You are on page 1of 16

SMK TELOK MAS, 75460 TELOK MAS MELAKA

MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA TAHUN 2020


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh/Hari : 27 Disember 2019 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKTM
Kehadiran : 82 / 85

1) Pn Hjh Kamariah bt Hj Othman (Pengetua) 43) Pn Siti Maryam bt Ismail


2) En Ruzalee bin Jailani (PK Pentadbiran) 44) Pn Siti Farhana bt Musa
3) Pn Siti Salwah bt Ab Aziz (GPK HEM) 45) En Zaiful b. Zakaria
4) En Azmadi bin Ibrahim (GPK Kokurikulum) 46) Pn Shaflina bt Shapie
5) Pn Hjh Zainab bt Ismail (GKMP Teknik & VK) 47) Pn Saridani bt Rahman @Abd Rahman
6) Pn Hjh Mazni bt Naim (GKMP Kemanusiaan) 48) Pn Raja Arizawati bt Raja Deraman
7) Pn Roslina bt Din (GKMP Bahasa) 49) Cik Raja Noor Shuhada bt Raja Hanafi
8) Pn Ainul Marziah (GKMP MT & SN) 50) Pn Hjh Bahariah bt Jusin
9) Pn Hjh Satiha bt Ahmad 51) Pn Hjh Noraini bt Mohd Zain
10) En Azri Afifi bin Md Din 52) Pn Nor Azah bt Wahid
11) Pn Hjh Anizah bt Zaini 53) Pn Noorfaizah bt Mohd Baroldin
12) Pn Azlina bt Ahamat 54) Pn Nurul Aziati bt Mohd Ridzuan
13) En Mohd Nazri b. Mat Ali 55) Pn Norhaini bt Isa
14) Pn Hjh Fatimah bt Ismail 56) Pn Umi Saidatul Umairah bt Sabri
15) Pn Samsiah bt Mohamed Rasid 57) Pn Nur Hidayah Chin bt Abdullah
16) Pn Faizah bt Tubari 58) Pn Nurkhairani bt Mohd Kalip
17) Cik Farah Afeezah bt Abdul Rahman 59) Pn Nurhasliza bt Ismail
18) Pn Hjh Fauziah bt Md. Yusof 60 Pn Zaharina bt Mohamat Sani
19) Pn Forzaima bt Ab Rashid 61) Pn Zaireen Adlina bt Zain
20) Pn Hamidah bt Mahat 62) Pn Noordiana bt Ibrahim
21) Pn Hamidah bt Salleh @ Saleh 63) Pn Rafizah bt Mohd Rasidi
22) Pn Haniza bt Ahmad 64) Pn Razana bt Sapuan
23) En Haslan bin Mohamad 65) Pn Hjh Norwajdi bt Musa
24) En Jalaludin b. Abd Rahman 66) Pn Saerah Anum bt Bahari
25) Pn Lim Phey Leng 67) Pn Hjh Habibah bt Bakri
26) Pn Samsiah bt Yusoff 68) Pn Nabilah bt Abdul Samad
27) Pn Mardhiah bt Mohamad 69) Pn Noor Baiti bt Moliyono
28) Pn Mardiana bt Marjuni 70) Pn Norfadhilah bt Sapuan
29) Pn Khadijah bt Johari 71) Pn Wan Zueraina bt Wan Abdul Aziz
30) Pn Hjh Maizatul Bahiyah bt Mohd Ali 72) Pn Mareeni bt Ariffin
31) Pn Nor Azilah bt Mohamad Aziz 73) Pn Hamisah bt Hasim
32) En Hasbullah bin Md Sukur 74) Pn Umu Hani bt Ahmad
33) Pn Aishah bt Kamis 75) En Mohd Zahari bin Ariffin
34) Pn Noramira bt Bardri 76) En Nahar bin Ahmad
35) Tuan Hj Zuzly bin Ibrahim 77) Pn Siti Aisyah bt Bakar
36) Pn Nor Azlinda bt Shamsudin 78) Pn Dzairin Hazida bt Mohd Dawang
37) Pn Hjh Siti Anisah bt Ariffin 79) Pn Sofiah Nuriyah bt Abas
38) Pn Hjh Saadiah bt Hussin @ Hassan 80) Pn Sarimah bt Sarongi
39) Cik Sahidatul Amira bt Mohd Saari 81) En Muhamad Sufian bin Othman
1
40) Pn Nor Diyanah bt Md Dali 82) Pn Nurul Atikah bt Bani
41) En Amran bin Zainal
42) Pn Siti Khadijah bt Mohd Salimin

Tidak Hadir : 1) En Amran bin Zainal : Umrah


2) En Mohd Feadal Khan bin Zakariah : Cuti Sakit
3) Nor Azlinda bt Shamsudin : CTG

Agenda Mesyuarat :-
1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi
2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Kali ke - 4, 2019.
3.0 Status Maklum Balas Keputusan Minit Mesyuarat.
4.0 Perbincangan
4.1 Pengurusan Pentadbiran.
4.2 Pengurusan Kurikulum
4.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid
4.4 Pengurusan Kokurikulum

5.0 Hal-hal lain.

1.0 Ucapan Alu-aluan Pengerusi.


1.1 Pn Hjh Kamariah mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2020, selamat kembali
bertugas dan terima kasih pada semua pentadbir dan semua guru yang hadir pada mesyuarat
guru kali pertama tahun 2020. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru
di atas kerjasama menjalankan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2019. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada semua guru tingkatan 3 dan semua guru yang bertugas semasa
penyerahan keputusan PT3 yang lepas. Beliau menyatakan bahawa keputusan lulus PT3
tahun 2019 ialah 74.32% iaitu peningkatan sebanyak 16.14% berbanding tahun sebelumnya,
manakala GPS ialah 2.71 menurun sebanyak 0.02. Beliau turut mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru yang hadir ke sekolah pada waktu cuti untuk membuat persiapan sesi
persekolahan tahun 2020 seperti Jawatankuasa Jadual Waktu, Jawatankuasa Takwim
Sekolah dan guru-guru koperasi.

