You are on page 1of 1

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM UNIT

BERUNIFORM PENGAKAP

TARIKH : 30 SEPTEMBER 2020 HARI : RABU MASA : 11.40 PAGI – 12.40 TENGAH HARI

Tajuk : LAGU-LAGU PATRIOTIK SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN


Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;
Objektif 1. Menyanyikan lagu patriotik sempena bulan kemerdekaan dengan harmoni
Pembelajaran mengikut melodi.

Murid dianggap berjaya apabila dapat;


Kriteria Kejayaan 1. Melengkapkan lirik lagu patriotik pada ruang kosong yang disediakan.
(Penilaian) 2. Menyanyikan lagu patriotik mengikut melodi yang betul dengan suara yang
jelas.
Bahan Bantu
Lembaran kerja, audio lagu patriotik, minus one lagu patriotik, pembesar suara
Mengajar
Aktiviti :
1. Guru mengambil kehadiran murid.
2. Guru membuat Laporan Ringkas Aktiviti Kokurikulum.
3. Guru memberi pengenalan kepada tajuk pembelajaran.
Aktiviti Pemulaan
4. Guru menulis objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan pada papan putih.
5. Murid diterangkan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang perlu
dicapai.
6. Murid diterangkan maksud lagu patriotik :
Lagu yang mempunyai lirik yang dapat membangkitkan semangat dan
memupuk perasaan cinta akan negara di kalangan rakyat.

1. Murid diserahkan lembaran kerja yang mengandungi lirik lagu patriotik.


2. Guru menyatakan tajuk lagu patriotik yang dipelajari.
i) Keranamu Malaysia
ii) Jalur Gemilang
3. Guru memainkan audio lagu patriotik.
4. Pada masa yang sama, murid mengisi ruangan kosong pada lembaran kerja
bagi melengkapkan lirik lagu patriotik tersebut.
5. Murid menyanyikan lagu patriotik dengan iringan muzik bersama-sama.
( audio lagu patriotik dan minus one lagu patriotik )
6. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
Aktiviti Utama 7. Dalam kumpulan, murid dihendaki menghasilkan persembahan dengan
menyanyikan satu lagu patriotik ( lagu yang dinyanyikan oleh setiap kumpulan
dipilih oleh guru )
8. Setiap kumpulan mempersembahkan nyanyian lagu patriotik dengan diiringi
minus one lagu patriotik.
1. Murid membuat rumusan pembelajaran dengan bimbingan guru.
Aktiviti Penutup 2. Murid melekatkan lembaran kerja pada buku log Pengakap.
3. Murid menghantar buku log Pengakap untuk semakan.

REFLEKSI

You might also like