You are on page 1of 17

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

FAKULTI INOVASI PERNIAGAAN DAN


TEKNOLOGI

IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN


PERNIAGAAN (PEMASARAN)

(BKP 2043)

KOMUNIKASI PEMASARAN BERSEPADU

TAJUK TUGASAN:

TUGASAN BERKUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH :
FATIN SYAFIQAH BINTI ZAHAR AZLAN
(B1910041)
HANI HAZIRAH BINTI BAHARUDIN
(B1910050)

DISEDIAKAN UNTUK :
PUAN ZURAIRAH BINTI JAIS

PENGENALAN

Iklan bermaksud pemberitahuan untuk orang ramai ataupun dengan kata lain segala
bentuk pesanan tentang sesuatu produk yang disampaikan melalui media percetakan mahupun
elektronik dan dibiayai oleh syarikat serta ditujukan kepada masyarakat umum. Iklan merupakan
satu bentuk komunikasi bukan personal yang digunakan oleh penaja untuk memaklumkan
kepada bakal pembeli mengenai sesuatu produk.

Pengiklanan juga dapat didefinisikan sebagai sebarang bentuk persembahan atau


komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi, yang ditujukan kepada kumpulan sasarandengan
tujuan untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan jualansesuatu
produk, perkhidmatan ataupun idea oleh penaja yang dikenalpasti.

Secara umumnya, pengiklanan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan


barangan, perkhidmatan, peluang pekerjaan, inspirasi dan maklumat kepada yang
ingindisampaikan. Perkara asas dalam industri pengiklanan ialah media massa. Pada era masa
kini, dengan peningkatan dalam kemajuan media massa, industri pengiklanan membuka
lembaran barudengan pecutan perkembangannya melangkaui zaman. Pada peringkat awal,
pengiklanan banyak tertumpu kepada persuratan seperti poster dan akhbar. Bahkan, media massa
pada masa itu juga banyak menumpukan kepada penyebaran dakyah dan maklumat kerajaan
kepada rakyat.

Kini zaman telah berubah. Saluran media pengiklanan eletronik juga telah diperkenalkan.
Media elektronik beroperasi secara elektronik. Mengenai media ini ia merangkumi radio,
televisyen, video , internet, skrin besar, multimedia dan di internet. Liputan iklan melalui media
elektronik ini sangat meluas dandapat disampaikan kepada sesiapa sahaja yang menggunakan
media ini. Media ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap orang ramai. Ia melibatkan kesan
bunyi, gambar yang hidup dan warna yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam pada
naluri audien.

KELEBIHAN MEDIA ELETRONIK

Antara kebaikan media eletronik ialah media eletronik pada masa kini menjadi pengaruh
yang kuat di dalam pengiklanan. Malah, ia menjadi pengaruh bagi setiap orang tidak kira umur
dan bangsa. Hal ini kerana, setiap individu telah menganggap media eletronik bagi mereka
kerana dari situ mereka dapat tahu segala maklumat atau info. Sebagai comtoh, televisyen
adalah salah satu media eletronik yang mempunyai pengaruh kuat kerana ia amat rapat dengan
audien, dimana kebanyakan rumah sekarang mempunyai media ini. Walau bagaimanapun, kita
perlu tahu dalam masa sekarang ini terdapat banyak persaingam yang menggunakan pengiklanan
memlalui media eletronik.

Selain itu, antara kelebihan media eletronik ialah iklan yang akan disiarkan adalah
menarik berbanding pengiklanan melalui media cetak. Melalui media ini, kreativiti dapat
diserlahkan serta idea yang menarik dapat ditonjolkan kepada penonton tentang menariknya
produk kita berbanding orang lain. Hal ini berlaku kerana di mana terdapat warna-warna yang
hidup dan dapat ditunjukkan dengan jelas. Malah penonton tidak akan bosan terhadap iklan
kerana ia mempunyai pergerakan berbanding pengiklanan media cetak. Malang sekali, iklan di
media eletronik terlalu cepat dan kadangkala agar sukar untuk difahami bagi mereka yang
kurang pendedahan dan pengetahuan produk tersebut.

