You are on page 1of 11

VISI

Menjadi Pemimpin Global Dalam Perbankan Islam

“Pemimpin Global” ditakrifkan sebagai panduan dan sumber rujukan utama bagi produk dan
perkhidmatan berlandaskan prinsip Syariah

MISI

 Beriltizam untuk terus membangun dan memperbaharui penyelesaian


kewangan yang diterima sejagat sejajar dengan prinsip Syariah
 Menawarkan pulangan yang munasabah dan kekal kepada para pemegang
saham
 Menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan menjadi majikan plihan bagi
mereka yang berbakat besar
 Menghasilkan penyelesaian kewangan yang lengkap bertaraf global melalui
penggunaan teknologi canggih terkini
 Menjadi warga korporat yang bertanggungjawab dan berhemah

LATAR BELAKANG

Bank Islam Malaysia Berhad mula beroperasi sebagai bank Islam pertama Malaysia pada
tarikh 1 Julai 1983 iaitu pada 36 tahun yang lalu. Bank Islam ditubuhkan pada mulanya untuk
memberi alternatif kepada rakyat Muslim di negara ini menggunakan perbankan berlandaskan
Syariah. Ditubuh dengan modal disahkan sebanyak RM500 juta dan modal berbayar berjumlah
RM80 juta, dana pemegang saham Bank Islam melonjak kepada RM 2.5 bilion pada Disember
2010, suatu bukti kejayaan pelan pertumbuhan jangka panjangnya

Disenaraikan di papan Bursa Saham Kuala Lumpur pada 17 Januari 1992, Bank Islam
telah berkembang sebagai sebuah institusi kewangan yang disegani di negara ini. Dengan 89
buah cawangan di seluruh negara, bank ini menawarkan 50 pelbagai produk dan perkhidmatan
perbankan Islam yang inovatif dan canggih, setanding dengan yang ditawarkan oleh perbankan
konvensional.
Perancang utama Bank Islam ini ialah Dato' Zamani Abdul Ghani, Pengerusi Bank Islam,
Dato' Sri Zukri Samat, Pengarah Urusan Bank Islam dan Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon,
Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah

ELEMEN 7Ps SYARIKAT

1. PRODUCT

Bank Islam merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan dan produk kepada
pelanggan berlandaskan mengikut syariat islam. Ia juga mempunyai pelbagai produk dan
perkhidmatan bukan sahaja dalam perniagaan kepada pelanggan tetapi ia juga melakukan
perniagaan kepada perniagaan. Bank Islam menawarkan produk pembiayaan serta
perkhidamatan deposit, transaksi dan baki. Selain itu, aktiviti kewangan korporat, pembiayaan,
deposit dan urusniaga dan baki lain dengan pelanggan korporat juga dilakukan. Malah, produk
saham juga ditawarkan oleh Bank Islam untuk meningkatkan lagi hubungan pelaburan dalam dan
luar Negara. Antara contoh ciri produk Bank Islam ialah Mudarabah, Musaqa, Murabaha, Home
financing, dan lain-lain lagi.

Tidak sah menjual produk yang tidak kita miliki dan tanpa izin pemiliknya. Hal ini
berdasarkan hadis berikut:

“Jangan engkau jual barang yang bukan milikmu.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

2. PRICE

Bank Islam tidak meletakkan keuntungan yang berlebihan atau kebiasaanya dipanggil bunga
kepada pelanggan mereka. Di dalam meletakkan harga, bank islam memandang dari sudut kos,
kredit dan harga.

Allah berfirman:

ِ َّ‫َو َما آتَ ْيتُ ْم ِم ْن ِربًا لِيَرْ ب َُو فِي أَ ْم َوا ِل الن‬
‫اس فَاَل يَرْ بُو ِع ْن َد هَّللا ِ ۖ َو َما‬
َ ِ‫آتَ ْيتُ ْم ِم ْن زَ َكا ٍة تُ ِري ُدونَ َوجْ هَ هَّللا ِ فَأُو ٰلَئ‬
َ‫ك هُ ُم ْال ُمضْ ِعفُون‬

Ertinya: "Dan, sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia menambah pada harta
manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa
zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian)
itulah orang-orang yang melipat gandakan (pahalanya)". (QS Al-Rum: 39).

