You are on page 1of 6

MESYUARAT GURU BIL 1/2020

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SJK (T) KINTA VALLEY

TARIKH : 28.12.2019
MASA : 11: 00-1: 00Tengah Hari
TEMPAT : Bilik Komputer Sekolah
KEHADIRAN:

1. Pn.S.Mariayee (Guru Besar)


2. Pn.K.Thirumagal (Guru Kanan Pentadbiran)
3. Pn.P.Vijaya Rani (Guru HEM)
4. Pn.S.Kuppummal(Guru Koku)
5. En. S. Jeffrey Devathanjam
6. Pn. A.Josephine Christi
7. Pn.K.Kalyani
8. Pn.D.Jaya Luxmy
9. Pn .A.Padma Piriya
10. Pn.N.Thelagavatani
11. Pn. M. Vani

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI – PN S. MARIAYEE

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir ke
mesyuarat SJK T KINTA VALLEY kali pertama bagi tahun 2020.

1.2 Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru kerana telah


memberikan komitmen yang sangat baik dalam menjayakan semua program sekolah
sepanjang tahun 2019.

1.3 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru UPSR kerana dapat lulus
100% dalam 5 subjek. Semua murid dapat memasuki ke tingkatan 1. Keputusan
UPSR 2018 sekolah kita tiada dapat semua ‘E’. Ketua Pengarah Pejabat Pendidikan
Daerah sangat gembira dengan keputusan sekolah tamil kerana dapat memberi
pencapaian yang amat memgembirakan. Usahakan untuk tingkatkan kualiti dalam
pencapaian UPSR.

1.4 “Feeder School Programme” perlu dijalankan supaya hubungan baik di antara sekolah
rendah dan sekolah menengah harus dipupuk kerana murid-murid yang memasuki
tingkatan ke sekolah menengah jika ada masalah mereka akan berbincang dengan
sekolah. Seperti masalah ponteng atau masalah keluarga kerana untuk membantu
mereka. Program ini membantu sekolah menengah, mengenali dan mengawasi murid
yang bermasalah secara terperinci

1.5 Semua peningkatan dalam subjek perlu diletakkan dalam target “Achievable” supaya
semua murid dapat capai dan mesti ada peningkatan untuk semua matapelajaran.

1.6 Pengerusi turut mengingatkan semua guru agar menghayati Teras Perkhidmatan
Awam dengan menganggap kerja merupakan suatu pedoman. Ini untuk memastikan
kita sentiasa memastikan setiap tugas yang diberi akan dilaksanakan dengan sebaik
mungkin.

1.7 Beliau juga memaklumkan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) telah memasuki gelombang kedua iaitu tahun 2016-2020. Guru-guru
diingatkan agar sentiasa menguasai elemen-elemen yang terdapat dalam PPPM
2013-2025 seperti 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan 11 anjakan utama
transformasi sistem pendidikan negara.

1.8 Pilihan buku kerja aras mudah dan habiskan latihan dalam buku teks dan buku latihan
yang diberikan oleh KPM.
Makluman : Semua Guru
AGENDA 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Disahkan oleh : Pn.Kalyani


Disokong oleh : Pn. Kuppammal

AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit

AGENDA 4 : PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Dasar-Dasar Kerajaan

4.1.1 Pengerusi memaklumkan bahawa guru-guru perlu memahami menghayati dan


melaksanakan dasar-dasar kerajaan seperti MBMMBI, KSSR, STEM dan PIBK.

4.1.2 Pengerusi juga mengingatkan semua guru agar menghayati Misi dan Visi sekolah.
Guru-guru juga diingatkan agar sentiasa menekankan mengenai misi dan visi
sekolah semasa berucap dalam perhimpunan mingguan, ucapan majlis perayaan
sekolah, setiap mesyuarat dan dalam perbualan bersama- sama murid, staf
sokongan dan ibu bapa.

4.1.3 Beliau turut mengingatkan semua guru bahawa kehadiran ke perhimpunan mingguan
sekolah adalah wajib. Guru-guru perlu memakai blazer dan menyampaikan ucapan
secara positif dan memberikan motivasi kepada murid-murid. Guru bertugas juga perlu
melaporkan hasil pemantauan secara menyeluruh dan merekodkan dalam buku
laporan.

4.1.4 Pengerusi turut mengingatkan guru-guru untuk bersama-sama membanteras gejala


murid ponteng sekolah dengan memastikan setiap guru masuk ke kelas secepat
mungkin. Guru-guru juga disarankan agar mewujudkan keserasian dengan murid serta
cuba menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dalam usaha menarik minat murid
untuk belajar.

4.1.5 Beliau juga memaklumkan kepada semua guru bahawa buku rekod mengajar perlu
dilengkapkan dan dihantar pada minggu pertama Januari 2019 dan setiap hari Isnin.
4.1.6 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap Carta Organisasi Sekolah,
Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum, Hal Ehwal Murid serta Unit kokurikulum
seperti sukan dan persatuan perlu dikemaskini dan dipamerkan di papan
kenyataan masing-masing sebelum atau pada 31 Januari 2020.