Di samping itu, antara kelebihan media eletronik ialah ia mudah di dengar di mana-mana
sahaja kita berada. Sebagai contoh, radio adalah media yang popular dan dapat didengar
sepanjang masa tidak kira apa yang sedang dilakukan oleh seseorang. Walaupun, kita sedang
memandu kita dapat mendengar iklan melalui radio. Malahan, di kedai makan juga terdapat
media eletronik yang menyampaikan iklan untuk di dengari oleh orang ramai. Akan tetapi siaran
seperti radio hanya dapat didengar dan tidak dapat dilihat. Ini membataskan keberkesanan
khususnya untuk barangan atau perkhidmatan yang perlu dipaparkan secara visual.

Seterusnya, antara kelebihan media eletronik ialah saluran media eletronik mempunyai
audien yang besar dan mempunyai ramai peminat berbanding media cetak. Jika kita lihat telefon
bimbit adalah salah satu alat yang paling digemari oleh individu pada masa kini. Pengguna
telefon bimbit juga terdiri daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa. Iklan juga dapat dilihat
melalui laman sosial seperti whatsapp, facebook, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Media
sosial dapat dibuka melalui media eletronik seperti telefon bimbit atau komputer. Namun
demikian, pengiklanan ini kebiasaannya adalah ringkas, pendek dan berlalu segera. Pendengar
tidak dapat menyimpan atau membacanya apabila dia suka.
Akhir sekali, antara kelebihan media eletronik ialah pengiklanan media eletronik mampu
mendedahkan iklan beberapa kali dalam masa yang singkat dan ini dapat menjadi motivasi
kepada pendengar. Pengiklanan yang berulang dapat membantu dalam menarik pelanggan dan
pelanggan akan ingat terhadap produk kita. Malah, orang juga akan lebih percaya terhadap
produk kita. Meskipun begitu kita janganlah meletakkan harapan yang tinggi terhadap iklan yang
kreatif tetapi tidak berulang kali dalam menyiarkannya kerana persaingan untuk mendapatkan
perhatian audien adalah sukar kerana mereka mendengar sambil membuat kerja-kerja lain.

MENGENALPASTI SATU IKLAN DRAMA PENDEK


Hashim Awang dalam Mohamad (2000) mendefinisikan drama sebagai jenis sastera yang
tercipta untuk dipentaskan atau dilakonkan. Pelakon melakonkanaksi-aksi yang ditetapkan dan
melafazkan dialog yang disediakan. Hal inibertepatan dengan konsep drama moden yang
memerlukan skrip untuk dihafalseterusnya dilafazkan dalam lakonan. Sharif Shaary dalam
Mohammad (1994) pula menghuraikan, drama sebagaisatu daripada genre kesusasteraan yang
boleh berbentuk prosa atau puisi.Berbeza daripada novel dan cerpen, drama biasanya ditulis
untuk teater, dan para pelakon mengambil alih peranan watak-watak yang memainkan aksi
yangdiarahkan dan melafazkan dialog iaitu skrip yang telah dihafal.

Kini, banyak iklan yang disiarkan berbentuk iklan drama pendek selama beberapa saat
sehingga beberapa minit, ini termasuklah yang panjangnya sama dengan rancangan televisyen
biasa yang biasanya berbentuk informersial. Pengiklanan cara ini digunakan untuk
mempromosikan pelbagai produk, perkhidmatan dan idea. Ia juga digunakan untuk kempen
pilihanraya di beberapa Negara.

Kami memilih iklan drama pendek daripada syarikat Adabi. Iklan ini telah dikeluarkan di
Youtube pada 9 Mei 2020. Kami memilih iklan ini bersempena Covid-19 yang berlaku di Negara
Malaysia pada tahun ini. Iklan ini sangat berkait rapat apa yang berlaku di seluruh dunia pada
tahun ini. Oleh itu, iklan ini telah menjadi pilihan kami untuk tugasan ini.

