rancangan bagi memastikan
internet jalur lebar di negeri Sabah, Sarawak dan kawasan-kawasan di luar
bandar besar seperti di Muar dapat dipertingkatkan bagi menjamin kemudahan
pendidikan dan perniagaan, sekali gus dapat merancakkan pelaburan di
sesebuah tempat.

3. PR-1432-L09177
Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah jenis bantuan dan
solusi jangka pendek yang diberikan kepada operator-operator pelancongan
seperti pemilik-pemilik hotel dan resort peranginan yang amat terkesan dengan
kekurangan kedatangan pelancong dari negara China akibat penularan wabak
COVID-19.

4. PR-1432-L09896
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sama ada moratorium terhadap bayaran hutang pinjaman
perumahan dan kenderaan akan dipanjangkan tempohnya untuk enam bulan
lagi memandangkan kebanyakan perniagaan tidak dapat kembali menjana
pendapatan yang tetap dan kadar pengangguran masih tinggi.

5. PR-1432-L08751
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan jumlah pelajar IPTA yang terdiri
dari anak asnaf dan dari golongan keluarga B40 dan nyatakan langkah
Kementerian bagi membantu pelajar-pelajar ini untuk mendapatkan makanan
dan memenuhi keperluan harian.
AUM DR 12/8/2020 277

6. PR-1432-L09205
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan berkenaan pelan Kementerian untuk memastikan pelajar-pelajar
terutamanya di luar bandar yang kurang kemudahan internet supaya tidak
ketinggalan dalam “home-based learning” yang telah diperkenalkan disebabkan
COVID-19 dan bilakah Kementerian bercadang untuk menyambung sesi
persekolahan untuk pelajar-pelajar bukan tingkatan 5 dan 6.

7. PR-1432-L08777
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sejauh manakah tahap pelaksanaan dasar
penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang berkuat kuasa pada
1 Januari 2020 dan adakah Kementerian bercadang untuk meluaskan
pelaksanaannya ke sektor pengangkutan awam.

8. PR-1432-L10009
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta MENTERI TENAGA
DAN SUMBER ASLI menyatakan susulan dengan pengumuman Kementerian
meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) berjumlah RM942 juta semasa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apakah tindakan yang diambil terhadap
Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengenakan kenaikan bil elektrik secara
mendadak kepada pengguna semasa PKP.

9. PR-1432-L09635
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejauh mana Pelan Tindakan Keselamatan
Makanan APEC Ke Arah 2020 dikaji semula secara menyeluruh bagi menjamin
keselamatan makanan (food security) negara.

10. PR-1432-L09758
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
memberikan komitmen serta membentangkan rancangan untuk
mengharamkan perkahwinan di bawah umur bagi memastikan eksploitasi
kanak-kanak dapat dibendung.

11. PR-1432-L09727
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah hasil dapatan yang telah dikeluarkan oleh
Jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji modul baru untuk pelaksanaan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).
278 AUM DR 12/8/2020

12. PR-1432-L09234
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang
telah diambil oleh Kerajaan sekarang di semua pintu masuk sempadan negara,
lapangan-lapangan terbang dan pelabuhan untuk melakukan saringan dan
pemeriksaan perubatan pada sepanjang masa mulai sekarang.

13. PR-1432-L09722
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah yang
telah diambil pihak Kementerian dalam memastikan kepuasan hati rakyat
terhadap kualiti dan penerimaan perkhidmatan siaran TV Digital yang telah
disediakan melalui MyFreeview.

14. PR-1432-L09568
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan adakah Kementerian
sekarang akan memberi komitmen kepada Pembangunan Seni dan Budaya
Malaysia yang sedang mengalami kemelut kekurangan pelapis dan pewaris
yang mampu untuk meneruskan legasi seni dan budaya Malaysia seperti Mak
yong, Mek Mulong, Dondang Sayang dan sebagai nya. Jelaskan bagaimana
kerajaan baru akan menjaga kebajikan adi guru, seniman, budayawan dan
veteran-veteran yang telah banyak menyumbang kepada seni budaya tanah air
Malaysia.

15. PR-1432-L09802
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah usaha pihak Kerajaan dalam membantu
ekonomi para peniaga kecil dan sederhana yang terkesan teruk akibat
pandemik COVID-19. Apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang
Kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara.

16. PR-1432-L09818
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan kesan ekonomi wabak
COVID-19 terhadap industri pelancongan terutama dari segi kehilangan
pendapatan dan pekerjaan mengikut negeri, serta perancangan Kementerian
bagi menghidupkan semula industri tersebut dalam keadaan kebiasaan baharu
(new normal) ini.
AUM DR 12/8/2020 279

17. PR-1432-L09657
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan pelan strategik pihak
Kementerian dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara mencukupi
dan terjamin semasa dunia menghadapi wabak COVID-19 dan krisis iklim.

18. PR-1432-L09946
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan secara terperinci butir-butir tender MCMC
bagi membina 50 menara telekomunikasi di seluruh Sabah di bawa fasa
pertama National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP 1) kepada Edotco
Malaysia Sdn Bhd dan FGV Prodata Systems Sdn Bhd. Siapakah pemilik
menara-menara telekomunikasi ini setelah siap dibina.

19. PR-1432-L09021
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI
TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan jumlah pemilikan tanah mengikut
kaum untuk setiap 14 negeri di Malaysia serta bahagikan mengikut kategori
bandar, pekan dan kampung atau bandar dan luar bandar. Nyatakan jumlah
keluasan tanah Rizab Melayu di setiap 14 negeri serta adakah Kementerian
bercadang untuk menambah tanah Rizab Melayu itu.

20. PR-1432-L09004
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan senarai sekolah-sekolah daif di Sarawak yang
sedang dibaik pulih dan nyatakan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan
untuk projek pembangunan semula sekolah-sekolah daif di Sarawak.

21. PR-1432-L09520
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan :-
(a) status terkini jumlah perolehan penjualan aset dan saham hak
milik Kerajaan; dan

(b) rasional penjualan ini dilaksanakan dan ke mana hasil


penjualan tersebut telah digunakan.

22. PR-1432-L08957
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan status projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau
Pinang (PIA) sehingga kini. Perincikan juga perkembangan terkini cadangan
pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Kedah.
280 AUM DR 12/8/2020

23. PR-1432-L09572
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapa banyak tindakan yang
telah diambil terhadap individu yang menyebarkan berita tidak benar dan
adakah Kementerian bercadang mewujudkan kembali Akta Anti Berita Tidak
Benar.

24. PR-1432-L09416
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan senarai jumlah lesen arak kelas runcit di seluruh negara mengikut
pecahan PBT dan negeri.

25. PR-1432-L09741
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah jangkaan
kesan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China ditambah pula
dengan pandemik COVID-19 terhadap import dan eksport Malaysia bagi tahun
2020.

26. PR-1432-L09423
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
MAKANAN menyatakan tahap pencapaian pembekalan daging lembu dan
kambing tempatan untuk tahun 2017, 2018 dan 2019 dan nyatakan sasaran
untuk 10 tahun yang akan datang.

27. PR-1432-L09805
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah usaha pihak
Kementerian dalam menyediakan rangkaian telekomunikasi serta capaian
internet di kawasan- kawasan pedalaman yang masih belum mendapat liputan
terutamanya di dalam kawasan Parlimen Kinabatangan.

28. PR-1432-L09439
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) berapa bilangan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
universiti Awam yang belum mendapat penempatan selepas
tamat belajar sekurang-kurangnya setahun ; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil bagi membela nasib


graduan-graduan ini.
AUM DR 12/8/2020 281

29. PR-1432-L09272
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk membina kembali aset-aset
strategik negara dan apakah usaha-usaha yang telah dibuat untuk membeli
semula aset strategik yang telah dijual oleh Kerajaan semasa pemerintahan
Pakatan Harapan.

30. PR-1432-L08992
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan masalah buli di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Setakat mana
langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian telah dapat mencegah atau
mengurangkan masalah ini.

31. PR-1432-L09450
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan jaminan Kerajaan supaya lapangan terbang di
seluruh negara sentiasa bebas dan selamat daripada ancaman wabak COVID-
19.

32. PR-1432-L09453
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
jumlah pinjaman tambahan oleh Kerajaan Persekutuan dan berikan pecahan
jenis pinjaman tempatan atau asing ini, serta nyatakan mengapa pinjaman
Kerajaan Persekutuan tidak digandakan untuk memberikan suntikan fiskal
secara langsung untuk menyelamatkan pekerjaan dan perniagaan.

33. PR-1432-L09211
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah Kementerian bersedia untuk
menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk menilai
kemungkinan untuk mengembalikan Akta AntiBerita Tidak Benar 2018 berserta
beberapa pindaan-pindaan baru bagi tujuan penambahbaikan.

34. PR-1432-L09771
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan secara terperinci jumlah peningkatan atau pengurangan
perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Kerajaan akibat wabak COVID-
19. Kementerian Kewangan telah mengumumkan peningkatan defisit sehingga
sekadar 6% - apakah pecahan sebab peningkatan akibat tambah perbelanjaan
berbanding kemerosotan pertumbuhan ekonomi.
282 AUM DR 12/8/2020

35. PR-1432-L09291
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan pelan tindakan untuk membantu individu-individu yang berdepan
masalah kewangan dan pembayaran hutang akibat pandemik COVID-19,
khususnya selepas tamat tempoh moratorium pada September 2020 bagi
mengelakkan berlakunya peningkatan bilangan individu muflis.

36. PR-1432-L09371
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
bagaimanakah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah dan menengah dapat menyediakan
pelajar terbabit ke alam pekerjaan kelak.

37. PR-1432-L08831
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan langkah-langkah sedia ada bagi mengembangkan perkhidmatan
bank-bank di Bahagian Serian amnya dan di daerah Tebedu khasnya.

38. PR-1432-L10064
Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan :-
(a) apakah usaha pembangunan yang telah dilaksanakan ke atas
tanah-tanah terbiar yang banyak di daerah Papar dan berapa
jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini dari Mei 2018 untuk
pembangunan di P.175; dan

(b) kenapa LKIM telah mengeluarkan polisi untuk mengharamkan


pengeksportan ikan dan udang keluar negara, ini tidak adil
kepada negeri yang mempunyai hasil laut yang banyak seperti
Sabah.

39. PR-1432-L08794
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Projek Keretapi RAPID TRANSIT
SYSTEM (RTS) dari Johor Bahru ke Singapura akan dimulakan.

40. PR-1432-L09882
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kementerian akan mengkaji semula
akta kesalahan berkaitan kemalangan maut disebabkan oleh pemandu mabuk.
AUM DR 12/8/2020 283

41. PR-1432-L08787
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan memperincikan isu guru yang berada dalam
tempoh cuti bersalin selama 90 hari. Berdasarkan laporan yang dibuat oleh
seorang waris dari Padang Serai, pihak sekolah tidak dibekalkan dengan guru
ganti dan PIBGs serta pihak pengurusan sekolah terpaksa menanggung kos
guru ganti tersebut. Apakah langkah penyelesaian oleh Kementerian mengenai
isu ini.

42. PR-1432-L09988
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan garis panduan terhadap syarikat yang ingin
membuat pelaburan di dalam dan luar negara tetapi masih terpalit dengan isu
bayaran pampasan dan sebagainya. Merujuk kepada laporan akhbar The Star,
bertarikh 10 Februari 2020, The Lion Group ingin membuat pelaburan bernilai
RM100 juta di Sabah tetapi bayaran pampasan bekas pekerja masih belum
dijelaskan.

43. PR-1432-L09347
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah terbaru
Kementerian setelah berdepan dengan pendemik COVID-19 dan proses
Perintah Kawalan Pergerakan mengenai ekosistem cara hidup digital
masyarakat Malaysia di luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah dan
Sarawak yang tidak mendapat akses jalur lebar dan perkhidmatan 3G/4G yang
tidak memuaskan.

44. PR-1432-L09003
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan selepas tamatnya kontrak Jepak Holdings, adakah
Kementerian bercadang untuk menganugerahkan kontrak baru pembekalan
diesel dan genset untuk sekolah-sekolah luar bandar Sarawak atau
menyambung terus ke grid bekalan utama elektrik dan menggunakan tenaga
solar.

45. PR-1432-L08870
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
pada masa kini, berapa ramai yang telah memohon untuk RM50 inisiatif e-
dompet dan berapa banyak yang telah dibayar.
284 AUM DR 12/8/2020

46. PR-1432-L09527
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI
menyatakan jumlah aduan diterima Suruhanjaya Tenaga berkenaan isu bil
elektrik tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Adakah TNB
telah melanggar Minimum Standard Level (MSL) dalam penyediaan bil yang
melebihi satu bulan dan apakah tindakan untuk setiap kes aduan .

47. PR-1432-L09163
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan perkembangan projek pembinaan terminal jeti feri baru di
Pelabuhan Kuala Kedah.

48. PR-1432-L09380
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan keberkesanan fungsi AKPK dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh pelanggan institusi kewangan. Berapakah kes
yang diselesaikan oleh AKPK dalam tempoh lima tahun yang lalu dan apakah
cadangan untuk menambah baik peranan AKPK dalam sektor kewangan.

**********************
285

HARI KHAMIS, 13 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 21

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09017
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan
negatif dan positif kepada Malaysia sejak perang dagang antara Amerika
Syarikat dan China serta akibat penularan COVID-19 serta langkah-langkah
proaktif yang diambil untuk mengatasi cabaran itu termasuk defisit
perdagangan serta nyatakan keberkesanan langkah-langkah yang telah
diambil.

2. PR-1432-L10022
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan :-
(a) apakah usaha Kementerian untuk mewajibkan ibu bapa bayi
untuk mendapatkan suntikan vaksin 5-serangkai (DTaP-
IPV/HiB) agar dapat memutuskan rantaian penularan penyakit
cegahan vaksin dalam komuniti; dan

(b) setakat ini, berapa kadar jumlah pesakit dengan wabak berkait
dengan mereka yang tidak mendapat vaksin 5-serangkai.

3. PR-1432-L09671
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR
NEGERI menyatakan apakah langkah dan pelan tindakan yang diambil
terhadap etnik Rohingya yang cuba memasuki sempadan Malaysia ketika
negara sedang menghadapi penularan wabak COVID-19.

4. PR-1432-L09886
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah cara penguatkuasaan yang akan diambil
bagi menangani peniaga haram dari kumpulan PATI dan pemegang kad
UNCHR di seluruh pusat bandar Kuala Lumpur terutamanya di Pasar Borong
Selayang, Pasar Borong Kuala Lumpur, sekitar Bukit Bintang terutamanya di
Plaza Low Yat, Imbi dan Jalan Alor.
286 AUM DR 13/8/2020

5. PR-1432-L09872
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah pihak
Kementerian berhasrat untuk memberi semula bantuan geran tanam semula
kelapa sawit kepada pekebun-pekebun kecil sawit yang telah diubah menjadi
pinjaman pada tahun 2019.