4.1.7 PIBG berperanan untuk membantu program-program sekolah serta mencari


dana untuk membiayai program sekolah.

4.1.8 Pengerusi turut mengingatkan mengenai isu keberadaan guru di sekolah. Guru-
guru dibenarkan keluar selama 19 hari sahaja iaitu 10% daripada hari
persekolahan. Segala urusan berkaitan LPM adalah diberi keutamaan. Bagi
tahun 2019, guru-guru perlu mengisi borang dan mengisi dalam buku yang telah
disediakan di pejabat sekolah.

4.1.9 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa pdp guru dinilai
menggunakan borang penilaian SKPMg2 Standard 4. Penilai perlu
memaklumkan kepada guru-guru berkaitan instrumen yang akan dinilai untuk
tindakan mereka. Rumusan pemantauan perlu dibentangkan oleh Guru besar
pada akhir tahun penilaian.

4.1.10 Bagi pengurusan sumber manusia, setiap orang guru perlu menghadiri
kursus (Latihan dalam Perkhidmatan) selama 7 hari setahun.

4.1.11 Pengerusi turut mengingatkan berkaitan pengelolaan majlis di peringkat


sekolah agar diurus dengan baik terutamanya jika melibatkan tetamu VIP. Guru-
guru perlu mengikut protokol seperti tempat duduk dan giliran tetamu berucap.

4.1.12 Pengerusi turut mengingatkan semua guru mengenai verifikasi data guru dan
murid. Guru-guru perlu mengemas kini dan mengesahkan maklumat masing-
masing di Modul Pengurusan Guru(e-operasi). Guru-guru juga perlu
memastikan data murid sentiasa dikemas kini dalam sistem APDM.

4.1.13 Pengerusi turut memberitahu mengenai penglibatan ibu bapa dan komuniti
(Sarana PIBK) dalam program sekolah perlu ditingkatkan terutamanya dalam
program khas iaitu Hari Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1, Mesyuarat
Agung PIBG,Hari Sukan Sekolah dan Hari Anugerah.

4.1.14 Beliau turut memaklumkan kepada guru-guru mengenai pematuhan waktu


bertugas. Mulai tahun 2020, pdp akan bermula seawal jam 7.40 pagi. Guru
perlu hadir ke sekolah lebih awal untuk memastikan sesi pdpc berjalan lancar.
Guru juga perlu tulis nama dalam buku kehadiran sewaktu datang dan balik.
Jika guru ingin keluar daripada kawasan sekolah, guru perlu mendapatkan
kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu.

4.1.15 Sekiranya guru perlu mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan, guru
hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah pada awal pagi untuk
memudahkan urusan relif dilakukan. Sekiranya guru mendapat cuti sakit, guru
perlu berada dalam lingkungan 25km daripada rumah.
4.1.17 Pengerusi turut mengingatkan kepada guru-guru bahawa permohonan untuk ke
luar Negara perlu dibuat sebulan lebih awal dan perlu mendapat kelulusan.
Tindakan : Semua Guru
4.2 Transformasi Pendidikan 2019

4.2.1 Pengerusi memaklumkan mengenai dapatan daripada Program Transformasi


JPN, PPD, BTPN 2020.

4.2.2 Berikut merupakan dapatan daripada Transformasi Pendidikan 2019 yang telah
dipecahkan kepada 5 isu iaitu:

 Isu 1: Penulisan Buku Rekod Mengajar


-Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan, terdapat segelintir guru
yang tidak menulis RPH dan tidak menulis catatan refleksi. RPH yang ditulis
juga tidak mengikut standard yang telah ditetapkan. Guru-guru tersebut
telah diberi teguran dan pegawai pemantau telah melaksanakan tindak
susul mengikut tempoh yang diberikan. Perlu menulis dengan objektif yang
boleh diukur.

 Isu 2: Pembudayaan Pembelajaran Abad ke-21


-Guru-guru dikehendaki melaksanakan 4 elemen pembudayaan amalan pdp
abad 21 iaitu penerapan elemen KBAT, penggunaan ICT, Flipped classroom
dan pentaksiran berasaskan KBAT dalam pdp agar sesi pengajaran menjadi
lebih menarik.

 Isu 3: Pembudayaan Elemen ICT dalam PDP


- Pihak JPN telah melaksanakan beberapa bengkel sebagai langkah
intervensi bagi memantapkan amalan penggunaan ICT yang rendah dalam
pdpc guru. Semoga bengkel ini memberikan impak yang baik kepada guru-
guru dalam membudayakan penggunaan ICT dalam sesi pengajaran di
sekolah. Penggunaan Frog VLE setiap minggu untuk setiap kelas
digalakkan. Maka sekolah kita dapat memenuhi target KPI VLE.