Iklan drama pendek Adabi tahun 2020 ini yang bertajuk Serabut Raya, Raya Jangan Tak
Jadi yang bertemakan perayaan ini mengisahkan sebuah keluarga yang ingin membuat
persediaan sempena menyambut perayaan Aidil Fitri. Iklan ini juga adalah bersempena perayaan
yang diraikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Tujuan iklan ini adalah untuk
mempromosikan produk adabi dan juga bagi memperingati supaya rakyat mengikut tiada arahan
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini berlaku.
LATAR BELAKANG SYARIKAT IKLAN
Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (ACISB) merupakan syarikat induk dan salah satu
peneraju utama di Kumpulan Adabi. ACISB dikelola dan diteraju secara professional dan
berpandu sepenuhnya pada produk dengan memberi penekanan yang sama terhadap
Penyelidikan & Pembangunan serta Jualan & Pemasaran. Menyenaraikan produk lebih dari 60
jenis produk di bawah 6 kategori berikut : serbuk rempah campuran, pes sedia proses, campuran
tepung, Sos, makanan dalam tin dan minuman.

Memiliki kumpulan penyelidik yang kuat dan kreatif, yang sentiasa berdedikasi untuk
mencipta produk makanan baru dan inovatif. Syarikat telah berkembang dengan pesat, iaitu
daripada 25 kakitangan dan jualan tahunan sebanyak RM2 juta pada tahun 1984, sehingga ke
kedudukan saat ini yang mana mempunyai lebih dari 400 anggota dan mensasarkan jualan
tahunan sebanyak RM120 juta dapat dikaitkan dengan kejayaan syarikat yang telah berjaya
memperkenalkan pelbagai produk baru sepanjang beberapa dekad.

Adabi telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan di atas komitmen yang telah
diberikan terhadap memastikan kualiti produk keluaran. Bahkan, produk Adabi adalah yang
pertama untuk menerima sijil Halal dari Jabatan Hal Islam dari Jabatan Perdana Menteri. Di
antara anugerah yang lain yang dimenangi adalah Superbrand Status (Reader's Digest Malaysia),
International Makanan & Minuman Award (New Millenium Award - Paris) dan Anugerah
Kecemerlangan Industri (MITI) dan Anugerah Produk Terpuji (Institut Teknologi Pangan
Malaysia).

Pengasas dan pemilik Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. Membangunkan syarikat dan
peneraju utama sejak penubuhannya pada bulan Mac tahun 1984. Juga merupakan antara perintis
utama Kumpulan Adabi, aktif semasa '70-an dalam pendidikan swasta. Menjadi Pengerusi
kepada semua anak-anak syarikat di bawah Kumpulan Adabi. Menyelia pengurusan syarikat.

Pada tahun 1984, kumpulan pertama produk-produk ADABI dihasilkan di sebuah kilang
kecil bertempat di Kawasan Perindustrian Ringan Batu Caves. Semenjak itu, usaha kami telah
berkembang dengan pesat. Dari Batu Caves, ADABI telah berpindah ke kilang-kilang yang lebih
besar di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Kepong pada tahun 1986 dan membina kilang
pemprosesan tambahan di Kawasan Perindustrian Ringan Taman Ehsan pada tahun 1990 dan
1992. Di atas permintaan pelanggan yang kian bertambah, syarikat berpindah ke premis kilang
dan pejabat milik persendirian yang terletak di Taman Perindustrian Bersepadu Rawang pada
November 1996 bagi menampung keperluan pasaran dan pelanggan. Terletak di kawasan seluas
4 hektar, yang merangkumi pusat pengeluaran, gudang, bangunan pejabat dan kemudahan
pentadbiran Adabi yang lain.

ANALISIS PRODUKSI IKLAN BERDRAMA PENDEK

Iklan Adabi Raya pada tahun 2020 ini telah dihasilkan oleh Syarikat Adabi Malaysia. Ia
bertemakan “Serabut Raya, Raya Jangan Tak Jadi” bersempena Perintah Kawalan Pergerakan
pada musim perayaaan pada tahun ini. Iklan ini telah mendapat tontonan sebanyak 9.6 ribu
tontonan dan mendapat kesukaan ramai. Seramai 2.6 ribu berpuas hati dengan iklan ini dan
menyukainya. Iklan ini juga menggunakan tagline iaitu #AdabiRayaTetapRaya supaya penonton
dapat mengingati iklan ini.

