You are on page 1of 6

PRAKTIS

5 BIJAK SAINS, TEKNOLOGI


DAN INOVASI

A Lakonkan dialog di bawah dengan rakan kamu. Kemudian,


nyatakan kelebihan kereta hibrid. SP 1.2.1

Kim Seng, tahukah kamu bahawa Apakah maksud


banyak pengeluar kenderaan kamu tentang
kini sedang berlumba-lumba kereta hibrid,
mengeluarkan kereta hibrid? Haikal? Bolehkah
kamu terangkan
Kereta hibrid ialah kereta kepada saya?
yang menggunakan tenaga
elektrik dan petrol. Kereta ini
mesra alam sekitar dan kurang Wah, canggihnya
mengeluarkan asap. teknologi kereta hibrid!

Kereta hibrid ialah kereta yang Kalau begitu, kereta


menggunakan teknologi maju dalam hibrid telah berjaya
bidang pembuatan kereta. Teknologi mengatasi masalah
maju ini telah berjaya mengurangkan pencemaran alam
pelepasan asap kenderaan. sekitar.

Betul, Kim Seng. Kereta hibrid juga mem- Wah, hebatnya kereta
punyai bateri voltan bersaiz besar. Bateri hibrid ini!
ini dapat menyimpan dan membekalkan
banyak tenaga dalam sesuatu masa.

Kelebihan Kereta Hibrid


1 Mesra alam sekitar
2
3
4

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 24


B Baca pantun di bawah. Kemudian, salin semula pantun dan
persembahannya di hadapan kelas. SP 2.3.1 (iii), 2.32 (iii)

Kacang bendi kacang tanah,


Banyak dijual di Tanjung Ara;
Kalau berbudi kepada tanah,
Hasil dituai dengan gembira.

Bersiar-siar di rumah Ani,


Terlihat sarang labah-labah;
Gunakanlah teknologi terkini,
Pertanian moden hasil bertambah.

25 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


C Tulis imlak perkataan, frasa dan ayat yang diberikan oleh guru.
SP 3.2.4 (i) – (ii)

ketuhar
mesin faksimile kamera
gelombang mikro

mesin pengisar alat pembakar roti

Puan Fatin mengisar cili dengan .

2
Kim Seng menggunakan untuk
merakamkan gambar.

3
Ibu Kavita membakar ayam itu dengan
menggunakan .

4
Ayah menghantar surat kepada kawannya
dengan menggunakan .

Aminah membakar roti dengan .

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 26


D Nyanyikan seni kata lagu di bawah dengan melodi lagu
“Keranamu Malaysia”. SP 4.3.3

TUNAIKAN HARAPAN IBU BAPA DAN GURU

Ibu bapa tidak kenal jemu,


Mengasuh kita sejak kecil,
Beri ilmu dan keperluan,
Agar lahir anak yang cemerlang.

Semua guru gigih usahamu,


Lahir generasi bijak pandai,
Selalu usaha tidak kenal jemu,
Mendidik pakar sains negara.

Ilmu sains perlu dipelajari,


Teknologi juga dimiliki,
Pakar inovasi yang bijak bestari,
Negara kita pasti akan berjaya.

Kepadamu kami taat setia,


Kepadamu kami buktikan juara,
Kepadamu kami genggam harapan,
Menjadi insan warisan negara.

Kepadamu kami memohon restu,


Kepadamu doa kami harapkan,
Kepadamu nasihat diperlukan,
Demi bangsa negara Malaysia.

Kepadamu demi ibu bapaku


Dan guruku ...
Terima kasih semua!

27 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018


Kata Adjektif (Waktu, Ukuran dan Pancaindera)

E Asingkan kata adjektif di bawah mengikut kumpulannya.


SP 5.1.3 (i) – (iii)

manis tinggi awal panjang lebar sedap lewat kasar lambat

Kata Adjektif

Kata adjektif Kata adjektif Kata adjektif


waktu ukuran pancaindera

1 1 1
2 2 2
3 3 3

F Lengkapkan ayat dengan jawapan yang sesuai.

1 Suara penyanyi itu sungguh . (merdu, empuk)


2 Permukaan jalan raya itu agak . (kesat, kasar)
3 Di belakang rumah datuk terdapat pokok kelapa yang .
(panjang, tinggi)
4 Saiful mengait buah rambutan itu dengan galah yang .
(runcing, panjang)
5 Balai raya itu dengan rumah ketua kampung. (hampir,
damping)

© Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018 28


Kata Hubung

G Bulatkan jawapan yang betul. SP 5.1.4 (i)

1 Zawawi membeli tiket 4 Eng Hong menunggu bas


menaiki kereta kabel itu. membaca majalah.
A lalu C kecuali A lalu C sambil
B atau D hingga B kerana D walaupun
2 Kelvin Jamal 5 “Kamu hendak menaiki teksi
menyeberangi sungai itu monorel ke tapak
dengan rakit. pameran kereta itu?” tanya Robin.
A jika C manakala A serta C ketika
B dan D sementara B atau D kerana
3 Puan Lim menasihati anak- 6 Yoon Soon sungguh gembira
anaknya berhati-hati abangnya membelikan
ketika melintasi jalan. kereta mainan untuknya.
A hingga C serta A sementara C apabila
B supaya D kalau B manakala D supaya

Kata Sendi Nama

H Lengkapkan ayat dengan jawapan yang betul. SP 5.1.4 (i)

1 Hari Krismas disambut 25 Disember setiap tahun.


(daripada, pada)
2 Kavita membeli pelita dipasang pada malam
Deepavali. (untuk, dari)
3 Majlis rumah terbuka Encik Lim sempena Tahun Baharu Cina bermula
dari pukul 9:00 pagi 3:00 petang. (hingga, oleh)
4 Irfan berkunjung rumah saudara-maranya pada Hari
Raya Aidilfitri. (ke, pada)
5 James dan Reny menghias ruang tamu rumah mereka
kad Hari Krismas. (kepada, dengan)
6 Kim Chuan melawat jirannya Hospital Ampang. (ke, di)

29 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T), 2018

You might also like