3. PLACE

Bank islam harus berada di lokasi pusat utama yang menjadi tumpuan ramai dan tempat
tersebut harus mencerminkan terhadap inisiatif perbankan islam. Sebanyak 420 jumlah
cawangan yang berada di seluruh dunia. Manakala, mesin layan diri mempunyai 1233 yang telah
tersedia.

Hadis ini merupakan untuk memperkembangkan kawasan yang baik dan pekerjaan :

َ ْ‫هُ َو الَّ ِذي َج َع َل لَ ُك ُم اأْل َر‬


‫ض َذلُواًل فَا ْم ُشوا فِي َمنَا ِكبِهَا َو ُكلُوا ِم ْن ِر ْزقِ ِه َوإِلَ ْي ِه النُّ ُشو ُر‬

“Dia-lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-
rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada
Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah
nikmat-Nya dan takutilah kemurkaanNya). (Surah al-Mulk: 15)
4. PROMOTION

Perkhidmatan perbankan mempunyai saingan yang banyak. Bukan sahaja bank yang
bercirikan Islam malah bank konvensional juga mempunyai persaingan yang kuat. Dengan
adanya promosi yang kukuh Bank Islam dapat menguatkan lagi jenama ini di dalam ingatan
pelanggan. Pelbagai saluran atau medium yang boleh dilakukan dalam mempromosi produk atau
perkhidmatan, antaranya ialah televisyen, radio, majalah, surat khabar dan lain-lain. Bank Islam
juga meningkatkan penglibatan pengguna dengan mempunyai permainan interaktif dan kuiz. Ia
juga melancarkan program menabung yang benar-benar membantu meningkatkan kesedaran
jenama di kalangan kumpulan sasaran.

Surat An-Nisa’ : 29

ْ
ٍ ‫ يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا ال تَأ ُكلُوا أَ ْم َوالَ ُك ْم بَ ْينَ ُك ْم بِ ْالبَا ِط ِل إالّ أَ ْن تَ ُكونَ تِ َجا َرةً ع َْن تَ َر‬...
‫اض ِم ْن ُك ْم‬

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan
jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang Berlaku dengan suka sama-suka di antara
kamu…”

Dalam ayat tersebut Allah mengharamkan memakan harta dengan cara yang batil, kecuali
jika dengan jalan perdagangan yang dilakukan atas dasar suka rela dari kedua belah pihak. Tidak
diragukan lagi bahwa orang yang membeli produk sebab tertipu dengan promosi yang dilakukan
maka dia tentunya tidak rela ketika mengetahui yang sebenarnya.

5. PEOPLE

Bank Islam memberikan perbezaan yang positif kepada pihak berkepentingan. Tujuan
organisasi tersebut adalah untuk kebaikan komuniti yang lebih meluas. Untuk mencapai
keupayaan yang terbaik, kami telah mula mengutarakan matlamat kemampanan kami untuk
menentukan sejauh mana kejayaan kami berkhidmat dengan pelbagai pihak berkepentingan dan
memberikan nilai di bawah teras utama iaitu Kewangan Bertanggungjawab, Pertumbuhan
Inklusif, Majikan Bertanggungjawab dan Amalan & Pelaporan Beretika.