1.2 Tuan Pengetua mengucapkan selamat datang ke SMK Telok Mas kepada dua orang guru
baharu iaitu Pn Nor Azah binti Wahid (Matematik/Sains) dan Pn Siti Khadijah binti Mohd
Salimin (Matematik/Teknologi Maklumat). Harapan beliau semoga kedua-dua guru baharu
tersebut dapat berkhidmat dengan cemerlang di sekolah ini.

2.0 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Kali ke -- 4, 2019.


2.1 Cadangan untuk pengesahan : Pn Nor Azilah binti Mohammad Aziz.
2.2 Disokong oleh : Pn Hamidah binti Salleh @ Saleh.

3.0 Status Maklum balas dan Keputusan Minit Mesyuarat.


2
3.1 Merujuk perkara 3.5, Penyediaan draf sijil berhenti sekolah dan surat akuan Tingkatan 5
akan diselesaikan dengan segera oleh pihak pentadbir.

3.2 Merujuk perkara 4.1.3, Pengagihan jadual waktu sesi persekolahan tahun 2020 adalah
berdasarkan keperluan sekolah. Guru mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa
Inggeris akan mendapat masa mengajar yang maksimum kerana kekurangan guru bagi mata
pelajaran tersebut.

3.3 Merujuk perkara 4.1.5, Perubahan tarikh Mesyuarat Guru Kali Pertama tahun 2020 dan
Mesyuarat Asrama Sekolah dipinda dari tarikh 26.12.2019 (Khamis) kepada 27.12.2019
(Jumaat).

3.4 Merujuk perkara 4.1.6, Pengagihan kelas tahun 2020, khasnya Tingkatan 4 iaitu pakej mata
pelajaran tingkatan 4 telah diubah dan mengikut pakej baru yang disediakan oleh pihak
sekolah.

4.0 Perbincangan Pengurusan Sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2020.


4.1 Pengurusan Pentadbiran oleh Tuan Pengetua. (Pn Hjh Kamariah bt Othman)
4.1.1 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa bilangan guru seramai 85 orang, bilangan kelas
sebanyak 40 buah dan bilangan murid melebihi 1000 orang. Bilangan murid
Tingkatan 1 yang mendaftar bagi sesi persekolahan tahun ini adalah di luar jangkaan.
Ini berdasarkan pengesahan yang dibuat oleh ibu bapa pada 31.12.2019 yang lepas
iaitu murid Tingkatan 1 Kelas Rancangan Khas melebihi 35 orang dalam satu kelas
dan Kelas Aliran Agama melebihi 30 orang manakala Kelas Rancangan Biasa pula
melebihi 63 orang dalam satu kelas.
Tindakan : Makluman.

4.1.2 Beliau menyatakan hasrat KPM berkaitan Touch Point KPM iaitu satu murid perlu
mempunyai satu kerusi, satu meja dan satu set buku teks berkemungkinan gagal
kerana lambakan murid Tingkatan 1 di sekolah ini. Walau bagaimana pun beliau
berharap pihak sekolah akan dapat mengatasi masalah ini bersama-sama dengan
PIBG.
Tindakan : Pihak Pentadbir dan PIBG.

4.1.3 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa alat penghawa dingin Bilik Abad ke-21,
Makmal ICT, Bilik PSS dan Bilik Tayang telah dibaik pulih. Kos sebanyak lebih
kurang RM 10, 000.00 daripada sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Melaka
(MAIM) telah digunakan untuk menampung kerja-kerja baik pulih tersebut. Di
samping itu juga PIBG sekolah telah membiayai pembelian 100 unit meja dan 120
unit kerusi plastik murid dengan anggaran kos sebanyak RM 11, 000.00 serta
pembelian 10 unit papan putih kelas dengan anggaran kos sebanyak RM 4, 500.00.
Pihak sekolah juga memohon sumbangan pelajar iaitu daripada wang pengurusan
kelas sebanyak RM 5.00 dan daripada PIBG untuk pembelian ‘skirting’ meja dan
langsir PSS bagi tujuan menaik taraf keceriaan Bilik PSS. Manakala langsir surau
asrama akan dibiayai dengan duit kebajikan asrama. Beliau juga memaklumkan
bahawa tapak perhimpunan telah dibersihkan oleh pasukan bomba semasa cuti
persekolahan yang lepas.
Tindakan : Makluman.
3
4.1.4 Pn Hajah Kamariah juga memaklumkan Pakej Mata Pelajaran bagi Tingkatan 4 tahun
2020. Terdapat lapan kelas diwujudkan yang membolehkan murid memilih pakej
mengikut kemampuan mereka. Ia juga berdasarkan option guru dan keperluan mata
pelajaran tersebut.
Pakej Tingkatan 4
Bil Kelas Mata Pelajaran Teras & Wajib Mata Pelajaran Elektif
1. 4 Alpha Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan,
Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik & Fizik, Kimia, Biologi
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
2. 4 Beta Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan,
Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik & Fizik, Kimia, GKT/ST
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
3. 4 Delta Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Prinsip Perakaunan,
Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan.
Sains & Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
4. 4 Ibnu Sina Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Al-Quran &
Matematik, Sains & Pendidikan Jasmani Al-Sunnah, Pendidkan
dan Kesihatan. Syariah Islamiah,
Bahasa Arab.
5. 4 Lamda & Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Perniagaan, Tasawwur
4 Omega Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Islam, Pendidikan Seni
Sains & Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Visual.
6. 4 Sigma & 4 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual
Thetha Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik,
Sains & Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Tindakan : Makluman.

4.1.5 Tuan Pengetua mengingatkan semua guru merupakan penjawat awam yang mesti
mematuhi peraturan-peraturan tatakelakuan dan tatatertib. Peraturan dan tatatertib yang
kerap berlaku di sekolah antaranya ialah kehadiran lewat ke sekolah iaitu selepas jam
7.30 pagi. Waktu bekerja di sekolah adalah selama 8 jam dan 1 jam rehat, waktu free
adalah diigunakan untuk menyemak latihan murid, menjalankan PLC dan
perbincangan ilmiah bersama-sama rakan guru yang lain. Guru-guru yang ingin keluar
dari kawasan sekolah dan bercuti ke luar negara perlu mendapat kebenaran pihak
pentadbir. Semua guru tidak dibenarkan mengetik Kad Perakam Waktu guru lain.
Beliau juga berharap semua guru tidak menyalahgunakan media sosial dan Internet
seperti membuat penyataan awam tanpa kebenaran pihak pentadbir.

