You are on page 1of 4

Topik 4 : Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia

Sipnopsis:

Kepelbagaian menimbulkan berbagai cabaran kepada sesebuah masyarakat, seperti Malaysia.


Setiap komuniti misalnya mempunyai akar etika dan peradaban yang berbeza dan terjelma
dalam pemikiran dan praktis kehidupan masing-masing. Namun kesemuanya perlu hidup dalam
sebuah masyarakat Malaysia, berkongsi persamaan dan mencari titik pertemuan ketika terjadi
perbezaan. Kesediaan tawar menawar, berunding dan melakukan mediasi telah membawa
keamanan, kestabilan dan keharmonian di Malaysia semenjak Merdeka. Inilah kesepaduan
nasional yang telah wujud, didukung dan mesti terus menerus dimantapkan. Ianya dilaksana
melalui tiga rangkai proses yang bergerak serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan
yang diidamkan, kesepaduan yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan
membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau
pemantapan kesepaduan nasional.

Objektif:​ Memahami proses pemantapan kesepaduan nasional di Malaysia

Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan proses pemantapan kesepaduan sosial di Malaysia
2. Mengaplikasikan kesepaduan sosial dalam masyarakat Malaysia

Tiga lapisan perpaduan :


1. Perpaduan
2. Kesepaduan
3. Penyatapaduan

1. Perpaduan dalam segi bahasa ialah kesatuan . Manakala dalam segi sosiologi pula
merupakan matlamat akhir yang diidamkan dalam sebuah negara yang berbilang etnik
2. Kesepaduan dalam segi bahasa ialah keadaan bersepadu menjadi kesatuan yang utuh dan
dalam segi sosiologi ialah keadaan aman , stabil , makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi
masih diakui terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah
masyarakat.
3. Penyatupaduan pula ialah suatu proses menyatupadukan usaha berterusan pada peringkat
semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi
berprinsipkan tawar-menawar rundingan dan mediasi.

MENGHAYATI PENGALAMAN MALAYSIA :


Dari Kesatuan ke Perpaduan

Sejarah mencari kesatuan > Membina kesatuan berterusan > 13 Mei 1969 kesatuan pecah
berderai > RMKe-2 (1971) istilah perpaduan diperkenal dan diperguna > Perpaduan dalam
kepelbagaian > Indeks Perpaduan Nasional ( IPNas) 2018

SEJARAH MENCARI KESATUAN

-Malaya/Malaysia seperti jigsaw puzzle


-Negeri-negeri dalam Malaya/Malaysia asalnya terikat kepada pusat-pusat yang berveza seperti
(Siam , Belanda , Britain).
-Pembentukan "kesatuan" dan "persekutuan"
(i) Negeri-negeri Selat
(ii) Negeri-negeri Melayu Bersekutu
(iii) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
-Pembentukan Malaya Union 1946 ditentang dan dimansuhkan
-Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948
-Kemerdekaan 1957 mercu KESATUAN
-Pembentukan Persekutuan Malaya 1963 meluaskan KESATUAN semenanjung , Sabah dan
Sarawak .

MEMBINA KESATUAN BERTERUSAN MELALUI MEWUJUD TAPAK INTEGRASI

Tapak Integrasi : Ruang dan titik pertemuan antara kelompok strategik di Malaysia (etnik ,
agama , parti politik , NGO , masyarakat sivil dan lain-lain)
• Communities Liaison Committe (1949) , pimpinan elit kaum-kaum
• Penubuhan Parti Politik bersifat muafakat (coalition) 1946 , 1952
• Intitusi Pilihan Raya 1952 , 1955
• Rancangan Pembangunan Lima Tahun 1950-1955 , 1956-1960
• Perlembagaan 1957
• Simbol dan Struktur Kesatuan

KESATUAN PECAH BERDERAI (13 MEI 1969)

•Berlaku perubahan ungkapan dan haluan negara


•Perpaduan mengganti perkataan Kesatuan
•Kesatuan dalam kepelbagaian tak digunakan lagi
•Perpaduan dalam kepelbagaian diguna pakai sejak RMK(1971-1975) untuk usaha Penyatuan
Sosial

SEMENJAK PERISTIWA 13 MEI 1969

1) Setelah 50 tahun keadaan berubah


2) Perpaduan dalam Kepelbagaian
3) Tiada ukuran objektif dan serius
4) Ukuran populis: daripada cerita di media sosial , ke kedai mamak , ke halaman berita
sedunia
5) Penilaian umum: hubungan etnik turun naik dalam keadaan "stable tension"
6) Membina Indeks Perpaduan Nasional (IPNAS) dilaksana 2017-2018 , mandat dan biayaan
Kerajaan Malaysia: JPM (EPU), JPNIN
7) Usaha mengukur tahap perpaduan dalam kepelbagaian

PERPADUAN: MATLAMAT DIIDAMKAN

Perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur , dilihat secara nyata
mahupun berkekalan . Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan , keperluan dan detik-detik
tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat .

DETIK PERPADUAN DAN DETIK PERBEZAAN

•Detik Perpaduan dan Detik Perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan
seharian masyarakat
•Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah detik-detik ketika :
• Pergaulan di pasar , mengadakan majlis perkahwinan , tempat makan , sokongan
dalam sukan , memberi bantuan ketika bencana , mengunjungi tempat percutian , menikmati
cuti umum pelbagai perayaan , hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya

KESEPADUAN

-Ketika aman , stabil , makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui masih terdapat
perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat

Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Politik Federalisme

-Parti-parti politik pembangkang sebelum ini membentuk Pakatan Harapan , memenangi PRU
ke-14 tanpa pertumoahan darah dan membentuk kerajaan dalam tahun 2018 .
-UMNO dan PAS memeterai piagam muafakat nasional dalam perhimpunan penyatuan ummah
.
PENYATUPADUAN

Teras Utama Indeks Perpaduan Nasional 2018 (IPNAS)

1. Perpaduan diidamkan
- Detik Perpaduan
- Detik Perbezaan
• etnisiti
• agama
• gender
• politik federelisme
• kelas sosial
• pendidikan
• ruang , bandar-desa
• bahasa
• media
• jurang generasi

2. Kesepaduan dicapai
- Etos Bangsa > Kesepaduan Sosial
- Defisit Sosial
• etnisiti
• agama
• gender
• politik federelisme
• kelas sosial
• pendidikan
• ruang , bandar-desa
• bahasa
• media
• jurang generasi

3. Penyatupaduan diusahakan
- Etnik
• Hubungan Sosial Rentas Entik
• Tahap Keetnikan
• Batas Etnik
• Tadbir Urus dan Pembangunan

You might also like