You are on page 1of 13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM,

JOHOR BAHRU, MALAYSIA

NAMA : NUR SYAHIRAH BINTI ABD. RAZAK

ANGKA GILIRAN : 2016121340068

NO KAD PENGENALAN : 970827-12-5352

OPSYEN : 4 PISMP BIMBINGAN DAN KAUNSELING (SK) JUN

2016

KOD & NAMA KURSUS : MPU 3092 PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK TUGASAN : PENULISAN ESEI

NAMA PENSYARAH : DR RAUDHAH BINTI ALI

TARIKH HANTAR : 25 MAC 2018


`INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : Nur Syahirah binti Abd Razak Angka Giliran: 2016121340068


Kod: MPU 3092 Nama Kursus: Pendidikan Islam

Pensyarah : DR RAUDHAH BINTI ALI


Tarikh Hantar : 25 MAC 2018 Tarikh Terima :
Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)


Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:


Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya dapat juga saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Pendidikan Islam ini. Sepanjang melakukan kerja
kursus ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun
manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar.

Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalankan kerja kursus ini


mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya justeru saya juga telah
memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan
tugasan ini iaitu berkenaan dengan penulisan esei tentang peranan guru Muslim
mendepani cabaran sistem kehidupan bermasyarakat pada hari ini.

Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan kerja kursus ini. Terutamanya kepada
pensyarah saya iaitu Dr Raudhah binti Ali kerana beliau telah banyak memberikan
tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Tunjuk ajar beliau
amat membantu saya dalam usaha menyempurnakan kerja kursus yang telah
diamanahkan ini.

Oleh itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga
saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
menyelesaikan kerja kursus ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan
seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan kerja kursus ini dengan jayanya.

Ucapan terima kasih ini ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala
bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan anda,
kerja kursus saya tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
1.0 Pengenalan

Islam merupakan agama universal yang menekankan umatnya bagi mengerjakan


segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Menurut Dusuki
Ahmad (1976), Islam ditakrifkan sebagai menyerah, tunduk, damai dan sentosa. Dasar-
dasar yang terdapat dalam agama Islam tidak akan pernah berubah dek perubahan
zaman, maka umat Islam diwajibkan beriman kepada Allah SWT, malaikat, kitab-kitab,
Rasul-Rasul, hari Kiamat dan Qada’ dan Qadar. Terdapat 6 ciri khusus agama Islam
iaitu Rabbaniyyah, Syumuliyyah, Tawazun, Waqi’iyyah, Inqilabiyyah, Alamiyyah dan Al-
Thabat wal Murunah. Ciri-ciri khusus agama Islam ini membantu golongan masyarakat
dalam mengimani kebenaran Islam dalam kehidupan seharian. Definisi damai terhadap
agama Islam pada zaman ini sering dipertikai oleh segelintir masyarakat. Hal ini adalah
kerana, terlalu banyak isu negatif yang berlaku dalam kehidupan bermasyarakat pada
hari ini. Dalam era globalisasi yang dihadapi pada hari ini memperlihatkan suasana
baru dalam kehidupan masyarakat dunia dan masyarakat Islam itu sendiri (Mohd Roslan
Mohd Nor, 2011).. Maka, pelbagai pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam
mendepani cabaran sistem kehidupan bermasyarakat pada hari ini agar kehidupan
bermasyarakat yang damai dapat diwujudkan. Dalam konteks sekolah, guru Muslim
berperanan besar dalam mendepani cabaran sistem kehidupan bermasyarakat pada
hari ini kerana guru Muslim memiliki ilmu pengetahuan bagi menyelesaikan
permasalahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

2.0 Sistem kehidupan bermayarakat dalam Agama Islam

2.1 Definisi masyarakat

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), masyarakat ditakrifkan sebagai
sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn cara-cara dan peraturan-
peraturan tertentu. Masyarakat juga ditakrifkan sebagai suatu kelompok manusia yang
telah cukup lama hidup bersama dan saling bekerjasama sehingga dapat
mengorganisasikan diri dan meletakkan diri mereka sebagai kesatuan sosial yang
memiliki batas-batas tertentu (Ralph Linton, 1936). Secara umum, masyarakat akan
sentiasa berubah menelusuri proses evolusi zaman yang sering meningkat dari semasa
ke semasa. Misalnya, masyarakat di dunia sentiasa berkembang dari satu tahap ke
tahap yang lain. Buktinya, masyarakat tradisional pada hari ini telah berubah menjadi
masyarakat moden yang terdiri daripada masyarakat industrI, masyarakat pascaindustri
dan masyarakat sains dan teknologi (Hamidah Abdul Rahman, Norlin Ahmad & Shah
Rollah Abdul Wahab, 2009).