Penggunaan telefon bimbit di dalam kelas dan semasa mesyuarat juga adalah tidak
dibenarkan dan ia perlu dipatuhi oleh semua guru. Di samping itu juga semua
guru diingatkan elak keberhutangan melebihi 60%, mematuhi etika berpakaian
khasnya guru lelaki dan meningkatkan kecekapan dan usaha ke arah kecemerlangan
murid dan sekolah. Beliau juga mengingatkan mengenai kehadiran dan keberadaan
guru di kelas, mesyuarat atau taklimat, perhimpunan pagi, majlis-majlis rasmi sekolah
dan aktiviti kokurikulum. Maklumat berkenaan aktiviti atau program sekolah akan
dihebahkan di dalam ‘telegram rasmi’ sekolah.
Tindakan : Makluman.

4
4.2 Pengurusan Kurikulum oleh PKP ( Encik Ruzalee bin Jailani)
4.2.1 En Ruzalee meminta semua guru merujuk Buku Manual Pengurusan Tahun 2020
bagi Unit Tadbir Urus pada muka surat 21 hingga 44 dan Unit Kurikulum
pada muka surat 45 hingga 53. Dasar atau ketetapan pelaksanaan kurikulum
(pengagihan tugasan) perlu mengikut Instrumen Skpmg2 khasnya dalam
Jawatankuasa Kurikulum.

4.2.1.1 PKP Pentadbiran memaklumkan bahawa aspek pengurusan kurikulum


(Standard 3.1) mengandungi ketetapan pelaksanaan kurikulum, pengurusan
masa instruksional, pengurusan penilaian murid, pelaksanaan mata
pelajaran,
program peningkatan kualiti pengajaran guru, program peningkatan
pencapaian murid dan bantuan geran per kapital mata pelajaran.
Tindakan : Makluman

4.2.1.2 PKP Pentadbiran juga menyatakan bahawa Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
adalah seperti penyediaan Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard dan
Pentaksiran (DSKP), Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan
Pelajaran Harian (eRPH). Dokumen tersebut perlulah yang terkini dan perlu
disediakan dalam bentuk ‘hard copy’ berdasarkan mata pelajaran dalam jadual
waktu yang diterima oleh semua guru. Penghantaran dokumen tersebut kepada
pentadbir mengikut jadual pencerapan Pdpc pada 22.1.2020 hari Rabu.
Di samping itu mesyuarat panitia perlu dibuat sebanyak empat kali setahun.
Semua program panitia yang telah dirancang perlu berbincang dan merujuk
dengan GKMP masing-masing.
Tindakan : Semua Guru

4.2.1.3 Beliau menyatakan bahawa pengagihan jadual waktu guru adalah berdasarkan
lagangan daripada GKMP dan Panitia, keperluan pakej mata pelajaran dan
kelas serta opsyen guru. Walau bagaimanapun jadual waktu harian guru tidak
melebihi sembilan waktu sehari atau 30 waktu seminggu kecuali bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam sebanyak 36 waktu seminggu.
Semua keputusan berkaitan jadual waktu ini dibuat secara kolektif dan
bersama oleh pihak pentadbir.
Tindakan : Makluman.

4.2.1.4 Beliau memaklumkan bahawa pencerapan Pdpc guru akan dilakukan oleh
pentadbir mengikut agihan jadual pencerapan ( Buku Manual Pengurusan
muka surat 18 dan 19). Instrumen pencerapan yang digunakan ialah
Instrumen Standard 4 Skpmg2.
Tindakan : Makluman.

4.2.1.5 Beliau juga mengingatkan semua guru agar menyemak dengan teliti dan
berkala buku latihan murid. Catatan guru perlu dibuat semasa semakan
tersebut. Semakan oleh pentadbir akan dilakukan secara berkala mengikut
jadual semakan yang telah ditetapkan, ( rujuk Buku Manual Pengurusan –
5
Lampiran 4).
Tindakan : Makluman.

4.2.2 En Ruzalee juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam
penyediaan Pelan Taktikal Tahun 2020 dan Laporan Unit Kurikulum Tahun 2019.
Beliau berharap pelan taktikal tersebut akan dibincangkan dalam Mesyuarat Panitia.
Ia akan dijadikan sebagai rujukan dalam menyediakan pelan operasi untuk merancang
aktiviti dan program panitia dan Sub Unit Kurikulum pada tahun ini. Mesyuarat
panitia perlu dibuat sebanyak empat kali setahun. Semua program panitia yang telah
dirancang perlu berbincang dan merujuk dengan GKMP masing-masing.
Tindakan : Makluman

4.2.3 PKP Pentadbiran juga memaklumkan bahawa asas utama peningkatan kecemerlangan
akademik berpandukan kepada dua aspek iaitu kecemerlangan dan gred purata
sekolah.
Penetapan akan dibuat untuk sasaran sekolah dan sasaran Peperiksaan PT3 dan SPM
tahun 2020. Beliau berharap perkara ini juga dapat dibincangkan oleh Jawatankuasa
Panitia Mata Pelajaran bersama GKMP masing-masing berdasarkan keputusan
peperiksaan tahun 2019. Beliau menyatakan bahawa program kecemerlangan
akademik murid khasnya murid PT3 dan SPM tahun 2020 telah disediakan oleh pihak
sekolah, tidak termasuk program ‘ad-hoc’, ( rujuk Takwim Sekolah muka surat 80
hingga 90). Program tersebut termasuklah program-program motivasi dan program
penghargaan kepada murid.
Tindakan : Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia.

