You are on page 1of 6

SK LKTP LINGGIU

KOTA TINGGI, JOHOR


JBA 3048

KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN
SK LKTP LINGGIU 2015

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM SK LKTP LINGGIU

20 OKTOBER 2015

“BADAN SIHAT, MINDA CERGAS”


KERTAS KERJA
KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN
SK LKTP LINGGIU 2015

1.0 PENDAHULUAN
Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesama murid dan guru. Dengan
adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam
kalangan murid. Selain daripada itu, ia dapat dijadikan sebagai satu aktiviti kepada semua murid di
samping memberikan kesedaran pentingnya sukan kepada semua.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang permainan dengan lebih
menyeluruh.
2.2 Memberikan pendedahan kepada murid tentang pentingnya kecerdasan kepada kesihatan
tubuh badan manusia.
2.3 Membentuk sahsiah murid agar lebih berdisiplin dengan aktiviti permainan yang
terancang.
2.4 Mengeratkan ikatan silaturrahim di antara semua murid dan guru melalui aktiviti yang
diadakan bersama.
2.5 Memupuk budaya saing yang positif di dalam suasana pertandingan yang komprehensif.

3.0 TEMA
“MINDA CERGAS, BADAN SIHAT”

4.0 SASARAN
Murid tahap 1 (Tahun 1, 2 & 3)
Murid tahap 2 (Tahun 4, 5, & 6)

5.0 TEMPAT
Padang SK LKTP Linggiu
6.0 TARIKH
20 Oktober 2015 (Bermula 7:30 pagi)
7.0 JAWATANKUASA
Penasihat : Pn. Marhamah binti Jais
Pengerusi : En. Mohammad Rashid bin Othman
Penyelaras : En. Hashim bin Musa
Setiausaha : Cik Queratul Ain Binti Mohani
Bendahari : Pn. Masliza binti Mustahim

Jawatankuasa Pelaksana
Permainan : 1) Bola Sepak (20 Oktober 2015)
- En. Hashim bin Musa

2) Bola Jaring (20 Oktober 2015)


- Pn. Norazlina binti Mat Azraai

3) Bola Baling (20 Oktober 2015)


- Pn. Norafzan binti Hussein

4) Catur (20 Oktober 2015)


- Pn. Norhayati binti Shaaban

5) Sukaneka dan permainan tradisional (20 Oktober 2015)


- Cik Noor Haliza Binti Ismail

Disiplin : En. Mohd Syazwan bin Rahim


Teknikal & Peralatan : Cik Norlela binti Hashim
Jurugambar & Dokumentasi : Cik Queratul Ain binti Mohani

Peraturan-peraturan Pertandingan
1. Kumpulan (lelaki dan perempuan)
1.1 Semua murid tahap 1 dan tahap 2 terlibat.
1.2 Mengikut rumah pasukan masing-masing.

2. Anjuran
2.1 Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK LKTP Linggiu
3. Pecahan pertandingan
3.1 Lelaki – Futsal
– Bola baling
– Catur
3.2 Perempuan – Bola jaring
– Bola baling
– Catur

3.3 Tahap 1 -Sukaneka


-Permainan Tradisional

4. Penyertaan
4.1 Setiap rumah pasukan dibenarkan menghantar satu kumpulan untuk setiap
pertandingan yang dianjurkan. Jumlah peserta termasuk simpanan dalam setiap
kumpulan adalah seperti berikut:
4.1.1 Futsal : 7 orang (1 pasukan)
4.1.2 Bola baling : 10 orang (1 pasukan lelaki dan 1 perempuan )
4.1.3 Bola jaring : 10 orang (1pasukan)
4.1.4 Catur : 2 orang (1 Lelaki dan 1 Perempuan)
4.1.5 Sukaneka : 10 peserta
4.1.6 Permainan Tradisional : 10 orang
4.2 Kemenangan akan diberikan kepada mana-mana kumpulan yang menang.
Perlawanan diadakan secara liga.
4.3 Semua peserta mestilah sihat. Pengurus pasukan mestilah terdiri daripada guru rumah
pasukan masing-masing

5. Pembatalan
5.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan sepanjang pertandingan.
5.2 Mana-mana peserta yang didapati melanggar syarat pertandingan akan dibatalkan hak
penyertaannya.
6. Pakaian
6.1 Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan sekolah,
bert-shirt rumah sukan dan boleh memakai jersi sekiranya ada dan berkasut.
6.2 Mana-mana peserta yang tidak memakai pakaian sukan tidak dibenarkan memasuki
acara.
7. Hadiah
7.1 Hadiah disediakan bagi juara sahaja iaitu:
- 1piala pusingan dan hamper bagi juara futsal
- 1 piala pusingan dan hamper bagi juara bola baling lelaki
- 1 piala pusingan dan hamper bagi juara bola baling perempuan
- 1piala pusingan dan hamper bagi juara juara bola jaring
- 1 piala pusingan bagi juara catur lelaki
- 1 piala pusingan bagi juara catur perempuan
- 1 hamper bagi juara kumpulan permainan tradisonal
-1 hamper bagi juara kumpulan sukaneka

8. Bantahan
8.1 Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Referi secara bertulis dan wang
cagaran RM 50.00 hendaklah disertakan selepas pengumuman keputusan dibuat.

8.0 ANGGARAN KOS


BIL PERKARA JUMLAH
1. Piala pusingan RM 30.00 x 6 = RM 180.00
2. Hamper RM15.00 x 6 = RM 90.00
3. Sijil + Sticker merah RM 68.00 x 1 = RM 68.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 338.00

9.0 PENUTUP
Diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam
menjayakan karnival ini.
Disediakan oleh,

……………………………………
(QUERATUL AIN BINTI MOHANI)
Setiausaha Karnival Sukan & Permainan 2015
SK LKTP LINGGIU

Disemak oleh,

………...……………………………………
(MOHAMMAD RASHID BIN OTHMAN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK LKTP Linggiu

Disahkan oleh,

………...………………….
(MARHAMAH BINTI JAIS)
Guru Besar
SK LKTP Linggiu

You might also like