6. PR-1432-L08773
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan tentang rungutan para remaja yang tidak terpilih
atas alasan-alasan yang tidak munasabah selepas menghadiri temu duga
untuk menyertai angkatan tentera. Adakah kuota untuk kaum India bagi
menyertai angkatan tentera sudah dipenuhi.

7. PR-1432-L09559
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh manakah tahap integriti, kredibiliti dan profesionalisme
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah bertindak
secara tidak wajar apabila mendedahkan bukti rakaman audio berprofil tinggi
kepada umum bertujuan untuk menimbulkan spekulasi dan sentimen negatif
masyarakat awam terhadap kes yang sedang dibicarakan.

8. PR-1432-L09478
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan persediaan dan tindakan yang
diambil Kementerian dalam menangani dan mengukuhkan keselamatan siber
negara hingga ke peringkat individu berikutan peningkatan kes penggodaman
semasa PKP sebanyak 80.5% sebagaimana yang dilaporkan oleh
CyberSecurity Malaysia melalui Berita Harian bertarikh 26 Mei 2020.

9. PR-1432-L08916
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status
rundingan mengenai Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP)
dan kesan India manarik keluar pelaburan.
AUM DR 13/8/2020 287

10. PR-1432-L10004
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan langkah yang diambil dalam membendung
penularan pandemik COVID-19 dalam negara terutama setelah sempadan
negara kembali dibuka. Sekiranya gelombang kedua bagi virus ini berlaku,
apakah pihak Kementerian sudah bersedia dari segi kelengkapan logistik,
tenaga kerja dan katil untuk pesakit. Berapakah unit bagi set kelengkapan
pelindung diri yang terkini antaranya penutup mulut dan hidung, pelindung
muka, set PPE, alat bantuan pernafasan dan lain-lain.

11. PR-1432-L09637
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perancangan strategik lima
tahun akan datang dalam meningkatkan eksport minyak dan produk sawit ke
negara Pakistan.

12. PR-1432-L09156
Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kesan penurunan harga minyak ke atas ekonomi negara. Apakah
strategi negara untuk menampung kekurangan pendapatan akibat dari
turunnya harga minyak.

13. PR-1432-L09668
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR
NEGERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi
meneruskan proses tuntutan terhadap baki kawasan pelantar negara Malaysia
di bahagian utara Laut China Selatan.

14. PR-1432-L08849
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan kedudukan projek River of Life di Kuala Lumpur,
Kemajuan yang dicapai dan baki yang belum diselesaikan dan apakah
penyiapannya mencapai piawaian yang ditetapkan.

15. PR-1432-L09271
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk
mengusir keluar kapal Coast Guard China yang berlabuh sejak 2013 dalam
perairan Malaysia di Beting Patinggi Ali kerana kehadiran mereka akan
menjejaskan usaha-usaha pembangunan terutamanya cari gali minyak dan
perikanan di kawasan berkenaan.
288 AUM DR 13/8/2020

16. PR-1432-L09457
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada RUU Wakaf 2020 yang telah disiapkan oleh
Kerajaan Pakatan Harapan yang lalu akan diteruskan oleh Kerajaan sekarang.

17. PR-1432-L09363
Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk menubuhkan makmal
khas bertujuan untuk diagnosis penyakit virus berjangkit seperti COVID-19 di
Sarawak.

18. PR-1432-L09059
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
:-
(a) sama ada kesemua Menteri dan Timbalan Menteri telah
mengisytiharkan aset- aset mereka kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia; dan; dan

(b) sekiranya mereka telah mengisytiharkan aset mereka, adakah


pengisytiharan ini akan disiarkan untuk ketetapan umum.

19. PR-1432-L09560
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah justifikasi perpindahan hak milik empat buah operasi dan
perkhidmatan hotel Tabung Haji iaitu di Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Alor
Setar dan Kota Kinabalu kepada anak syarikat milikan penuh UJ, UJ Property
Management Sdn Bhd (UJPM) bermula 1 April 2020.

20. PR-1432-L09962
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah usaha perancangan Kementerian untuk
membangunkan Kampung Baru, Kuala Lumpur.

21. PR-1432-L09660
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan dalam memastikan
pelaksanaan ibadah korban boleh dilakukan pada Hari Raya Aidiladha semasa
dalam tempoh wabak COVID-19 ini.

22. PR-1432-L09976
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI
WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan status lambakan kondominium
mewah tidak terjual yang dibina di Kuala Lumpur sebelum bulan Mei 2018 dan
apakah jalan penyelesaiannya.
AUM DR 13/8/2020 289

23. PR-1432-L09290
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan pelan strategi bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap
institusi Tabung Haji (TH) yang telah terpalit dengan skandal sehingga
menimbulkan pelbagai spekulasi dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

24. PR-1432-L09183
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pencapaian sebagai Menteri
sepanjang 2 tahun dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan pencapaian seratus
hari sebagai Menteri Kanan dalam Kerajaan Perikatan Nasional.

25. PR-1432-L09689
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapa jumlah aset milik Tabung Haji dan nilainya yang telah
dipindahkan kepada Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) dan berapa yang
dijual semula atas dakwaan Tabung Haji mengalami defisit aset berbanding
liabiliti di bawah program penstrukturan semula aset TH.

26. PR-1432-L09532
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan apakah ‘deadline’ untuk semua sisa radioaktif WLP
dipindahkan dari tapak kilang Lynas memandangkan AELB sendiri menyatakan
ia perlu disegerakan disebabkan risiko banjir. Nyatakan pelan ‘emergency
response’ sekiranya banjir besar di Gebeng pada tahun 2012 berlaku sekali
lagi esok.

27. PR-1432-L09922
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang
untuk membina sebuah Hospital Pakar Jantung di Sabah dan Sarawak.

28. PR-1432-L09098
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh mana
kejayaan kempen ‘Sayangi Sawitku’ yang dilancarkan oleh Menteri yang lepas
memberi impak kepada pemain industri dalam bidang perladangan kelapa
sawit.
290 AUM DR 13/8/2020

29. PR-1432-L08827
Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan status pelantikan ke jawatan tetap Pegawai-pegawai Perubatan
(Gred UD41), Pegawai-pegawai Farmasi (Gred UF41) dan Pegawai-pegawai
Pergigian (Gred UG41) yang dilanjutkan kontrak mereka selama 6 bulan pada
tahun 2019.

30. PR-1432-L08785
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan perancangan Kementerian untuk membina dan
menaik taraf Bangunan Klinikal ‘Clinical Block’ baru di Hospital Duchess of
Kent, Sandakan, Sabah di bawah RMK-12.

31. PR-1432-L08934
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
tindakan yang telah dan yang akan diambil sebagai kesiapsiagaan untuk
berdepan dengan kemungkinan “second wave” pandemik COVID-19. Adakah
Kerajaan berkemampuan untuk menjalankan saringan terhadap setiap
penduduk di negara Malaysia, jikalau “second wave” pandemik berlaku.

32. PR-1432-L09289
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan :-
(a) kesan pelaksanaan skim MySalam dan PeKaB40 sejak tahun
2018, termasuklah statistik penerima skim MySalam dan
PeKaB40 untuk tahun 2018, 2019, dan 2020 (secara
berasingan) mengikut pecahan negeri ; dan

(b) apakah status pelaksanaan skim MySalam untuk


golongan/kategori M40.

33. PR-1432-L09864
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan sebab Kementerian menggugurkan Lembaga
Perlesenan Eksais yang pada awal Jun ini dan tidak melantik anggota baru
dalam lembaga tersebut, bukankah ini akan menjejaskan ratusan permohonan
lesen baru dan pembaharuan lesen di Kuala Lumpur.

34. PR-1432-L08929
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
status terkini cadangan pembinaan Hospital Kampar yang telah diluluskan oleh
Kerajaan Pakatan Harapan.
AUM DR 13/8/2020 291

35. PR-1432-L09929
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah rasional dan asas pendakwaan Musa Aman di mahkamah
ditarik balik oleh pendakwa raya.

36. PR-1432-L09169
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan Akta Anti Lompat
Parti Wakil Rakyat bagi mencegah gejala lompat parti di kalangan wakil rakyat
setelah dipilih dalam pilihan raya. Sekiranya tidak, apakah pertimbangan
Kerajaan dan bagaimana cara penyelesaian isu lompat parti ini.

37. PR-1432-L08770
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
definisi sempadan Kepulauan Spratly, mengapakah Terumbu Layang Layang
atau Gugusan Semarang Peninjau bukan sebahagiannya.

38. PR-1432-L08987
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah jangka masa yang ditetapkan bagi rakyat untuk mendapat
perkhidmatan yang lebih efisien dari Hospital Besar Melaka terutamanya
merujuk kepada sistem pendaftaran dan rekod pesakit yang masih
dikendalikan secara manual.

39. PR-1432-L09792
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh
manakah tumpuan Kementerian untuk membangunkan industri buluh di
Malaysia dan apakah prospek masa depan industri ini.

40. PR-1432-L09126
Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kos
dan jumlah ujian saringan COVID-19 yang telah dilakukan oleh Kerajaan
sehingga bulan Jun. Berapa ramai daripada jumlah ujian tersebut adalah warga
asing dan apakah tindakan lanjut kerajaan terhadap warga asing yang dikesan
positif.

41. PR-1432-L08900
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan adakah pengambilan suntikan vaksin imunisasi akan diwajibkan
kepada kanak-kanak di seluruh negara dan apakah status peruntukan RM60
juta untuk pemberian suntikan vaksin "pneumococcal" yang dijadualkan
bermula bulan Jun tahun ini.
292 AUM DR 13/8/2020

42. PR-1432-L09842
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan memansuhkan hukuman mati
bagi kesalahan pengedaran dadah dan sekiranya ya, sama ada Kerajaan
bercadang untuk meminda hukuman bagi kesalahan pengedaran dadah
kepada hukuman penjara minimum supaya hukuman dapat dijatuhkan
berdasarkan fakta setiap kes.

43. PR-1432-L09400
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai gaji dan elaun, senarai portfolio dan juga jawatan bergaji
Kerajaan ataupun badan berkaitan Kerajaan berserta gaji Menteri, Timbalan
Menteri dan Duta bertaraf Menteri. Nyatakan perbezaan antara Menteri Kanan
dan Menteri yang lain.

44. PR-1432-L09286
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah
pesalah yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) mengikut kategori warganegara dan bukan warganegara,
serta jumlah denda yang dikutip oleh Kerajaan dan jurnlah pesalah yang
dihukum penjara.

45. PR-1432-L09910
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) apakah status Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani
Punca Perkahwinan Bawah Umur, status jawatankuasa
pemandunya dan apakah usaha Kerajaan terhadap 7 negeri
yang tidak bersetuju untuk menetapkan 18 sebagai had umur
perkahwinan ; dan

(b) bilangan kanak-kanak pengantin lelaki dan perempuan di


bawah 18 tahun mengikut pecahan umur di antara pasangan,
negeri dan jantina pasangan serta kaum dan agama yang
telah berkahwin setakat ini.

46. PR-1432-L09090
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah ‘plea bargain’ yang terkandung dalam kes Riza Aziz memandangkan
mangsa yang terlibat bukan seorang dua tetapi melibatkan seluruh rakyat
Malaysia. Adakah Riza Aziz turut memberi maklumat rakan-rakan subahat
beliau. Setakat ini berapa wang seperti yang dijanjikan telah dikembalikan
kepada rakyat Malaysia.
AUM DR 13/8/2020 293

47. PR-1432-L09046
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan akan meneruskan usaha mulia meminda klasifikasi cubaan
bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 305, 306 dan
309 Kanun Keseksaan memandangkan cubaan membunuh diri merupakan
keadaan kesihatan mental yang perlu dirawat dan bukannya dihukum.

48. PR-1432-L10041
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan :-
(a) berapakah jumlah mesin-mesin termal di pintu-pintu masuk
dan keluar negara dan adakah jumlah mesin-mesin termal ini
mencukupi ; dan

(b) sekiranya tidak mencukupi, apakah Kementerian berhasrat


untuk menambah bilangan alatan tersebut sebagai langkah
waspada dari merebaknya wabak-wabak penyakit yang
berbahaya.

49. PR-1432-L08996
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan anggaran bilangan pekerja tempatan yang hilang
pekerjaan di negara ini, khususnya di Sarawak, akibat penularan wabak
COVID-19 dan nyatakan langkah-langkah yang diambil Kerajaan dalam
mengatasi masalah mereka.

50. PR-1432-L09534
Tuan Wong Tack [ Bentong ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN
INOVASI menyatakan sama ada IAEA (International Atomic Energy Agency)
pernah membuat sebarang review untuk fasa operasi (operational stage) kilang
Lynas.

51. PR-1432-L08872
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah nisbah hutang Kerajaan : KDNK selepas mengambil kira perbelanjaan
tambahan pakej rangsangan COVID-19.

52. PR-1432-L09509
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada Saluran Khas
China (China Special Channel) yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Pakatan
Harapan (PH) untuk menarik pelaburan berkualiti dari China ke Malaysia akan
dilanjutkan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan apakah strategi
baru yang sedang dirancang untuk terus menarik pelaburan berkualiti dari
China ke Malaysia.
294 AUM DR 13/8/2020

53. PR-1432-L09865
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan jumlah unit kosong PPR di Kuala Lumpur dan
jumlah permohonan penyewaan PPR yang diterima oleh DBKL. Apakah DBKL
mempunyai unit atau pasukan khas untuk mempercepatkan proses
permohonan bagi golongan yang miskin dan layak menyewa unit PPR.

54. PR-1432-L09811
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah perancangan pihak
Kementerian untuk melibatkan lebih ramai golongan belia dalam usaha
menjayakan dasar sains, teknologi dan inovasi negara.

**********************
295

HARI ISNIN, 17 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 22

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09733
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah terdapat
isu lambakan rumah yang tidak terjual bagi tahun 2020 susulan pandemik
COVID-19 yang melanda negara dan bagaimanakah pihak Kementerian
menangani masalah ini.

2. PR-1432-L08877
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan meminta Menteri Sumber Manusia untuk menjelaskan
sama ada Kerajaan mempunyai perancangan untuk mewajibkan majikan
ekonomi gig untuk menyumbang kepada KWSP untuk pekerja mereka. Apakah
langkah susulan setelah geran padanan RM50 juta untuk mencarum pekerja
habis dibelanjakan.

3. PR-1432-L08790
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah untuk
memperkenalkan industri baru kepada penduduk luar bandar bagi
mempelbagaikan aktiviti ekonomi supaya tidak hanya bergantung kepada
penanaman sawit dan getah semata-mata.

4. PR-1432-L10028
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan mengenai
perancangan Kementerian untuk pulihkan industri PKS pasca COVID-19 ini.