Rasulullah saw menjelaskan tentang penting dan keutamaan ini:

ِّ ‫ق األَ ِميْنُ َم َع النَّبِيِّي َ’ْن َول‬


‫ص ِّد ْيقِ ْينَ َوال ُّشهَدَا ِء – رواه الترمذى‬ َ ‫ع َْن أَبِى َس ِع ْي ٍد َع ِن النَّبِ ِّي‬
َّ ‫ التَّا ِج ُر ال‬:‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم قَا َل‬
ُ ْ‫ص ُدو‬

“Dari Abi Sa’id, dari Nabi saw bersabda: Pedagang yang jujur dan terpercaya bersama para
Nabi, orang-orang yang jujur dan syuhada’”. (HR. Tirmidzi)

6. PROCESS

Pemantauan akan dilakukan segala urusan perbankan Islam akan dipantau oleh Ahli/Majlis
Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Audit Syariah. Mereka adalah individu yang bertanggungjawab
dalam memastikan kepatuhan hukum Syariah di sesebuah bank. Setersunya, melaksanakan transaksi yang
mematuhi kehendak Syariah. Segala perolehan atau hasil yang terbit daripada urusan perbankan yang
tidak mematuhi Syariah dan garis panduan Syariah akan disalurkan kepada badan-badan amal. Selain itu,
memperoleh keuntungan dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam. Keuntungan profit adalah
terhasil daripada kontrak jual beli dan perkongsian untung rugi iaitu pelaburan.

Caj yang dikenakan berdasarkan kos sebenar atau 1% sepertimana yang digariskan oleh BNM.
Malah perbankan islam terlibat dalam pembayaran zakat. Ia merupakan tanggungjawab sosial pihak
perbankan Islam. Ia juga terlibat di dalam gerakan dakwah Islamiah kepada masyarakat. Sebagai contoh,
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengharaman riba, memberi khutbah jumaat, forum
dan penyelidikan tentang muamalat Islam. Akhir sekali, Sistem Kewangan Islam adalah berteraskan akad
yang telah dipersetujui oleh Syarak seperti Bai’ Bithaman Ajil (BBA), Wadi’ah, Mudarabah, Musyarakah
dan sebagainya.

Dalam akad jual beli barang yang diperjualbelikan haruslah merupakan milik dari si penjual atau orang
yang mewakilinya. Apabila barang yang dijual bukan milik penjual maka akad jual beli tidaklah sah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadits berikut. diriwayatkan Hakim bin Hizam bertanya pada Rasulullah
SAW,

َ ‫ْس ِع ْن َد‬
‫ك‬ َ ‫ُّوق قَا َل اَل تَبِ ْع َما لَي‬ َ ‫ُول هَّللا ِ يَأْتِينِي ال َّر ُج ُل فَيَسْأَلُنِي ْالبَ ْي َع لَي‬
ِ ‫ْس ِع ْن ِدي أَبِي ُعهُ ِم ْنهُ ثُ َّم أَ ْبتَا ُعهُ لَهُ ِم ْن الس‬ َ ‫يَا َرس‬
“Wahai Rasulullah, ada seseorang yang mendatangiku lalu ia meminta agar aku menjual kepadanya
barang yang belum aku miliki, dengan terlebih dahulu aku membelinya dari pasar?” Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Janganlah engkau menjual sesuatu yang tidak ada padamu.”
(HR. Abu Daud no. 3503, An Nasai no. 4613, Tirmidzi no. 1232 dan Ibnu Majah no. 2187).

7. PHYSICAL

Para pemasar dalam memberikan layanan yang baik perlu memperhatikan elemen
layanan secara fiziakal adalah juga yang berkaitan dengan layanan pelanggan juga harus
diperhatikan oleh menjamin kualiti kepada pelanggan . Dengan menenyediakan fasiliti seperti
pendingin, alat telekomunikasi yang canggih atau perabot pejabat yang berkualiti dan lain-lain. .
Baju seragam yang berwarna juga menjadi utama dalam menunjukkan contoh kepada pelanggan.

