Professional Documents
Culture Documents
Penggunaan kata pemeri dalam Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai pemeri hal atau perangkai
antara subjek ayat dengan frasa utama dalam predikat bukanlah sesuatu yang wajib sebagaimana
penggunaan ‘is’, ‘are’ ataupun ‘a’ dalam struktur Bahasa Inggeris.
Penggunaannya agak terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat Bahasa
Melayu. Namun demikian terdapat kecenderungan penggunaannya dalam pembentukan ayat-ayat
yang salah ataupun tidak gramatis khususnya apabila digunakan pada awal ayat di hadapan frasa
kerja ataupun kata kerja.
Kesalahan Contoh:
2. Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa anak bulan Syawal tidak kelihatan.
Ayat-ayat di atas seharusnya menggugurkan kata pemeri ‘adalah’ bagi membentuk ayat-ayat yang
betul dan gramatis.
Terdapat dua kata pemeri yang digunakan sebagai pemeri hal dalam Bahasa Melayu iaitu
‘ialah’ dan ‘adalah’.
Kata pemeri ini digunakan di hadapan frasa nama ataupun kata nama untuk menunjukkan
pertalian antara subjek dan predikat ayat ataupun dengan kata lain untuk memerihalkan subjek
ayat.
Ayat Contoh:
1. Yang turut hadir dalam majlis hari jadinya ialah beberapa orang guru.
Kesalahan Contoh:
Ayat sepatutnya:
2. Pelajar-pelajar itu didenda kerana tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.
Satu lagi kesalahan penggunaan ‘ialah’ berlaku apabila digabungkan dengan kata kerja ataupun
kata adjektif. Sepatutnya ‘ialah’ digunakan bersama-sama dengan kata nama sahaja.
Kesalahan Contoh:
Ayat sepatutnya:
Ulasan:
Dalam keempat-empat contoh kesalahan di atas, disebabkan penggunaan kata pemeri yang tidak
perlu, maka kata pemeri yang digunakan perlu digugurkan.
Kata pemeri ‘adalah’ boleh digunakan secara lebih meluas berbanding kata pemeri ‘ialah’. Kata
pemeri ini dapat digunakan di hadapan kata adjektif, frasa sendi nama dan dapat hadir bersama
binaan kata nafi ‘tidak’ yang digabungkan dengan kata adjektif (adalah + kata nafi ‘tidak’ +
adjektif).
Ayat Contoh:
Kesalahan ayat:
Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh digunakan bersama kata nafi ‘bukan’ dan dalam binaan frasa
kerja.
Kesalahan Contoh;
3. Adalah dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari esok.
Ayat sepatutnya;
3. Dengan ini dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari esok.
Ulasan:
Penggunaan kata pemeri dalam contoh kesalahan ayat di atas tidak perlu dan mesti digugurkan.
Secara ringkasnya, penggunaan kata pemeri bukanlah sesuatu yang amat perlu dalam ayat-ayat
Bahasa Melayu sebagaimana struktur ayat Bahasa Inggeris. Penggugurannya dalam ayat-ayat
tertentu tidak menjejaskan makna ayat.
Secara umum terdapat dua perkataan kata nafi dalam Bahasa Melayu iaitu ‘bukan’ dan ‘tidak’
Kata nafi ‘bukan’ digunakan dalam binaan Frasa Nama dan Frasa Sendi Nama.
Ayat Contoh:
Ayat Contoh:
4. Dia merasakan bahawa pembahagian harta pusaka bapanya tidak adil. (Frasa adjektif)
Kesalahan umum yang kerap dilakukan dalam binaan kata nafi ialah penggunaannya pada frasa
yang tidak tepat. Dengan kata-kata lain disalahgunakan pada frasa yang tidak seharusnya
digunakan kata nafi berkenaan.
Kesalahan Contoh;
Ayat sepatutnya;
Ulasan:
Kata nafi ‘bukan’ boleh digunakan pada frasa kerja dan frasa adjektif jika menunjukkan maksud
bertentangan, namun harus digunakan bersama kata hubung ‘tetapi’.
Ayat Contoh:
1. Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain-main sahaja.