5. PR-1432-L09645
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan kesiapsiagaan negara bagi menghadapi musim panas
dan kemarau berpanjangan khususnya kesan kepada kawasan tadahan air dan
empangan-empangan seluruh negara termasuk di daerah Sik iaitu Empangan
Ulu Muda dan Empangan Beris.
296 AUM DR 17/8/2020

6. PR-1432-L09750
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan membentangkan rancangan bagi memberi
pemahaman dan pengetahuan perihal demokrasi dan kenegaraan kepada belia
yang bakal menjadi pengundi terutamanya pengundi yang akan mencecah
umur 18 tahun.

7. PR-1432-L09523
Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah kes sindiket penipuan kewangan (scammers) yang
bergerak aktif pada fasa PKP yang lalu ; dan

(b) sejauh manakah kaedah dan tindakan Kementerian bagi


mengekang sindiket ini daripada terus berleluasa pada masa
hadapan.

8. PR-1432-L09465
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan kelewatan kawalan harga barang mentah semasa perayaan baru-
baru ini sehingga menyebabkan barang-barang mentah meningkat dengan
teruk dan kesannya masih berlaku hingga ke hari ini.

9. PR-1432-L09691
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan apakah status dan kemajuan semasa tentang Projek Pembinaan
Lebuh Raya Pan Borneo (Sabah) dan juga perkembangan projek Lebuh Raya
Trans Borneo serta projek Sarawak Sabah Link Road yang telah diluluskan
oleh Kerajaan.

10. PR-1432-L09372
Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
apakah status terhadap mekanisme atau SOP baru untuk mempercepatkan
proses permohonan kewarganegaraan di bawah Artikel 15A Perlembagaan
Persekutuan untuk kanak-kanak tanpa dokumen (stateless child), seperti mana
yang telah diumumkan oleh Menteri KDN pada hujung Disember 2019.

11. PR-1432-L09041
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan usaha Kementerian untuk
menggalakkan lebih ramai peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA) menceburi bidang keusahawanan dalam membantu mereka
menambah hasil pendapatan.
AUM DR 17/8/2020 297

12. PR-1432-L09592
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan :-
(a) apakah status pindaan Akta Kerja 1955 untuk melindungi
pekerja dan pemohon kerja wanita hamil dan memperkasa
golongan ini; dan

(b) usaha Kementerian ke arah memastikan pekerja di Sabah dan


Sarawak dapat menikmati hak yang sama seperti pekerja di
Semenanjung Malaysia.

13. PR-1432-L09624
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan mekanisme pemantauan Prosedur Operasi Standard
(SOP) industri kilang bagi memastikan kualiti udara dan air terpelihara.

14. PR-1432-L09061
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan
mengenai cadangan penubuhan bank khusus untuk memudahkan proses
pinjaman perumahan mampu milik dan kos rendah.

15. PR-1432-L09906
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan :-
(a) jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Sarawak untuk
tujuan pembinaan jalan perhubungan desa kawasan luar
bandar terutamanya di kawasan Parlimen Bintulu dan apakah
cara penyaluran; dan

(b) apakah inisiatif dan pendekatan kerajaan jangka masa


panjang untuk membantu meningkatkan sosio ekonomi di
kawasan luar bandar terutamanya bagi golongan B40.

16. PR-1432-L08912
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) mengapa proses mengisytiharkan projek-projek sebagai
terbengkalai dan dimasukkan ke dalam Senarai Pemulihan
mengambil masa yang panjang; dan

(b) apakah status 75 projek terbengkalai di Selangor dan Wilayah


Kuala Lumpur dan mengapa keutamaan tidak diberikan untuk
memulihkan projek-projek ini berbanding dengan membina
unit-unit baru.
298 AUM DR 17/8/2020

17. PR-1432-L09730
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah perkembangan terkini terhadap penyiasatan kes
pembunuhan pegawai bomba Adib, selepas Mahkamah Koroner mengesahkan
kematian arwah adalah akibat perbuatan jenayah.

18. PR-1432-L09261
Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan apakah tindakan Kerajaan Pusat bagi membantu
permasalahan air bersih di negari Pahang.

19. PR-1432-L08754
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan berapa jumlah terkini pendatang tanpa izin di negara ini dan
apakah langkah-langkah pihak Kerajaan bagi menangani masalah ini.

20. PR-1432-L08741
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan apakah status cadangan Skim Penyaluran Air Mentah
Sungai Perak (Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme - SPRWTS) untuk
menjamin bekalan air yang mencukupi di utara Perak dan Pulau Pinang dan
apakah usaha Majlis Air Negara dalam fasilitasi projek pemindahan air mentah
antara negeri-negeri.

21. PR-1432-L09705
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah langkah dan perancangan
Kementerian untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air yang lebih
baik kepada penduduk negeri Kelantan.

22. PR-1432-L08861
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-
(a) jumlah nilai yang dijana oleh industri jualan langsung (direct
sales) di negara ini setahun; dan

(b) apakah langkah diambil untuk mengawal industri jualan


langsung memandangkan industri jualan langsung yang tidak
etika pesat membangun (mushrooming) yang mencetus
pelbagai masalah pengguna yang berulang-ulang dan
pengguna tidak menjadi mangsa tipu helah penjual dan jumlah
syarikat jualan langsung yang telah diarah tutup oleh pihak
berkuasa dan alasannya. .
AUM DR 17/8/2020 299

23. PR-1432-L09139
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan jumlah tangkapan yang telah dilakukan oleh Kementerian
terhadap sindiket penjualan kad pengenalan palsu serta jumlah kad
pengenalan palsu yang telah berjaya dijual oleh sindiket.

24. PR-1432-L08758
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan apakah langkah yang diambil dalam menyelesaikan kaedah
pengangguran yang semakin meningkat akibat Covid-19. Selain itu juga,
nyatakan cara bagi membantu graduan pengangguran dengan cara yang
efektif.

25. PR-1432-L09991
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan berapa jumlah peratus hutan simpan dalam
negara yang masih ada. Dalam kerancakan pembinaan bandar bandar baharu,
apakah jaminan Kementerian dalam menjaga dan mengekalkan hutan-hutan
simpan ini.

26. PR-1432-L09981
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan apakah status penyediaan dokumen RFP untuk Jambatan
Labuan-Sabah, difahamkan Kementerian Wilayah Persekutuan telah
menyerahkannya kepada Kementerian Kerja Raya.

27. PR-1432-L08805
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan adakah usaha untuk menambah bilangan lampu
jalan kampung di setiap kampung dan desa.

28. PR-1432-L09230
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh
Kerajaan terhadap Tenaga Nasional Berhad untuk menyiasat aduan pengguna
elektrik di seluruh negara tentang kenaikan caj bil elektrik yang mendadak.
300 AUM DR 17/8/2020

29. PR-1432-L08985
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Kementerian akan
melaksanakan dan membina insinerator atau “waste to energy” di negeri
Melaka bagi menampung peningkatan sisa pepejal yang telah penuh dan
melebihi kapasiti yang sebenarnya di Pusat Pelupusan Sampah di Sungai
Udang, Melaka.

30. PR-1432-L08937
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan ‘Sandard Operating Prosedure’ (SOP) yang digunakan
untuk permohonan pemastautin tetap Malaysia kerana terdapat banyak
permohonan yang ditolak tanpa menyatakan sebab penolakan.

31. PR-1432-L10018
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan usaha Kerajaan untuk mengelakkan kontraktor-kontraktor
pembinaan kerugian kerana tidak dapat menyiapkan projek dan pembangunan
negara tergendala.

32. PR-1432-L09783
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan statistik pendatang tanpa izin (PATI) yang telah
ditangkap sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
berkuatkuasa dan nyatakan berapa ramaikah yang telah dihantar pulang ke
negara asal mereka mengikut negara.

33. PR-1432-L09825
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh
Kerajaan untuk memperbaiki keadaan penjara terutamanya dari aspek
kesihatan, kebersihan dan tempat tahanan yang mana masih pada tahap yang
tidak memuaskan sepertimasana yang didapati oleh pihak SUHAKAM dalam
tahun 2017.

34. PR-1432-L09331
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan jumlah permohonan pekerja asing dalam sektor Pertanian dan
industri makanan pada tahun 2017, 2018 dan 2019. Bagaimana Kementerian
menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing dalam sektor 3D ini.
AUM DR 17/8/2020 301

35. PR-1432-L08786
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan tindakan Kementerian tentang isu pemberhentian kerja
dalam kalangan pekerja swasta terutamanya operator kilang dan sumber
pendapatan alternatif selepas COVID-19.

36. PR-1432-L09997
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan komitmen untuk membaik pulih jalan-jalan Persekutuan
terutama di dalam kawasan Kapar yang sekian hari mengancam nyawa
pengguna jalan raya.

37. PR-1432-L09083
Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jenis-jenis pinjaman perniagaan
daripada agensi Kerajaan dan apakah kemudahan bayaran balik yang
diberikan kepada peminjam semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).

38. PR-1432-L09305
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan :-
(a) mengapa seramai 788,800 orang pekerja telah diberhentikan
kerja oleh majikan pada bulan April 2020 sungguhpun
Program Subsidi Upah telah dikuatkuasakan dan dilaksanakan
oleh Kerajaan; dan

(b) Sila jelaskan penilaian terhadap keberkesanan pelaksanaan


Program Subsidi Upah.

39. PR-1432-L10060
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan apakah langkah-langkah yang lebih konkrit yang telah
dan akan dilakukan oleh Kerajaan sama ada plan jangka pendek dan plan
jangka panjang dalam menangani masalah pengangguran yang berlaku
selepas COVID-19.

40. PR-1432-L09179
Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan status terkini projek Lebuh Raya Kalabakan-Serudung berserta
Kompleks Kastam Imigresen Kuarantin Keselamatan (CIQS) dan perumahan
Kerajaan bernilai RM600 juta yang diluluskan dalam pengumuman Belanjawan
2020 tahun lalu. .
302 AUM DR 17/8/2020

41. PR-1432-L08815
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan siapa ahli Lembaga Parol KDN serta :-
(a) berapa kerap mesyuarat dan kelulusan parol setiap bulan; dan

(b) bagaimana mempercepatkan proses pertimbangan parol.

42. PR-1432-L08807
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan bolehkah pemohon yang tidak mempunyai tanah
memohon bantuan PPRT. Apakah usaha Kementerian untuk memastikan
pemohon yang tidak mempunyai tanah turut menerima bantuan PPRT ini.

43. PR-1432-L09830
Tuan R. Sivarasa [ Sungai Buloh ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah kes-kes permohonan oleh kanak-kanak yang tidak
mempunyai kewarganegaraan ( stateless ) yang telah dianak angkat oleh ibu
bapa kewarganegaraan Malaysia. Apakah tindakkan akan diambil oleh
Kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga-keluarga
sebegini.

44. PR-1432-L08863
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan bilakah pembinaan Batalion 10 PGA di Sg. Paoh Sarikei akan
bermula. Apakah kemudahan yang akan dimasukkan dalam fasa pertama.
Berapa ramai anggota atau keluarga yang dapat menampung oleh kem
tersebut.

45. PR-1432-L09202
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan
bagi menggantikan kerugian wang RM1.25 bilion berkaitan penyelewengan
dana 1MDB seperti dalam kes mahkamah yang mellibatkan Riza Aziz
memandangkan hanya RM465.3 juta yang dipulangkan.

46. PR-1432-L10066
Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan kenapa pembinaan mini Stadium di Kg. Beringgis Papar yang
sudah diluluskan dalam RMK-11 sebanyak RM10 juta tidak diluluskan hanya
kerana tapak yang tersedia ada agak mahal untuk diuruskan sedangkan
keperluan mini stadium ini sangat mendesak untuk kemudahan sekolah-
sekolah dan penduduk umum di daerah Papar.
AUM DR 17/8/2020 303

47. PR-1432-L09352
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah
yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk menjadikan pemasangan pili
bomba dan membekal peralatan asas pemadaman api seperti hos pili bomba
sebagai komponen wajib di pasang oleh pihak Kementerian untuk rumah
Panjang di Sarawak.

48. PR-1432-L09553
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan langkah kerajaan bagi membantu golongan
bekerja sendiri terutamanya di Kawasan luar bandar yang kehilangan
pekerjaan atau sumber pendapatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan penularan COVID-19 di mana mereka tidak dilindungi di
bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

49. PR-1432-L09786
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan apakah perancangan dan persediaan untuk
meningkatkan keupayaan setiap pengajar dan juga institusi latihan kemahiran
awam dan swasta pasca COVID-19 (Norma Baru).

50. PR-1432-L09228
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan kenapa Kerajaan membatalkan projek kereta
kabel atau cable car di Bukit Bendera, Pulau Pinang.

51. PR-1432-L09086
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN
menyatakan apakah status pembinaan Kompleks Sukan Daerah Tenom,
bilakah projek tersebut dijangka akan disiapkan.

52. PR-1432-L09031
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL
PENGGUNA menyatakan langkah-langkah terperinci Kerajaan sekarang dalam
menangani isu kos sara hidup rakyat.
304 AUM DR 17/8/2020

53. PR-1432-L09245
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan berapa jumlah pelarian daripada Filipina yang diberikan
dokumen IMM13 di Sabah dan berapakah pula suami/isteri serta anak-anak
mereka dan apakah benar ada di kalangan mereka yang telah diberi
‘Permanent Residence’ (PR).

**********************
305

HARI SELASA, 18 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 23

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09300
Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [ Jempol ] minta MENTERI PELANCONGAN,
SENI DAN BUDAYA menyatakan strategi bagi memperkasakan industri
pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan pelan
kontigensi bagi menggantikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM
2020).

2. PR-1432-L09556
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan berapakah kadar muflis golongan belia di Malaysia
dan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi mengurangkan kadar
muflis di kalangan belia pada hari ini.

3. PR-1432-L09684
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
secara terperinci sejauh mana berlaku jenayah seksual dalam kalangan kanak-
kanak yang menjadi mangsa pedofilia dan usaha-usaha menanganinya.

4. PR-1432-L09370
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah langkah Kementerian untuk memastikan pelajar di luar
bandar dan golongan pelajar B40 mempunyai akses kepada peralatan
pembelajaran yang setara dengan pelajar di bandar seperti pemilikan komputer
riba, tablet dan mesin pencetak dan adakah kajian telah dijalankan mengenai
permasalahan pembelajaran dari rumah semasa pendemik COVID-19 akibat
tiada peralatan IT bagi pembelajaran di rumah.

5. PR-1432-L09097
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah langkah dan
strategi yang diambil oleh Kerajaan untuk melaksanakan agenda "National
Food Security" atau Keselamatan Makanan Negara (NFS) serta sejauh mana
kejayaan projek Pertanian Bandar (Urban Farming) membantu menyokong
agenda NFS.
306 AUM DR 18/8/2020

6. PR-1432-L09019
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI TENAGA
DAN SUMBER ASLI menyatakan penjelasan berkenaan isu bil Tenaga
Nasional Berhad yang melambung dengan melampau sehingga menimbulkan
beban yang teruk kepada rakyat di seluruh negara.

