You are on page 1of 3

PANDUAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN DALAM TALIAN

MASA TINDAKAN
SEBELUM 1. Baca panduan ini dengan teliti.
MINGGU 2. Semak jadual peperiksaan yang dikeluarkan. Sila maklumkan dengan kadar
PEPERIKSAAN
segera jika terdapat sebarang masalah berkenaan jadual peperiksaan.
BERMULA
3. Sila pastikan peranti (device) anda seperti telefon pintar, komputer, komputer
riba atau tablet berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
4. Pastikan anda mempunyai capaian internet yang baik pada minggu
peperiksaan. Langgan pelan internet yang sesuai dan pilih lokasi capaian
internet yang baik.
5. Berhubung dengan pensyarah bagi setiap subjek yang anda ambik untuk
tentang format dan medium untuk menghantar jawapan peperiksaan akhir.
6. Sila pasang (install) aplikasi MS Word dan Google Docs pada peranti (device)
anda.
7. Sila sediakan semua keperluan peperiksaan seperti kertas, pen, kertas graf,
jangka sudut dan sebagainya.
8. Sila berhubung dengan pensyarah anda dengan kadar segera jika terdapat
sebarang masalah.

SEBELUM 1. Pastikan anda tahu tentang format, cara menjawab dan masa peperiksaan
MENDUDUKI yang akan anda ambil.
PEPERIKSAAN
2. Sila rujuk General Guidelines for Online Exam Submission yang disertakan
AKHIR
bersama panduan ini. General Guidelines for Online Exam Submission
tersebut menunjukkan kaedah menyediakan jawapan peperiksaan dalam
bentuk salinan lembut (softcopy) format Google Docs atau MS Word sebelum
diserahkan kepada pensyarah.
3. Pastikan ada mempunyai akses internet yang baik ketika peperiksaan
dijalankan. Sila rancang sebaik-baiknya. Sebarang alasan berkenaan internet
tidak akan dilayan kerana arahan telah diberikan lebih awal.
4. Sila bersedia 15 minit lebih awal sebelum soalan peperiksaan diberikan.
5. Masa peperiksaan adalah 3 jam bagi setiap subjek.
6. Sila berhubung dengan pensyarah anda dengan kadar segera jika terdapat
sebarang masalah.

SEMASA 1. Jawab semua soalan dalam format MS Word atau Google Docs SAHAJA.
PEPERIKSAAN 2. Jika anda diminta untuk mengambil gambar / foto/ rajah sila sisipkan gambar
BERLANGSUNG
(insert picture) dalam fail MS Words atau Google Docs SAHAJA.
3. Pastikan anda menulis nama, nombor pelajar dan subjek pada setiap muka
surat kertas sebelum mengambil gambar. PENTING! Kertas jawapan yang
tidak bernama tidak akan disemak.
4. Sila tulis nombor soalan dengan jelas pada setiap jawapan yang anda berikan.
PENTING! Jawapan yang tidak bernombor tidak akan disemak.
5. Mulakan setiap jawapan di muka surat baharu / gambar baharu.
6. Sila berhubung dengan pensyarah anda dengan kadar segera jika terdapat
sebarang masalah.

SELEPAS 1. Semak jawapan anda sebaik-baiknya sebelum hantar. Sebarang permohonan


PEPERIKSAAN untuk mengubah jawapan selepas dihantar tidak akan dilayan.
BERAKHIR
2. Simpan (save) dalam format pdf / MS word / Google Docs. Gunakan medium
penghantaran yang telah dberitahu dan dipersetujui oleh pensyarah anda
sama ada melalui e-mel, whatsapp, google form atau google classroom .
3. Jawapan perlu dihantar selewat-lewatnya 15 minit selepas peperiksaan
tamat.
4. Sila berhubung dengan pensyarah anda dengan kadar segera jika terdapat
sebarang masalah.
Nombor-Nombor Penting

Unit Peperiksaan
En. Syam: 011 59180428
Cik Farhani: 018 2879908
En. Athi: 016 5937694

Bahagian Akademik
Ketua Akademi, Pn. Rosliana: 012 9584667
Koordinator DBM, Pn. Hazira: 017 361 8891
Koordinator DIA, Pn. Rohaya: 013 221 4930
Koordinator DPM, En. Syam; 011 59180428
Koordinator FIB, Cik Dea: 011 1552817
Koordinator DHM, Pn. Raja: 018 9777453

SELAMAT MAJU JAYA

You might also like