4.2.4 Beliau memaklumkan mengenai pentaksiran dan peperiksaan bagi tahun 2020.
Peperiksaan dalaman meliputi Ujian Selaras 1 dan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun
dan Peperiksaan Akhir Tahun. Manakala peperiksaan umum adalah PT3 dan SPM.
Beliau berharap Jawatankuasa Panitia boleh merancang pengagihan penggubal soalan
serta membuat JSU dan JSI bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.
Jadual peperiksaan umum daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan
diagihkan kepada semua ketua panitia.
Tindakan : Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran

4.2.5 Beliau juga menyatakan bahawa Pdpc abad 21 dan elemen KBAT dalam Pdpc guru
perlulah mengikut Standard 4 Skmpg2 iaitu guru sebagai perancang, guru sebagai
pengawal, guru sebagai pembimbing, guru sebagai pendorong dan guru sebagai
penilai.
Semua elemen yang telah disenaraikan hendaklah diterapkan semasa proses Pdpc guru.
Tindakan : Makluman.
4.2.6 Beliau juga turut mengingatkan semua guru agar mematuhi peraturan dan masa yang
ditetapkan terutamanya semasa proses Pdpc dan waktu guru ganti. Di samping itu
semua guru perlu patuh dengan ketetapan masa masuk dan keluar kelas. Beliau
berharap semua guru dapat mengambil prinsip di mana ada murid di situ mesti ada guru.
Tindakan : Makluman.

4.2.7 Beliau juga berharap pelaksanaan PBD, PBS, Psikometrik dan Ujian Segak adalah
mengikut ketetapan dan SOP sebelum ini. Semua Setiausaha dan Penyelaras yang
6
dipertanggungjawabkan hendaklah peka dengan sebarang maklumat dari masa ke
masa.
Tindakan : Setiausaha dan Penyelaras berkaitan.

4.2.8 Beliau turut mengingatkan berkenaan tugasan Guru Bertugas Mingguan. Jadual
bertugas mingguan boleh dirujuk pada takwim sekolah muka surat 41 hingga 43.
Beliau berharap sekiranya terdapat sebarang perubahan, guru berkenaan perlu
memaklumkan kepada pentadbir lebih awal untuk pertukaran tugasan mingguan guru.
Semua guru bertugas mingguan perlu mengagihkan lokasi bertugas masing-masing
termasuk membuat laporan. Beliau memaklumkan bahawa pada minggu pertama
persekolahan ini iaitu pada tarikh 2 dan 3.1.2020, En Amran bin Zainal akan
menggantikan En Muhammad Zulhilmi bin Mat Saad.
Tindakan : Guru Bertugas Mingguan.

4.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid oleh GPK HEM ( Pn Siti Salwah binti Ab. Aziz).
4.3.1 Pn Siti Salwah mengingatkan semua guru berkenaan surat pekeliling Ikhtisas Bil
10/2001 iaitu semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan
membimbing murid-murid.
4.3.1.1 Pn Siti Salawh juga menyatakan Laporan Unit Hal Ehwal Murid Tahun
2019 iaitu berkenaan analisis kehadiran murid. Menurut beliau, pada
bulan Januari dan Mac 2019 mencatat peratusan kehadiran masing-
masing iaitu 95.8% dan 95.22%, manakala pada bulan November
sebanyak 76.19%. Purata kehadiran murid tahun 2019 ialah 90.86%.
Tindakan : Makluman.

4.3.1.2 GPK HEM memaklumkan bahawa analisis kes salah laku disiplin tahun 2019.
Bil Jenis Kes Jumlah Kes Peratus
1 Ringan 21 81.76%
2 Sederhana 5 13.84%
3 Berat 4 4.40%
Jumlah 30 100%
Dapatan analisis menunjukkan kes berat telah berkurangan berbanding pada
tahun 2018 sebanyak 7.66% kes.
Tindakan : Makluman..

4.3.1.3 GPK HEM juga memaklumkan analisis status sahsiah murid tahun 2019.
Kategori Jumlah Murid Peratus
Perlu Perhatian Serius 14 1.32%
Perlu Perhatian 54 5.11%
Baik 735 69.67%
Amat Baik 140 13.27%
Terpuji 112 10.62%
Menurut beliau kesan dari perekodan SSDM pada tahun itu membolehkan lebih
ramai murid mendapat status baik dan kategori memerlukan perhatian serius
dapat dikecilkan peratusannya berbanding tahun sebelumnya iaitu 2.5%.
Tindakan : Makluman.

4.3.1.4 Beliau juga menyatakan analisis murid yang melakukan kes salah laku tahun
2019 terdapat lima kategori yang terlibat.
7
Kategori Jumlah murid Peratus
Ponteng Sekolah 144 70.94%
Biadap dengan guru 21 10.34%
Ingkar Arahan Guru 16 7.88%
Mengganggu Pdpc 12 5.91%
Merokok 10 4.93%

Pn Siti Salwah juga menyenaraikan nama murid yang dibuang sekolah kerana
masalah kehadiran tahun 2019.
Bil Nama Murid Tingkatan
1 Fatimah Asyakirin bt Saibe 3 KRK 5
2 Haziq Iqbal bin Ramli 5 Thetha
3 Muhammad Abas bin Hashim 4 Sigma
4 Muhd Alif Khusairy bin Zuraime 4 Thetha
5 Muhammad Amsyar bin Azli Azuddin 3 RB 1
6 Muhammad Danial bin Azhar 3RB 2
7 Muhammad Ezanie bin Abdullah 3 RB 2
8 Muhammad Faiz bin Azis 4 Omega
9 Muhammad Hadif Haidar b. Rosli 3 RB 2
10 Muhammad Hazin Haidar b. Rosli 5 Thetha
11 Muhammad Haziq Haidar b. Rosli 4 Thetha
12 Muhammad Nazrul Hisham b. Jamil 4 Thetha
13 Muhd Nor Aiman Hakim b. Muhd Hanafi 5 Sigma
14 Muhammad Norshasnizam b. Sharail 3 RB 1
15 Muhammad Wafiy b. Zulkifli 5 Omega
16 Nazri Danial b. Muhd Nizam Lim 3 RB2
17 Nur Aliah Maisarah bt Muhammad Hanafi 4 Thetha
18 Nur Asshyra bt Shamsir 5 Thetha
19 Nuralianatasya bt Kamarudin 5 Thetha
20 Nurul Balqis bt Jaafar 3 RB 2
21 Nurul Faizatun Nadzirah bt Muhd Nazri 5 Sigma
Tindakan : Makluman..
4.3.1.5 Beliau juga menyatakan bilangan penerima sijil Ponteng Sifar tahun 2018 dan
tahun 2019.
Tahun 2018 2019
Enrolmen Murid 1040 1058
Bil. penerima 120 102
Peratus 11.53% 9.65%
Menurut beliau terdapat seramai 75 orang guru telah merekodkan amalan baik
murid tahun 2019 dan seramai 8 orang lagi yang belum merekodnya. Jumlah
rekod amalan baik tahun 2019 ialah sebanyak 5873.
Tindakan : Makluman.