2.2 Dasar masyarakat dalam Islam

Terdapat beberapa dasar yang dimiliki masyarakat dalam Islam, antaranya ialah akidah
Islam, tolong-menolong atas dasar kebaikan bukan merosakkan dan bersatu padu
sesama manusia adalah ibadat yang mulia. Masyarakat Islam hendaklah berpegang
kepada dasar tolong menolong ke arah kebaikan dalam kehidupan seharian kerana
dasar ini merupakan salah satu asbab kepada penyatuan masyarakat di dunia ini. Nilai
tolong-menolong ini jelas mempamerkan akan mendatangkan keredhaan Allah SWT
dan menyenangkan hati ramai pihak. Dalam hal ini, Allah berfirman dalam Al-Quran
yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan


dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan”.

(Surah Al-Mai’dah:2)

Dasar masyarakat dalam Islam yang seterusnya ialah bersatu padu sesama
manusia adalah ibadat yang mulia. Sekiranya umat Islam tidak memandang nilai bersatu
padu sebagai perkara utama dalam pembentukan negara Islam yang terbaik, maka
pelbagai kes perbalahan dan pergaduhan bangsa akan berlaku. Hal ini adalah kerana,
kepelbagaian bangsa di muka bumi ini menjadikan nilai bersatu padu itu sebagai
pegangan utama dalam melahirkan negara yang aman dan damai.
2.3 Ciri-ciri sistem masyarakat dalam Islam

Antara ciri sistem masyarakat dalam Islam ialah pemeliharaan norma-norma akhlak.
Individu Muslim hendaklah berpegang teguh dengan akhlak baik yang disarankan oleh
Islam untuk diaplikasikan dalam diri dan kehidupan di dunia. Masyarakat hendaklah
sentiasa memastikan akhlaknya menepati kehendak agama Islam itu sendiri. Hal ini
adalah kerana, keselesaan dalam kehidupan bermasyarakat bergantung kepada akhlak
yang dipamerkan oleh masyarakat itu sendiri. Sekiranya, sekelompok masyarakat tidak
memelihara norma-norma akhlak dalam kehidupannya, masyarakat yang tinggal
bersama dengan kelompok masyarakat tersebut akan berasa tidak selesa dan tidak
aman dengan kehidupan bermasyarakat di tempat tersebut. Ciri sistem masyarakat
dalam Islam yang seterusnya ialah berkasih-sayang sesama insan. Masyarakat
penyayang ditakrifkan sebagai suatu masyarakat yang mempunyai nilai-nilai
kematangan insan yang sempurna (Siti Norlina Muhamad, Kilani Mohamed, Zulkifli
Haron & Siti Aisyah Abdul Rahman, 2004). Masyarakat yang saling berkasih sayang
jelas mempamerkan bahawa masyarakat tersebut sudah memiliki ciri-ciri kesempurnaan
hidup dalam kepelbagaian dan kemajmukan masyarakat. Hal ini adalah kerana, kasih
sayang yang wujud dalam sesebuah masyarakat tersebut lahir daripada konsep taaruf,
takaful dan tafahum dalam Islam.