Produksi bagi iklan ini adalah GPHustler Produvtion. Penonton bukan sahaja boleh
menonoton dilaman Youtube, malah ia juga boleh ditonton di laman sosial Facebook dan
Instagram. Tujuan iklan ini adalah bukan sahaja sekadar untuk mempromosikan produk Adabi,
bahkan untuk memperingati kepada rakyat supaya patuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan. Di
samping itu, dengan bertemakan “Serabut Raya, Raya Jangan Tak Jadi” menunjukkan bahawa
tidak semestinya dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan kita tidak boleh menyambut
perayaan dengan orang yang tersayang. Teknologi pada masa kini telah berkembang maju. Kita
boleh menyambutnya dengan melalui panggilan telefon atau membuat panggilan video call
secara beramai-ramai. Tiada alasan untuk kita tidak beraya bersama orang yang tersayang.

“Apa pun jua keadaan, walau nikmat beraya bersama tak kesampaian, kebersamaan
jangan dilupakan” GPHustler production.

ANALISIS REKA CIPTA IKLAN


Objektif Iklan

1. Kesedaran

Objektif yang menjana minat dalam produk atau perkhidmatan anda. Meningkatkan
kesedaran jenama adalah tentang memberitahu orang perkara yang membuatkan perniagaan anda
bernilai. Walaupun kelihatannya tidak berlawanan, banyak pemilik perniagaan kecil melihat
iklan sebagai cara meningkatkan kesedaran jenama mereka untuk penonton sasaran mereka
daripada sekedar membuat jualan. Hal ini kerana, dalam era pemasaran moden, kesedaran
jenama telah menjadi mata wang yang membawa kepada jualan yang lebih tinggi dan
pemerolehan pelanggan baru.

2. Penimbangan

Objektif yang mendorong orang ramai untuk berfikir tentang perniagaan anda dan inginkan
lebih banyak maklumat. Ia tidak cukup untuk hanya mengiklankan untuk mencapai matlamat
utama. Syarikat mesti menyampaikan apa yang mereka janji dalam iklan. Sebagai contoh,
pengeluar dan peruncit mesti memastikan produk yang cukup berada dalam stok ketika iklan
tersebut pecah. Mereka juga mesti menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang,
menjawab soalan tentang produk dan menyediakan dasar pembayaran balik yang adil.

3. Penukaran

Objektif yang menggalakkan orang yang berminat dengan perniagaan anda untuk membeli
atau menggunakan produk atau perkhidmatan anda. Bukan sahaja anda boleh menggunakan iklan
yang disasarkan untuk membantu memperkenalkan produk atau perkhidmatan baru ke pasaran,
tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk mengambil kesempatan daripada trend bermusim.
Sebagai contoh, jika anda memiliki kedai kopi, anda boleh membayar untuk iklan yang
memberitahu penonton anda mengenai rasa kopi dan aksesori yang diilhamkan bercuti yang
memberi makan kepada suasana membeli semasa waktu ini tahun ini. Sesetengah syarikat e-
dagang menggunakan pengiklanan semata-mata untuk menjana lebih banyak jualan. Dalam
banyak keadaan, syarikat-syarikat ini tidak mempunyai jabatan jualan supaya mereka hanya
boleh menjual produk dan mendapat keuntungan jika mereka secara aktif mengiklankan.
Beberapa bentuk pengiklanan meminjamkan diri lebih untuk menghasilkan keuntungan serta-
merta

Matlamat iklan

1. Menyampaikan maklumat

Secara amnya iklan adalah penyampaian maklumat mengenai sesuatu keluaran kepada orang
ramai. Tujuan promosi dilakukan untuk memperkenalkan sesuatu keluaran dalam pasaran.
Maklumat yang disampaikan semasa promosi dijalankan termasuklah ciri barangan, harga
barangan, cara penggunaan, dan kelebihan barangan berkenaan untuk menarik perhatian orang
ramai.

2. Memujuk dan mempengaruhi

Iklan juga adalah memujuk dan mempengaruhi orang ramai untuk membeli barangan
tersebut dan menggunakannya. Ini biasanya dilakukan dengan menonjolkan kelebihan dan
keistimewaan barangan berkenaan dan mengaitkannya dengan kehidupan yang berjaya ataupun
kehidupan yang sempurna.