7. PR-1432-L09068
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan untuk menilai dan meminda Undang-undang
di dalam Seksyen 44 dan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu
hukuman bagi kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk,
pengaruh dadah serta memandu secara bahaya yang sedia ada di pinda
dengan penambahan penjara ‘MANDATORI’. Hal ini dilihat semakin
membimbangkan kerana kes tersebut dilihat kerap kali berlaku dan banyak
meragut nyawa pemandu lain.

8. PR-1432-L09388
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berkaitan perkara-
perkara berikut :-
(a) langkah banteras fitnah, tohmahan dan hasutan dalam
pelbagai medium di media sosial; dan

(b) jumlah aduan dan kes yang diterima serta tindakan dan
kaedah memantau penularan bahan-bahan berita palsu.

9. PR-1432-L09038
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan kedudukan terkini ranking Universiti-universiti Awam (UA)
menerusi penarafan "QS World University Rankings" dan "Times Higher
Education".

10. PR-1432-L09537
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan adakah inisiatif "Single Window Single Offer" yang dilancarkan
pada tahun ini berjaya mencapai objektif mengelak pertindihan tawaran
kemasukan ke Matrikulasi, Asasi serta Institut Pendidikan Guru dan adakah
dasar ini akan diteruskan mengambil kira Kementerian telah di pecah dua.
AUM DR 18/8/2020 307

11. PR-1432-L09544
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan mempunyai kemampuan
kewangan bagi melaksanakan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(Penjana) berjumlah RM35 bilion bagi meringankan beban rakyat dan
memulihkan semula ekonomi negara sedangkan sebelum ini Kerajaan Pakatan
Harapan menyatakan bahawa kewangan negara berada dalam keadaan yang
kritikal.

12. PR-1432-L09118
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan secara terperinci berkenaan isu pemberian
tender jalur komunikasi 5G tanpa proses tender melalui arahan menteri
bertarikh 15 Mei 2020 yang kemudiannya dibatalkan semula.

13. PR-1432-L08983
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan program-
program terkini untuk meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan
khususnya masa pasca COVID-19 ini.

14. PR-1432-L09879
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah Kementerian berhasrat untuk
mengawal selia harga syiling bagi setiap jurusan di IPTA dan IPTS kerana kos
pendidikan semakin meningkat saban hari.

15. PR-1432-L09224
Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
adakah Kementerian bersedia untuk membuat Kajian Khas mengenai
kesalahan-kesalahan seksual yang dilakukan terhadap kanak-kanak lelaki
secara khususnya untuk melihat kesan-kesan yang berbeza dan punca-punca
perlakuan tersebut serta untuk mengenal pasti cadangan tindakan/interwensi
khas yang sewajarnya diambil untuk mengawal perlakuan tersebut.

16. PR-1432-L09748
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
berapa Sekuriti Kerajaan Malaysia telah dikeluarkan dan bakal dikeluarkan
untuk tahun kewangan 2020.
308 AUM DR 18/8/2020

17. PR-1432-L09409
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan :-
(a) berapakah jumlah peruntukan tahunan Dana Akaun Amanah
Bekalan Industri Elektrik (AAIBE); dan

(b) kemanakah dana ini telah disalurkan dan apakah kesannya


kepada rakyat.

18. PR-1432-L09328
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan berapakah jumlah rakyat Malaysia yang terlibat dalam gig
ekonomi tahun 2018, 2019 dan 2020 iaitu sebagai pemandu GRAB,
penghantar parcel, penghantar makanan dan sebagainya. Nyatakan mengikut
kategori.

19. PR-1432-L09631
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
MAKANAN menyatakan bentuk bantuan dan jumlah insentif yang diperolehi
oleh para nelayan, petani dan penternak dalam PENJANA bagi menghadapi
wabak COVID-19.

20. PR-1432-L08806
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan menjelaskan sejauh
mana kesan wabak COVID-19 ke atas sektor pelancongan di Malaysia.

21. PR-1432-L08978
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta
MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan strategi
terbaharu yang akan diambil bagi memantapkan Iagi sektor pelancongan
domestik khususnya dalam situasi melawan pandemik COVID-19.

22. PR-1432-L09619
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan secara terperinci
perkembangan terkini berkenaan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU)
Gangguan Seksual.
AUM DR 18/8/2020 309

23. PR-1432-L09948
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI KOMUNIKASI
DAN MULTIMEDIA menyatakan kenapakah perkhidmatan jalur lebar internet
seperti Streamyx dan Unifi di Daerah Penampang amat tidak memuaskan dan
bilakah perkhidmatan tersebut dapat diperluaskan serta dipertingkatkan kepada
perkhidmatan internet 4G atau yang lebih baik dengan pembinaan lebih banyak
infrastruktur rangkaian selular memandangkan terdapat keperluan mendesak
terutamanya kepada para pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi di
kawasan pedalaman Penampang untuk mengikuti pembelajaran atas talian
semasa sekolah dan institusi pengajian tinggi belum dibuka secara
keseluruhan.

24. PR-1432-L08927
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PENGAJIAN
TINGGI menyatakan apakah rancangan pihak Kementerian untuk memulakan
pendidikan percuma di Universiti Awam (UA) bagi golongan orang kurang
upaya (OKU) dan golongan asnaf. Bagaimanakah dengan perancangan ini
membolehkan pihak Kementerian memperluaskan pendidikan percuma di UA
kepada golongan B40 dan kemudiannya kepada semua penuntut yang lain.

25. PR-1432-L09040
Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan status projek tanaman kontan bagi
memulihkan prestasi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) bernilai
RM1 bilion dalam tempoh lima tahun sepertimana diumumkan dalam
Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada tahun 2019.

26. PR-1432-L08818
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan berapa pusat pembelian padi yang telah
diwujudkan dan mengapa had jarak pengutipan pusat pembelian tidak lagi
dikuatkuasakan seperti dahulu.

27. PR-1432-L10062
Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan :-
(a) berapa banyak tindakan yang telah diambil terhadap nelayan-
nelayan yang menggunakan bom ikan untuk menangkap ikan
di laut di seluruh Malaysia; dan
310 AUM DR 18/8/2020

(b) apakah mekanisme yang telah diambil untuk mengurangkan


nelayan-nelayan asing dari menceroboh masuk ke kawasan
kita menangkap ikan dan apakah Kementerian tidak berhajat
untuk mengkaji denda yang dikenakan kepada nelayan asing
yang menceroboh perairan negara kepada yang lebih tinggi
serta hukuman penjara .

28. PR-1432-L09232
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan meneruskan dengan projek
pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang telah
diumumkan oleh mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada tahun lalu.

29. PR-1432-L09417
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN
BUDAYA menyatakan impak COVID-19 terhadap industri pelancongan negara
dan langkah yang diambil dalam usaha mengatasi cabaran tersebut.

30. PR-1432-L08765
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah status terkini mengenai perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah.

31. PR-1432-L09951
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan status tender terbuka dan jangkaan permulaan pembinaan
Sekolah Menengah Kebangsaan Kipouvo di daerah Penampang yang
mempunyai 24 buah bilik kelas seperti yang diumumkan pada bulan Februari
2019 oleh Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu yang mana projek tersebut
pertama kali diumumkan oleh Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2012.

32. PR-1432-L09788
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
sama ada pengenalan tulisan jawi akan diteruskan dalam buku teks baharu
darjah 5 untuk SK dan SJK.

33. PR-1432-L09058
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan strategi-strategi awal bagi
merancakkan semula atau ‘rebound’ industri pelancongan negara.
AUM DR 18/8/2020 311

34. PR-1432-L08961
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan inisiatif bagi memastikan sumber bekalan
air untuk sawah padi adalah mencukupi terutamanya pada musim kemarau.
Adakah terdapat penyelesaian jangka panjang bagi masalah pengairan untuk
kawasan penanaman padi di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang
melibatkan pam air Bumbung Lima dan Pinang Tunggal.

35. PR-1432-L10033
Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan statistik jumlah kes kemalangan jalan raya
berpunca daripada pemandu mabuk di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan
Nasional (PN).

36. PR-1432-L09334
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah pembinaan ban
pertanian di kawasan Kampung Parit Bugis, di seberang bandar Sarikei, akan
diteruskan memandangkan projek tersebut sudah diluluskan semasa
pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dahulu.

37. PR-1432-L08888
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah yang
diambil untuk meningkatkan liputan telekomunikasi dan jalur lebar khususnya
sekolah-sekolah pedalaman di Parlimen Lubok Antu.

38. PR-1432-L09254
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sama ada Kerajaan akan mengguna kaedah 'debt monetisation'
ataupun menjual sekuriti Kerajaan kepada Bank Negara untuk menjana dana
untuk memulihkan ekonomi negara.

39. PR-1432-L09458
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
senarai projek-projek yang diumumkan dalam Belanjawan 2020 tetapi
dibatalkan mengikut pecahan negeri. Mengapa negeri Pulau Pinang disasarkan
apabila projek pengangkutan awam dengan jaminan pinjaman RM10 bilion dan
kereta kabel Bukit Bendera sebanyak RM100 juta dibatalkan .
312 AUM DR 18/8/2020

40. PR-1432-L08968
Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah status terkini pembinaan baru SMK Matu, Bahagian
Mukah dan bilakah pembinaannya akan dimulakan serta kos sebenar yang
terlibat.

41. PR-1432-L09364
Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan status pelaksanaan projek pemulihan, menaik taraf atau bina
semula sekolah-sekolah daif di Sarawak seperti yang telah dijanjikan oleh
Kerajaan Pusat sebelum ini, setelah Sarawak membayar sejumlah RM700 juta
sebagai pembayaran pinjaman kontrak RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.

42. PR-1432-L08988
Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah dasar dan kriteria dalam
pengagihan bantuan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada ahli
persatuan nelayan.

43. PR-1432-L09188
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan apakah status terkini projek pembangunan
Iskandar Malaysia Bas Rapid Transit (BRT) di Johor dan bilakah tarikh dijangka
akan mula dibina serta beroperasi.

44. PR-1432-L08965
Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan perkembangan permohonan bas elektrik oleh Kerajaan Negeri
Pulau Pinang kepada Prasarana Malaysia Berhad. Juga perincikan maklum
balas berhubung permohonan tambahan bilangan bas (daripada yang sedia
ada) bagi meningkatkan operasi Rapid Penang Sdn. Bhd. kini termasuk
memperkenalkan perkhidmatan bas mini bagi kawasan-kawasan perumahan
serta luar bandar.

45. PR-1432-L08742
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan senarai statistik bilangan permohonan, peratus kelulusan serta
jumlah dana yang telah disalurkan melalui skim fasiliti dan jaminan untuk SME
dan Micro SME antara bulan Mac 2020 hingga terkini dan sama ada dana
tersebut telah mencapai matlamatnya untuk membantu SME dan Mikro SME
dalam krisis COVID-19 memandangkan banyak rungutan terhadap Kerajaan.
AUM DR 18/8/2020 313

46. PR-1432-L09850
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI PELANCONGAN,
SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah strategi atau rancangan untuk
mencegah industri pelancongan daripada keruntuhan menyeluruh akibat
penularan wabak COVID-19 sekarang.

47. PR-1432-L10043
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan dalam konteks pembangunan semula sekolah daif,
risiko berlakunya kemalangan bagi sekolah yang uzur, melebihi usia 20 tahun,
akibat masalah pendawaian elektrik, struktur sekolah daripada kayu dan
kemudahan yang usang adalah tinggi. Isu keselamatan seharusnya mendapat
perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memerlukan mereka
mengambil tindakan segera bagi menjamin tahap keselamatan pelajar. Minta
Kementerian menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi
isu ini .

48. PR-1432-L08898
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
apakah status terkini penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan
Seksual dan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial dan bilakah
kedua-dua RUU ini akan dibentangkan di Parlimen.

49. PR-1432-L08744
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah hutang negara pada April 2018
dan terkini April 2020 serta nyatakan apakah langkah fiskal dan monetari yang
sedang dan akan diambil oleh Kerajaan untuk menangani permasalahan
bebanan hutang negara ini dan dalam masa yang sama memastikan
pembangunan negara terus mapan dan golongan B40 terus terbela.

50. PR-1432-L09965
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah status projek jeti pendaratan ikan
LKIM Wilayah Persekutuan Labuan dan bilakah ia dijadualkan siap.

51. PR-1432-L09987
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan alasan sebenar peletakan jawatan Encik Jalil Rasheed sebagai
Pengerusi dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad.
314 AUM DR 18/8/2020

52. PR-1432-L09791
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
jumlah tawaran dan pengambilan pelajar mengikut kaum dan aliran mata
pelajaran untuk seluruh negara bagi pengambilan matrikulasi 2020/2021.

**********************
315

HARI ISNIN, 24 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 26

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09734
Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PERPADUAN
NEGARA menyatakan adakah undang-undang sedia ada pada ketika ini
mencukupi untuk memelihara keharmonian dan perpaduan di kalangan
pelbagai kaum di Malaysia.

2. PR-1432-L09237
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan mengapa terlalu ramai di kalangan Menteri, Timbalan Menteri
serta Ahli Parlimen yang lain menerima Bantuan Prihatin Nasional sedangkan
mereka automatik tidak layak dan bagaimana boleh terjadi perkara sedemikian.

3. PR-1432-L09711
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan peratusan
peniaga industri kecil dan sederhana yang berjaya meneroka pasaran
antarabangsa dan apakah sasaran serta persiapan yang dilakukan oleh pihak
Kementerian selepas selesai isu COVID-19 bagi meningkatkan kapasiti
peniaga IKS ini.

4. PR-1432-L09174
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah Kementerian untuk
menyelesaikan masalah kekurangan pekerja sektor perladangan komoditi
akibat pemberhentian kemasukan pekerja asing akibat COVID-19.

5. PR-1432-L09360
Datuk Robert Lawson Chuat [ Betong ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan adakah Kementerian merancang untuk menaik taraf Hospital
Betong dalam masa terdekat ini.

6. PR-1432-L09972
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan berkaitan peruntukan sebanyak RM150 juta
yang diumumkan untuk menyewa ruang niaga di Kompleks Perniagaan Berjaya
Times Square oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
316 AUM DR 24/8/2020

7. PR-1432-L08981
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan
apakah impak utama hasil promosi sawit yang dibuat oleh Kementerian ke
negara negara yang pernah dilawati kepada industri sawit negara.

8. PR-1432-L09505
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah aplikasi-aplikasi digital yang telah pun dilancarkan oleh
Kerajaan semasa wabak COVID-19 untuk menjejak (track) virus tersebut dan
keberkesanannya. Nyatakan sama ada aplikasi ini selaras dengan undang-
undang yang menjamin perlindungan data peribadi.