ANALISIS SWOT

STRENGHT

1. ekuiti jenama yang kukuh

2. pekerja bakat

3. kecairan yang banyak dan kedudukan modal yang kukuh

4. inovasi produk dan perkhidmatan

5. perkhidmatan perbankan mudah alih, perbankan mudah alih-i

6. penamaan bank Islam itu sendiri mempunyai keyakinan dan mencerminkan Perbankan Islam

WEAKNESS

1. kekurangan populariti bukan muslim

2. kekurangan perwakilan luar negara

3. terhad kepada mesin juruwang automatik


OPPORTUNITIES

1. pengembangan wilayah (terutama ke indonesia)

2. Wawasan kerajaan memperluaskan pasaran pembiayaan Islam kepada 40% pada tahun 2020

3. inovasi perbankan mudah alih

4. pelanggan malaysia lebih suka produk tempatan

THREATS

1. kecenderungan makroekonomi (peningkatan kadar inflasi dan hutang isi rumah)

2. pengawalseliaan (Akta kewangan Islam 2003)

3. peningkatan persaingan

4. perubahan teknologi

Bank Islam adalah sebuah syarikat yang mempunyai jenama yang kukuh. Ia juga
mengekalkan mutu pekerja yang mahir dan berbakat dalam bidang masing-masing. Bank Islam
mempunyai asset yang banyak dan mempunyai modal yang kukuh. Jadi kepercayaan terhadap
syarikat ini adalah sangat kuat. Syarikat ini juga mempunyai berdaya saing yang sihat dengan
membuat inovasi produk dan perkhidmatan serta perkhidmatan atas talian. Dengan nama Bank
Islam ini sendiri, ia mencerminkan perbankan islam serta segala perkhidmatan berlandaskan
syariat islam.

Setiap syarikat mempunyai kelemahan yang trsendiri. Sama juga seperti syarikat Bank Islam
ini, ia mempunyai beberapa kelemahan untuk memperbaiki syrikat ini. Antara kelemahan yang
perlu diperbaiki ialah meningkatkan lagi popularity kepada pengguna bukan Islam. Simbolik
Bank Islam tidak semestinya kepada pengguna islam sahaja, malah pengguna bukan Islam juga
boleh menggunakan produk ini. Selain itu, kurangnya perhubungan dengan pelanggan dari luar
Negara. Jalinan diantara dengan Negara luar adalah penting. Pelbagai jenis cara atau sistem yang
bileh dilakukan untuk mewujudkan sesuatu hubungan dengan pihak luar Negara.
Sebagai syarikat yang berpandangn jauh, Bank Islam telah mengambil peluang ini untuk
meningkatkan lagi produk atau perkhidmatan kepada pelanggan serta mengembangkan
syarikatnya ke seluruh Negara terutama di Negara Indonesia. Hal ini kerana, Negara Malaysia
mempunyai hubungan yang baik di dalam sistem korpora serta kita dapat lihat, kebanyakan
penduduk Indonesia mencari pekerjaan dan makan di Negara Malaysia. Selain itu, kini, wawasan
kerajaan telah memperluaskan pasaran pembiayaan Islam kepada 40% pada tahun 2020. Dengan
perkara ini, syarikat ini telah merebut peluang ini kerana pelaggan masa kini lebih percaya
kepada perkhidmatan berteraskan Islam berbanding konvensional. Seterusnya, Bank Islam telah
mengambil peluang dnegan menginovasikan perkhidmatan beliau dengan mewujudkan
perbankan mudah alih bagi memudahkan pelanggan membuat segala jenis transaksi perbankan.
Penduduk Malaysia lebih gemar produk tempatan, disebabkan itu syarikat Bank Islam ini
bersaing untuk menawan hati penduduk Malaysia.

Setiap perniagaan yang dilakukan sudah semestinya mempunyai pelabagai jenis anaman.
Antara ancaman yang berlaku ialah kecenderungan terhadap makroekonomi iaitu berlaku
peningkatan kadar inflasi dan hutang isi rumah. Selain itu, pengawalseliaan yang berdasarkan
Akta kewangan Islam 2003. Bank Islam juga pada masa kini berlaku peningkatan persaingan
seperti CIMB Islamic, Maybank Islamic, Affin Bank dan lain lain lagi. Perubahan teknologi
masa kini juga adalah ancaman yang besar kerana untuk mengikuti perubahan tersebut Bank
perlu mengeluarkan kos yang tinggi dan bertindak segera keran sekiranya ketinggalan, akan
berlaku kerugian terhadap syarikat.