4.3.2 Pn Siti Salwah juga turut memaklumkan agihan tugas Unit HEM bagi tahun 2020.
4.3.2.1 Beliau berharap semua guru dapat merujuk Buku Manual Pengurusan dan
Takwim Sekolah pada muka surat 54 hingga 66. Harapan beliau semua guru
dapat menerima jawatan yang diamanahkan dengan komitmen yang tinggi.
Diminta semua guru meneliti bidang dan tugas masing-masing seperti yang
telah dinyatakan dalam Buku Manual Pengurusan dan Takwim SMKTM tahun
2020 untuk tindakan. Laksanakan program yang telah dirancang dengan

8
mengemukakan kertas cadangan program untuk kelulusan dan patuhi arahan
perbendaharaan dalam pengurusan kewangan. Semua guru diminta meneliti
dan mematuhi dasar pengurusan HEM SMKTM.
Tindakan : Makluman.

4.3.3 Pn Siti Salwah memaklumkan mengenai isu-isu Unit HEM sepanjang tahun 2019.
4.3.3.1 Isu utama ialah ponteng sekolah tegar, iaitu seramai 21 orang murid telah dibuang
sekolah. Kes salah laku melibatkan ‘vape’ yang melibatkan murid tingkatan 1.
Murid menggunakan media sosial secara tidak sopan dan seramai 4 orang murid
telah digantung sekolah. Di samping itu juga terdapat isu adap sopan dan
kebersihan serta tatacara berpakaian dan kekemasan diri.
Tindakan : Makluman.

4.3.4 GPK Hem juga menyatakan mengenai dasar ketetapan Unit HEM tahun 2020.
4.3.4.1 Dasar 1 : Kekerapan Mesyuarat
1.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Induk HEM sebanyak empat kali
setahun.
1.2 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Sub Unit HEM sebanyak tiga kali
setahun.
4.3.4.2 Dasar 2 : Pemantapan Pengurusan HEM
2.1 Menyatakan visi dan misi dengan jelas.
2.2 Mengamalkan budaya kerja berpasukan dan komunikasi dua hala.
2.3 Meningkatkan keberhasilan program dan aktiviti HEM melalui proses
perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan.
4.3.4.3 Dasar 3 : Pemantapan Disiplin
3.1 Melahirkan murid yang akur kepada peraturan sekolah
3.2 Membentuk murid yang kemas dan ceria dari segi penampilan diri.
3.3 Membimbing murid untuk menjalani gaya hidup bebas rokok, ‘vape’ dan
dadah.
3.4 Menangani murid-murid yang berisiko tinggi daripada peringkat awal.
3.5 Membudayakan salam hormat di kalangan murid
4.3.4.4 Dasar 4 : Ponteng Sekolah Sifar
4.1 Mengadakan kerjasama bersepadu antara guru tingkatan, penyelaras
tingktan dan UBK.
4.2 Memaklumkan ketidakhadiran murid kepada ibu bapa melalui prosedur yang
betul menggunakan SSDM.
4.3 Mengurangkan kadar ponteng sekolah dengan bantuan sesi kaunseling.
4.4 Mengiktiraf murid yang kehadiran penuh untuk tahun 2020.
4.5 Memberi anugerah kepada kelas yang mempunyai kehadiran tertinggi setiap
bulan.
4.3.4.5 Dasar 5 : Program Menghargai Masa
5.1 Membudayakan ketepatan masa sebagai amalan harian murid
5.2 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan menepati masa

4.3.4.6 Dasar 6 : Pemantapan Jati Diri Pengawas Sekolah


6.1 Melahirkan pengawas yang berketrampilan , berintegriti dan
bertanggungjawab
6.2 Membentuk pemimpin pelajar yang dihormati dan mempunyai sahsiah tinggi
9
4.3.4.7 Dasar 7 : Peningkatan Profesionalisme Ketua Tingkatan
7.1 Meningkatkan kecekapan pengurusan kelas.
7.2 Memantapkan pengurusan kelas yang kondusif
7.3 Meningkatkan keberkesanan Majlis Ketua Tingkatan
7.4 Mengiktiraf sumbangan dan jasa Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua
Tingkatan.

4.3.4.8 Dasar 8 : Memantapkan Peranan Jawatankuasa 3K


8.1 Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas dan kawasan sekolah,
kesihatan murid dan keselamatan warga sekolah apabila berada di dalam
kawasan sekolah.
8.2 Memastikan kemudahan, kebersihan dan keceriaan tandas terpelihara.
8.3 Mengadakan latihan kawad kebakaran sekurang-kurangnya dua kali setahun.
8.4 Memperkasakan pengawas kebersihan dan keceriaan (PKK) yang berperanan
membantu memantau kebersihan persekitaran sekolah di bawah bimbingan
Pn Nurkhairani bt Mohd Kalip.

4.3.4.9 Dasar 9 : Anugerah Sahsiah HEM


9.1 Memberikan penghargaan kepada murid yang bersahsiah positif.
9.2 Mengiktiraf jasa dan sumbangan murid yang membina kepada sekolah.
9.3 KPI Unit HEM dan sasaran tahun 2020 adalah sasaran peratusan kehadiran ke
sekolah mencapai 95%, kes disiplin berat menurun kepada 1.00%, ponteng
sifar mencapai 13.00%, status sahsiah murid terpuji murid meningkat
sebanyak 10%, perekodan amalam baik SSDM mencapai 100%. Bilangan
rekod amalan baik mencapai 8000.