9. PR-1432-L10044
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan pengisytiharan Pulau Pangkor sebagai Pulau Bebas
Cukai (PCB) dengan peruntukan keseluruhan RM486 juta menjadi antara
projek berimpak tinggi yang telah dilaksanakan di Perak dalam Rancangan
Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Harapan rakyat Perak agar Pulau Pangkor menjadi
terkenal seperti Pulau Langkawi walaupun ia lebih kecil dari segi saiznya
namun mempunyai tarikannya yang tersendiri. Walau bagaimanapun,
kemudahan infrastruktur masih kurang dan tidak mencukupi bagi sebuah pulau
yang berstatus bebas cukai. Minta Kementerian menyediakan peruntukan khas
supaya infrastruktur di Pangkor dinaik taraf untuk promosi pelancongan yang
lebih giat, khususnya cadangan kenderaan elektrik di Pangkor bagi pelan
jangka panjang.

10. PR-1432-L09501
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan tentang status perbincangan
terkini untuk mengumumkan tumpuan Pasca Bogor (post-Bogor goals) bagi
ekonomi APEC dan adakah tumpuan baru tersebut akan diumumkan pada
bulan November 2020 semasa pertemuan para pemimpin APEC.

11. PR-1432-L10059
Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
sewaktu Sabah, Sarawak berserta Singapura dalam Malaysia, peruntukan 35%
dari jumlah kesemua kerusi Parlimen diberi akan tetapi setelah Singapura
keluar dari Malaysia keadaan ini berubah di mana kerusi untuk Singapura
disalurkan ke Semenanjung Malaysia menyebabkan kerusi Sabah dan
Sarawak tinggal 28% dan Semenanjung Malaysia naik 7% menjadi 72%,
apakah langkah-langkah yang harus diambil oleh Kerajaan untuk menjadikan
nisbah 35: 65 kembali dari jumlah kerusi 222 keseluruhannya.
AUM DR 24/8/2020 317

12. PR-1432-L09432
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan :-
(a) jumlah penjualan / pelupusan aset Boustead Holding Berhad
(BHB) setiap tahun antara 2008 hingga 2020 ; dan

(b) jumlah pinjaman yang diambil oleh BHB setiap tahun antara
2008 hingga 2020.

13. PR-1432-L09326
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 akan diteruskan oleh Kerajaan.
Setakat kini, sejauh manakah 6 strategi, 17 objektif strategik dan 115 initiatif
telah tercapai.

14. PR-1432-L09888
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah rancangan Kementerian bagi mengatasi
masalah kekurangan rumah PPR di seluruh Kuala Lumpur.

15. PR-1432-L09117
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI SAINS,
TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan secara terperinci jangkaan manfaat
yang akan dibawa oleh penubuhan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional
(NTIS) kepada syarikat permulaan dan usahawan teknologi tinggi.

16. PR-1432-L10007
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan pendirian Kerajaan dengan larangan merokok di
restoran dan tempat awam seterusnya menyatakan sejauh mana tahap
penguatkuasaan terhadap larangan tersebut. Adakah Kerajaan akan
mempertimbangkan untuk meringankan dengan meminda undang-undang
berkait larangan merokok. Berapa kes telah diambil tindakan oleh
penguatkuasa kesihatan.

17. PR-1432-L10042
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan berapa jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan jumlah yang
telah dibelanjakan dalam menangani wabak tersebut, bagaimana Kementerian
memastikan setiap perbelanjaan tidak berlaku ketirisan dan apakah jaminan
Kementerian dalam memastikan wabak tersebut dapat dikawal sepenuhnya.
318 AUM DR 24/8/2020

18. PR-1432-L09927
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah status penyiasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah
Malaysia (SPRM) terhadap suatu laporan yang dibuat mengenai
penganugerahan dan pelaksanaan Projek Kuching Musical Fountain bernilai
RM31 juta yang melibatkan Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Auto Power
Sdn. Bhd.

19. PR-1432-L08852
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
jumlah negara yang telah mengiktiraf Kerajaan Perikatan Nasional dan
senaraikan nama negara-negara berkenaan.

20. PR-1432-L08733
Dato' Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
apakah status pelaksanaan Hospital Sri Aman pada masa ini. Bilakah ianya
dijangka siap dibina.

21. PR-1432-L10045
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [ Tampin ] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh Kementerian
bagi mengatasi kesenjangan ekonomi dikalangan masyarakat luar bandar dan
apakah pelan tindakan yang telah dan akan dirangka oleh Kementerian bagi
mengurangkan jurang perbezaan yang ketara antara masyarakat kaya dan
miskin apabila berlakunya COVID-19.

22. PR-1432-L09247
Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan adakah industri halal sedia ada di negara ini terjejas ekoran wabak
COVID-19 dan apakah rangsangan dan bantuan yang diberi kepada mereka
dalam situasi sekarang mengikut negeri dan sektor.

23. PR-1432-L08832
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan impak penularan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi dan sosial
Malaysia keseluruhannya dan bagaimana Kerajaan melaksanakan program
pemulihan ekonomi negara yang terjejas supaya keadaan berbalik semula
sebagaimana landasan yang asal.

24. PR-1432-L09420
Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
tahap pencapaian skim PEKA 40 setakat ini dan rancangan seterusnya dalam
usaha menambah baik lagi skim tersebut.
AUM DR 24/8/2020 319

25. PR-1432-L08914
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan alasan mengapa banyak percubaan terdahulu kepada
pemulihan/penstrukturan semula Malaysia Airline Berhad gagal dan sama ada
Kerajaan mencadangkan untuk membiayai semula, menjual atau menutup
syarikat penerbangan negara.

26. PR-1432-L09978
Tuan Khalid bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan status terkini penyelesaian sempadan Wilayah
Persekutuan - Selangor.

27. PR-1432-L09194
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan status pembinaan Hospital Petra Jaya Sarawak dan Klinik
Kesihatan Tabuan Jaya. Jangka masa siap, pelan terkini serta syarikat-syarikat
yang terlibat. Apakah sebab projek tersebut ditangguhkan dan tender dibuat
sekali lagi.

28. PR-1432-L08792
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan bilakah tarikh yang pasti pembinaan Hospital Pasir
Gudang akan dimulakan.

29. PR-1432-L09198
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mewajibkan setiap Ahli-ahli
Parlimen untuk membuat pengisytiharan harta secara terbuka termasuk butiran
mengenai pendapatan, perbelanjaan dan aset-aset.

30. PR-1432-L10011
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta MENTERI LUAR
NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan bagi meningkatkan
tekanan angtarabangsa bagi menentang pelan pengilhakan (annexation)
sebahagian wilayah Tebing Barat.

31. PR-1432-L09589
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan langkah memperbaiki pengukuran kemiskinan
multidimensi RMK-11 agar pangkalan data bagi taburan kemiskinan di
Malaysia lebih jitu sebagaimana kajian yang dijalankan oleh Profesor Fatimah
Kari daripada Universiti Malaya bahawa kadar kemiskinan sebenar tidak hanya
dapat ditentukan melalui jumlah pendapatan semata-mata.
320 AUM DR 24/8/2020

32. PR-1432-L09148
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada semua anggota kabinet telah
mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan adakah maklumat pengisytiharan harta ini boleh diakses
oleh orang awam.

33. PR-1432-L09322
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
sejarah konvensyen Parlimen Westminister dan nyatakan apakah syarat-syarat
yang membolehkan usul tidak percaya kepada YAB Perdana Menteri oleh YB
Langkawi dibahaskan di dalam Dewan Rakyat. Nyatakan kemungkinan bila
usul tersebut akan dibahaskan.

34. PR-1432-L09150
Dato' Ir. Amiruddin bin Hamzah [ Kubang Pasu ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sejauh mana perbincangan Malaysia dengan Singapura
berkenaan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).
Adakah ianya akan diteruskan; jika ya berapakah kos keseluruhan bagi projek
ini dan sama ada terdapat kos tambahan yang timbul daripada penangguhan
kali kedua projek HSR ini.

35. PR-1432-L08749
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini kes COVID-19 di negara ini
dari segi jumlah kes termasuk yang mengakibatkan kematian, dalam wad ICU
dan telah dipulihkan di kalangan rakyat negara ini dan warga asing serta
nyatakan sejauh manakah keberkesanan tindakan Kerajaan mengenakan
langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berjaya membendung
penyakit ini dari terus menular, merebak dan menjangkiti rakyat negara ini.

36. PR-1432-L10010
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan jumlah graduan lepasan bidang perubatan, pergigian
dan farmasi yang masih belum ditempatkan dalam Kerajaan. Apakah sebabnya
berlaku lambakan graduan yang terpaksa menganggur seterusnya apakah
langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

37. PR-1432-L09481
Tuan Awang Husaini bin Sahari [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapa peratusan pelajar-pelajar negeri Sabah dan Sarawak yang
mendapat tajaan Biasiswa Petronas pada peringkat pengajian tinggi di dalam
dan di luar negara bermula dari awal program tajaan ini dilaksanakan.
AUM DR 24/8/2020 321

38. PR-1432-L10023
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Port Dickson ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan status terkini penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) mengenai skandal kontrak bernilai tidak kurang RM30 juta
Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkaitan dengan pemerolehan
peralatan untuk COVID-19 yang didakwa diberikan melalui rundingan secara
langsung.

39. PR-1432-L09382
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan pembaharuan-pembaharuan yang telah dibawa kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari segi kecekapan dan
keberkesanan agensi tersebut sejak tahun 2018? Sejauh manakah nilai-nilai
kemanusiaan dan hak-hak asasi diberi kepentingan dalam proses penyiasatan
yang dikendalikan oleh SPRM.

40. PR-1432-L08784
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan isu ladang-ladang yang telah dijual di negara ini tanpa diberi
pampasan mengikut hak asasi manusia, apatah lagi ramai pekerja telah ditipu
oleh majikan dan orang tengah. Contohnya, di Kawasan Parlimen Padang
Serai, hampir 25 tahun Ladang Padang Meiha telah dijual namun pampasan
untuk pekerja ladang tersebut masih belum dijelaskan walaupun keputusan
mahkamah telah dikeluarkan. Maka, saya mencadangkan agar Kementerian
menubuhkan satu suruhanjaya siasatan bagi menyelesaikan isu ini dan sekali
gus mendapatkan keadilan bagi semua pekerja ladang tersebut.

41. PR-1432-L09196
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan status terkini perbincangan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk
segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan juga status
penubuhan Jawatankuasa Parlimen untuk memantau pelaksanaan perkara-
perkara yang dipersetujui dalam jawatankuasa tersebut.

42. PR-1432-L08735
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejajar dengan pengumuman Kabinet Perikatan Nasional bahawa
semua Menteri wajib mengisytiharkan harta sebulan selepas pelantikan,
apakah status pelaksanaannya dan kenapa gagal dipaparkan di laman web
SPRM secara telus.
322 AUM DR 24/8/2020

43. PR-1432-L08930
Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
kesan dan impak terhadap ekonomi negara akibat penularan pandemik
COVID-19. Apakah langkah-langkah dan pelan pemulihan pasca COVID-19
yang diambil untuk memperkukuhkan ekonomi negara.

44. PR-1432-L09208
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada Kementerian telah memastikan setiap seorang jemaah
Menterinya menerima, menghormati dan mendukung semangat-semangat
Rukun Negara dan sama ada beliau bersedia untuk membuang mana-mana
Menteri yang tidak menjunjung semangat Rukun Negara.

45. PR-1432-L09166
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sudahkah semua anggota kabinet Kerajaan kini mengisytiharkan
harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Jika telah
diisytiharkan, bolehkah maklumat ini diakses oleh orang awam.

46. PR-1432-L08848
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan apakah yang Kementerian dan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur sedang berusaha membersihkan imej Bandaraya
Kuala Lumpur dari gelandangan, penagih dadah, pengemis/kutu rayau,
pendatang asing yang menjual bunga dan tisu di kawasan Bukit Bintang yang
dilihat sebagai menjejaskan imej bersih dan ceria ibu kota.

47. PR-1432-L09828
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan akan memansuhkan atau meminda
Akta Hasutan 1948.

48. PR-1432-L08800
Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan menjelaskan apakah rancangan-rancangan pemulihan ekonomi
yang dilakukan oleh Kerajaan untuk memperbaiki ekonomi Malaysia yang
terjejas teruk akibat wabak COVID-19.
AUM DR 24/8/2020 323

49. PR-1432-L09942
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan dengan jelas sama ada Kerajaan akan meneruskan galakan cukai
pendapatan bagi majikan yang mengambil pekerja kumpulan sasaran mengikut
“Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penggajian Warga Emas,
Bekas Banduan, Orang Diparol, Orang Diselia dan Bekas Penagih Dadah”
yang akan tamat pada tahun ini. Jika tidak mengapa dan apakah galakan yang
lain yang akan digunakan oleh Kerajaan.

50. PR-1432-L09048
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
status terkini 4 isu yang belum dipersetujui daripada 21 isu yang dikenal pasti
bagi melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sepenuhnya untuk
mengembalikan hak dan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi
bersama dalam Persekutuan Malaysia.

**********************
324

HARI SELASA, 25 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 27

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09808
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah bantuan-
bantuan yang telah disalurkan kepada golongan penjaja dan peniaga industri
kecil dan sederhana. Berapakah jumlah peniaga yang telah mendapat manfaat
dari bantuan-bantuan ini.

2. PR-1432-L08885
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan sama ada Kementerian sedang
mempertimbangkan syor bahawa Akta Perhutanan harus dipinda untuk
mewujudkan jawatankuasa di peringkat tiap negeri untuk memainkan fungsi
semak dan imbang.

3. PR-1432-L09909
Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan :-
(a) apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk
memperlebarkan jalan raya Persekutuan di Bintulu dalam
masa terdekat ini memandangkan Bintulu pesat membangun
dan jalan sudah tidak dapat menampung keperluan penduduk
Bintulu; dan

(b) berapa jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan


Kerja Raya Negeri Sarawak untuk tahun 2020 bagi tujuan
penyelenggaraan jalan kampung di luar bandar terutamanya di
Bintulu.

4. PR-1432-L09784
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan :-
(a) unjuran jumlah pekerja-pekerja warganegara, pekerja asing
mengikut sektor industri yang akan hilang pekerjaan dari
tempoh Jun sehingga Disember 2020 mengikut industri; dan
AUM DR 25/8/2020 325

(b) berapa jumlah yang telah hilang pekerjaan sejak dari bulan
mac hingga sekarang mengikut warganegara, pekerja asing
dan mengikut sektor industri.

5. PR-1432-L09561
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid [ Padang Terap ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan langkah untuk
mengembangkan atau menaik taraf keupayaan teknologi, 'internet of things'
dan mendokong keperluan infrastruktur teknologi industri 4.0 bagi
meningkatkan keupayaan sahawan serta perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) seiring dengan perubahan ekosistem perniagaan pasca COVID-19 .

6. PR-1432-L08859
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan program mewajibkan anggota polis lulus ujian indeks jisim badan
(BMI) dan ujian kesihatan sebagai syarat kenaikan pangkat telah pun
dilancarkan oleh PDRM kerana masalah obesiti akan menjejaskan imej
pasukan polis negara :-
(a) kenapa sejumlah melebihi 10,000 pegawai dan anggota polis
masih dikategorikan gemuk atau obes; dan

(b) apa ketinggian dan berat ideal wajib pada anggota polis.