3. Mengekalkan pasaran

Iklan yang dilakukan juga adalah sebagai peringatan kepada pengguna sedia ada bahawa
barangan itu bukan sahaja masih wujud dalam pasaran malah telah diperbaiki kualitinya. Dengan
pengiklanan yang berulang, ia akan cuba mewujudkan kesetiaan pelanggan dan menghalang
pengguna tetapnya daripada mencuba barangan jenama lain.

4. Memantapkan imej produk dan syarikat

Iklan yang unik dan menarik secara tidak langsung mempengaruhi pengguna untuk
mengaitkan imej produk atau keunggulan dengan jenama yang diiklankan Dengan ini, iklan
telah dapat mewujudkan nama baik atau ihsan kepada syarikat berkenaan. Di samping itu,
reputasi yang baik kesan daripada ikklan akan melahirkan kesetiaan pengguna terhadap
sesuatu barang atau perkhidmatan.

5. Mengatasi pesaing
Tujuan utama mengadakan iklan adalah untuk menambahkan kuantiti jualan dengan
mengatasi pesaing yang mengeluarkan barangan yang sama dalam pasaran. Promosi yang
dirancang dengan baik akan dapat mempengaruhi pengguna untuk mengunakan jenama barangan
yang dipromosikan.

Audien

1. Demografi

Demografi adalah kriteria yang anda gunakan untuk menerangkan bahagian tertentu
penduduk. Beberapa contoh demografi audien bagi iklan Adabi ini ialah umur, jantina, status dan
industri.

2. Lokasi

Iklan adabi juga menentukan penonton penonton berdasarkan geografi atau lokasi. Pemilihan
kawasan boleh dipilih untuk menyiarkan iklan tersebut di mana. Adabi juga menentukan melalui
jarak. Sebagai contoh, anda boleh menargetkan pelanggan dalam radius 10-mil bandar tau anda
boleh menargetkan pelanggan di kota anda dan kota-kota yang mengelilinginya.

3. Psikografi

Tidak seperti demografi, psikografi sesebuah kumpulan lebih sukar untuk meneka secara
luaran, kerana ini lebih relevan dengan keperibadian mereka. Adabi juga telah menyasarkan
audien yang menggemari memasak terutama kepada tukang masak atau chef dan para ibu di
rumah.
RINGKASAN IKLAN

Iklan drama pendek Adabi tahun 2020 ini yang bertajuk Serabut Raya, Raya Jangan Tak
Jadi yang bertemakan perayaan ini mengisahkan sebuah keluarga yang ingin membuat
persediaan sempena menyambut perayaan Aidil Fitri. Iklan ini juga adalah bersempena perayaan
yang diraikan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Tujuan iklan ini adalah untuk
mempromosikan produk adabi dan juga bagi memperingati supaya rakyat mengikut tiada arahan
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini berlaku.

Berdasarkan iklan drama pendek Adabi yang berdurasi 2 minit 53 saat ini mengisahkan
sebuah keluarga yang ingin membuat persediaan perayaan. Pada setiap tahun, si Ibu sentiasa
semangat untuk membuat persediaan raya. Si ibu telah membahagikan tugas kepada tiga orang
anaknya. Anak pertama ditugaskan untuk memasak rendang, anak kedua ditugaskan untuk
mengannyam ketupat mankala anak ketiga pula ditugaskan untuk memasang langsir.

Malang sekali, tugas tersebut tidak diselesaikan lagi oleh anak-anaknya walaupun hari
terakhir puasa telah tiba. Tugas tersebut tidak dapat diselesiakan kerana kejadian hari
sebelumnya, anak sulungnya sedang memasak rendang, sambil melakukan perkara lain iaitu
bermain aplikasi Tiktok di telefon pintar untuk memuatnya ke youtube. Sedang asyik bermain
aplikasi Tiktok, tanpa sedar rendangnya telah hangus. Video Tiktok anak sulungnya telah
tersebar sehingga mendapat pengetahuan si Ibu.

Manakala anak keduanya pula terlupa untuk membeli ketupat kerana sibuk bersembang
dengan teman lelakinya. Si ibu sangat mengetahui perangai anaknya dan menelefon anaknya
untuk mengingatkan supaya membeli ketupat tersebut. Seterusnya, anak bongsunya pula sentiasa
mengelat dan melarikan diri. Pada hari terakhir puasa barulah dia memasang langsir rumah.

