You are on page 1of 7

SOALAN LATIHAN

1. Sebuah perpustakaan mengadakan denda kepada peminjam yang lewat memulangkan


buku pinjaman. Bawah seminggu kelewatan akan dikenakan 10 sen sehari dan minggu
seterusnya akan didenda sebanyak 20 sen sehari. Bina satu aturcara untuk mengira
jumlah bayaran denda yang perlu dibuat untuk seorang peminjam mengikut bilangan
buku dan bilangan hari kelewatan.

2. Sebuah ladang mengadakan jualan untuk 3 jenis pokok iaitu pokok Rambutan berharga
RM 15 sepokok, pokok Duku berharga RM 25 dan pokok Durian berharga RM 38
sepokok. Bina satu aturcara untuk mengira bayaran yang perlu dibuat untuk seorang
pembeli berdasarkan jenis pokok dan bilangannya.

3. Sebuah syarikat membayar upah RM30 bagi pemotong rumput yang memotong sejauh
1 km. Jika pemotong rumput itu memotong melebihi 20 km, dia akan dibanyak RM 35
untuk setiap 1 km. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah upah yang akan diterima
oleh pemotong rumput itu.

4. Sebuah kedai pakaian mengadakan promosi untuk penjualan pelbagai jenis pakaian.
Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu
selepas diskaun yang diterimanya mengikut jenis dan bilangan pakaian.

5. Sebuah restoran membayar upah RM 10 untuk setiap jam kepada pekerjanya. Jika
bekerja melebihi 8 jam, pekerjanya akan mendapat 30% bayaran lebih untuk setiap jam
yang dia bekerja. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah upah yang akan diterima oleh
pekerja itu.

6. Sebuah terminal bas menguruskan penjualan tiket untuk pembeli mengikut bilangan
penumpang dan harga tiket yang diingini. Jika pembeli membeli melebihi 5 penumpang,
diskaun sebanyak 10% akan diberikan. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah
bayaran yang perlu dibuat oleh pembeli itu.

7. Seorang peniaga kain menguruskan penjualan pelbagai jenis kain yang berlainan harga
mengikut meter yang diingini oleh pelanggan. Jika pelanggan membeli melebihi 20
meter, diskaun sebanyak 10% akan diberikan. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah
bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu.

8. Di sebuah klinik, pesakit boleh membeli ubat-ubatan di kaunter dan jika ingin bertemu
dengan doktor, pesakit akan dikenakan bayaran sebanyak RM 30. Jika pesakit membeli
ubat dan bertemu doktor, diskaun sebanyak 5% akan diberikan. Bina satu aturcara
untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pesakit itu.

9. Sebuah kedai menjual kereta terpakai menguruskan penjualan pelbagai jenama kereta
berlainan harga kepada pelanggan. Kereta A berharga RM 90 000, manakala Kereta B
berharga RM 65 000. Diskaun sebanyak 35% diberikan jika pelanggan membayar
deposit melebihi RM10 000. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang
perlu dibuat oleh pelanggan itu.

10. Sebuah kedai kasut mengadakan promosi untuk penjualan pelbagai jenis kasut. Bina
satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu
selepas diskaun yang diterimanya mengikut jenis dan bilangan kasut.

11. Sebuah syarikat menguruskan bayaran anjuran ceramah iaitu RM 400 sejam. Diskaun
20% akan diberikan jika ia diadakan di masjid manakala 15% jika di sekolah. Bina satu
aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh penganjur itu.

12. Sebuah kedai runcit menguruskan bayaran barangan yang dibeli oleh pelanggan.
Kuantiti barang yang melebihi 100 akan mendapat 15% diskaun. Bina satu aturcara
untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu.

13. Sebuah kilang membayar upah RM 30 untuk setiap jam kepada pekerjanya. Jika bekerja
melebihi 10 jam, pekerjanya akan mendapat 10% bayaran lebih untuk setiap jam yang
dia bekerja. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah upah yang akan diterima oleh
pekerja itu.

14. Seorang pengusaha homestay menguruskan penempahan pelanggan. Pelanggan yang


menyewa kurang daripada 7 hari akan dikenakan bayaran sebanyak RM 120 sehari,
manakala jika melebihi 7 hari adalah RM 100 sehari. Jika pelanggan menyewa melebihi
20 hari, diskaun sebanyak 30% akan diberikan. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah
bayaran yang diberikan kepada penyewa itu.