FAKTOR PERSEKITARAN DALAMAN SYARIKAT

Persekitaran di dalam pemasaran merupakan beberapa faktor dan kuasa di luar pemasaran
yang akan mempengaruhi keupayaan pengurus atau organisasi dalam membangun dan
mengekalkan perniagaananya. Antara faktor persekitaran dalaman syarikat Bank Islam ialah
syarikat atau organisasi ini sendiri yang mempunyai pengurusan yang sistematik dan
bertanggungjawab dalam mencapai misi, objektif, strategi, polisi-polisi umum atau dasar syarikat
dan sebagainya yang berkait rapat dengan syarikat.

Selain itu, antara faktor dalaman syarikat Bank Islam ialah pelanggan. Pengguna atau
pelanggan adalah merupakan individu atau firma akhir yang membeli dan menggunakan produk.
Sesebuah syarikat yang maju mereka sangat mementingkan kualiti produk dalam memastikan
pelanggan berpuas hati terhadap produk. Sama seperti Bank Islam, ia sangat mementingkan
perkhidmatan yang dilakukan dapat memuaskan hati pelanggan. Ia menyediakan khidmat
pelanggan dan saluran maklum balas untuk melihat penambahbaikan atau kepuasan terhadap
produk yang dikeluarkan. Bukan itu sahaja, Program jelajah dan pameran untuk menarik minat
dan menyampaikan maklumat tentang syarikat dan produk kepada pelanggan.

Di samping itu, antara faktor dalaman syarikat Bank Islam ialah dari segi masyarakat.
Masyarakat atau orang awam merupakan kumpulan yang dapat memberi kesan kepada
keupayaan organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Bagi Bank Islam pula, ia terlibat
dengan NGOs dan badan-badan kebajikan serta mempunyai penglibatan dengan masyarakat
terpinggir. Faktor dalaman ini juga berkaitan dengan hubungan dengan pembekkal. Pembekal
ialah firma atau individu yang membekalkan sumber-sumber yang diperlukan oleh syarikat Bank
Islam. Sebagai contoh dengan adanya peluang kepada masyarakat, penglibatan dalam vendor dan
pembekal dapat diperkenalkan dan diperkembangkan lagi di negar.

Malah, antara faktor dalaman mempengaruhi syarikat Bank Islam ialah pesaing terhadap
produk. Bank Islam mengetahui saiz dan perletakan industrinya. Untuk membangunkan strategi,
Bank Islam perlu mengeluarkan produk perkhidmatan yang menjadi permintaan ramai pengguna.
Dengan merebut peluang syarikat ini telah mengeluarkan semua produk yang berlandaskan
syariat islam dan tidak bercanggah Alquran dan Haddis. Antara ciri yang syarikat ini terapkan
ialah mudarabah, musyarakah dan banyak lagi yang bercirikan islam.

Akhir sekali, antara faktor dalaman mempengaruhi syarikat Bank Islam ialah perantara
pemasaran. Syarikat ini tidak akan membangun secara sendiri tanpa ada menjalinkan hubungan
atau perkongsian dengan syarikat lain. Bank Islam juga membuat pelaburan dengan syarikat-
syarikat lain untuk membangunkan serta memajukan syarikatnya. Dalam mengekalkan hubungan
tersebut, perbincangan dan interaksi dalam industri bersama rakan kongsi adalah secara
berterusan. Mesyuarat Agung Tahunan juga akan dilakukan bagi berlaku adil terhadap
Perkongsian tersebut untuk menentukan Ahli Jemaah Pengarah.