Selanjutnya, Si ibu memberi amaran kepada anak-anaknya, jika tugas-tugas tersebut tidak
dapat diselesaikan pada hari terakhir puasa, mereka semua tidak akan beraya bersama-sama. Si
ibu kecewa dan merajuk kerana anak-anaknya seperti tidak semangat untuk beraya bersama-
sama.

Walau bagaimanapun, tugas-tugas tersebut telah diselesaikan oleh anak-anaknya pada


malam raya. Anak-anaknya telah memujuk si ibu dengan produk Adabi masalah tersebut dapat
diselesaikan. Rupa-rupanya Si Ibu hanya berbual di telefon sahaja dan berasa sedih tidak dapat
melakukan besama-sama anaknya kerana anaknya tidak dapat pulang.

Akhir sekali, walaupun anak-anaknya tidak pulang, Si ibu dan ayah dapat juga meraikan
hari raya bersama. Mereka meraikan hari raya melalui panggilan video call kerana mematuhi
syarat Perintah Kawalan Pergerakan. Jarak yang jauh tidak semestinya untuk kita menyambut
perayaan bersama orang yang tersayang. Selagi mereka masih ada, hargailah mereka.
RUMUSAN DAN PENUTUP

Syarikat Adabi telah berjaya menarik hati pelanggan untuk membeli produk mereka
dengan memasarkan produk memlalui pengiklanan. Cara ini ia dapat memperluaskan pasaran
produk ke merata tempat. Syarikat ini telah melangkah ke arah yang lebih mencabar, luar biasa
dan membuat usaha kreatif yang dapat mencerminkan ciri-ciri unik produk atau
perkhidmatannya. Kita juga dapat lihat syarikat ini juga sentiasa ke depan berbanding produk
pesaing yang lain kerana mereka tidak mahu ketinggalan dalam pasaran pada masa kini. Syarikat
ini juga lebih menekankan pengiklanan melalui media eletronik kerana mereka mengikuti
perkembangan semasa dari ke semasa.

Kesimpulannya, pengiklanan merupakan salah satu medium yang terpenting untuk


memasarkan dan membeir penerangan umum kepada masyarakat berkaitan dengan
kelebihanserta keistimewaan sesuatu produk. Selain itu, pengiklanan juga bukan sahaja bertujuan
untukmemasarkan produk malah pengiklanan ini bertujuan untuk menarik perhatian masyarakat
melalui iklan yang dilaksanakan. Melalui iklan, masyarakat secara tidak langsung
akanmengetahui berkaitan sesuatu yang tidak pernah mereka ketahui sebelum ini. Iklan juga
dapatdibahagikan kepada pelbagai jenis dan bukan tertumpu kepada media cetak sahaja. Tetapi
juga, pengiklanan terbahagi kepada tiga jenis iaitu media cetak seperti majalah, surat khabar
,media elektronik seperti televisyen, internet dan alat multimedia yang lain serta media lain
.Media lain mewakili pengiklanan sama ada melalui papan tanda, pameran juga boleh dalam
bentuk sampel. Media pengiklanan ini mempunyai pelbagai kebaikan bukan sahaja
kepadasebuah syarikat malah untuk masyarakat sekaligus. Oleh itu, media pengiklanan ini
tidakseharusnya diketepikan kerana media ini mempunyai pelbagai kebaikan dan
keistimewaankhususnya pada zaman yang era moden in
RUJUKAN

1. https://www.youtube.com/watch?v=kARRjZjyfR8&t=5s
2. https://faktorpenetapanhargaadabifathia9.blogspot.com/2015/11/promosi-menurutphilip-
kotler-2009-dalam.html
3. https://www.facebook.com/business/help/1438417719786914?id=802745156580214
4. http://aiskrimcawan.blogspot.com/2015/06/pengenalan-penubuhan-produk-adabi.html
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Iklan_televisyen
6. https://business.tutsplus.com/ms/tutorials/define-a-target-audience--cms-29368
7. http://allpolyteknikmodul.blogspot.com/2012/09/media-media-pengiklanan-media-media.html
LAMPIRAN

PRODUK ADABI

PENGASAS ADABI

LOGO ADABI

You might also like