4.3.5 Pn Siti Salwah turut memaklumkan mengenai Dasar Pengurusan Murid bagi Tahun 2020.
4.3.5.1 Beliau menyatakana bahawa semua murid perlu hadir ke sekolah sebelum pukul
7.30 pagi dan bersedia di tapak perhimpunan sekolah pada jam 7.20 pagi. Murid
yang hadir selepas jam 7.30 pagi dianggap lewat. Semua murid dilarang berada
dalam kelas atau bangunan sekolah sebelum jam 7.30 pagi atau sebelum tamat
perhimpunan pagi dan selepas waktu balik sekolah. Beliau berharap peraturan
waktu balik dapat dipatuhi seperti yang ditetapkan.
4.3.5.2 Beliau juga memaklumkan berkenaan tanda nama murid tahun 2020 mengikut
warna yang telah ditetapkan mengikut tingkatan masing-masing. Tingkatan 1 akan
menggunakan tanda nama versi baharu tahun 2020.

4.3.5.3 Beliau juga menyatakan tentang penggunaan pas kebenaran keluar kelas iaitu setiap
kelas akan dibekalkan dengan dua keping pas kebenaran keluar kelas yang
berwarna merah dan kuning. Pas merah digunakan oleh murid untuk ke tandas
dan pas kuning digunakan untuk ke tempat lain dalam kawasan sekolah. Hanya dua
orang murid sahaja yang dibenarkan keluar pada satu-satu masa. Pas ini adalah
tanggungjawab Guru Kelas, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan.
Tindakan : Makluman.

4.3.6 Pn Siti Salwah juga memaklumkan berkenaan pengurusan Perhimpunan Rasmi Sekolah dan
Perhimpunan Harian antaranya :
10
4.3.6.1 Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada hari Isnin minggu pertama, kedua dan
keempat. Perhimpunan pada minggu ketiga adalah perhimpunan rasmi Unit
Kokurikulum iaitu pada setiap hari Rabu dan dikendalikan oleh pasukan Unit
Beruniform Sekolah.
4.3.6.2 Perhimpunan rasmi diuruskan oleh Guru Bertugas Mingguan dan dikendalikan oleh
Pengawas Sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) mengikut giliran.
Perhimpunan harian dikendalikan oleh Guru Bertugas Mingguan dan Pengawas
Sekolah. Aturcara perhimpunan rasmi ialah murid beratur mengikut kelas dalam
keadaan bersedia, bacaan doa, nyanyian lagu patriotik (Negaraku, Melaka Maju
Jaya dan lagu sekolah), diikuti dengan bacaan ikrar Rukun Negara (versi lengkap)
dan ikrar pelajar. Seterusnya Laporan guru bertugas mingguan, penyampaian nilai
pendidikan Sivik, penyampaian sijil atau hadiah (sekiranya ada), majlis ucapan,
salam hormat, perhimpunan tamat.
Tindakan : Makluman.

4.3.7 GPK HEM juga memaklumkan berkenaan dengan Dasar Am Pemantauan Unit HEM tahun
2020.
Bil Dokumen Tindakan
1 Buku Laporan Perhimpunan Rasmi dan Harian Guru Bertugas Mingguan
2 eLaporan Harian Guru Bertugas Mingguan
3 Buku Laporan Kebersihan Kantin Guru Bertugas Mingguan
Unit Kantin
4 Buku Laporan Kebersihan dan Keceriaan Unit 3K dan PKK
5 Buku Laporan Program Amalan Guru Penyayang Guru Bertugas Mingguan
UBK
6 Rekod Murid Hadir lewat ke sekolah Unit Disiplin
7. Buku Rekod Keluar/ Masuk Pelawat Unit Keselamatan
8 Buku Kawalan Kelas (BKK) Unit Disiplin
Majlis Ketua Tingkatan
9 Buku Laporan Kesihatan Murid Guru Bertugas Minggua
Unit Kesihatan
Tindakan : Makluman.

4.3.8 GPK HEM juga turut memaklumkan berkenaan Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Versi 2.0.
Log masuk guru : MEA2098
Pasword : DISPMEA2098

4.3.8.1 Prosedur Tindakan Perekodan Data melalui SSDM (selain kes ponteng sekolah).
Langkah Perkara Tindakan Catatan
1 Kes didaftarkan melalui SSDM Semua guru Log masuk guru
2 Cadangan untuk makluman melalui Guru Guru Disiplin
SSDM setelah siasatan dilakukan Disiplin menjalankan
sisatan.
3 Pengesahan hukuman setuju atau tidak Pengetua/ Log masuk
setuju. GPK HEM Pengetua/GPK
HEM (setuju
hukuman
dijalankan)
Guru Tidak setuju
11
Disiplin cadangan hukuman
baharu.
4 Surat Amaran/Gantung sekolah/ Guru Penghantaran surat
Buang sekolah dijana Disiplin dan simpanan fail
5 Sesi bimbingan dan kaunseling kepada Guru Log masuk Guru
setiap murid yang dijatuhkan hukuman Bimbingan bimbingan dan
dan direkodkan. dan Kaunseling..
Kaunseling
Tindakan : Makluman.

4.3.8.2 Prosedur Tindakan Perekodan data melalui SSDM (kes ponteng sekolah).
Langkah Perkara Tindakan Catatan
1 Kes ponteng sekolah dilaporkan Guru Tingkatan Log masuk : Guru
melalui SSDM. Surat Amaran 1,2, *Kes ponteng
Amaran Terrakhir dan Buang sekolah sekolah menjadi
dijana melalui SSDM. statistik salah laku
sekolah, PPD,
JPN dan KPM.
2 Sesi bimbingan dan kaunseling Guru Bimbingan Log masuk : GBK
dijalankan dan direkodkan. dan Kaunseling
Tindakan : Makluman.

4.3.8.3 Prosedur Tindakan Perekodan data melalui SSDM ( Kes Khas).


Langkah Perkara Tindakan Catatan
1 Kes khas dilaporkan melalui SSDM Semua Guru Kes khas menjadi
statistik salah laku
sekolah. PPD,
JPN dan KPM
2 Sesi bimbingan dan kaunseling Guru Bimbingan Log masuk : GBK
dijalankan dan direkodkan dan Kaunseling
Tindakan : Makluman.

