You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

LAPORAN MESYUARAT PANITIA SAINS RUMAH TANGGA Bil 2/2021


TARIKH : 12 September 2021
MASA : 2.30 -4.30 petang
TEMPAT : Kediaman Masing-masing
Medium : Google Meet

AGENDA MAKLUMAN/KEPUTUSAN TINDAKAN


1.0 Aluan Pengerusi Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan Pengerusi
terima kasih kepada semua guru atas kehadiran
ke mesyuarat panitia kali kedua dan komitmen
dalam melaksanakan PdPR walaupun semua guru
menghadapi pelbagai kekangan.
2.0 PEPERIKSAAN 1. Tarikh pelaksanaan : 19 hingga 23 September Guru mata
PERTENGAHAN TAHUN 2021. pelajaran
2. Melibatkan semua mata pelajaran kecuali PJPK
bagi semua tingkatan.
3. Tempoh masa menjawab adalah fleksibel,
contoh sehingga jam 5.00 petang pada hari yang
sama.
4. T4 dan T5 ikut format SPM 2021.
5. Tingkatan menengah rendah dalam masa
sejam sehingga 1 jam 30 minit.
6. Kaedah pelaksanaan adalah dengan Aplikasi
Google Form untuk soalan berbentuk Objektif,
Subjektif atau Esei.
•Kursus/ Latihan Pemantapan Aplikasi Google
Form akan diberikan kepada guru yang
memerlukannya. Ketetapan tarikh, tempat dan
masa ikut hasil diskus Mesyuarat Panitia bersama
GKM.
7. Disarankan aras soalan peperiksaan yang
dikemukakan pada tahap sederhana dan rendah.
8. Bancian jumlah pelajar yang mengikuti kelas
online @ offline PdPR perlu dikemukakan.
9. Bancian jumlah pelajar yang berkongsi peranti
dikalangan adik beradik di dalam rumah perlu
dibuat.
10. Hasil bancian tersebut boleh menentukan
jumlah yang tepat bahan berkaitan peperiksaan
yang perlu dicetak atau photostat bagi pelajar
yang tidak aktif/ ponteng dalam PdPR. Bahan

1
berkenaan akan diletakkan di pondok pengawal
keselamatan kelak untuk diambil oleh waris.
3.0 Penangguhan Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang Pengerusi
mesyuarat

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………… ……………………………………………………..
LOLITA BINTI MOHD YUSOF (GUNA WATY A/P SINNATHAMBY)
Ketua Panitia SRT GKM Teknik Dan Vokasional,
SMK Tunku Ismail SMK Tunku Ismail

2
MAKLUM BALAS
Perkara : PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
1. Tarikh pelaksanaan Peperiksaan Pertengahan tahun
Mohon ditunda ke minggu ke 2 selepas cuti iaitu bermula 26/9/2021.
- masa untuk dihebahkan kepada murid sangat terhad.
- beri peluang murid ulangkaji bersama guru semasa PdPr.
- perlu bancian dari segi masa yg sesuai utk murid, kaedah pengendalian peperiksaan samada GF/ Modul
bercetak dan sebagainya.
- guru lebih bersedia untuk menyediakan soalan yang berkualiti dan sesuai dengan kemampuan murid
SMKTI
- tidak semua guru mahir dalam GoogleForm.

2. FORMAT PEPERIKSAAN SRT


Tingkatan 4A4, akan menggunakan kaedah atas talian melalui GOOGLE FORM :
Soalan berbentuk objektif aneka pilihan
Bahagian A ( 20 soalan)
Soalan struktur B (10 soalan)
Soalan bahagian C ( 2 soalan)-murid akan hantar jawapan mengikut sebarang kemudahan atas talian
yang mereka ada.

Masa menjawab ialah 2 jam 30 minit

3. KAEDAH PELAKSANAAN
Guru memerlukan kursus untuk membina soalan secara online iaitu melalui GOOGLE FORM

4. BANCIAN MURID
Bancian untuk maklum balas murid mengenai pelaksanaan peperiksaan akan dibuat oleh UNIT
PEPERIKASAAN melalui link GOOGLE FORM
Guru kelas akan berikan link ini melalui group kelas masing-masing

5. MURID YANG TIDAK MENJAWAB SOALAN

3
Guru subjek akan kenalpasti murid berkenaan dan menyediakan kertas peperiksaan secara BERCETAK
dan murid perlu datang dan mengambilnya di Pondok Pengawal sekolah.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

…………………………………… ……………………………………………………..
LOLITA BINTI MOHD YUSOF (GUNA WATY A/P SINNATHAMBY)
Ketua Panitia SRT GKM Teknik Dan Vokasional,
SMK Tunku Ismail SMK Tunku Ismail

You might also like