7. PR-1432-L09723
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai
mekanisme khusus dalam memastikan golongan belia khususnya graduan
mendapat lebih manfaat menerusi Program Latihan Penjana Kerjaya.

8. PR-1432-L09104
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI BELIA
DAN SUKAN menyatakan apakah status cadangan pembinaan kompleks
sukan mini di kawasan Pokok Sena bagi Parlimen Tasek Gelugor.

9. PR-1432-L08721
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan di bahagian manakah jumlah tangkapan
penyalahgunaan dadah yang tertinggi di negeri Sarawak.
326 AUM DR 25/8/2020

10. PR-1432-L09319
Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan dalam membantu
mengurangkan jurang pendapatan di antara kawasan luar bandar dan bandar ,
apakah pelan-pelan tindakan yang telah dilaksanakan oleh pihak NCER
(Northern Corridor) untuk membantu dalam mengurangkan jurang pendapatan
ini khususnya di Kawasan Sungai Siput. Apakah program-program yang akan
dilaksanakan untuk membantu meningkatkan pengaliran masuk pengusaha-
pengusaha untuk melabur di kawasan Sungai Siput.

11. PR-1432-L09137
Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan rancangan Kementerian bagi menghadapi
cuaca ekstrem akibat daripada pemanasan global yang telah menyebabkan
penyusutan sumber air negara sehingga terpaksa dicatu seperti yang berlaku
di Melaka awal tahun ini.

12. PR-1432-L08841
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menyelesaikan
masalah mereka yang tidak ada kewarganegaraan (stateless) di Malaysia.
Nyatakan kriteria atau syarat-syarat lain yang telah ditentukan oleh Kerajaan
untuk mereka ini mendapat kewarganegaraan selepas mereka telah memenuhi
syarat-syarat mandatori yang telah ditentukan di bawah Perlembagaan
Malaysia.

13. PR-1432-L08970
Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan berapakah amaun penjimatan oleh Kerajaan dengan penamatan
Perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) Pan Borneo Sarawak. Dan bilakah
jangkaan Projek Pan Borneo Sarawak akan siap sepenuhnya.

14. PR-1432-L09014
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan rasional pemilikan
rumah oleh warga asing diturunkan daripada RM1 juta kepada RM600 ribu
sedangkan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai rumah.

15. PR-1432-L09914
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status
semasa pelaksanaan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan
Elektrik Luar Bandar (BELB) untuk kesejahteraan rakyat di kawasan luar
bandar.
AUM DR 25/8/2020 327

16. PR-1432-L09411
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan status pengangguran belia dan guna tenaga tidak penuh
(underemployment) belia mengikut pecahan kebangsaan, negeri, umur, gender
dan kelulusan akademik.

17. PR-1432-L09706
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan rancangan penguatkuasaan susulan bagi
memastikan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pasca
PKPB.

18. PR-1432-L09554
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik [ Balik Pulau ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan sama ada inisiatif #MalaysiaKerja yang
diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan akan dilaksanakan oleh
Kerajaan baru. Sekiranya tidak, apakah inisiatif lain yang bakal diperkenalkan
untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita
dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

19. PR-1432-L09700
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
mewujudkan lebih banyak program perumahan rakyat di Sabah dan apakah
status permohonan rumah mesra rakyat dan rumah mampu milik di Sabah.

20. PR-1432-L09742
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
:-
(a) apakah status penggubalan Rang Undang-Undang IPCMC
dan reformasi utama yang akan dicadangkan; dan

(b) bilakah ia akan dibentangkan.

21. PR-1432-L09662
Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan mekanisme yang digunakan oleh Jawatankuasa Khas
Pekerjaan Nasional untuk memastikan inisiatif-inisiatif dalam PENJANA akan
memberi manfaat kepada pihak yang layak secara menyeluruh.
328 AUM DR 25/8/2020

22. PR-1432-L10061
Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :-
(a) berapa banyak rumah PPR (disewa) yang telah dibina di
Sabah sejak diperkenalkan pada Februari 2002 bertujuan
untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang
berpendapatan rendah dan setinggan); dan

(b) setakat ini berapa orang penyewa yang telah dikenal pasti
menyewakan rumah PPR ini kepada orang lain bagi maksud
keuntungan dan adakah pihak yang berwajib pernah membuat
‘spotcheck’ untuk memastikan tiada rumah PPR ini disalah
gunakan.

23. PR-1432-L09073
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [ Cameron Highlands ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah akan dibina jalan
menghubungkan perkampungan masyarakat Orang Asli di Pos Lemoi,
Cameron Highlands ke jajaran utama jalan Ringlet ke Sungai Koyan. Jika ada,
bila projek tersebut akan dilaksanakan.

24. PR-1432-L09009
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan rasional memberi peluang berkali-kali kepada PATI untuk
diputihkan (rehiring) dan bekerja secara sah di Malaysia seperti "moving goal
post" sedangkan kadar pengangguran di Malaysia kian meningkat.

25. PR-1432-L09628
Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
menyatakan status dan laporan kepatuhan EIA projek tambak laut (Penang
South Reclamation) di Pulau Pinang.

26. PR-1432-L08789
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan :-
(a) Usaha-usaha Kementerian dalam membantu usahawan luar
bandar yang terkesan akibat pandemik COVID-19; dan

(b) langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian bagi


mempromosikan produk yang dihasilkan oleh usahawan luar
bandar secara atas talian.
AUM DR 25/8/2020 329

27. PR-1432-L09683
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian di bawah Pelan
Rangsangan Ekonomi (PRE) dan PENJANA untuk membantu para majikan
dan golongan pekerja yang terkesan akibat wabak COVID-19.

28. PR-1432-L09311
Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan jumlah siswazah yang bakal memasuki pasaran pekerjaan tahun
ini dan bagaimanakah Kementerian boleh memberi jaminan bahawa golongan
muda ini akan memperoleh penempatan pekerjaan. Apakah langkah-langkah
baru yang diambil Kementerian bagi menangani kadar pengangguran yang
semakin teruk.

29. PR-1432-L09873
Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Majlis Amanah Rakyat
(MARA) bercadang akan memberhentikan program tajaan pelajar ke luar
negara berikutan penularan wabak COVID-19. Dan apakah status pelajar
tajaan luar negara yang masih belum menamatkan pengajian mereka.

30. PR-1432-L09639
Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
LUAR BANDAR menyatakan status terkini rumah generasi kedua FELDA yang
terbengkalai di FELDA K5, Kemaman.

31. PR-1432-L09855
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan persediaan
Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat
(KEMAS) untuk beroperasi semula. Bagaimana Kementerian memastikan
pembelajaran pelajar di Tabika KEMAS tidak terjejas sepanjang tempoh tidak
bersekolahan kerana COVID-19.

32. PR-1432-L08737
Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan apakah langkah meningkatkan kesedaran dan
kesiapsiagaan terhadap bencana tsunami serta apakah langkah kerjasama
antara Malaysia dengan South China Sea Tsunami Advisory Center (SCSTAC)
yang baru beroperasi pada 5 November 2019.
330 AUM DR 25/8/2020

33. PR-1432-L08796
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah ada cadangan untuk mewujudkan pondok polis di
Meligan/Long Pasia, Sipitang sebagai persiapan negara kita menghadapi
cabaran isu keselamatan, apabila Kalimantan dijadikan sebagai ibu kota
baharu Indonesia.

34. PR-1432-L08954
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [ Wangsa Maju ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan langkah yang dilakukan Kementerian di dalam
membantu membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi menampung kesan
pengangguran dijangka meningkat 17.1% atau bersamaan 610,500 orang
penganggur berdasarkan Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia bertarikh 8
Mei 2020.

35. PR-1432-L08812
Tuan Chan Ming Kai [ Alor Setar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan di setiap penjara dan depot :-
(a) berapa jumlah terkini banduan, tahanan dan reman mengikut
kaum, umur, jantina dan negara asal; dan

(b) reman yang paling lama sehingga kini adalah berapa tahun
dan mengapa sekian lama masih dalam tahanan reman.

36. PR-1432-L09180
Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan keputusan penuh dan lengkap mengenai cadangan pemberian
tanda pengenalan diri IMM13 kepada pelarian perang Filipina, pendatang tanpa
izin dan golongan yang dikategorikan sebagai orang tidak bernegara (stateless
people) yang ramai terdapat di Sabah. Apakah kajian terperinci dan sesi libat
urus bersama pemegang taruh (stakeholders) penduduk tempatan negeri
Sabah telah dilaksanakan dan dapatan yang positif terhadap impak sosial
kepada penduduk tempatan telah diambil kira.

37. PR-1432-L09244
Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta MENTERI ALAM SEKITAR
DAN AIR menyatakan projek-projek sistem perparitan Jabatan Pengaliran dan
Saliran (JPS) dan status terkini bagi mengelakkan Banjir Kilat dan Banjir besar
berlaku di Parlimen Raub. Aptindakan jangkamasa pendek dan panjang yang
telah dibuat.
AUM DR 25/8/2020 331

38. PR-1432-L09958
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan status permohonan yang dikemukakan kepada Menteri
Dalam Negeri pada 2019 bagi menghapuskan sekatan ke atas buku 'The
Golden Son of the Kadazan' tulisan Bernard Sta Maria yang merupakan
biografi seorang bekas ahli kabinet Kerajaan Negeri Sabah iaitu mendiang
Datuk Peter Mojuntin.

39. PR-1432-L09225
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI ALAM
SEKITAR DAN AIR menyatakan adakah Kerajaan Perikatan Nasional
berhasrat untuk menyempurnakan projek tebatan banjir Sungai Pinang di
Jelutong yang telah dimulakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

40. PR-1432-L09578
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan kadar pengangguran pada tahun 2018, 2019 dan 2020 mengikut
statistik setiap suku tahun. Nyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk
menyambung dasar Malaysia@works yang diumumkan dalam pembentangan
Belanjawan 2020.

41. PR-1432-L09252
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PERUMAHAN
DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha Kementerian untuk
memastikan pasaran sewa rumah kediaman berada dalam kemampuan
kebanyakan rakyat.

42. PR-1432-L09351
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan :-
(a) jumlah pekerja yang dilindungi oleh Akta Pembangunan
Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan telah dilatih pada masa
sekarang jika dibandingkan dengan tahun 2019; dan

(b) berapa anggaran pekerja yang akan dilatih oleh HRDF dari
tahun 2020 hingga 2023 dan nyatakan anggaran tersebut
mengikut tahunan.

43. PR-1432-L09108
Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta
MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan tindakan-tindakan yang
diambil oleh Kementerian untuk menjamin bekalan air yang secukup untuk
negeri Kedah termasuk Pulau Langkawi pada musim kemarau serta dalam
jangka masa yang panjang.
332 AUM DR 25/8/2020

44. PR-1432-L09255
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan jumlah dan panjang pelbagai kategori jalan raya di Sabah
yang belum berturap dan kenapa jalan-jalan berturap begitu cepat rosak
sehingga berlubang-lubang.

45. PR-1432-L08884
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan untuk menjelaskan
bagaimanakah RM1 juta yang di derma oleh Syarikat ECK Development Sdn
Berhad kepada persatuan yang dibentuk oleh Menteri, Penggerak Komuniti
Negara, telah digunakan dan apakah langkah yang diambil bagi membendung
sumbangan sebegini yang menimbulkan isu “conflict of interest”.

46. PR-1432-L10005
Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [ Temerloh ] minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan kemajuan terkini penyelenggaraan jalan-jalan raya kerana
kelihatan di sana-sini jalan-jalan raya tidak terurus, rumput dan pokok panjang
di median jalan. Ini jelas kelihatan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR@)
walaupun ianya terletak di dalam kota raya Kuala Lumur.

47. PR-1432-L09102
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan apakah langkah yang diambil bagi mengatasi isu
pelancong asing yang tidak dapat dikesan selepas masuk ke negara ini selain
kes perkahwinan melibatkan warga asing yang tidak didaftarkan.

48. PR-1432-L09401
Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah warga asing yang ditahan semasa serbuan imigresen
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut pecahan
kewarganegaraan, umur, jantina, depot tahanan, dan sebab penahanan
tersebut.

49. PR-1432-L09524
Puan Yeo Bee Yin [ Bakri ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR
menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan usaha Kerajaan Pakatan
Harapan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Jerebu Merentas
Sempadan ke Parlimen pada tahun ini sebelum musim kering dan berikan garis
masa untuk RUU ini dibentangkan.
AUM DR 25/8/2020 333

50. PR-1432-L08895
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan berapa jumlah pendatang asing (sama ada
tanpa izin, pelarian dan lain-lain) yang berdaftar dan tidak berdaftar di dalam
rekod agensi Kerajaan bagi Parlimen Lubok Antu dan langkah yang diambil
untuk mengurangkan kebanjiran pendatang asing di kawasan Lubok Antu.

51. PR-1432-L09392
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan pendirian Kerajaan
Persekutuan dengan rancangan Kerajaan negeri, khususnya Kerajaan Negeri
Kedah untuk membenarkan semula aktiviti pembalakan, khususnya di
pinggiran kawasan hutan simpan dan zon tadahan air.

52. PR-1432-L09257
Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan bilangan permohonan mengikut kategori kewarganegaraan yang
diterima dan melebihi tempoh masa 1 tahun. Apakah langkah yang diambil dan
tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan kes-kes permohonan yang
belum selesai.

**********************
334

HARI RABU, 26 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 28

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09925
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ]
minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :-
(a) status yuran pengajian semester Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) bagi penuntut IPTA dan IPTS yang terkesan akibat
penularan pandemik COVID-19; dan

(b) adakah kementerian mempunyai inisiatif berkaitan Sistem


Pembelajaran Online pelajar IPT yang tinggal di luar bandar
dan memerlukan capaian internet.

2. PR-1432-L09475
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
pendirian Kementerian berhubung perkahwinan kanak-kanak dan apakah
strategi dan tindakan Kementerian bagi menangani isu-isu sosial yang
merupakan penyebab kepada berlakunya perkahwinan kanak-kanak.

3. PR-1432-L09687
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [ Pasir Mas ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan status terkini Tabung Harapan dan ke manakah wang tersebut
disalurkan.

4. PR-1432-L09262
Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan apakah kolaborasi pintar dan penyelarasan
tanggungjawab dan tugasan di antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
Kementerian Pendidikan dan Inovasi Sabah, apakah langkah-langkah
Kementerian memastikan pembelajaran dalam talian di Sabah dapat
dilaksanakan sepenuhnya terutama sekali selepas begitu banyak keluhan
dalam perkara ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kerana
pandemik COVID-19.

5. PR-1432-L09710
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI PELANCONGAN,
SENI DAN BUDAYA menyatakan apakah langkah-langkah alternatif pasca
pandemik COVID-19 yang diambil oleh Kementerian dalam usaha pemulihan
industri pelancongan di Sabah.
AUM DR 26/8/2020 335

6. PR-1432-L08882
Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan untuk menyatakan
langkah Kementerian untuk menjaga kebajikan dan bekalan hidup golongan
pekerja dalam industri pertanian dan langkah Kementerian untuk memastikan
kemampanan industri ini dalam jangka masa panjang.