15. Sebuah syarikat kereta sewa menguruskan penyewaan kereta mengikut jenama.
Sebuah kereta berjenama A dikenakan bayaran sebanyak RM 90 sehari, kereta
berjenama B sebanyak RM 75 sehari dan kereta berjenama C sebanyak RM 50 sehari.
Jika pelanggan menyewa kereta berjenama A, diskaun sebanyak 15% akan diberikan.
Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang diberikan kepada penyewa itu
mengikut jenama dan bilangan hari sewaannya.

16. Sebuah kedai jam mengadakan promosi untuk penjualan pelbagai jenis jam tangan.
Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu
selepas diskaun yang diterimanya mengikut jenis dan bilanga jam.

17. Syarikat Elektrik menguruskan bayaran bil elektrik. Penggunaan 500 Watt ke bawah
akan dikenakan bayaran sebanyak RM 0.20, manakala 500 Watt ke atas adalah RM
0.40. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh
pelanggan itu.

18. Sebuah kedai emas mengadakan jualan promosi iaitu RM100 segram bagi emas 20
karat. Jika pembeli dikenakan bayaran melebihi harga RM 600, diskaun sebanyak 15%
akan diberikan. Bina satu aturcara untuk ​mengira bayaran yang perlu dibuat untuk
seorang pembeli berdasarkan​ jenis emas dan beratnya.

19. Syarikat Air menguruskan bayaran bil air. Bina satu aturcara yang meminta pengguna
memasukkan tarikh dahulu dan tarikh semasa untuk mengira hari penggunaan air yang
akan dikenakan serta mengira bayaran yang akan dibuat oleh pelanggan jika bayaran
RM 0.45 sehari.

20. Sebuah syarikat menguruskan pembayaran sesi kaunseling pelanggan mengikut


bilangan sesi yang diikutinya dan bayaran satu sesi adalah RM100 sejam. Jika sesi
kaunseling dibuat melebihi 10 kali, diskaun sebanyak 10% akan diberikan. Bina satu
aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu.
21. Sebuah syarikat pengangkutan membayar upah RM 12 untuk setiap jam kepada
pemandu lori dan RM 10 kepada pemandu van. Jika bekerja melebihi 8 jam, pekerjanya
akan mendapat 8% bayaran lebih untuk setiap jam yang dia bekerja. Bina satu aturcara
untuk mengira jumlah upah yang akan diterima oleh pekerja itu.

22. Sebuah syarikat perikanan menguruskan pembelian ikan mengikut gred daripada
nelayan. Ikan bergred A dikenakan bayaran sebanyak RM 18 sekilo, gred B sebanyak
RM 15 dan gred C sebanyak RM 10. Jika pembelian dibuat untuk ikan bergred A,
diskaun sebanyak 15% akan diberikan. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah
bayaran yang diberikan kepada nelayan itu.

23. Sebuah klinik menguruskan maklumat BMI pesakit. Bina satu aturcara yang mengira
BMI pesakit mengikut tinggi dan beratnya dan memaparkan salah satu 6 kategori
pesakit tersebut iaitu KURANG BERAT, NORMAL, LEBIHAN BERAT BADAN, OBES 1,
OBES 2 atau OBES 3.

24. Sebuah hotel menguruskan dewan buffet makan dengan mengenakan bayaran
mengikut kategori iaitu sebanyak RM 50 kepada dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak.
Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang diberikan kepada pelanggan
mengikut kategori dan bilangannya.

25. Sebuah kedai tayar menguruskan penjualan tayar mengikut jenis. Sebuah Tayar A
berharga RM 150, Tayar B berharga RM 120 dan Tayar C berharga RM 100. Jika
pelanggan membeli Tayar A, diskaun sebanyak 5% akan diberikan. Bina satu aturcara
untuk mengira jumlah bayaran yang diberikan kepada pembeli itu mengikut jenis dan
bilangannya.

26. Sebuah tadika menguruskan penjagaan dengan mengenakan bayaran mengikut


kategori iaitu sebanyak RM 25 sehari untuk bayi dan RM 20 sehari untuk kanak-kanak.
Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang diberikan kepada ​pelanggan
mengikut kategori ​dan ​bilangan hari penjagaannya​.
27. Sebuah pusat tuisyen menguruskan bayaran yuran pembelajaran. Yuran untuk satu
matapelajaran iaitu RM 50 sebulan dan jika pelanggan mempelajari melebihi 5
matapelajaran, diskaun sebanyak 20% akan diberikan. Bina satu aturcara untuk mengira
jumlah bayaran yang diberikan kepada pelanggan mengikut bilangan matapelajaran dan
bilangan pelanggan.