3.0 Peranan guru Muslim mendepani cabaran sistem kehidupan bermasyarakat


pada hari ini

3.1 Menjadikan Al-Quran sebagai sumber utama dalam membentuk sahsiah


dan akhlak murid-murid

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan panduan hidup bagi
umat Islam. Justeru, guru Muslim hendaklah menekankan fungsi dan peranan Al-Quran
kepada murid-murid tentang tujuan utama penurunan Al-Quran kepada manusia.
Memandangkan dunia pada hari ini merupakan dunia kontemporari, peranan guru
Muslim dalam mendepani cabaran sistem kehidupan bermasyarakat semakin besar. Hal
ini adalah kerana, sekiranya masyarakat pada hari ini tidak dibentuk dengan akhlak dan
sahsiah yang terpuji, maka sistem kehidupan bermasyarakat akan menghadapi pelbagai
cabaran dan dugaan dalam mengaplikasikan ajaran agama Islam secara holistik dan
menyeluruh. Keruntuhan akhlak merupakan salah satu cabaran masyarakat pada
zaman ini. Peranan guru Muslim dalam mendepani cabaran keruntuhan akhlak adalah
dengan menjadikan Al-Quran sebagai sumber utama dalam membentuk sahsiah dan
akhlak murid-murid. Antara tanggungjawab yang dipegang oleh Guru Muslim ialah
mengimplimentasikan nilai kasih sayang dalam membentuk sahsiah dan akhlak murid-
murid (Abdul Salam Muhamad Shukri, 2003). Sekiranya guru Muslim menekankan
aspek kasih sayang bagi membentuk nilai baik dalam diri murid-murid, mereka akan
lebih terdorong untuk memiliki tingkah laku yang positif dalam kehidupan mereka.
Sebagai guru Muslim yang berperanan untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid,
guru Muslim hendaklah mengaplikasikan nilai kasih sayang dalam proses pembelajaran
dan pengajaran agar murid-murid merasakan bahawa terdapat individu selain daripada
keluarga mereka yang menyayangi dirinya. Nilai kasih sayang sememangnya dapat
menyentuh hati individu untuk bertingkah laku dengan akhlak yang positif. Hal ini
bersesuaian dengan ciri khusus agama Islam, Amaliyyah yang menekankan aspek
amalan dan perbuatan yang baik dalam kehidupan seharian. Sekiranya masyarakat
memiliki niat yang baik, tetapi diselangi dengan perbuatan yang salah, perkara tersebut
bukanlah suatu ajaran yang ditekankan dalam agama Islam. Maka, pendekatan yang
guru Muslim hendak menekankan dalam mendepani cabaran sistem kehidupan
bermasyarakat pada hari ini ialah pendekatan secara tarbiah. Tarbiah didefinisikan
sebagai mengasuh, mendidik dan memelihara, maka guru Muslim hendaklah melakukan
tarbiah kepada murid-murid dengan menggunakan dalil-dalil Al-Quran agar mereka
melihat dengan jelas akan arahan yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia
untuk memiliki akhlak dan tingkah laku yang mulia. Jelaslah bahawa, guru Muslim
berperanan untuk menjadikan Al-Quran sebagai sumber utama dalam membentuk
sahsiah dan akhlak murid-murid bagi mendepani cabaran sistem kehidupan
bermasyarakat pada hari ini.
3.2 Menjadi qudwah hasanah yang terbaik

Antara peranan guru Muslim dalam mendepani cabaran sistem kehidupan


bermasyarakat pada hari ini ialah menjadi qudwah hasanah yang terbaik. Menurut
Zaharah Hussin (2005), guru merupakan golongan utama bagi membentuk akhlak
murid-murid selain ibu bapa. Hal ini adalah kerana, guru merupakan insan yang
memberi didikan kepada murid-murid di sekolah, maka masa yang diperuntukkan di
sekolah menjadi tanggungjawab guru untuk mempamerkan teladan yang baik di
samping menyampaikan ilmu pengetahuan secara teori. Menurut Teori Pembelajaran
Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura dalam Abdullah Zhidi et. al. (2014),
perlakuan manusia banyak dipelajari melalui contoh, teladan, meniru gaya dan
penggunaan bahasa. Antara peniruan yang sering berlaku antara guru dan murid ialah
peniruan secara langsung. Hal ini adalah kerana, murid-murid akan bertingkah laku
seperti insan yang berada di sekeliling mereka. Misalnya, sekiranya seorang guru
Muslim itu menggunakan bahasa yang sopan dan berlemah lembut semasa
berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling, maka, kebarangkalian untuk murid
tersebut meniru perlakuan tersebut adalah sangat tinggoi. Maka, guru Muslim hendaklah
memastikan akhlak-akhlak yang terpamer merupakan akhlak yang terpuji agar murid-
murid sentiasa terdorong untuk mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Pengaplikasian nilai-nilai murni dalam kehidupan akan memberi impak yang sangat
besar dalam kehidupan bermasyarakat pada hari ini. Hal ini selaras dengan ciri khusus
agama Islam iaitu Alamiyyah yang menekankan bahawa agama ialah untuk semua
orang. Maka, nilai-nilai murni yang hendak dipupuk bukan hanya tertakluk dalam diri
masyarakat Muslim sahaja, malah boleh dipupuk dalam masyarakat bukan Islam.
Menurut Ahmad Mohd. Salleh (1997), guru perlu menyedari dan insaf bahawa mereka
menjadi ikutan dan teladan kepada murid-murid dalam segala perkara. Maka, guru-guru
Muslim hendaklah mempamerkan contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid
dan masyarakat.
3.3 Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