4.3.8.4 Prosedur Tindakan Perekodan Data melalui SSDM ( amalan baik).


Langkah Perkara Tindakan Catatan
1 Amalan baik dilaporkan melalui Semua guru Log masuk : Guru
SSDM *Kes menjadi
statistik amalan
baik sekolah,PPD,
JPN dan KPM.
Tindakan : Makluman.

4.3.9 Pn Siti Salwa juga menyatakan berkaitan dengan Program Transformasi Asrama Harian.
Dasar KPM yang melibatkan semua warga sekolah dalam program asrama.
4.3.9.1 Program Sistem Keluarga Asrama (Siska).
Melibatkan guru-guru terpilih sebagai Pembimbing Siska. Setiap Pembimbing Siska
akan menerima 15 orang pelajar asrama. Murid dibahagikan mengikut jantina dan
tingkatan. Perjumpaan sebanyak 12 kali setahun. Anugerah Siska mengikut kategori

12
pada hujumg tahun.

4.3.9.2 Program ‘prep’ berfokus Asrama.


Melibatkan semua guru SMKTM . Tugas guru bertugas ialah memantau perjalanan
prep malam dan membantu sekiranya diperlukan oleh murid. Guru bertugas
sehingga jam 10.00 malam dan perlu menulis laporan pemantauan di dalam Buku
Laporan yang diletakkan di pondok pengawal keselamatan asrama.

4.3.9.3 Program Kebitaraan Asrama.


Ragbi untuk murid lelaki, Guru Penasihat ialah En Jalaludin bin Abd Rahman
Ragbi Sentuh untuk murid perempuan, Guru Penasihat ialah Pn Saidatul Umairah bt
Sabri.
Tindakan : Makluman.

4.3.10 Beliau juga memaklumkan berkenaan dengan Hari Pendaftaran Tingkatan 1 hingga 5 tahun
2020 iaitu pada tarikh 31.12.2020 pada hari Selasa dan mulai pukul 8.00 pagi hingga 12.30
tengah hari bertempat di Dewan Mini kantin dan kelas.
Tindakan : Makluman.

4.3.11 Beliau berharap semua guru tingkatan akan menyerahkan semua pungutan pada hari tersebut
selepas pukul 1.00 petang di pejabat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Serahan pungutan sumbangan PIBG dan bayaran tambahan tahun 2020.
Bil Butiran Tindakan
1 Yuran Koperasi Tingkatan 1 (RM 1.00) Pn Raja Arizawati
Saham Koperasi Tingkatan 1 (RM 5.00) bt Raja Deraman.
Tanda Nama Tingkatan 1 hingga 5 ( rm 5.00)
2 Pengurusan Kelas Tingkatan 1 hingga 5 ( RM 5.00) Guru Tingkatan
3 PSS (langsir dan skriting) ( RM 5.00) Pn Roslinda bt Din
4 Sumbangan PIBG (RM 100.00) Pn Hjh Fauziah bt
Md Yusof.
5 Yuran Graduasi Tingkatan 5 (RM 50.00) Pn Hjh Fauziah bt
Md Yusof.
Tindakan : Makluman.

4.4 Pengurusan Kokurikulum oleh GPK Kokurikulum ( En Azmadi bin Ibrahim).


4.4.1 En Azmadi mengucapkan ribuan terima kasih kepada pentadbir dan semua guru yang telah
memberi kerjasama, sumbangan, pandangan dan cadangan bagi menjalankan aktiviti
kokurikulum sepanjang tahun 2019. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada
Setiausaha Kokurikulum, penyelaras dan guru tingkatan dalam menlengkapkan pengisiaan
data PAJSK tahun 2019.
4.4.2 GPK Kokurikulum juga mengingatkan semua guru berkenaan dengan dasar pelaksanaan
kegiatan kokurikulum. Menurut beliau dalam Warta Kerajaan bertarikh 31.12.1997, Jld,
41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U (A) 531, Akta Pendidikan 1996,
Peraturan-peraturan (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum iaitu :
Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang
berikut :
1. Penyertaan dalam sukan dan permainan.
2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab

13
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan.

En Azmadi juga mengingatkan mengenai dasar-dasar utama pelaksanaan kokurikulum


antaranya :
Dasar Utama (1) : Kegitan Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum
kebangsaan (rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 , Akta 550) iaitu melaksanakan
kokurikulum di sekolah adalah wajib dan kegagalan atau keengganan melaksanakan
kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi
hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.

Dasar Utama (2) : Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib. Setiap
murid hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja
pakaian seragam. Satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau
permainan. (rujuk surat pekeliling 5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 KP (BS)
8591/Jld. 11 (29).

Dasar Utama (3) : Penyertaan semua guru adalah wajib. Semua guru sebagai penjawat
awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan kokurikulum di sekolah adalah
wajib untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah,
(rujuk Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/ 1985).
Tindakan : Makluman.

4.4.3 Pelaksanaan Program Satu Murid Satu Sukan (1M1S).


Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan
wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu jenis sukan. (rujuk
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 16. Tahun 2010). Beliau juga mengingatkan agar langkah-
langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti atau program di sekolah dan luar
sekolah iaitu guru penasihat wajib mengisi borang penyertaan aktiviti yang berada di
pejabat. (rujuk surat pekeliling Ikhtisas Bil. 8/ 2009).
Tindakan : Makluman.

4.4.4 GPK Kokurikulum juga menyatakan berkenaan dengan Dasar Unit Kokurikulum Tahun
2020. Setiap guru terlibat dengan IMIS, rumah sukan, unit beruniform atau kelab dan
persatuan. Waktu perjumpaan adalah seperti berikut :-.
Unit Hari Masa
Rumah sukan /IMIS Selasa 3.30 hingga 4.30 petang
Kelab dan Persatuan/Unit Uniform Rabu 3.00 hingga 4.00 petang.
Tindakan : Makluman.