7. PR-1432-L08982
Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta
MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan sejauh
manakah impak negatif penutupan sempadan Malaysia kepada industri
pelancongan negara dan apakah perancangan Kementerian untuk memastikan
industri ini mampu bangkit dengan cepat memandangkan tiada tarikh tepat
diketahui untuk pelancong luar negara dibenarkan masuk ke Malaysia.

8. PR-1432-L09120
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah Kementerian bagi menangani
kes kemalangan jalan raya melibatkan pemandu bawah pengaruh alkohol dan
dadah atau memandu secara berbahaya selain daripada meminda undang-
undang.

9. PR-1432-L09672
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi
menurunkan defisit fiskal belanjawan negara yang dijangka meningkat susulan
pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan
Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

10. PR-1432-L09115
Dato' Dr. Xavier Jayakumar A/L Arulanandram [ Kuala Langat ] minta
MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan potensi pengeluaran
REE (Unsur Nadir Bumi) yang begitu bernilai ekonomi. Apakah langkah-
langkah Kementerian untuk membangunkan potensi baru ini.

11. PR-1432-L09782
Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan statistik kemalangan yang berpunca dari pemandu yang memandu
di bawah pengaruh alkohol dari tempoh Januari 2019 sehingga Mac 2020 serta
apakah Kementerian bercadang untuk mendesak penggubalan undang-undang
bagi meningkatkan hukuman bagi kesalahan tersebut.
336 AUM DR 26/8/2020

12. PR-1432-L09391
Dato' Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir [ Jerlun ] minta
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tentang
pelaksanaan teknologi 5G yang rintisnya dilaksanakan di Langkawi, seperti
berikut :-
(a) kaedah meluaskan liputan 5G lebih menyeluruh ke kawasan
luar bandar; dan

(b) peluang-peluang pekerjaan yang bakal wujud melalui ledakan


teknologi 5G.

13. PR-1432-L09569
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan statistik terkini selain daripada Sekolah
Kebangsaan yang telah bersetuju untuk pembelajaran tulisan jawi setelah
mendapatkan persetujuan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

14. PR-1432-L09195
Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-
(a) kadar peratusan penembusan rangkaian fiber optik di Johor
Bahru dan Johor; dan

(b) apakah perancangan Kerajaan untuk meningkatkan akses


rangkaian fiber optik dan internet berkelajuan tinggi di seluruh
negara.

15. PR-1432-L09269
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [ Arau ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan berapakah jumlah hutang negara dari Mei 2018 sehingga Februari
2020. Kita diberitahu bahawa dalam jangka pendek defisit negara akan
meningkat. Apakah perancangan khusus jangka panjang untuk mengurangkan
defisit hutang negara di masa hadapan.

16. PR-1432-L09602
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan statistik dan prestasi pengendalian kontena oleh pelabuhan-
pelabuhan utama di Malaysia untuk separuh tahun yang pertama 2020 (1H
2020) khususnya untuk Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan
Pelabuhan Pulau Pinang berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. Apakah
langkah khusus yang diambil Kerajaan untuk merancakkan lagi industri logistik
dan pelabuhan kita.
AUM DR 26/8/2020 337

17. PR-1432-L09751
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
memandangkan kesan ekonomi COVID-19 yang negatif, berikan perincian
mengenai anggaran kekurangan pendapatan Kerajaan untuk tahun kewangan
2020.

18. PR-1432-L08897
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [ Segambut ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
apakah status pelaksanaan terkini Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani
Punca Perkahwinan Bawah Umur yang telah dilancarkan pada Januari 2020
(Pelan) dan siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk memantau
pelaksanaan Pelan ini.

19. PR-1432-L09094
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan sejauh mana usaha Kementerian dalam
memastikan kawasan-kawasan pedalaman khususnya di Sabah dilengkapi
dengan liputan talian internet yang lebih baik, apakah status terkini 50 kawasan
fasa pertama yang dikenal pasti di negeri Sabah dalam program National
Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) yang telah dirancang oleh Kerajaan
terdahulu.

20. PR-1432-L09644
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan status penyelidikan dan pelaksanaan
penanaman padi tiga kali setahun serta kesan kepada simpanan beras negara
serta keselamatan makanan (food security).

21. PR-1432-L09881
Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan mengapakah tindakan senarai hitam
dikenakan ke atas pelajar yang dapat kelulusan penangguhan pembayaran
pinjaman PTPTN kerana sedang melanjutkan pendidikannya.

22. PR-1432-L09658
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah rancangan
kerajaan bagi tujuan menarik minat belia dalam sektor pertanian dan industri
pembuatan makanan khususnya dalam berhadapan situasi pemulihan pasca
COVID-19.
338 AUM DR 26/8/2020

23. PR-1432-L09354
Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah peruntukan Program Subsidi Upah 2020 dan apakah
kelulusan dan pembayaran setiap bulan sehingga Jun 2020 untuk program
tersebut serta adakah syarat-syarat kelayakan terlampau ketat menyebabkan
banyak syarikat yang memerlukan bantuan gagal menerimanya.

24. PR-1432-L09477
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [ Pandan ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
status terkini bantuan USD150 juta untuk 3 tahun daripada Qatar Fund For
Development (QFFD) untuk pelarian Rohingya di Malaysia, dan berapakah
yang telah QFFD salurkan setakat 24 Februari 2020 dan senaraikan penerima-
penerima sumbangan ini.

25. PR-1432-L09498
Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan apakah status pelan NFCP dan huraikan secara
spesifik pencapaiannya setakat sekarang.

26. PR-1432-L09064
Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
sama ada Kementerian menyediakan bantuan atau insentif khas kepada
pengusaha Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) swasta yang turut terkesan
akibat pandemik COVID-19 di mana mereka tidak dibenarkan beroperasi
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

27. PR-1432-L09515
Dr. Ong Kian Ming [ Bangi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
jumlah hutang terkini Pembinaan PFI Sdn Bhd. (Nombor Syarikat 748841-V)
dan adakah Kerajaan merancang untuk terus membiayai Perbelanjaan
Pembangunan dengan menggunakan syarikat serupa untuk Belanjawan 2020
dan 2021.

28. PR-1432-L08772
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan pemantauan Kerajaan terhadap puluhan tabung
atau bantuan kutip derma pandemik COVID-19 yang dilancarkan oleh badan
NGO atau organisasi kerja amal dan persendirian, dan adakah dana yang
dikumpul disalurkan kepada kumpulan tersasar.
AUM DR 26/8/2020 339

29. PR-1432-L09923
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan baki tunggakan bayaran balik GST setakat akhir Jun 2020 dan
jumlah syarikat yang terlibat. Adakah Kerajaan mempertimbangkan
pelaksanaan semula sistem GST.

30. PR-1432-L09176
Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan agar membuat kajian menyeluruh kepada keperluan membina
sekolah menengah baharu yang lengkap dengan asrama dan rumah guru
untuk menggantikan bangunan bangunan usang dan daif SMK Kalabakan yang
mempunyai tidak kurang dari 700 murid tempatan luar bandar di mana anak-
anak kecil seawal darjah satu di kawasan perladangan Benta Wawasan SIB,
terpaksa melalui perjalanan jauh ke sekolah sekolah terdekat di SK FELDA
Umas dan SK Luasong.

31. PR-1432-L09455
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh sektor perbankan dan sama ada kadar
peratusan yang menurun ini akan menyukarkan lagi ekonomi dan perniagaan
untuk pulih semula. Nyatakan prestasi pengeluaran bantuan dan pinjaman
yang diumumkan oleh Kerajaan kepada perniagaan.

32. PR-1432-L08928
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan mekanisme yang akan diambil kepada sekolah bantuan modal
yang masih serba kekurangan dalam pelbagai aspek khususnya yang
melibatkan infrastruktur dan kelengkapan sekolah.

33. PR-1432-L08909
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI TENAGA DAN
SUMBER ASLI menyatakan sama ada Kerajaan Malaysia sedang membantu
Indonesia memulihkan paras air bawah tanah (groundwater level) di kawasan-
kawasan tanah gambut yang mudah terbakar setiap kali musim kemarau.

34. PR-1432-L09325
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan masalah pembuangan hasil pertanian
seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan semasa PKP. Apakah langkah
yang diambil oleh Kementerian selepas media melaporkan peristiwa-peristiwa
tersebut. Berapa jumlah pembelian oleh FAMA dan LKIM untuk membantu
menyelesaikan masalah lambakan tersebut.
340 AUM DR 26/8/2020

35. PR-1432-L08931
Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah hasil yang diperoleh daripada Program GENIUS Negara
dan bagaimanakah hala tuju kanak-kanak ini setelah 10 tahun program ini
dilaksanakan.

36. PR-1432-L09575
Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan sama ada mempunyai rancangan untuk menambah peruntukan
Program Subsidi Upah khas untuk sektor-sektor yang tidak dapat pulih akibat
daripada PKP yang dilaksanakan, seperti sektor pelancongan, hotel dan
syarikat-syarikat pengurusan event (event management company).

37. PR-1432-L09447
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
unjuran pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran dan kes kebankrapan
tahun ini memandangkan anggaran Bank Dunia bahawa pertumbuhan GDP
Malaysia akan susut 3.1% serta langkah yang diambil untuk menghindari
keadaan sedemikian, khususnya di kalangan peniaga-peniaga kecil dan
pekerja yang kehilangan pekerjaan.

38. PR-1432-L09430
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [ Setiawangsa ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan tentang keberkesanan Program Vokasional
Menengah Atas (PVMA) dan Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA).

39. PR-1432-L09984
Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
apakah tahap pencapaian perlaksanaan dan penguatkuasaan untuk
'Substance Requirement' terhadap syarikat-syarikat yang berdaftar dengan
Labuan FSA. Berapa buah syarikat yang terlibat dan berapa yang sudah
memenuhi syarat yang diwajibkan.

40. PR-1432-L09747
Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) berapa banyak perbelanjaan yang telah dibelanjakan oleh


Kerajaan untuk menangani COVID-19 sehingga 31 Jun 2020 ;
dan

(b) memberikan perincian perbelanjaan.


AUM DR 26/8/2020 341

41. PR-1432-L08799
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan sama ada terdapat cadangan
mewujudkan Lembah Organik di Sipitang khususnya di kawasan Ulu Bul dan
Long Pasia memandangkan potensi kawasan tersebut begitu menyerlah dan
boleh menjadi kawasan pengeluaran tanaman kekal.

42. PR-1432-L09333
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan bahawa banyak ban-
ban pertanian yang telah rosak akibat hakisan pantai atau tindakan ombak laut
seperti yang terjadi terutamanya di Kampung Paloh, Kedang, Sebako,
Penibong, Betanak, Salah Kecil, Penipah, Tekajong dan Bruit. Adakah
Kementerian mempunyai rancangan untuk membaiki dan menaik taraf ban-ban
pembinaan ban pertanian serta struktur kawalan air laut secara menyeluruh,
supaya aktiviti pertanian penduduk di kawasan tersebut dapat dimajukan lagi.

43. PR-1432-L09468
Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
mengenai statistik penderaan terhadap isteri dan bagaimana Kementerian
menanganinya sambal mencadangkan buat pihak Kerajaan merujuk Pelan
Tindakan Sosial Islam yang pernah dilancarkan oleh Kementerian di JPM
(Agama) dalam Kerajaan Pakatan Harapan.

44. PR-1432-L09790
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
unjuran dan pengambilan IPG 2020 untuk Sekolah Kebangsaan, SJKC dan
SJKT mengikut mata pelajaran.

45. PR-1432-L08911
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan status perundingan untuk
pembebasan kapal-kapal nelayan Malaysia yang ditahan Indonesia dalam
kawasan pertindihan perairan dan untuk memberikan butir-butir termasuk
nombor pendaftaran kapal yang telah dipulangkan.

46. PR-1432-L09604
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan sejauh manakah persiapan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam
Malaysia (CAAM) dalam mengembalikan tahap penilaian Federal Aviation
Authority (FAA) Amerika Syarikat terhadap CAAM dari Kategori 2 ke Kategori 1
pada masa terdekat.
342 AUM DR 26/8/2020

47. PR-1432-L09839
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [ Hang Tuah Jaya ]
minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN
MASYARAKAT menyatakan jumlah penerima bakul makanan (food basket),
nilai setiap bakul dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk bakul
makanan di dalam Parlimen Hang Tuah Jaya sepanjang Tempoh Kawalan
Pergerakan; bagaimana edaran dilaksanakan dan apakah Kementerian tidak
mengiktiraf peranan Ahli Parlimen di dalam menyalurkan bantuan kepada
rakyat.

48. PR-1432-L09752
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
PENGAJIAN TINGGI menyatakan menyemak semula yuran pengajian di IPTA
oleh kerana kebanyakan pelajar tidak tinggal di dalam kampus dan
menggunakan fasiliti berkaitan.

49. PR-1432-L09816
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan peratus pelajar sekolah rendah dan sekolah
menengah yang gagal mengikut pembelajaran dalam talian sepanjang Perintah
Kawalan Pergerakan sehingga hari ini dan apakah langkah-langkah yang akan
diambil Kementerian bagi membolehkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan
sekolah menengah kembali ke sekolah.

50. PR-1432-L09543
Dr. Maszlee bin Malik [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan data terperinci pembelajaran online di seluruh negara sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan mencakupi peratusan capaian oleh murid, guru,
jumlah pelajar terlibat, jumlah pelajar yang terkesan dengan isu kekurangan
"hardware" dan masalah mendapatkan talian internet serta apakah
perancangan Kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

51. PR-1432-L09288
Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan :-
(a) apakah status pengiktirafan sijil UEC sebagai syarat am
kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi
awam (IPTA); dan

(b) apakah hasil dan syor-syor dalam laporan oleh Jawatankuasa


Khas UEC.
AUM DR 26/8/2020 343

52. PR-1432-L09091
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER
ASLI menyatakan langkah-langkah yang telah dirancang untuk mengatasi
masalah bekalan air bersih di Sabah terutamanya di kawasan yang jauh
daripada sumber air sungai bersih seperti di pulau dan kawasan pedalaman.

53. PR-1432-L08890
Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [ Lubok Antu ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan adakah Kementerian
merancang untuk menaik taraf kemudahan-kemudahan dan mempromosi
Empangan Hidro Elektrik Batang Ai Lubok Antu memandangkan ianya produk
pelancongan yang perlu dipelihara.

54. PR-1432-L09796
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan sama ada wujud apa-apa siasatan ‘money trail’
dibuat terhadap pembayaran RM555 juta oleh Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT) untuk pembelian saham-saham syarikat yang mendapat
konsesi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dan jika ada apakah status
siasatan tersebut.