FAKTOR PERSEKITARAN LUARAN SYARIKAT


Faktor persekitaran luaran syarikat juga adalah penting untuk mengekalkan sesebuah
organisasi di dalam syarikat tersebut. Faktor ini adalah yang lebih luas yang memberi peluang
dan ancaman kepada syarikat. Persekitaran ini juga adalah sukar untuk dikawal.

Antara faktor persekitaran luaran syarikat Bank Islam ialah faktor demografi. Demografi
bagi syarikat ini tertumpu kepada kebanyakan dikalangan individu yang telah bekerja. Manakala
syarikat ini juga tertumpu pada kawasan korporat atau industri kerana produk yang ditawarkan
kebanyakannya adalah produk yang berkaitan dengan industri. Dengan itu, kita dapat lihat
syarikat ini kurang meletakkan cawangan mereka di kawasan kampung kerana permintaan
terhadap produk mereka adalah kurang. Persekitaran demografi ini sangat penting kerana ia akan
mempengaruhi pemasar dalam strategi pemasaran meliputi jumlah kuantiti produk yang akan
dikeluarkan.

Seterusnya, faktor persekitaran luaran syarikat Bank Islam ialah faktor ekonomi.
Kegawatan ekonomi pada masa kini adalah sangat berpengaruh terhadap Bank Islam. Hal ini
kerana, pengguna merasakan pembiayaan peribadi adalah sangat penting pada masa kini untuk
menampung kehidupan mereka Dari segi faktor ini, ia mempengaruhi corak perbelanjaan
pengguna dan perkara ini dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi kerana berlakunya
peningkatan di dalam kadar berbelanja pengguna. Sebagai contoh, pengguna membuat
pembiayaan peribadi daripada Bank Islam untuk membeli keperluan harian pada masa kini.

Selain itu, faktor persekitaran luaran syarikat Bank Islam ialah faktor teknologi.
Peningkatan dalam teknologi banyak mempengaruhi dunia pemasran. Perubahan teknologi telah
menyebabkan lebih banyak peluang dan pasaran baru kepada pemasar. Bank Islam telah
mengikuti perubahan dari masa ke semasa supaya mengekalkan keupayaan syarikatnya. Ia juga
tidak ketinggalah dengan membuat inovasi. Memandangkan penggunaan internet pada masa kini
adalah penting kepada semua orang, Bank Islam telah membuat sistem perbankan atas talian
untuk memudahkan pengguna. Selain itu, Bank Islam juga mengambil peluang mempromosikan
bukan sahaja di televisyen, malah di internet juga.

Di samping itu, faktor persekitaran luaran syarikat Bank Islam ialah faktor politik.
Keputusan di dalam pemasaran turut dipengaruhi oleh perkembangan politik. Jika kita lihat,
dengan kekecohon politik masa kini ia juga mempengaruhi kepada seluruh sektor kewangan dan
perbankan. Ia menggangu dalam membuaat dan menetapkan keputusan. Dividen bulanan hari ini
sangat berubah dan tidak tetap. Hal ini kerana, syarikat tidak mahu berlaku kerugian terhadap
syarikat.

Akhir sekali, faktor persekitaran luaran syarikat Bank Islam ialah faktor budaya. Ini
adalah salah satu tekanan bagi syarikat ini kerana ia mempengaruhi, nilai, persepsi serta sikap
budaya masyarakat yang berbeza terutama di Malaysia. Sebagai contoh masyarakat Islam
perlulah menggunakan produk Islam kerana produk ini diyakini dan tiada unsur penipuan dalam
menyediakan produk atau perkhidmatan tersebut,

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Bank Islam adalah bank yang pertama yang mematuhi syariah Islam. tidak semestinya
produk ini tidak mempunyai kekurangan yang tersendiri. Seperti yang kita lihat tadi terdapat tiga
kekurangan yang terdapat di dalam produk atau perkhidmatan ini. Oleh itu, terdapat beberapa
cadangan yang kami akan kemukakan.

Cadangan yang pertama ialah Bank Islam perlu lebih memperbanyakan promosi ini
produk mereka

You might also like