You are on page 1of 10

LOGO

VISI

“Menjadikan Diri Anda Sempurna”

MISI

1) Misi kami adalah mudah dengan


memberi aura baru kepada anda.
2) Wangian yang memberikan anda
rasa cinta dan meraikan
bersama.
3) Menghabiskan masa bersama-sama dengan sangat bernilai.

1
PENGENALAN

Enchanteur merupakan sub-jenama di bawah Wipro Unza, iaitu syarikat islam


yang telah tertubuh pada tahun 1945. Pada mulanya, Wipro diasaskan oleh seorang
pemilik Islam bernama Muhammed Hashem Premji pada tahun 1945. Sejak dari 1980 lagi
Kumpulan Wipro Unza telah berjaya membina portfolio jenama yang luas untuk
pasaran produk penjagaan diri dan isi rumah di Asia. Dengan ibu pejabat yang terletak
di Singapura.

Wipro Unza mempunyai portfolio 24 jenama dengan 6 jenama utama. Jenama utama
Wipro Unza termasuklah Enchanteur, Safi, Eversoft, Dashing, Carrie, Romano dan Vitalis untuk
pasaran produk penjagaan peribadi dan Vigor dan Maxkleen dalam pasaran produk keperluan
rumah. Wipro Unza mengeluarkan hampir 90% produk melalui kilangnya sendiri yang terletak di
Malaysia, Vietnam, China dan Indonesia. Produk ini telah terjual melalui kira-kira 258,000 kedai
runcit di seluruh Asia Tenggara dan Tanah Besar China. Wipro Unza mengeksport produk
kepada pengimport dan pengedar pihak ketiga, terutamanya di sub benua India, Timur Tengah
dan Afrika.

Kebanyakan produk Wipro Unza menikmati kedudukan teratas dalam pasaran oleh
kerana jenama tersebut direka khas untuk pengguna Asia. Kumpulan ini mengeluarkan dan
memasarkan jenama terkemuka merentasi 50 wilayah dalam Asia Tenggara, Tanah
Besar China dan lebih jauh lagi. Wipro telah beli syarikat Unza ini sepenuhnya, sebuah
syarikat Singapura pada tahun 2007 dan menukar nama Unza kepada Wipro-Unza. Bagi
memastikan kualiti produk, konsistensi dan fleksibiliti bekalan,

Enchanteur merupakan jenama yang terkenal dengan wangian dan produk


penjagaan peribadi yang diinspirasikan dari Negara Perancis memahami keperluan
setiap wanita. Rangkaian losyen haruman badan dan mandian wangi Enchanteur
dicipta khas untuk memastikan kulit kekal selembut sutera dan mulus. Harumannya

2
yang berkekalan, menjadikan pemakai tampil lebih cantik, yakin dan menarik. Ia produk
penjagaan badan mewah yang dibuat untuk momen yang memanjakan anda.
Enchanteur menawarkan pelbagai pilihan gel mandian, krim mandian dan losyen badan
dengan wangian yang berbeza untuk disesuaikan dengan personaliti dan mood yang
berbeza.

Iklan Enchanteur yang pertama diterbitkan di Malaysia pada tahun 2009 yang dibintangi
model daripada luar Negara. Enchanteur melancarkan kempen pengiklanan yang akan
menggoda deria sebagai sebahagian pengenalan aroma baru. Bentuk pengiklanan yang
membangkitkan peka dari segi deria penglihatan, pendengaran dan bunyi. Pada tahun
berikutnya Enchateur telah mengambil model daripada Negara Malaysia sendiri seperti Nelydia
Senrose, Siti Saleha, Sazzy Falak dan ramai lagi.

FUNGSI PRODUK

Enchanteur menawarkan pelbagai pilihan gel mandian, krim mandian dan losyen badan
dengan wangian yang berbeza untuk disesuaikan dengan personaliti dan mood yang berbeza.

1. ENCHANTEUR
 ENCHANTEUR ROMANTIC

Ia sesuai untuk jiwa riang, ceria & feminin. Wangian yang menonjolkan keceriaan letusan
limau Mandarin segar, hijau Viola dan Galbanum yang menandakan permulaan cinta yang
indah. Sama seperti cinta sejati yang menusuk jiwa, ROMANTIC bermakna mekar indah

3
dengan Mawar Bulgaria dan Melur Putih dicampur dengan haruman halus Mimosa dan Bunga
Oren. Kehangatan Kayu Cendana dan Vanila yang berkekalan pada wangian menawan ini
membangkitkan perasaan romantis seakan-akan di awangan.

 ENCHANTEUR CHARMING

Ia sesuai untuk jiwa sensual, elegan & mewah.Wangian yang menyerlahkan sisi
kemewahan dan kewanitaan didahului dengan campuran eksotik Mawar dan Muguet yang
dirangkul dengan Sitrus dan Aldehyde. Campuran bauan eksotik ini kemudiannya diperhebat
dengan wangian asas dari Kasturi dan Kayu Araz lantas melengkapkan gaya peribadi anda
dengan sempurna.

 ENCHANTEUR ALLURING

Ia sesuai untuk jiwa menggoda, ghairah & misteri. Sebuah wangian eksotik dan
menggoda yang memancarkan kemanisan aura misteri. Campuran aroma buah Bergamot dan
Markisa yang dilarutkan dalam wangian jambangan Mawar dan Iris yang mengasyikkan
kemudiannya dihangatkan lagi dengan sentuhan Vanila, Kesturi dan Vetiver dan menjadikannya
sebuah haruman jitu yang unik.