28. Sebuah kedai cadar mengadakan promosi untuk pelbagai jenis penjualan cadar. Bina
satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu
selepas diskaun yang diterimanya mengikut jenis dan bilangan cadar.

29. Sebuah pusat siber menguruskan pembayaran penggunaan komputer oleh


pelanggan​nya. Sebanyak RM 4 dikenakan untuk penggunaan satu komputer selama
sejam dan RM 0.40 untuk sehelai cetakan kertas. Jika penggunaan komputer melebihi 8
jam, diskaun sebanyak 10% akan diberikan. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah
bayaran yang diberikan kepada pelanggan mengikut masa penggunaan dan bilangan
helaian cetakan kertas.

30. Sebuah kedai menjual motorsikal menguruskan penjualan pelbagai jenama motorsikal
berlainan harga kepada pelanggan. Motorsikal A berharga RM 9 000, manakala
motorsikal B berharga RM 5 500. Diskaun sebanyak 15% diberikan jika pelanggan
membayar deposit melebihi RM 3 000. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran
yang perlu dibuat oleh pelanggan itu.

31. Sebuah syarikat pengusahan santan menguruskan penjualan santan iaitu RM1 segram.
Jika pembeli menempah melebihi 20 kg, diskaun sebanyak 7% akan diberikan. Bina
satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu.

32. Sebuah syarikat pembekal roti menguruskan penjualan pelbagai jenis roti berlainan
harga kepada pelanggan. Sebiji Roti A berharga RM 7.50, Roti B berharga RM 5.20 dan
Roti C berharga RM 1.50. Diskaun sebanyak 8% diberikan jika pelanggan membeli
kuantiti melebihi 100 biji. Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu
dibuat oleh pelanggan itu.
33. Sebuah kedai beg mengadakan promosi untuk penjualan pelbagai jenis beg tangan.
Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu
selepas diskaun yang diterimanya mengikut jenis dan bilangan beg.

34. Sebuah kedai tilam mengadakan promosi untuk penjualan pelbagai jenis tilam. Bina satu
aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu selepas
diskaun yang diterimanya mengikut jenis dan bilangan tilam.

35. Sebuah kedai telekomunikasi menguruskan pembayaran bil telefon mengikut kategori
kepada pelanggan. Kategori A dikenakan bayaran sebanyak RM 120 sebulan, Kategori
B sebanyak RM 80 sebulan dan Kategori C sebanyak RM 50 sebulan. Diskaun
sebanyak 5% diberikan jika pelanggan mengambil Kategori A. Bina satu aturcara untuk
mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu mengikut kategori.

36. Sebuah kedai perabot menguruskan penjualan pelbagai set perabot berlainan harga
kepada pelanggan. Set Ruang Tamu berharga RM 8 500, Set Bilik Tidur berharga RM 7
500, manakala Set Dapur berharga RM 6 500. Diskaun sebanyak 20% diberikan jika
pelanggan membayar deposit melebihi RM3 000. Bina satu aturcara untuk mengira
jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu mengikut set dan bayaran deposit.

37. Sebuah kedai elekronik mengadakan promosi untuk penjualan pelbagai jenis elektronik.
Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu
selepas diskaun yang diterimanya mengikut jenis. Pelanggan itu juga akan mendapat
diskaun kali kedua sebanyak 5% jika membuat pembayaran deposit melebihi RM 4 000.

38. Sebuah kaunter stesen keretapi menguruskan penjualan tiket untuk pembeli mengikut
umur, bilangan penumpang dan harga tiket yang diingini. Jika pembeli membeli tiket
untuk penumpang berusia melebihi 55 tahun, diskaun sebanyak 50% akan diberikan.
Bina satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pembeli itu.

39. Sebuah kedai lampu mengadakan promosi untuk penjualan pelbagai jenis lampu . Bina
satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu
selepas diskaun yang diterimanya mengikut jenis dan bilangan lampu.
40. Sebuah kedai basikal mengadakan promosi untuk penjualan pelbagai jenis basikal. Bina
satu aturcara untuk mengira jumlah bayaran yang perlu dibuat oleh pelanggan itu
selepas diskaun yang diterimanya mengikut jenis dan bilangan basikal.

You might also like