 Isu 4: Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah dalam PDP

Pegawai penilai telah menilai 2 item berkaitan Pentaksiran Sekolah iaitu


pengurusan PS dan Pelaksanaan semasa pdpc bagi memastikan
pentaksiran sekolah dilaksanakan dengan baik dan berterusan sepanjang
tahun. Selain itu, bagi tahap 1 petaksiran perlu dilakukan melalui elemen
Penggunaan Rubrik, skala berkadar dan senarai semak. Guru-guru diminta
sediakn borang transit semasa membuat penilaian tahap 1 dan direkodkan
dalam fail. PPSR/ PPsi/ Psikometrik /PAJSK terdiri daripada 9 komponen
yang perlu diuji iaitu verbal linguistic, muzikal spatial, intra dan intro pesonel
dan lain-lain. Murid-murid tahun 6 harus mengetahui ujian yang diuji seperti
Ikep, Profil, SEGAK, dan lain-lain dan kategori yang diuji.
 Isu 5: Kemahiran Pedagogi Guru dalam PDPC
-Semasa pemantauan, pegawai penilai mendapati wujudnya beberapa
masalah berkaitan kemahiran pedagogi guru seperti guru tidak menguasai
kandungan pelajaran, kurang melakukan amali bagi subjek sains dan cara
penyampaian guru yang kurang menarik perhatian murid.
 Isu 6: Profesional Learning Community (PLC)
-Justeru, terdapat 2 fokus utama yang akan dilakukan untuk memantapkan
pedagogi guru iaitu memperkasa peranan SISC+ dan memantapkan
pelaksanaan program PLC di sekolah. Melalui program PLC kita dapat
membuat memperbaiki kesalahan dan dapat tunjuk ajar dan wujudkan
kerjasama antara guru.

Makluman : Semua Guru

AGENDA 5: HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru agar merujuk buku panduan pengurusan
sekolah yang telah diedarkan untuk mengetahui secara terperinci mengenai tugas dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang tahun 2020. Beliau berharap agar
guru-guru menerima tugas yang telah diberikan dengan hati yang terbuka.

5.2 Beliau turut memaklumkan kepada semua guru agar membaca dan melaksanakan
perkara-perkara yang telah disenaraikan dalam Arahan Tetap Staf untuk memastikan
semua program yang dirancang berjalan lancar.

5.3 Guru bertugas menyediakan tajuk untuk Speakers corner dan perlu mencatat dalam
buku.

5.4 Perancangan strategik perlu dipaparkan dan diletakkan dalam fail panitia.

5.5 Isu beg berat -Setiap bilik perlu meyimpan satu rak untuk menyimpan fail murid-murid
dan buku-buku murid supaya keberatan beg dapat dikurangkan.

5.6 Guru besar telah melantik En. Jeffrey Devathanjam a/l Sellvaraj sebagai bendahari
Kelab Guru bagi tahun 2020. Maka semua guru perlu memberikan duit kutiapan
sebanyak RM 10 untuk staf sekolah dan RM5 unutk bukan Staff.

5.7 Buku latihan telah dihadiahkan oleh En. Sachin. Guru-guru meminta buku karangan
yang diberi perlu ada garisan kedua-dua belah muka surat.Tanda nama murid belum
disediakan.

6.0 Lawatan daripada pegawai PPD

6.1 Lawatan pegawai PPD HEM En. Shariff. Beliau telah melawat persediaan awal setiap
kelas dan memberi tunjuk ajar mengenai persediaan persekolahan 2020. Setiap murid
perlu ada satu set buku, satu meja satu kerusi yang mencukupi dan lengkap.

6.2 Pada hari pertama semua guru wajib siapkan RPH. Perhimpunan ringkas perlu
diadakan pada hari pertama. Guru-guru memakai pakaian kemas, mesti ada tanda
nama, dan pakai kasut bertutup . Kemungkinan ada kedatangan Nazir. Kebersihan
kelas dan kawasan sekolah harus diberi keutamaan. Buku kehadiran murid siapkan
pada hari pertama. Kehadiran dalam APDM perlu direkodkan pada hari pertama dan
maklumat perlu dikemaskinikan.

6.3 Tahun 1 mohon isi semua maklumat dalam borang APDM dan RMT. Ia perlu diisi
dengan lengkap. Mesti ada slip gaji. Jika tiada slip gaji sila dapatkan mengesahan
daripada Penghulu Daerah Kampar.
Tindakan: Semua Guru

AGENDA 7 : PENUTUP DAN PENANGGUHAN

7.0 Pengerusi mengharapkan agar semua guru yang hadir dapat memberikan kerjasama
untuk memastikan semua program yang telah dirancang berjalan lancar. Terima kasih
diucapkan kepada semua guru kerana berkesempatan hadir pada hari ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan Oleh,

JEFFRET DEVATHANJAM THIRUMAGAL KUPPUSAMY MARIAYEE SUBRAMANIAM


A/L SELLVARAJ
GURU KANAN 1 GURU BESAR
SJK T KINTA VALLEY SJK T KINTA VALLEY

You might also like