Memandangkan dunia pada hari ini merupakan dunia tanpa sempadan yang mengguna
pakai teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara keseluruhan, guru Muslim
berperanan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat
dan Komunikasi. Mutakhir ini, terlalu banyak kes kemanusiaan yang berlaku dalam
hubungan masyarakat di dunia sebenar dan dunia maya. Antara kes yang sering
berlaku di dalam dunia maya ialah kes buli siber, melayari laman web yang tidak
sepatutnya dan sebagainya. Keupayaan dan kemahiran generasi muda dalam
penggunaan dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi jauh lebih baik jika
dibandingkan dengan generasi yang lebih tua (Mohd Noor Mat Yazid, 2010. Maka, guru
Muslim hendaklah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut
agar guru Muslim dapat memantau pergerakan murid-murid dalam dunia internet
dengan lebih proaktif. Sekiranya diamati dan diteliti dengan jelas, kebanyakan kes-kes
buli siber yang berlaku melibatkan murid-murid yang masih bersekolah. Cabaran
sebegini berlaku dalam kalangan murid-murid kerana penggunaan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi ini tiada had penggunaannya dan tiada batasan. Hal tersebut menjadi
kerisauan yang utama kerana murid-murid di sekolah merupakan individu yang akan
memimpin negara pada masa akan datang. Bidang Teknologi Maklumat dan
Komunikasi merupakan suatu perkara yang sangat penting untuk dikuasai kerana
kehidupan akan menjadi lebih mudah dan senang sekiranya penguasaan terhadap
bidang ini dimiliki oleh seseorang individu. Hal ini bertepatan dengan ciri khusus agama
Islam iaitu Amaliyyah tentang Hajiyyat yang membawa maksud perkara yang diperlukan
oleh manusia untuk hidup. Akan tetapi, manusia perlu sedar bahawa tanpa Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, manusia juga boleh hidup tanpa kewujudnnya.

Budaya hedonisme yang semakin menggila pada akhir-akhir ini juga datangnya
daripada media massa yang menjadi perantara untuk mendapatkan sesuatu maklumat
tanpa sempadan. Budaya hedonisme ditakrifkan sebagai satu doktrin atau teori etika
yang menyatakan bahawa keseronokan merupakan tahap kebaikan tertinggi atau
matlamat akhir sesuatu tindakan (Halipah Hamzah, Muhammad Azizan Sabjan & Noor
Shakirah Mat Akhir, 2017). Maka, isu yang merisaukan dalam bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi ini ialah apabila murid-murid meletakkan keseronokan dalam
media massa dan media sosial tanpa memikirkan kesan dan akibat terhadap sesuatu
perbuatan. Pengaruh media massa tidak akan pernah lari daripada bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi kerana dengan kewujudan bidang tersebut, media massa
dapat digunakan secara meluas pada zaman ini. Media masa mempunyai pengaruh
sosial yang paling tinggi kepada masyarakat terutama pada media elektronik kerana
faktor audio dan visual amat mudah diterima oleh masyarakat daripada pembacaan
(Mohd Ali Iksan, 2010). Maka, peranan guru Musliam dalam mendepani cabaran dunia
tanpa sempadan adalah dengan mendidik murid-murid untuk bijak dalam penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Hal ini adalah kerana, sekiranya kebijaksanaan
dalam melayari laman web disuntik dalam diri setiap pelajar, maka bilangan kes buli
siber dan pelayaran laman web pornografi akan berkurang. Jelaslah bahawa, guru
Muslim berperanan besar dalam mengelakkan penetrasi budaya hedonisme ke dalam
diri murid-murid melalui dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

3.4 Melahirkan kesedaran toleransi dalam kehidupan bermasyarakat

Peranan guru Muslim mendepani cabaran sistem kehidupan bermasyarakat pada hari
ini ialah melahirkan kesedaran toleransi dalam kehidupan bermasyarakat. Malaysia
merupakan sebuah negara yang memiliki kepelbagaian budaya, bangsa dan agama.
Meskipun agama Islam merupakan agama yang sempurna jika dibandingkan dengan
agama yang lain. Akan tetapi, perkara tersebut bukan menjadi satu kayu ukur buat
penganut agama Islam untuk tidak menghormati penganut agama yang lain. Guru
Muslim juga hendaklah menekankan aspek hormat-menghormati dan toleransi dalam
kehidupan bermasyarakat. Hal ini adalah kerana, sekiranya guru Muslim tidak mendidik
murid-murid dengan kesedaran toleransi dalam kehidupan bermasyarakat, tidak
mustahil bahawa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 akan berulang semula. Sikap toleransi
dalam masyarakat ini boleh dicontohi dengan sikap Rasulullah sendiri dengan
hubungan orang bukan Islam. Abu Ishak melaporkan, apabila rombongan orang Nasrani
Najran datang mengunjungi Rasulullah SAW di Madinah, mereka masuk ke dalam
masjid dan bersembahyang di sana. Orang ramai mahu menghalang perbuatan
tersebut, akan tetapi Rasulullah SAW melarang orang ramai daripada berbuat demikian
dan berkata, maksudnya “Dibolehkan bagi ahlul-ahlul kita masuk masjid orang Islam dan
bersembahyang di situ.” (Ibnu Qaiyim, 1970). Maka, jelaslah bahawa nilai toleransi
merupakan nilai utama bagi penyatuan masyarakat yang memiliki kepelbagaian kaum,
bangsa dan agama. Maka, ciri khusus agama Islam, Amaliyyah yang membawa maksud
sesuai untuk semua orang dan semua tempat perlulah dijadikan sebagai panduan hidup
dalam kemajmukan masyarakat. Hal ini adalah kerana, kesedaran toleransi dalam
bermasyarakat akan melahirkan kehidupan yang aman dan damai. Terdapat diplomasi
dalam Islam yang ditekankan dalam kemajmukan hidup bermasyarakat agar ianya
membantu perhubungan individu Muslim dengan individu bukan Muslim untuk
beinteraksi dan berkomunikasi dengan baik.