 ENCHANTEUR ENTICING

Ia dijadikan untuk jiwa lincah dan glamor. Haruman riang untuk gadis jelita yang gemar
menyemarakkan suasana ketika bersosial. Wangian ini dibangkitkan dengan hirisan Bergamot,
Lemon dan Mandarin yang ranum. Ia kemudiannya diharmonikan dengan bauan floral dari
Mawar, Magnolia dan Freesia yang dilengkapi dengan Ambar, Vanila dan Kayu Araz lalu
menghasilkan haruman segar yang sempurna untuk si peramah.

2. ENCHANTEUR PARIS
 ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Rangkaian Enchanteur Paris Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah
persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan
kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk
memadankan ia dengan losyen wangian formulasi ringan dan degar. Enchanteur Paris Mon
Amie turut menawarkan serum wangian lembapan berganda. Ia diperkaya dengan Ultra
Hyaluronici dan minyak zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit
serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria

4
Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian deodoran
wangian Anti-peluh mencerah dan menyegar

 ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR

Rangkaian Encahnteur Paris Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara
yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling disayangi oleh
si Dia. Enchanteur Paris Belle Amour adalah pencerahan kulit yang lebih indah dengan losyen
wangian pencerah 3 kali ganda pencerahan. Ia memberikan manfaat pencerahan kulit dengan
segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari tiga agen pencerahan iaitu ekstrak Likoris,
ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Bagi deodran, ia mempertingkatkan pencerahan tona kulit
bawah lengan anda dengan deodoran wangian anti peluh pencerahan ekstra. Enchanteur Paris
Belle Amour dapat kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan
Pewangi Deodoran

 ENCHANTEUR PARIS ADORE

Rangkaian Enchanteur Paris Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan
buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan
wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang
merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah
perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan Enchanteur Paris dengan
Perlindungan Anti Bakteria. Ia memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria
merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat
dilupakan. Manakala, deodoran wangian anti peluh mencerah dan menyenangkan. Deodran
Enchanteur Paris Adore juga memelihara bawah lengan dengan memberikan kelegaan
melindungi kulit dan terasa segar.

3. ENCHANTEUR LOVE

 CELEBRATE LOVE (Merah Jambu)

Gabungan sempurna yang melambangkan cinta dan keseronokan bersama pasangan anda

 FOREVER LOVE (Amber)

Gabungan sempurna yang melambangkan permulaan perjalanan cinta yang indah

5
 PASSIONATE LOVE (Merah)

Gabungan sempurna yang melambangkan campuran yang lengkap bersemangat serta


menghangatkan setiap pelukan yang penuh semangat dari percintaan yang berapi-api

4P’s MARKETING MIX

1. PLACE (tempat)

Produk ini boleh didapati di semua pasaraya, kedai runcit, kedai kecantikan seperi Watson dan
Guardian dan juga boleh didapati secara online seperti di lazada dan shopee.

Kedai kecantikan Watson Kedai kecantikan Guardian

6
Online Lazada Online Shopee

2. PRODUCT (Produk)

Enchanteur merupakan produk kecantikan. Terdiri daripada losyen, mandian, semburan badan,
deodorant, bedak dan wangian.

 ENCHANTEUR
1) ENCHANTEUR ROMANTIC

Senarai Produk :

 Enchanteur Perfumed Whitening Shower Crème Romantic

 Enchanteur Perfumed Body Lotion Romantic


 Enchanteur Perfumed Whitening Body Lotion Romantic

2) ENCHANTEUR CHARMING

Senarai Produk:

7
 Enchanteur Perfumed Shower Gel Charming
 Enchanteur Perfumed Body Lotion Charming
 Enchanteur Perfumed Whitening Body Lotion Charming

3) ENCHANTEUR ALLURING

Senarai Produk:

 Enchanteur Perfumed Body Lotion Alluring


 Enchanteur Perfumed Whitening Body Lotion Alluring

4) ENCHANTEUR ENTICING

Senarai Produk:

 Enchanteur Perfumed Body Lotion Enticing

 ENCHANTEUR PARIS
1) ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Senarai produk :

 Enchanteur Paris Mon Amie Light And Fresh Parfum Lotion


 Enchanteur Paris Mon Amie Double Moisture Parfum Serum
 Enchanteur Paris Mon Amie Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant
 Enchanteur Paris Mon Amie Parfum Deo Mist

2) ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR

Senarai produk :

 Encahnteur Paris Belle Amour Triple Whitening Parfum Lotion


 Encahnteur Paris Belle Amour Extra Whitening Parfum Anti-Perspirant Deodorant

8
 Encahnteur Paris Belle Amour Parfum Deo Mist

3)

ENCHANTEUR PARIS ADORE

Senarai produk :

 Enchanteur Paris Adore Antibacterial Care Parfum Lotion


 Enchanteur Paris Adore Whitening & Soothing Parfum Anti-Perspirant Deododrant
 Enchanteur Paris Adore Parfum Deo Mist

 ENCHANTEUR LOVE
1) Forever Love
2) Celebrate Love
3) Passionate Love

3. PROMOTION (Promosi)
 Bergantung pada tempat penjualan

 Menggunakan model artis tekenal untuk mempromosikan produk

9
4. PRICE (Harga)

Ia sangat berpatutan dan mampu milik bagi semua individu untuk membelinya. Harga
bermula dari rm3.90 sehingga RM 140 sahaja.

Rangkaian serum dan losyen Enchanteur Paris boleh


didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah
dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan
penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau.
Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 (85ml) manakala bagi jenis botol ia
dijual pada harga RM18.00 ( 300ml).

10

You might also like