You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN DAN STOR


SK KRUSEN, SERIAN
BIL 1 / 2020

Tarikh : 30/01/2020 (Khamis)


Masa : 2.00 – 3.00 petang
Tempat : Bilik Komputer,SK Krusen

Kehadiran :
1. Philip Anak Pupur (GB/Pengerusi)
2. Jackson Vincent Tahot (PK1/Pen. Pengerusi)
3. Christina Laing Pasa (Setiausaha)
4. Noralin Ak Manin (PKHEM)
5. Patrick Anak Tingang (PKKK)
6. Bertha Anak Dies
7. Mohamed Tuah Bin Wasli
8. Betty Ak Ranyuh
9. Jackson Anak Andrew Disu
10. Sri Ikhsan Darsilah Binti Abu Hurairah
11. Luchi Ak Kunchet
12. Zelia Anak Apindi
13. Corinne Anak Banny
14. Florance Andin Ak Bihai
15. Roszita Bt Suhaili

AGENDA:

1. Kata Aluan Pengerusi


2. Pengesahan Minit Mesyuarat JK PAK Bil.4/2019
3. Perkara Berbangkit
4. Penubuhan AJK Pengurusan Aset Alih Kerajaan
5. Pengurusan Aset
6. Hal-Hal lain

1. Kata Aluan Pengerusi

1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli mesyuarat ke Mesyuarat Jawatankuasa


Pengurusan Aset Alih Kerajaan Peringkat Sekolah Bil. 1/2020.

Tindakan: Makluman semua

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih dengan kerjasama guru dan staf sokongan
yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat ini. Semoga apa yang
dibincangkan akan memberi manfaat kepada semua dan sekolah.

Tindakan: Makluman

1.3 Pengerusi memaklumkan perlunya Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih


Kerajaan ditubuhkan di sekolah. Ini bagi memudahkan urusan merekod
penerimaan barang, penyelenggaraan, pengiraan, pemeriksaan dan sebagainya.
Tindakan: Makluman

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan


Peringkat SK Krusen Bil. 4/2019

2.1 Minit Mesyuarat JPKA Peringkat SK Krusen Bil. 4/2019 telah disahkan melalui
cadangan Pn. Noralin dan disokong oleh Pn. Luchi.

Tindakan: Makluman

3. Perkara Berbangkit

3.1 Tiada perkara yang berbangkit.

4. Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan SK Krusen Tahun 2020


mengikut lantikan

4.1 Keputusan

Pengerusi : En. Philip Anak Pupur


Pen. Pengerusi : En. Jackson Vincent Tahot
Setiausaha : Cik Bertha Anak Dies
Pegawai Aset 1 : Pn. Christina Laing Pasa
Pegawai Aset 2 : Cik Bertha Anak Dies
Pegawai Pemeriksa1 : Pn. Zelia Anak Apindi
Pegawai Pemeriksa 2 : En. Jackson Vincent Tahot
Pegawai Pemeriksa 3 : Pn. Luchi Anak Kunchet
Pegawai Pelupusan 1 : Pn. Noralin Ak Manin
Pegawai Pelupusan 2 : En. Jackson Anak Andrew Disu
Pegawai Pelupusan 3 : Pn. Betty Anak Ranyuh
Pegawai Stor Pn. Corinne Anak Banny

4.2 Pegawai pemverifikasi sudah tidak lagi wujud peringkat sekolah rendah.

5. Pengurusan Aset

5.1 Pegawai Aset memaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Aset perlu


diadakan 4 kali setahun.

5.2 Pihak sekolah diminta untuk menghantar laporan seperti yang diarahkan dan
dihantar mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 4 kali setahun
mengikut sukuan.

5.3 Harta modal dan aset alih bernilai rendah

5.3.1 Kedudukan semasa harta modal sekarang ialah 33 unit dengan nilai
perolehannya RM123,088.00.
5.3.2 Kedudukan aset alih bernilai rendah (inventori) ialah 42 unit dengan nilai
perolehannya RM66,422.30.
5.3.3 Jumlah keseluruhan aset alih ialah 75 unit (merujuk kepada KEW PA 2
DAN KEW PA 3) dengan nilai perolehannya RM189,510.30.
5.3.4 Sekolah ada membuat aduan kerosakan 12 barangan ICT (2 unit
projektor, 2 unit pencetak dan 8 unit komputer peribadi pada
18.04.2019 dan masih menunggu tindakan susulan dari pihak
yang
bertanggungjawab.
5.3.5 Tiada pembelian, pindahan, pelupusan, hapus kira dan penyelenggaraan
harta modal dan aset alih bernilai rendah dari Januari 2019 sehingga
Januari 2020.

5.4 Harta Intelek

5.4.1 Harta intelek yang telah didaftarkan dalam KEW ATK 3 setakat ini ialah 3
objek (bendera, logo dan lagu sekolah) dan anggaran nilai setiap satunya
ialah RM100.00.
5.4.2 Belum ada sebarang pelupusan, hapus kira,penyelenggaraan, pindahan,
dan pembelian baru harta intelek.

5.5. Aset Hidup

5.5.1 Terdapat 36 pokok tumbuhan yang berdaftar di dalam KEW AT3 iaitu;

BIL JENIS TUMBUHAN KUANTITI


(pokok)
1 Pinang 5
2 Pinang Merah 3
3 Kelapa 2
4 Ixora (Merah) 2
5 Bunga Raya (Merah) 3
6 Bunga Kertas (Merah Jambu) 15
7 Alamanda 5
JUMLAH 36

5.5.2 Setakat Januari 2020, belum ada pelupusan, hapus kira, pindahan dan
pembelian baru dibuat.

5.6 Stok

5.6.1 Kedudukan stok semasa ada 31 unit dengan jumlah nilai stok RM856.40
setakat 22 November 2019.

5.6.2 Kadar pusingan stok untuk akhir tahun lepas ialah 20.86 (suku tahun ke-4,
2019).
Tindakan: Makluman

6. Hal-Hal Lain

6.1 Guru-guru dan staf sokongan yang telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa
Pengurusan Aset Sekolah diminta untuk mematuhi Pekeliling Perbendaharaan
Bil.5 Tahun 2007:Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pekeliling
Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2009:Tatacara Pengurusan Stor bagi membantu
mereka menjalankan tugas pengurusan Aset dan Stor.

Tindakan: Pegawai Aset dan Pegawai Stor

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Minit Mesyuarat dicatat oleh: Disahkan oleh:

( BERTHA ANAK DIES ) (PHILIP ANAK PUPUR )


Setiausaha, Pengerusi
JK Pengurusan Aset Sekolah JK Pengurusan Aset Sekolah
SK Krusen.

You might also like