3.0 Penutup

Intihanya, cabaran sistem kehidupan bermasyarakat pada hari ini adalah disebabkan
oleh perbuatan dan amalan yang melanggar nilai-nilai Islam yang sebenar. Maka,
pelbagai pihak berperanan penting dalam mendepani cabaran sistem kehidupan
bermasyarakat pada hari ini kerana tanpa peranan daripada pihak-pihak tersebut,
cabaran yang berlaku tidak dapat diselesaikan dengan berkesan. Maka, bagi
memastikan keamanan dan kedamaian berlaku dalam perhubungan masyarakat Islam,
individu Muslim hendaklah menunaikan hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia
bagi mewujudkan kehidupan yang aman dan damai dalam masyarakat Muslim. Hak-hak
kemanusiaan dalam masyarakat sentiasa dijadikan amalan utama oleh penganut
agama Islam buat dirinya, saudara seagama mahupun individu bukan Muslim. Hal ini
adalah kerana Islam adalah agama yang universal dan sejagat, maka kebajikan
masyarakat hendaklah sentiasa dijaga dengan sebaik mungkin bagi melahirkan dunia
Islam yang sentosa.
RUJUKAN

Abdul Salam Muhamad Shukri. (2004). Panduan Mengajar Akidah Kanak-Kanak.


Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Zhidi Omar, et al. (2014). Pengantar Pendidikan Moral. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Pendidikan Islam; Falsafah, Pedagogi dan Metodologi.
Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Al-Quran.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dusuki Ahmad. (1976). Kamus Pengetahuan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Halipah Hamzah, Muhammad Azizan Sabjan & Noor Shakirah Mat Akhir. (2017).
Konsep Budaya Hedonisme Dan Latar Belakangnya Dari Perspektif Ahli
Falsafah Yunani Dan Barat Moden. Jurnal al-Tamaddun. Bil 11 (1) 2016, 49-58

Hamidah Abdul Rahman, Norlin Ahmad & Shah Rollah Abdul Wahab. (2009). Konsep
Konsep Asas Hubungan Etnik. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Ibnu Qaiyim. (1970). Zad al-Ma’ad. Jilid 3: 441. Kaherah al-Halabi.

Mohd Ali Iksan. (2010). Pengaruh Budaya Hedonisme Di Kalangan Pelajar-Pelajar Islam
: Kajian Di Smk Tengku Idris Shah, Kapar, Klang. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

Mohd Noor Mat Yazid. (2010). Modenisasi, masyarakat Malaysia dan ICT: Isu, cabaran
dan penyelesaian. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Mohd. Roslan Mohd Nor. (2011). Menangani Cabaran Umat Islam Era Moden. Jurnal Al
Tamaddun. Bil. 6 (2011) 107-121.
Ralph Linton. (1936). The Study of Man; an introduction. University of California: D-
Appleton-Century Company

Rohizan Ya. et. al. (2014). Peranan Guru Pendidikan Islam Menerusi Falsafah
Pendidikan Islam Dalam Membentuk Kemenjadian Individu Murid Yang
Berakhlak. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Norlina Muhamad, Ahmad Kilani, Mohamed Zulkifli Haron & Siti Aisyah Abdul
Rahman. () Budaya Penyayang dalam Kehidupan Masyarakat Islam: Antara teori
dan praktis. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Zaharah Hussin. 2005. Mendidik Generasi Berakhlak Mulia: Fokus Peranan Guru
Pendidikan Islam. Makalah Pendidikan, Universiti Malaya, 79-95.

You might also like