55. PR-1432-L09605
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan
sama ada RUU Gangguan Seksual mengambil kira kelompongan akta asal
yang dikenal pasti Asian Strategy & Leadership Institute termasuk perincian
jenayah mengambil gambar tanpa keizinan, surat ugutan yang mengandungi
gambar atau video peribadi, penghendapan dan penyebaran butiran peribadi
tanpa kebenaran.

56. PR-1432-L09451
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah terkini pihak
Kementerian dalam membasmi penyebaran maklumat tidak sahih dan palsu
yang semakin meningkat sehingga boleh mengancam keselamatan negara dan
perpaduan rakyat.

**********************
344

HARI KHAMIS, 27 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 29

WAKTU PERTANYAAAN - PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1432-L09398
Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) adakah Kementerian akan mengikuti piawaian yang telah
ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50
miligram (mg) kandungan alkohol dalam 100 mililiter (ml)
darah bagi mengesan pemandu mabuk; dan

(b) adakah terdapat sebarang halangan untuk mengikuti piawaian


tersebut.

2. PR-1432-L09327
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji keberkesanan GST dan SST.
Pada pendapat Menteri Kewangan sebagai pakar korporat dan ekonomi
apakah yang lebih sesuai untuk negara.

3. PR-1432-L09448
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan pendekatan terkini Kerajaan menangani isu kehilangan
pekerjaan dan pengangguran khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan.

4. PR-1432-L09008
Datuk Mohd. Azis bin Jamman [ Sepanggar ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah-langkah yang
akan dilakukan bagi menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Sabah yang
setiap tahun mengalami masalah yang sama.

5. PR-1432-L09738
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [ Pasir Puteh ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan menyatakan sambutan
permohonan Geran Agropreneur Muda dalam kalangan anak muda dan usaha
yang dilakukan bagi meningkatkan penglibatan anak-anak muda.
AUM DR 27/8/2020 345

6. PR-1432-L08783
Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan pelan seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU-
14 dalam menyelesaikan isu doktor-doktor muda atau ‘houseman’ yang
terpaksa menunggu terlalu lama untuk ‘posting’.

7. PR-1432-L08768
Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh
FAMA untuk mengatasi masalah terputusnya rantaian pemasaran hasil tani
akibat wabak COVID-19.

8. PR-1432-L09851
Puan Vivian Wong Shir Yee [ Sandakan ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk
membantu para pelajar agar sesi pembelajaran di rumah melalui platform
dalam talian, terutamanya mereka yang tidak memiliki komputer atau komputer
riba di rumah.

9. PR-1432-L08779
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meluas
atau melanjutkan perintah berkurung ESSCOM ke laut terbuka memandangkan
kes penculikan kru bot telah beralih ke laut terbuka.

10. PR-1432-L09119
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [ Ledang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan perancangan Kerajaan dalam merancakkan
pemulihan sektor penerbangan yang terjejas teruk pasca COVID-19.

11. PR-1432-L09774
Dato' Sri Hasan bin Arifin [ Rompin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapa jumlah penduduk Orang Asli di negeri Pahang dan
berapakah anggaran pendapatan isi rumah Orang Asli di seluruh negara.

12. PR-1432-L08869
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI
DAN BUDAYA menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk
membantu industri pelancongan sehingga COVID-19 terkawal.
346 AUM DR 27/8/2020

13. PR-1432-L09047
Datuk Liew Vui Keong [ Batu Sapi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan akan teruskan usaha memansuhkan hukuman mati mandatori
di Malaysia.

14. PR-1432-L09955
Datuk Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan status projek perintis penanaman Hemp yang telah dimulakan
pada 2019 dan juga penggubalan dasar Kementerian yang membolehkan
industri gentian/fiber Hemp dimajukan sebagai 'the new cash crop' dan juga
industri 'Medical Marijuana' dalam bidang perubatan.

15. PR-1432-L09445
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
sama ada Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Kerajaan PH akan
diteruskan dan sekiranya tidak nyatakan secara terperinci butiran projek
pembangunan dan program termasuk nilainya, yang akan dibatalkan atau
ditangguhkan serta rasionalnya.

16. PR-1432-L09690
Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh manakah hak-hak Sabah sebagaimana yang disebutkan di
dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah dilaksanakan.

17. PR-1432-L09020
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah akan diwujudkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja
tentang 4 perkara iaitu 1MDB, Tabung Haji, FELDA dan MARA. Adakah
Kerajaan bercadang untuk membentang RUU mengenai dana/derma politik
dan RUU mengenai perlu dibatalkan kemenangan mana-mana parti politik jika
manifesto pilihan raya tidak dipenuhi dalam masa yang tertentu selepas
sesuatu PRU.

18. PR-1432-L09186
Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
jumlah pemohon yang telah berjaya menebus e-Tunai RM50 sehingga 30 Jun
2020.

19. PR-1432-L09716
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan bilakah projek Jambatan Pasir
Kelang akan dimulakan dan apakah halangan yang menyebabkan kelewatan
projek ini.
AUM DR 27/8/2020 347

20. PR-1432-L09214
Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sama ada Kerajaan masih komited membawa mereka yang
bertanggungjawab menyebabkan negara kita kehilangan berbilion ringgit akibat
skandal 1MDB ke muka keadilan berserta dengan langkah-langkah yang
diambil untuk mencapai matlamat ini.

21. PR-1432-L08732
Dato' Masir Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan apakah status pelaksanaan Jalan Balau - Banting di
Parlimen Sri Aman.

22. PR-1432-L08856
Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) apakah langkah berkesan telah diambil untuk menghalang
pengganas menjadikan Malaysia sebagai pusat transit dan
perincian jumlah tahanan telah dibuat oleh pihak berkuasa dan
negara asalnya setakat 31 Mei 2020. ; dan

(b) bilakah Kerajaan akan mengkaji semula ‘free visa travel


agreements’ dengan negara Timur Tengah dan Afrika atau
dasar keperluan visa imigresen memandangkan ramai
pengganas masuk Malaysia dari negara Timur Tengah dan
Afrika yang tidak memerlukan visa.

23. PR-1432-L09570
Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan berapa banyak kes kemalangan jalan raya
yang melibatkan pemandu mabuk dari tahun 2015 hingga ke tahun 2019 dan
apakah langkah-langkah segera yang akan diambil.

24. PR-1432-L09765
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Damansara ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan kedudukan penstrukturan semula Syarikat Lebuhraya Utara
Selatan, sama ada perjanjian penstrukturan telah dimuktamadkan. Apakah
anggaran penjimatan yang akan dinikmati oleh pihak pengguna lebuh raya dan
pampasan yang perlu dibayar oleh Kerajaan untuk setiap tahun sehingga
penamatan konsesi.
348 AUM DR 27/8/2020

25. PR-1432-L09663
Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah langkah terkini
Kementerian untuk memastikan keselamatan makanan (food security) terjamin
khususnya dalam menghadapi situasi luar jangka pada masa hadapan seperti
wabak COVID-19.

26. PR-1432-L09089
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan di bawah Kerajaan yang baru ini apakah status dan berapa jumlah
projek pembinaan atau menaiktarafkan sekolah–sekolah tidak selamat atau
sekolah-sekolah daif di Sabah. Dapatkah Kementerian membina sebuah
sekolah menengah baru di kawasan Kemabong Tenom bagi mengatasi
masalah kesesakan dan pembelajaran dua sesi di SMK Kemabong Tenom.

27. PR-1432-L09361
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah status Projek Lampu
Jalan Kampung (LJK) tahun 2019 dan peruntukan LJK 2020 bagi Parlimen
Sibuti.

28. PR-1432-L09756
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan inisiatif Malaysia@Work berjumlah RM6.5 bilion
yang telah dibentang Kerajaan pada Belanjawan 2020 akan diteruskan seperti
yang telah dirancang terutamanya kepada golongan belia.

29. PR-1432-L09614
Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan sejauh mana Kerajaan akan melaksanakan cadangan
Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya
(ERC) untuk menggantikan sistem (First-Past-The-Post- FPTP) dengan sistem
Perwakilan berkadar (Proportional Representation) .

30. PR-1432-L10056
Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian
untuk menyekat COVID-19 yang sangat-sangat ditakuti oleh penduduk-
penduduk di Malaysia dari merebak terutama di bandar-bandar dan :-
(a) berapa jumlah perbelanjaan luar jangka yang sudah
dibelanjakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional demi
memantau wabak ini di seluruh negara dan dari mana punca
dana untuk menangani wabak ini ; dan
AUM DR 27/8/2020 349

(b) berapa ramai mangsa yang maut di sebabkan COVID-19 ini


mengikut negeri dan dari jumlah kematian ini berapa orang
mangsa terdiri daripada daripada ‘frontliners'.

31. PR-1432-L08724
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan sekiranya pihak Kementerian bercadang untuk
membina baru atau menaik taraf klinik kesihatan di Data Kakus, Tatau, Bintulu
dan naik taraf di Sg. Asap Belaga.

32. PR-1432-L09588
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [ Pulai ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kementerian bercadang
untuk memperkenalkan pelupusan harga siling beras tempatan dan penetapan
harga siling beras import.

33. PR-1432-L09874
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan apakah Kerajaan telah menjalankan kajian terhadap sektor
perladangan sawit, getah, pertanian dan perkilangan berikutan dasar
penggantungan pengambilan pekerja asing ke Malaysia. Apakah Kementerian
akan menjalankan pemutihan terhadap pekerja asing haram di negara kita
demi memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor perladangan, pertanian dan
perkilangan.

34. PR-1432-L09199
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah status pembaikan semua sekolah-sekolah daif di Sarawak
sebab-sebab tertangguhnya sesetengah projek selepas bayaran RM350 juta
untuk fasa pertama “contra-loan” yang dipersetujui antara Kerajaan negeri dan
Kerajaan Pusat.

35. PR-1432-L09911
Puan Kasthuriraani A/P Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan selain daripada mengenakan hukuman dan denda yang lebih
berat bagi kes memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan
cedera atau maut :-
(a) apakah rancangan Kerajaan dalam usaha pencegahan
memandu dalam keadaan mabuk ; dan

(b) senaraikan usaha proaktif Kerajaan untuk mengurangkan


kadar kemalangan jalan raya dari segi penguatkuasaan,
keadaan jalan raya, sikap pemandu, dan faktor-faktor yang
lain.
350 AUM DR 27/8/2020

36. PR-1432-L08801
Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah ada cadangan membina Sekolah Menengah di
Mendulong, Sipitang bagi menampung keperluan pelajar dari kawasan
pedalaman termasuk Long Pasia yang paling jauh terpencil dan juga apakah
status berhubung cadangan pembinaan SK Pekan Sipitang yang masih
berkeadaan daif pada masa ini.

37. PR-1432-L08834
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan adakah Kerajaan akan melanjutkan tempoh moratorium
pembayaran balik pinjaman bank dan institusi kewangan yang berakhir pada
September 2020 memandangkan pemulihan ekonomi negara sekarang terlalu
perlahan dan kewangan rakyat masih terjejas teruk untuk membayar balik
pinjaman.

38. PR-1432-L09390
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan kekangan yang dihadapi
oleh industri pelancongan disebabkan oleh COVID-19 dalam mencapai
sasaran tahun melawat Malaysia 2020. Apakah strategi yang diambil untuk
menangani masalah ini serta bantuan yang dilaksanakan oleh Kementerian.

39. PR-1432-L09341
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan adakah perancangan untuk membina sebuah pondok
polis di Pulau Bruit kerana balai polis terdekat hanya ada di Bandar Baru
Tanjong Manis dan Daro yang agak jauh dari Pulau Bruit.

40. PR-1432-L09892
Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan status pengangguran dalam negara dengan pecahan
jantina, sektor formal dan tidak formal, pekerja asing dan pekerja tempatan dan
kumpulan umur (age-group).

41. PR-1432-L09821
Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan mempunyai majoriti kepercayaan Ahli Dewan Rakyat
untuk memegang jawatan Perdana Menteri.
AUM DR 27/8/2020 351

42. PR-1432-L08915
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERTANIAN
DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan status keselamatan makanan
Malaysia, keupayaan untuk menghadapi krisis makana global dan langkah-
langkah untuk meningkatkan penggunaan tanah untuk makanan selepas
pengalaman krisis pendemik COVID-19.

43. PR-1432-L09912
Tuan Chong Chieng Jen [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) akan
membuka semula kertas siasatan mengenai penjualan murah tanah Kerajaan
Negeri Sarawak seluas 267 ekar di MJC Batu Kawa, Kuching, Sarawak kepada
Standard Parade Development Sdn. Bhd.

44. PR-1432-L09947
Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan penggunaan sistem Artificial Intelligence (AI) bagi tujuan
membantu menetapkan kadar hukuman bagi kes-kes jenayah seperti yang
dimulakan di Mahkamah di Sabah. Sejauh manakah majistret ataupun hakim
terikat terhadap kadar hukuman yang dicadangkan, dan sama ada sistem AI ini
mampu memberikan cadangan untuk binding over.

45. PR-1432-L09168
Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan status terkini penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen.
Adakah Kerajaan sekarang bercadang untuk meneruskan usaha mewujudkan
semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

46. PR-1432-L09026
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Rang Undang-undang 355 akan
dibentangkan di Parlimen.

**********************
STATISTIK PERTANYAAN-PERTANYAAN YANG DITERIMA DARIPADA AHLI-AHLI DEWAN
RAKYAT UNTUK MESYUARAT KEDUA, PENGGAL YANG KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS ( 2020 )

BIL. NAMA KEMENTERIAN LISAN BERTULIS USUL JUMLAH

1 Perdana Menteri 260 99 6 365

2 Menteri Dalam Negeri 117 62 3 182

3 Menteri Kewangan 102 53 1 156

4 Menteri Pendidikan 75 43 1 119

5 Menteri Sumber Manusia 74 27 1 102

6 Menteri Kesihatan 73 42 0 115

7 Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 55 17 1 73

8 Menteri Alam Sekitar Dan Air 53 11 1 65

9 Menteri Pembangunan Luar Bandar 50 18 0 68

10 Menteri Pengangkutan 47 22 2 71

11 Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan 45 28 1 74

12 Menteri Komunikasi Dan Multimedia 42 12 0 54

13 Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya 37 12 0 49

14 Menteri Kerja Raya 35 18 0 53

15 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat 31 19 0 50

16 Menteri Tenaga Dan Sumber Asli 31 11 0 42

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal


17 26 10 0 36
Pengguna

18 Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi 26 4 0 30

19 Menteri Pengajian Tinggi 24 11 0 35

20 Menteri Wilayah Persekutuan 23 9 0 32


BIL. NAMA KEMENTERIAN LISAN BERTULIS USUL JUMLAH

21 Menteri Belia Dan Sukan 23 4 0 27

22 Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri 21 6 0 27

23 Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi 19 11 0 30

24 Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi 19 8 0 27

25 Menteri Pertahanan 19 6 1 26

26 Menteri Luar Negeri 12 4 0 16

27 Menteri Perpaduan Negara 3 5 1 9

JUMLAH KESELURUHAN PERTANYAAN 1342 572 19 1933

You might also like