4.4.5 Beliau juga memaklumkan mengenai Takwim Unit Kokurikulum Tahun 2020 adalah
seperti berikut :-.
Bil Perkara Tarikh Hari
1 Pendaftaran Kokurikulum Tingkatan 1 dan 4. 7.1.2020 Selasa
2 Mesyuarat Agong Unit Uniform 8.1.2020 Rabu
3 Mesyuarat Agong Rumah Sukan 14.1.2020 Selasa
4 Mesyuarat Agong Kelab dan Persatuan 15.1.2020 Rabu
5 Mesyuarat Agong 1M1S 21.1.2020 Selasa

14
6 Latihan Merentas Desa 28.1.2020 Selasa
7 Kursus Kepimpinan Kokurikulum 31.1.2020 Jumaat
8 Taklimat Merentas Desa 3.2.2020 Isnin
9 Merentas Desa 4.2.2020 Selasa
10 Sukan Tara (pagi) 12 & 13.2 Rabu & Khamis
11 Kursus Asas Ketua Platun 14.2.2020 Jumaat
12 Saringan (petang) 18 & 19.2 Selasa & Rabu
13 Sukan Tahunan 27.2.2020 Khamis
14 Perkhemahan Perdana 17 & 18.4 Jumaat & Sabtu
15 Majlis Sambutan Hari Raya 17.6.2020 Rabu
16 Karnival 1M1S 7, 14 & 21.7 Setiap Selasa
17 Hari Anugerah Kokurikulum 13.8.2020 Khamis
Tindakan : Makluman.

4.4.6 En Azmadi turut memaklumkan berkaitan dengan Perhimpunan Rasmi Unit Kokurikulum
SMKTM tahun 2020.
Perkara Tarikh Hari PBB terlibat
Perhimpunan Rasmi Kokurikulum 1 22.1.2020 Rabu Kadet Koreksional
Perhimpunan Rasmi Kokurikulum 2 19.2.2020 Rabu Kadet Bomba
Perhimpunan Rasmi Kokurikulum 3 25.3.2020 Rabu Kadet Remaja Sekolah
Perhimpunan Rasmi Kokurikulum 4 22.4.2020 Rabu Pengakap
Perhimpunan Rasmi Kokurikulum 5 24.6.2020 Rabu Kaspa
Perhimpunan Rasmi Kokurikulum 6 22.7.2020 Rabu BSMM
Perhimpunan Rasmi Kokurikulum 7 19.8.2020 Rabu PPIM
Perhimpunan Rasmi Kokurikulum 8 23.9.2020 Rabu Kadet Polis
Tindakan : Makluman.

4.4.7 Beliau memaklumkan berkenaan Analisis Keseluruhan Data PAJSK tahun 2019.
Tingkatan GPS % GPS
Tingkatan 1 2.49 62.75%
Tingkatan 2 2.67 58.25%
Tingkatan 3 2.67 59.00%
Tingkatan 4 2.57 60.75 %
Tingkatan 5 2.22 69.50%
GPS keseluruhan ialah 2.51. Ssaran GPS untuk tahun 2020 ialah 2.00.
Tindakan : Makluman.

4.4.8 GPK Kokurikulum juga memaklumkan berkenaan Analisis keseluruhan data PAJSK tahun
2019 mengikut markah dan gred.
Gred/Ting A B C D Jumlah
Tingkatan 1 1 124 123 0 248
Tingkatan 2 2 62 139 0 203
Tingkatan 3 0 79 142 0 221
Tingkatan 4 2 79 110 0 191
Tingkatan 5 8 133 51 0 192
Jumlah 13 477 565 0 1055
Tindakan : Makluman.

4.4.9 Beliau juga berharap pendaftaran ekokurikulum menggunakan sistem kod QR dapat
dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan..
Tingkatan Tarikh/Masa Tempat
15
Tingkatan 2.3 dan 5 31.12.2019 Di kelas (Guru Tingkatan)
Semasa Hari Pendaftaran
Tingkatan 1 dan 4 6.1.2020 Makmal komputer
Mengikut jadual ditetapkan
Beliau menyatakan pada tahun ini terdapat tambahan bagi 1M1S iaitu memanah.
Tindakan : Guru Tingkatan dan Penyelaras Unit Kokurikulum.

4.4.10 Beliau juga menyatakan berkenaan dengan Pengurusan Unit Kokurikulum tahun 2020.
4.4.10.1 Fail pengurusan dilengkapkan dengan surat panggilan minit mesyuarat, surat
menyurat dan pelbagai.
4.4.10.2 Pelaporan ekokurikulum melibatkan kehadiran murid dan pelaporan aktiviti.
Semua pelaporan ekokurikulum perlu dibuat di dalam ‘ google drive’. Beliau
juga memaklumkan bahawa jumlah jam perjumpaan bagi setiap unit ialah 36 jam
iaitu sebanyak 12 kali perjumpaan.
4.4.10.3 Penggunaan modul dalam aktiviti 1M1S, penggunaan pengangkutan untuk
membawa murid ke pertandingan atau aktiviti di luar sekolah perlu menggunakan
pengangkutan yang disewa oleh pihak sekolah. Guru penasihat berkenaan perlu
memaklumkan lebih awal kepada GPK Kokurikulum. Pembelian alatan atau
barang perlu melalui prosedur yang betul. Pemakaian baju seragam unit
berunifom oleh guru-guru pada setiap perhimpunan rasmi kokurikulum adalah
digalakkan. Pemantauan dan semakan alatan sukan dan kokurikulm akan
dilakukan bagi kelancaran aktiviti dan program unit kokurikulum sepanjang tahun
2020.
Tindakan : Makluman.

5.0 Hal-hal lain


5.1 En Ruzalee berharap papan kenyataan di pejabat dapat dikemaskini dengan nama guru baru
yang berpindah masuk ke SMK Telok Mas.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh, Disediakan oleh,


......................................... .............................................
(Pn Hamidah binti Mahat) ( Pn Samsiah bt Yusoff)
Pen. SU Mesyuarat Guru SMKTM SU Mesyuarat Guru SMKTM

Disemak oleh, Disahkan oleh,


........................................ ............................................
(En Ruzalee bin Jailani) (Pn Hajah Kamariah binti Othman )
PKP SMKTM. Pengetua SMKTM.

16

You might also like